You are on page 1of 23

1.

0 PENDAHULUAN

Islam melalui syariahnya telah menetapkan sesuatu perbuatan tidak berdiri sendiri
sebaliknya mengandungi kesan-kesan atau natijah kepada perkara yang lain.
Syariah merupakan undang-undang yang disyariatkan oleh Allah SWT kepada
makhluk-Nya melalui Al-Quran dan As-Sunnah. Dewasa ini, manusia semakin bijak
mengatur hidup dengan segala kemudahan dan kebebasan yang ada. Namun, ini
tidak sesekali bermakna hukum syariah boleh diabaikan atau dipermudahkan
semata-mata ingin mengikut acuan semasa. Ini kerana syariah itu sendiri telah
lengkap malah meliputi segala aspek sama ada duniawi mahupun ukhrawi.

Walau bagaimanapun akhir-akhir ini, terdapat golongan yang mempertikaikan


kerelevanan syariah Islam dalam memelihara kesejahteraan manusia pada zaman
ini. Padahal, adalah amat tidak wajar bagi manusia mempertikaikan hukum syariah
kerana jelas segala hukum tersebut datangnya daripada Allah Yang Maha
Mengetahui segala apa yang diciptakan-Nya berbanding dengan hukum dan
undang-undang ciptaan manusia. Tambahan pula, undang-undang syariah
diasaskan atas prinsip menghasilkan ‘maslahah’ (kebaikan) dan menolak ‘mafsadah’
(keburukan). Ia meliputi segala aspek yang berkaitan dengan hubungan antara
manusia dengan penciptanya, manusia dengan manusia, dan juga manusia dengan
alam sekeliling. Pengharaman arak merupakan salah satu perkara yang terkandung
dalam hukum syariah dan Allah SWT pastinya mempunyai sebab-sebab tertentu
dalam mengharamkannya demi kesejahteraan umat manusia.

Menurut Abdul Latif Muda (1997), jumhur ulama’ mendefinisikan arak sebagai
segala bahan yang memabukkan sebab meminumnya, baik yang diproses melalui
buah tamar, anggur, gandum, nira, tapai, beras atau sebagainya, baik memabukkan
dengan meminumnya mahupun tidak, meminumnya sedikit apatah lagi banyak. Ini
kerana arak merupakan minuman yang dikategorikan merosakkan akal sama ada
dengan meminum sedikit atau banyak. Dr. Mohamad Ali Al-Bar (1993), menegaskan
arak merupakan perencat sistem otak iaitu bahagian yang mula-mula terganggu
apabila seseorang mula minum arak. Gejala yang mula-mula berlaku ialah

1
perubahan tingkah laku di mana dalam dos yang banyak, ia lazimnya menimbulkan
perangai yang luar biasa seperti kemurungan atau keghairahan yang melampau.

Selain menjejaskan kesiuman akal dan kesihatan, ia juga menjadi punca


kepada beberapa kerosakan harta benda dan kelahiran pelbagai jenayah dalam
kehidupan masyarakat seperti zina, pembunuhan, pemerkosaan dan rompakan.
Begitu tinggi risiko arak kepada kehidupan manusia sama ada dari sudut kesihatan
atau harta benda. Oleh itu, Islam telah membimbing manusia ke arah satu
penyelesaian yang konkrit dalam menangani masalah arak. Hukum-hukum syarak
bukanlah diturunkan secara serentak dan pelaksanaannya juga adalah secara
berperingkat-peringkat. Ini semua tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan
sesuatu hukum itu akan sampai kepada matlamat ianya disyariatkan. Sesuatu
hukum tidak akan mencapai maqasidnya sekiranya dijalankan pada masa yang tidak
sesuai atau dalam keadaan umat yang masih belum dapat menerima hukum itu.

1.1 SUMBER AL-QURAN

Merujuk kepada sejarah pengharaman arak dalam Islam, didapati pengharamannya


dilakukan secara berperingkat-peringkat sebelum ianya diharamkan sepenuhnya.
Pengharaman arak secara berperingkat-peringkat bertujuan memelihara maslahat
umat pada masa tersebut di mana ketika itu minuman arak telah menjadi adat dan
minuman tradisi masyarakat Arab Jahiliyyah yang sukar untuk ditinggalkan secara
sekaligus. Jika pengharamannya dilakukan secara drastik, kemungkinan umat Islam
pada masa itu tidak dapat mentaati larangan Allah SWT dan maqasid
pengharamannya tidak dapat dicapai.

Menurut Abdul Latif Muda (1997), arak diharamkan dalam tiga peringkat.
Pada peringkat pertama, Al-Quran telah membicarakan tentang keburukan arak
melebihi faedahnya. Walaupun begitu, dengan turunnya ayat yang menyatakan hal
tersebut, para sahabat yang warak sudah mula meninggalkannya. Mereka banyak
bertanya kepada Rasulullah SAW tentang arak dan ini disebutkan dalam firman
Allah SWT:

2
             

  

Maksudnya: “Mereka bertanya kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan


judi. Katakanlah: Pada keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat
bagi manusia tetapi dosa keduanya lebih besar daripada manfaatnya.”
(Surah Al-Baqarah: Ayat 219)

Menurut Abu Bakar Muhammad (2006), terdapat beberapa pendapat


berhubung sebab turun ayat di atas. Antaranya Al-Tirmizi meriwayatkan daripada
Abu Maisarah daripada Amru bin Syurahbil daripada Umar, “Ya Allah, terangkanlah
kepada kami tentang arak dengan penerangan yang lengkap.” Kemudian turunlah
ayat dalam Surah Al-Baqarah, ayat 219 iaitu yang bermaksud: “Mereka bertanya
kepadamu (Wahai Muhammad) mengenai arak dan judi. katakanlah: "Pada
keduanya ada dosa besar dan ada pula beberapa manfaat bagi manusia tetapi dosa
keduanya lebih besar daripada manfaatnya...”

Lalu Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat itu. Lantas dia berkata,
“Ya Allah, terangkanlah kepada kami tentang arak dengan penerangan yang
lengkap”. Lalu turunlah ayat dalam surah An-Nisa’, ayat 43 iaitu yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang
(mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk...”

Kemudian Umar dipanggil dan dibacakan kepadanya ayat tersebut, lantas dia
berkata, “Ya Allah, terangkan kepada kami tentang arak dengan penerangan yang
lengkap”. Kemudian turunlah ayat dalam surah al-Maidah ayat 90 hingga 91 iaitu
yang bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak,
judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud
mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak
dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
3
mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”

Lalu Umar dipanggil dan dibacakan ayat itu kepadanya, lantas dia berkata,
“Kami berhenti”.

Al-Hasan berkata: “Arak diharamkan dengan ayat ini (Surah Al-Baqarah: ayat
219)”. Sekumpulan ulama’ mengatakan: Arak diharamkan dengan ayat 90 dan 91
dari Surah Al-Ma’idah. Paling shahih adalah pendapat yang mengatakan arak
diharamkan melalui penurunan ayat 90 dan 91 pada Surah Al-Ma’idah.

Melalui firman Allah SWT dalam ayat 219, Surah Al-Baqarah ini juga,
sesetengah ulama’ berhujah dengan ayat     (Katakanlah, pada
kedua-dua ada dosa besar) untuk menunjukkan pengharaman arak.

Dalam Surah Al-A’raf, ayat 33, Allah SWT berfirman:

          

Maksudnya: “Katakanlah: Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan


perbuatan-perbuatan yang keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi dan
perbuatan dosa.”

Oleh sebab Allah SWT menyebutkan dosa itu sebagai haram dan sifat arak
itu pula dikaitkan dengan dosa, maka pastilah ayat ini mengharamkan arak.

Merujuk kalimah  yang bermaksud ‘dosa itu’ dalam ayat 219, Surah Al-
Baqarah, Abu Bakar Muhammad (2006), menyatakan terdapat dua pendapat iaitu:

i. Dosa itu ialah perbuatan yang dilakukan setelah ia diharamkan dan manfaat
pula ialah yang dilakukan sebelum diharamkan.
ii. Dosa itu ialah apabila mereka meminumnya maka mereka menjadi mabuk,
lalu mereka sanggup mencaci maki, mencederakan dan membunuh.

4
Pendapat yang paling shahih, kalimah ‘dosa itu’ boleh diertikan kepada
kedua-dua pendapat tersebut.

Manakala kalimah   (dan ada pula beberapa manfaat bagi
manusia). Terdapat tiga pendapat tentang ayat ini:

i. Manfaat itu bermaksud keuntungan daripada perniagaannya.


ii. Keseronokan dan kelazatan.
iii. Sekumpulan ahli bidaah mengatakan: Ia mempunyai manfaat untuk tubuh
badan iaitu dapat mengekalkan kesihatan atau menyembuhkan penyakit,
kerana ia berperanan menguatkan perut dan saluran darah pada urat.
Seterusnya ia sampai ke organ-organ dalaman yang utama, mengeringkan
kelembapan serta menghadamkan makanan yang keras sekaligus
melembutkannya.

Pendapat yang paling shahih, manfaat tersebut ialah manfaat keuntungan


perniagaan. Hal ini disebabkan mereka membawa arak itu dari Syam dengan harga
yang murah dan menjualnya di Tanah Hijjaz dengan keuntungan besar.
Kelazatannya pula merupakan mudarat bagi orang yang berakal kerana kelazatan
yang diperoleh itu tidak berpadanan dengan kreativiti dan kewarasan yang dibawa
oleh arak. Hinggakan golongan hamba abdi bertaraf rendah dan mereka yang serba
kekurangan pun tidak mahu meminumnya disebabkan ia menghilangkan kemuliaan
akal dan menghilangkan mutu penghasilan dan deria pembezaan.

Jelaslah, ayat Al-Quran di atas hanya menunjukkan keburukan minum arak


jika dilihat dari sudut sosial dan individu. Selain itu, ayat ini juga menjelaskan kepada
manusia bahawa mudarat yang terdapat di dalam arak lebih banyak daripada
manfaatnya. Dengan penjelasan ini maka sebahagian sahabat mula berhenti minum
arak memandangkan ianya mengandungi dosa. Namun ketika ayat ini diturunkan,
arak masih belum diharamkan. Oleh itu, masih terdapat sebahagian daripada
masyarakat yang masih belum menjauhkan diri daripada arak. Golongan seperti ini
telah memberi alasan bahawa mereka meminum arak hanya untuk mengambil

5
manfaatnya sahaja kerana Al-Quran masih mengakui bahawa arak juga ada
manfaatnya dan bukannya untuk melakukan dosa.

Pada peringkat kedua, ayat Al-Quran diturunkan menyebut tentang


pengharaman meminum arak pada waktu tertentu iaitu ketika hendak melakukan
ibadah solat. Hal ini kerana ada sahabat yang sembahyang dalam keadaan mabuk
hingga menyebabkan salah bacaannya, sebagaimana firman Allah SWT:

           

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri


sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu
sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan”
(Surah An-Nisa: Ayat 43)

Ayat ini diturunkan berikutan peristiwa suatu waktu dahulu ketika Abdul
Rahman bin Auf mengadakan kenduri dan mengundang para sahabat termasuklah
Saidina Ali bin Abi Talib. Semua tetamu telah dihidangkan dengan minuman arak
dan ketika masuk waktu Maghrib, Saidina Ali r.a telah mengimamkan solat dan telah
membaca surah al-Kafirun ayat 1 hingga 3 dalam keadaan mabuk, lantas tanpa
sedar telah mengubah makna ayat tersebut iaitu, “Katakan wahai orang-orang kafir,
aku akan menyembah apa yang kamu sembah dan kami telah pun menyembah apa
yang kamu sembah.”

Begitu juga dengan peristiwa di mana seorang lelaki Ansar bernama Utban
bin Malik telah mengadakan jamuan yang dihadiri oleh kaum Ansar dan Muhajirin.
Jamuan yang menghidangkan arak sebagai minuman itu telah menyebabkan
seorang lelaki Muhajirin iaitu Saad bin Abi Waqas mabuk sambil bersyair memuji-
muji kaumnya dan menghina serta mencaci kaum Ansar. Mendengar cacian itu,
seorang lelaki Ansar terus memukulnya sehingga berdarah dan seterusnya
menyebabkan keadaan menjadi huru-hara.

6
Pada peringkat yang ketiga, arak diharamkan sepenuhnya sebagaimana
ditegaskan melalui firman Allah SWT dalam Surah Al-Maidah, ayat 90 dan 91:

           

            

            

Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi,


pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah
(semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu
menjauhinya supaya kamu berjaya. Sesungguhnya syaitan itu hanyalah bermaksud
mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak
dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada
mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan
perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)?”

Berdasarkan kepada ayat tersebut, jelas menunjukkan kepada kita bahawa


hukum meminum arak itu adalah haram. Kalimah  di dalam ayat 90 surah
al-Maidah adalah fi’il amar yang merupakan ayat perintah daripada Allah supaya
umat Islam wajib meninggalkan arak. Oleh itu, para ulama’ bersepakan bahawa
hukum meminum arak adalah haram melainkan terdapat sebab-sebab lain yang
mengharuskannya.

Bahkan sebelum turunnya ayat ini Umar bin al-Khattab r.a, sudah mengagak
bahawa arak akan diharamkan sekaligus. Oleh kerana itu beliau sentiasa berdoa
yang bermaksud: “Ya Allah, berilah penjelasan tentang arak dengan penjelasan
yang cukup.” Andainya arak diharamkan sama sekali, mungkin sesetengah sahabat
akan merasa keberatan meninggalkannya memandangkan minuman arak sudah
menjadi kebiasaan dalam kehidupan masyarakat Arab ketika itu.

7
Dengan turunnya ayat di atas, ayat-ayat terdahulu yang menyebut tentang
arak telah dimansuhkan dari segi hukumnya. Ini bermakna kesan hukum ayat
terdahulu tidak boleh dipakai lagi kerana ia telah dimansuhkan oleh ayat di atas.

1.2 SUMBER AL-HADIS

Selain ayat-ayat Al-Quran yang menegaskan tentang pengharaman arak,


terdapat banyak hadis Rasulullah SAW yang menyentuh tentang hukum berkaitan
pengharaman arak antaranya hadis berikut:

‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﻦﹺ ﻋ‬‫ ﺍﺑ‬‫ﻦ‬‫ﻊﹴ ﻋ‬‫ﺎﻓ‬‫ ﻧ‬‫ﻦ‬‫ ﻋ‬‫ﻮﺏ‬‫ﺎ ﺃﹶﻳ‬‫ﺛﹶﻨ‬‫ﺪ‬‫ ﺣ‬‫ﺪ‬‫ﻳ‬‫ ﺯ‬‫ﻦ‬‫ ﺑ‬‫ﺎﺩ‬‫ﻤ‬‫ﺎ ﺣ‬‫ﺛﹶﻨ‬‫ﺪ‬‫ﻞﹴ ﻗﹶﺎﻟﹶﺎ ﺣ‬‫ﻮ ﻛﹶﺎﻣ‬‫ﺃﹶﺑ‬‫ ﻭ‬‫ﻲ‬‫ﻜ‬‫ﺘ‬‫ﺮﺑﹺﻴﻊﹺ ﺍﻟﹾﻌ‬ ‫ﻮ ﺍﻟ‬‫ﺎ ﺃﹶﺑ‬‫ﺛﹶﻨ‬‫ﺪ‬‫ﺣ‬

‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ ﺍﻟﹾﺨ‬‫ﺮﹺﺏ‬‫ ﺷ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬‫ ﻭ‬‫ﺍﻡ‬‫ﺮ‬‫ﺮﺣ‬‫ﻤ‬‫ﻛﹸﻞﱡ ﺧ‬‫ ﻭ‬‫ﺮ‬‫ﻤ‬‫ﺮﹴ ﺧ‬‫ﻜ‬‫ﺴ‬‫ ﻛﹸﻞﱡ ﻣ‬‫ﻠﱠﻢ‬‫ﺳ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ ﻋ‬‫ﻠﱠﻰ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ ﺻ‬‫ﻮﻝﹸ ﺍﻟﻠﱠﻪ‬‫ﺳ‬‫ﻗﹶﺎﻝﹶ ﺭ‬: ‫ﻗﹶﺎﻝﹶ‬

‫ﺓ‬‫ﺮ‬‫ﻲ ﺍﻟﹾﺂﺧ‬‫ﺎ ﻓ‬‫ﻬ‬‫ﺑ‬‫ﺮ‬‫ﺸ‬‫ ﻳ‬‫ ﻟﹶﻢ‬‫ﺐ‬‫ﺘ‬‫ ﻳ‬‫ﺎ ﻟﹶﻢ‬‫ﻬ‬‫ﻨ‬‫ﻣ‬‫ﺪ‬‫ ﻳ‬‫ﻮ‬‫ﻫ‬‫ ﻭ‬‫ﺎﺕ‬‫ﺎ ﻓﹶﻤ‬‫ﻴ‬‫ﻧ‬‫ﻲ ﺍﻟﺪ‬‫ﻓ‬

Maksudnya: “Telah diceritakan kepada kami Abu al-Rabi’ al-’Ataqi dan Abu Kamil
berkata, telah diceritakan kepada kami Hammad bin Zaid, telah diceritakan kepada
kami Ayyub dari Nafi’ dari Ibn Umar, telah berkata Rasulullah SAW: “ Semua perkara
yang memabukkan adalah khamar dan setiap khamar adalah haram. Barang siapa
yang meminum khamar di dunia, lalu meninggal dunia dalam keadaan dia masih
meminumnya dan tidak bertaubat maka dia tidak akan dapat meminumnya di akhirat
kelak (di syurga)”.

Hadith tersebut dipetik daripada Kitab Sahih Muslim di dalam kitab minuman,
berkaitan dengan bab semua perkara yang memabukkan adalah khamar dan semua
khamar adalah haram. Kandungan hadis ini adalah berkaitan dengan khamar (arak)
iaitu setiap perkara ataupun minuman yang memabukkan adalah khamar dan setiap
khamar adalah dihukumkan sebagai haram. Berdosa bagi sesiapa yang
meminumnya walaupun dengan kadar yang sedikit.

Terdapat beberapa istilah daripada hadis tersebut yang perlu diberi


penjelasan, salah satunya adalah perkataan haram. Pengertian haram menurut Dr.

8
Yusuf al-Qaradawi di dalam bukunya Fiqh Halal wa Haram, ialah suatu perkara yang
dilarang oleh syariat melakukannya dengan larangan yang pasti iaitu tidak boleh
berubah, sehingga mendedahkan sesiapa yang melanggar larangan itu kepada
seksaan Allah SWT di akhirat dan ada kalanya boleh menyebabkan dia menerima
seksa yang ditetapkan oleh syarak di dunia.

Manakala dua lagi perkataan yang penting ialah ‘shrub’ dan ‘al-khamr’.
Kedua-duanya bererti minum arak. Dalam hal ini, ulama’ telah berselisih pendapat
tentang maksud kedua-duanya. Menurut Imam Malik, Syafi’e dan Ahmad serta
ulama kepada mazhab masing-masing, perkataan minum itu bermaksud minum
cecair yang memabukkan sama ada ia dinamakan dengan khamr atau tidak, begitu
juga sama ada ia berasal daripada perahan anggur atau lainnya seperti tamar,
anggur kering, gandum, barli dan padi, juga sama ada ia memabukkan dengan
kadar yang sedikit atau kadar yang banyak sebagaimana ditegaskan dalam sebuah
hadis, sabda Rasulullah SAW:

‫ﺍﻡ‬‫ﺮ‬‫ ﺣ‬‫ﻴﻠﹸﻪ‬‫ﺓﹲ ﻓﹶﻘﹶﻠ‬‫ﲑ‬‫ ﻛﹶﺜ‬‫ﻜﹶﺮ‬‫ﺎ ﺃﹶﺳ‬‫ﻣ‬

Maksudnya: “Apa sahaja (minuman) yang kadar banyaknya memabukkan, maka


kadarnya yang sedikit adalah haram.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Abu Hanifah dan ulama’ mazhabnya berpendapat maksud minum di sini ialah
minum arak khamr semata-mata, sama ada kadar yang diminum itu sedikit atau
banyak. Arak khamr menurut mereka adalah nama khusus untuk tiga jenis cecair
sahaja iaitu:

i. Air anggur yang naik membuih sama ada dimasukkan kepala susu atau tidak.
ii. Air anggur yang dimasak apabila berkurangan kadarnya tidak melebihi dua
pertiga kadar asal dan ia menjadi bahan yang memabukkan.
iii. Air tamar dan anggur kering yang ditakung apabila ia naik membuih sama ada
dimasukkan kepala susu ke dalamnya atau tidak.

9
Lantaran itu perkataan khamr menjadi istilah khusus di kalangan mereka dan
akibatnya cecair lain selain dari tiga jenis tersebut tidak mereka menamakannya
dengan khamr, malah kadang-kadang mereka menamakannya dengan muskir atau
sakar iaitu yang memabukkan atau dipanggil juga sebagai nabidh. Perbezaan nama
sebegini yang berdasarkan kepada bahan asal bagi sesuatu cecair yang
memabukkan itu mempunyai implikasi yang besar terhadap pembalasan ke atas
pesalah yang meminumnya.

Bagi ulama’ lain, perkataan khamr ialah kata nama yang diletakkan pada
minuman yang memabukkan dan ia bukanlah satu-satunya nama yang khusus.
Minuman-minuman itu juga boleh dipanggil muskir atau nabidh kalaupun tidak
dengan panggilan khamr.

Sebagai kesimpulannya, dapatlah disimpulkan bahawa ungkapan ‘shrub’ itu


mempunyai dua pengertian iaitu ulama mazhab Hanafi mengatakan ia bermaksud
‘shrub al-khamr’ iaitu minum arak khamr, tetapi ulama’ daripada mazhab-mazhab
yang lain mengatakan ia bermaksud minum arak secara umumnya iaitu meminum
minuman yang memabukkan sama ada ia dinamakan khamr atau lainnya.

Pada masa kini, minuman yang memabukkan biasanya adalah dari jenis
minuman beralkohol seperti ‘wain’ dan ‘brandi’ yang dibuat daripada perahan anggur
dan daripada jus epal pula dapat dibuat minuman ‘cider’. Di Amerika dan Kanada,
‘cider’ atau ‘sweet cider’ adalah istilah untuk jus epal yang tidak difermentasikan,
sedangkan jus epal yang difermetasikan disebut ‘hard cider’ manakala di United
Kingdom istilah ‘cider’ selalu digunakan untuk minuman beralkohol. Tetapi di
Australia, istilah ‘cider’ digunakan untuk produk beralkohol. Hasil ‘cider’ dengan
proses pembekuan menghasilkan produk yang dinamakan ‘applejack’. Arak (bir)
secara umumnya dibuat daripada barli. Tetapi terdapat juga arak yang dibuat
daripada campuran pelbagai jenis biji-bijian. Minuman beralkohol yang dibuat
daripada campuran beberapa jenis bijian dikenali dengan nama ‘wiski’. Jenis ‘wiski’
seperti scoth, rye dan bourbon digunakan dengan tambahan bijian adalah barli dan
kadangkala dengan oat.

10
Hakikatnya, pengharaman arak bukan dilihat dari sudut pembuatannya
daripada bahan apa sebaliknya dilihat dari sudut kesan kepada peminumnya. Terlalu
banyak keburukan dan kemudaratan arak berbanding dengan kebaikannya kepada
manusia. Antaranya ialah arak boleh merosakkan akal fikiran dan kesihatan manusia
serta boleh merosakkan akhlak dan akidah seseorang. Dengan meminum arak juga
ia boleh memalingkan manusia daripada mengingati Allah SWT dan melalaikan
daripada mengerjakan sembahyang. Seterusnya membawa manusia hampir kepada
kemurkaan Allah SWT. Kesan daripada meminum arak juga menyebabkan
timbulnya permusuhan dan kebencian di antara manusia serta memporak-
perandakan rumahtangga, keluarga, masyarakat dan negara. Arak juga menjadi
penyebab kepada berlakunya zina dan sumbang mahram yang semakin berleluasa
dalam masyarakat pada hari ini. Tidak mustahil juga sekiranya arak boleh membawa
seseorang itu melakukan perbuatan yang kejam dan terkutuk seperti pembunuhan
dan sebagainya yang dilaknat oleh Allah SWT.

Oleh itu, pengharaman arak tidak hanya terbatas kepada perbuatan


meminumnya sahaja, malah pelbagai perkara yang membabitkan arak juga adalah
dilarang. Ini termasuklah memproses arak, membeli atau menjual arak meskipun
usaha itu boleh memberi keuntungan yang lumayan. Rasulullah SAW melaknat 10
golongan yang terbabit dengan urusan penghasilan, penjualan, penghantaran,
pembelian dan lain-lain lagi yang berkaitan dengan arak sebagaimana sabda
baginda SAW :

‫ﻪ‬‫ﻮﻟﹶﺔﹶ ﺇﹺﻟﹶﻴ‬‫ﻤ‬‫ﺍﳌﹶﺤ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻠﹶﻬ‬‫ﺎﻣ‬‫ﺣ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻫ‬‫ﺮ‬‫ﺼ‬‫ﺘ‬‫ﻌ‬‫ﻣ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻫ‬‫ﺮ‬‫ﺎﺻ‬‫ﻋ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻬ‬‫ﺎﻋ‬‫ﺘ‬‫ﺒ‬‫ﻣ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻬ‬‫ﻌ‬‫ﺎﺋ‬‫ﺑ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻬ‬‫ﻴ‬‫ﺎﻗ‬‫ﺳ‬‫ﺎ ﻭ‬‫ﻬ‬‫ﺎﺭﹺﺑ‬‫ﺷ‬‫ ﻭ‬‫ﺮ‬‫ ﺍﷲُ ﺍﳋﹶﻤ‬‫ﻦ‬‫ﻟﹶﻌ‬
Maksudnya: “Allah telah melaknat minuman arak, peminumnya, penuangnya,
penjualnya, pembelinya, pemerahnya (sama ada untuk dirinya atau orang lain),
orang yang meminta ia diperah (sama ada untuk dirinya atau orang lain),
pembawanya dan orang diminta ia dibawa kepadanya.”
(Hadis riwayat Abu Daud)

Berdasarkan hadis ini, jelas dinyatakan bahawa orang-orang Islam yang


menjual arak termasuk salah satu golongan yang mendapat laknat daripada Allah

11
SWT sekalipun pembelinya bukan daripada orang Islam. Minuman beralkohol sudah
terbukti dan memang jelas termasuk dalam kategori yang haram untuk diminum.
Segala benda yang memabukkan adalah haram, ia bukan sahaja memabukkan
malah boleh membawa kepada kematian sesiapa sahaja yang meminumnya.

Ini terbukti daripada penyelidikan yang telah dijalankan mendapati pada


kandungan 0.05-0.15 peratus alkohol dalam darah, peminum akan mengalami
kehilangan keseimbangan akal. Manakala pada kandungan 0.15-0.20 peratus,
etanol akan menyebabkan keracunan. Seterusnya apabila kandungan alkohol
semakin meningkat kepada 0.30-0.40 peratus, peminum boleh hilang kesedaran diri
dan pada kandungan yang lebih tinggi lagi iaitu 0.50 peratus boleh menyebabkan
kepada kematian kepada peminumnya.

Disebabkan perbuatan minum arak itu adalah dari perkara yang amat keji
maka Rasulullah SAW telah menghukum ke atas peminum arak dengan empat
puluh kali sebat sama ada peminum itu mabuk atau pun tidak. Ditegaskan dalam
hadis baginda SAW yang lain:

‫ﻭﻩ‬‫ﺪ‬‫ﻠ‬‫ ﻓﹶﺎﺟ‬‫ﺮ‬‫ ﺍﳋﹶﻤ‬‫ﺮﹺﺏ‬‫ ﺷ‬‫ﻦ‬‫ﻣ‬


Maksudnya : “Sesiapa yang meminum arak, maka kamu sebatlah dia.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi dan Ahmad)

Menurut Dr. Mat Saad Abdul Rahman(1993), tidak ada nas Al-Quran yang
menjelaskan hukuman jenayah arak. Begitu juga Rasulullah s.a.w tidak menetapkan
kadar sebatan yang sebenar. Ada kalanya baginda SAW menyebat dengan bilangan
yang sedikit dan kadang-kadang pula baginda menyebatnya dengan bilangan sebat
yang banyak. Walau bagaimanapun, maksimum sebatan baginda adalah tidak
melebihi empat puluh kali sebatan.

Oleh itu, ulama’ mazhab Syafi’e dan satu riwayat yang lain kepada pendapat
Imam Ahmad berpendapat bahawa hukuman sebat ke atas peminum arak adalah
sebanyak empat puluh kali sebatan sahaja. Mereka berhujah berpandukan tindakan
‘Ali terhadap Al-Walid bin ‘Aqabah yang telah menyebatnya sebanyak empat puluh
12
kali sebatan dan katanya: “Nabi telah menyebat sebanyak empat puluh kali, Abu
Bakar telah menyebat sebanyak empat puluh kali, ‘Umar telah menyebat sebanyak
lapan puluh kali, tiap satunya adalah sunnah dan ini (bilangan empat puluh kali)
adalah yang saya suka. Hal ini bermakna sebatan yang mengikut Rasulullah s.a.w
adalah sebanyak empat puluh kali. Manakala yang selebihnya itu seperti yang
dilakukan oleh ‘Umar dianggap sebagai sebat takzir yang harus dilakukan oleh imam
atau pemerintah.”

1.3 SUMBER IJMAK ULAMA

Menurut Abdul Latif Muda (1997), ijmak ialah persepakatan ulama’ mujtahid selepas
kewafatan Rasulullah SAW dalam perkara berhubung dengan hukum syarak.
Mereka mempunyai kebolehan mengeluarkan hukum daripada dalil yang terperinci
dan terdiri daripada umat Nabi Muhammad SAW sahaja. Ijmak ulama’ terhasil
daripada ijtihad yang merupakan peranan penting dalam menetapkan sesuatu
hukum dan menjadi sumber ketiga dalam perundangan syariah. Ini kerana terdapat
beberapa nas dan ayat yang difahami bahawa perkara yang diikhtilafkan oleh ulama’
wajib dirujuk kepada Al-Quran dan As-Sunnah. Oleh itu, perkara yang disepakati
oleh mereka adalah kebenaran yang diakui oleh Allah SWT serta wajib diamalkan.

Berhubung dengan hukum meminum arak, para ulama’ jelas telah bersepakat
menetapkan bahawa meminum arak adalah haram sama ada dalam kuantiti yang
banyak mahupun sedikit. Hal ini jelas dinyatakan melalui dalil-dalil qat’ie daripada Al-
Quran dan As-Sunnah. Walau bagaimanapun dalam keadaan-keadaan tertentu,
persepakatan ulama’ diperlukan bagi mengeluarkan hukum yang melibatkan
permasalahan arak untuk dijadikan panduan kepada umat Islam. Ini kerana terdapat
masalah yang membabitkan arak tidak dijelaskan secara langsung di dalam Al-
Quran dan As-Sunnah dan memerlukan ulama’ bersepakat mengeluarkan hukum.
Antaranya contoh permasalahan yang ditimbulkan adalah seperti berikut:

13
1.3.1 Perbuatan meminum dan cecair yang memabukkan

Perbuatan meminum dan cecair yang memabukkan merupakan salah satu daripada
tiga rukun utama dalam jenayah minum arak selain syarat-syarat peribadi peminum
dan niat melakukan jenayah. Menurut Imam Malik, As-Syafi’e dan Ahmad,
kesempurnaan rukun ini boleh berlaku apabila seseorang itu meminum ‘muskir’ iaitu
suatu istilah umum yang bermaksud cecair yang memabukkan tanpa terikat, sama
ada dengan nama khususnya seperti khamr dan lain-lain atau dengan bahan-bahan
asalnya seperti anggur, tamar, gandum, barli, tebu, epal dan lain-lain.

Begitu juga kesempurnaannya tidak terikat dengan kadarnya yang diminum


oleh seseorang kerana jika kadarnya yang banyak boleh memabukkan peminumnya
maka kadarnya yang sedikit dihukum haram sekalipun kadarnya yang sedikit itu
belum lagi mampu untuk memabukkannya. Dengan itu, jika sesuatu cecair itu tidak
memabukkan seseorang kecuali sesudah dia meminumnya sebanyak sepuluh gelas
atau lebih, maka satu gelas yang diminumnya pada peringkat awal adalah haram
sekalipun ia belum lagi memabukkannya. Kadar yang sedikit atau banyak yang telah
diminum tidak diambil kira untuk menganggapnya sebagai cecair yang haram, tetapi
hukuman itu diasaskan kepada kadarnya yang banyak, apabila ia memabukkan
peminumnya atau tidak. Dari itu, jelas bahawa asas pengharaman itu terletak pada
kadarnya yang banyak jika ia memabukkan, maka kadarnya yang sedikit dihukum
haram, tetapi sebaliknya, jika kadarnya yang banyak tidak memabukkan maka
kadarnya yang sedikit turut tidak dihukum sebagai cecair yang haram.

Pada Abu Hanifah kesempurnaan rukun ini hanya akan berlaku dengan
tindakan seseorang meminum cecair yang dinamakan khamr. Kerana itu jika cecair
yang diminum itu bukannya khamr maka kesempurnaannya tidak berlaku kecuali jika
ia betul-betul memabukkannya. Abu Hanifah dan ulama’ mazhabnya telah
mengkhususkan nama khamr itu kepada tiga jenis cecair sahaja iaitu:

iv. Air anggur yang naik membuih sama ada dimasukkan kepala susu atau tidak.
v. Air anggur yang dimasak apabila berkurangan kadarnya tidak melebihi dua
pertiga kadar asal dan ia menjadi bahan yang memabukkan.
14
vi. Air tamar dan anggur kering yang ditakung apabila ia naik membuih sama ada
dimasukkan kepala susu ke dalamnya atau tidak.

Ulama’ Mazhab Hanafi dan Maliki mensyaratkan perbuatan minum itu berlaku
menerusi anggota mulut tetapi jika khamr atau muskir itu dimasukkan ke dalam
badan seseorang menerusi hidung atau dubur atau lain-lain lubang maka
pembalasan had minum arak tidak harus dilaksanakan ke atas pesalah kerana
terdapat shubhah tetapi ia tidak terlepas dari pembalasan takzir.

Ulama’ Mazhab Syafi’e mempunyai tiga pendapat, salah satunya adalah


sama seperti ulama’ Mazhab Malki dan Hanbali. Dalam pendapat kedua, mereka
mewajibkan pembalasan had ke atas pesalah biarpun arak itu dimasukkan ke dalam
badannya tanpa menerusi mulut seperti dia menghisapnya menerusi hidung atau
menyuntikkannya ke dalam badannya. Dalam pendapat yang ketiga, sekumpulan
yang lain mengatakan wajib dikenakan pembalasan had jika ia mengambilnya
menerusi hidungm bukannya menerusi suntikan.

Ulama’ Mazhab Hanbali pula mempunyai dua pendapat di dalam


permasalahan ini, salah satunya mengatakan jika arak itu dimasukkan ke dalam
badan seseorang dengan menerusi tekak sepertu meminumnya atau menghisapnya
dengan hidung maka pesalahannya wajib dikenakan pembalasan had, tetapi jika ia
memasukkannya menerusi dubur, maka dia tidak wajib dikenakan pembalasan had.
Menurut pendapat yang kedua, pesalah wajib dikenakan pembalasan had dalam
keadaan tersebut.

Untuk dihukum seseorang itu sebagai peminum arak, adalah memadai jika
arak itu sudah sampai ke dalam tekaknya walaupun ia belum lagi sampai ke
bahagian dalam badannya. Tetapi jika hanya sekadar dia kumurkannya sahaja di
dalam mulutnya kemudian dia meludahnya keluar maka dia tidak dikira sebagai
peminum arak sebenar dan tidak diwajibkan apa-apa pembalasan had ke atasnya.

Jika seseorang itu minum arak kerana dia bertujuan untuk menghilangkan
dahaga sedangkan dia mampu mendapatkan air, maka dia akan dihukum sebagai
15
peminum yang wajib dikenakan pembalasan had minum arak. Akan tetapi, jika dia
meminumnya dalam keadaan terpaksa kerana ketiadaan air sama sekali, maka dia
tidak dianggap bersalah berdasarkan firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 173:

              

Maksudnya: “Maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak


mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda Yang dimakan
itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”

Jika seseorang itu meminumnya kerana dipaksa, sama ada paksaan itu
dalam bentuk paksaan fizikal atau mental, maka dia tidaklah berdosa kerana Nabi
SAW telah bersabda:

‫ﻪ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ﻋ‬‫ﻮ‬‫ﻜﹾﺮﹺﻫ‬‫ﺘ‬‫ﺎ ﺍﺳ‬‫ﻣ‬‫ﺎﻥﹶ ﻭ‬‫ﻴ‬‫ﺍﻟﻨﹺّﺴ‬‫ﻄﹶﺄﹶﻭ‬‫ﱴﹺ ﺍﻟﹾﺠ‬‫ ﺃﹸﻣ‬‫ﻦ‬‫ ﻋ‬‫ﻊ‬‫ﺿ‬‫ﻥﱠ ﺍﷲَ ﻭ‬‫ﺍ‬


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menggugurkan kesalahan umatku akibat
perbuatan yang tidak disengaja, lupa dan dipaksa.”
(Hadis Riwayat Ibn Majah)

Jika seseorang itu meminumnya kerana dahaga yang mengancam nyawanya,


maka menurut pendapat Mazhab Hanafi yang selaras dengan pendapat yang
terkuat dalam Mazhab Maliki dan Syafi’e, peminumnya tidak dikenakan dengan
sebarang pembalasan had.

Tetapi Imam Ahmad membezakan di antara arak yang sepenuhnya atau arak
yang bercampur dengan cecair lain yang kadarnya sedikit yang tidak mampu
menghilangkan dahaga dengan arak yang bercampur dengan cecair lain yang
mampu menghilangkan dahaga; di dalam keadaan yang pertama peminumnya wajib
dikenakan pembalasan had. Jika dia berada dalam keadaan yang kedua maka dia
diharuskan meminumnya kerana darurat.

16
1.3.2 Arak sebagai bahan rawatan

Menurut Abu Bakar Muhammad (2006), para ulama’ berselisih pendapat jika arak
dicampurkan ke dalam makanan atau ubat-ubatan, adakah makanan dan ubat itu
boleh digunakan? Ibnu Syihab mengharuskannya sementara yang lainnya
mengatakan tidak boleh namun mereka tidak memberikan pandangan yang jelas
dalam hal ini. Walau bagaimanapun, pendapat yang paling sahih adalah tetap tidak
diharuskan berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Tariq bin Suwaid Al-Ju’fi
bahawa:

‫ﺎ‬‫ﻬ‬‫ﻌ‬‫ﻨ‬‫ﺎ ﺃﹶﺻ‬‫ﻤ‬‫ ﹺﺇﻧ‬:‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬.‫ﺎ‬‫ﻬ‬‫ﻌ‬‫ﻨ‬‫ﺼ‬‫ ﺃﹶﻥﹾ ﻳ‬‫ﻛﹶﺮﹺﻩ‬‫ ﻭ‬‫ﺎﻩ‬‫ﻬ‬‫ﺮﹺ ﻓﹶﻨ‬‫ﻦﹺ ﺍﳋﹶﻤ‬‫ ﻋ‬‫ﻠﱠﻢ‬‫ﺳ‬‫ ﻭ‬‫ﻪ‬‫ﻠﹶﻴ‬‫ﻠﱠﻰ ﺍﷲُ ﻋ‬‫ﻮﻝﹶ ﺍﷲِ ﺻ‬‫ﺳ‬‫ﺄﹶﻝﹶ ﺭ‬‫ﺳ‬

ٌ‫ﺍﺀ‬‫ﺎ ﺩ‬‫ﻬ‬‫ﻨ‬‫ﻟﹶﻜ‬‫ﺍﺀٍ ﻭ‬‫ﻭ‬‫ ﺑﹺﺪ‬‫ﺖ‬‫ﺴ‬‫ﺎ ﻟﹶﻴ‬‫ﻬ‬‫ ﺇﹺﻧ‬:‫ ﻗﹶﺎﻝﹶ‬.ِ‫ﺍﺀ‬‫ﻭ‬‫ﻠﺪ‬‫ﻟ‬

Maksudnya: “Beliau bertanyakan Rasulullah SAW tentang arak. Baginda


melarangnya dan tidak suka dia membuat arak. Dia berkata: “Saya membuatnya
untuk dijadikan ubat.” Sabda baginda: Ia bukannya ubat tetapi penyakit”.
(Diriwayatkan oleh Imam Muslim)

Manakala dari segi rawatan, jika seseorang itu meminum arak sebagai satu
bahan rawatan, menurut pendapat yang terkuat di dalam Mazhab Maliki dan Syafi’e,
maka dia wajib dikenakan pembalasan had minum arak kecuali jika dia hanya
sebagai gososkan di atas kulitnya sahaja, maka dia tidak dikenakan sebarang
pembalasan had sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud:
“Sesiapa yang merawat penyakitnya dengan menggunakan arak, maka Allah tidak
akan menyembuhkannya.”

Sabda baginda SAW lagi yang bermaksud:


“Sesungguhnya Allah tidak menjadikan kesembuhan umatku pada perkara yang
diharamkan ke atasnya.”
(Diriwayatkan oleh Imam Bukhari)

17
Mengikut Dr Mat Saad Abd Rahman (1993), Imam Abu Hanifah
mengharuskan minum arak untuk tujuan rawatan sebaliknya Imam Ahmad pula
mengharamkannya dan beliau berpendapat pesalah yang meminumnya kerana
tujuan rawatan wajib dikenakan pembalasan had.

1.3.3 Meneguk arak bagi menghilangkan tercekik makanan

Menyentuh persoalan berhubung keharusan meneguk arak bagi menghilangkan


tercekik makanan, Abu Bakar Muhammad (2006) menjelaskan hal yang demikian
adalah tidak dibolehkan kerana bimbang orang itu hanya sekadar menjadikan
tercekik sebagai alasan untuk mengelakkan diri dari dijatuhkan hukuman. Hal ini
berbeza dengan keadaan darurat kerana terpaksa minum arak dengan sebab
paksaan, maka dia boleh minum tanpa sebarang khilaf.

Sebaliknya, Ibnu Habib mengutarakan pandangan yang berbeza, beliau


menyatakan bahawa dibolehkan seseorang meneguk arak apabila tercekik makanan
kerana ia dalam keadaan darurat. Ini dikukuhkan dengan pendapat para ulama
berhubung hal ini iaitu “Orang yang terpaksa makan bangkai, darah dan daging babi,
akan tetapi dia tidak makan sehingga menyebabkan dia binasa, maka dia akan
masuk neraka melainkan jika Allah mengampunkannya”.

Allah SWT mengharamkan bangkai, darah dan daging babi dalam bentuk ain
yang tertentu pada waktu yang mutlak (umum). Kemudian datang dalil yang
mengkhususkan sesetengah ain dalam sesetengah masa dan keadaan. Dalam hal
ini Allah SWT berfirman:

                

          

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan


bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana
Allah, maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak
mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan
18
itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.”
(Surah Al-Baqarah : 173)

Daripada ayat tersebut, telah menunjukkan bahawa darurat mengangkat


hukum pengharaman. Keadaan darurat yang disebutkan adalah di dalam konteks
bangkai, darah dan daging babi. Dalam hal ini, dimasukkan juga dalam konteks
pengharaman arak dengan dua alasan berikut:

i. Iaitu dengan mengambil pengertian dalil bahawa arak merupakan perkara


yang diharamkan sebagaimana bangkai, darah, daging babi dan lain-lain.
Maka arak juga diharuskan dalam keadaan darurat sebagaimana diharuskan
memakan bangkai ketika dalam keadaan darurat sebagaimana pendapat Abu
Bakar Al-Abhari berkata, “Jika arak itu dapat menghilangkan lapar dan
dahaganya maka dia boleh meminumnya kerana Allah berfirman dengan
firman-Nya: “Sesungguhnya ia adalah keji”, kemudian Allah mengharuskan
apabila ada darurat. Begitu juga yang Allah firmankan tentang arak dengan
menyebutkan: “Sesungguhnya ia adalah keji”. Oleh itu, keharusan minum
arak ketika darurat adalah sama dengan keharusan makan daging babi. Maka
maksud yang jelas itu lebih kuat daripada hukum qiyas. Maksud yang jelas itu
adalah dengan minum arak ketika terlalu dahaga pastinya akan
menghilangkan sedikit kehausannya walaupun sebentar dan menghilangkan
kelaparannya walaupun sejenak”.
ii. Bagi golongan yang tetap berpegang kepada hukum diharamkan arak
walaupun ketika darurat, mereka mendakwa arak hanyalah menambahkan
lagi rasa dahaga dan tidak menghilangkan rasa lapar. Demikian juga
pendapat Imam Malik dalam Kitab Al-Utbiyyah, katanya: “Arak itu hanya akan
menambahkan kehausan”. Oleh itu, Allah SWT telah mengharamkan arak
secara mutlak berbeza dengan hukum bangkai yang diharamkan secara
bersyarat iaitu jika tiada darurat.

Walau bagaimanapun, dalam keadaan orang yang tercekik dengan satu


suapan dan dalam keadaan darurat tersebut, dia harus meneguk arak, maka hanya
19
dia dan Allah SWT yang mengetahui hakikat keadaan sebenar. Tetapi sekiranya
antara dia dengan kita, maka tentunya kita dapat menjadi saksinya terdapatnya
tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu memang tercekik. Jika dapat
dibuktikan, maka ia boleh dipercayai sebaliknya jika tidak kelihatan buktinya maka ia
perlu dijatuhkan hukuman mengikut pertimbangan zahir. Sementara yang batinnya
atau yang tersembunyi biarlah antara urusannya dengan Allah SWT. Jika dia di
pihak yang benar, maka selamatlah dia daripada seksaan Allah.

1.4 SUMBER QIYAS

Menurut Abd Latif Muda, qiyas dari segi bahasa mempunyai banyak takrifan iaitu
antaranya adalah ukuran, persamaan, persamaan dan ukuran di antara sesuatu
tempat dengan tempat yang baru, iktibar atau pengajaran, tamsil dan juga
menyerupai atau mumasalah.

Dari segi istilah pula, Al-Qiyas boleh membawa maksud menzahirkan


persamaan sesuatu yang tidak ada nas tentang hukumnya dengan suatu perkara
yang ada nas tentang hukumnya kerana kedua-duanya mempunyai persamaan
pada ‘illah atau sebab pada hukum. Contohnya, Allah SWT mengharamkan
minuman arak dengan dalil nas dan wajib dikenakan had ke atas peminumnya. Para
mujtahid mendapati ‘illah dan sebab pengharamannya ialah memabukkan selain
daripada arak seperti todi, dadah, ganja dan wiski adalah haram.

Dari segi istilah juga, qiyas boleh didefinisikan sebagai persamaan dalam
sesuatu perkara furu’ yang telah berlaku mengikut persamaan ‘illah hukum tersebut
atau perbandingan di antara suatu hukum dalam perkara yang baharu lahir dengan
perkara yang telah ada hukum sebelumnya di dalam Al-Quran dan As-Sunnah.
Dalam erti kata yang lain, menyamakan masalah yang tidak dijelaskan hukumnya di
dalam Al-Quran atau Al-Hadis atau Ijmak dengan masalah yang telah dijelaskan
hukumnya di dalam salah satu daripada dalil tersebut berdasarkan antara keduanya
ada persamaan pada ‘illah hukum. Contohnya seperti pengharaman tuak
berdasarkan illah ianya memabukkan seperti diharamkan minuman arak.

20
H.Hamzah Ya’qub (1995) menyatakan sikap para mujtahidin terhadap qiyas
adalah berbeza-beza. Golongan Hanafiah misalnya lebih mementingkan qias dan
mendahulukannya daripada Hadis Ahad iaitu hadis yang tidak masyhur dalam
mengeluarkan hukum. Imam Ahmad pula membataskan diri dalam menggunakan
qias hanya ketika keadaan darurat sahaja iaitu jika tiada nas di dalam al-Quran,
hadis, athar, atau fatwa-fatwa sahabat walaupun daif. Manakala Imam Malik
menggunakan qias sekiranya tidak ada nas dari al-Quran, hadis dan athar sahabat
yang sah. Begitu juga dengan golongan Syafi’iyah yang menggunakan qias apabila
tidak terdapat nas al-Quran dan hadis yang menyentuh secara langsung tentang
sesuatu hukum yang ditimbulkan.

1.4.1 Rukun Qiyas

Berdasarkan pengertian-pengertian dari segi istilah tersebut, Al-Qiyas yang


dikehendaki dan diterima oleh syarak mestilah mengandungi empat rukun berikut:

i. Al-Aslu iaitu sumber hukum asal yang telah ditetapkan dalam Al-Quran dan
hadis atau ijmak. Asal juga ialah tempat keluar bukan dengan dalil yang qat’i.
Asal juga ialah tempat keluar hukum dengan dalil qat’i. Contohnya: Arak sabit
hukumnya berdasarkan Al-Quran.
ii. Hukum Asal iaitu hukum asal yang ditetapkan atau dijelaskan dalam Al-Quran,
hadis dan ijmak. Hukum asal juga ialah hukum syarak yang terbit melalui dalil
yang hendak diqiyas contohnya hukum haram arak.
iii. Cabang atau furu’ iaitu masalah di mana hukumnya tidak dinyatakan dalam Al-
Quran, hadis mahupun ijmak ulama. Contohnya, hukum minum todi,
pengambilan dadah, minuman wisky dan seumpamanya.
iv. ‘Illah iaitu sifat yang berupa sebab yang menyebabkan lahir hukum asal yang
sama dengan hukum furu’ atau baru. Contohnya, sifat mabuk pada arak dan
dadah atau todi atau wisky.

21
1.4.2 Persoalan semasa yang dikaitkan dengan arak mengikut Al-Qiyas

Antara persoalan semasa berkaitan dengan Al-Qiyas yang akan dibincangkan di sini
ialah penyalahgunaan dadah, ganja, pil khayal, menghidu gam, todi, tuak dan
seumpamanya yang mengkhayalkan serta memabukkan, baik dengan cara
suntIkan, hisap atau sedut, telan, hidu atau minum.

Pengharaman arak sama ada yang diperah daripada anggur atau tamar
adalah berdasarkan dalil-dalil atau nas daripada Al-Quran dan As-Sunnah yang
telah dinyatakan sebelum ini. Pengharamannya atas dasar atau ‘illah dan sebabnya
ialah memabukkan atau menghilangkan kewarasan akal. Jika ditinjau dalam konteks
semasa, kini terdapat pelbagai jenama ada benda yang boleh memabukkan atau
menghilangkan kewarasan akal atau mengkhayalkan seseorang.

Apa yang dijelaskan melalui nas adalah arak sahaja dan ia ditetapkan had
atau sesiapa yang sabit dijatuhkan hukuman hudud 40 sebatan atas dasar
memabukkan dan syaratnya dengan cara meminum. Sedangkan dalam konteks
semasa, benda-benda yang memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal
digunakan melalui suntikan atau telan atau hidu atau hisap atau sedut. Semua itu
tidak dijelaskan secara langsung dalam mana-mana nas sama ada di dalam Al-
Quran mahupun As-Sunnah.

Lantaran itulah, untuk menangani masalah semasa dalam konteks kini,


ulama’ mujtahid menggunakan dalil Al-Qiyas untuk mengeluarkan hukum
berdasarkan persamaan pada ‘illah atau sifat dan sebab. Iaitu semua benda tersebut
adalah haram atas dasar memabukkan dan menghilangkan kewarasan akal seperti
arak, tanpa mengira cara pengambilannya, baik dengan cara menghidu, menelan,
menyedut atau suntikan. Manakala hukuman yang dikenakan terhadap individu yang
mengambil benda-benda yang memabukkan dengan cara selain meminumnya iaitu
sama ada dengan cara menyedut, menghidu, menelan atau suntikan akan
dikenakan hukuman takzir bukan hukuman hudud.

22
1.5 PENUTUP

Kesimpulannya, Islam melarang keras umatnya meminum arak atau segala


minuman yang memabukkan tidak kira sama ada ia berasal dari perahan anggur,
tamar, beras, tapai, tuak dan sebagainya. Pengharaman arak adalah membawa
faedah yang amat besar kepada manusia dan masyarakat kerana salah satu di
antaranya, arak dapat menghilangkan kewarasan akal. Oleh itu, al-Quran
menetapkan bahawa minum arak diharamkan dan dianggap sebagai amalan syaitan
serta mendapat dosa. Dengan melakukan kemungkaran ini, umat Islam bukan
sahaja boleh kehilangan petunjuk daripada Allah SWT tetapi mereka juga akan
kehilangan rahmat serta semakin dekat dengan syaitan. Walaupun pembentukan
undang-undang pengharaman arak dilakukan secara beransur-ansur pada zaman
awal kedatangan Islam, namun Islam sangat bertegas dalam melarang keras
umatnya daripada terlibat dengan segala yang berkaitan arak.

23

You might also like