You are on page 1of 16

MY ARABIC CLASS, PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

BAHASA ARAB BERASASKAN MIXED-METHOD


Oleh
Norazamudin bin Umar
Maktab Sabah, Kota Kinabalu

SINOPSIS
Program myarabicclass dibangunkan untuk membantu pelajar bahasa Arab menguasai subjek ini
secara kendiri(self-learning) dan mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran bahasa
Arab selaras dengan perkembangan semasa. Program ini adalah lanjutan kepada program e-
Tuition in Arabic. Program ini terdiri dari beberapa elemen yang menggabungkan antara kaedah
pengajaran konvensional dan terkini iaitu modul transiksi bahasa Arab tingkatan 1(Arabic is
easy), pembelajaran melalui e-mail(myarabicclass07@yahoo.com.my), modul ART(Answer,
read and translate), my arabic flash card, Arabic Co-Cum, pelaksanaan Radio dan Televisyen
Arab(RTVA Maktab Sabah), modul pemantapan dan pemulihan bahasa Arab dibantu oleh Rakan
Sebaya Bahasa Arab. Program ini diharap dapat meningkatkan penguasaan kemahiran bahasa
Arab di samping meningkatkan pencapaian pelajar dalam peperiksaan awam.

1. Kumpulan Sasaran

Pelajar tingkatan satu, dua dan tiga

2. Latar Belakang

Kedudukan sebelum program dilaksanakan


(a)Sebahagian besar pelajar menganggap Bahasa Arab merupakan satu subjek yang susah.
Justeru, pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab menjadi satu cabaran besar kepada guru
untuk memupuk serta menanam minat terutama di kalangan pelajar yang lemah.

(b)Tinjauan mendapati bahawa murid lebih mudah lupa perkataan Arab secara teknik biasa iaitu
pelajar mencatat perkataan dan kemudian pelajar menghafaznya. Analisis menunjukkan pelajar
yang sederhana dan lemah lupa perkataan yang telah dihafaz. Senario ini telah menyebabkan
murid yang lemah bahasa Arab sukar untuk menguasai subjek ini.

(c) Pembelajaran bahasa Arab adalah berpusatkan guru (75-25) kerana masalah tidak wujudnya
persekitaran bahasa Arab. Ketiadaan guru di dalam kelas kerana tugas-tugas rasmi menyebabkan
guru relief tidak tahu apa tugasan yang patut dilakukan kerana subjek Bahasa Arab hanya boleh
diajar oleh guru Bahasa Arab sahaja.
(d)Program e-Tuition in Arabic sesuai digunakan untuk menarik minat semasa dalam kelas dan
mampu meningkatkan prestasi akademik namun ianya mempunyai beberapa kelemahan seperti:

(i)Penggunaan bahan-bahan ICT tidak dapat dilaksanakan sekiranya elektrik terputus atau sistem
elektrik di dalam kelas bermasalah. Masalah sistem elektrik kadang-kadang berlanjutan selama
beberapa minggu sehingga sebulan.

(ii)Pelajar yang tidak mempunyai komputer atau talian internet seperti pelajar
berpendapatan sederhana dan rendah sukar untuk menggunakan sebahagian
dari perisian yang terdapat dalam program e-Tuition in Arabic.

(iii)Pelajat yang tinggal di asrama juga agak sukar menggunakan perisian ini
kerana penggunaan komputer dan internet yang terhad, justeru beberapa
kaedah yang lain digunakan untuk membantu pelajar-pelajar tersebut.

(iv)Pengajaran bergantung kepada satu-satu kaedah selama tiga tahun


berturut-turut dengan guru yang sama menimbulkan rasa bosan di kalangan
pelajar.

3. Objektif Program

3.1 Membantu pelajar lemah Bahasa Arab menguasai perbendaharaan kata asas di dalam
Bahasa Arab.

3.2 Meningkatkan prestasi pencapaian pelajar dalam peperiksaam dalaman dan peperiksaan
awam.

3.3 Mempelbagaikan kaedah dan pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab.

3.4 Meningkatkan kemahiran berfikir pelajar melalui pembelajaran koperatif

3.5Mengekalkan minat sedia ada pelajar atau meningkatkan minat pelajar terhadap subjek bahasa
Arab
4. Tarikh mula dan tarikh siap pelaksanaan.
Tarikh mula : April 2006
Tarikh akhir : Berterusan

Tarikh mula Kaedah P&P Sasaran murid


April 2006 Modul ART Pelajar tingkatan 3
Julai 2006 My arabic flash card Pelajar tingkatan 2 dan
3
November 2006 Myarabicclass07@yahoo.com.my Pelajar-pelajar
berpotensi mendapat A
dan B dalam bahasa
Arab
Januari 2007 Modul Arabic Is Easy Pelajar tingkatan 1
Februari 2007 Pelancaran RTVA Maktab Sabah Semua pelajar bahasa
dan my arabic film Arab
Mac 2007 Sudut Media Ibn Sina dan Pelajar tingkatan 3
perlantikan rakan sebaya bahasa
Arab
Mac 2007 Pemantapan program persatuan Ahli persatuan bahasa
Bahasa Arab Arab
Jun 2007 Program pengayaan dan pemulihan Rakan sebaya bahasa
Arab dan pelajar yang
lemah

5. Pelaksanaan Penggunaaan Bahan/ Projek/ Kaedah Dalam Pengajaran dan


Pembelajaran

Program yang dilaksanakan meliputi beberapa modul, model dan bahan meliputi:
(a)Modul Transiksi BahasaArab Tingkatan 1(Arabic Is Easy)
(b)My Arabic Flash Card
(c)My Arabic Co-Cum
(d) myarabicclass07@yahoo.com.my
(e) Radio dan televisyen Arab (RTVA) Maktab Sabah
(f) Model ART
(g) Rakan sebaya Bahasa Arab
(h) Program pengayaan dan pemulihan
5.1 Modul Transisi Bahasa Arab Tingkatan 1(Arabic Is Easy)

(a) Konsep modul


Modul ini adalah pelengkap kepada program Tahbib Lughah yang termasuk dalam kurikulum
Bahasa Arab tingkatan satu. Modul yang dihasilkan ini adalah berasaskan perbendaharaan kata
bahasa Arab yang telah dimiliki oleh pelajar tanpa disedari. Program ini dilaksanakan dengan
memberi pendedahan perkataan Arab kepada pelajar melalui:
(i) Perkataan Melayu yang dipinjam dari bahasa Arab,
(ii) Perkataan Inggeris dan Arab yang mempunyai persamaan.
(iii)Perkataan yang mempunyai bunyi yang sama antara bahasa Melayu dan bahasa Arab tetapi
mempunyai maksud yang berbeza
(iv)Membina ayat berasaskan pengetahuan agama yang ada pada pelajar seperti melalui niat
solat, lafaz azan, rukun Iman, rukun solat.
(v) Perbualan asas Bahasa Arab

(b) Objektif khusus


1. Menghilangkan persepsi bahasa Arab satu bahasa yang sukar untuk dipelajari
2. Memudahkan pelajar mengingati perkataan-perkataan Arab yang mudah sebagai pengenalan
kepada bahasa Arab.
3. Pelajar dapat menguasai sekurang-kurangnya dua ratus perkataan sebelum cuti pertengahan
semester.
4. Pelajar dapat bertutur ayat-ayat mudah dalam bahasa Arab.
5. Menimbulkan kesedaran di kalangan pelajar perkaitan rapat antara Islam dan Bahasa Arab

(c)Pelaksanaan modul pengajaran”Arabic Is Easy”

Program ini dilaksanakan selama sebulan setengah iaitu sebelum cut semester meliputi 12 kali
pertemuan.

5.2 Myarabic Card

(a) Konsep bahan


Bahan yang dihasilkan ini diadaptasi daripada perbendaharaan kata yang terdapat dalam huraian
sukatan pelajaran tingkatan satu dua dan tiga . Pelajar akan menghafaz 350 perkataan semasa
tingkatan dua dan semasa tingkatan tiga program pengukuhan dijalankan.

(b)Objektif Khusus
1. Menimbulkan minat dan memotivasi pelajar untuk menguasai Bahasa Arab melalui permainan
FC Game dan e-Arabic flash card.
2. Memudahkan pelajar menghafaz perbendaraan kata bahasa Arab
3. Memenuhi waktu terluang pelajar dengan aktiviti yang berfaedah.
4.Memastikan pelajar menguasai sekurang-kurangnya 350 perkataan asas bahasa Arab
5. Membantu pelajar menjawab soalan 5 dalam PMR
(c) Proses Pengajaran dan Pembelajaran myarabicflash card

Pelaksaan permainan FC Game melalui dua peringkat :

Peringkat Satu( Tingkatan dua)

Aktiviti ini boleh dilakukan semasa waktu relief

1.Setiap bulan guru akan memperkenalkan kepada pelajar antara 1-2 kumpulan flash Card .

2. Pelajar cuba menghafaz atau mengingati 20 perkataan yang diberi dalam masa 10-15 minit
yang pertama.

3. Pelajar akan bermain dalam kumpulan dan permainan akan memakan masa antara 15-20
minit.

Peraturan permainan:

1. Permainan dijalankan dalam bentuk kumpulan antara empat ke lima orang.


2. Setiap kumpulan akan diberikan 20-100 keping flash card berdasarkan masa
relief. Setiap pusingan 20 keping dipertandingkan mengikut tema-tema.
3. 20 Flash Card diterbalikkan dan ditarik satu-persatu. Setiap kali kad ditarik
setiap pelajar akan meneka perkataan yang terdapat pada flash card tersebut
4. Sekiranya pelajar dapat meneka perkataan dengan betul maka kad tersebut
akan dikumpul oleh pelajar tersebut.
5. Sekiranya tidak ada pelajar yang meneka dengan betul, maka kad tersebut
akan dibuka dan satu kad yang lain ditarik dan semua pelajar akan meneka sekali lagi
perkataan yang tertulis pada kad tersebut.
6. Sekiranya pelajar dapat meneka dengan betul makan kad tersebut dikumpul
oleh pelajar tersebut, sekiranya semua peserta meneka dengan salah, maka kad tersebut
diletakkan bersebelahan kad pertama yang tidak dapat diteka.
7. Begitulah seterusnya hingga empat kad yang dibuka tidak dapat dijawab,
maka keempat-empat kad ditutup dan dimasukkan ke kad yang belum diteka dan kad
diubah secara rawak sekali lagi.
8. Pelajar yang berjaya mengumpul flash card terbanyak adalah pemenang

4.Guru akan bertanya perkataan yang dihafaz pada kelas berikutnya.

Peringkat Dua(Tingkatan tiga)


(i)Guru akan bertanya pelajar di awal kelas dengan memilih mana-mana 350 patah perkataan
dari myarabicflash card
(ii)Jun-PMR: Guru akan bertanya pelajar tentang perkataan dan meminta pelajar membina ayat
berasaskan perkataan tersebut
5.3 My Arabic Co-Cum

Objektif khas
1. Menghilangkan perasaan malu pelajar dan menimbulkan keyakinan pelajar dalam
menggunakan bahasa Arab
2. Menjadikan aktiviti ko-kurikulum lebih menarik
3. Mengisi masa lapang pelajar dengan aktiviti berfaedah.
4. Mewujudkan persekitaran Bahasa Arab.
5. Memperluaskan bahasa Arab kepada pelajar yang tidak belajar bahasa Arab.

Contoh Aktiviti yang dijalankan:

Bil Aktiviti
1 Membuat persembahan choral speaking sempena majlis anugerah cemerlang
2 My Arabic Came
3 Arabic Game
4 Arabic Explorace
5 Pertandingan Hiwar
6 Pertandingan menulis khat
7 Arabic Corner
8 Majalah al-Jidar
9 Melekatkan perkataan-perkataan Arab di sekitar sekolah
10 Mengajar rakan-rakan bahasa Arab

Contoh aktiviti yang dijalankan

My Arabic Came(Kem Kecemerlangan Bahasa Arab)


Objektif:
-Memberi motivasi dan menanam minat pelajar terhadap Bahasa Arab
-Memupuk semangat kerjasama di kalangan pelajar berorientasikan akademik
-Mencungkil bakat dan kebolehan pelajar dalam bertutur dan berkomunikasi dalam bahasa Arab
secara informal
Contoh Tentatif Program

Masa Aktiviti
Jumaat ( 23 Mac 2007)
1.45-2.15 petang Pendaftaran dan persediaan tempat
2.15- 3.00 Majlis Pelancaran Kem, Sudut Media Ibnu Sina dan
perlantikan Rakan Sebaya Bahasa Arab
3.00- 3.30 Sesi Taaruf
3.30-4.00 Solat Asar dan Minum Petang
4.00- 5.30 Permainan Bahasa” Punch Card’
5.30-6.30 Makan malam dan Persiapan diri
6.30-8.00 Solat Maghrib/Kuliah/Solat Isyak/Solat Hajat
8.00-11.00 Ceramah Teknik Menjawab PMR
11.00-12.00 LDK 1
Sabtu(24 Mac 2007)
4.30-5.00 Persiapan diri
5.00-6.30 Solat Subuh/Bacaan al-Ma’thurat/Kuliah subuh/Sarapan
6.30-7.30 Senaman
7.30-9.00 Bengkel Pembelajaran Kendiri
9.00-9.30 Rehat
9.30-10.30 Pembentangan Kumpulan
10.30-11.00 Gotong-Royong
11.00-11.30 Penutup dan bersurai

5.4 myarabicclass07@yahoo.com.my

Konsep model:
Model ini dibentuk khusus sebagai kesinambungan dari pembelajaran bahasa Arab di tingkatan
satu dan dua. Program ini dijalankan secara khusus pada cuti hujung akhir tahun dengan guru
memberi tugasan sebelum cuti akhir tahun. Pelajar akan menghantar jawapan mereka melalui
email.

Objektif khusus:
1. Sebagai persediaan awal untuk menghadapi PMR
2. Melatih pelajar untuk belajar secara kendiri
3.Sebagai satu usaha pengintegrasian ICT( Teknologi Maklumat) dalam pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Arab

Proses pelaksanaan
1. Guru menyediakan tugasan sebelum cuti.
2. Guru memberi taklimat kepada pelajar yang terlibat
3.Pelajar menjalankan tugasan dan guru memantau tugasan pelajar dari semasa ke semasa
4.Aktiviti ini diteruskan bagi pelajar yang berminat selepas sesi persekolahan baru bermula
5.5 Radio dan Televisyen Arab Maktab Sabah(RTVA Maktab Sabah)

Konsep program

Program ini berkonsepkan belajar sambil berhibur. Pembangun telah mengumpul lebih dari 1000
koleksi filem dokumentari, animasi, drama, nasyid berbentuk audio dan video dari rakan-rakan
dan internet. Program ini masih dalam proses pemurnian dan akan dipertingkatkan dari masa ke
semasa.

Objektif khusus:
1. Guru dan pelajar dapat menguasai teknologi maklumat secara tidak langsung
2. Membawa kepada pelajar cara sebenar masyarakat Arab melafazkan sesuatu perkataan.
3. Menghilangkan kebosanan pelajar semasa belajar khususnya di waktu-waktu hujung.

Pelaksanaan:
Antara bentuk-bentuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang boleh dijalankan adalah seperti:

Aktiviti Contoh arahan Terjemahan arahan Bahan /Catatan


1. Menonton filem dan " ‫شككاهد رسككوم متحركككة‬ Lihat animasi Sinbad Borang
menulis perkataan yang ‫سندباد" بعنوان " على بابا‬ bertajuk: Ali Baba perkataan yang
didengar. ‫وأربعون لصككا" ثككم اكتككب‬ dan 40 pencuri didengar
‫الكلمات التي تسمعها‬ kemudian tulis
perkataan yang anda
dengar

2. Menonton filem pendek ‫شككاهد الكرتككون السككلمي‬ Lihat kartun Kertas A4


dan guru menyediakan teks ‫بعنككككوان "الصككككدق" ثككككم‬ berjudul : “Benar”
dan selepas itu meminta ‫ناقشها في المجموعة‬ kemudian bincangkan
pelajar berbincang dalam dalam kumpulan
kumpulan

3. Menonton filem dan guru ‫ امل الفككككككراغ مسككككككتعينا‬Isi tempat kosong Teks filem yang
menyediakan teks dan ‫ بالرسككوم المترحكككة الككتي‬berasaskan animasi bertulis
meminta pelajar mengisi ‫ شاهدتموها‬yang anda tonton
ruang kosong

4. Menonton filem secara - - Aktiviti


secara santai beramai-ramai dijalankan
pada waktu relief secara santai

5. Menonton filem dan ‫ شاهد ثم تكلم أمام الفصل‬Tonton dan ceritakan -


kemudian menceritakan di hadapan kelas
semula di hadapan kelas
6. Menonton klip nasyid dan ‫شُد ِمعًا‬
ُ ‫ َهيّا َنْن‬Mari bernasyid -
bernasyid beramai-ramai bersama-sama

7. Menonton - - Buku catatan


filem/animasi/nasyid selama khas
20 minit setiap minggu
dengan pelbagai aktiviti

8.Menonton filem dari CD ‫ شككاهد الرسككوم ثككم اكتككب‬Lihat animasi..dan Borang khas
dan menulis perkataan yang ‫ الكلمات التي تسمعها‬tulis perkataan yang
didengar anda tahu
* Pelajar diberi peluang
melihat seberapa banyak filem
di rumah dan membuat
catatan

9. Tayangan secara santai - - -Jadual


pada waktu rehat/di asrama tayangan
-Pelajar yang
bertugas
10. Pelajar menonton filem - - -Buku catatan
pada waktu-waktu relief di penggunaan
sudut media

11. Guru menayang klip ‫ شاهد كليب ثم اكتب‬Lihat klip video dan -Kertas A4
perbualan yang diambil dari tulis
filem animasi dan meminta
pelajar menulis/menterjemah
‫ شاهد كليب ثم ترجم‬Lihat klip video dan
terjemah
12.Guru memperdengarkan ‫ استمع إلى نشرة الخبار‬Dengar berita bahasa
berita bahasa Arab Arab

13. Guru memperdengarkan ‫ استمع إلى النشيد‬Dengar nasyid


nasyid arab
5.6 Model ART (Answer, Read dan Translate)

Konsep:
Modul ART adalah modul pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab yang dijalankan pada
semester pertama tingkatan 3 menggunakan kaedah terjemahan, pembelajaran koperatif dan latih
tubi

Objektif khusus:
1.Membantu pelajar menjawab soalan mengikut format PMR khususnya bahagian A soalan 1,2
dan 3 (Kemahiran membaca) dan bahagian C soalan 7 dan 8 (Kemahiran menterjemah)
2.Menambah perbendaharaan kata pelajar melalui latih tubi yang berterusan
3.Menghabiskan sukatan pelajaran dalam penggal pertama

Pengendalian:
Langkah pengajaran dan pembelajaran
Hari pertama:
1. Guru memberi tugasan
2. (ANSWER)Pelajar menjawab soalan dalam masa 15-20 minit secara
bersendirian/berkumpulan
3. (READ) Guru berbincang tentang teks dengan pelajar menggunakan keedah konvensional atau
e-Tuition in Arabic

Hari kedua
4.(TRANSLATE) Pelajar akan menterjemah kembali 2 teks yang telah dipelajari sebelum ini dan
guru membuat pemantauan.

5.7 Rakan Sebaya Bahasa Arab

Konsep: Program ini dijalankan dengan memilih pelajar-pelajar yang pandai bahasa Arab untuk
membantu pelajar sederhana dan lemah.

Objektif khusus
1. Membantu pelajar yang lemah
2. Memberi penghargaan dan motivasi kepada pelajar yang cemerlang
3. Menghilangkan perasaan malu pelajar yang lemah

Prosedur pelaksanaan:
1. Guru menyediakan watikah perlantikan Rakan Sebaya Bahasa Arab dan ditanda tangani oleh
pengetua
2. Guru membimbing dan memberi panduan kepada rakan sebaya
3. Kreteria pemilihan pembimbing
(a) Pelajar target A dalam bahasa Arab
(b) Pelajar tidak mempunyai masalah akademik dalam subjek-subjek lain
(c) Pelajar yang sentiasa mendapat A dalam peperiksaan dalaman semasa tingkatan satu dan dua.

4. Tugas-tugas pembimbing
(a) Menjadi ketua kumpulan dalam perbincangan seperti dalam modul ART
(b) Membantu guru menyemak bacaan pelajar(myarabic flash card)
(c) Membantu guru dalam aktiviti persatuan bahasa Arab
(d) Membimbing rakan sebaya dalam menjawab soalan dan melakukan tugasan semasa guru
bertugas di luar sekolah.

6. Bentuk Kejayaan Bahan/Projek/ Kaedah

6.1. Pengurangan Kos Operasi


Kos perbelanjaan hanya melibatkan beberapa keping kad manila dan dakwat printer untuk
mencetak flash card serta mencetak modul-modul semuanya menggunakan bahan-bahan yang
ada di sekolah.

6.2. Penjimatan Masa

a)Masa untuk murid menulis nota dan menyalin soalan dapat dikurangkan.

(b)Sukatan pelajaran dapat dihabiskan lebih awal.

(c)Masa guru dapat difokuskan kepada pelajar yang lemah kerana pelajar sederhana dibantu oleh
rakan sebaya bahasa Arab.

(d) Masa relief dapat diisi dengan aktiviti berfaedah


6.3. Peningkatan Keberkesanan Pengajaran dan Pembelajaran

(a) Pelajar dapat menghafaz perkataan dengan mudah

Pelajar A: Ustaz permainan flash card memudahkan saya menghafaz perkataan.

(b)Kebanyakan murid mempunyai lebih keyakinan bertutur dalam Bahasa Arab dengan ayat-ayat
yang mudah.

(c) Menunjukkan peningkatan motivasi dalam belajar bahasa Arab

Pelajar B: Ustaz bila lagi nak buat kem bahasa Arab?

(d) Guru dapat menjalankan aktiviti-aktiviti lanjutan dengan aras kesukaran yang lebih tingg
bagi pelajar aras tinggi

(e) Pelajar dapat belajar bahasa Arab sambil bermain dan berhibur

(f) Pelajar dapat menambah perbendaharaan kata bahasa Arab secara tidak langsung.

(g)Pelajar berebut-rebut untuk menjawab soalan yang ditanya oleh guru di awal kelas.

6.4. Peningkatan Tahap Kepuasan Hati Guru/Pelajar


(a)Guru dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran dengan pelbagai kreativiti

(b) Guru tidak bimbang untuk keluar berkursus kerana adanya rakan sebaya bahasa Arab yang
akan membantu

(c) Guru dapat menambah koleksi bahan pengajaran-pembelajaran dan dapat bertukar-tukar
bahan dengan rakan seprofesionalisme.
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
(a) Pelajar dapat belajar secara kendiri. Pada tahun penghujung tahun 2004 saya ada memberi
tugasan kepada 21 orang pelajar tetapi yang menghantarnya hanyalah 2 orang sahaja, pada
penghujung tahun 2006 dan 2007 saya menggunakan pendekatan yang lain dengan memilih 21
pelajar aras tinggi dan sederhana untuk menghantar tugasan mereka melalui email hasilnya
dapat dilihat seperti data di bawah:
BIL NAMA ALAMAT EMAIL 1 2 3 4 5 PMR
1 Pelajar A Man_Amir_91@yahoo.com
2 Pelajar B Blues_17dilaz@yahoo.com 2/12 20/12 A
3 Pelajar C Fnadzirah52@yahoo.com
4 Pelajar D Nadya92_joe@yahoo.com
5 Pelajar E funniyz_fanz@yahoo.com 9/11
6 Pelajar F taker_hafiz@yahoo.com 16/11 27/11 17/12 17/12
7 Pelajar G nazsempoi@yahoo.com
8 Pelajar H encemboy_92@yahoo.com 17/11 25/11 25/11 26/11 26/11 A
9 Pelajar I erra_aremyrules@yahoo.com 25/11 25/11 18/12 18/12 B
10 Pelajar J wanney_adam@yahoo.com 18/11 24/12 24/12 24/12 C
11 Pelajar K blackforest1408@yahoo.com
12 Pelajar L chillgrill_shakira@yahoo.com 23/11 23/11 23/11 23/11 23/11 A
13 Pelajar M shinogu_iman25@yahoo.com.my 23/11 30/11 8/12 18/12 28/12 B
14 Pelajar N cute_lyena92@yahoo.com 19/12 19/12 19/12 19/12 19/12 B
15 Pelajar O simpleover92@yahoo.com 20/11 8/12 8/12 8/12 8/12 A
16 Pelajar P Queenmax_92@yahoo.com 20/11 20/11 22/12 22/12 A
17 Pelajar Q Hudge_jar@yahoo.com 29/11 30/11 A
18 Pelajar R pelcopen_dewi@yahoo.com
19 Pelajar S Iichi_azrien19@yahoo.com 22/11 7/12 13/12 C
20 Pelajar T
21 Pelajar U Aratashii_farah19/@yahoo.com 16/11 21/11 7/12 13/12 C

Pelajar yang tidak menghantar tugasan


Catatan:
(a)Peratus pelajar yang menghantar sekurang-kurangnya sekali: 76.19% berbanding 10% tugasan
secara biasa
(b)Peratus berdasarkan bilangan tugasan yang dihantar

Nombor tugasan bilanngan pelajar Peratusan

5 7 33.33%
4 10 47.61%
3 13 61.9%
2 11 52.38%
1 13 61.9%
Peratus keseluruhan 54 51.42%
5 pelajar menghantar semua tugasan

ANALISIS KEPUTUSAN PMR

Jumlah yang menghantar tugasan:


A 7 53.84%
B 3 23.08%
C 3 23.08%
D -
E -
JUMLAH 13

Apa yang menarik perhatian ialah 2 pelajar B dan pelajar M adalah pelajar dari keluarga yang
berpendapatan rendah tetapi menunjukkan komitmen menghantar tugas melalui email.

Berikut adalah data tugasan yang dihantar bagi penghujung tahun 2007:

BIL NAMA ALAMAT EMAIL 1 2 3 4 5


1 Pelajar A
2 Pelajar B mimie_asmk93@yahoo.com 18/11 4/12 8/12 23/12 31/12
3 Pelajar C lala_shujiohana@yahoo.com.my 1/12 1/12 11/12 29/12
4 Pelajar D
5 Pelajar E 14/11 2/1 2/1 2/1 2/1
6 Pelajar F yeina_04@yahoo.com 12/11 20/11 6/12 18/12 31/12
7 Pelajar G red_hotzone07@hotmail.com 13/11 22/12 23/12 1/1 2/1
8 Pelajar H haznol_hisyam@yahoo.com 14/11 2/12 31/12
9 Pelajar I qutegalz_255@yahoo.com.my 17/11 27/11 23/12 1/1
10 Pelajar J
11 Pelajar K ieka_cute93@yahoo.com 22/12 30/12
12 Pelajar L zetty93_nadhirah@yahoo.com 7/12
13 Pelajar M fatehah_vip@yahoo.com 28/11 9/12 22/12 31/12
14 Pelajar N zila_cute_lara93@yahoo.com.my 22/11 3/12 12/12 31/12 31/12
15 Pelajar O
16 Pelajar P rna.2702@yahoo.com 1/1 1/1 1/1 1/1 1/1
17 Pelajar Q fierah_93@yahoo.com.my 19/11
18 Pelajar R
19 Pelajar S ira_393@yahoo.com 10/11 23/11 12/12 29/12
Nombor tugasan bilangan Peratusan
pelajar

5 9 47.3%
4 10 52.63%
3 11 57.89%
2 12 63.15%
1 11 57.89%

PERBANDINGAN PERATUS PENGHANTARAN TUGAS SECARA BIASA DAN


MELALUI EMAIL

Nombor tugasan 2004 2006 2007

5 - 33.33% 47.3%
4 - 47.61% 52.63%
3 - 61.9% 57.89%
2 - 52.38% 63.15%
1 - 61.9% 57.89%
PERATUS 9.52% 51.42% 55.78%
KESELURUHAN

(b) Dapat meningkatkan kembali pencapaian PMR

Gred PMR PMR 2005 PMR 2006 PMR 2007


2004
A 7.69% 41.6% 6.7% 28.57%
B - - 26.6% 28.57%
C 7.69% 50% 32.2% 22.86%
D 84.6% 8.4% 26.6% 20%
E - 6.7% -
Gred Purata 3.69 2.25 3.0 2.34

(c) Kualiti pencapaian pelajar juga meningkat dengan kuantiti calon yang mengambil subjek
bertambah

1.Peratus yang mendapat A dan B meningkat:


PMR 2005-41.6% kepada 57.14% PMR 2007

2. Peratus pelajar yang mendapat C dan D menurun


PMR 2005- 58.4% kepada 42.86% PMR 2007

3. Seorang pelajar Nurshakira Mahmuda terpilih sebagai pelajar terbaik negeri Sabah

4. Lapan dari 9 rakan sebaya mendapat A dalam bahasa Arab

9.5. Faedah-Faedah Lain.

(a)Pelajar berpeluang untuk menyambung pengajian di sekolah-sekolah terpilih.

(b)Sebahagian bahan ini sesuai digunakan untuk program j-QAF atau peringkat pengajian di
universiti.

(c) Bahan ini juga boleh digunakan oleh pencinta bahasa Arab

(d) Pelajar yang lemah atau bermasalah disiplin berpotensi untuk lulus.

10. Penutup

Program ini berjaya dilaksanakan di Maktab Sabah sejak 2006. Walaubagaimanapun ia masih
lagi mengalami penambah-baikan sesuai dengan perubahan semasa. Program ini telah menjadi
kebanggaan panitia Bahasa Arab secara khususnya dan Maktab Sabah secara umum kerana
telah menghasilkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang menarik. Program ini menafikan
tanggapan pelajar bahawa Bahasa Arab merupakan mata pelajaran yang sukar untuk dipelajari.

You might also like