Professional Documents
Culture Documents
STRUKTUR ATOM
2. FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
3. JADUAL BERKALA UNSUR
4. IKATAN KIMIA
5. ASID BES DAN GARAM
6. BAHAN BUATAN DALAM INDUSTRI
1. Jirim ialah sebarang bahan yang mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
2. Unsur ialah bahan kimia yang paling ringkas yang tidak boleh diuraikan kepada bahan
yang lebih ringkas secara kimia. Unsur terdiri daripada sejenis atom sahaja dan zarahnya
mungkin ialah atom atau molekul.
3. Sebatian ialah bahan yang terdiri daripada dua atau lebih jenis unsur yang berpadu
secara kimia. Zarahnya mungkin ialah molekul atau ion.
4. Atom ialah zarah neutral yang paling kecil bagi sesuatu unsur yang mengambil
bahagian dalam sesuatu tindak balas kimia.
5. Molekul ialah zarah nuetral yang terdiri daripada dua atau lebih atom sama ada
daripada unsur yang sama atau unsur yang berlainan yang berpadu secara kimia.
6. Ion ialah zarah-zarah yang sama ada terdiri daripada satu / beberapa atom yang bercas.
7. Teori zarah jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang halus dan
diskrit iaitu zarah yang sangat kecil dan wujud secara berasingan.
8. Teori kenetik jirim menyatakan bahawa jirim terdiri daripada zarah-zarah yang diskrit
dan sentiasa bergerak. Zarah-zarah ini sentiasa berlanggaran antara satu sama lain.
9. Saiz satu zarah minyak adalah lebih kurang 10^-9m atau 10^-7m. Beberapa anggapan
perlu dibuat iaitu:
• Minyak yang tesebar pada permukaan air berbentuk silinder
• Molekul minyak tersebar seluas-luasnya sehingga satu molekul tebal di
permukaan air
• Satu molekul minyak berbentuk sfera.
10. Gerakan Brown ialah gerakan rawak yang ditunjukkan oleh zarah-zarah yang dapat
dilihat apabila berlanggaran dengan zarah-zarah yang tidak dapat dilihat.
11. Resapan gas ialah pergerakan zarah-zarah gas melalui ruang antara zarah-zarah udara.
Zarah-zarah gas ini bergerak secara rawak.
12. (Perubahan keadaan jirim) ialah proses perubahan(keadaan jirim) kepada (keadaan
jirim) pada suhu dan tekanan tertentu.
13. Takat lebur ialah suhu tetap di mana pepejal berubah manjadi cecair pada tekanan
tetap.
14. Takat didih ialah suhu tetap di mana cecair berubah menjadi gas pada tekanan
tertentu.
15. Semasa peleburan dan pendidihan, suhu menjadi tetap kerana tenaga haba yang
dibekalkan digunakan untuk mengatasi / memutuskan ikatan antara zarah-zarah.
16. semasa pembekuan dan kondensasi, suhu menjadi tetap kerana tenaga telah
dibebaskan apabila ikatan antara zarah-zarah terbentuk untuk mengantikan tenaga yang
hilang ke sekeliling.
18. No. atom / no. proton ialah bilangan proton yang terdapat dalam nukleus sesuatu
atom.
19. No. jisim / no. nukleon ialah jumlah bilangan proton dan neutron dalan nukleus
sesuatu atom.
20. Isotop ialah atom-atom berbeza bagi sesuatu unsur yang sama yang mempunyai
nombor proton yang sama ttp no nukleon yang berbeza.
21. Isotop mempunyai sifat kimia yang sama tetapi sifat fizik yang berlainan kerana
mempunyai bilangan elektron valens yang sama.
23. Elektron valens ialah elektron yang terletak pada petala terluar sesuatu atom unsur
itu.
24. Kala mewakil petala manakala bilangan elektron valens mewakili kedudukan
kumpulan.
* cara untuk menghafal 20 unsur pertama:
H He --- He Na --- Naza
Li --- Like Mg --- Magnufacturers
Be --- Become Al --- All
B --- Big Si --- Simply
C --- Car P --- Pick
N --- Not S --- Some
O --- Of Cl --- Classic
F --- Ferrari Ar --- Artistic
Ne --- Neon Ca --- Cars
BAB 2: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
1. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala hidrogen) ialah bilangan kali jisim
satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada jisim satu atom unsur Hidrogen. Jisim
satu atom unsur Hidrogen dianggap sebagai satu dan digunakan sebagai piawai.
3. Jisim atom relatif sesuatu unsur (berdasarkan skala Karbon-12) ialah bilangan kali
jisim satu atom unsur berkenaan lebih besar daripada 1/12 kali jisim satu atom Karbon-
12. Jisim satu atom Karbon-12 dianggap sebagai 12.000 dan digunakan sebagai piawai.
4. 1 mol bersamaan dengan 6.02 x 10^23 bilangan zarah. No avagrado ialah 6.02 x
10^23.
5.
÷ JAR x no. Avogrado
Bilangan mol
X JAR ÷ nombor
Jisim Avogrado Bil. zarah
÷ isipadu X isipadu
molar gas molar gas
Isipadu.
6. Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah palng ringkas bagi
bilangan atom setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu sebatian.
7. Formula mlekul ialah formula kimia yang menunjukkan bilangan sebenar atom-atom
setiap jenis unsur yang terdapat dalam satu molekul bahan itu.
8. Penentuan formula kimia melalui jadual. Jadual itu harus mengandungi unsur, jisim
bilangan mol atom dan nisbah mol paling ringkas.
BAB 3: JADUAL BERKALA UNSUR
1. Gas adi ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 18 Jadual Berkala Unsur
yang terdiri daripada Helium, Neon. Argon, Kripton, Xenon, Radon.
2. Logam alkali ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 1 Jadual Berkala Unsur
yang terdiri daripada Hidrogen, Litium, Natrium, Kalium, Rubidium, Cessium, Fransium.
3. Halogen ialah unsur-unsur yang terdapat dalam kumpulan 17 Jadual Berkala Unsur
yang terdiri daripada Fluorin, Clorin, Bromin, Iodin, Astatin.
MENURUNI KUMPULAN
KUMPULAN 1(LOGAM
ALKALI) KUMPULAN 18(GAS ADI) KUMPULAN 17(HALOGEN)
saiz atom semakin besar saiz atom semakin besar saiz atom semakin besar
daya tarikan antara zarah daya tarikan antara zarah daya tarikan antara zarah
semakin lemah semakin kuat semakin kuat
wujud ikatan logam antara wujud ikatan van der waals wujud ikatan van der waals
zarah antara zarah antara zarah
takat lebur dan takat didih takat lebur dan takat didih takat lebur dan takat didih
semakin rendah semakin tinggi semakin tinggi
semakin kurang tenaga lebih banyak tenaga lebih banyak tenaga
diperlukan untuk mengatasi diperlukan untuk mengatasi diperlukan untuk mengatasi
daya tarikan antara zarah daya tarikan antara zarah daya tarikan antara zarah
mengkonduksikan arus tidak mengkunduksikan arus tidak mengkunduksikan arus
elektrik elektrik elektrik
konduktor haba yang baik tidak mengkonduksikan haba pengalir haba yang lemah
ketumpatan semakin ketumpatan semakin ketumpatan semakin
meningkat meningkat meningkat
semakin kurang reaktif /
semakin reaktif / elektropositif lengai secara kimia elektronegetif
agen penurunan yang baik lengai secara kimia agen pengoksidaan yang baik
mengalami pengoksidaan mengalami penurunan
dengan membuang elektron lengai secara kimia dengan menerima elektron
4.
5. Keelektronegetifan ialah satu ukuran kekuatan atom unsur itu menarik elektron ke
arah atom untuk menjadi anion.
6. Keelektropositifan ialah satu ukuran kesenagan atom unsur itu melepaskan elektron
untuk menjadi kation.
1. Ikatan ion ialah ikatan kimia yang terbentuk hasil daripada pemindahan elektron
daripada atom logam kepada atom bukan logam.
2. Ikatan kovaken ialah ikatan kimia yang terbentuk daripada perkongsian elektron
antara dua / lebih atom bukan logam.
BAB 5: ELEKTROLISIS
1. Bahan elektrolit ialah bahan yang dapat mengkonduksikan arus elektrik dalam
keadaan leburan atau dalam keadaan larutan akueus dan mengalami perubahan kimia.
2. Bahan bukan elektrolit ialah bahan yang tidak mengkonduksikan arus elektrik
walaupun dalam keadaan leburan ataupun larutan akueus.
3. Bahan elektrolit dapat mengkonduksikan arus elektrik kerana kehadiran ion-ion yang
bebas bergerak dalam elektrolit.
4. Elektrolisis ialah proses penguraian elektrolit kepada unsur juzuknya apabila arus
elektrik mengalir melaluinya.
5. Elektrod terbahagi kepada 2 jenis iaitu elektrod yang lengai dan elektrod tidak lengai.
Elektrod lengai ialah elektrod yang tidak bertindak balas dengan elektrolit manakala
elektrod tak lengai ialah elektrod yang bertindak balas dengan elektrolit.
6. Kation ialah ion positif yang bergerak ke arah elektrod katod manakala anion ialah ion
negetif yang bergerak ke arah elektrod anod.
8. Bagi proses elektrolisis bahan leburan, unsur juzuk logam akan terbentuk di katod
manakala unsur juzuk bukan logam akan terbentuk di anod.
11. Pengekstrakkan logam aluminium adalah daripada proses elektrolisis bijih bauksit.
Kriolit(NaAlF6) akan ditambahkan untuk menurunkan takat lebur aluminium oksida.
12. Pengekstrakan logam Natrium adalah daripada proses elektrolisis leburan natrium
klorida. Kalsium klorida ditambah untuk merendahkan takat lebur Natrium Klorida.
Anod terdiri daripada grafit manakala katod terdiri daripada ferum.
13. Penulenan logam ialah proses menulenkan logam yang tidak tulen melalui proses
elektrolisis. Logam tulen akan dijadikan katod manakala logam tidak tulen akan dijadikan
anod.
14. Penyaduran logam ialah proses menyadurkan sesuatu bahan dengan suatu logam
melalui proses elektrolisis. Tujuan penyaduran logam ialah untuk mengelakkan kakisan
logam reaktif dan memperbaiki rupa logam tertentu.
16. Sel kimia ialah sel yang menghasilkan tenaga elektrik melalui tindak balas kimia
yang berlaku di dalamnya. Syarat yang perlu dipenuhi oleh sel kimia ialah:
• Mencelupkan dua keping logam yang berlainan dalam suatu elektrolit
• Menyambungkan dua keping logam itu melalui luar pada sebuah
mentol,voltmeter / galvonometer.
17. Sel Daniell mempunyai titian garam(kalium klorida / kalium nitrat) atau pasu
berliang yang berfungsi untuk membenarkan anion-anion sahaja mengalir melaluinya
untuk melengkapkan litar dan mengelakkan kedua-dua elektrolit bercampur.
22. Siri elektrokimia ini penting untuk menentukan terminal sel, voltan sel dan
kebolehan logam menyesarkan logam lain daripada larutan garamnya.
1. Asid ialah bahan kimia yang menghasikan ion Hidrogen / ion Hidroksonium yang
bebas bergerak apabila dilarutkan dalam air.
2. Bes ialah bahan kimia yang dapat bertindak balas dengan asid untuk menghasilkan
garam dan air.
3. Alkali ialah bahan kimia yang menghasilkan ion hidroksida yang bebas bergerak
apabila dilarutkan dalam air. Semua alkali ialah bes ttp bukan semua bes merupakan
alkali kerana kebanyakan bes tidak larut dalam air.
4. Asid dan alkali hanya akan menunjukkan sifat kimianya apabila dilarutkan dalam air
kerana asid dan alkali hanya akan terion untuk menghasilkan ion Hidrogen dan ion
hidroksida yang bebas bergerak.
5. Sekiranya asid dan alkali dalam keadaan pepejal ataupun dilarutkan dalam pelarut
organik, asid dan alkali tidak menunjukkan sebarang sifat kimianya kerana asid dan alkali
berada dalam bentuk molekul.
6. Kebesan asid:
• Asid monobes ialah asid yang memerlukan 1 molnya utk secukup-cukup
bertindak balas dengan satu mol bes.
• Asid dwibes ialah asid yang memerlukan 1 molnya untuk secukup-cukup
bertindak balas dengan 2 mol bes.
• Asid tribes ialah asid yang memerlukan 1 molnya untuk secukup-cukup
bertindakbalas dengan 3 mol bes.
7. Asid kuat ialah asid yang bercerai dengan lengkap dalam air, mempunyai darjah
penceraian yang tinggi dan menghasilkan kepekatan ion Hidrogen yang tinggi apabila
dilarutkan dalam air.
8. Asid lemah ialah asid yang bercerai separa dalam air, mempunyai darjah penceraian
yang rendah dan menghasilkan kepekatan ion Hidrogen yang rendah apabila dilarutkan
dalam air.
9. Alkali kuat ialah alkali yang bercerai dengan lengkap dalam air , mempunyai darjah
penceraian yang tinggi dan menghasilkan kepekatan ion Hidroksida yang tinggi apabila
dilarutkan dalam air.
10. Alkali lemah ialah alkali yang bercerai separa dalam air, mempunyai darjah
penceraian yang rendah dan menghasilkan kepekatan ion hidroksida yang rendah apabila
dilarutkan dalam air.
11.
WARNA DALAM WARNA DALAM
NAMA PENUNJUK ASID WARNA PD NEUTRAL ALKALI
LITMUS Merah Ungu Biru
FENOLFTALEIN Tidak berwarna Hampir tidak berwarna Merah jambu
METIL JINGGA Merah jambu Jingga Kuning
METIL MERAH Merah jambu Jingga Kuning
BROMOTIMOL BIRU Kuning Hijau Biru
KRESOL UNGU Kuning Hijau Ungu
12. Larutan ialah satu campuran yang terbentuk apabila satu zat terlarut dilarutkan dalam
satu pelarut.
13. Kepekatan susuatu zat terlarut ialah satu ukuran tentang kuantiti zat terlarut yang
terlarut dalam satu kuantit pelarut tertentu.
14. Kemolaran ialah satu unit kepekatan yang menunjukkan bilangan mol zat terlarut
dalam 1 dm(-3) larutan.
15.
÷ Jisim molar zat terlarut
Kepekatan dalam Kepekatan dalam
g dm(-3) mol dm(-3)
X Jisim molar zat terlarut
16. Peneutralan ialah suatu tindak balas antara asid dan bes untuk menghasilkan garam
dan air. Peneutralan antara asid kuat dengan alkali kuat merupakan satu tindak balas
antara yang melibatkan perpaduan antara ion H(+) daripada asid dan ion OH(-) daripada
alkali untuk menghasilkan satu mol molekul air.
17. Pentitratan asid-bes ialah satu kaedah analisis kualitatif untuk menentukan isipadu
asid yang diperlukan dgn tepat untuk meneutralkan satu alkali yang mempunyai isipadu
tertentu dengan bantuan satu penunjuk yang sesuai.
18. Garam merupakan sebatian ion yang terhasil apabila ion Hidrogen di dalam sesuatu
asid diganti oleh ion logam atau ion ammonium.
21. Garam tak terlarutkan dapat disediakan dengan kaedah pemendakan melalui tindak
balas penguraian ganda dua. Tindak balas penguraian ganda dua ialah tindak balas yang
dapat diwakili oleh XY + AB → XB + AY di mana X dan A ialah radikal logam
manakala Y dan B ialah radikal asid. Tindak balas ini berlaku secara saling menukarkan
radikalnya untuk membentuk dua sebatian baru.
26. Semua garam sulfat tidak dapat diuraikan oleh haba kecuali Ferum(II)Sulfat, Zink
Sulfat, Kuprum(II)Sulfat dan Ferum (III)Sulfat. Masing-masing akan membebaskan gas
sulfur trioksida dan oksida logamnya.
27 Semua garam klorida tidak terurai oleh haba kecuali ammonia klorida. Hasilnya ialah
gas ammonia dan gas HCl.
1. Proses Sentuh ialah proses yang digunakan untuk menghasilkan asid sulfurik.
• Keadaan yang diperlukan ialah suhu(400→500°C), tekanan(1 atm)dan mangkin
Vanadium(V)oksida / Platinium.
Proses:
1. S + O2 → SO2
2. SO2 + O2 ←→ SO3
3. SO3 + H2SO4 → H2S2O7(oleum)
4. H2S2O7 + H2O → H2SO4 + banyak haba
5. kehadiran atom asing pd aloi mengganggu susunan teratur bagi atom logam tulen dan
mengelakkan atom-atom logamtulen daripada bergelongsor.
7.
ALOI PENGGUNAAN KOMPOSISI
DURALUMIN Badan kapal terbang dan kabel elektrik Al + Cu
GANGSA Piala dan patung Cu + timah
KELULI Landasan kereta api,jambatan,badan keretadan kapal Besi + Karbon
Fe + Cr + Ni +
KELULI NIRKARAT Sudu,gerpu dan pisau
C
LOYANG Barang hiasan dan alat elektrik Cu + Zn
Cu + antimoni
PIUTER barangan hiasan dan puiter.
+ timah
8. Polimer ialah molekul berantai panjang yang terbina daripada gabungan beberapa unit
kesil yg dikenali sebagai monomer.
9. Polimer semula jadi ialah polimer yang terdapat dalam benda hidupspt kanji dan
protein. Plomer sintetik ialah polimer buatan manusia spt plastik dan getah sintetik.
10.
POLIMER PENGGUNAAN
PLASTIK
POLIPROPENA membuat paip dan bekas
POLIVINIL KLORIDA membuat baju hujan, batang paip dan pembalut kabel elktrik
membuat bahagian dalam peti sejuk, radio alat permainan kanak-
POLISTIRENA
kanak
PERSPEKS penganti kaca
TEFLON alas alat memasak dan bebola
GETAH SINTETIK
NEOPRENA salur getah
STIRENA-BUTADIENA tayar dan kasut
LAIN-LAIN
NILON kain baju,berus gigi,benang kail,gentian bulu,sikat dan payung
POLIESTER kain baju,payung terjun,stoking dan jala ikan
*Nilon ialah polimer sintetik dgn poliamida yang dihasilkan daripada diamina dan diasid.
*Poliester→polimer sintetil dgn kump polimer yg dihasikan drpd diol dan diasid
*Getah Sintetik→kump polimer sintetik yg menyerupai getah asli
11. Kaca Fotokromik juga dikenali sbg kaca berbalik. Merupakan kaca yang
menunjukkan perubahan warna apabila dikenakan cahaya.
12. Kaca Mengkonduksikan ialah kaca yang dapat mengalirkan arus elektrik. Terhasil
dgn menambahkan ITO(Indium Stanum Oxide)
14. Super konduktor ialah bahan konduktor elektrik yang hampir tidak mempunyai
ringtangan elektrik. Seramik ini dikenali sebagai perovskite dan hanya berfungsi sebagai
super konduktor pd suhu -196.
15. Bahan komposit ialah bahan yang terdiri daripada satu jenis bahan yang digabungkan
dengan bahan lainuntuk menghasilkan bahan baru yang menyatukan kelebihan kedua-dua
bahan asal.
1. Kadar tindak balas ialah sukatan perubahan sesuatu kuantiti semasa tindak balas dalam
satu unit masa.
3. Kadar tindak balas yang tinggi mengambil masa yang singkat untuk selesai bertindak
balas. Begitu juga sebaliknya.
4. Kadar tindak balas purata ialah purata kadar tindak balas yang berlaku dalam satu
tempoh masa tertentu.
5. Kadar tindak balas pada masa tertentu ialah kadar tindak balas sebenar yang berlaku
pada masa tersebut.
• Tekanan → tekanan yang semakin tinggi akan meningkatkan kadar tindak balas.
→pertambahan tekanan campuran bahan tindak balas bermakna pertambahan
bilangan zarah bahan tindak balas per unit isipadu campuran tindak balas.
Pertambahan tekanan bahan tindak dalas dalam bentuk gas adalah sama seperti
pertambahan kepekatan bahan tindak balas. Hal ini menambahkan bilangan zarah
bahan tindak balas dalam satu unit isipadu campuran tindak balas. Zarah bahan
tindak balas akan berlanggaran dengan lebih kerap. Oleh itu, frekuensi perlanggaran
berkesan akan bertambah. Hal ini akan meninggikan kadar tindak balas.
7. Mangkin ialah bahan yang mengubah kadar sesuatu tindak balas dan tmangkin tidak
akan mengalami sebarang perubahan kimia pada akhir tindak balas.
8. Mangkin bersifat:
→tidak berubah dari segi kuantiti dan komposis kimia
→tindakan mangkin adalah khusus
→mangkin hanya diperlukan dalam kuantiti yang kecil
→tidak mengubah kuanti hasil tindak balas.
→menyediakan satu jalan alternatif yang mempunyai tenaga pengaktifan yang rendah.
9. Perlanggaran berkesan ialah perlanggaran yang menghasilkan tindak balas dengan
mencapai tenaga minimum yang mencukupi dan orientasi pelanggaran yang betul
10. Tenaga pengaktifan ialah tenaga yang mesti dipunyai oleh zarah-zarah bahan tindak
balas yang berlanggar. Tenaga ini mesti diatasi oleh bahan-bahan tindak balas yang
berlanggar supaya tindak balas dapat berlaku untuk memberikan hasil tindak balas.
11. Frekuensi pelanggaran berkesan ialah bilangan perlanggaran berkesan yang berlaku
dalam sesaat.
2. Sebatian organik ialah sebatian yang sumber aslinya ialah organisma dan mempunyai
satu atau lebih atom karbon sebagai juzuk utamanya.
3. Sebatian tak organik ialah sebatian yang tidak tergolong dalam kumpulan sebatian
organik.
4. Sebatian tak organik yang mgd karbon ialah sebatian karbonat, sebatian hidrogen
karbonat, sebatian sianida, sebatian karbida gas karbon dioksida dan gas karbon
monoksida.
5. Pembakaran sebatian organik dengan bekalan oksigen yang berlebihan atau mencukupi
akan menghasilkan gas karbon dioksida dan air. Pembakaran lengkap berlaku.
6. Pembakaran sebatian organik dgn bekalan oksigen yang tidak mencukupi atau
berkurangan akan menghasilkan campuran gas karbon dioksida dan gas karbon
monoksida, air dan jelaga. Pembakaran tidak lengkap berlaku.
7. Hidrokarbon ialah sebatian kimia yang hanya terdiri daripada unsur Hidrogen dan
unsur Karbon.
8. Satu atom H hanya akan membentuk satu ikatan tunggal. Setiap atom C pula akan
mempunyai 4 ikatan sahaja.
9. Hidrokarbon tepu ialah hidrokarbon yang semua atom karbonnya terikat ant satu sama
lain melalui ikatan kovalen tunggal sahaja. →alkana
10. hidrokarbon tidak tepu ialah hidrokarbon yang mempunyai sekurang-kurangnya satu
ikatan kovalen berganda antara atom karbonnya.
11. Alkana ialah satu siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada unsur
hidrogen dan unsur karbon.sahaja dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+2). Ahli
pertamanya ialah Metana.
12. Alkena ialah satu siri homolog hidrokarbon yang hanya terdiri daripada unsur karbon
dan hidrogen sahaja dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n).
13. Alkohol ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi
–OH dan diwakili dengan formula am C(n)H(2N+1)OH.
14. Asid Karbosilik ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi
–COOH dan diwakili dengan formula am C(n)H(2n+1)COOH.
15. Ester ialah satu sebatian organik yang mempunyai kumpulan berfungsi –COO– dan
diwakili dengan formula am C(n)H(2n+1)C(m)H(2m+1).
16. Takat lebur dan takat didih semakin bertambah kerana saiz molekul semakin
bertambah. Jadi daya tarikan van der waals antara molekul semakin bertambah kuat.
Oleh itu lebih banyak tenaga diperlukan untuk mengatasi daya tarikan tersebut.
17. Ketumpatan juga bertambah kerana jisim molekul bertambah. Semakin bertambah
jisim molekul semakin kuat daya tarikan antara molekul maka semakin padat molekul
HC tersebut.
18. Semua alkana dan alkena tidak larut dalan air kerana rantai hidrokarbon adalah
hidrofobik tetapi dapat larut dalam pelarut organik. Hanya rantai hirdrkarbon alkohol dan
asid karbosilik yang pendek sahaja larut dalam air kerana dipengaruhi oleh kumpulan
berfungsinya.
19. Formula struktur sesuatu bahan ialah formula kimia yang menunjukkan cara atom-
atom diikat melalui ikatan kovalen antara satu sama lain dalam satu molekul bahan
tersebut.
* isomerisme ialah satu fenomena di mana dua atau lebih molekul mempunyai atom-atom
yang sama tetapi susunan mereka berlainan.
*isomer merupakan molekul-molekul yang mempunyai formula molekul yang sama
tetapi formula struktur yang berlainan
27. Lemak ialah sekumpulan sebatian organik semula jadi yang terdiri daripada ester.
31. Lemak dihasilkan daripada proses pengesteran ant satu molekul gliserol dengan tiga
molekul asid lemak. Lemak merupakan propan-1,2,3-triol
32. Asid lemak tepu ialah asid lemak yang hanya mempunyai ikatan tunggal sahaja.
Lemak yang mgd asid lemak tepu dikenali sebagai lemak tepu.
33. Asid lemak tak tepu ialah asid lemak yang mgd sekurang-kurangnya satu ikatan
dubel. Lemak yang mengandungi asid lemak tak tepu dikenali sebagai lemak tak tepu.
34. Perbezaan ant lemak tepu dan lemak tak tepu
LEMAK TEPU ASPEK LEMAK TAK TEPU
Asid lemak tepu JENIS ASID LEMAK Asid lemak tak tepu
Sekurang-kurangnya satu ikatan
Ikatan tunggal shj JENIS IKATAN
dubel
KANDUNGAN ATOM
Maksimum Masih boleh menerima Hidrogen
HIDROGEN
Tinggi TAKAT LEBUR Rendah
Pepejal KEADAAN FIZIK Cecair
Haiwan SUMBER Tumbuhan
Tinggi KANDUNGAN KOLESTEROL Rendah
38. Pempolimeran ialah proses penghasilan polimer . Terdapat dua jenis polimer iaitu
polimer semula jadi dan polimer sintetik. Polimer semula jadi → getah asli.
39. Getah asli merupakan polimer penambahan yang dihasilkan daripada gabungan
monomer-monomer isoprena(2-metil-1,3-diena) untuk membentuk poliisoprena.
41. Getah tervulkan ialah getah yang telah ditindakan dengan sulfur. Dapat dihasilkan
dengan memanaskan getah asli dengan serbuk sulfur.
42. Barangan getah ini dapat divulkan dengan mendedahkannya kepada wasap disulfur
diklorida(dalam larutan metilbenzena) untuk jangka masa tertentu.
43. Sulfur akan bertindak balas dgn ikatan dubel pada rantai polimer polimer getah untuk
membentuk ikatan –C–S–S–C– antara rantai polimer. Ini dapat menghalang polimer-
polimer getah daripada bergelongsor.
44. Kehadiran rangkai silang sulfur menyebabkan getah tervulkan mempunyai lebih
banyak kelebihan. Antaranya :
• lebih kuat : daya tahan regangan yang tinggi dan tidak mudah putus.
• Lebih tahan haba
• Lebih tahan kepada pengoksidaan
1. Tindak balas redoks ialah tindak balas yang melibatkan proses pengoksidaan dan
proses penurunan yang berlaku secara serentak.
2. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan mengalami
penambahan oksigen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan
mengalami pengurangan oksigen.
3. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan mengalami
kehilangan hidrogen. Penurunan pula ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan
mengalami penambahan hidrogen.
4. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan tindak balas
mengalami kehilangan elektron. Penurunan ialah tindak balas yang berlaku apabila suatu
bahan tindak balas mengalami pertambahan elektron.
5. Pengoksidaan ialah tindak balas yang berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas
mengalami pertambahan nombor pengoksidaan. Penurunan ialah suatu tindak balas yang
berlaku apabila sesuatu bahan tindak balas mengalami pengurangan nombor
pengoksidaaan.
7. Nombor pengoksidaan sesuatu unsur dalam suatu sebatian ialah cas yang diperoleh
oleh unsur itu apabila unsur itu wujud sebagai ion dalam sebatian tersebut dengan
membuat anggapan bahawa semua ikatan yang wujud dalam sebatian tersebut tidak kira
sebatian ion atau sebatian kovalen merupakan ikatan ion.
8. Ion ferum(II) akan doksidakan kepada ion ferum(III) apabila dicampurkan dengan
air(Br,Cl atau I). Ion ferum(III) pula akan ditukarkan kepada ion ferum(II) oleh logam
zink dan logam magnesium.
9. Air (Cl, Br dan I) bertindak sebagai agen pengoksidaan dan mengalami penurunan. Ion
ferum(II) pula akan mengalami pengoksidaan dan merupakan agen penurunan.
10. Logam Zink dan Magnesium pula mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai
agen penurunan. Ion ferum(III) pula akan mengalami penurunan dan bertindak sebagai
agen pengoksidaan.
12. Tindak balas penyesaran juga merupakan salah satu tindak balas redoks. Logam yang
berada lebih tinggi dalam SEK akan menyesarkan logam yang berada di bawahnya.
Logam yang lebih tinggi akan mengalami pengoksidaan dan bertindak sebagai agen
penurunan. Halogen yang lebih tinggi akan menyesarkan halogen yang berada di
bawahnya daripada larutan halidanya.
14. Apabila sesuatu bahan mengalami pengoksidaan, bahan itu bertindak sebagai agen
penurunan, merupakan anod dan merupakan terminal negatif sel.
15. Apabila sesuatu bahan mengalami penurunan, bahan itu bertindak sebagai agen
pengoksidaan, merupakan katod dan merupakan terminal positif sel..
16. Tindak balas redoks juga melibatkan pemindahan elektron pada satu jarak jauh
haruslah menggunakan elektrolit yang berupa asid sulfurik cair. Asid sulfurik cair
berfungsi untuk memisahkan dua larutan dan membenarkan ion-ion mengalir untuk
melengkapkan litar.
17. Tindak balas redoks dapat berlaku dalam keadaan agen pengoksidaan bersentuhan
atau tidak bersentuhan.
18. Kakisan logam ialah satu tindak balas redoks di mana logam itu dioksidakan secara
spontan melalui kehilangan elektron untuk membentuk ion-ion logam.
19. Logam kalium dan natrium mudah terkakis. Logam yang berada lebih atas dalam
SEK lebih mudah terkakisan daripada logam di bawahnya. Bermula daripada logam
kuprum dan seterusnya adalah tahan kakis.
20. Logam aluminium, zink, kromium dan nikel tidak akan trkakis kerana lapisan oksida
pada permukaan logam ini yang bersifat keras, sukar retak dan tidak telap air dapat
melindunginya daripada kakisan yang berterusan.
21. Pengaratan besi merupakan satu tindak balas redoks yang akan mengalami
→proses pengoksidaan di permukaan besi yang bersentuhan dengan air
Logam ferum akan dioksidakan kpd ion ferum(II)+
→proses penurunan berlaku di sisi titisan air
Oksigen berpadu dengan air untukmenghasilkan ion OH(-)
→ion OH dan Ferum(II) akan berpadu utk menghasilkan ferum(II)hidroksida[Fe(OH)(2)]
→Ferum(II)hidrksida pula akan teroksida kepada Ferum(III)oksida
terhidrat[Fe(2)O(3).2H2O]. benda ini berwarna perang dan merupakan karat.
22. Pengaratan besi akan dipercepatkan dengan kehadiran elektrolit seperti asid dan
larutan garam. Pengaratan juga akan bertambah cepat apabila bersama-sama dgn logam
yang kurang elektropositif.
23. Pengaratan besi dapat diperlahankan apabila bersentuhan dengan logam yang lebih
elektropositif, disadur atau disalut dengan selapisan logam yang lebih elektropositif
daripada besi.
24. Pengaratan juga dapat dihalang sekiranya lapisan permukaan besi dapat dihalang
daripada bersentuhan dengan air dan oksigen. Oleh itu, besi dapat dicegah daripada
berkarat dengan menyapu cat, gris/minyak dan disalut dengan plastik.
25. Pengaratan besi akan menghasilkan ion OH yang menunjukkan sifat alkali. Jadi
penunjuk fenolfalein digunakan untuk mengesan kehadiran ion OH.
26. Selain itu, kalium heksasianoferat(II) dan kalium heksasianoferat(III) juga digunakan
untuk mengesan kehadiran ion Ferum(II). Bagi Kalium heksasianoferat(II), mendakan
biru muda akan terbentuk dan bagi kalium heksasianoferat(III), mendakan biru tua akan
terhasil sekiranya ion ferum(II) hadir.
27. Apabila logam bertindak balas dengan oksigen utk membentuk oksida logam, tindak
balas redoks berlaku.
28. Semakin reaktif sesuatu logam terhadap oksigen semakin terang dan cepat
pembakaran logam yang berlaku.
30. Sekiranya logam dapat menyingkirkan oksigen daripada karbon dioksida untuk
membentuk oksida logam dan karbon , logam itu lebih reaktif daripada karbon.
Sebaliknya logam itu adalah kurang reaktif daripada karbon.
31. Sekiranya karbon dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk
membentuk karbon dioksida dan logam maka karbon lebih reaktif daripada logam itu.
Sebaliknya karbon adalah kurang reaktif daripada logam itu.
32. Sekiranya hidrogen dapat menyingkirkan oksigen daripada oksida logam untuk
membentuk logam dan air, hidrogen adalah lebih reaktif daripada logam itu. Sebaliknya
hidrogen adalah kurang reaktif daripada logam itu.
33. Gas hidrogen dapat dihasilkan melalui tindak balas antara asid HCl dengan logam Zn
dan dimangkinkan oleh Kuprum(II) Sulfat. Gas hidrogen dikeringkan dengan
mengalirkan Hidrogen melalui Kalsium Klorida kontang.
1. Tindak balas eksotermik ialah tindak balas yang membebaskan haba ke persekitaran.
2. Tindak balas endotermik ialah tindak balas yang menyerap haba daripada persekitaran.
3. Kebanyakan tindak balas ialah tindak balas eksotermik. Hanya sebilangan tindak balas
yang merupakan tindak balas endotermik iaitu:
• Penguraian terma garam karbonat
• Penguraian terma garam nitrat
• Pemanasan garam terhidrat
• Tindak balas ant asid dgn hidrogen karbonat
• Pemelarutan pepejal garam dan t / b perubahan keadaan fizik yang berkaitan.
5. Gambar rajah aras tenaga ialah graf yang menunjukkan aras kandungan tenaga bahan
tindak balas dan hasil tindak balas. Nilai delta H adalah dalam unit KJ mol(-1).
7. Perubahan haba = mcӨ. Hada tindak balas ialah (mcӨ / bilangan mol bahan yang
digunakan.)
8. Haba pemendakan ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan mendakan
terbentuk daripada tindak balas ionnya pada keadaan piawai.
10. Haba penyesaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan disesarkan
daripada larutan garamnya pada keadaan piawai oleh logam yang lebih reaktif.
12. Haba peneutralan ialah perubahan yang berlaku apabila 1 mol ion H(+) daripada asid
bergabung dengan 1 mol ion hidroksida untuk membentuk 1 mol air pada keadaan
piawai.
13. Haba yang dibebaskan akan dipengaruhi oleh kepekatan asid dan alkali, kuantiti asid
dan alkali yang digunakan dan kekuatan asid dan alkali.
14. Haba peneutralan antara asid kuat dgn alkali kuat ialah -57Kjmol(-1) tetapi haba
peneutralan ant asid lemah dgn alkali kuat adalah kurang drpd -57Kjmol(-1) kerana
sebahagian haba peneutralan yang dibebaskan telah diserap semula unutk memutuskan
ikatan ant molekul asid lemah yang tdk terion itu.
16. Hanya perubahan kepekatan sahaja akan mengubah perubahan suhu. Perubahan
isipadu tidak akan mengubah perubahan suhu.
17. Asid dwibes akan membebaskan 2(57kJmol) haba manala asid tribes pula akan
membebaskan 3(57kJmol)haba.
18. Haba pembakaran ialah perubahan haba yang berlaku apabila 1 mol bahan dibakar
dengan lengkap dalam oksigen pada keadaan piawai.
19. Pembakaran alkohol : nilai haba pembakaran akan bertambah apabila bilangan karbon
dan hidrogen bertambah dalam alkohol yang dibakar.
21. Bahan api ialah bahan yang dapat dibakar untuk menghasilkan tenaga haba.
22. Nilai bahan api ialah kuantiti haba yang dibebaskan daripada pembakaran lengkap 1g
bahan api.
1. Sabun ialah garam natrium atau garam kalium bagi asid lemak
2. Asid lemak merupakan asid karboksilik berantai panjang yang mempunyai 12–18 atom
carbon per molekul.
5. Sabun dapat dihasilkan dgn mendidihkan satu campuran lemak / minyak sayuran
dengan larutan alkali pekat(Na / K)
6. Dalam proses ini, ester asid lemak akan dihidrolisiskan dalam larutan beralkali kepada
asid lemak dan gliserol.(natrium klorida juga ditambah untuk utk mengurangkan
keterlarutan sabun dalam air)
7. Asid lemak akan berpadu dengan ion Na / ion K untuk membentuk garam asid lemak
iaitu sabun dan gliserol ialah bahan sampingan.
8. Apabila sabun dilarutkan dalam air, sabun akan terion untuk membentuk ion natrium
dan ion sabun.
10. Sabun juga berfungsi untuk mengurangkan tegangan permukaan air bagi membantu
membasahi permukaan
11. Gris yang ditanggalkan oleh sabun bercas negatif dan saling menolak. Jadi, titisan
gris tdk dapat bergabung dan diapungkan oleh buih yang dibentuk oleh sabun.
12. Detergen ialah garam natrium bagi asid organik yang dinamakan asid sulfonik yang
mempunyai 12–18 atom karbon.
13. Terdapat dua jenis detergen iaitu garam natrium alkil sulfat dan garam natrium alkil
benzena sulfonat.
16. Tindakan pencucian detergen sama dengan sabun. Detergen akan terion kpd ion
dedokanil sulfat / ion 4–dedokanilbenzena sulfonat dan ion Natrium.
19. Bahan yang terbiodegradasi ialah sebatian kompleks yg dpt diurai dan direputkan
kepada bahan yang lebih ringkas oleh bakteria di alam sekitar.
22. Air liat mengandungi ion Kalsium dan ion Magnesium yang akan bergabung dgn ion
sabun utk membentuk kekat iaitu pepejal putih. Kekat akan melekat pada kain dan sukar
utk ditanggalkan. Dalam detergen, Ca dan Mg juga akan berpadu dgn ion detergen ttp
sebatian ion ini adalah larut dalam air.
23. Pengawet merupakan bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan untuk
menghalang pertumbuhan dan pembiakan mikroorganisma seperti bakteria dan kulat
dalam makanan dan membuat makanan tahan lebih lama..
PERISA FUNGSI
MONONATRIUM
meningkatkan rasa makanan
GLUTAMAT
perisa sintetik yg memberi rasa
ASPARTAME
manis
ASESULFAME-K memberi rasa 200 kali lebih manis
ESTER memberikan rasa buah-buahan
27.
28. Penstabil ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan utk membantu air
dan minyak dalam makanan bercampur dgn sebati dan kekal dalam keadaan emulsi
sepanjang masa.
*gam acacia dan agar-agar
29. Pemekat ialah bahan kimia yang dicampurkan pada makanan untuk mengubah
struktur asal bahan makanan kepada sesuatu yang mempunyai tekstur yang halus dan
licin
*pektin
30. Pewarna ialah bahan kimia yang dicampurkan kepada makanan utk memberikan
warna tertentu kepada makanan.
*tartrazina–kuning ; brilliant blue FCF–biru ; sebatian azo–kuning merah perang hitam;
sebatian trifenil–hijau biru lembayung
32. Ubat tradisional ialah ubat yang diperoleh daripada bahan semula jadi dan tidak
diproses melalui tindak balas kimia.
34. Ubat moden dapat disediakan menyediakan sebatian kimia yang mempunyai struktur
yang hampir sama atau sama dgn struktur molekul bahan aktif dalam ubat tradisional
tertentu.
35. Analgesik ialah ubat yang dapat menghilangkan kesakitan walaupun pesakit masih
berada dalam keadaan sedar.
• Aspirin(asid asetil salisilik) disediakan daripada asid salisilik. Dpt meredakan
sakit, demam, artritis dan mencegah sakit jantung. Merupakan kump asid dan
tidak boleh dimbil oleh pesakit gastrik.
• Parasetamol untuk meredakan sakit kepala dan demam. Dapat menggantikan
aspirin.
• Kodeina untuk ubat sakit kepala dan ubat batuk.
36. Antibiotik ialah satu kumpulan ubat yang digunakan utk membunuh atau menghalang
pertumbuhan bakteria dan dapat diperoleh daripada mikroorganisma.
• Penisilin diperoleh daripada penisilium notatum dan digunakan untuk merawat
penyakit gonorea,sifilis,antraks,pneumonia dan meningtis.
• Streptomisin digunakan unutk merawat penyakit batuk kering, jangkitan urinari,
penyakit tibi, pneumonia dan disentri.
47. Ubat psikoteraputik ialah ubat yang digunakan utk merawat penyakit psikoteraputik.
Terbahagi kpd stimulant, antidepresan dan antipsikotik.
48. Stimulant ialah ubat yang digunakan untuk menambahkan kegiatan otakdan badan
pesakit psikiatrik utk menambahkan keyakinan dan kecergasan pesakit.
49. Antidepersan ialah ubat yang digunakan utk mengawal keadaan kemasygulan
(depresen) pasakit.
• Barbiturat–ubat tidur ; bersifat sedatif / hipnotik
• Trankuilizer –ubat penenang ; menghilangkan rasa resah,cemas dan menenangkan
fikiran
49. Antipsikotik merupakan ubat yang digunakan utk merawat gejala-gejala penyakit
skizofrenia.
50. Skizofrenia ialah penyakit mental yang mengganggu kebolehan seseorang utk
menginterpretasikan realiti dgn betul.
51. Hormon ialah sejenis bahan kimia yang dihasilkan oleh kelenjar endokrin manusia
untuk mengawal proses fisiologi dan homeostasis. Hormon berfungsi utk mengarahkan
sel-sel di organ menjalankan fungsinya.
• Hormon insulin diambil oleh pesakit diabetes melitus.
................................
(STANLEY)
TARIKH: / /