You are on page 1of 16

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN VICTORIA

KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009

JARINGAN SISTEM PENGANGKUTAN

Nama Murid: ………………………………………………………..

Tingkatan: …...………………………………………………………

Nama Guru: …………………...…………………………………….

Tandatangan Murid Tandatangan Guru

…………………… ……………………
Senarai Kandungan

Tajuk Muka Surat

Senarai Kandungan 1

Penghargaan 2

Pendahuluan 2

Objektif Kajian 2

Kawasan Kajian 3

Kaedah Kajian 5

Dapatan Kajian 6

Rumusan 13

Rujukan 13

Lampiran 14

2
Penghargaan

Saya ingin mengucapkan riuan terima kasih kepada guru geografi saya kerana telah
memberi tunjuk ajar dan bimbingan kepada saya untuk menyiapkan projek Kajian
Geografi Tempatan ini. Saya juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga
kepada ibu bapa saya memberi sokongan dan dorongan dalam kajian ini. Kepada rakan
yang membantu, saya melahirkan rasa besar hati atas pertolongan anda semasa
melaksanakan kajian ini.

Pendahuluan

Bagi memenuhi Sukatan Pelajaran untuk mata pelajaran Geografi, kami diberikan
peluang menjalankan kerja amali di lapangan. Saya memilih Jaringan Sistem
Pengangkutan terhadap dan Jalan Maharajalela Kanada. Masa yang diberikan adalah
selama 9 minggu. Sebab-sebab pemilihan saya ialah kerana Jalan Maharajalela adalah
kurang daripada lingkungan 5 kilometer.

Objektif Kajian

- Mengkaji jenis-jenis pengangkutan di Jalan Maharajalela dan Kanada.


- Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di dan
Kanada
- Mengkaji kepentingan jaringan pengangkutan di Jalan Maharajalela dan Kanada.
- Mengkaji langkah-langkah penyelesaian masalah jaringan pengangkutan di Jalan
Maharajalela dan Kanada.

Nilai Patriotisme:

3
Meluahkan rasa kesyukuran terhadap system pengangkutan yang terurus dan
cekap dengan cara mengenalinya.

Kawasan Kajian

Latar Belakang Jalan Maharajalela….


Kawasan kajian saya adalah di Jalan Maharajalela. Jalan Maharajalela terletak
dibawah pentadbiran DBKL. Segala kemudahan infrastruktur dan awam dijaga oleh
DBKL. Ia dikatakan diambil oleh nama seorang pahlawan iaitu Dato’ Maharajalela.

Latar Belakang Ottawa, Kanada


Ibu kota Kanada adalah Ottawa, tempat parlemen nasional dan juga tempat
tinggal Gubernur Jenderal dan Perdana Menteri. Merupakan bekas jajahan Perancis dan
Britania Raya, Kanada adalah anggota La Francophonie dan Negara Persemakmuran.

Lokasi Jalan Maharajalela …..


Jalan Maharajalela terletak tidak jauh dari Satdium Merdeka. Jalan Maharajalela
terletak diantara Jalan Hang Tuah dan Jalan Dewan Bahasa.

Kedudukan Geografi: 3.136671,101.703454

Lokasi Ottawa, Kanada….


Kanada menempati setengah dari utara Amerika Utara. Ia berbatasan dengan AS
di selatan dan di barat laut dengan Alaska. Di utara terletak Laut Beaufort dan Samudra
Arktik; Tanah Hijau terletak di timur laut.

Kedudukan Geografi: 45.423796,-75.697911

4
Ottawa, Kanada

5
Jalan Maharajalela, Kuala Lumpur

Kaedah Kajian

1. Pemerhatian

2. Rujukan

a) Pemerhatian
Saya telah memerhatikan jaringan pengangkutan yang terdapat di Jalan
Maharajalela. Saya telah menjalankan pemerhatian bersama rakan-rakan
saya tentang bentuk muka bumi.

b) Rujukan
Saya telah melayari internet untuk mencari isi-isi penting bagi
menyiapkan kerja kursus ini.

6
Dapatan Kajian

Jenis-jenis pengangkutan yang terdapat di Jalan Maharajalela…..

1. Jalan Persekutuan
- digunakan oleh motosikal dan kereta yang kebiasaanya terdiri oleh penduduk
tempatan
- Hak milik kerajaan

2. Kereta api LRT(STAR)


- digunakan oleh pelajar dan guru-guru kerana berdekatan dengan sekolah-sekolah

3. Monorel

7
- Monorel merupakan sistem pengangkutan awam yang berasaskan landasan alang
tunggal.
- Monorel lebih senyap kerana kebanyakan monorel menggunakan roda getah di
atas landasan konkrit.
- Kebiasaannya digunakan oleh pelajar.

Faktor-faktor yang mempengaruhi sistem jaringan pengangkutan

1. Kemajuan Teknologi
- Kemajuan teknologi seperti pengangkutan yang sedia ada membantu dan
menyelesakan penguna.

2. Kerajaan\Governan
- Dasar kerajaan menyediakan sekolan-sekolah telah mempengaruhi lebih banyak
sistem jaringan pengangkuatn

Nilai Patriotisme:
Berasa sangat bangga kerana dapat berada dalam suasana yang selesa dan teratur.

Kepentingan jaringan sistem pengangkutan

1. Jalan raya dan LRT memainkan peranan penting dalam mobiliti penduduk. LRT
di jalan Maharajalela membenarkan pelajar dan pekerja balik dan pergi ke kerja
dengan mudah malah pantas. Perkhidmatan yang sama juga dilakukan di Kanada
tetapi jarak diantara perjalanan di jalan maharajalela lebih pendek berbanding di
Kanada.

8
2. Monorel juga memainkan peranan penting dalam keselesaan pengguna. Bunyi
yang dikeluarkan agak kurang daripada LRT. Di Kanada pula, penggunaan
monorel agak kurang kerana saiz penduduknya adalah penduduk jarang. Oleh itu
mereka membawa lebih sumber ekonomi daripada penduduk. Ini boleh dikatakan
bahawa perbezaan yang ketara dengan penduduk di Malaysia.

Nilai Patriotisme:
Sentiasa bersyukur dengan pelbagai kemudahan yang disediakan.

Kesan-kesan perkembangan jaringan pengangkutan di Jalan


Maharajalela.

Kesan Positif:

1. Jalan Maharajalela menggunakan sistem kereta api yang cekap kerana tidak
menghalang kesesakan lalu lintas.

2. LRT pula mewujudkan lanskap yang menarik malah boleh menarik pelabur luar
Negara untuk melabur di negara kita. Hal ini demikian akan meningkatkan hasil
ekonomi.

Kesan Negatif:

1. Perkembangan jaringan jalan rays telah menyebabkan banyak pokok ditebang.


Hal ini akan menyebabkan kekurangan tumbuhan hijau untuk melakukan proses
fotosintesis.

2. Suhu akan bertambah tinggi kerana jalan raya yang bertar menambahkan bahang
penduduk ketika waktu tengahari.

3. Asap kenderaan akan menyebabkan pelbagai jenis penyakit yang berbahaya.

9
Perbandingan:

Keadaan negatif ini pula berbeza dengan Kanada. Mereka mengamalkan sikap cinta akan
alam sekitar. Teknologi yang canggih di Kanada telah banyak membantu mengurangkan
kesesakan jalan raya.

Nilai Patritisme:
Sentiasa belajar bersungguh-sungguh untuk membantu mengurangkan masalah
setiap hari seperti kesesakan lalu lintas.

Langkah-Langkah Penyelesaian

1. Penggunaan petrol tanpa plumbum merupakan salah satu langkah penyelesaian


bagi mengatasi masalah pencemaran di Jalan Maharajalela dan juga di Kanada.
Petrol tanpa plumbum tidak akan menyebabkan pencemaran dan secara tidak
langsung dapat menyelamatkan nyawa orang lain.

2. Kanada boleh mempertingkatkan lagi system jaringan pengangkutannya dengan


memaksimumkan penggunaan kenderaan elektrik. Bukan sahaja di Kanada malah
rakyat Malaysia juga perlu sedar untuk memaksimumkan penggunaan kenderaan
elektrik. Kenderaan ini mesra alam kerana tidak menggunakan sumber petroleum.
Ia juga dapat mengawal kualiti udara agar tidak dicemari oleh gas-gas lain yang
dikeluarkan oleh asap kenderaan.

Nilai Patritisme:
Bekerjasama bersama masyarakat untuk menangani masalah yang dihadapi
bersama.

10
Jumlah Pengguna Jalan Raya Dari Pukul 3 Petang Hingga 6
Petang

Bil Jenis Kenderaan Bilangan Kenderaan


1 Kereta 421
2 Motosikal 227
3 Bas 52
4 Lori 31
5 Van 41
Jumlah 768

11
Carta Jumlah Pengguna Jalan Raya Dari Pukul 3 Petang
Hingga 6 Petang

12
Langkah-Langkah Penyelesaian Masalah Jaringan Sistem
Pengangkutan

13
14
Rumusan

Kerja Kursus Geografi ini dijalankan untuk mengkaji jenis-jenis sistem pengangkutan di
Jalan Maharajalela dan Negara Kanada. Selain itu, kerja kursus ini dijalankan adalah
untuk mengkaji factor-faktor yang mempengaruhi jaringan sistem pengangkutan di
kawasan kajian. Seterusnya, kerja kursus ini dijalankan adalah untuk mengkaji
kepentingan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian. Akhir sekali, kerja kursus
ini dijalankan untuk mencari langkah-langkah penyelesaian untuk mengatasi masalah
akibat perkembangan jaringan sistem pengangkutan di kawasan kajian.

Nilai Patriotisme:
Mencintai tanah air sendiri

Rujukan

1. Laman web….

2. Buku Tek Geografi Tingkatan…

3. Guru Geografi…

15
Lampiran

16

You might also like