You are on page 1of 20

MODEL ASSURE

Apakah Model ASSURE?

Model ASSURE adalah berfokuskan kepada inisiatif


instruktor menggunakan media dan teknologi di dalam
kelas.

Model ASSURE menyediakan rangkakerja perancangan


yang sesuai dengan media dan teknologi yang sentiasa
berubah dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran

Model ASSURE juga boleh digunakan dalam menyediakan


rancangan pengajaran serta untuk mempertingkatkan
pengajaran dan pembelajaran.
MODEL ASSURE
Dibangunkan oleh Heinrich & Molenda (2000)

Model rekabentuk instruksi yang berteraskan


kelas.

Boleh digandingkan dengan Sembilan


Peringkat Pembelajaran Gagne.

Sesuai bagi persekitaran konstruktivis di


mana pelajar diperlukan untuk berinteraksi
aktif dengan persekitarannya.
MODEL ASSURE
Terdapat enam fasa penting di dalam model ini iaitu:
1. nalyse Learners
2. tate Objectives

3. elect instructional methods, media and


materials
4. tilize media and materials

5.
equire learner participation

6.
valuate and revise
MODEL ASSURE
nalyse Learners
- Kenalpasti dan analisa pelajar yang akan terlibat di dalam P & P.
- Beberapa perkara yg perlu diketahui:
a. Ciri-ciri am : Gred, umur, bangsa, jantina, masalah
mental, fizikal, emosional atau sosial yang hadir,
tahap sosioekonomi dll.
b. Kebolehan spesifik : pengetahuan sedia ada,
kemahiran dan sikap.
c. Gaya pembelajaran – verbal, logikal, visual, muzikal
d. Motivasi – mengapa pelajar mengikuti kelas tersebut
MODEL ASSURE
tate Objectives

Objektif adalah hasil pembelajaran yang telah ditetapkan.

Objektif mestilah jelas dan spesifik serta boleh diukur.


Kejelasan penting untuk mewujudkan learner expectations
di samping menentukan kriteria media dan teknologi yang
akan digunakan.

Objektif boleh dibina oleh instruktor ataupun


diadaptasi daripada sumber sokongan.
MODEL ASSURE
tate Objectives
Panduan bagi menyediakan objektif pembelajaran:
1. Audience (Pelajar)
2. Behaviour to demonstrate (Perlakuan yang
sepatutnya ditunjukkan selepas pembelajaran
dilalui)
3. Conditions (Keadaan yang diperlukan untuk
menunjukkan perlakuan tersebut)
4. Degree of proficiency or accuracy (sejauh
mana pelajar menguasai kemahiran.
Contoh: Pelajar Tahun 4 (Audience) dapat menamakan 5 (Degree)
haiwan karnivor (Behaviours) daripada senarai binatang yang diberikan
(Conditions).
MODEL ASSURE
elect Media, Materials and Methods

Selepas membuat penilaian daripada segi kemahiran,


kesediaan dan gaya pembelajaran pelajar dan setelah
objektif dirangka, barulah pemilihan media yang sesuai
dengan pembelajaran tersebut dilakukan.

Langkah pertama – Kenalpasti lokasi P & P


Langkah kedua – Kenalpasti lokasi instruktor

Pemilihan media yang sesuai akan menolong mempertingkatkan


lagi pencapaian pelajar.
MODEL ASSURE
elect Media, Materials and Methods

Beberapa soalan yang boleh diambil kira ketika membuat


pemilihan media, bahan dan cara penyampaian:

a. Berpandukan objektif, apakah metodologi yang


sesuai bagi penyampaian maklumat?
b. Bolehkah ianya dijalankan secara kendiri atau
perlukan arahan tambahan?
c. Perlukah ianya diselesaikan di dalam kelas?
d. Apakah jenis media yang diperlukan?
MODEL ASSURE
elect Media, Materials and Methods

Beberapa soalan yang boleh diambil kira ketika membuat


pemilihan media, bahan dan cara penyampaian (samb):

e. Adakah pelajar mempunyai akses terhadap media


tersebut?
f. Bolehkah instruktor menggunakan media sedia
ada?
g. Perlukah instruktor membuat modifikasi terhadap
media sedia ada tersebut?
h. Perlukah instruktor membentuk media sendiri?
MODEL ASSURE
tilise Media and Materials

Selepas pemilihan dibuat, media and bahan tersebut mestilah


digunakan.

Sebelum menggunakan media tersebut, hendaklah dibuat


previu dahulu untuk memastikan bahawa semuanya akan
berjalan lancar.

Jalankan kajian rintis bagi memastikan kesesuaian media dan


bahan tersebut. Di samping itu, membuat perubahan dan
pembaikan jika perlu.
MODEL ASSURE
tilise Media and Materials

Heinich (2002) mencadangkan prinsip 5P di dalam fasa ini:

1 Preview (sebelum menggunakan bahan tersebut)


2. Prepare The Materials (mengikut urutan tertentu)
3. Prepare the Environment
4. Prepare the Learners
5. Provide the Learning Experience
Pastikan instruktor mempunyai pelan sokongan sekiranya
terdapat masalah dari segi penggunaan media serta bahan.
MODEL ASSURE
equire Learner Participation

Kajian telah menunjukkan bahawa penglibatan yang aktif


akan meningkatkan pencapaian pelajar di samping membuka
lebih ruang untuk kejayaan serta kepuasan pelajar.

Asas bagi pembelajaran konstruktivis adalah pelajar


menimba ilmu pengetahuan melalui interaksi aktif dengan
persekitaran pembelajaran mereka.

Asas bagi pembelajaran konstruktivis adalah pelajar


menimba ilmu pengetahuan melalui interaksi aktif dengan
persekitaran pembelajaran mereka.
MODEL ASSURE
equire Learner Participation

Penglibatan termasuklah perbincangan, pembelajaran


kumpulan-kumpulan kecil, dyads, ujian serta penilaian.

Instruktor seharusnye menyediakan peluang yang cukup


kepada pelajar untuk memanipulasikan serta berinteraksi
dengan dengan seoptimumnya di dalam persekitaran
pembelajaran tersebut.

Instruktor juga perlu menyediakan aktiviti-aktiviti lanjutan


selepas pembelajaran dijalankan.
MODEL ASSURE
valuate and Revise

Di dalam fasa terakhir ini, adalah penting bagi instruktor


untuk membuat penilaian ke atas keberkesanan instruksi.

Penilaian yang dibuat berkemungkinan akan menunjukkan


pelajar tidak mencapai matlamat pembelajaran yang
sepatutnya.

Penilaian boleh dilakukan di dalam beberapa bentuk – tidak


formal atau formal seperti melalui perbincangan, temubual,
survei.
MODEL ASSURE
valuate and Revise

Data yang didapati daripada penilaian tersebut dapat


membantu di dalam langkah penambahbaikan atau
modifikasi yang akan dilakukan.

Beberapa soalan yang boleh diambil kira di dalam penilaian:


a. Adakah kemahiran / konsep dapat dipersembahkan?
b. Adakah pelajar mencapai objektif yang ditentukan?
c. Apakah sikap pelajar terhadap persekitaran tersebut?
d. Adakah bahan dan sumber berkesan?
MODEL ASSURE
valuate and Revise

e. Adakah bahan dan sumber tersebut membantu


pelajar mencapai objektif pembelajaran?
f. Adakah pelajar telah menunjukkan perubahan?
g. Adakah penilaian mengukur apa yang diajar?
h. Adakah penilaian yang dijalankan adil?
i. Adakah perlu lebih banyak latihan dan maklumbalas?
MODEL ASSURE
valuate and Revise

Jika matlamat pembelajaran tidak dapat dicapai, cuba untuk


mengenal pasti puncanya.

Apabila pencapaian tidak memuaskan, fikirkan kebarangkalian


bahawa masalah dan kelemahan datangnya dari kursus atau
kandungan yang tidak dirancang dengan baik dan bukannya
dari kelemahan pelajar.

Seseorang instruktor itu bukanlah instruktor yang tidak berkesan


jika P & P tidak berjaya tetapi seorang instruktor tersebut adalah
tidak berkesan jika beliau tidak membuat refleksi serta
penambahbaikan ke atas P & P yang telah dijalankan.
-Ciri-ciri umum
A Analyze Learners - Kebolehan awal
- Gaya pembelajaran
-Matlamat pembelajaran
S State Objectives - Syarat Pencapaian
- Tahap pencapaian minimum
-Pemilihan sumber sedia ada
S Select Media, Methods - Modifikasi sumber sedia ada
and Materials - Membina sumber baru
-Membuat previu
U Utilise - Menyediakan persekitaran
- Menyediakan peluang pembelajaran
R Require Learner - Aktiviti di dalam kelas dan selepas P &
Participation P dijalankan supaya pelajar dapat
memproses pengetahuan tersebut.
E Evaluate and Revise -Sebelum, semasa & selepas instruksi
- Penilaian ke atas pelajar & medium
Tugasan

Sediakan satu rancangan pengajaran (lesson plan) yang


merangkumi kesemua elemen di dalam Model ASSURE bagi
satu topik pilihan anda. Kemudian uploadkan lesson plan anda ini
ke dalam forum Yahoo Groups.
Sumber
- Gagné, Robert M. 1985. The conditions of learning.
4th ed. New York: Holt, Rinehart & Winston

- Heinich, R., Molenda, M., Russell, J. & Smaldino, S. (2000).


Instructional Media and Technologies for Learning. 7th ed.
Upper Saddle Riverm, New Jersey : Merrill Prentice Hall

- http://www.mscd.edu/~act2/courseconstruct/assure.html

- http://www.valenciacc.edu/oit/articles/articles_detail.cfm?ID=45

- http://www.mscd.edu/~act2/courseconstruct/assure.html

You might also like