P. 1
Isu Konsep Sekolah Selamat Dalam Dasar Pendidikan Negara

Isu Konsep Sekolah Selamat Dalam Dasar Pendidikan Negara

|Views: 5,968|Likes:
Published by suddakar narayanan

More info:

Published by: suddakar narayanan on Oct 21, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/29/2015

pdf

text

original

Tajuk: Isu Konsep Sekolah Selamat Dalam Dasar Pendidikan Negara

Definisi dan Konsep Sekolah Selamat Sekolah yang selamat ialah tempat pelajar-pelajar dapat belajar dan guru dapat mengajar dalam suasana yang selesa dan bebas dari persekitaran yang menakutkan. Ia juga merupakan tempat di mana iklim pembelajaran dapat menggalakkan penerimaan semangat dan perlindungan bagi setiap kanak-kanak. (Ronald D. Stephens 1996).

School Guide for State of California dalam artikelnya "The Safe School Challenge" mentakrifkan sekolah yang selamat sebagai tempat yang aman di mana pelajarpelajar dan guru bebas untuk belajar dan mengajar tanpa sebarang ancaman fizikal dan psikologikal.

Kunci sekolah yang selamat ialah wujudnya suasana yang mementingkan ramah mesra, persekitaran yang sentiasa memberi sokongan, wujudnya satu garis panduan yang jelas tentang tingkah laku yang bersesuaian dan ia hendaklah adil serta berterusan. (Dick Young, 1999)

Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.6/2000 pula menghuraikan sekolah yang selamat sebagai “Sekolah sentiasa selamat dan bebas daripada insiden-insiden yang tidak diingini seperti murid diugut, diculik, diperkosa, penglibatan dalam dadah, perlakuan ala-gengster dan melibatkan diri dalam kegiatan gangster atau “triad society”. Sekolah belum cukup selamat sekiranya aspek peraturan dan undang-undang tidak diambil kira. Salleh Buang (1996)
1

menegaskan bahawa sesebuah institusi yang di dalamnya terdapat ahli-ahli yang perlukan perlindungan, keselesaan dan keselamatan, kawalan dari aspek

perundangan tidak harus diabaikan. Justeru, sekolah yang selamat ialah sekolah yang sentiasa berusaha memastikan

Pelaksanaan Program sekolah selamat telah dilancarkan oleh Kementerian Pendidikan pada tahun 2002 adalah untuk mewujudkan budaya selamat di sekolah dan persekitaran secara berterusan dengan sokongan keluarga dan masyarakat setempat.

Pelancaran program ini adalah satu usaha yang bersungguh-sungguh dengan persediaan buku ‘Konsep dan Manual Sekolah Selamat’ kepada semua sekolah.

Amalan sekolah selamat walaupun telah ujud sejak dahulu lagi,namun hanya sekarang satu garispanduan yang tersusun diperkenalkan untuk sekolah-sekolah seluruh Malaysia mengikutinya. Namun demikian masyarakat masih digemparkan dengan insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam kawasan sekolah yang mana dianggap selamat oleh masyarakat umum.

Ciri- Ciri Sekolah Selamat Sesebuah sekolah yang dianggap selamat adalah diharapkan mempunyai ciri-ciri berikut:• • • • • Sensitif dan rasa hormat kepada warga sekolah. Bebas dari sebarang ganguan Kebolehan menjangka tingkahlaku pelajar dengan jelas Dasar disiplin yang konsisiten Pelajar mencintai sekolah
2

• • • • • • •

Menyokong dan mengiktiraf tingkahlaku positif Proaktif tentang prosedur-prosedur keselamatan sekolah Warga sekolah mempunyai kesedaran komuniti terhadap kawasan sekolah Respon segera terhadap kecemasan Penyenggaraan yang menepati masa Amalan kebersihan Bilik darjah yang bersih dan tersusun

Sesebuah sekolah yang selamat adalah suatu tempat di mana wujudnya hubungan sosial yang rapat di kalangan ahli sekolah. Komunikasi antara peribadi yang berkesan di kalangan pelajar dan di kalangan kakitangan sekolah serta di antara kedua-dua kelompok itu adalah satu faktor yang menyumbang kepada keselamatan sekolah. Latar belakang etnik, budaya dan agama pelajar mesti diakui dan dihormati supaya para pelajar tidak diejek dan dipinggirkan daripada aliran utama budaya sekolah. Pelajar dan kakitangan sekolah berkongsi kepercayaan bahawa mereka adalah selamat sama ada dari segi fizikal, sosial mahupun secara psikologi dan mereka sebenarnya mendapat sokongan lain-lain ahli sekolah apabila tiba masa diperlukan. Semangat sekolah kita tanggungjawab kita bersama yang tinggi merupakan indikator sesebuah sekolah mempunyai ciri-ciri keselamatan. Perasaan kekitaan ini merupakan intipati penting ke arah pembentukan konsep sekolah yang selamat dalam konteks pendidikan di Malaysia. Sekolah yang selamat mewujudkan suasana masyarakat penyayang dengan mengutamakan nilai-nilai kemanusiaan yang menghargai dan menghormati harga diri. Para pelajar merupakan tulang belakang dan berada di barisan hadapan serta

3

merupakan golongan yang amat penting bagi generasi kepimpinan akan datang. Oleh itu mereka harus dididik dengan amalan sihat dan menghormati orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka juga dipupuk untuk bersikap bertimbang rasa dan sedia menghulurkan pertolongan apabila diperlukan oleh masyarakat tanpa mengira bangsa dan warna kulit. Dengan itu akan dapat diwujudkan masyarakat penyayang dengan lebih nyata lagi. RASIONAL • Dalam banyak keadaan ianya kerap diabaikan dan jarang dijadikan asas utama pertimbangan. • Warga sekolah dewasa ini terdedah dengan isu-isu keselamatan fizikal sekolah, keselamatan sosial, emosi dan teknikal sekolah. Oleh itu polisi yang berterusan perlu diwujudkan. • Kurang kerjasama daripada keluarga dan masyarakat dengan institusi pendidikan dari segi keselamatan. • Keupayaan sekolah dalam menangani isu-isu keselamatan amat terbatas, tanpa sokongan keluarga dan komuniti.

Isu Keselamatan Dalam memperkatakan konsep sekolah selamat, seringkali pihak sekolah dicabar sejauh manakah sekolah sebagai tempat yang mendidik pelajar selamat untuk pelajar. Insiden-insiden yang berlaku
4

dalam

kawasan

sekolah

yang

mengakibatkan

kecederaan

dan

yang

lebih

serius

lagi

kematian

telah

menggemparkan rakyat Malaysia dan berasa bimbang tentang keselamatan anakanak mereka dalam sekolah, Beberapa kejadian ‘membelasah’ yang tercetus antara pelajar, khususnya di sekolah menengah berasrama, hingga mengakibatkan kecederaan serius ternyata bukan lagi boleh dipandang ringan. Kecederaan Mohd Hafizi Jumhari, 16, pelajar kursus Kejuruteraan Mekanikal di Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, yang dilaporkan sehingga terpaksa dibuang buah pinggang kirinya selepas dipercayai dibelasah sekumpulan pelajar senior di asrama, boleh dijadikan pembuka mata terhadap ancaman luar jangkaan di sekolah. Adakah dengan kes gejala disiplin sedemikian secara tidak langsung

menunjukkan kegagalan Program Sekolah Selamat yang masih baru digerakkan?

Statistik Menurut kajian yang telah dijalankan oleh Varathan (2001), pada tahun 1977 banyak kes yang keluar dalam akhbar mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pelajarpelajar sekolah seperti peras ugut, pelajar terlibat dalam kongsi gelap, pelajar sepak guru, dan samseng sekolah sebagai ditahap serius serta bilangan yang ditahan pula adalah seramai 1719 orang kerana melakukan pelbagai jenayah.

Menurut laporan disiplin pelajar sekolah pula , menjelang tahun 1995 terdapat 8197 buah sekolah di Malaysia di mana sebanyak 6865 adalah sekolah rendah dan selebihnya sekolah menengah. Di antara kesalahan yang paling banyak dilakukan oleh pelajar ialah jenayah (23.45 %), kurang sopan (20.37 %) dan ponteng (17.17

5

%). Kesalahan lain yang dilakukan ialah salah laku, tidak jujur, kekemasan diri serta tidak pentingkan masa. Pada tahun 1995 juga didapati 15.63 % atau seramai 136 904 orang pelajar sekolah menengah terlibat dalam masalah disiplin di mana pelajar-pelajar tingkatan tiga merupakan golongan yang paling ramai melakukan kesalahan .

Jadual 1: Kes Pelajar Yang Terlibat Aktiviti Gengster dan Membakar Premis Sekolah Jenis Kes 1997 1998 Kes Samseng Membakar Premis Sekolah 107 6 77 19

1999 85 10

Statistik Polis Diraja Malaysia pada tahun 2007 merekodkan sebanyak 1,837 kes jenayah dan seramai 3,383 pelajar ditahan. Pada tahun 2008 pula bilangan ini meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.

Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus samseng jalanan berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan. Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia melaporkan seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini. Dapatan kajian Universiti Malaya mendedahkan masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.(Sumber: Berita Harian) Dari laporan SSDM Seramai 48 pelajar sekolah rendah yang dibuang sekolah sejak tahun 2004 hingga penghujung Mac 2009. Manakala 5,932 pelajar sekolah menengah telah dibuang sekolah bagi tempoh yang sama. (Utusan Malaysia Online)
6

Segala maklumat yang dipaparkan ini menunjukkan pada kita bahawa sahsia pelajar pada ketika ini adalah pada peringkat yang membimbangkan dan sekolah selamat yang dirangka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia terus dipersoalkan keberkesanannya. Masalah Pelaksanaan Pendidikan memainkan peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi mengisi keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah. Tugas KPM adalah untuk menyediakan generasi muda Malaysia dengan seluas-luas peluang bagi memperkembangkan potensi diri, melengkapkan diri dengan pelbagai kemahiran dan membentuk ciri-ciri keperibadian dan perspektif hidup yang membolehkan mereka berjaya dalam kehidupan dan mampu memajukan lagi negara di mata dunia, selari dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan(PIPP). Sekolah yang selamat akan memastikan pemerolehan ilmu yang menjurus kepada penyediaan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing. Peracangan kerajaan untuk melahirkan modal insan yang bersahsia tinggi disamping kemahiran untuk memperkembangkan potensi diri perlu dialu-alukan. Banyak negara sedang membangun beranggapan bahawa pembangunan negara dapat dicapai dengan memajukan bidang pendidikan. Ia dikatakan sebagai alat yang boleh menjana perubahan dalam masyarakat dan sebahagian daripada polisi sekolah selamat.

7

Di sekolah, disiplin menjadi satu kawalan sosial bagi mewujudkan suasana tenteram supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan teratur dan lancar. Bagi masyarakat di luar sekolah, disiplin adalah asas penting bagi membentuk kerukunan hidup selaras dengan norma, nilai dan aspirasi negara.

Disiplin memainkan peranan yang penting ke arah pembentukan sahsiah para pelajar. Ia adalah salah satu komponen penting dalam sistem persekolahan yang berkait rapat berkenaan tatatertib, tatasusila, keadaan, akhlak dan kesopanan. Sekolah yang selamat untuk menuntut ilmu akan mempunyai disiplin diri pelajar yang tinggi.

Namun pada masa yang sama polisi kerajaan yang tidak sungguh-sungguh dalam menangani isu-isu keselamatan yang semakin meningkat di sekolah-sekolah jelas menuju ke jalan buntu walaupun pelbagai usaha dan tenaga dicurahkan.

Kuasa Guru ‘Empowerment’ para guru yang disekat dalam menangani disiplin pelajar merupakan satu kesilapan besar yang telah dilakukan oleh Kementerian Pendidikan dimana kerajaan telah lebih mengutamakan pendekatan yang mesra dengan pelajar diperkenalkan bagi meningkatkan perkembangan sahsia pelajar sekolah .

Penggunaan ‘psychology’ dalam menangani disiplin pelajar sekolah sememangnya berkesan pada segolongan pelajar tertentu sahaja. Perkara ini mengajak kita
8

merenung kembali istilah kemenjadian murid yang berada di sesebuah sekolah. Teori sekolah berkesan mengatakan bahawa, sesebuah sekolah yang berkesan berpunca dari pelajar-pelajar yang bersahsia tinggi dan berdisiplin.

Menurut George Nicholson (1985) menyatakan untuk mewujudkan sekolah yang selamat, kita mestilah mewujudkan sekolah yang berkesan. Terdapat perhubungan yang signifikan antara sekolah yang selamat dengan kecemerlangan dalam pendidikan. Sekolah yang berkesan mestilah selamat dan sebaliknya sekolah yang selamat ialah dengan cara menjadikan sekolah itu efektif. keselamatan, ketidakhadiran pelajar, pengurusan konflik dan kurikulum. Hal ini berkait rapat dengan kemenjadian pelajar yang merupakan satu faktor yang akan menentukan keberkesanan sekolah. Oleh yang demikian kaedah yang di gunakan di sekolahsekolah yang mempunyai pelajar bersahsia baik tidak semestinya boleh dilaksanakan di sekolah sekolah yang kebanyakan pelajar yang mempunyai sahsia kurang memuaskan.

Pendekatan kokurikulum Pendekatan yang lebih menumpukan peraturan yang ketat disamping memberi ganjaran yang setimpal dengan perubahan sikap pelajar yang konsisten dapat menunjukkan perubahan dalam diri pelajar yang bermasalah. Contoh nya penglibatan pelajar dalam aktiviti amal dalam kokurikulum dapat mendedahkan pelajar kepada pelbagai isu-isu semasa dan peluang seperti ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar kearah perkembangan modal insan yang diharapkan. Pelaksanaan kokurikulum yang lebih mengutamakan aktiviti dalam sekolah telah ternyata tidak memberi kesan kepada pelajar dari segi perkembangan sahsia pelajar dalam jangkamasa mereka berada di sekolah. Walaupun aktiviti luaran
9

dianjurkan oleh sekolah, namun pelaksanaannya tidak konsisten dan seringkali berbentuk lawatan untuk menambah ilmu sahaja.

Program kokurikulum hendaklah dirancang supaya pelajar sentiasa terlibat dengan aktiviti khidmat masyarakat, di mana pendekatan ini bukan sahaja merapatkan pelajar dengan masyarakat, tetapi yang lebih penting, memberi pengalaman hidup dan realiti sebenar hidup bermasyarakat dalam konteks Malaysia.

Dengan pendekatan ini disiplin pelajar yang semakin merosot dapat dipulihkan apabila pelajar yang terdiri dari berbilang bangsa berpeluang berganding bahu dalam menyelesaikan masalah dan tugasan yang perlu mereka laksanakan dalam masyarakat mereka sendiri.

Pembentukan pasukan unit beruniform yang yang memberatkan penyertaan sesuatu ethnik sahaja harus dielakkan demi untuk mengelakkan perpecahan masyarakat sekolah. Tanpa disedari kita sendiri telah menyediakan tapak untuk mengasingkan pelajar-pelajar mengikut kaum dalam aktiviti sekolah yang mana bercanggah dengan falsafah pendidikan negara.

Polisi kerajaan Polisi-polisi kerajaan yang mengutamakan perpaduan kaum seringkali tidak mendapat pemantauan yang cekap dan konsisten oleh kerajaan pada peringkat institusi dan jabatan. Sejauhmanakah komposisi kaum diutamakan dalam sektor kerajaan dan swasta adalah satu perkara yang jelas boleh dipertikaikan.

10

Budaya yang ujud ditempat kerja tidak memperlihatkan budaya Malaysia yang sebenar sehingga semangat mempertahankan ethnik masing-masing terus memuncak tanpa mengambilkira hala tuju kita yang sebenar.

Jelas kepada kita bahawa sistem pendidikan sekolah memainkan peranan yang penting dalam mengujudkan modal insan yang berjaya dan berkemahiran tinggi dan mempunyai semangat Malaysia yang tulin. Namun demikian ternyata sistem persekolahan gagal menghasilkan pelajar-pelajar yang mempunyai sikap

kemanusian yang sejati dan sebaliknya mengejar kelulusan dan kebendaan semata-mata. Maka adakah sekolah merupakan sebuah tempat yang selamat pada ketika ini dalam menghasilkan modal insan yang berwawasan. Walaupun sekolah dan institusi pengajian menghasilkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelbagai bidang dengan cemerlang namun pembentukan sahsia manusia telah terpencong jauh. Cadangan dan pandangan Dalam usaha kita mengujudkan sekolah selamat yang mempunyai ciri-ciri yang telah dinyatakan sebelum ini, adalah wajar pagi semua pihak yang

bertanggungjawab mengutamakan perpaduan kaum dan semangat Satu Malaysia bermula dari bangku sekolah. Persekolahan di Malaysia yang lebih memberi perhatian kepada kehendak pendidikan ethnik masing masing perlu dihapuskan dengan mengadakan sistem sekolah yang baru iaitu Sekolah Pengajian Rendah Malaysia dan Sekolah Pengajian Menengah Malaysia. Dalam sistem

persekolahan ini semua matapelajaran yang perlu dikekalkan dan ditambah dengan matapelajaran Bahasa Cina dan Tamil sebagai tambahan kepada semua pelajar peringkat rendah mahupun menengah.

11

Proses pembentukan sekolah ini akan menggabungkan ketiga-tiga peringkat sekolah yang ujud pada masa ini(SK, SJKC dan SJKT) sebagai satu sekolah yang diberi nama Sekolah Malaysia. Matapelajaran bahasa ibunda setiap kaum akan tetap dipertahankan dalam sistem baru ini dengan memberi peluang dan kebebasan kepada pelajar dari Melayu, Cina dan India mempelajari Bahasa Cina, Tamil dan juga Jawi dan Bahasa Arab sebagai elektif. Ini dapat menyaksikan perkembangan pendidikan yang sama taraf, sihat dan saling memahami antara satu sama lain dibawah satu bumbung. Dengan adanya sekolah Malaysia yang terdiri dari murid dari semua lapisan masyarakat, kita dapat membentuk semangat Satu Malaysia dari peringkat awal lagi kanak-kanak.

Usaha ini memerlukan kajian yang teliti kerana memerlukan penambahan waktu persekolahan serta peningkatan dalam kemudahan sekolah, rombakan tenaga pengajar yang seimbang dan kakitangan sokongan. Walaubagaimanapun ini merupakan satu cadangan yang boleh diuji keberkesanannya terlebih dahulu demi untuk kepentingan masa depan negara.

Kesimpulan Isu sekolah selamat dalam sistem pendidikan Malaysia dari segi pelaksanaan jelas terdapat banyak kelemahan disebabkan kekurangan sumber dan pemantauan yang rapi dan konsisten. Sekolah selamat bukan sahaja terumpu kepada soal fizikal bangunan dan prasarana sekolah tetapi harus memberi pemberatan kepada pembentukan sahsia pelajar melalui disiplin yang mantap di peringkat rendah dan menengah. Di samping itu perubahan perlu dilakukan untuk mengembalikan semula semangat Malaysia yang sejati dikalangan pelajar-pelajar yang terdiri dari
12

berbilang kaum supaya konsep Satu Malaysia menjadi satu realiti yang dapat dibanggakan.

Rujukan 1 2 3 4 Omardin Ashaari, (1996). Pengurusan Sekolah - Suatu Pandangan Lengkap. Kuala Lumpur : Utusan Publications Ibrahim Saad,(1982). Isu Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hussein Mahmood (1993). “Kepemimpinan dan Keberkesanan Sekolah”. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Becker, G. S. (1964). Human Capital. New York: National Bureau of Economic Research. 5 National Education Association (1996). Safe School Manual. NEA: United States. Hlm.3 6 Malaysia. (1990). Laporan disiplin pelajar sekolah Malaysia.Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. 7 8 9 http://www.weber.k12.ut.us/Policies/Safeskul.htm. Safe Schools Policy 5600. http://www.ncrel.org/sdrs/areas/issues/envrnmnt/drugfree/sa2safes.htm. SafeSchool Plan http://gegar.wordpress.com/2009/06/27/38/

13

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->