You are on page 1of 18

NURUL HARTINI BINTI ABD HAMID

NOORHAMIZAH BINTI MOHD SAPIE


HANIS IZZA FATIHA BINTI MAT ISA
APAKAH YANG ANDA
FAHAM TENTANG
EKONOMI CAMPURAN?
ADAKAH EKONOMI
CAMPURAN SATU SISTEM
EKONOMI YANG BARU?
PENDAHULUAN
 Istilah “sistem” berasal dari perkataan “sistema”
(bahasa Yunani) yang bermaksud keseluruhan yang
terdiri dari pelbagai bahagian.

 Sistem ekonomi : cara masyarakat membuat pilihan


mengagihkan sumber untuk menghasilkan barangan
yang dikehendaki bagi menyelesaikan masalah asas
ekonomi.
DEFINISI
 Sistem Ekonomi Campuran : satu sistem di
mana pihak swasta dan kerajaan bersama-
sama membuat keputusan ekonomi untuk
menyelesaikan masalah asas ekonomi.
(Yeam 2006 : 24).
CIRI-CIRI
1) Kegiatan ekonomi ditentukan oleh pihak swasta dan
pihak awam
 Kerajaan : mengeluarkan barang yang gagal disediakan oleh
mekanisme harga- meningkatkan taraf kebajikan rakyat.
 Swasta : barang yang dikehendaki oleh masyarakat –
memaksimumkan keuntungan.

2) Kegiatan ekonomi yang terkawal.


 Kerajaan mengadakan peraturan dan undang-undang supaya
kegiatan ekonomi tidak menghasilkan kesan luaran negatif.
3) Keputusan Ekonomi

Semua keputusan ekonomi ditentukan oleh kerajaan dan


mekanisma harga, kerana sumber ekonomi dimiliki oleh
pihak kerajaan dan swasta.

Keputusan kerajaan bertujuan untuk meningkatkan kebajikan


masyarakat dan swasta pula bertujuan untuk memaksimumkan
keuntungan.

Firma bebas bersaing tapi dikawal oleh pihak kerajaan.

Campurtangan kerajaan bertujuan mengatasi kelemahan


mekanisme harga.
KEBAIKAN
1) Kegiatan ekonomi yang stabil.
 Kerajaan boleh campur tangan dalam kegiatan ekonomi.
 Melalui dasar fiskal dan dasar kewangan.

2) Agihan pendapatan yang lebih setara.


 Individu dan firma dalam ekonomi mempunyai kebebasan
untuk memiliki harta kekayaan dan faktor pengeluaran.
 Perlaksanaan sistem percukaian dan pemberian subsidi
untuk mengecilkan jurang perbezaan antara golongan yang
kaya dengan golongan yang miskin.
3) Menyediakan barang awam
 Kerajaan bertanggungjawab untuk mengeluarkan barang
awam bagi meningkatkan kebajikan dan pembangunan
negara.

 Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai


kos penyediaan barang awam yang strategik dan yang
diperlukan oleh masyarakat seperti perkhidmatan pendidikan,
kesihatan, pertahanan dan sebagainya.
KELEMAHAN
1) Kerenah birokrasi kerajaan menghalang
perkembangan sektor swasta.
 Contohnya, kelewatan kerajaan utnuk meluluskan projek
pihak swasta dan pemberian lesen sering kali mengganggu
kegiatan ekonomi yang ingin dilakukan oleh pihak swasta.

2) Kesukaran menentukan dasar yang sesuai


 Akibat kesukaran menjangka keadaan ekonomi masa
depan dimana spekulasi ekonomi dunia yang tidak
menentu ataupun ramalan berdasarkan maklumat yang
tidak tepat.
3) Pembaziran sumber akibat daripada kerugian
perusahaan awam.
 Jika pengurusan perusahaan awam itu tidak cekap sehingga
mengalami kerugian yang besar.

 Pentadbiran sektor awam yang tertakluk kepada peraturan-


peraturan dan undang-undang menyebabkan pihak
pengurusan perusahaan awam sukar membuat keputusan
dengan cepat untuk menghadapi perubahan.
MALAYSIA
1) Mengadakan peraturan dan undang-undang.
 Kerajaan telah membuat peraturan dan undang-undang tertentu kepada
perjalanan sistem pasaran.
 Contohnya, undang-undang buruh diperkenalkan supaya tidak berlaku
penindasan terhadap buruh.

2) Pengawalan harga barang dan perkhidmatan.


 Contohnya, bagi barang keperluan asas seperti gula, beras, garam
dan susu adalah barang kawalan.
 Harganya tidak boleh dinaikkan atau diturunkan tanpa persetujuan
kerajaan.
3) Sistem percukaian.
 Bertujuan menambahkan pendapatan kerajaan dan mengurangkan
penggunaan pengguna terhadap sesuatu barangan.

 Beban cukai atau bahagian jumlah cukai yang perlu ditanggung oleh
pembeli dan pengeluar bergantung kepada keanjalan permintaan dan
keanjalan penawaran. Pemberian subsidi oleh kerajaan akan
mengurangkan kos pengeluaran pengeluar.
PERANCIS
1) Pemilikan
 Kebanyakan firma-firma dalam sektor pertanian, industri dan
perkhidmatan adalah dimiliki oleh sektor swasta.
 Segala utiliti awam, termasuk letrik dan gas adalah dimiliki
kerajaan.

2) Kuasa ekonomi
 terletak pada pengguna individu dan firma swasta di samping
kerajaan pusat.
 Firma swasta bebas menentukan komposisi output dan input.
 Kerajaan pusat dapat mempengaruhi ketetapan persendirian
melalui pelbagai teknik spt skim jaminan sosial agar dapat
menukar atau meminda ketetapan isi rumah dan firma.
3) Peruntukan sumber
 Walaupun adanya kawalan kerajan yang agak lengkap,
akan tetapi sedikit sahaja tindakan ekonomi adalah hasil
dari arahan kerajaan.
 Kerajaan mungkin campur tangan dalam ekonomi tetapi
campur tangan ini dicerminkan dalam menukar kos
berniaga sahaja. Ini mempengaruhi prospek keuntungan
bagi pengusaha swasta.
THAILAND
1) Pemilikan
 kerajaan melarang pemilikan asing secara majoriti dalam kebanyakan
sektor untuk menjamin profesion-profesion tertentu bagi warganegara
Thai.

2) Undang-undang
 contohnya: Akta Perhubungan Buruh Perusahaan Pihak Kerajaan
(SELRA) diluluskan dan memberikan kakitangan sektor awam hak yang
serupa dengan pekerja sektor swasta.

3) Pengawalan harga
 menetapkan harga siling bagi barang dan perkhidmatan yang
dikeluarkan.
KESIMPULAN
 3 negara yang dibentangkan tadi, jelaslah
menunjukkan bahawa sistem ekonomi campuran
bukanlah suatu sistem yang terlalu lama mahupun
terlalu baru.

 Sistem ini lahir dari adaptasi akibat kegagalan sistem


ekonomi sebelumnya iaitu sistem ekonomi kapitalis
dan sosialis di mana sistem ini mengambil nilai-nilai
terbaik dari sistem ekonomi tersebut.
Q&A
SEKIAN

TERIMA KASIH

You might also like