You are on page 1of 8

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

BAHA, TEKIK DA IDEA


: Kajian Penghasilan Karya Seni Halus

Azian Haji Tahir dan Rosiah Md oor

Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Kampus SERI ISKADAR
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, MALAYSIA
Azian572@perak.uitm.edu.my
rosiah65@yahoo.com

ABSTRACT

Bakat Muda Sezaman (BMS) merupakan pertandingan seni rupa kontemporari untuk mencari bakat baru di dalam
penghasilan karya seni yang berprestasi tinggi di Malaysia. Pemenangnya diiktiraf sebagai pengkarya seni terbaik di
Malaysia juga di peringkat antarabangsa. Namun tiada maklumat terperinci yang menghuraikan pengolahan bahan,
teknik dan idea karya-karya tersebut yang menjadikan hanya golongan celik seni lukis sahaja yang dapat
menghayatinya. Perkara ini menjadikan jurang yang lebih luas antara pengkarya dengan masyarakatnya. Walhal
karya-karya seni tampak adalah sebahagian daripada wadah budaya bangsa yang sepatutnya dapat diamati dan
difahami oleh semua ahli masyarakat.

Objektif kajian ini adalah untuk merungkai aspek ‘bentuk’ dan ‘makna’ karya-karya pemenang utama BMS bagi
memberi maklumat yang terperinci dengan pernyataan yang mudah serta mengenalpasti perkembangannya dari segi
tema dan pengolahan serta artis yang terlibat. Kaedah penyelidikan ini menggunakan pendekatan Kualitatif dan
Kuantitatif menerusi rekabentuk Content Analysis. Semua karya pemenang utama pertandingan BMS sejumlah 20
karya dari tahun 1974 hingga 2004 telah dijadikan sampel kajian untuk dianalisa. Kajian merangkumi perkara yang
berkaitan idea daripada tema dan pengolahan bahan serta teknik setiap karya tersebut berpandukan model ‘Organic
Unity‘ menerusi analisa dalam aspek subjek yang digunakan, pengolahan bentuk dan makna yang tersirat.

Hasil kajian mendapati kesemua karya mempunyai kesatuan yang tersendiri dalam mengemukakan subjek pilihan
yang dapat diolah menjadi bentuk yang membawa makna dalam memenuhi setiap persoalan semasa yang
dikemukakan. Perkembangan penghasilan karya berdasarkan tema yang ditetapkan menjadi asas dalam
menyampaikan idea, gaya, bahan dan teknik secara kontemporari mengikut peredaran zaman. Corak persembahan
seni instalasi yang merupakan karya kategori sezaman adalah separuh daripada jumlah yang memenangi
pertandingan hadiah utama BMS dengan 50% daripada 20 karya yang dikaji. Majoriti pemenang-pemenang adalah
terdiri daripada mereka yang mendapat pendidikan formal dari Institut Pengajian Tinggi dalam bidang seni visual
dengan bekas graduan kelahiran UiTM memonopoli 14 daripada 20 pengkarya.

Keywords: Bakat Muda Sezaman, Bahan, Teknik, Idea dan Karya Seni Halus

1. PEGEALA

Seni visual yang juga disebut seni tampak atau seni rupa adalah objek untuk dilihat dan dihayati
kerana ianya dapat memberi kepuasan hati untuk menambah keindahan persekitaran hidup, mempamerkan
sesuatu perasaan dalaman, menzahirkan ekpresi diri dan bertujuan untuk berkomunikasi tentang sesuatu
idea (Rosalind, 1995). Namun begitu pengutaraan sesuatu idea oleh seniman atau pengkarya yang diolah
daripada bahan dan menerusi teknik tertentu merupakan satu kegiatan yang halus dari hati nuraninya yang
kerapkali sukar dimengertikan oleh khalayak ramai. Seni rupa atau seni halus sebagaimana menurut
Zakaria Ali (1989), ialah penghargaan atau apresiasi terhadap objek-objek seni. Di antara objek-objek seni
ini adalah terdiri daripada catan, lukisan, cetakan, dan arca. Penghargaan terhadap seni halus sangat
bersifat subjekif kerana setiap orang mempunyai naluri yang berbeza yang akan membuat tanggapan yang
juga berbeza. Manakala objek seni itu sendiri membawa makna yang berlainan kepada orang yang
Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

berlainan. Dalam era sains dan teknologi yang sentiasa berkembang pesat, perkembangan seni rupa juga
sentiasa mengikut peredaran masa yang disebut sebagai seni semasa, kontemporari atau sezaman. Di
seluruh dunia, terutamanya di negara-negara maju, seni sezaman menjadi suatu bentuk pencapaian dalam
pengucapan kreativiti dan anovatif selaras dengan perkembangan sains dan teknologi.
Bagi menyaingi dunia seni rupa ini, Balai Seni Lukis Negara mengadakan satu program berbentuk
pertandingan yang dinamakan Bakat Muda Sezaman (BMS) semenjak tahun 1974. Program ini diadakan
dengan harapan dapat memupuk keunggulan seni rupa tanahair menerusi arus seni sezaman oleh
pengkarya muda diperingkat awal penglibatan mereka dalam dunia seni. Idea-idea yang masih segar
diharapkan dapat dicungkil melalui program yang akan memberi ruang kepada pelukis-pelukis muda ini
untuk mempersembahkan bakat-bakat semasa dan terkini mengikut zaman mereka (Balai Seni Lukis
Negara, 1999). Pertandingan BMS adalah pertandingan seni kebangsaan yang paling berprestij untuk
pelukis muda. Setelah lebih 30 tahun diperkenalkan, BMS telah melahirkan ramai pelukis berbakat besar
yang telah menyumbang kepada perkembangan seni tampak dalam dan luar negara.

2. KAJIA LITERATUR

Karya Seni Halus dibahagikan kepada dua kategori iaitu kategori konvensional dan kategori sezaman
untuk memudahkan penjelasan tentang perbezaan dan jenis karya-karya dalam seni halus. Konvensional
merujuk kepada karya-karya seni halus yang mempunyai ketetapan dan kebiasaan yang tertentu. Karya-
karya ini bersifat tradisional dari segi kaedah dan teknik penghasilan, material dan medium yang dipraktis
secara tradisi. Karya-karya seperti Lukisan, Catan, Cetakan dan Arca adalah karya-karya yang
digolongkan dalam kategori konvensional. Menurut Brian,C. (2002), Louis F. (2001), lukisan adalah hasil
daripada kesan yang dihasilkan secara spontan terus ke atas sesuatu permukaan seperti kertas. Kesan yang
dihasilkan lebih berunsurkan pelbagai jenis garisan dan jalinan. Permukaan di mana lakaran atau kesan
yang dihasilkan tidak semestinya merupakan hasil berbentuk 2 dimensi sahaja. Secara tradisinya, media
lukisan terdiri daripada arang (charcoal), pensel, pen, berus bersama dakwat yang akan menghasilkan
kesan hitam dan bertona kelabu. Manakala pelbagai lukisan berwarna boleh dihasilkan dengan
menggunakan kapur, pastel, crayon dan cat air.
Catan pula secara tradisinya kerap dihasilkan menggunakan bahan warna (pigment) basah seperti cat
minyak, tempera, akrilik bersama berus catan di atas sesuatu permukaan seperti kain kanvas atau kertas
melalui teknik yang dapat dibuat oleh media-media catan. Di antara jenis-jenis catan tradisi ialah Catan
Fesko yang dicat bersama atau di atas sejenis plaster simen. Encautic juga adalah jenis catan tradisi yang
dianggap antara yang tertua. Ia mengandungi pigment dalam bentuk lilin. Tempera pula adalah pigment
yang dicampur bersama kuning telur. Cat minyak pula adalah media catan yang telah digunakan secara
meluas sejak abad ke 15. Ia mengandungi pigment yang dicampur minyak linseed. Akrilik pula adalah
jenis catan moden. Ia adalah campuran pigmen dan plastik.
Karya seni cetak pula terhasil lebih daripada satu karya yang serupa. Oleh kerana karya yang sama
dapat dihasilkan dengan banyak, ia dapat dimiliki oleh ramai peminat seni cetakan dengan harga yang
lebih murah berbanding karya lain seperti catan. Berbeza dengan catan dan lukisan yang dihasilkan terus
ke atas sesuatu permukaan, seni cetak mempunyai perantaraan antara permukaan imej yang digubah yang
dipanggil blok cetakan dengan permukaan yang memperolehi imej yang dicetak dengan dakwat yang
biasanya menggunakan bahan kertas (Louis, F. 2001, Preble Duane & Sarah, 2004).
Menurut Louis, F. (2001), arca adalah seni di mana boleh melibatkan kerja mengukir, membuat acuan,
memodel atau pepasang sesuatu bahan menjadi bentuk 3 Dimensi. Karya yang mempunyai cirri-ciri 3
Dimensi ini samaada bersifat 360o ataupun sekurang-kurang 180o dihasilkan tanpa tujuan penggunaan
seperti karya catan, lukisan dan seni cetak yang dihasilkan untuk tujuan memenuhi nilai astetika
sipengkarya. Ianya boleh berbentuk timbulan (relief) daripada permukaan rata 2 Dimensi, berdiri sendiri
(free standing) atau bergerak (mobile).
Kategori sezaman adalah karya-karya yang dihasilkan pada masa kini dan melibatkan penggunaan
media campuran dan material baru dan bebas. Penggunaan bahan campuran yang melibatkan kepelbagai
kaedah penghasilan, dianggap melangkaui kaedah yang biasa dihasilkan secara tradisi (Robertson &
McDaniel, (2005), Hobbs 1975). Karya kategori sezaman sukar untuk dinyatakan penjenisannya
Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

sebagaimana kategori konvensional. Namun penjenisan kepada seni instalasi dan seni media baru adalah
kerana seni ini sering diperkatakan apabila merujuk kepada karya-karya terkini di alaf ke 21. Menurut
Benjamin (1993), istilah seni instalasi telah diterima dengan sendirinya sebagai sebahagian daripada
bahasa seni tampak. Secara praktisnya seni instalasi bermaksud kualiti gabungan elemen atau konsep/idea
yang berbeza yang saling mempengaruhi.
Menurut Tribe & Jana (2006), seni Media Baru merujuk kepada karya-karya yang berkaitan dengan
instalasi multimedia interaktif, ‘virtual reality environments’ dan seni berasaskan laman web yang
dihasilkan menggunakan teknologi digital. Terma seni media baru, menurut Tribe & Jana lagi, boleh
digambarkan sebagai sesuatu projek yang menggunakan sepenuhnya ledakan teknologi media dengan
mengambil berat terhadap unsur budaya, politik dan ketinggian estetik. Istilah seperti “Digital art”,
“Computer art”, “Multimedia Art” dan “Interactive art” adalah kategori lama yang juga merujuk kepada
seni media baru ini. Tribe & Jana menempatkan seni Media Baru sebagai berasaskan daripada dua
kategori utama iaitu ‘Seni dan Teknologi’ dan ‘Seni Media’.

3. METHODOLOGY

Penyelidikan ini menggunakan kedua-dua pendekatan Kualitatif dan Kuantitatif menerusi rekabentuk
Analisa Kandungan (Content Analysis). Bagi memastikan penyelidikan melalui kupasan karya yang
dihasilkan dapat memberi kefahaman dan kemudahan kepada pengkarya dan penghayat seni, penyelidik
telah menganalisa karya–karya yang dipilih dengan teliti dan mendalam berasaskan kepada aspek-aspek
‘Bentuk’ dan ‘Makna’. Perkara ini dibincangkan dengan merangkumi aspek yang barkaitan tema/idea,
pengolahan bahan dan teknik setiap karya yang telah memenangi hadiah utama di dalam Pertandingan
Bakat Muda Sezaman (BMS), dengan menggunakan model ‘Gabungan Organik’ (Organic Unity) oleh
Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton (2000). Semua karya pemenang utama pertandingan BMS
sebanyak 20 buah karya menjadi sampel kajian.
Kaedah Analisa Kandungan Karya Seni Halus : Secara asasnya karya seni halus terdiri daripada 3
komponen utama iaitu Bahan rujukan/subjek (Subject), Bentuk (Form) dan Makna (Content). Tradisinya,
Subjek adalah merujuk kepada manusia, benda ataupun sesuatu tema. Ianya dianggap sebagai pendorong
(motivation) untuk berkarya. Bentuk merujuk kepada penampilan sesuatu karya atau
rekaletak/susunatur/penyusunan bahan rujukan melalui pengolahan sesuatu media/bahan dan teknik.
Bentuk dapat dikatakan sebagai bahagian utama (substantiation) yang asas bagi sesuatu karya. Manakala
Makna pula merujuk kepada pernyataan mesej yang diolah oleh pengkarya untuk diterjemahkan oleh
penonton. Ianya merupakan faktor penghubung/komunikasi (communication) antara pengkarya dan
penonton (Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton, 2001).

3.1 MODEL ‘ORGAIC UITY’


Model ‘Organic Unitiy’ dikenali sebagai ‘Gabungan Organik’ membolehkan penyelidik membuat
penyelidikan dengan lebih terperinci dan teratur yang telah dapat dijalankan dengan cara yang lebih
sistematik. Ini bukan sahaja memudahkan penyelidik malahan ianya akan memudahkan para pembaca
apabila cuba memahami sesebuah karya dan juga mentafsirkannya. Pecahan tersebut adalah seperti
berikut:
Susunan ’Gabungan Organik’ ini akan dirangkakan dengan menggunakan pecahan yang terdiri
daripada Bentuk (Form) yang memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Bagaimana”. Subjek
(Subject) memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Mengapa”. Makna dan Gaya (Content and Style)
pula memperkatakan tentang persoalan karya iaitu ”Mengapa”.

Paper number: 5590841


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

BENTUK
persoalan “bagaimana”

pers

“ke AN
a”
oala
SUB “meng

nap
lan NG
n

soa U
JEK apa”

per AND
K
Campuran yang menghasilkan
GABUNGAN ORGANIK
Source: (O. G. Ocvirk, R. E. Stinson, P. R. Wigg, R. O. Bone, D. L. Cayton. 2000)
Gambarajah 1: Organic Unity.

BETUK
Pengkajian mengenai bentuk adalah berlandaskan kepada rupa bentuk sesuatu karya itu dari segi
fizikalnya dan ianya terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Unsur seni dan Prinsip Seni Rupa. Kedua-
dua bahagian ini memainkan peranan yang amat penting dalam penghasilan seni yang bertenaga dan
bermakna. Bentuk merujuk kepada keseluruhan organisasi atau komposisi sesuatu karya. Penampilan
sesuatu karya adalah hasil daripada penggunaan unsur-unsur seni yang diolah dengan penggunaan prinsip-
prinsip seni.

Evulusi karya

BENTUK
Peralatan Seni dan media

Unsur Seni Rupa


Garisan
Rupa
Nilai
Jalinan
Warna

dihasilkan menurut kepada

Prinsip Seni Reka


Harmoni Kepelbagaian
merangkumi merangkumi
pengulangan-irama faktor berbeza
penutup-jalian visual uraian-berlawanan
Keseimbangan
Kadarbanding
Penegasan
Pergerakan
Ekonomi
menghasilkan
Ruang
Penghasilan

Gabungan

Source: (O. G. Ocvirk, R. E. Stinson, P. R. Wigg, R. O. Bone, D. L. Cayton. 2000)


Gambarajah 2: Unsur Seni Rupa dan Prinsip Seni Reka

Bagi memastikan pengkajian yang membawa kepada penghasilan bentuk penghuraian ini haruslah
merujuk kepada beberapa aturan yang telah di sampaikan seperti dalam gambarajah 2 di atas dan dengan

Paper number: 5590841


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

penerangan-penerangan seperti Unsur Seni Rupa yang dibahagikan kepada beberapa bahagian iaitu
Garisan (Line), Rupa (Shape), Nilai (Value), Jalinan (Texture) dan Warna (Color). Manakala Prinsip Seni
Reka pula terdiri daripada dua bahagian utama iaitu Harmoni (Harmony) dan juga Kepelbagaian (Variety)

USUR SEI RUPA


Garisan: Merupakan bahagian yang bergerak menggunakan bahantara, peralatan atau media yang
bergerak merentangi atau mengisi sesebuah ruang. Dan pada kebiasaannya satu garisan yang dapat dilihat
secara kasar oleh kerana keadaan sekelilingnya atau disekitarnya. Garisan secara teori bermaksud suatu
siri titik yang berterusan.
Rupa: Rupa terhasil daripada garisan yang bercantum. Ruang kosong dalam lingkungan garisan itu
dipanggil Rupa. Rupa dapat menjelaskan lagi imej yang terkandung dalam komponen subjek yang dipilih
atau dirujuk oleh artis berbanding garisan. Ianya terjadi apabila ada kehadiran sesuatu kawasan atau pun
keadaan yang membentuk kepada kehadiran bentuk atau dengan kehadiran sempadan yang diwujudkan
oleh pengkarya dengan berbagai-bagai cara sama ada melalui kehadiran warna, nilai dan juga corak.
ilai: Nilai boleh dibahagikan kepada tiga peringkat penilaian. Pertama, nilai dalam seni rupa adalah
berdasarkan kepada penggunaan terang dan gelap pada sesuatu objek atau lain-lain unsur seni dengan
merujuk kepada nilai ’Achromatic’ yang terdiri daripada putih, hitam dan kelabu. Peratus hubungan antara
kehadiran cahaya dan bayang ataupun kegelapan di dalam sesebuah bentuk atau objek. Kedua, kadar
terang dan gelap dirujuk kepada skala nilai di mana ’high-Key’ merujuk kepada skala semakin terang
manakala ’low-key’ merujuk kepada skala semakin gelap.
Jalinan: Boleh dikatakan bahawa jalinan ini boleh terbentuk dengan berbagai cara sama ada dengan
secara semula jadi ataupun kemahiran seseorang pengkarya dalam mewujudkan kehadiran jalinan melalui
kemahirannya dalam pengunaan asas seni. Jalinan boleh difahami sebagai kesan sesuatu permukaan
seperti kasar, halus, lembut, keras dan sebagainya.
Warna: Satu tindak balas visual yang membawa aliran gelombang cahaya dan memberi makna
kepada kehadiran warna yang dikenali sebagai warna-warna asas seperti merah, hijau, biru dan
sebagainya. Ini membawa kepada kehadiran secara fizikal bagi pembentukan ‘Hue’ secara amnya dikenali
sebagai warna. ‘Intensity’ pula merupakan kekuatan atau kekukuhan warna dan ‘Value’ ialah nilai
sesebuah warna yang terhasil.

PRISIP SEI REKA


Ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian utama iaitu Harmoni (Harmony) dan juga Kepelbagaian
(Variety) di mana bila ianya di pecahkan lagi dengan lebih teliti ianya akan membawa kepada beberapa
corak pemahaman. Menurut Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton, (2001), prinsip-prinsip seni reka atau
organisasi terdiri daripada lima prinsip iaitu Imbangan (Balance), Kadarbanding (Proportion), Penegasan
(Dominance), Pergerakan (Movement) dan Ekonomi (Economy).
Harmoni: dapat dianggap sebagai faktor penyatupaduan pelbagai bahagian sesuatu karya. Ia
mewujudkan keseragaman dalam mengorganisasikan unsur-unsur seni. Ia adalah antara prinsip seni yang
penting untuk mendapatkan bentuk yang sepadu.
Kepelbagaian - adalah prinsip seni yang berlawanan dengan fungsi prinsip harmoni. Ia adalah faktor
penolakan bagi perhubungan unsur seni. Kepelbagaian dapat dicipta menerusi kontra dan perincian
sesuatu bahagian yang seragam.
Imbangan - adalah faktor padanan yang menyeimbangkan sesuatu unsur seni. Penggunannya dapat
memberi kesan graviti yang stabil. Pengolahan imbangan dapat dibuat menerusi imbangan simetri
(symmetrical), imbangan putaran (radial) dan imbangan tidak simetri (asymmetrical). Imbangan simetri
berkeadaan sama antara sebelah menyebelah seperti pandangan cerminan. Manakala imbangan radial,
menekankan keseimbangan daripada bahagian tengah yang memberi kesan putaran yang sama.
Kadarbanding: melibatkan nisbah tertentu bagi satu-satu bahagian dengan bahagian yang lain dalam
pengolah unsur-unsur seni. Perbandingan satu bahagian berkaitan dengan keseluruhan bahagian dalam
sesuatu karya atau imej tertentu. Bahagian yang berkaitan ini dapat mencipta kesan keharmonian dan
keseimbangan.

Paper number: 5590841


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Penegasan: menekankan penumpuan pada satu-satu bahagian sahaja atau pengolahan unsur seni yang
sangat berbeza untuk menarik perhatian khusus dalam sesebuah karya. Ianya dapat dilakukan dengan
beberapa cara iaitu; mengasingkan atau membezakan satu bahagian dengan keseluruhan bahagiannya,
meletakkan kontra di bahagian yang sangat ketara, mewujudkan pergerakan yang terarah; menetapkan
skala yang tidak sepadan dan mencipta satu karektor yang berbeza terhadap penampilan yang sama dalam
penghasilan sesebuah karya.
Pergerakan: menjadikan mata penonton dibawa bergerak secara selesa dari satu bahagian kepada
bahagian yang lain. Pergerakan dapat diwujudkan dengan mana unsur seni tertentu yang diolah hampir
sama, diulangkan secara terarah samada secara teratur atau susunan yang melompat-lompat tetapi saling
berkaitan atau berhubungan.
Ekonomi: diciptakan daripada olahan unsur seni untuk mendapatkan kesan ringkas dan minima pada
sesebuah karya. Prinsip ekonomi tidak tertaluk kepada aturan tertentu di mana ianya lebih kepada tindakan
perasaan dalaman sipengkarya.

SUBJEK
Setiap karya yang dihasilkan oleh seseorang pengkarya seni selalunya mengutarakan berbagai-bagai
subjek bagi membolehkan sesebuah karya itu terbentuk. Melalui subjek atau isu-isu inilah pengkarya telah
dapat memastikan apa yang cuba diutarakan di dalam karyanya agar dapat disampaikan kepada peghayat
seni dan masyarakat umum. Subjek atau isu yang terhasil apabaila berlaku sesuatu peristiwa atau perkara
ke atas seseorang pengkarya. Pengkarya akan memperolehi subjek atau isu yang ingin diutarakan olehnya
samada melalui pengamatan sendiri ataupun terhadap masyarakat.

MAKA DA GAYA


Apabila seseorang pengkarya itu berkarya beliau akan memikirkan berbagai-bagai perkara dan isu
untuk dibawa didalam karya mereka. Oleh kerana itu dengan adanya panduan berkaitan degan makna dan
gaya maka pengkarya akan dapat menghasilkan kaya yang boleh berkomunikasi atau menyalurkan emosi
kepada penghayat seni atau penonton sesebuah karya. Maksud dan tema tersebut bolehlah dibahagikan
kepada dua bahagian iaitu yang ’bersangkutan’ (Interaktive) dan yang ’berkaitan’ (Interrelated). Namun
sebelum itu penghayat seni atau penonton haruslah memahami maksud makna dan gaya di dalam
pencarian maksud di dalam seni.
Makna: selain daripada merujuk kepada emosi atau mesej intelek atau ekspresi pengkarya. Ia boleh
juga dirujuk sebagai pengalaman personal seseorang pengkarya yang kerapkali sukar diterjemahkan oleh
penonton kecualilah jika penonton tersebut mempunyai pengalaman yang sama dengan pengkarya.
Gaya: merangkumi kepada watak atau cara yang dibawa oleh seseorang pengkarya seni di dalam
karyanya. Ia bolehlah dikatakan sebagai satu cabang kepada pendekatan seseorang pengkarya
menghasilkan karya dengan berlandaskan kepada maklumat yang ’Bersangkutan’ (Interaktive).

3.2 TEKIK PEGKAJIA


Pengkajian pada keseluruhannya akan berorentasikan kepada pemahaman yang dibawa oleh
penemuan-penemuan di atas dan ianya dapat dilihat melalui gerak kerja yang dijalankan dengan
mengunakan pecahan-pecahan peta minda seperti rajah 3. Berpandukan kepada peta minda ini penyelidik
akan membuat pembahagian cara penulisan terhadap karya-karya yang terpilih berasaskan kepada
’Pecahan Organik’. Ianya dimulakan dengan pencarian terhadap Bentuk, Subjek dan akhir sekali Makna
dan Gaya. Bentuk akan dihuraikan dengan terperinci melalui pencarian yang berkaitan dengan ’Asas Seni’
(Element of Art) dan ’Susunan Utama Seni’ (Principal of Art). Subjek dan Isu pula akan dihuraikan degan
berpandukan kepada tiga perkara asas yang selalu diguna pakai oleh pengkarya iaitu ’Individu’ (A
Person), ’Perkara’ (A Thing) dan ’Ilham’ (An Idea). Manakala ’Makna dan Gaya’ (Content and Style)
akan dihuraikan berpandukan kepada yang ’Bersangkutan’ (Interactive) dan ’Berkaitan’ (Interrelated).

Paper number: 5590841


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Source: (Azian Haji Tahir , 2007)


Gambarajah 3: Pecahan penyelidikan mengunakan Gabungan Organik yang disusun
dalam bentuk ‘Mind Map’

4. KESIMPULA

Berdasarkan teori dan model yang digunakan, penyelidikan ini telah dapat menjawab persoalan dan
andaian kajian dan melaluinya dapat membawa kepada penemuan berkaitan 20 buah karya yang dikaji
dari 1974-2004. Keseluruhan kajian yang dibuat terhadap karya-karya pemenang utama BMS, mempunyai
keistemewaan masing-masing yang merangkumi pengisian, teknik dan bahan yang digunakan. Pengisian
terhadap setiap persoalan yang diutarakankan oleh pihak penganjur berdasarkan tema dapat disampaikan
dalam bentuk visual dengan baik walau pun cara penyampaian gaya, bahan dan teknik adalah berbeza
yang mengikut kreativiti dan inovasi pengkarya itu sendiri. Tiada keterbatasan dalam pengolahan karya
dalam menyampaikan makna menerusi tema semasa yang telah dihuraikan melalui pengisian unsur seni
rupa dan prinsip seni reka menerusi ilustrasi visual.
Penetapan tema pertandingan dan jika dirujuk secara menyeluruh sememangnya tema yang diberi
adalah merujuk kepada keadaan semasa dunia atau tempatan ketika itu. Melalui penyelidikan ini dapat
dilihat bagaimana secara keseluruhaannya penghasilan karya sememangnya dihasilkan mengikut
perkembangan semasa. Contohnya pada karya yang dihasilkan oleh Ponirin Amin bertajuk ‘Alabi Catur
di Pulau Bidong’ (1981). Merupakan sebuah karya yang begitu bersimpati terhadap nasib-nasib yang
menimpa pelarian perang Vietnam di negara ini. Dengan huraian maksud yang memberi gambaran
bahawa mangsa keadaan ketika itu bukan sahaja terhadap mangsa peperangan tersebut malahan, penduduk
tempatan serta kerajaan Malaysia juga terpaksa menanggung beban. Contoh lain bagi pertandingan tahun
1989 adalah berasaskan kepada tahun keamanan antarabangsa iaitu tema diberi ialah ‘keamanan’ di mana
Mastura Abdul Rahman dengan karyanya yang bertajuk ‘Harmonius Interior’ telah berjaya menghuraikan
dengan gaya dan corak persembahan yang dipilih sendiri.
Sebanyak 50% dari karya yang memenangi pertandingan ini adalah dari kategori karya instalasi. Gaya
ini dimulakan dari karya Lee Kian Seng (1975) bertajuk “Permainan Poker” sehingga kepada karya
Hazrul Mazran Rusli (2000) yang bertajuk “M.O.U: Takkan Melayu Hilang Di Dunia”. Karya-karya
tersebut telah dapat dihasilkan dengan jayanya. Ini adalah kerana pengkarya mengharapkan penggunaan
karya berbentuk instalasi dapat memberi satu aktiviti yang berkonsepkan ekspresi individu terhadap
keseluruhan atau kesatuan antara bentuk dan makna bagi karya seni tersebut. Sebanyak 10 karya daripada
20 pemenang yang mempersembahkan karya dengan pendekatan instalasi di dalam pertandingan ini telah
dapat menghubungkan perasaan dan pengetahuan yang berbeza kepada penonton atau penghayat seni. Ia
Paper number: 5590841
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

tidak hanya memerlukan mereka menghayati seni melalui minda dan pandangan semata-mata. Oleh
kerana itulah kebanyakkan pengkarya memilih untuk menggunakan pendekatan instalasi untuk
mempersembahkan karya mereka.
Pengkarya yang memenangi pertandingan BMS ini selain daripada berbakat mereka jelas mempunyai
latar belakang pengajian tinggi, sama ada awam ataupun swasta. Ini terbukti apabila mengimbau kembali
kepada pemenang-pemenang pertandingan ini mereka sememangnya telah mengharungi pendidikan
formal tentang seni visual. Dapat dijelaskan bagaimana mereka mendominasi keseluruhan pertandingan
yang telah mencapai usia melebihi tiga dekat ini. Pendidikan formal sememangnya penting kerana melalui
pendidikan pengkarya telah berjaya menghasilkan karya yang baik dan kemas, berilmu dan mempunyai
intipati yang penting berlandaskan kepada tema yang diberi. Pusat pengajian tinggi telah berjaya menerap
dan mengeluarkan pengkarya yang berkualiti dan berbakat.
Pengkarya dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) yang dulunya dikenali sebagai Institut Teknolgi
MARA (ITM), sememangnya telah memonopoli majoriti hadiah utama di dalam pertandingan Bakat
Muda Sezaman ini. Seramai 14 pemenang daripada 20 pengkarya yang memenangi hadiah utama
pertandingan ini adalah bekas graduan kelahiran UiTM. Malahan Zulkifli Yusuf telah memenangi hadiah
yang serupa sebanyak dua kali iaitu pada BMS 1988 dan BMS 1989. Sesungguhnya dominasi ini
merupakan satu kejayaan bagi pengkarya itu sendiri dan juga bagi institusi pengajian tinggi tersebut.
Bakat Muda Sezaman menyusur peredaran zaman dan tempat dari sebuah banggunan lama iaitu bekas
sebuah hotel kepada sebuah banggunan moden yang lengkap dengan segala kemudahan dalam pengurusan
dan aktiviti hasilan seni visual. Ia telah memberi jalan kepada bakat-bakat muda untuk menapak di dalam
negara hingga ke luar negara. Dengan kejayaan begini tidak dapat diperkatakan lagi bahawa begitu besar
penghargaan yang diberi oleh pertandingan BMS kepada pemenangnya dan ianya akan berterusan
menjalankan tugasnya untuk menghasilkkan lebih banyak pengkarya-pengkarya muda yang berbakat
untuk negara.

REFERECES

Beazley, M. (2003). The Elements of Design. London: Octopus Publishing.


Benjamin, A.(1993). Installation Art in Art and Design Magazine, Profile No.30.UK:Academy Group Ltd.
Brian, C.(2002) Drawing from Observation: an Introduction to Perceptual Drawing. Ohio: McGraw-Hill.
David, B. (1995) Modern Art. London: Thames and Hudson.
Gillian, R. (2001). Visual Methodologies. London : Sage Publications.
Hobbs, J.A. (1975) Art in Context. 3rd ed. New York: Harcourt Brace Jovanovich inc.
Lois Fichner-Rathus (2001). Understanding Art. 6th ed. USA: Harcourt Inc.
Oliveira, N.D., Oxley, N. & Petry, M. (1994). Installation Art. London: Thames and Hudson.
Ocvirk, Stinson, Wigg, Bone & Cayton. (2000) Art Fundamentals. USA: McGraw-Hill Companies.
Preble Duane & Sarah. (2004). Art Forms 7th Ed. USA: Prentice Hall.
Ragans, R. (1995). Art Talk. 2nd ed. Ohio: Macmillan/McGraw-Hill.
Redza Piyadasa. ( 1995). Ismail Zain – Retrospective Exhibition 1964-1991, KL:Balai Seni Lukis Negara.
Robertson, J. & McDaniel, C. (2005). Themes of Contemporary Art. New York: Oxford University Press.
Rush, M. (1999). ew Media in Late 20th–Century Art. London:Thames & Hudson.
Sulaiman Esa (1974). Katalog Pameran Pelukis Muda Sezaman 1974. KL: Balai Seni Lukis Negara.
Terry Barrett. (1994). Criticizing Art: Understanding the Contemporary. California: Mayfield Publishing.
Tribe, M. & Jana, R. (2006). ew Media Art. USA: Taschen.
The Encyclopedia of Malaysia.(2007). Crafts and The Visual Arts. KL : Didier Millet.
Zakaria Ali (1989). Seni dan Seniman. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
(1999). Imbasan Bakat Muda Sezaman. Kuala Lumpur: Balai Seni Lukis Negara
(2000). Bakat Muda Sezaman 2000. Kuala Lumpur : Balai Seni Lukis Negara.
(2002). Bakat Muda Sezaman 2002. Kuala Lumpur : Balai Seni Lukis Negara.
(2004). Bakat Muda Sezaman 2004. Kuala Lumpur : Balai Seni Lukis Negara.

Paper number: 5590841

You might also like