You are on page 1of 8

C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009

C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

REKABETUK PERLADSKAPA RUMAH ORAG MELAYU


KOTEMPORARI DI DESA WAWASA
ur Huzeima Mohd Hussain1 and Suriati Ahmad2

1
Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA Perak, MALAYSIA
2
Faculty of Architecture, Planning & Surveying, Universiti Teknologi MARA Perak, MALAYSIA
huzeihusin@yahoo.com, nurhu154@perak.uitm.edu.my

ABSTRACT

Agenda perlandskapan dalam konteks global pada masa kini semakin mendominasi keperluan dan
kepentingan sesebuah persekitaran. Landskap kini bukan sahaja berperanan sebagai agen semulajadi
yang sentiasa berkemandirian malahan turut menjadi nilai tambah dalam kualiti estetik pembangunan
alam dan manusia. Namun sejauh mana pengaruh tersebut memberi impak ke atas cara hidup serta
mentaliti masyarakat khususnya masyarakat Melayu di desa adalah masih samar. Justeru, dalam
mengupas dilema identiti masyarakat Melayu kontemporari ini, suatu kajian dijalankan dalam
membantu mengenalpasti keperluan serta kecenderungan sesebuah masyarakat terhadap peradaban
serta cara hidup semasa. Komponen yang paling hampir menerima sebarang perubahan akibat
pengaruh semasa ini dirasakan bermula pada persekitaran masyarakat itu sendiri. Atas alasan inilah,
perlandskapan rumah dijadikan wacana dalam mengukur keperibadian serta kecenderungan masyarakat
dan seterusnya membantu merencana sesebuah imej atau identiti yang dapat mencerminkan sesebuah
bangsa atau masyarakat. Desa Wawasan iaitu sesebuah kampung yang mengamalkan Gerakan Daya
Wawasan (GDW) dipilih secara khusus bagi melihat impak keberkesanan penyelenggaraan dan
perancangan sesebuah masyarakat yang bersistematik ke atas persekitaran. Antara lain, kajian
Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa Wawasan ini dijalankan
dengan menggunakan pendekatan secara kualitatif. Maklumat kajian dikumpul berdasarkan sumber-
sumber sekunder, kajian tapak seperti pemerhatian, soal-selidik serta temuramah dengan para
responden yang dijadikan sampel kajian. Di samping itu, penemuan kajian ini telah mengenalpasti ciri-
ciri taburan rekabentuk serta penggunaan elemen-elemen tipikal dalam sesebuah persekitaran kediaman
di Desa Wawasan yang lebih sistematik dan komprehensif. Natijahnya, keberkesanan konsep GDW
dapat dikaji untuk dipertimbangkan sebagai modul dan lantas diketengahkan sebagai salah satu
sentimen pembentukan imej atau identiti perlandskapan Melayu kontemporari.

Kata Kunci: rekabentuk landskap, perlandskapan, orang melayu, desa wawasan, kontemporari

1. PEGEALA

Kepentingan landskap pada masa kini bukan lagi dianggap sebagai memenuhi kehendak manusia malahan
sudah menular sebagai suatu keperluan dalam kehidupan. Rekabentuk landskap pada masa kini bukan
sahaja menjadi nilai tambah terhadap kuasa pembeli, tetapi juga merupakan suatu tawaran nilaian promosi
yang acapkali menjadi hebahan. Namun, sejauh mana permintaan rekebentuk tersebut merangsang
pemikiran dan citarasa masayarakat setempat? Apakah masih sinonim taburan laman tradisi dalam pola
perlanskapan kontemporari ini? Bagaimana pula budaya dan peradaban mendatangkan impak dalam
kehidupan masyarakat Melayu semasa? Perubahan modenisasi dan urbanisasi kini semakin rancak
mengorak langkah. Pelbagai garapan dan unsur-unsur baru menjadi wacana Melayu kontemporari.
Masyarakat seolah-olah dijajah kembali. Adakah pemikiran atau mentaliti masyarakat turut teranjak?
Seterusnya bagaimana dapat dipastikan kesan pengaruh yang kian berkembang dari semasa ke semasa ini.

Paper number: 5344616


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Justeru, pendekatan permasalahan yang sinonim terhadap landskap kontemporari dalam masyarakat
tempatan diketengahkan dalam melihat keberkesanan aprisiasi pembangunan dalam kehidupan masyarakat
luar bandar khasnya dan rakyat Malaysia, amnya. Kajian ini memilih Desa Wawasan sebagai medium
penunjuk pretasi rekabentuk perlandskapan di rumah orang melayu kontemporari. Sama ada keperluan
semasa dengan peradaban tradisi masih kekal seiring ataupun sebaliknya. Kupasan persoalan seterusnya,
akan menjurus kepada kelompok masyarakat di Desa Wawasan ini di mana Gerakan Desa Wawasan
merupakan satu Falsafah dan Strategi Pembangunan Luar Bandar Ke Arah Tahun 2020 Kementerian
Pembangunan Luar Bandar (KPLB) yang menjadi teras Transformasi Kedua Pembangunan Luar Bandar
supaya masyarakat luar Bandar. Gerakan Desa Wawasan adalah usaha yang tersusun yang dibuat secara
berterusan untuk menukar sikap penduduk desa dan budaya pertanian tradisional kepada amalan nilai
hidup pertanian komersial serta perindustrian. Ke arah mencapai matlamat tersebut, strategi pembangunan
luar bandar yang lebih tertumpu kepada sektor pertanian, penyediaan infrastruktur dan kemudahan asas
(seperti pembinaan jalan kampung, bekalan letrik, air, balai raya, masjid dan sebagainya) yang
dilaksanakan sejak negara mencapai kemerdekaan perlu diubah, sesuai dengan keadaan dan persekitaran
yang telah berubah dalam usaha untuk mencapai aspirasi negara Wawasan 2020.

Antara lain kajian ‘Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di Desa
Wawasan’ turut menyentuh berkenaan isu, pengaruh serta impak rekabentuk landskap dalam sesebuah
landskap kediaman orang melayu kontemporari.

2. KAJIA BAHA BERTULIS

2.1 Pendekatan Teori


Rangka Teori dapat digunakan sebagai panduan atau rujukan dalam memudahkan pemahaman dalam
pembinaan awal konsep yang terlibat di peringkat awal kajian. Pendekatan teori yang diketengahkan
adalah berkaitan dengan pemahaman persepsi. Maka pendekatan suatu teori yang berkenaan dirasakan
dapat dijadikan panduan dalam mengukur atau mentafsir sesuatu pemahaman yang bersifat subjektif dan
universal.

Rangka Teori yang dirasakan sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian ini menyentuh tentang ringkasan
projek Zube et.al (1982) yang meneruskan kerja-kerja pengkajian dalam psikologi persekitaran oleh W.H
Ittelson yang membina suatu rangka teori persepsi landskap yang praktikal dan rasional. Beberapa
perkara yang perlu diambil kira untuk digunakan di dalam kajian landskap secara amnya menyentuh
tentang saling kaitan interaksi antara manusia dan landskap. Hal ini akan menyentuh tentang keperluan
dan kehendak yang wujud dan praktikal antara kedua-dua instrument tersebut dan mengaitkannya dengan
keperluan rekabentuk perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari.

Menurut Zube et. Al (1982) analisis dari kandungan kajian bahan bertulis memperlihatkan empat
paradigma atau model dalam penyelidikan ini iaitu pakar, psikofizikal, kognitif dan pengalaman. Dalam
membangunkan satu rangka teori untuk persepsi terhadap landskap, beberapa isu perlu difahami dalam
pencarian teori yang bernilai konseptual dan praktikal. Ini termasuklah:
i) Bagaimana nilai dan perangai manusia berinteraksi dengan landskap
ii) Maksud interaksi-interaksi tersebut kepada individu
iii) Bagaimana hasil atau akibat dari interaksi-interaksi tersebut mempengaruhi landskap dan
individu-individu

Antara lain, teori daripada Zube et al. (1982) ini turut menyentuh tentang kesimpulan yang digariskan oleh
Ittelson tentang persepsi. Pertama, persepsi bebas dari kawalan rangsangan secara langsung. Kedua,
persepsi tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dikenalpasti daripada lain-lain aspek psikologi dan ketiga,
persepsi juga sesuai dan tepat kepada konteks persekitaran yang ianya dicetuskan.

Paper number: 5344616


C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

2.2 Persekitaran Rumah Tradisional Melayu


Konsep seni bina ruang dalaman rumah tradisional Melayu adalah bertoleransi dengan ruang luaran atau
halaman rumah tradisional Melayu. Perlandskapan di persekitaran rumahnya menggambarkan
kesederhanaan di dalam kehidupan masyarakat Melayu tradisional berasaskan kepada kepercayaan dan
falsafah mereka. Oleh itu, perlandskapan persekitaran rumah tradisional Melayu mempunyai hubungkait
dengan aktiviti-aktiviti di dalam rumah. Pada asasnya, semua elemennya mempunyai kepentingan dan
fungsi, selain daripada cara kehidupan dan pantang larang yang memainkan peranan di dalam perletakan
elemen-elemen landskap di persekitaran rumah tradisional masyarakat Melayu. Secara amnya,
perlandskapan masyarakat Melayu tradisional adalah untuk mencapai keharmonian dengan alam sekitar.
2.2.1 Ruang Halaman Depan
Ruang halaman depan terletak dibahagian hadapan rumah adalah ruang yang luas dan mempunyai unsur-
unsur estetika. Di ruang halaman depan, kanak-kanak boleh bermain dengan gembira dan selesa. Ruang
ini, bebas daripada laluan kenderaan dan hanya dibenarkan pejalan kaki (penduduk kampung) sebagai
laluan. Ruang halaman depan juga sering dijadikan ruang untuk meraikan tetamu ketika upacara kenduri
kendara seperti berkahwin, bersunat, khatam Quran dan lain-lain lagi. Ianya adalah ruang yang
menggambarkan suasana kegembiraan dan nilai-nilai menjemput.
2.2.2 Ruang Halaman Tepi
Ruang tepi terletak di kiri dan kanan rumah tradisional Melayu. Ruang ini berfungsi sebagai ruang laluan
yang menghubungkan halaman depan dan halaman belakang. Bergantung kepada saiz keseluruhan tanah
tuan rumah, ruang halaman tepi ini juga menjadi kawasan permainan bagi kanak-kanak.
2.2.3 Ruang Halaman Belakang
Ruang halaman belakang rumah tradisional Melayu adalah ruang yang menyambung aktiviti ruang dapur
rumah tradisional Melayu seperti mandi, membasuh dan memasak. Ruang ini adalah ruang aktiviti
basahan dilakukan. Kadangkala, ruang halaman belakang menjadi ruang berkumpul bagi kaum wanita
ketika kenduri-kendara dan juga aktiviti sosial yang lain.

2.4 Konsep Desa Wawasan


Gerakan Desa Wawasan ialah proses membangkitkan kesedaran dan pembangunan sikap penduduk desa
ke arah transformasi luar bandar. Gerakan ini menekankan kepada penglibatan penduduk desa itu sendiri
dalam proses perancangan program pembangunan ke arah menjadikan desa lebih maju, menarik dan
menguntungkan. Matlamat Gerakan Desa Wawasan (GDW) ini adalah mewujudkan masyarakat desa yang
berdaya tahan, berinisiatif, berdikari, berilmu dan memiliki disiplin kerja yang tinggi untuk melaksanakan
pemodenan desa. Melalui GDW ini juga perancangan dibuat untuk mempertingkatkan keupayaan
penduduk desa untuk membentuk senario desa 2020. Pelbagai program dilaksanakan dalam GDW ini
antaranya ialah Program Bina Insan dan Kesedaran, Ilham Desa, Program Keluarga Angkat dan Program
Pengindahan Persekitaran.

3. METODOLOGI KAJIA

3.1 Rekabentuk penyelidikan


Kajian penyelidikan terhadap rekabentuk perlandskapan persekitaran luaran kediaman masyarakat Melayu
di desa wawasan ini dijalankan secara kualitatif. Hal ini merujuk kepada keperluan dan keupayaan
memperoleh data dan informasi bagi keperluan kajian ini.

Kajian penyelidikan ini dijalankan bertujuan untuk melihat rekabentuk atau susun atur yang lazim dalam
sesebuah persekitaran luaran kediaman masyarakat Melayu desa kontemporari. Ia bertujuan untuk
mengetahui fenomena serta mendapatkan corak rekabentuk persekitaran luaran masyarakat Melayu yang
tipikal, dewasa ini. Antara lain, kajian kes adalah untuk mencari jawapan terhadap persoalan yang
diketengahkan dalam kajian ini. Di samping itu, pengumpulan maklumat juga dibuat berdasarkan
pembacaan dari sumber-sumber sekunder sebagai sororan kajian bertulis. Kaedah pembacaan ini penting
bagi mengelakkan sebarang pertindihan pendapat dan fakta serta persamaan dengan kajian yang
dijalankan sebelum ini.
Paper number: 5344616
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

3.2 Skop Kajian


Kajian ini menetapkan skop kajian terhadap persekitaran rumah masyarakat Melayu kontemporari di Desa
Wawasan. Selain itu, beberapa buah kampung di susur Sungai Perak yang mempunyai nilai tradisional
yang tinggi tetapi tidak ketinggalan dalam arus pemodenan dipilih bagi memberikan respon terhadap
kepelbagaian rekabentuk perlandskapan rumah masyarakat Melayu yang lazim. Antara kampung-
kampung yang terlibat termasuklah Kampung Padang Changkat dan Kampung Sayong di Kuala Kangsar
di samping Kampung Ekor di Bota. Kampung-kampung ini dipilih berdasarkan keistimewaannya sebagai
Desa Wawasan, selain bagi memenuhi persampelan bertujuan yang memberatkan kriteria kediaman yang
mempunyai landskap sebagai subjek kajian.

3.3 Pengumpulan Maklumat


Secara amnya, sebanyak 60 buah rumah kediaman masyarakat Melayu kontemporari akan dipilih di
sekitar kawasan Pulau Pinang. Pemilihan ini akan mewakili kajian terhadap penyelidikan yang dijalankan
ke atas rekabentuk perlandskapan kediaman masyarakat Melayu kontemporari. Ia bertujuan untuk melihat
corak susun atur serta rekaan terhadap penggunaan ruang luaran atau persekitaran sesebuah kediaman
masyarakat Melayu.
Kampung yang terlibat Bilangan responden
Sampel A Kampung Padang Changkat, Kuala Kangsar 20
Sampel B Kampung Sayong, Kuala Kangsar 20
Sampel C Kampung Ekor, Bota 20
Jumlah 3 buah kampung 60 set responden
Rajah 3.1 Jadual senarai sampel kajian
3.3.1 Pendekatan Kualitatif
Data kualitatif tidak dinyatakan dalam sifat perangkaan. Butir maklumat yang diperoleh menyatakan
pendapat atau pandangan seseorang terhadap sesuatu perkara. Selain itu, maklumat berdasarkan sumber
sekunder seperti bahan bertulis, cerita-cerita daripada nenek moyang serta juga gambar-gambar foto yang
berkaitan. Berikut adalah kaedah pengumpulan maklumat yang dijalankan dalam kajian ini.
3.3.1.1 Sumber data sekunder
3.3.1.2 Kaedah Tinjauan
3.3.1.3 Kaedah Temubual

4. AALISIS DA PERBICAGA KAJIA

Hasil yang diperoleh dalam kajian Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari di
Desa Wawasan ini telah membantu mendapatkan gambaran sebenar tentang pola perlandskapan rumah
masyarakat Melayu semasa. Ia turut mengenengahkan beberapa isu-isu sampingan lain yang berkaitan
dengan peranan atau fungsi sesebuah perlandskapan. Antara lain, kajian ini turut berupaya menyingkap
beberapa permasalahan yang cenderung mempengaruhi sesebuah rekabentuk perlandskapan.

4.1 Pola Rekabentuk Perlandskapan Rumah Orang Melayu Kontemporari


Hasil penyelidikan yang dijalankan ke atas beberapa kawasan kajian di sekitar Perak ini telah
memberikan suatu gambaran menyeluruh tentang unsur-unsur lazim atau bersifat tipikal yang cenderung
digunakan oleh masyarakat Melayu dalam sesebuah rekabentuk perlandskapan persekitaran halaman
rumah mereka. Unsur-unsur lazim ini seterusnya boleh dijadikan asas dalam mengenalpasti sesuatu
rekabentuk perlandskapan kediaman yang mencerminkan kediaman masyarakat Melayu pada masa kini.

Berdasarkan hasil yang diperoleh didapati bahawa masyarakat Melayu kini sungguhpun menerima
pelbagai pengaruh luar yang mencorak kehidupan pada hari ini namun, hakikatnya, masyarakat ini masih
tidak mengenepikan beberapa aspek kebudayaan yang menjadi pegangan secara tidak langsung. Aspek
kebudayaan yang dikekalkan juga bukanlah meliputi kesemua peradaban tradisi dahulu. Anasir-anasir
kepercayaan karut serta berunsurkan tahyul tidak lagi mendapat perhatian dalam masyarakat tempatan.
Malah, mentaliti masyarakat sudah semakin terbuka dan lebih memenuhi kehendak semasa.
Paper number: 5344616
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

4.2 Keperluan ruang dan aktiviti tipikal dalam perlandskapan Rumah Orang Melayu
Kontemporari
Keperluan ruang dan aktiviti dalam perlandskapan rumah orang Melayu ini adalah berdasarkan hasil
daripada kajian kecenderungan sesuatu elemen ditempatkan dalam sesebuah ruang berdasarkan sesuatu
fungsi atau aktiviti.

C1 C2 C3
C
Tanaman Ruang Pokok
Hiasan Aktiviti Sederhana

B1 B2 B3
B Ruang
Tanaman Rumah Aktiviti
Hiasan

A A1 A2 A3
Tanaman Tanaman
Pokok Palma dapur teduhan

1 2 3
Rajah 4.1 Taburan elemen-elemen lazim dalam perlandskapan rumah orang Melayu kontemporari

Penemuan kajian melalui kaedah pemerhatian mendapati bahawa taburan pola perlandskapan bagi
kediaman-kediaman sampel kajian menunjukkan beberapa kecenderungan persamaan atau similiariti yang
boleh diistilahkan sebagai ciri-ciri lazim atau tipikal.

Umunya, taburan yang diperoleh tidak dapat tidak masih lagi sinonim kepada taburan perlandskapan
tradisional. Hal ini mungkin disebabkan mentaliti serta sifat kecenderungan sesebuah bangsa yang sukar
dibuang daripada kehidupan mereka. Aspek ini secara khususnya menyentuh tentang habit masyarakat
Melayu yang sememangnya lebih mementingkan tafsiran atau persepsi masyarakat luar terhadap diri
mahupun kediaman serta landskapannya berbanding untuk mempertimbangkan kepentingan sendiri.
Situasi ini dapat dilihat pertama sekali pada perletakan halaman yang luas di bahagian hadapan rumahnya.
Kemudian halaman ini akan dihiasi pepohon menarik agar dapat menarik perhatian dan memberi
keselesaan kepada pengunjung kediamannya. Maka tanaman hiasan memainkan peranannya lebih banyak
dibahagian hadapan dan tepi rumah berbanding kawasan belakang yang terselindung. Bagi reruang dalam
rumah itu sendiri membuktikan sikap masyarakat sebegini dapat dilihat pada penggunaan anjung
dihadapan rumah sebagai penyambut tetamu dan halaman ruang tamu yang terang-terangan dikhususkan
buat para tetamu. Selain dari memperuntukkan halaman yang luas di bahagian hadapan rumah, hiasan
yang menarik sebagai daya tarikan tetamu, halaman rumah masyarakat Melayu juga lazimnya mempunyai
ruang di salah satu bahagian sisi tumah sebagai tempat berkumpul atau beraktiviti. Ruangan ini juga
sebagai kawasan sekiranya hendak melaksanakan sesuatu majlis seperti kenduri, berpersatuan dan
sebagainya.

Sementara itu, bahagian yang bersifat peribadi tidak terlalu diberi perhatian dalam masyarakat Melayu
umumnya. Hal ini dapat dilihat pada perletakan tanaman dapur dibahagian belakang rumah. Sungguhpun
tanaman berkenaan diperlukan dalam pemasakan seharian namun, ianya disimpan untuk pandangan
sendiri sahaja dalam ruang yang lazimnya lebih kecil berbanding dengan ruang halaman hiasan hadapan
rumah.

Justeru perkara peradaban, persepsi atau mentaliti yang membawa kepada sebarang tindak tanduk
masyarakat khususnya masyarakat Melayu dalam konteks hiasan lamannya dilihat memenuhi hasil
penemuan kajian ini. Perkara ini sungguhpun tidak dapat dikatakan akan benar salahnya namun hasil dari
kecenderungan yang diperoleh sudah dapat menyimpulkan sesuatu kesimpulan terhadap sebarang
Paper number: 5344616
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

tindakan yang dibuat mempunyai alasan dan sebabnya yang tersendiri. Maka alasan ini dapat memenuhi
matlamat kajian dalam mengkaji dan mengenalpasti sesuatu taburan rekabentuk perlandskapan rumah
orang Melayu kontemporari yang lazim di beberapa buah desa wawasan.

Sehubungan itu, dapatlah disimpulkan bahan hasil yang diperoleh antara lain menunjukkan bahawa
masyarakat Melayu pada masa sekarang cenderung mengamalkan budaya lazim selaku budaya yang
diamalkan secara tradisi sungguhpun menerima pelbagai pengaruh luar. Sungguhpun begitu, amalan
tersebut tidak bersifat terlalu fanatik dan khusus memandangkan kecenderungan pemilihan tanaman
hiasan sebagai elemen khusus bagi sebuah taman menunjukkan betapa masyarakat sudah teranjak akan
paradigmanya untuk menerima pembangunan serta perkembangan teknologi memandangkan pelbagai
usaha yang dilakukan adalah untuk mendapat kepuasan hasil daripada penerimaan masyarakat secara
keseluruhannya.

4.3 Elemen - elemen tipikal dalam Perlandskapan Rumah orang Melayu Kontemporari
4.3.1 Elemen landskap Lembut
Landskap lembut adalah elemen-elemen yang diistilah sebagai elemen landskap yang bersifat semulajadi.
Ia terdiri daripada kepelbagaian spesis tanaman daripada pelbagai kategori atau jenis.

Hasil kajian mendapati, elemen landskap lembut yang lazimnya mempunyai kecenderungan yang tinggi
digunakan sebagai hiasan laman bagi kediaman masyarakat Melayu kontemporari terdiri daripada
tanaman hiasan, tanaman herba / dapur, tanaman teduhan serta tanaman palma. Disamping itu, tanaman-
tanaman lain yang turut tidak diketepikan adalah seperti tanaman air, tanaman memanjat, tanaman orkid ,
tanaman exotic serta tanaman bermusim. Namun, tanaman-tanamn tersebut tidak memenuhi
kecenderungan pemilihan responden sebagai elemen perlandskapan yang lazim.

Dalam konteks tanaman hiasan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah meliputi tanaman-tanaman
yang terdiri daripada tanaman renek, semak perdu juga tanaman-tanaman exotic. Bagi kebanyakan
responden, tanaman hiasan diistilahkan sebagai tanaman yang mempunyai keistimewaan baik dari segi
warna, bau, bentuk, saiz serta bunganya. Tanaman hiasan ini juga merangkumi tanaman yang ditanam di
atas tanah, tanaman didalam pasu, tanaman gantung serta juga tanaman air.

Tanaman herba/dapur pula di kelompokkan bagi tanaman-tanaman yang mempunyai kepentingan lain
selain dari tujuan hiasan serta makanan. Tanaman ini lazimnya ditanaman berdasarkan petua-petua
golongan terdahulu seperti penanaman daun sirih, pokok dukung anak, pokok gelenggang serta lain-lain
lagi. Tanaman ini juga antara lain meliputi tanaman yang ditanam untuk tujuan memasak atau sumber
makanan seperti sayuran, buah-buahan serta ulam-ulaman yang dikenali sebagai tanaman dapur. Hal ini
demikian kerana tanaman dapur ini lazimnya ditanam berhampiran dengan pintu dapur sesebuah rumah
masyarakat Melayu.

Selain itu, tanaman teduhan pula adalah tanaman yang terdiri daripada pokok-pokok besar baik dari
kategori pokok ‘overstory trees’ mahupun dari kategori pokok sederhana ‘understory trees’ . Pokok-
pokok ini berfungsi sebagai peneduh serta membekalkan sistem akar bagi memberi sokongan kepada
sesuatu kawasan. Antara lain, pokok-pokok besar ini lazimnya merupakan pokok buah-buahan seperti
pokok durian, pokok rambutan, pokok mangga, selain beringin, ketapang, serta hujan-hujan turut
berkecenderungan tinggi ditanam oleh masyarakat Melayu. Mereka seterusnya akan merekabentuk
kawasan rehat seperti bangku, pangkin, buaian dan khemah rehat sebagai tempat rehat serta semasa
menjalankan aktiviti berkumpulan dan sebagainya.

Tanaman palma sememangnya sudah sinonim terhadap kehidupan masyarakat kampung ini. Tanaman
palma adalah spesis tanaman yang paling mudah duklasifikasikan mengikut kumpulan palmae. Adat
masyarakat dahulu mencerminkan kelapa sebagai penanda kawasan selain sebagai penanda bagi setiap
kelahiran dimana setiap bayi yang baru dilahirkan akan ditanam dengan sebatang pohon kelapa.
Paper number: 5344616
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

Sementara itu kegunaan palma lain seperti pinang makan yang digunakan dalam adat memakan sirih juga
membuktikan bahawa pokok palma ini berperanan dalam masyarakat Melayu sejak berzaman dahulu.
Justeru, tanaman ini lebih mudah diadaptasikan dalam sesuatu rekabentuk perlandskapan masyarakat
Melayu.

4.3.2 Elemen landskap Kejur


Dalam konteks sesebuah perlandskapan, landskap kejur adalah senitaman yang terdiri daripada hasiln
rekaan buatan manusia. Ia adalah rekabentuk sesuatu elemen tambahan yang menjadi pelengkap dalam
sesebuah rekaan senitaman.

Hasil pemerhatian di tapak kajian, didapati bahawa, masyarakat semasa cenderung menggunakan
pendekatan landskap kejur ini sebagai daya penarik terhadap landskap mereka. Antara elemen landskap
kejur yang lazim digunakan dalam perlandskapan rumah masyarakat Melayu kontemporari termasuklah
binaan wakaf sebagai tempat berkumpul, binaan pergola, pasu-pasu konkrit, kolam-kolam air, air pancut,
buaian serta bangku-bangku taman.

Pencahayaan juga memainkan peranan di dalam landskap terutama sekali untuk membekalkan cahaya
terang dipersekitaran khususnya pada waktu malam. Hal ini bukan sajhaja memberikan keselesaan
penghuni malahan dapat berwaspada daripada sebarang bahaya yang berkemungkinan. Penggunaan
lampu-lampu taman, pelita, lampu-lampu LED didapati mempunyai kecenderungan yang tinggi
digunakan oleh masyarakat semasa khususnya pada musim-musim perayaan. Tambahan pula,
penggunaan elemen ini dirasakan mampu menambahkan keistimewaan serta kecantikan sesuatu laman
persekitaran khususnya bagi kediaman masyarakat Melayu kontemporari.

5. RUMUSA KAJIA

Hasil daripada kajian yang meninjau tentang aspek identiti perlandskapan rumah masyarakat Melayu
semasa di beberapa buah kampung di desa wawasan ini mendapati bahawa budaya atau peradaban tradisi
masih tidak diketepikan dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu. Sungguhpun secara amnya,
persepsi serta mentaliti masyarakat kian dijajah, namun pada dasarnya, adat dan budaya masih lagi
menjadi kayu pengukur terhadap cara hidup sesebuah masyarakat khususnya masyarakat Melayu
kontemporari. Justeru, faktor budaya boleh dipertimbangkan dalam merencana atau merekabentuk sebuah
imej atau identiti untuk mengukur ciri perlandskapan sesebuah masyarakat.

Peranan yang dimainkan oleh desa wawasan misalnya banyak membantu dalam meningkatkan
keberkesanan sesebuah perancangan khususnya dalam konteks merekabentuk perlandskapan persekitaran.
Aktiviti dan aspirasi yang digarap oleh gerakan sedemikian dilihat lebih berkesan dan efektif
memandangkan usaha yang diterapkan mampu merangsang penglibatan sejumlah besar warga desa.
Penglibatan yang dijalankan secara menyeluruh ini bersifat lebih komprehensif dan praktikal untuk
memelihara kesinambungan dan kelangsungan habit dan peradaban yang berupaya menjadi suatu budaya
pada masa kini serta buat generasi yang mendatang.

Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa, hasil kajian yang diperoleh menunjukkan
kecenderungan masyarakat semakin memperakui dan menerima aktiviti perlandskapan sebagai suatu
pelengkap atau keperluan bagi sesebuah persekitaran baik dari sekecil-kecil skop seperti tapak rumah
mahupun meliputi segenap kawasan dalam sesebuah Bandar misalnya. Landskap yang kian berkembang
ini sungguhpun masih baru dan samar dalam penentuan identiti sendiri namun, faktor-faktor
kecenderungan budaya, perancangan GDW serta habit dapat dipertimbangkan dalam melaksanakan
sebuah kajian bagi membentuk atau mencorakkan sesebuah identiti bangsa khususnya dalam konteks
perlandskapan kontemporari atau semasa ini. Antara lain, pendekatan kontemporari yang digunakan
adalah sebagai wadah dalam megeneralisasikan perkembangan antara dua zaman yang berbeza baik secara
tradisi mahupun untuk kemajuan interaktif pada masa hadapan. Justeru, kajian yang bersifat kontemporari
Paper number: 5344616
C S S R 0 8’ 0 9 14 - 15 March 2009
C O N F E R E N C E ON S C I E N T I F I C & S O C I A L R E S E A R C H

atau semasa ini turut berupaya mengenengahkan unsur-unsur dari tradisi yang dirasakan ‘evergreen’ atau
mampu memenuhi perkembangan sepanjang zaman untuk diperkenalkan pada masa hadapan atau
sekurang-kurangnya tidak diketepikan memandangkan yang tradisi merupakan cerminan yang menjadikan
bangsa hari ini berkembang dan berjaya sehingga hari ini.

PEGHARGAA

Berbanyak-banyak doa dan kesyukuran dipanjatkan ka hadrat Ilahi, kerana dengan limpahan rahmat yang
dikurniakan, akhirnya penghasilan kajian ini terlaksana dengan jayanya. Alhamdulillah.

Setinggi-tinggi perhargaan ingin saya rakamkan buat kesemua pihak-pihak yang terlibat, baik secara
langsung mahupun tidak langsung di sepanjang proses penghasilan kajian ini. Terima kasih yang tidak
terhingga juga ingin saya sampaikan kepada pihak-pihak yang terlibat, khususnya pihak pentadbir
kawasan kajian serta para responden yang banyak membantu melicinkan proses pengumpulan maklumat.
Segala maklumat dan kerjasama yang telah diperoleh daripada kesemua pihak yang terlibat akan saya
kenang sentiasa. Ucapan penghargan ini juga ditujukan khas buat suami, keluarga dan rakan-rakan yang
sentiasa memberi sokongan dan dorongan serta terus memahami dalam menjalani jerih payah kehidupan.
Akhir kata, semoga kita sama-sama terus mendapat keredhaan dari yang Maha Esa dan terus berjaya
mengecap kebahagian hidup di dunia dan akhirat, Insyaallah.

SEARAI RUJUKA

Abdul Halim Nasir & Wan Hashim Wan Teh. (1997) Warisan Senibina Melayu. Bangi: Penerbit
Universiti Kebangsaan Malaysia.
Abdul,R.E.2000..egara Pasaran dan Pemodenan Malaysia.Bangi:Penerbit Universiti Kebangsaan(UKM)
Asmad. (1990) Seni Kehidupan dan Kemasyarakatan. Kuala Lumpur: Cetaktama Sdn.Bhd.
Asnarulkhadi, A. S. dan A. Jawan. 1997. Kenegaraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra(UPM)
Dewan Bahasa dan Pustaka. (1992). Kamus Dewan. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Dr. Julaihi Wahid (2003) Globalisasi, Modernisme dan Aliran Arsitektur .usantara – Dimana kita ?;
Simposium Jelajah Arsitektur Nusantara, Brastagi, Medan, Indonesia; 11 – 14 Disember 2003.
Ervin H.Zube (1975) Landscape Assessment : Values, Perceptions, and Resources. Stroudsburg,
Pennsylvania: Dowden, Hutchingson & Ross, Inc.
Garrett Eckbo (1978) Home Landscape; The Art of Home Landscaping. United States of America:
Halliday Lithograph Corporation.
John Lecte (2001) 50 Filsuf Kontemporer, Dari strkturalisme sampai Postmodernitas. Yogyakarta,
Indonesia: Penerbit Kanisius.
Laurie. M. (1986). An Introduction to Landcsape Architecture. New York : Elsevier Science
Publishing Co. Inc.
Lim Jee Yuan (1997) The Malay House : Rediscovering Malaysia’s Indigenous Shelter System.
Institut Masyarakat, Malaysia.
McHarg, Ian L. (1967). Design With .ature. New York: John Wiley & Sons, Inc.
Mohd Koharuddin, M.B. 2005. Pembangunan Luar Bandar di Malaysia: Gerakan Desa Wawasan (GWD)
sebagai Mekanisme Pembangunan Masyarakat Luar Bandar. Universiti Teknologi Malaysia.
Mohd Taib Osman & Wan Kadir Yusoff (1983). Kajian Budaya dan Masyarakat di Malaysia. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhammad Afandi Yahya. (1995) Simbolisme dalam Senibina Rumah Melayu. Kuala Lumpur: DBP.
Norman K. Booth, ASLA (1991) Residential Landscape Architecture : Design Process for The Private
Residence. New Jersey: Pearson Education Inc.
Simon Bell (1993) Elements of Visual Design in the Landscape. London: E& FN Spon, An Imprint of
Chapman & Hall.
Syed Husin Ali.(1979)Orang Melayu:Masalah&Masa depannya. K.Lumpur: Penerbitan Adabi Sdn. Bhd.

Paper number: 5344616

You might also like