You are on page 1of 13

Pengenalan

Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul. Kajian demi

kajian telah dilakukan dan sehingga hari ini masih lagi terdapat penemuan baru dalam

tamadun islam yang masih belum disingkap oleh masyarakat moden. Sumbangannya

tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang bertamadun dan maju.

Dalam kerja khusus ini, kami akan membincangkan sumbangan intelektual islam

dalam bidang sains dan matematik iaitu dalam skop perubatan, astronomi, fizik dan

biologi.

Definisi Intelektual

Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar. Hasil

daya berfikir dan akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan pelbagai ilmu dan

teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun. Bidang ilmu

yang diterokai para intelektual merangkumi ilmu sains tulen dan sains social termasuk

ilmu-ilmu agama dan bukan agama. Dalam tamadun islam terdapat ramai tokoh-tokoh

intelektual yang menyumbang kepada perkembangan tamadun islam. Antaranya ialah Ibn

Sina, Ibn Khaldun, Ibn Rusyd, Al- Biruni, Al-Razi, Al- khawarizmi dan ramai lagi.
Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains

1. Perubatan

Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di puncak

kegemilangannya pada zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini berasal daripada

tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat Islam akhirnya telah muncul sebagai tokoh-tokoh

ilmu perubatan yang disegani dunia. Mereka bukan sahaja menguasai ilmu perubatan,

malah telah menyumbang sesuatu kepada bidang tersebut. Antara pakar perubatan Islam

yang terulung ialah:

i. Ibnu Masiwaihi (meninggal 243 Hijrah) beliau telah banyak menghasilkan

kitab perubatan.

ii. Ibnu As-Sahal (meninggal 255 Hijrah). Beliau menjadi pengarah rumah

sakit Jundisyapur.

iii. Ar-Razi (meninggal 320 Hijrah). Beliau merupakan tokoh doctor Islam

yang terunggul sehingga dilantik menjadi ketua doctor-doktor di Baghdad.

iv. Ali bin Abas (meninggal 428 Hijrah). Beliau dilantik menjadi doctor

peribadi Khalifah Daulah Al-Buwaihiah.

v. Ibnu Sina (meninggal 428 Hijrah). Beliau lebih dikenali sebagai ahli

falsafah. Namun demikian beliau juga merupakan seorang doctor yang

terkenal.
2. Farmasi Dan Kimia

Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani Abasyiah.

Antara umat Islam yang pakar dalam bidang ini pada masa itu ialah:

i. Ibnu Baithar. Beliau telah menghasilkan tiga kitab besar iaitu Al-Mughni

(berkaitan farmasi), Jami Mufaradah Al-Adwiyah Wa Al-Aghziyah (berkaitan

permakanan) Mizan at-Tib (panduan kepada doctor.

ii. Rasyiduddin (meninggsl 634 Hijrah). Beliau telah mengarang kitab al- Adwiyah

al- mufradah (berkaitan dengan farmasi).

iii. Jubair bin Haiyan. Disamping menjadi doctor, beliau juga merupakan pakar

dalam bidang astronomi.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik

Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak kegemilangannya

pada zaman Bani Abasyiah. Pada zaman itu lahir ramai sarjana dalam kedua-dua bidang

ini. Antara mereka ialah:

i. Thabit bin Qurrah al-Hirani.(221-288 Hijrah). Beliau mengarang kitab Hisab al-

Ahillah (matematik), Kitab fi istikhraj al- handasiah (kejuruteraan) dan lainnya.

ii. Abdul Wafa Muhammad bin Muhammmad Ismail bin Abas (meninggal 328

Hijrah). Beliau mengarang banyak kitab matematik dan kejuruteraan. Antaranya

ialah Ma Yahtaj Ilaiahi al-‘Ummal wa al-Kuttab Min San‘ah al- Hisab (matematik

dan kejuruteraan).

iii. Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin Haitham.

iv. Muhammad bin Musa Al- khawarizmi


Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Astronomi

Astronomi bersumberkan tamadun Yunani, Hindi, Parsi dan Arab Jahiliah. Ia

dimanfaatkan oleh umat islam untuk kepentingan syariat Islamiah yang dikenali dengan

istilah ilmu Falak. Pada zaman Bani Abasyiah lahir ramai ulama falak. Antaranya ialah:

i. Abu Mansur al-Falaki (meninggal 272 Hijrah). Beliau telah mengarang kitab

falak. Antaranya ialah Ilhbat al-‘Ulum al-Hai’ah al-Falak.

ii. Jabir Batani (meninggal 319 Hijrah) sumbangannya yang terbesar dalam ilmu

falak ialah mencipta teropong bintang.

iii. Abu Hassan (277-352 Hijrah). Beliau dianggap sebagai pakar astronomi Islam

yang terbesar pada zaman itu.

iv. Raihan al-Bairuni (meninggal 440 Hijrah). Antara kitab falak karangannya ialah

Tarikh al-Hind, al- Qanun al- mas’udi dan Istikhraj al-Autad.


TOKOH-TOKOH INTELEKTUAL ISLAM

1. IBNU RASYD

Latarbelakang

Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad lahir di

Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198. Di barat beliau lebih

dikenali dengan nama Averroues. Keturunannya terdiri daripada golongan yang berilmu

dan ternama. Bapanya dan datuknya merupakan kadi di Kardova. Beliau pernah berguru

kepada Ibnu Zuhr. Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis

kepada Renaissance di barat. Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan

dan biologi sangat besar.

Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam

sejarah Islam. Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di

kalangan masyarakat di Eropah.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al

Taysir. Buku itu telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan

judul Faclititation of Treatment.

Selain menjalin perhubungan yang akrab dengan Ibnu Zuhr, Ibnu Rusyd juga

mempunyai hubungan yang baik dengan kerajaan Islam Muwahidin. Hubungan ini telah

membolehkan Ibnu Rusyd dilantik sebagai hakim di Sevilla pada tahun 1169. Dua tahun
kemudian, beliau dilantik menjadi hakim di Kardova. Selepas beberapa waktu menjadi

hakim, beliau dilantik sebagai doktor istana pada tahun 1182 berikutan persaraan Ibn

Tufail. Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi

bidang falsafah,, ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu

Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah

"Kulliyah fit-Thibb" yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum,

Mabadil Falsafah (Pengantar Ilmu Falsafah), Tafsir Urjuza yang membicarakan

perubatan dan tauhid, Taslul, buku mengenai ilmu kalam, Kasyful Adillah, yang

mengungkap persoalan falsafah dan agama, Tahafatul Tahafut, ulasannya terhadap buku

Imam Al-Ghazali yang berjudul Tahafatul Falaisafah, dan Muwafaqatil Hikmah Wal

Syari'a yang menyentuh persamaan antara falsafah dengan agama.

Siri karya tulisan tersebut menunjukkan betapa penguasaan Ibnu Rusyd dalam

pelbagai bidang dan cabang ilmu begitu ketara sekali sehingga usaha untuk

menterjemahkan tulisan beliau telah dilakukan ke dalam bahasa lain. Buku "Kulliyah fit-

Thibb" telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin pada tahun 1255 oleh Bonacosa, orang

Yahudi dari Padua. Kemudian buku itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan

judul General Rules of Medicine. Hasil pemikiran yang dimuatkan dalam tulisannya,

terutamanya dalam bidang falsafah, telah mempengaruhi ahli falsafah Barat.

. Dalam bidang perubatan pula, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang

kepentingan menjaga kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang

perubatan juga didapati mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa

demam campak hanya akan dialami oleh setiap orang sekali sahaja. Kehebatannya dalam
bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga merangkum

pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.

Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan bahawa beliau

merupakan tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak

perkara, pemikiran Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan

dengan ahli falsafah yang pernah hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya

2. JABIR IBN HAIYAN

Latarbelakang

Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh orang-orang

Barat. Beliau juga digelar sebagai “Bapa Ilmu Kimia Moden”. Nama penuh beliau ialah

Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari Kufah, Iraq. Beliau bukan sahaja

terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia. Pada peringkat awal

kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa zaman Khalifah

Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia. Beliau cukup

terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah

diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan

alkimia (Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia. Kajiannya dalam bidang kimia
menyebabkan beliau disanjung pada zamannya.

Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di

dunia alkimia. Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu

kimia moden. Beliau juga banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen

dan pengembangan kaedah untuk mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan. Beliau

mencurahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan

kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia. Jadi, beliau mengembangkan

ilmu kimia sebagai cabang ilmu alkimia.

Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional dengan

kajian secara moden menerusi ekperimen dan makmal. Antara sumbangannya yang

paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori peleburan logam seperti raksa,

pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan.

Disamping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti

alkali, (arab: al-qali) iaitu garam kalium untuk mebuat baja, sabun dan bahan kimia.

Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam

penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik. Penekanan Jabir dalam bidang

eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada tandingannya di dunia.

Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu

Kimia Moden" oleh rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max

Mayerhaff, disebutkan bahawa jika ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia

di Eropah maka bolehlah dijejaki secara langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.
Pengenalan

 Tamadun islam merupakan salah satu tamadun dunia yang terunggul.

 Sumbangannya tidak ternilai dalam membentuk generasi manusia yang bertamadun dan maju.

Definisi intelektual

 Intelektual bermaksud golongan cerdik pandai atau golongan terpelajar.

 Hasil daya berfikir dan akal budi yang tinggi golongan ini telah melahirkan pelbagai ilmu dan

teori yang membolehkan masyarakat hidup lebih beradab dan bertamadun.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Sains

 Perubatan

Pencapaian tamadun islam dalam bidang sains perubatan berada di puncak kegemilangannya pada

zaman Bani Abasyiah. Walaupun ilmu ini berasal daripada tamadun asing iaitu Rom, tetapi umat

Islam akhirnya telah muncul sebagai tokoh-tokoh ilmu perubatan yang disegani dunia.

 Farmasi Dan Kimia

Ilmu farmasi dan kimia juga amat berkembang pada zaman Bani Abasyiah. Antara umat Islam

yang pakar dalam bidang ini pada masa itu ialah Ibnu Baithar, Rasyiduddin dan Jubair bin

Haiyan.

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Matematik

 Ilmu matematik dan kejuruteraan juga telah mencapai puncak kegemilangannya pada zaman Bani

Abasyiah.

 Pada zaman itu lahir ramai sarjana dalam kedua-dua bidang ini.

 Antara mereka ialah Thabit bin Qurrah al-Hirani. Abdul Wafa Muhammad bin Muhammmad

Ismail bin Abas. Sinan Ali Muhammad bin Hasan bin Haitham. Muhammad bin Musa Al-

khawarizmi

Pencapaian Tamadun Islam Dalam Bidang Astronomi

 Astronomi bersumberkan tamadun Yunani, Hindi, Parsi dan Arab Jahiliah. Ia dimanfaatkan oleh

umat islam untuk kepentingan syariat Islamiah yang dikenali dengan istilah ilmu Falak.
 Pada zaman Bani Abasyiah lahir ramai ulama falak.

 Antaranya ialahAbu Mansur al-Falaki Beliau telah mengarang kitab falak. Antaranya ialah Ilhbat

al-‘Ulum al-Hai’ah al-Falak.

 Jabir Batani, sumbangannya yang terbesar dalam ilmu falak ialah mencipta teropong bintang.

 Abu Hassan (277-352 Hijrah). Beliau dianggap sebagai pakar astronomi Islam yang terbesar pada

zaman itu.

 Raihan al-Bairuni (meninggal 440 Hijrah). Antara kitab falak karangannya ialah Tarikh al-Hind,

al- Qanun al- mas’udi dan Istikhraj al-Autad.

TOKOH-TOKOH INTELEKTUAL ISLAM

1. IBNU RASYD

Latarbelakang

• Ibnu Rusyd atau nama lengkapnya Abu Walid Muhammad Ibnu Ahmad.

• Lahir di Kardova pada tahun 1126 dan meninggal dunia pada tahun 1198.

• Di barat beliau lebih dikenali dengan nama Averroues.

• Beliau lebih terkenal sebagai ahli falsafah yang pemikirannya merintis kepada Renaissance di

barat.

• Namun demikian sumbangannya dalam bidang perubatan dan biologi sangat besar.

• Beliau merupakan ahli falsafah yang paling agung pernah dilahirkan dalam sejarah Islam.

• Pengaruhnya bukan sahaja berkembang luas di dunia Islam, tetapi juga di kalangan masyarakat di

Eropah.

Sumbangannya Dalam Tamadun Islam


• Sebelum meninggal dunia, beliau telah menghasilkan bukunya yang terkenal Al Taysir. Buku itu

telah diterjemahkan ke dalam bahasa Latin dan bahasa Inggeris dengan judul Faclititation of

Treatment.

• Sumbangan beliau bukan sahaja dalam bidang perubatan tetapi juga meliputi bidang falsafah,,

ilmu kalam, falak, fiqh, muzik, kaji bintang, tatabahasa, dan nahu

• Antara karya besar yang pernah dihasilkan oleh Ibnu Rusyd termasuklah "Kulliyah fit-Thibb"

yang mengandungi 16 jilid, mengenai perubatan secara umum,

• Dalam bidang perubatan pula, Ibnu Rusyd memberi penekanan tentang kepentingan menjaga

kesihatan. Beberapa pandangan yang dikemukakan dalam bidang perubatan juga didapati

mendahului zamannya. Beliau pernah menyatakan bahawa demam campak hanya akan dialami

oleh setiap orang sekali sahaja.

• Kehebatannya dalam bidang perubatan tidak berlegar di sekitar perubatan umum, tetapi juga

merangkum pembedahan dan fungsi organ di dalam tubuh manusia.

• Keterampilan Ibnu Rusyd dalam pelbagai bidang ini, menunjukkan bahawa beliau merupakan

tokoh ilmuwan Islam yang tiada tolok bandingannya. Malahan dalam banyak perkara, pemikiran

Ibnu Rusyd jauh lebih besar dan berpengaruh jika dibandingkan dengan ahli falsafah yang pernah

hidup sebelum zamannya ataupun selepas kematiannya.

2. JABIR IBN HAIYAN

Latarbelakang

• Jabir Ibnu Haiyan (750-803 masihi), juga dikenali sebagai Geber oleh orang-orang Barat.

• Beliau juga digelar sebagai “Bapa Ilmu Kimia Moden”.

• Nama penuh beliau ialah Abu Musa Jabir Ibn Hayyan. Beliau berasal dari Kufah, Iraq.

• Beliau bukan sahaja terkenal dalam bidang perubatan tetapi juga dalam bidang kimia.

• Pada peringkat awal kerjayanya, beliau pernah berguru dengan Barmaki Vizier iaitu semasa

zaman Khalifah Abbasiah pimpinan Harun Ar-Rasyid.


Sumbangannya Dalam Tamadun Islam

• Sumbangan terbesar beliau ialah dalam lapangan ilmu kimia.

• Beliau cukup terkenal kerana hasil penulisan yang melebihi daripada seratus risalah yang telah

diabadikan sehingga kini. Terdapat sebanyak 22 risalah yang antaranya berkaitan dengan alkimia

(Al-Kimiya dari bahasa Arab) dan ilmu kimia.

• Kajiannya dalam bidang kimia menyebabkan beliau disanjung pada zamannya.

• Beliau juga telah memperkenalkan model penelitian dengan cara eksperimen di dunia alkimia.

Maknanya, beliau yang menjana momentum bagi perkembangan ilmu kimia moden. Beliau juga

banyak mengabdikan dirinya dengan melakukan eksperimen dan pengembangan kaedah untuk

mencapai kemajuan dalam bidang penyelidikan.

• Beliau mencurahkan daya upayanya pada proses pengembangan kaedah asas ilmu kimia dan

kajian terhadap pelbagai mekanisme tindak balas kimia.

• Beliau telah berjaya menggabungkan kaedah kajian secara tradisional dengan kajian secara

moden menerusi ekperimen dan makmal.

• Antara sumbangannya yang paling bermakna ialah kejayaan mencipta teori peleburan logam

seperti raksa, pengewapan, penyaringan, penghabluran dan penyulingan.

• Disamping itu, beliau telah memperkenalkan beberapa istilah kimia seperti alkali, (arab: al-qali)

iaitu garam kalium untuk mebuat baja, sabun dan bahan kimia.

• Antara beberapa kejayaannya yang lain dalam bidang kimia, salah satunya ialah dalam

penyediaan asid nitrik, hidroklorik, sitrik, dan tartarik.

• Penekanan Jabir dalam bidang eksperimen sistematik ini diketahui umum tidak ada tandingannya

di dunia.

• Oleh sebab itulah, mengapa Jabir diberi kehormatan sebagai "Bapa Ilmu Kimia Moden" oleh

rakan sejawatnya diseluruh dunia. Bahkan dalam tulisan Max Mayerhaff, disebutkan bahawa jika

ingin mencari susur galur perkembangan ilmu kimia di Eropah maka bolehlah dijejaki secara

langsung pada karya-karya Jabir Ibnu Haiyan.

You might also like