You are on page 1of 10

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

SEMANTIK DAN PRAGMATIK


BML 4103

TUGASAN INDIVIDU

SEMANTIK :
PELUASAN DAN PERUBAHAN MAKNA DARAH

MD HASRUL BIN JA’AFAR


D20061025488

KUMPULAN B

PENSYARAH : DOKTOR ABDULLAH YUSOF


Peluasan dan Perubahan Makna Darah
Oleh Md Hasrul Ja’Afar
Darah manusia kebiasaannya berwarna merah, tetapi kebiasaan ini mula bertukar setelah
kisah lagenda Mahsuri mula menular dalam kalangan masyarakat Melayu yang
mengatakan darahnya berwarna putih. Perkataan darah sebenarnya telah mengalami
evolusi seiring dengan peredaran masa iaitu secara diakronik, makna perkataan boleh
berubah secara sinkornik.

Abdul Hamid Mahmood (2004), menyatakan makna perkataan boleh berubah


mengikut perkembangan zaman dan kebudayaan serta perkembangan sains dan teknologi.
Perubahan makna merupakan fenomena yang sering kali berlaku kepada setiap bahasa di
dunia. S. Nathesan (2001), pula memberikan makna konotasi tidak tetap dan sentiasa
berubah-ubah mengikut konteks penggunaan dan sosiobudaya sesebuah masyarakat
pengguna. Menurut Abdulah Chaer (1994), kemungkinan perubahan sesebuah makna
kata disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
1. Perkembangan dalam bidang ilmu dan teknologi;
2. Perkembangan sosiobudaya;
3. Perkembangan pemakaian kata;
4. Pertukaran tanggapan pancaindera; dan
5. Adanya asosiasi.

Oleh hal yang demikian, dapat diringkaskan erti perubahan makna adalah salah
satu bentuk perkembangan bagi sesuatu bahasa untuk memperkayakan sudut sesuatu
bahasa supaya tidak ketandusan dan ditelan zaman. Perubahan makna sesuatu perkataan
atau istilah seharusnya seiring dengan perkembangan semasa dan berdasarkan konteks
penggunaannya. Jika kita meneliti Kamus Dewan Edisi Keempat (2007:314), kita akan
mendapati bahawa kata darah mempunyai empat makna umum, iaitu:
1. cecair berwarna merah yang mengalir dalam tubuh manusia atau binatang;
2. keluarga, sanak saudara, keturunan;
3. sifat (kebolehan) semula jadi, bakat;
4. semangat, jiwa.
Daripada makna darah yang pertama, kita dapat menarik beberapa maksud
penting yang mampu memberikan gambaran yang jelas berkaitan maksud darah iaitu
cecair, merah, mengalir dan tubuh. Keempat-empat perkataan ini memberikan maksud
sebenar kepada darah itu sendiri. Sila perhatikan makna-makna empat perkataan ini di
bawah:
Perkataan Makna Perkataan
1. cecair tidak keras dan tidak spt gas (boleh mengalir seperti
air), encer dan tidak pekat.
2. merah warna seperti warna darah
3. mengalir bergerak berterusan (bukan air, cecair, tenaga dan
elektrik).
4. tubuh keseluruhan jasad manusia atau binatang yang
kelihatan (terdiri daripada kepala, badan dan
anggota).

Daripada empat makna perkataan di atas, jelas menunjukkan maksud sebenar


perkataan darah itu sendiri iaitu cecair merah yang tidak keras dan tidak seperti gas, serta
tidak pekat yang mengalir berterusan di dalam jasad manusia atau binatang. Walau
bagaimanapun, makna sebenar ini mengalami perubahan berdasarkan diakronik.

Perubahan ini seterusnya akan memperluaskan makna darah itu sendiri contohnya
darah juga bererti keluarga, sanak saudara dan keturunan. Saudara-mara yang mempunyai
pertalian darah iaitu keturunan yang sama dianggap sebagai saudara sedarah contohnya
pak cik, mak cik, sepupu, anak saudara, datuk, nenek dan moyang. Dalam erti kata lain,
darah merujuk kepada orang-orang yang seketurunan, sekerabat dan orang-orang yang
sekaum keluarga. Jika dahulu darah dikaitkan dengan sesuatu cecair yang mengalir di
dalam badan, tetapi kini penggunaannya meluas kepada sistem kekeluargaan dan aspek-
aspek yang lain.

Maksud ketiga yang diberikan dalam Kamus Dewan adalah darah merujuk kepada
sifat atau kebolehan semula jadi serta bakat. Makna ini membawa maksud kebolehan dan
sifat yang mengalir dalam diri seseorang. Maksud perkataan mengalir ini merujuk kepada
darah kebolehan atau darah seni yang diturunkan daripada generasi sebelumnya.
Contohnya:
1. Darah seni memang sudah lama mengalir di dalam jiwanya.

Berdasarkan contoh di atas, perkataan ini boleh dibahagikan kepada tiga perkara
pokok yang memberi makna utama dalam perkataan ini. Perkara pokok ini adalah makna
darah yang didefinisikan dalam Kamus Dewan. Perkara pokok itu adalah:
1. Darah merujuk kepada bakat atau kebolehan yang diwarisi oleh generasi
sebelumnya.
2. Mengalir memberikan penekanan yang memberikan gambaran darah itu
adalah cecair yang mebalir seperti air yang bergerak berterusan.
3. Jiwa merujuk kepada tubuh atau keseluruhan jasad manusia.

Jiwa dan semangat juga diberikan gambara kepada maksud darah. Dalam Kamus
Dewan, jiwa merujuk kepada nyawa atau roh. Darah merupakan kelompok maksud jiwa
yang dimaksudkan berada di dalam tubuh badan manusia. Semangat pula adalah roh yang
terdapat dalam segala makhluk yang dipercayai mempunyai kuasa-kuasa tertentu. Secara
umumnya perkataan jiwa dan semangat sering kali dikaitan dengan erti perkataan darah
yang membawa maksud perasaan, kekentalan dan kekuatan. Untuk lebih jelas, sila lihat
contoh dalam ayat di bawah :
1. Ahmad merasakan semangatnya/kekuatannya kembali berkobar-kobar ketika
menjelangnya musim kemerdekaan.
2. Jiwanya/Perasaannya mula berubah ketika cintanya berpaling arah.

Dalam ayat 1 di atas, perkataan semangat dan kekuatan boleh ditukar ganti sesuai
dengan konteks ayat. Begitu juga dengan ayat 2, perkataan jiwa dan perasaan juga boleh
ditukar ganti. Oleh hal yang demikian, ini membuktikan bahawa perkataan jiwa dan
semangat dapat memberikan gambaran kepada roh, nyawa atau sesuatu yang terdapat di
dalam tubuh badan manusia sama ada benda itu maujud seperti jantung, darah atau hati
atau benda itu bukan maujud seperti jiwa, semangat, perasaan, kekuatan atau kekentalan.
Perkara ini seterusnya dapat memberikan gambaran yang jelas dan maksud yang serupa
dengan perkataan darah yang mengalir di dalam badan atau jasad manusia atau haiwan.

Perubahan makna bagi sesuatu perkataan atau istilah sering kali dikaitkan dengan
pengaruh daripada unsur-unsur asing. Perkataan darah juga mengalami perubahan makna
sekaligus memperluaskan makna perkataan darah itu sendiri. Mislanya makna yang
diertikan dalam ajaran agama Islam. Secara umumnya darah memang dikaitan dengan
cecari merah yang mengalir dalam jasad seseorang atau haiwan. Tetapi darah juga
merujuk kepada haid, nifas dan istihadhah. Jenis-jenis darah ini ditunjukan pada contoh
di bawah:
Perkataan Makna Perkataan
1. haid Darah bulanan yang biasa keluar melalui kemaluan
wanita dalam keadaan suci ketika berusia 9 tahun
Qamariah ke atas.
2. nifas Nifas dari segi syarak ialah darah yang keluar
selepas beranak.
3. istihadhah Darah yang keluar dari bawah rahim yang bukan
pada waktu haid dan nifas.

Berdasarkan contoh di atas, jelas menunjukkan perubahan makna perkataan darah


telah mengalami perluasaan makna akibat daripada pengaruh-pengaruh bahasa luar
seperti bahasa Arab. Perubahan makna darah yang mengalir dalam tubuh badan
seseorang dipelbagaikan maknanya. Contohnya, masyarakat dahulu hanya mengetahui
darah itu hanya cecair merah yang mengalir dalam tubuh badan, tetapi dengan adanya
makna perkataan haid, nifas dan istihadhah ini akan memberikan kepelbagaian makna
darah itu sendiri. Masyarakat mula mentafsir makna darah itu bukan darah yang hanya
mengalir dalam tubuh badan, tetapi juga darah juga merujuk kepada cecair merah yang
keluar melalui kemaluan wanita, cecair merah yang keluar selepas beranak dan cecair
merah yang keluar dari bawah rahim. Masyarakat mula menganggap ketiga-tiga istilah ini
merujuk kepada darah.
Setelah mengalami pengaruh asing, masyarakat mula mengembangkan makna
perkataan darah dan mengembangkannya sesuai dengan perkembangan zaman dan
penggunaan konteks. Berikut adalah contoh-contoh perubahan dan perluasan makna
darah yang terdapat dalam Kamus Dewan dan seterusnya menjadikan makna darah itu
berlainan daripada makna asalnya:
Perkataan Makna Perkataan
1. darah gemuruh mudah gugup, cepat hilang ketenangan
2. darah manis mudah mendapat bahaya atau kecederaan
3. darah muda semangat atau perasaan orang muda
4. darah panas pemarah, cepat marah
5. darah putih keturunan orang bangsawan
6. darah raja keturunan raja-raja
7. darah tinggi sejenis penyakit yang menyebabkan tekanan darah
menjadi tinggi

Darah gemuruh menunjukkan keadaan yang binggung, kehilangan akal, berdebar-


debar, gementar dan gagap. Seseorang akan merasakan semua itu daripada dalam diri
atau lahir secara lahiriah. Aliran darah yang tidak sekata akan menyebabkan gemuruh
disamaertikan dengan darah iaitu menjadi darah gemuruh. Darah manis pula memberi
maksud mudah mendapat bahaya atau kecederaan. Ini bermakna seseorang akan mudah
mengalami kecederaan disebabkan kulit yang agak sensitif atau sesuatu penyakit
contohnya hemofilia. Penyakit kulit hemofilia merupakan penyakit keturunan yang
menyebabkan darah pesakit sukar untuk membeku hingga mengakibatkan pendarahan
yang teruk apabila terluka. Dalam bahasa ringkasnya, pesakit bagi penyakit ini tergolong
dalam darah manis.

Darah muda sama maksud darah yang tertulis dalam Kamus Dewan iaitu
mengambarkan jiwa dan semangat, atau dalam bahasa mudahnya mengambarkan
perasaan orang muda. Konsep darah muda ini sesuai untuk golongan muda yang sedang
mengalami peringkat pertumbuhan dari alam remaja ke alam dewasa. Darah muda sering
disamaertikan dengan panas baran, terburu-buru atau masa keseronokan. Darah panas
pula menunjukkan seseorang itu bersikap pemarah, panas baran, dan cepat marah. Darah
putih pula merujuk kepada keturunan dan golongan bangsawan. Darah putih dapat
diberikan gambaran terhadap darah mahsuri yang dibunuh kerana difitnah. Setelah
dijalani hukuman, darah yang keluar dari badannya bukanlah berwarna merah tetapi
sebaliknya berwarna putih.

Dalam bidang perubatan pula darah putih itu disamaertikan dengan sel-sel darah
yang terdapat dalam darah manusia. Darah putih terbahagi kepada beberapa iaitu
neutrofil, eosinofil, basofil, monosit, limfosit dan makrofag. Penyakit yang sering kali
dikaitan dengan darah putih adalah leukimia atau kanser darah. Perubahan makna darah
mula berlaku apabila dikaji oleh pakar perbuatan. Makna darah tidak hanya cecair merah
yang mengalir dalam tubuh tetapi juga darah yang mengalami dalam badan juga ada yang
berwarna putih yang sedikit komposisinya. Definisi darah mula berubah dan diperluaskan
dengan perkembangan dunia bahasa akibat pengaruh bahasa asing, perubatan, atau
bidang lain. Darah putih yang diguna pakai untuk menggambarkan golongan bangsawan
seperti yang tercatat dalam Kamus Dewan perlu diubah kerana darah putih juga
membawa maksud darah yang mengalir dalam tubuh badan manusia atau haiwan.

Darah juga diperluaskan maknanya kepada darah raja iaitu darah dari golongan
keturunan diraja. Walaupun sama darah golongan keturunan diraja dengan rakyat jelata,
tetapi disebabkan perbezaan status dan pangkat, peringkat itu dibezakan dengan golongan
darah seperti darah raja untuk golongan raja dan darah putih hanya untuk golongan
bangsawan. Darah tinggi juga merupakan salah satu cabang perluasan makna dan
perkataan darah itu sendiri. Hakikatnya darah merah yang mengalir dalam tubuh badan
manusia yang mengalami satu tekanan akibat sesuatu kesan contohnya seperti makanan
atau perbuatan kesan ini akan dipanggil sebagai darah tinggi. Darah tinggi adalah kadar
tekanan darah yang meningkat lebih tinggi daripada kadar biasa secara kronik. Pesakit
yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga bacaan tekanan darah yang melebihi 140/90
mmHg semasa berehat dijangka mempunyai keadaan darah tinggi. Perubahan makna
darah semakin meluas mengikut perubahan zaman dan semasa. Sesuai dengan konteks
penggunaan, jika seseorang mengalami tekanan darah yang rendah daripada biasa atau
kadar standard, pesakit akan mengalami tekanan darah rendah.

Perbezaan makna dan penggunaan perkataan darah semakin meluas dan pelbagai.
Perubahan yang berlaku ini harus dipersetujui oleh penutur dan pengguna kepada bahasa
tersebut. Daripada satu makna yang khusus iaitu cecair merah yang mengalir dalam tubuh
badan atau haiwan kepada satu makna yang lebih spesifik dan bercabang. Menurut Keraf
(1986:87), menyatakan perluasan makna adalah sesuatu proses perubahan makna yang
dialami oleh sesuatu perkataan yang mengandungi suatu makna yang khusus, kemudian
makna tersebut meluas sehingga mencakupi sebuah kelas makna yang lebih umum.
Perubahan makna darah ini juga mengalami kepelbagaian dan perluasan makna apabila
bahasa Melayu itu sendiri mengalami perubahan dan perkembangan selaras dengan
perkembangan bahasa global.

Menurut Keraf (1986:97) lagi, perubahan makna juga ada yang tidak menyeluruh
dan maknanya semakin sempit digunakan. Sesebuah proses yang dialami sebuah kata,
iaitu makna yang lama lebih besar cakupnya daripada makna baharu. Perubahan makna
darah juga mengalami makna yang semakin menyempit. Contohnya dalam bidang
perubatan makna darah lebih meluas penggunaannya dan semakin sempit daripada makna
sebenarnya. Terdapat pelbagai istilah, dan bentuk makna yang diberikan untuk
memperluaskan makna darah itu sendiri. Selain mengelompokkan darah merah dan darah
putih, pakar perubatan juga telah mengkelaskan jenis-jenis darah iaitu darah merah terdiri
daripada darah berjenis A, B, O, dan AB. Darah yang dikonsepkan sebagai cecair merah
kini telah menyempit maksudnya dan dikelaskan kepada beberapa jenis.

Perubahan makna menyempit ini seterusnya akan memberikan makna yang


semakin luas kepada erti kata darah itu sendiri. Darah bukan sahaja terdiri daripada cecair
merah, tetapi juga terdiri daripada darah putih.
Jenis-jenis darah merah

A B AB O

A– A+ B- B+ AB - AB + O - O+

Berdasarkan carta di atas, jelas menunjukkan perubahan makna darah juga


mengalami penyempitan makna. Dari makna umum kepada makna menjadi khusus.
Masyarakat mengetahui darah adalah sejenis cecair merah yang mengalir dalam tubuh
badan manusia. Kemajuan sains dan teknologi dalam bidang perubatan telah
menyempitkan cecair merah itu kepada empat kelompok iaitu A, B, AB, dan O.
Seterusnya kelompok itu disempitkan kepada lapan iaitu A -, A +, B -, B +, AB -,
AB +, O - dan O +. Perkataan darah ini menjadi lebih spesifik dalam penggunaannya.
Oleh hal yang demikian, perubahan makna darah itu sendiri juga mengalami persempitan
makna, perluasan makna dan kepelbagaian makna.

Dapatlah disimpulkan, perluasan makna darah dapat memberikan banyak definisi


baharu terhadap perkataan tersebut. Dari makna umum kepada makna sempit dan dari
satu makna kepada banyak makna. Perubahan berlaku akibat peredaran semasa dan
faktor-faktor yang telah dikemukakan oleh Abdulah Chaer. Perubahan makna darah ini
banyak membawa kebaikan dan perluasan bahasa Melayu dapat bergerak seiring dengan
penggunaan bahasa global.
Bibliografi

Abdul Hamid Mahmood (2004). Kuasai Sistem Ejaan Baharu Bahasa Melayu Melalui
Latihan. Tanjong Malim : Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Chaer, Abdul (1994). Pengantar Semantik Bahasa Indonesia. Jakarta : Pt Rineka Cipta.

Nathesan, S. (2001). Makna dalam Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat (2007). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Keraf, Gorys (1986). Diski dan Gaya Bahasa. Jakarta : PT Gramedia Pustaka Utama.

You might also like