You are on page 1of 5

Latar Belakang Dasar Ekonomi Baru

1. Masalah

Pencapaian DEB bergantung kuat pada tindakan affrimative oleh pihak


kerajaan. Oleh kerana pengaruh kerajaan dan perusahaan-perusahaan
awam yan gbegitu meluas sejak wujudnya DEB, maka badan interprestasi
telah diberi oleh berbagai-bagai pihak, seperti "campur tangan kerajaan
untuk kemajuan", "peralihan dan lasissez-faire ke arah sosialisme",
"pembangunan melalui keamanahan (trusteesip)" dan "diskriminasi
postitif". Dalam pada itu tidak kurang juga terdapat kritikan-kritikan yang
radikal. Ada yang menganggapnya sebagai "satu pengembangan
kapitalisme negara (state capitalism)"atau "borjuis birokrat" ada yang
mengaitkannya dengan "kapitalisme perkauman" dan ada pula yang
memberi label "borjous negara Melayu".

Namun demikian, terdapat dua ciri penting tentang campur tangan


kerajaan dalan DEB. Pertama, walaupun kerajaan memiliki dan mengawal
perusahaan-perusahaan awam, tetapi ia dimaksudkan bertindak bagi
pihak Bumiputera. Kedua, tindakan kerajaan ini bersifat "sementara"
sahaja dan tidak akan berkekalan lantaran adanya objektif dan jangka
waktu yan gtertentu. Walau bagaimanapun, kedua-dua ciri tersebut tidak
berhasrat untuk menyekat sama sekali persaingan antara Bumiputera
dengan bukan Bumiputera. Sebaliknya, ciri yang pertama itu
mewujudkan persaingan antara Bumiputera dengan bukan Bumiputera,
sementara ciri yang kedua pula menentukan batasan masa bagi
memperhebatkan lagi persaingan antara kelompok-kelompok kaum ini.
DEB juga ingin melihat golongan Bumiputera menganuti budaya
persaingan.

Dalam konteks masyarakat majmuk, budaya persaingan boleh membawa


kepada konflik perkauman. Kerana masyarakat keseluruhannya mudah
terseret ke arah situasi zero-sum, yakni kemenangan satu pihak akan
ditafsirkan sebagai kekalahan kepada pihak yang lain. Maka terdapatlah
keadaan, misalnya pemberian bantuan kepada Bumiputera oleh Kerajaan
dianggap sebagai merugikan bukan Bumiputera, dan penglibatan
Bumiputera dalam sektor perniagaan dianggap sebagai perampasan hak
golongan bukan Bumiputera yang telah lama berada dalam sektor
berkenaan. Gejala yang demikian boleh membawa kepada perasaan
bermusuhan.

Hingga kini, perubahan yang berlaku menuju kearah matlamat yang


ditentukan dalam DEB, walaupun kejayaannya tidak sepenuhnya
tercapai. Kerana itu, dalam pengertiannya yang terbatas, DEB dapat
dikatakan telah menuju ke arah kejayaannya. Namun begitu, pelaksanaan
DEB tetap menpunyai kosnya. Hal ini tidak dapat dinafikan kerana tidak
ada satu bentuk pembangunan pun yang tidak mempunyai kesan
sampingannya yang negatif. Antara kesan sampingan negatif DEB
termasuklah pembentukan golongan rentiers yang dinamai ersatz
capitalism. Golongan ini dikatakan turut menjejaskan agihan pendapatan
intra-etnik; perkembangan sektor awam yang pesat dan bebanan
kewangan untuk menjalankan pentadbiran kerajaan; pengharapan yang
meninggi (rising expectation) dan penbentukan "sindrom bergantungan"
dikalangan Bumiputera, sama ada golongan menengah atau bawahan.
Malah tidak kurang juga timbulnya perasaan marah dikalangan bukan
Bumiputera kerana dirasakan seolah-olah mereka tertindas atau deprived.

Bukti menunjukkan bahawa pengagihan pendapatan dan aset serta


penyusunan semula masyarakat telah berlaku melalui pertumbuhan
ekonomi keseluruhan dan juga pertumbuhan ekonomi setiap kaum. Oleh
kerana semua kaum telah mengalami keadaan ekonomi yang bertambah
baik dari semasa ke semasa, maka tidak seharusnya timbul masalah
deprivation terhadap bukan Bumiputera sekiranya konsep DEB untuk
merapatkan jurang perbezaan ekonomi antara kaum telah diterima.
Deprivation hanya akan wujud jika keadaan ekonomi golongan bukan
Bumiputera tidak bertambah baik dalam tempoh pelaksaan DEB.

Di samping itu, terdapat juga kelemahan-kelemahan dalam perlaksaan


DEB, yang menyebabkan timbulnya tindakan-tindakan yang dipandang
sebagai tidak adil dan penyelewengan kuasa. Misalnya, ada pihak yang
berkuasa yang memindahkan "peluang-peluang keuntungan" kepada
golongan-golongan tertentu atas petimbangan politik, nepotism, cronysm,
dan kepentingan diri sendiri lebih daripada pertimbangan kelayakan,
kesahihan dan keadilan sosial. Maka tujuan untuk membangunkan
ekonomi Bumiputera dan meningkatkan keupayaannya bersaing dengan
kaum-kaum lain belum lagi tercapai sepenuhnya.

Kesan-kesan negatif ini semakin ketara apabila ekonomi tidak dapat


berkembang pada kadar yang dijangkakan, seperti yang berlaku dalam
beberapa tahun kebelakangan ini. Pergantungan yang berlebihan kepada
ekonomi dunia telah menjejaskan prestasi ekonomi Malaysia dengan
teruknya berikutan daripada kemelesetan ekonomi dunia. Kadar purata
pertumbuhan KDNK Malaysia telah jatuh daripada 7.8% setahun (1971-
80) kepada 4.3% (1981-85). Bahkan, pada tahun 1985, kadar pertumbuhan
KDNK Malaysia mencatatkan angka negatif (-1%) buat pertama kalinya
sejak merdeka. Pada tahun 1986, kadar ini meningkat sedikit kepda 1.2%,
tetapi masih terlalu rendah, hinggakan sektor pembuatan dan pengaliran
masuk pelaburan asing yang pesat perkembangannya pada tahun-tahun
1960-an turut merosot pada awal 1980-an. Banyak perniagaan mengalami
kerugian, sementara ramai peniaga diisytihar muflis. Hampir separuh
atau kira-kira 4—45 peratus syarikat dalam perusahaan awam bukan
kewangan mengalami kerugian. Kadar pengangguran yang dijangka
menurun, sebaliknya naik kepda 6.9% pada tahun 1985 dan dianggarkan
meningkat kepada 8.1% pada tahun 1988. Kemelesetan ekonomi ini telah
menjejaskan pelaksanaan dan pencapaian DEB sejak pertengahan tahun
1986.

Jika andaian DEB adalah benar, iaitu hubungan etnik atau kaum dapat
diperbaiki melalui interaksi dan kerjasama antara golongan Bumiputera
dengan bukan Bumiputera melalui aktiviti-aktiviti ekonomi yang sama
dan setaraf, maka sebarang perubahan ke arah pencapaian matlamat-
matlamat DEB, seharusnya akan memperkukuhkan proses integrasi
tersebut. Malangnya, sekadar melihat keadaan disekeliling kita pun – di
jalan-jalan raya, diperhentian bas, di pejabat, di Kilang, Kompleks
membeli-belah, sekolah serta di kampus-kampus universiti – sudah cukup
untuk dibuat kesimpulan betapa renggangnya perhubungan antara kaum
di antara kaum di Malaysia. Kajian-kajian juga menunjukkan terdapatnya
kecenderungan dalam beberapa tahun kebelakangan ini ke arah
pembiakan sentimen perkauman di Malaysia. Walaupun trend ini
merupakan hasil pengaruh pelbagai faktor, ia membayangkan bahawa
dasar dan prestasi ekonomi Malaysia tidak berjaya memupuk perpaduan
bangsa.

Kalau kita melihat akan keberkesanan dasar-dasar ekonomi pada masa


lalu, kita tidak dapat menyangkal bahawa taraf hidup penduduk Malaysia
pada keseluruhannya telah meningkat, tidak kira apa kaum sekalipun.
Kemiskinan mutlak telah berkurang. Ketidaksetaraan pendapatan antara
kaum telah dapat diperbaiki. Sejak tahun 1970, agihan pendapatan pada
keseluruhannya telah bertambah baik, sekurang-kurangnnya berdasarkan
apa yang dapat kita lihat daripada data. Ketidaksetaraan dalam sesuatu
kumpulan etnik mungkin telah bertambah buruk, tetapi buat masa ini
belum lagi mencapai tahap yang boleh menimbulkan konflik yang serius
antara kelas. Hal ini bukan bermakna bahawa konflik antara kelas ini
tidak berpotensi menjadi serius.

Mengapakah isu polarisasi kaum masih tidak dapat diselesaikan? Jelaslah


bahwa kejayaan ekonomi, sekurang-kurangnya dalam pengertian DEB,
tidak dapat memberi jawapan yang cukup berkesan kepda penyelesaian
masalah perpaduan nasional. Ini tidak pula bermaksud bahawa faktor-
faktor ekonomi tidak penting dan boleh diabaikan sama sekali.

Kejayaan ekonomi mungkin dikaburi oleh faktor-faktor lain (bukan


ekonomi) yang negatif. Dalam pada itu, kegagalan ekonomi akan mudah
sahaja digunakan sebagai senjata politik. Apabila ia dipolitikkan, maka
proses integrasi akan tergendala. Dengan kata lain, faktor ekonomi secara
tersendiri mugkin tidak sepenting yang diandaikan oleh DEB dalam usaha
memupuk perpaduan nasional. Faktor ekonomi bukanlah tidak relevan
untuk menyatupadukan rakyat di negara ini, tetapi sistem ekonomi yang
berteraskan "persaingan" tanpa keadilan (persaingan antara yang lemah
dengan yang kuat, yang miskin dengan yang kaya) itu sendirilah menjadi
punca utama perpecahan antara individu-individu atau antara keompok-
kelompok dalam masyarakat.

Sistem ini, jika tidak dikawal, akan menindas golongan miskin tanpa
mempunyai pertimbangan kemanusiaan. Gejala-gejala seperti dasar upah
rendah, kuasa monopoli, pertentangan antara buruh dengna majikan,
diskriminasi terhadap pengguna, dan kepentingan perbadanan
multinasional, yang semuanya sehaluan dengan kapitalisme tanpa ikatan
etika dan moral, sesungguhnya adalah bibit-bibit yang membiakkan
ketidakadilan dalam masyarakat. Malah ia mewujudkan golongan
oportunitis, menambahkan sifat-sifat pembaziran, tamak, rasuah,
penindasan dan eksploitasi sentimen perkauman.

"Budaya persaingan" yang tidak terkawal inilah yang telah


menghidupkan perasaan kebimbangan, kepentingan diri sendiri, syak-
wasangka, sensitif, berdendam dan bermusuhan. Perasaan persaingan
yang tidak adil ini akan meracuni perhubungan antara manusia,
membuatkan kehidupan ini lebih buruk daripada yang sewajarnya, dan
biasanya akan membawa kepada perselisihan faham dan persengketaan.
Nilai-nilai negatif yang sedemikian, apabila sudah sebati dengan cara
hidup kita seharian, akan sukar untuk dihapuskan, dan amat mudah
dieksploitasi untuk kepentingan-kepentingan tertentu, terutamanya
kepentingan politik, hingga boleh tergelincir daripada batasan moral dan
kemanusiaan.

Umumnya, terdapat juga kritikan utama terhadap Dasar Ekonomi Baru


itu sendiri. Satu yang menyentuh aspek mengabaikan atau
memperkecilkan aspek agihan relatif dan ketaksetaraan intra-etnik; dan
satu lagi dasar pemisahan atau dikotomi antara golongan Bumiputera dan
bukan Bumiputera yang dianggap mewujudkan perasaan deprivation.
Kritikan pertama itu seing dikaitkan dengan kecenderungan ke arah
konflik antara kelas (yang tentunya berpotensi untuk menggugat
kesabilan politik negara, tetapi masih gagal dan tidak dapat menerangkan
polarisasi perkauman masa kini); sedangkan kritika yang kedua telah
mewujudkan kecenderungan ke arah konflik dalam kelas (intra-kelas).
Golongan bukan Bumiputera yang telah lama menduduki "kelas
pertengahan" telah berasa terancam oleh kemasukan golongan baru
Bumiputera ke dalam kelas tersebut. Jika demikian, maka tesis kerajaan
bahwa DEB menjamin setiap kaum "dapat menyertai dengan sepenuhnya
dalam semua segi ekonomi" (full partnership) akan tercabar, kerana DEB
tidak dapat menahan konflik dalam kelas (intra-kelas). Malahan ada
kemungkinan bahawa di Malaysia, konflik intra-kelas mempunyai potensi
yang lebih bahaya daripada konflik intra-etnik. Konflik intra-kelas (antara
Bumiputera dengan bukan Bumiputera dalam kelas pertengahan yang
sama) ini berlaku kerana sifat budaya persaingan yang wujud di negara
ini.

Sebelum DEB dilancarkan, kaum bukan Melayulah yang lebih terdedah


kepada budaya persaingan, sementara kaum Malayu masih kuat
berpegangan pada tradisi yang menghormati sifat-sifat berlmah-lembut,
bergotong-royong, bekerjasama dan bertolak ansur. Tetapi setelah
terlancarnya DEB, kaum Melayu juga digalakkan menyertai dengan lebih
giat cara hidup dalam sistem kapitalis yang bergantung pada kemenangan
dalam persaingan. Oleh itu budaya persaingan yang kadang-kadang
terkeluar daripada batasan etika dan keadilan sosial bukan lagi menjadi
anutan orang Cina dan India, malah telah meresap ke dalam kehidupan
orang Melayu. Perkembangan budaya persaingan ini boleh meruncingkan
lagi perselisihan antara kaum di negara ini, jika konsep keadilan sosail
dan ekonomi yang menyeluruh tidak dimantapkan dan dijadikan norma
sosial utama.
2. Penutup

Bab ini telah menghuraikan prestasi, pencapaian dan masalah yang timbul daripada
pelaksanaan DEB. Apa yang nyata ialah DEB gagal menyatupadukan rakyat kerana ia
beroperasi dalam suasana persaingan (yang tidak adil) dengan budaya yang
mengkesampingkan soal moral dan tanggungjawab terhadap bangsa dan negara.
Faktor ekonomi (melalui matlamat mengatasi kemiskinan dan menyusun semula
masyarakat) sahaja nempaknya tidak cukup untuk membawa kepada perpaduan
nasional. Pertentangan antara kaum bukan sahaja wujud kerana perbezaan ekonomi
antara kaum, tetapi diburukkan lagi oleh amalan dan pengaruh sistem ekonomi, politik
dan sosial kita. Ini termasuklah sistem pendidikan yang keseluruhannya berteraskan
doktrin persaingan yang mengetepikan aspek kemanusiaan, tanggungjawab dan etika
sosial. Usaha-usaha yang konkrit ke arah pembentukan satu bangsa, kalau ada pun,
amat terbatas dan tidak berkesan.

Yang penting pada peringkat ini ialah kesedaran dan komitmen untuk mengurangkan
unsur persaingan yang tidak adil ini, dan memperkuatkan unsur kesefahaman dan
kerjasama antara kaum. Kerjasama hanya akan memberi erti, jika adanya sifat-sifat
bertolak ansur dan berkompromi. Sifat-sifat in dapat dipupuk jika kita dapat bergerak
ke arah keadilan sosial dan ekonomi.

You might also like