You are on page 1of 10

KEPIMPINAN DALAM ISLAM

PENGENALAN

Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini.
Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah
terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan
individu.

Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk amanah. Maka
kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan dilaksanakan
sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah :

Maksudnya : “ Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas


muka bumi.(al Baqarah : 30)

DEFINISI
Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya tindakan serta
penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh menjamin
kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan.

Kedudukan kepimpinan adalah sangat penting dalam Islam. Para sahabat dan tabi’in
telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas daripada kewafatan
Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk menjadi khalifah
dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun pada ketika itu
jenazah baginda belum lagi disemadikan.

Oleh itu, kepimpinan dalam Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga
kebih daripada itu kerana ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan
yang terpilih. Ia hanya diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi
prasyarat kepimpinan untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal
kepada Allah. Rasulullah pernah menegaskan :

“ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah mereka melantik
salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (al Hadith)

Inilah perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi
yang kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau
organisasi yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap
pemimpin adalah terserlah.
KEPENTINGAN DAN MATLAMAT
Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang
sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam
telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan
satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan jelas.

1. MEMAKMURKAN BUMI DENGAN PERLAKSANAAN SYARIAT

Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa” yang


tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu
tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana
dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi. Pemimpin mestilah yakin
untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya dijamin oleh Allah
sebagaimana firmannya :
Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang diterima) di sisi Allah adalah Islam (al Imran :
19)

2. MENYAMBUNG TUGAS RASUL

Ketetapan bahawa Rasulullah merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi


pemimpin umat bertaraf rasul yag akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula
Nabi Isa, sedangkan tugas menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang
zaman. Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk
mengambil peranan baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang
benar-benar berkelayakan dan bertaraf ulamak. Diiktiraf dan dia sendiri menerima wala’
daripada orang di bawah pimpinannya.

3. BUKTI KEPATUHAN KEPADA ALLAH

Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat utama di atas secara tidak


lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah, yang dipelopori oleh
pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan amalan yang benar.
Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah dalam amalan seharian
mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin mereka agar sentiasa
berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.

4. KEMASLAHATAN UMMAH

Kepimpinan yang wujud bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak


terpelihara. Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela
dan maslahah akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam
yang menuju ke arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama.

CONTOH PANDUAN RASULULLAH


Keunggulan Rasulullah sebagai pemimpin terulung merupakan satu fakta yang tak
dapat disanggah. Ini dapat dibuktikan dari lipatan sejarah, akan kejayaan baginda
mengubah anutan masyarakat jahiliyyah kepada keimanan dan ketauhidan kepada
Allah. Ini bermakna Rasulullah memiliki ciri-ciri pemimpin yang sejati dan baginda
(dengan bantuan Allah) telah memimpin ummat Islam menuju kecemerlangan di
samping membekalkan sahabat-sahabat baginda dengan bekalan-bekalan yang
penting untuk menyambung tugas baginda. Firman Allah :
Maksudnya : Bahawa Rasulullah itu adalah contoh tauladan yang terbaik untuk kamu
teladani. Ketokohan Rasulullah juga diakui oleh semua pihak dan seorang orientalis
barat telah menyenaraikan baginda pada senarai yang pertama di dalam bukunya “ 100
MOST INFLUNCEMAN IN HISTORY” sedangkan tokoh-tokoh utama lain seperti Nabi
Isa sendiri disenaraikan di tempat ke tiga. Kenyataan ini telah mengejutkan banyak
pihak kerana sepatutnya pengarang mestilah bersifat diskriminasi terhadap Islam.

Di samping itu kita juga boleh mencontohi sahabat-sahabat Rasulullah seperti Khulafa’
Arrasyidin. Mengapa tidak kita mencontohi ketegasan Abu Bakar As Siddiq memerangi
golongan murtad yang enggan mengeluarkan zakat dalam misi “Harbu Riddah”. Begitu
juga keadilan Umar Al Khattab dalam empayar Islam. Tidak ketinggalan Saidina Usman
dan Saidina Ali yang mempunyai kehebatan tersendiri yang sewajarnya kita mencontohi
mereka semua.

CIRI-CIRI UTAMA PEMIMPIN MUSLIM SEJATI


1. BERIMAN DAN ADIL

Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan pastinya dengan
sifat-sifat yang mulia dan terpuji. Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-
orang di bawah tanggungjawab ke arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan
menjamin setiap hak individu terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk
untuk memastikan kesejahteraan bersama.

2. MENGENALI DAKWAH

Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah seorang daie yang
bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan Islam yang sebenar
dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan imejnya sebagai daie
dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan dan matlamatnya
untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan hidup akan lebih
mudah tercapai. Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu
diselaraskan dan sebatikan dalam kepimpinannya.

3. MENGENALI JIWA

Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi kekuatan dan kelemahan


yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-potensi dan keupayaan tidak
akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah barangkali akan menyebabkan
berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka terhadap dakwah dan
kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.


b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan
memajukannya lagi.
c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan
banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan
politik, sosial, ekonomi dan lain-lain.
d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam
serta mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan
atau kegagalan mereka.

4. PERHATIAN KEPADA ORANG BAWAHAN

Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka


sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama
merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah
mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina
thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada
suasana tersebut.

Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya menyebabkan hubungan


antara kedua-dua belah pihak tidak begitu intim. Anak buah yang berasa dipinggirkan
mungkin akan mengambil sikap tak kisah sahaja kepada pemimpin mereka. Akibatnya
sesuatu perencanaan yang telah disusun tidak dapat dilaksanakan tanpa kerjasama
antara kedua-dua belah pihak. Walau bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah
keterlaluan dalam sikapnya unutk mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini
juga membuatkan mereka berasa dikongkong dan tidak bebas.

5. TELADAN YANG BAIK

Para pengikut sentiasa memerhatikan dan memandang kepada pemimpin sebagai


model yang baik untuk diikuti dan dicontohi. Telatah pimpinan, budi pekerti, kata-kata
dan segala perbuatannya mempunyai pengaruh yang sangat berkesan kepada setiap
pengikutnya. Rasulullah adalah merupakan satu teladan yang amat baik bagi seluruh
umat manusia. Firman Allah yang bermaksud :

“ Sesungguhnya pada diri Rasulullah satu contoh ikutan yang baik” Sedang Para
sahabat pula merupakan para pemimpin yang soleh dan penganjur-penganjur yang
mendapat petunjuk Ilahi yang disifatkan sendiri oleh baginda : “ Sahabat-sahabatku
umpama bintang di langit, siapa sahaja antara mereka yang kamu ikuti, maka pasti
kamu akan beroleh petunjuk” ( al Hadith)

6. PANDANGAN YANG TAJAM


Kemampuan pemimpin dalam melakukan penyiasatan yang cepat dan tepat bagi mana-
mana masalah serta kemampuan mengambil keputusan yang tegas dalam pelbagai
situasi dan keadaan, semuanya akan menimbulkan kepercayaan dan penghargaan
orang bawahan terhadap dirinya.

Sebaliknya sikap teragak-agak, kabur, resah dan tidak tegas daripada pemimpin
semuanya boleh mencetuskan keadaan kucar- kacir dan menyebabkan menurunnya
kepercayaan orang bawahan dan menyebabkan hilangnya pengawalannya terhadap
mereka. Sesungguhnya benar sabda Rasulullah :

“ Bahawa Allah suka pada pandangan yang tajam ketika berhadapan dengan kekeliruan
dan Allah suka pada akal yang matang ketika nafsu menyerang”.

7. KEMAHUAN DAN KEKUATAN

Kemahuan dan kekuatan adalah satu rukun daripada rukun-rukun keperibadian


pemimpin. Dengannya segala kepayahan akan dapat diatasi. Kepimpinan dewasa ini
memerlukan tekad yang kuat dan tegas serta tidak mempedulikan segala tribulasi yang
mendatang. Setiap pemimpin haruslah sedar bahawa bukanlah sesuatu yang mudah
untuk melaksanakan amanah kepimpinan ini. Namun dia tidak mempunyai pilihan yang
lain kecuali menguatkan semangat dan bersungguh-sungguh dalam setiap
perencanaan dan perlaksanaan untuk memastikan matlamat-matlamat yang telah
digariskan akan tercapai.

8. HIKMAH DAN MATANG DALAM TINDAKAN

Dalam menangani permasalahan hidup, pemimpin adalah merupakan tempat rujuk


untuk menyelesaikan masalah. Apabila ini berlaku, pemimpin haruslah menunjukkan
kematangan dalam pendapat keputusan supaya wibawanya akan meningkat. Hikmah di
sini bermaksud supaya semua tindakan dan keputusan yang berhasil kesan yang positif
dan perlaksanaannya tidak bercanggah dengan syariat. Oleh itu sekiranya perlu kepada
ketegasan atau kelembutan maka ia perlu diberikan penekanan sepenuhnya.

9. OPTIMISME

Optimisme adalah antara perkara-perkara dasar yang penting bagi peribadi yang
memimpin. Oleh yang demikian pemimpin harus bersifat optimis, berharapan penuh
dan berlapang dada. Tetapi ini janganlah pula memalingkan daripada membuat
perhitungan di atas sebab yang boleh menggagalkan usahanya pada masa-masa yang
akan datang.

Sikap berputus asa adalah merupakan satu faktor terpenting yang boleh menyebabkan
keruntuhan dan kemusnahan dalam kehidupan orang perseorangan dan kumpulan-
kumpulan tertentu. Tidak harus dikatakan berputus asa itu satu hikmah atau satu
kebijaksanaan sepertimana tidak harus juga harapan itu dinamakan terburu nafsu.
Begitu juga harapan itu janganlah ditundukkan kepada tekanan-tekanan sentimen tapi
hendaklah selaras dengan suara akal serta perencanaan yang teratur.

Agama Islam hari ini sedang mengharungi perjuangan yang sengit sama ada di dalam
mahupun di luar perjuangan, di segenap pihak dan di pelbagai bidang serta lapisan.
Oleh itu tidaklah sama sekali sesiapapun melarikan diri daripada medan perjuangan
dan membelakangkan diri daripadanya. Malah perjuangan itu harus dihadapi dengan
hati yang gigih dan tabah disertai tekad dan azam untuk melawan kebatilan dan
menegakkan kebenaran.

10. MENGAMALKAN SYURA

Syura merupakan institusi teras dalam kepimpinan Islam. Perlaksanaan syura


melambangkan sikap terbuka seorang pemimpin dalam menentukan mauqif dan
pendirian secara bersama, walaupun seorang pemimpin itu mungkin mempunyai
pandangan yang tersendiri di dalam sesuatu perkara. Melalui syura juga mauqif dan
keputusan yang dibuat adalah lebih baik kerana wujud gabungan idea antara pemimpin
dan pihak lain.

11. KOMBINASI NILAI UMARA’ DAN ULAMA’

Umara’ ialah golongan yang wajib ditaati seperti yang telah dinaskan di dalam al Quran
iaitu pada perkara yang menepati syariat Islam. Ulama’ pula adalah setinggi-tinggi
darjat manusia kerana ulama’ itu pewaris nabi. Maka ciri-ciri umara’ dan ulama’ perlu
diintegrasikan untuk melahirkan natijah kepimpinan yang benar-benar mantap yang
didokong oleh karisma kepimpinan, ketinggian ilmu dan inayah daripada Allah.

12. DAYA TARIKAN SEMULAJADI

Ia adalah satu tabie yang mana sekiranya ada pada diri maka dia dapat menarik hati
orang lain tanpa usaha yang banyak, kethiqahan, muka manis dan sikap yang peramah
merupakan penarik zahiriah yang kuat pengaruhnya untuk mewujudkan asa kepimpinan
yang baik dan berkesan. Dan inilah adalah satu unsur pembentukan peribadi yang kuat
sekali.

Kesimpulannya, untuk membina ciri-ciri unggul seperti di atas, tiga perkara di bawah
perlu diberikan penekanan serius oleh setiap pemimpin iaitu :

a) KEBERSIHAN JIWA DAN ROHANI

Pemimpin haruslah merasakan beratnya amanah yang dipikulnya dan dialah orang
yang paling patut menunaikannya. Di samping itu, segala tanggungjawab kepimpinan
dan kewajipan terhadap masyarakat umum sekali pun banyak dan besar, tidaklah harus
menghalangnya dari memberi perhatian kepada dirinya sendiri dan menyelidik serta
memeriksa segala kea’iban dan dosanya sendiri. Jangan diri tertipu dengan kerja-kerja
yang tidak habis itu sehingga boleh menghilangkan keikhlasan yang mengakibatkan
kesan kerjanya sia-sia. Allah tidak akan menerima sesuatu amalan melainkan yang suci
ikhlas dan baik sahaja. Firman Allah : “ Dan kami perhatikan amalan yang telah mereka
kerjakan, lalu kami jadikan debu-debu yang bertaburan” (al Furqan : 23)

Seorang pemimpin mestilah sentiasa mengingati Allah, sentiasa mengingati mati,


tentang kubur, neraka dan syurga. Hendaklah dia mengelolakan amalannya,
memperbanyakkan amalan sunat, tidak meninggalkan qiamulail dengan solat tahajjud
di tengah malam. Firman Allah : “ Bahawa mendirikan solat pada waktu tengah malam
adalah sangat baik dan kesannya serta lebih betul sebutannya” (al Muzammil :

b) KESIHATAN BADAN DAN KEKUATANNYA

Pemimpin juga janganlah mengabaikan kesihatannya, orang mukmin yang gagah lebih
dicintai oleh Allah berbanding mukmin yang daif. Tuntutan-tuntutan dakwah dan
bebanan tanggungjawab sebagai pemimpin tidak akan terdaya dilaksanakan oleh
orang-orang yang lemah dan sakit tubuh badannya.

Posisi kepimpinan adalah penuh dengan pemikiran, kerja dan perjuangan yang
bersambung-sambung dan tidak berhenti-henti. Beberapa posisi ini mempunyai kaitan
saraf dengan pusatnya yang kompleks dalam tubuh seseorang. Oleh itu, selagi anggota
tubuh dan pancaindera tidak berada dalam keadaan siaht dan cergas, maka seseorang
itu akan kehilangan tenaga untuk menyalurkan daya kepimpinannya.

c) KEUPAYAAN MENTAL DAN PEMIKIRAN

Begitulah juga akal memerlukan bahan-bahan yang boleh mengalakkan kesuburan,


kematangan dan keuntungan. Bagi pemimpin, makanan fikiran haruslah terdiri daripada
pelbagai bahan. Tidak patut seseorang itu mengatakan bahawa dia sudah berpada
dengan pengetahuan Islamnya sahaja tanpa mengetahui sejarah silam serta lain-lain
ilmu. Maka selagi pemimpin itu tidak mempunyai pengetahuan yang luas dan tidak
mengikuti perkembangan semasa dari pelbagai bidang, maka dia tidak akan mampu
memikul segala tanggungjwab dan merentasi cabaran semasa yang wujud berkesan.

PENUTUP

Memandangkan kepimpinan merupakan taklif syarie yang sangat besar peranan dan
kedudukannya dalam kehidupan manusia di muka bumi ini, maka seharusnya individu
yang diamanahkan sebagai pemimpin melengkapkan diri dengan pelbagai bekalan
kepimpinan yang ditunjangai pula dengan keikhlasan dengan semata-mata mencari
mencari mardhatillah. Tarbiah diri, mensyuarat, doa, tawakkal dan muhasabah perlulah
dijadikan agenda penting dalam melaksanakan amanah kepimpinan ini. Semoga
amanah kepimpinan yang dipegang dapat menjadi amal soleh yang akan mendapat
ganjaran setimpal daripada Allah.

Sekian
Secara tabie, kepimpinan adalah satu bentuk realiti yang senantiasa wujud di alam ini.
Bermula daripada bentuk kepimpinan yang sebesar-besarnya, iaitu kepimpinan Allah
terhadap keseluruhan alam ini, hinggalah kepada sekecil-kecilnya iaitu kepimpinan
individu. Pengiktirafan Allah kepada kepimpinan manusia merupakan satu bentuk
amanah. Maka kepercayaan untuk menguruskan alam ini perlulah difahami dan
dilaksanakan sepenuhnya oleh insan muslim itu sendiri. Firman Allah :Maksudnya : “
Sesungguhnya Aku (Allah) melantik manusia sebagai khalifah di atas muka bumi. (al
Baqarah : 30) Kepimpinan adalah sejenis hubungan perilaku manusia, pengaruh, daya
tindakan serta penghalangnya ke arah matlamat yang tertentu dengan cara yang boleh
menjamin kepatuhan, kepercayaan dan penghormatan. Kedudukan kepimpinan adalah
sangat penting dalam Islam.

Para sahabat dan tabi’in telah ijmak bahawa amanah ini adalah tuntutan syarak selepas
daripada kewafatan Rasulullah. Para sahabat telah berbaiah kepada Abu Bakar untuk
menjadi khalifah dengan tidak membiarkan masyarakat tanpa ada pemimpin meskipun
pada ketika itu jenazah baginda belum lagi disemadikan. Oleh itu, kepimpinan dalam
Islam bukan sahaja merupakan satu TASHRIF tetapi juga kebih daripada itu kerana
ianya merupakan satu TAKLIF yang amat besar kepada insan yang terpilih. Ia hanya
diberikan kepada mereka yang benar-benar layak dan memenuhi prasyarat kepimpinan
untuk dilaksanakan dengan penuh keikhlasan dan tawakkal kepada Allah. Rasulullah
pernah menegaskan : “ Apabila berangkat tiga orang dalam perjalanan maka hendaklah
mereka melantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua”. (al Hadith) Inilah
perintah baginda terhadap perlantikan ketua (pemimpin) walaupun dalam situasi yang
kecil (bermusafir) dan maka apatah lagi dalam kumpulan yang besar atau organisasi
yang khusus dan mempunyai tugas, sudah pasti keperluan terhadap pemimpin adalah
terserlah.

Dalam perjalanan hidup insan, matlamat yang jelas merupakan satu elemen yang
sangat penting kerana ia akan mendasari tindakan-tindakan yang dilaksanakan. Islam
telah menggariskan beberapa matlamat utama yang perlu dicapai dan ia memerlukan
satu bentuk kepimpinan bagi memastikan perlaksanaan yang syarie dan
jelas.Pengiktirafan manusia sebagai khalifah disertakan “peruntukan-peruntukan kuasa”
yang tertentu menjadikan tugas pemimpin untuk melaksanakan syariat merupakan satu
tuntutan yang pasti. Pemimpin wajib melaksanakan syariat Allah sepenuhnya, kerana
dengan cara ini sahaja kemakmuran akan dapat dikecapi.

Pemimpin mestilah yakin untuk mengaplikasi saranan-saranan Islam kerana ianya


dijamin oleh Allah sebagaimana firmannya :Maksudnya : Sesungguhnya agama (yang
diterima) di sisi Allah adalah Islam (al Imran : 19)Ketetapan bahawa Rasulullah
merupakan utusan terakhir menegaskan tiada lagi pemimpin umat bertaraf rasul yag
akan dibangkitkan hinggalah kebangkitan semula Nabi Isa, sedangkan tugas
menegakkan syariat Allah merupakan kewajipan sepanjang zaman.

Oleh itu, perlulah wujud pemimpin di kalangan manusia itu sendiri untuk mengambil
peranan baginda. Pemimpin yang dimaksudkan adalah pemimpin yang benar-benar
berkelayakan dan bertaraf ulamak. Diiktiraf dan dia sendiri menerima wala’ daripada
orang di bawah pimpinannya.Setelah berjaya merealisasikan kedua-dua matlamat
utama di atas secara tidak lansung terbuktilah kepatuhan insan muslim kepada Allah,
yang dipelopori oleh pemimpin-pemimpin yang berteraskan tauhid yang kukuh dan
amalan yang benar. Masyarakat akan dibimbing supaya sentiasa taat kepada Allah
dalam amalan seharian mereka dan mereka senantiasa diingatkan oleh pemimpin
mereka agar sentiasa berlumba-lumba mencari keredhaan Allah.Kepimpinan yang
wujud bertanggungjawab untuk memastikan hak-hak semua pihak terpelihara.

Apabila keadaan ini dapat direalisasikan maka nasib ummat akan terbela dan maslahah
akan terjaga. Ini adalah berdasarkan konsep keadilan di dalam Islam yang menuju ke
arah keamanan sejagat dan kesejahteraan bersama. Keunggulan Rasulullah sebagai
pemimpin terulung merupakan satu fakta yang tak dapat disanggah. Ini dapat
dibuktikan dari lipatan sejarah, akan kejayaan baginda mengubah anutan masyarakat
jahiliyyah kepada keimanan dan ketauhidan kepada Allah. Ini bermakna Rasulullah
memiliki ciri-ciri pemimpin yang sejati dan baginda (dengan bantuan Allah) telah
memimpin ummat Islam menuju kecemerlangan di samping membekalkan sahabat-
sahabat baginda dengan bekalan-bekalan yang penting untuk menyambung tugas
baginda. Firman Allah :Maksudnya : Bahawa Rasulullah itu adalah contoh tauladan
yang terbaik untuk kamu teladani.

Ketokohan Rasulullah juga diakui oleh semua pihak dan seorang orientalis barat telah
menyenaraikan baginda pada senarai yang pertama di dalam bukunya “ 100 MOST
INFLUNCEMAN IN HISTORY” sedangkan tokoh-tokoh utama lain seperti Nabi Isa
sendiri disenaraikan di tempat ke tiga. Kenyataan ini telah mengejutkan banyak pihak
kerana sepatutnya pengarang mestilah bersifat diskriminasi terhadap Islam. Di samping
itu kita juga boleh mencontohi sahabat-sahabat Rasulullah seperti Khulafa’ Arrasyidin.
Mengapa tidak kita mencontohi ketegasan Abu Bakar As Siddiq memerangi golongan
murtad yang enggan mengeluarkan zakat dalam misi “Harbu Riddah”. Begitu juga
keadilan Umar Al Khattab dalam empayar Islam. Tidak ketinggalan Saidina Usman dan
Saidina Ali yang mempunyai kehebatan tersendiri yang sewajarnya kita mencontohi
mereka semua.Keimanan yang mantap akan menjelmakan peribadi yang luhur dan
pastinya dengan sifat-sifat yang mulia dan terpuji.

Pemimpin yang beriman akan menghalakan orang-orang di bawah tanggungjawab ke


arah matlamat yang benar. Keadilan pula, akan menjamin setiap hak individu
terpelihara dan suasana yang murni akan dapat dibentuk untuk memastikan
kesejahteraan bersama.Ciri ini sangat penting kerana pemimpin sebenarnya adalah
seorang daie yang bertanggungjawab untuk menyeru ummat ke arah penghayatan
Islam yang sebenar dan menyeluruh. Apabila seorang pemimpin dapat menampilkan
imejnya sebagai daie dan murabbi yang baik, peranannya akan menjadi lebih berkesan
dan matlamatnya untuk melahirkan generasi yang menjadikan Islam sebagai landasan
hidup akan lebih mudah tercapai.

Oleh itu,aktiviti perorganisasian dan gerakan dakwah perlu diselaraskan dan sebatikan
dalam kepimpinannya.Di antara kewajipan pemimpin ialah mengetahui segi-segi
kekuatan dan kelemahan yang ada pada dirinya. Pemimpin yang tidak tahu potensi-
potensi dan keupayaan tidak akan dapat menjadi pemimpin yang berjaya. Malah
barangkali akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemudharatan dan malapetaka
terhadap dakwah dan kepimpinannya. Oleh itu seorang pemimpin mestilah :

a) Mengetahui titik kelemahan yang ada pada dirinya lalu memperbaikinya.

b) Mencari sudut kekuatan yang ada pada dirinya serta berusaha meningkat dan
memajukannya lagi.

c) Berusaha bersungguh-sungguh untuk memperkayakan pengetahuan umum dan


banyak mempelajari pelbagai topik, pendapat dan fikiran di dalam lapangan politik,
sosial, ekonomi dan lain-lain.

d) Memberi perhatian dengan mengkaji peribadi pemimpin Islam dan bukan Islam serta
mengetahui cara kepimpinan mereka, sebab-sebab dan faktor kejayaan atau kegagalan
mereka.

Perhatian yang diberikan kepada pengikutnya adalah dengan mengenali mereka


sekadar yang perlu, mengambil tahu hal ehwal mereka, ikut serta bersama-sama
merasai riang dan duka dan bersungguh-sungguh mencari penyelesaian bagi masalah
mereka. Semua ini dapat membantu pemimpin itu untuk mengawal serta membina
thiqah orang bawahan terhadap dirinya seterusnya dapat mengambil faedah daripada
suasana tersebut.Pemimpin yang bersifat dingin terhadap orang bawahannya
menyebabkan hubungan antara kedua-dua belah pihak tidak begitu intim.

Anak buah yang berasa dipinggirkan mungkin akan mengambil sikap tak kisah sahaja
kepada pemimpin mereka. Akibatnya sesuatu perencanaan yang telah disusun tidak
dapat dilaksanakan tanpa kerjasama antara kedua-dua belah pihak. Walau
bagaimanapun, seorang pemimpin janganlah keterlaluan dalam sikapnya unutk
mengambil perhatian orang bawahannya kerana ini juga membuatkan mereka berasa
dikongkong dan tidak bebas.

You might also like