You are on page 1of 13

TRIBUNAL

Ciri-Ciri Tribunal

Menurut Garner, tribunal mempunyai beberapa ciri antaranya ialah satu badan yang bebas dari pihak
pentadbiran dan keputusan ditentukan dengan seadil-adilnya. Selain itu, keputusan yang dibuat
berdasarkan pada ahli-ahli panel dan bukan keputusan milik individu. Keputusan yang dibuat juga akan
menjadi duluan pada kes-kes lain. Prosuder Tribunal amat berbeza dengan mahkamah kerana ia akan
membicarakan kes-kes yang lebih mudah dan fleksibel. Tribunal juga tidak akan dibubarkan selepas
kewujudannya.

Faktor-faktor wujudnya Tribunal

(a) Penambahan kepada fungsi dan tanggungjawab pentadbiran.

Bagi menyalurkan dana pada aktiviti sosial dan ekonomi dalam masyarakat, pihak pentadbiran telah
mengenakan cukai dan kegiatan pengutipan cukai ini telah menyebabkan berlakunya konflik antara
pengutip cukai dengan pembayar cukai. Jika masalah ini diselesaikan oleh pihak mahkamah maka
pertikaian ini akan menjadi lambat berikutan banyak lagi kes-kes yang berat terpaksa diselesaikan oleh
mahkamah. Maka kewujudan system tribunal pentadbiran telah member sumbangan yang positif
terhadap pengekalan sistem mahkamah sekarang.

(b) Kelebihan pada sistem Tribunal

Perkara-perkara yang dibawa ke tribunal biasanya kes-kes yang kecil dan tribunal boleh menyelesaikan
masalah itu dengan pantas kerana tidak terikat dengan prosuder pembicaraan teknikal. Suasana di
tribunal juga kurang formal berbanding suasana mahkamah dan ini member kesan atau impak kepada
pihak-pihak yang berkenaan untuk tampil member keterangan dan memudahkan perbicaraan. Keahlian
panel tribunal juga terdiri daripada mereka yang mempunyai kepakaran dan pengetahuan yang
mendalam mengenai bidang masing-masing contohnya seperti tafsiran cukai perumahan, perkhidmatan
sosial dan lain-lain bidang khusus. Selain itu kos yang murah juga adalah kelebihan tribunal berbanding
mahkamah. Tribunal adalah satu badan yang bebas dan terasing dari pihak pentadbiran hampir sama
seperti mahkamah. Konsep atonomi yang dimiliki oleh tribunal ini meyakinkan orang ramai tentang
keputusan yang dibuat olehnya.
Kelemahan sistem Tribunal.

Kebebasan yang dinikmati oleh tribunal tidak sama seperti mahkamah. Ini kerana kebebasan mahkamah
dijamin dan dilindungi oleh perlembagaan. Terdapat juga ahli-ahli panel terdiri daripada pihak
pentadbiran dan keputusan yang dibuat sedikit sebanyak menyebelahi jabatan. Ahli-ahli tribunal juga
bukan orang yang mempunyai pengetahuan dalam bidang undang-undang. Maka mereka akan
menghadapi masalah dalam mentafsir peruntukan statut. Keputusan yang dibuat lebih cenderong
kepada pendapat ahli-ahli panel. Kelemahan tribunal yang paling ketara pada mata umum ialah tribunal
tidak memberi alasan keputusan dan keputusan yang dibuat tidak perlu disiarkan.

Organisasi Tribunal di Malaysia.

Terdapat beberapa contoh tribunal pentadbiran. Antaranya :-

(1) Mahkamah Perusahaan

Kewujudan : Mahkamah ini telah ditubuhkan di bawah peruntukkan Bahagian VII Akta Perhubungan
Perusahaan 1976.

Ahli : Terdiri daripada Presiden yang dilantik oleh Yang DiPertuan Agong dan tiga ahli panel yang
mewakili pekerja dilantik oleh menteri yang berkenaan. Semua perlantikan perlu diwartakan di dalam
Warta Kerajaan.

Proses Perjalanan : Apabila sesuatu kes diusulkan, menteri atas permintaan bersama kesatuan pekerja
dan majikan atau pun atas usaha sendiri boleh merujuk pertikaian ini ke Mahkamah Perusahaan. Pihak
yang terlibat boleh diwakili oleh mana-mana peguam atau pegawai kesatuan pekerja tetapi dengan izin
mahkamah. Prosiding dibuat oleh Presiden tertakluk kepada peruntukkan akta dan peraturan-peraturan
tertentu.

Keputusan : Di dalam menentukan keputusan pertikaian, mahkamah hendaklah mengikut prinsip-prinsip


hak keadilan semulajadi. Mahkamah boleh memanggil saksi dan mendapatkan akuan bersumpah.
Keputusan dibuat atas keputusan majoriti. Jika keputusan sama, presiden boleh memberi undi
sokongan. “Ekuiti, good conscience dan merit” perlu digunakan tanpa menghiraukan perkara teknikal
dan bentuk.
Kesan : Apabila keputusan dibuat, ia akan mengikat mana-mana pihak yang terlibat. Keputusan adalah
muktamad, tidak boleh dicabar, dirayu atau disemak. Walaubagaimanapun mahkamah ini boleh
merujuk peruntukkan undang-undang kepada Mahkamah Tinggi jika difikirkan perlu.

(2) Siasatan Awam ( Public Inquires )

Pengenalan : Satu proses di mana seorang pegawai penyiasat awam tidak membuat keputusan, beliau
hanya membuat laporan kepada badan berkuasa yang lebih tinggi dan badan berkuasa tersebut akan
mengambil tindakan berdasarkan laporan siasatan daripada pegawai awam yang menyiasat.

Tujuan : Untuk mengumpul keterangan dan mentukan fakta sebelum membuat keputusan. Selain itu,
membolehkan pembuat keputusan untuk mengetahui perkara yang sebenar sebelum membuat
keputusan. Akhir sekali sebagai proses demokrasi agar orang ramai diberi peluang untuk memberikan
pandangan dan pendapat berhubung sesuatu cadangan yang akan dibuat oleh kerajaan.

Kewujudan : Akta Syarikat Malaysia, Akta 125 dibawah seksyen 193 hingga seksyen 210.

Ahli : Menteri boleh melantik pegawai pemeriksa untuk mengendalikan siasatan tehadap urusan syarikat
di bawah peruntukan akta ini.

Proses : Pegawai siasatan mempunyai hak dan kuasa untuk memeriksa buku, dokumen, fail atau apa
sahaja bahan bertulis syarikat. Beliau juga boleh menyoal setiap kakitangan, pegawai dan bekas pegawai
syarikat yang terlibat. Kegagalan mematuhi arahan dan tidak memberi kerjasama akan membolehkan
mereka yang terlibat didakwa di mahkamah. Semasa siasatan dijalankan, pegawai pemeriksa perlu
menggunakan prinsip hak keadilan semulajadi.

Keputusan : Tindakan jenayah boleh dibuat jika bersalah ataupun tindakan boleh diambil atas nama
syarikat untuk mendapatkan gantirugi atau dapatkan kembali harta syarikat atau syarikat juga boleh
ditamatkan.

Kewujudan : The Commission of Enquiry Act 1950.

Ahli : Yang DiPertuan Agong atau pihak berkuasa negeri boleh melantik Suruhanjaya Diraja.

Tujuan : Menyiasat perkara seperti tingkah laku mana-mana pegawai awam di dalam perkhidmatan
awam, kelakuan atau pengurusan mana-mana Jabatan Perkhidmatan Awam ataupun Institusi Awam
dan apa-apa perkara yang pada pendapat Yang Dipertuan Agong untuk kebajikan awam.
Proses : Suruhanjaya mempunyai kuasa dan hak untuk mengambil semua keterangan, menyoal saksi
atas sumpah, memaksa kehadiran seseorang untuk beri keterangan atau bukti samada secara lisan atau
bahan bertulis. Siasatan boleh dilakukan secara tertutup atau terbuka. Sesiapa yang terlibat boleh
diwakili peguam. Semua keterangan yang diberi semasa proses siasatan disifatkan sebagai
“keistimewaan sepenuhnya” dan mereka yang memberikan keterangan tidak boleh didakwa di dalam
sivil prosiding atas keterangan yang diberikan.
PERBADANAN AWAM

Perbadanan awam di sisi undang-undang pentadbiran adalah satu perbadanan yang diwujudkan oleh
Akta Parlimen atau diperbadankan oleh Akta Parlimen bagi tujuan mengendalikan perkhidmatan dan
bekalan secara komersial. Kes TAMLIN V. HANNAFORD (1949) 2 ALL ER 327 Perbadanan mempunyai
identity tersendiri berbeza dari kerajaan. Ia tidak menikmati kekebalan atau pun keistimewaan badan
kerajaan, dari itu kakaitangannya bukanlah kakitangan kerajaan dan hartanya adalah harta perbadanan
bukan harta kerajaan.

Faktor-faktor Perkembangan Perbadanan Awam masa kini.

Mekanisma pembangunan ekonomi Negara. Contoh, kerjaan tidak terlibat secara langsung di dalam
pembekalan barang keperluan seperti elektrik, gas dan lain-lain. Oleh itu perbadanan diwujudkan
sebagai satu badan yang lebih efisen dan cekap bagi membangunkan ekonomi Negara. Sebelum
diswastakan Lembaga Letrik Negara ( LLN ) membekalkan keperluan di seluruh Malaysia tetapi kini telah
diswastakan dan dikenali sebagai Tenaga Nasional. Begitu juga dengan skim perumahan kos rumah
murah. Ia dikendalikan oleh perbadanan perumahan.

Kawalan sumber asas sesebuah Negara. Sumber asas di sesebuah Negara adalah terhad. Sumber-
sumber ini dikendalikan oleh perbadanan awam dan kerajaan boleh mengawal sumber-sumber ini agar
dapat diagihkan sama rata kepada rakyat. Jika sumber-sumber ini dikendalikan oleh pihak swasta ia akan
menyebabkan kekayaan akan tertumpu kepada beberapa golongan sahaja.

Perbadanan Awam juga diperlukan untuk membantu pihak swasta yang memerlukan modal yang besar
bagi menjalankan aktiviti mereka.

Perbadanan awam juga membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat setempat. Di Negara kita,
perbadanan dilantik di kawasan-kawasan tertentu bagi tujuan membangunkan kawasan tersebut seperti
LADA dan MADA. Perbadanan akan menyediakan kemudahan-kemudahan asas pertanian, pelancongan
dan perindustrian bagi merancang ekonomi dan pembangunan di sesebuah kawasan. Secara tidak
langsung peluang-peluang kerja dan perniagaan dapat diisi oleh penduduk setempat.

Selain itu, perbadanan juga membantu bumiputera mencapai ekuiti sebanyak 30 % syarikat awam dalam
sektor komersial dan perindustrian.
Ciri-ciri Perbadanan

1) Perbadanan awam diperturunkan kuasa melalui akta yang mewujudkan perbadanan tersebut.
2) Walaupun kebanyakkan atau majoriti ahlinya adalah kerajaan tetapi ia berasingan daripada
kerajaan dan tidak diiktiraf oleh kerajaan.
3) Perbadanan mempunyai undang-undangnya sendiri.
- Ia mempunyai kuasa menyaman dan boleh juga di saman.
- Ia mempunyai kuasa memperolehi harta-hartanya sendiri
4) Harta perbadanan adalah harta sendirinya sendiri bukan milik kerajaan
5) Perbadanan bukanlah agen kerajaan.
6) Perbadanan tidak mempunyai keistimewaan dan kekebalan seperti kerajaan.
7) Kakitangan perbadanan bukanlah disifatkan sebagai kakitangan kerajaan.
8) Perbadanan juga tidak boleh membiat kotrak jikalau kontrak tersebut bertentangan dengan
polisi awam.

TAMLIN V. HANNAFORD (1949) 2 ALL ER 327 Harta yang diperolehi oleh perbadanan statutori bukanlah
harta kerajaan dan ia tidak menikmati pengecualian dari membayar cukai kepada kerajaan.

ARUMUGAM PILLAI V. GOVERNMENT OF MALAYSIA (1977) 2MLJ 62 Persoalan juga timbul sama ada
Perbadanan Kemajuan Ekonomi Kedah dan Kerajaan Malaysia adalah entiti yang sama. Mahkamah
Persekutuan memutuskan bahawa Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Kedah adalah berasingan
dan mempunyai entiti yang tersendiri berasingan daripada Kerajaan Malaysia.
Contoh-contoh Perbadanan Awam

Bil Nama Keterangan

1. FELDA - Federal Land Development Authority


- Tahun ditubuh 1959 di bawah Land Development Ordinance 1956
- Bertujuan untuk membuka tanah-tanah hutan dan menyerahkannya
kepada peneroka-peneroka yang tidak mempunyai tanah.
2. MADA - Muda Agricultural Development Authority
- Tahun ditubuh 1972 di bawah Muda Agricultural Development
Authority Act 1972.
- Bertujuan untuk memajukan kawasan pertanian Muda dari segi
ekonomi dan social.
PERNAS - Perbadanan Nasional Berhad
- Tahun ditubuhkan 1969 dikenali sebagai Syarikat Awam Berhad dan
didaftrakan dibawah Akta Syarikat.
- Bertujuan untuk menambah penyertaan Bumiptra dalam bidang
Perusahan, Perdagangan dan Kewangan Negara.
4. MARA - Majlis Amanah Rakyat
- Tahun ditubuhkan 1966
- Bertujuan untuk memajukan, memudahkan dan mendorong
pembangunan ekonomi di kalangan penduduk bumiputra bagi
mempercepatkan penyertaan mereka dalam bidang perniagaan dan
perusahaan.
5. UDA - Urban Development Authority
- Tahun ditubuhkan 1971 di bawah Urban Development Act 1971
- Bertujuan untuk melaksanakan projek pembangunan di kawasan
Bandar.
6. SEDC - State Economic Development Corporation
- Bertujuan untuk menggalakkan pertumbuhsn ekonomi negeri dan
antara kegiatan yang dijalankan ialah memajukan kawasan industry,
mendirikan rumah dan kompleks jualan.
Klasifikasi Perbadanan Awam
Dalam Rancangan Malaysia ke 5, Perbadanan dikategorikan kepada tiga kumpulan.

Organisasi Perbadanan Awam


Perbadanan Awam boleh ditubuhkan di dalam beberapa bentuk antaranya:-

Jabatan

Sebelum diswastakan, Keretapi Tanah Melayu, Pos Malaysia dan Telekom telah diuruskan oleh kerajaan
termasuk sumber kewangannya. Walaubagaimanapun ia berhak menguruskan sumber kewangannya
sendiri. Proses yang dijalankan juga lebih mirip kepada komersial. Kakitangannya pula dianggap sebagai
penjawat awam.

Perbadanan Awam berbentuk jabatan ini mempunyai banyak kelemahan, antaranya :-

a) Karenah birokrasi.
b) Red tape.
c) Kelewatan dan kelonggaran dalam membuat keputusan.
d) Tidak sesuai dalam pengurusan perdagangan dan perniagaan.

Perbadanan Statutori

Ditubuhkan melalui perutukan statut seperti FAMA ditubuhkan melalui Federal Agricultural Marketing
Authority Act 1965. Ia dibenarkan oleh Akta Induk untuk menubuhkan anak perbadanan yang lain.

Syarikat Kerajaan

Didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Kerajaan memegang semua kuasa dan hak kerana saham-saham di
dalam syarikat dipegang sepenuhnya oleh kerajaan. Contohnya PETRONAS dan PERNAS.

Perbezaan antara PERBADANAN STATUTORI dan SYARIKAT KERAJAAN

BIL PERBADANAN STATUTORI SYARIKAT KERAJAAN


1. Ditubuh di bawah statut khas dan objektifnya Perlu didaftarkan di bawah Akta Syarikat dan
dinyatakan di dalam statut tersebut objektifnya dinyatakan di dalam artikel
persatuan.
2. Pindaan dan perubahan perlu dibentangkan di Pindaaan boleh dibuat secara pentadbiran
Parlimen dengan meminda artikel Persatuan.

Kawalan-kawalan terhadap Perbadanan Awam.

Kawalan Audit
Perbadanan yang ditubuhkan di bawah peruntukan statut mesti menghantar salinan kira-kira yang telah
diaudit dan laporan tahunan kepada menteri untuk dibentangkan di parlimen. Bagaimanapun
perbadanan yang didaftarkan di bawah Akta Syarikat tidak perlu berbuat demikian. Ia untuk memastikan
wang tabungan digunakan bagi tujuan yang diluluskan dan tanpa pembaziran. Bagi syarikat kerajaan
akaunnya diaudit oleh audit swasta.

Kawalan Parlimen

Bagi perbadanan statutori, akta induk akan memperuntukan akaun yang telah diauditkan, dibentangkan
di parlimen. Perbahasan tidak akan dibuat terhadap akaun tersebut. Perbadanan harus membuat
laporan tahunan kepada parlimen dan laporan ini hanya dibuat dengan ringkas.

Kawalan Menteri

Menteri boleh melaksanakan kawalan dengan lebih berkesan. Perbadanan selalunya bertanggungjawab
kepada kementerian yang tertentu dari segi perlaksanaan fungsi perbadanan tersebut. Kuasa ini
diperturunkan oleh Akta Induk kepada menteri. Menteri juga mempunyai kuasa perlantikan ahli
perbadanan dan dengan itu perbadanan boleh dikawal secara berkesan oleh menteri.

Kawalan Kehakiman

Kawalan mahkamah dibuat dengan menggunakan ultra-virus. Jikalau mana-mana perbadanan awam
menjalankan aktiviti di luar bidang kuasa maka mahkamah akan mengambil tindakan sebagai ultra-virus
atau di luar kuasa. Doktrin ini juga digunapakai kepada syarikat yang diwujudkan di bawah Akta Syarikat.

Pengswastaan
Ia dibuat dengan perbadanan tersebut diserah kepada perusahaan swasta seperti Pos Malaysia atau
membenarkan perbadanan tersebut diuruskan oleh syarikat dan biasa dan sahamnya dijual kepada
orang awam seperti MAS dan TEN.

Faedah pengswastaan

1. Mengurangkan perbelanjaan kerajaan

2. Membuat pengswastaan kepada perbadanan yang boleh menjana keuntungan sahaja

Keburukan

1. Mewujudkan monopoli iaitu ketidak seimbangan dan kelemahan.

Badan swasta dikawal agar objektif keraan untuk member sumbangan perkhidmatan kepada tidak
diketepikan di dalam keghairahan mencari keuntungan.
UNIVERSITI TEKNOLOGI
MARA
KAMPUS SERI ISKANDAR,
BOTA,
PERAK DARUL RIDZUAN.

NAMA : MOHAMAD ZAIDI BIN AHMAD ZAMANI

NO. PELAJAR : 2005205155

TAJUK : TRIBUNAL DAN PERBADANAN AWAM

SUBJEK : LAW309

PENSYARAH : PUAN NURUL JANNAH

TARIKH : 08 MAC 2009


PENUTUP

You might also like