Professional Documents
Culture Documents
Kalaulah litupan itu dibuka oleh Allah barulah akan terserlah segala-galanya.
Tulisan ini hanyalah suatu percubaan yang serba terhad berdasarkan andaian di
atas tadi, untuk mengulangi ulasan perundangan Islam dalam skop yang serba
keunggulan terhad.
Walau apa pun yang dapat diperkatakan ini hanyalah secebis kecil daripada apa
yang seharusnya boleh diperkatakan.
Undang-Undang Islam telah lama dihayati oleh umat Islam, tetapi kerana tentangan
dan permusuhan yang sering melanda umat Islam daripada berbagai-bagai sumber
maka kelangsungan pelaksanaan Undang-undang Islam terbantut.
Kini semakin ketara bahawa umat Islam mula menyedari betapa perlunya undang-
undang itu dihayati semula oleh pemerintah-pemerintah Islam demi menjaga dan
membersihkan diri manusia daripada kesesatan dalam pegangan hidup beragama.
Jika tidak, iman seseorang itu boleh dipertikaikan tentang mengapa mereka lebih
suka memilih dan melaksanakan undang-undang ciptaan manusia dengan
membelakangkan undang-undang Allah s.w.t.
Apakah sistem hidup ciptaan manusia lebih mulia dan lebih praktis daripada
undang-undang "Rabbani" yang diturunkan oleh Allah?
Negara Islam pertama yang ditubuhkan di Madinah dalam tahun pertama Hijrah
(622M) telah melaksanakan syari'at "Rabbani" ke dalam masyarakat manusia
sebagai realiti yang diterima umum.
Walau apa pun yang diperkatakan oleh musuh-musuh Islam tentang negara itu,
ianya tetap mewakili Negara Islam dalam pelaksanaan hukumnya.
Beberapa buah negara umat Islam sedang melaksanakan undang-undang itu dalam
negara mereka seperti Iran, Pakistan, Sudan, dan sebagainya.
Semuanya ini menunjukkan bahawa undang-undang Islam sejak dari lahirnya tidak
pernah mati malah ada tanda-tanda yang jelas bahawa undang-undang tersebut
semakin hari semakin diterima oleh umat Islam untuk dilaksanakan dalam negara
masing-masing.
Masih banyak negara yang acuh tak acuh dengan undang-undang Islam, yakni tidak
yakin dengan undang-undang itu, sedangkan yang berkuasa dan yang memerintah
negara-negara itu adalah orang-orang Islam.
Tidakkah kita merasa ganjil dan sumbang jika orang Islam sendiri tidak menyukai
hukum-hukum agamanya?
Orang Islam lebih gemar dan suka melaksanakan undang-undang ciptaan manusia
daripada melaksanakan undang-undang yang diciptakan oleh Allah, Tuhan yang
dipercayainya, Yang Disembah pagi dan petang, Allah yang dipanjatkan doa
kepada-Nya selalu.
Wujudnya keadaan yang disebutkan itu antara lainnya adalah kerana undang-
undang Islam itu sendiri tidak didedahkan kepada golongan yang berkuasa dengan
cara yang sesuai dengan keadaan mereka untuk difahami oleh mereka dengan
sebaik-baiknya.
Kerana berleluasanya kejahilan menyeluruh tentang Islam itu sendiri dan tabiatnya
sebagai "ad-Deen" yang berteraskan kepada "tasawwur Rabbani", umat Islam
diarahkan pandangan dan fikirannya kepada sesuatu yang tidak Islam, lalu
dibiasakan dengan hidup yang tidak seiring dengan Islam itu sendiri dalam
kebanyakan kegiatan hidup, hingga jadilah umat Islam itu di sebelah pihak dan Islam
itu pun di pihak yang lain tanpa disedari. Perkara ini terjadi kerana tidak terdedahnya
falsafah dan rahsia undang-undang Islam itu kepada pihak-pihak yang berwajib bagi
dilihat Islam itu dari yang "ijabi" (positif), agar ianya lebih banyak daripada
pandangan "salbi" (negatif), bagi tujuan menarik minat kepada undang-undang Islam
sendiri.
Kerana sebab-sebab yang tersebut di atas dan banyak lagi sebab lain yang tidak
perlu disebutkan kesemuanya di sini, maka perbincangan keunggulan Perundangan
Islam perlu diberi perhatian yang lebih.
Atas kebijaksanaan musuh, dipindahkan permusuhan yang sedia ada di dalam hati
mereka ke dalam hati orang-orang Islam yang jahil tentang Islam, lalu berlakulah
permusuhan di dalam barisan Islam itu sendiri seperti yang berlaku sekarang ini.
Ada beberapa istilah yang digunakan dalam Perundangan Islam seperti "syari'ah",
"hukum", "hudud", "Qisas", "ta'zir", dan sebagainya. Istilah tersebut walaupun umum
mengetahui maksudnya tetapi rahsia yang tersembunyi di sebalik istilah-istilah itu
perlu juga diberi perhatian.
i-Syari'ah
Istilah "syari'ah" yang berakar kata daripada "shara 'a" disebut beberapa kali dalam
Al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud;
Kemudian kami jadikan kamu berada di atas suatu syari'ah (peraturan dan undang-
undang) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syari'at itu dan janganlah kamu ikuti
hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahuinya. (Surah Al-Jaatsiah: ayat 18)
Bagi tiap-tiap umat daripada kamu, Kami (Allah) berikan kepadanya peraturan dan
undang-undang serta cara hidup yang lengkap. (Surah Al-Maa'idah: ayat 48)
Perkataan syari'ah ada banyak maknanya. Salah satu daripadanya, seperti yang
tersebut dalam kamus-kamus Arab, syari'ah bermaksud telah masuk ke dalam air
atau telah meminum air itu dengan kedua tangannya. Salah satu maknanya lagi
disebut sebagai jalan ke arah air. Maknanya yang lain ialah tempat keluarnya mata
air dan sebagainya.
Persoalan air pada manusia dan binatang adalah persoalan hidup mati. Semua
makhluk memerlukan air untuk menjamin kehidupan yang berterusan. Air sebagai
satu bahan yang dijadikan Allah s.w.t, telah disebutkan fungsinya oleh Allah dalam
firman-Nya yang bermaksud;
Dan kami jadikan daripada air itu tiap-tiap sesuatu yang hidup (Surah Al-Anbiya':
ayat 30)
Ini bererti bahawa air adalah sumber kehidupan dan penghidupan. Tidak ada
hidupan kalau tidak ada air. Kalau tidak ada air maka tidak ada penghidupan. Dalam
konteks Islam sebagai sesuatu yang menghidupkan, Allah s.w.t berfirman yang
bermaksud;
Wahai orang-orang beriman, sahutilah seruan Allah dan Rasul, apabila kamu diseru
kepada sesuatu yang memberi kehidupan(Surah Al-Anfaal: ayat 24)
Ketika syari'at Islam berfungsi dalam masyarakat, maka subur dan kuatlah
masyarakat itu dalam semua bidang penghidupan. Apabila syari'at itu tidak berfungsi
seperti yang terdapat pada hari ini, jelas kelihatan betapa layu dan mundurnya
masyarakat itu, seolah-olah pokok yang tidak disirami air.
Syari'at Islam adalah suatu syari'at yang hidup, kerana itulah dikaitkan istilah itu
dengan perkataan yang berkaitan dengan kehidupan. Sekiranya manusia inginkan
kehidupan yang baik dan aman damai maka laksanakan syari'at Islam dengan
sebaik-baiknya.
ii-Hukum
Perkataan "hukum" selalu disebut dalam Perundangan Islam. Al-Quran banyak kali
menyebut istilah ini dalam berbagai-bagai bentuk, antaranya yang bermaksud;
Dan hendaklah kamu menghukum antara mereka dengan apa yang Allah turunkan
(kepadamu) dan jangan kamu mengikut hawa nafsu mereka. (Surah Al-Maa'idah:
ayat 49)
Dan sesiapa yang tidak menghukum (manusia) dengan apa yang Allah turunkan
(dari wahyu-Nya) maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir. (Surah Al-
Maa'dah: ayat 44)
Kalau ditinjau daripada sudut pengertian ini, daripada segi bahasanya maka ianya
bererti antara lain ialah;
Inilah sebenarnya tujuan hukum dan falsafahnya di dalam Islam, untuk memberi
kesedaran dan keredaan agar manusia sentiasa berdampingan dengan nilai-nilai
yang baik untuk kebaikan diri manusia itu. Apabila manusia telah menjauhkan diri
daripada hukum-hukum Allah dan mendampingi undang-undang ciptaan manusia
maka berlakulah apa yang berlaku pada hari ini.
iii- Hudud
Istilah "hudud" terdapat dalam Al-Quran melalui ayat-ayat Allah seperti yang
bermaksud;
Dan sesiapa yang melampaui hudud Allah maka sesungguhnya ia telah menzalimi
dirinya. (Surah At-Thalaaq: ayat 1)
Demikian itulah hudud Allah maka janganlah kamu melanggarnya. Barang siapa
yang melanggar hudud ini maka itulah orang-orang yang zalim. (Surah Al-Baqarah:
ayat 229)
Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan Rasul-Nya serta melanggar hudud
Allah nescaya Allah memasukkannya ke dalam api neraka yang kekal ia di dalamnya
dan baginya azab yang amat hina.
Perkataan "hudud" adalah perkataan ganda daripada "had". Dalam kamus Arab,
"had" bererti:
- menghabiskan sesuatu
Tujuan dan hikmah melaksanakan hudud dalam Islam, seperti yang terkandung
dalam pengertian di atas, adalah untuk kebaikan manusia sejagat agar terselamat
daripada hukuman dunia dan yang amat penting terselamat daripada seksaan di
akhirat.
Hukuman seksa yang ditetapkan wajib dilaksanakan untuk menunaikan hak Allah.
Rahmat kepada pesalah kerana dengan hukuman itu akan menyedarkannya dan
mengembalikannya ke jalan baik yang diredhai Allah. Ia juga bertujuan untuk
menghindarkan masyarakat daripada melakukan perkara yang terkeji di sisi agama.
Dengan yang demikian akan harmonilah masyarakat umum daripada bencana
jenayah.
Kebetulan pula negara umat Islam pada hari ini kebanyakannya tidak melaksanakan
hukuman-hukuman ini. Dengan sebab itu, kebaikan daripada melaksanakan
hukuman tersebut tidak dapat disaksikan sebagai sesuatu yang nyata.
Jika ditinjau kebaikan undang-undang hudud itu daripada kenyataan yang wujud
kini, dapatlah dirasakan kebaikannya yang jelas untuk kemaslahatan umat Islam.
Beberapa orang sarjana Islam telah menulis tentang kebaikan undang-undang
tersebut seperti berikut:
Abd Qadir Audah, dalam kitabnya, "At-Tasyri' Al-Jina'I Al-Islamiy Muqarina Bilqanun
Al-Wadha'I" (cetakan 1, 1368H)pada halaman 652 ada menyebut yang bermaksud:
Al-Qadi Dr. Abd Aziz Amir dalam kitabnya, "At-Ta'zir fi As-Syari'ah"(cetakan ke-3,
1377H) pada halaman 425 menyebut yang bermaksud:
Sesungguhnya diriwayatkan daripada Hisyam ibn Abdul Malik, bahawa beliau telah
menggantungkan hukuman hudud setahun di zaman pemerintahnya. Kerana itu
kejadian jenayah tiba-tiba berlaku secara berleluasa dengan banyaknya.
iv-Qisas
Di dalam Al-Quran Allah s.w.t. menyebut "qisas" itu dalam ayatnya yang bermaksud:
Wahai mereka yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu qisas ke atas orang-
orang yang membunuh. (Surah Al-Baqarah: ayat 178)
Dan telah kami wajibkan ke atas mereka di dalam (Taurat) bahawasanya nyawa
dibalas dengan nyawa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan
telinga, gigi dengan gigi, dan luka-luka pun ada qisasnya. (Surah Al-Maa'idah: ayat
45)
Dan bagi kamu dalam pelaksanaan qisas ada jaminan kelangsungan hidup wahai
orang-orang yang mempunyai hati, moga-moga kamu bertaqwa. (Surah Al-Maa'idah:
ayat 179)
Seolah-olahnya bila qisas itu dilaksanakan, akan selesailah kejadian itu dan
ditamatkan kemaraannya daripada terus berlaku dalam masyarakat.
Kita mengambil contoh hukuman ke atas pesalah dalam kes luka melukakan. Dalam
undang-undang ciptaan, bagi kes tersebut, pesalah akan dihukum dengan denda
atau penjara. Manakala yang menuntut pula tidak akan mendapat apa-apa.
Tetapi dalam undang-undang Islam, jika sabit tuntutannya, yang menuntut akan
diberi hak untuk bertindakbalas ke atas pesalah seperti mana keseksaan yang
diterimanya sebelum itu.
Luka dilukai balas, patah dipatahkan balas, dan seterusnya. Jika sekiranya yang
menuntut tidak suka membalas, tetapi suka dibayar ganti rugi, maka ia boleh
berbuat demikian. Ataupun jika ia hendak memaafkan maka bolehlah ia berbuat
demikian.
v-Ta'zir
Dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
Dan kamu membantu mereka dan memberi pinjaman kepada Allah dengan pinjaman
yang baik. Sesungguhnya Aku (Allah) akan menutupi dosa-dosa kamu dan akan Aku
masukkan kamu ke dalam Syurga yang di bawahnya berlari sungai-sungai. (Surah
Al-Maa'idah: ayat 12)
Perkataan "a za ra", "azzara", "ta'zeeran", dan sebagainya diertikan dalam kamus-
kamus Arab yang bermaksud:
Daripada ayat-ayat Al-Quran di atas tadi, dengan makna-makna yang jelas nyata
serta pengertian daripada segi bahasanya, ta'zir dalam hubungan ini seolah-olah
menjadikan undang-undang Islam yang termasuk di dalam hukum ta'zir akan
menjadi sebaik-baik pertolongan kepada pemerintah dan masyarakat umum untuk
mencegah penjenayah daripada melakukan kesalahannya setelah hukum ta'zir itu
dilaksanakan.
Kesimpulan
Sedangkan manusia itu adalah makhluk yang akan terus hidup di alam yang lebih
luas dan lebih panjang daripada alam dunia ini selepas matinya.
Undang-undang Islam tidak mengabaikan aspek duniawi seperti yang difikirkan oleh
penggubal-penggubal undang-undang ciptaan.
Malah lebih mementingkan harga diri insan yang sebenarnya, iaitu keimanannya
kepada Allah Yang Maha Esa. Demi menjaga keimanan itu Islam menurunkan
peraturan dan undang-undang untuk manusia menjaga seluruh keperluannya.
i. Menjaga Agama
-dengan menghukum rejam atau sebat ke atas orang yang sabit berzina
v- Menjaga harta -dengan menghukum memotong tangan (pencuri) atau tangan dan
kaki (perompak)
Apa sahaja yang membawa kepada terpeliharanya lima perkara itu, maka itulah dia
"maslahah". Setiap perkara yang boleh membawa kepada kerosakan salah satu dari
lima atau seluruhnya, maka itu adalah keburukkan dan kerosakkan yang mesti
ditentang.
Syari'at Islam adalah syari'at yang mengutamakan maslahah manusia. Sama ada
masalah duniawi mahupun ukhrawi. Segala peraturan dan perundangan yang
dilaksanakan dalam masyarakat manusia adalah untuk menjamin kelima-lima
perkara yang tersebut di atas supaya terpelihara dengan sebaik-baiknya.