You are on page 1of 106

OBJEKTIF PEMBELAJARAN

• Menyatakan definisi perancang keluarga


• Menerangkan kaedah-kaedah perancang keluarga
• Menghuraikan pengurusan penerimaan perancang
keluarga
• Menjelaskan agama dan perancang keluarga
• Memberi motivasi kepada klien
• Membantu klien membuat pilihan kaedah untuk
menjarakkan kelahiran
• Memberi bekalan perancang keluarga kepada klien
KONSEP DAN POLISI

• Kabinet menerima cadangan penubuhan


Perancang Keluarga Negara (1965)
• Parlimen meluluskan Akta Perancang Keluarga
Negara dan LPKN diisytiharkan sebagai sebuah
badan berkanun dibawah Jabatan Perdana
Menteri (1966)
Samb…

• Semasa perancangan Malaysia pertama dan


kedua (1966 – 1970 – 1975) Program
Perancang Keluarga Kebangsaan hanya
memberi perkhidmatan kontraseptif kepada
mereka yang tidak berkemampuan tetapi
sekarang perkhidmatannya menuju kearah
pembangunan keluarga.
• Sekarang LPKN dikenali sebagai LPPKN
(Lembaga Penduduk & Pembangunan Keluarga
Negara) dibawah Kementerian Perpaduan
Negara & Pembangunan Masyarakat
OBJEKTIF LPPKN

• Merancang, menyelaras dan mengawasi aliran


pertumbuhan, taburan dan saiz penduduk
supaya seimbang dengan pertumbuhan
ekonomi dan sumber negara.
• Memperkukuhkan institusi keluarga ke satu
tahap penghidupan yang sihat, stabil dan
sejahtera bagi melahirkan orientasi penduduk
yang berkualiti dan yang boleh menyumbang
kepada pembangunan negara.
Apa dia perancang keluarga ?

Perancangan keluarga melibatkan


tanggungjawab pasangan suami isteri dalam
membuat keputusan tentang masanya untuk
mendapatkan anak dan bilangan anak yang
dikehendaki. Ini adalah untuk meningkatkan
taraf kesihatan dan keselamatan ibu dan anak.
Matlamat perancang keluarga
Perancangan keluarga membantu anda mencapai
matlamat-matlamat berikut :-
• Tidak bimbang akan mendapat anak yang tidak
dirancang
• Menentukan masa mendapat anak
• Menetapkan bilangan anak mengikut
kemampuan bagi menyediakan keperluan anak
Samb…

• Meninggikan taraf kesihatan kedua-dua ibu dan


anak
• Memberi masa yang berkualiti, kasih sayang
dan penjagaan keluarga.
Risiko kehamilan
Kebiasaannya, kehamilan tidak menghadapi apa
apa masalah. Walaubagaimanapun, risiko
kesihatan ibu dan anak meningkat sekiranya :-
• Ibu berumur dibawah 18 tahun, kemungkinan
melahirkan bayi kurang berat badan atau susah
lahir kerana pelviknya belum matang.
• Ibu berumur lebih 35 tahun, kemungkinan lebih
tinggi melahirkan anak cacat seperti Sindrom
Down
Samb…

• Ibu yang melahirkan lebih 5 anak berturut-turut


tanpa menjarakkan 2 tahun atau lebih
kemungkinan mengalami masalah pendarahan,
kekurangan darah dan tekanan darah tinggi.
Keadaan ini boleh menyebabkan kematian ibu
atau anak jika keadaan bertambah serius dan
tidak dirawat.

Down syndrome
Definisi perancang keluarga

• Perancang keluarga merupakan satu pilihan yang


bijak untuk mengamalkan kontraseptif oleh
pasangan yang berkahwin supaya membantu
mereka mempunyai cahaya mata apabila mereka
telah bersedia. Ini dapat meningkatkan taraf
kesihatan ahli keluarga serta dapat hidup dalam
keadaan riang gembira
Samb…

• Setiap keluarga berhak mempunyai bilangan


anak yang mereka idamkan, tetapi jarak diantara
satu anak dengan anak yang lain boleh
dirancang dengan menggunakan kaedah-
kaedah perancang keluarga
KAEDAH / CARA KONVENSIONAL

• Azal (Coitus interuptus)


Merupakan kaedah yang lama, kini masih
digunakan/diamalkan. Semasa proses
persetubuhan sebelum kemuncak orgasm lelaki
akan keluarkan penis dari vagina dan air mani
akan dipancutkan diluar faraj. Penis tidak boleh
dimasukkan semula kedalam vagina selepas
sperma diejakulasi diluar kerana sisa-sisa
sperma masih ada dan boleh menyebabkan
kehamilan
Samb…

• Kelemahannya – menghalang kepuasan


maksimum kedua-dua pihak.
• Penyususan susu ibu dalam jangkamasa
panjang (LAM / lactational amenorrhoea
method) ia adalah cara yang sering digunakan,
dimana susu ibu diberi sebanyak dan sekerap
yang mungkin kepada anak. Semasa penyusuan
pengeluaran hormone oleh badan adalah hampir
sama dengan pengeluaran hormone semasa
hamil (prolaktin L, estrogen L)-
Samb…

ini menyebabkan wanita tidak subur. Ovum tidak


matang dan tidak dikeluarkan, sperma pula tidak
bertemu dengan ovum maka kehamilan tidak
berlaku
• Kelemahannya – setiap wanita
masa suburnya adalah berbeza,
ada yang datang haid selepas
anak bercerai susu ibu dan
sebaliknya. Oleh itu kaedah ini
lebih berisiko.
Changes on concentration of anterior pituitary & ovarian hormones
KAEDAH / CARA SEMULAJADI

• Calendar / masa selamat


Dalam pusingan haid, terdapat masa subur dan
masa tidak subur. Kehamilan boleh terjadi pada
masa tertentu setiap pusingan haid.
Terdapat beberapa cara saintifik bagi mengesan
ovulasi :
• Cara hormone paras oestrogen meningkat
sebelum ovulasi, Corpus luteum
akan mengeluarkan hormone
Progesterone selepas ovulasi
berlaku
Samb…

• Ovulasi (penetasan telur) berlaku 14 hari


sebelum haid yang akan
datang Ovum boleh hidup
hanya 12 – 14 jam selepas
ovulasi
Samb…

• Lendir servik dikeluarkan oleh pundi-pundi


endoservikal
Sebelum ovulasi ianya pekat,
berwarna kelabu dan tebal, ini
menghindarkan kemasukan
sperma.
Semasa ovulasi berlaku dibawah
stimulasi oestrogen, lendir
menjadi cair dan licin dimana
sperma boleh masuk kesaluran
servik
Samb…

Selepas ovulasi, dibawah stimulasi


progesterone, lendir menjadi pekat
kembali.
• Suhu badan suhu turun selepas ovulasi
suhu naik 0.3 – 0.5 dibawah
stimulasi progesterone
suhu akan terus naik sehingga
sejurus haid turun
Ovulation
Cara mengira masa selamat

Untuk mengira masa subur, anda mesti mencatat


pusingan haid anda bagi 6 bulan sekurang
kurangnya contoh :
Januari 25 hari
Februari 28 hari
March 26 hari
April 30 hari
Mei 28 hari
Jun 31 hari
Samb…

Berdasarkan pada contoh diatas :


• Pusingan haid yang paling pendek adalah
Jan 25 hari
• Pusingan haid yang paling panjang adalah
Jun 31 hari
Untuk mengetahui hari pertama subur, anda
tolakkan 18 hari dari 25, iaitu 25 tolak 18 = 7
jadi hari ke 7 setelah bermula haid ialah hari
pertama subur.
Samb …

• Untuk mengetahui hari akhir masa subur pula


tolakkan 11 dari 31, iaitu 31 tolak 11 = 20
• Ini bermakna masa subur ialah dari hari ke 7
setelah bermula haid hingga hari ke 20

Perhatian – kaedah ini tidak digalakkan


sekiranya pusingan haid kurang dari 25 hari dan
melebihi 31 hari
Samb…

• Cara mucus / lendir


• Sebelum ovulasi ianya pekat, bewarna kelabuan
dan tebal, ini menghindarkan kemasukan
sperma-selamat untuk mengadakan
perhubungan seksual
• Semasa ovulasi berlaku dibawah stimulasi
oestrogen, lendir menjadi cair dan sperma boleh
masuk kesaluran servik – tidak selamat untuk
perhubungan seksual
Samb…

• Selepas ovulasi, dibawah stimulasi


progesterone, lendir menjadi pekat kembali –
selamat untuk mengadakan perhubungan
seksual.

• Cara suhu badan


• Sukatan suhu badan seseorang adalah
berlainan setiap hari mengikut masa pusingan
haid
• Awal pusingan haid – suhu badan diantara 36o c
dan 37oc
Samb…

• Semasa ovulasi – suhu badan menurun diantara


0.1oc – 0.2oc dan keadaan ini akan berterusan
sehingga 3 – 4 hari. Sekiranya ibu tidak hamil,
suhu badan akan menurun diikuti dengan
keluaran haid.
• Jika kehamilan berlaku, sukatan suhu badan
akan terus naik. Ini adalah disebabkan oleh
paras hormone oestrogen yang meningkat
didalam saluran darah
Samb…

Cara mengguna “ovulation thermometer”

• Sebelum tidur, pastikan raksa turun keparas


36oc
• Ambil suhu badan, sejurus bangun dari tidur
setiap hari (sebelum melakukan aktiviti-aktiviti
lain seperti berjalan,mandi,makan,minum dll
• letakkan ‘thermometer’ didalam mulut bawah
lidah selama 5 minit
• Catatkan suhu didalam carta graf suhu.
Penetasan telur
37.0
.9

.8
.7

.6
.5

.4

.3

.2

.1

.0
1 3 5 7 9 11 13 15 17 19 21 23 25 27 1 3 5

Haid Masa Tidak Selamat Selamat Haid

Graf Menunjukkan Hari Penetasan Telur


KAEDAH / CARA MEKANIKAL
• Kondom (sarung getah)
Diperbuat dari getah yang nipis
• Sarungkan kondom ke zakar yang tegang
sebelum memasukkan zakar kedalam vagina. Ia
adalah untuk mengumpul air mani dan
menghalang benih lelaki masuk kedalam vagina
perempuan.
• Keluarkan zakar dari vagina sebaik sahaja
selepas pancutan untuk mengelak tumpahan
airmani kedalam vagina
• Gunakan kondom baru untuk setiap
persetubuhan
Samb…

Kebaikan kondom
• Mudah didapati
• Sangat berkesan, hampir 90 – 98% jika
digunakan dengan teliti. Lebih berkesan jika
digunakan dengan spermisid.
• Boleh membantu untuk mencegah penyakit
seperti HIV/AIDS
• Tidak membawa kesan sampingan

Sekiranya kondom pecah semasa persetubuhan


wanita tersebut hendaklah keklinik untuk
mendapatkan nasihat.
Samb…

• Alat dalam rahim (I.U.C.D)


• Merupakan satu alat yang dimasukkan dan
ditempatkan didalam rahim untuk mencegah
kehamilan.
• Ia bertindak dengan mencegah pertemuan
antara sperma dan ovum, serta membuatkan
ruang rahim tidak sesuai untuk penampalan oleh
kerana kehadiran alat dalam rahim/kuprum
Samb…

• Jenis alat dalam rahim


• Lippes loop
• Nova T
• Copper 7
• Multiload

Ianya diperbuat daripada plastik dan


sesetengahnya disaluti dengan copper (kuprum)
Samb…

• Kontraindikasi
• Ibu yang disyaki mengandung
• Penghidap penyakit barah dalam organ
reproduktif seperti barah rahim dan barah
pangkal rahim
• Pendarahan haid yang luarbiasa
• Penyakit dan jangkitan dirongga pelvic
• Sejarah mengandung ektopik
• Ketumbuhan dalam rahim
Samb…

• Kedudukan rahim yang luar biasa


• Hb kurang dari 9 gram
• Haid yang tidak menentu
• Menghidapi penyakit kelamin
Samb…

• Pemasangan I.U.C.D / ADR


• Dalam keadaan biasa, pemasangan dilakukan
pada penghujung kedatangan haid.
• Selepas bersalin, 6 minggu dengan syarat
belum melakukan persetubuhan. Bagi mereka
yang melahirkan anak secara pembedahan
dinsihatkan 6 bulan selepas pembedahan.
• Selepas pengguguran – sejurus selepas
pengguguran disahkan sempurna oleh doktor.
Samb…

• Nasihat selepas pemasangan


• Mengajar rasa benang terutama selepas haid
• Cuci tangan
• Duduk dalam keadaan mencangkung
• Masukkan jari dalam vagina sedalamnya
sehingga menyentuh benang dipangkal rahim
• Cuci tangan semula.
Samb…

• Kesan sampingan ADR


• Sakit pinggang
• Sakit ari-ari
• Turun darah selepas pemasangan alat
• Turun darah antara haid
• Alat dalam rahim terkeluar
• Benang ADR yang tidak dirasai
• Senggugut
Samb…

Dapatkan rawatan doktor jika……


• Mengalami pendarahan yang banyak dan
lama
• ADR terkeluar atau separuh keluar
• Tiada rasa benang atau benang didapati
panjang
• Tiada haid
• Demam,sakit ari-ari,keluar keputihan banyak
dan berbau – tanda-tanda PID (pelvic
inflammatory disease)
Samb…

Lawatan tindaksusul
• Lawatan pertama – 6 minggu selepas
kemasukkan ADR
• 3 bulan
• 6 bulan
• Setahun sekali sehingga tamat tempuh
Masa pengeluaran ADR
• Atas permintaan pengguna
• Tamat tempuh penggunaan ADR
• Pengguna mengalami masalah berkaitan
dengan ADR
Samb…

• Diaphragm (lapik liang rahim)


Ia merupakan alat lembut berbentuk mangkuk
diperbuat dari getah. Penggunaan dan fungsi:
• Jumpalah doktor untuk mendapatkan saiz yang
bersesuaian dengan anda.
• Semasa penggunaan jika berat badan anda
bertambah atau menurun sebanyak 5 kg
diafragma baru perlu digunakan
• Sapukan diafragma dengan krim atau jeli. Krim
dan jeli ini dapat membunuh sperma didalam air
mani.
Samb…

• Masukkan diafragma kedalam faraj sebelum


persetubuhan, untuk menutup pintu masuk
kerahim (servical os) dan mencegah benih lelaki
masuk kerahim.
• Keluarkan diafragma keesokan paginya, dicuci
dan disimpan untuk penggunaan seterusnya.
Samb…

Kebaikkannya
• Mudah dan selesa
• Boleh disimpan dan digunakan bila perlu
• Sangat berkesan, hampir 90 – 98%
• Tiada kesan sampingan
KAEDAH / CARA KIMIA
Diperbuat dari bahan kimia yang tidak merbahaya
terdiri dari krim,jeli atau buih (foam)
• Krim atau jeli
• Masukkan krim atau jeli kedalam faraj
sebelum persetubuhan. Ia akan membunuh
sperma dalam air mani
• Patuhi arahan penggunaannya supaya lebih
berkesan
• Lebih kurang 80% berkesan,tetapi lebih
berkesan jika digunakan dengan kondom.
Samb…

• Kebaikkannya
• Mudah didapati
• Tidak memerlukan arahan doktor
• Mudah digunakan
• Tiada kesan sampingan. Cuma sebilangan kecil
pengguna mungkin mengalami sedikit gangguan
disebabkan alahan.
Samb…

• Buih / foam tablet


• Sejenis ubat berbentuk bulat yang diperbuat dari
bahan kimia
• Masukkan ubat ini kedalam faraj 10 – 15 minit
sebelum persetubuhan supaya ubat ini dapat
hancur dan berbuih. Ubat ini akan membunuh
benih-benih lelaki.
• Patuhi arahan menggunakannya supaya lebih
berkesan. Lebih kurang 80% berkesan, tetapi
lebih berkesan jika guna kondom.
Samb…..

• Kebaikannya

• Mudah didapati
• Tidak memerlukan arahan doktor
• Mudah digunakan
• Tiada kesan sampingan
KAEDAH / CARA PENGGUNAAN
HORMONE
Ianya boleh didapati dalam tiga persediaan iaitu
pil, suntikan dan susuk (norplant implant)
Pil diperbuat dari hormone tiruan yang digelar
oestrogen dan progestrone. Pil yang digunakan
dalam program Perancang Keluarga Kebangsaan
mengandungi :-
• Oestrogen Ethinyl oestradiol 0.03mg dan 0.5gm
• Progesterone Levonorgestre 150mg atau
Desogestrel 150mg.
Samb…

• Jenis –jenis pil


• Combine oral contraceptives (COCs)
• Progestin oral contraceptives (POCs)
• Progestrerone only pill (POP)
Samb…

• Tindakan pill
Pil bertindak disistem pembiakan dengan cara :
• Menghalang pengeluaran ovum (ovulasi)
• Menukar corak lendir dipangkal rahim –
lendir menjadi tebal, dengan ini menghalang
perjalanan sperma (benih lelaki)
• Menjadikan keadaan dalam ruang rahim
tidak sesuai untuk penempelan benih.
Samb…

• Indikasi
• Tidak mengandung
• Tiada mempunyai masalah perubatan

• Kontraindikasi
• Mengandung
• Penyakit kuning (jaundice)
• Penyakit thromboembolic
• Sakit jantung yang teruk
• Kanser payudara dan kanser pangkal rahim /
rahim.
Samb…

Ibu-ibu yang tidak boleh mengamalkan pil kecuali


dengan rawatan dan pengawasan doktor adalah :
• Kelenjar pituitary yang tidak berfungsi
• Pendarahan dari faraj yang tidak menentu
• Sakit kepala yang kuat
• Darah tinggi, kencing manis, lelah, urat timbul
dikaki atau faraj.
• Sakit jiwa
Samb…

Masa memulakan pil


• Selepas bersalin:
• Menyusukan bayi – digalakkan menggunakan
cara lain seperti kondom atau ADR selama 6
bulan
• Tidak menyusukan bayi – mula makan pil 4
minggu selepas bersalin, dengan syarat ibu
belum lagi mengadakan hubungan kelamin.
Sekiranya ibu sudah mengadakan hubungan
kelamin dan tiada haid, ibu perlu menjalani
ujian air kencing terlebih dahulu untuk
memastikan ibu tidak mengandung
Samb…

• Selepas keguguran – boleh memulakan makan


pil selepas sahaja keguguran disahkan
sempurna oleh doktor
• Ibu-ibu lain – pada hari ke 5 kedatangan haid.
Sekiranya lewat (diantara hari ke 6 hingga hari
ke 10 ibu boleh juga makan pil, tetapi perlu
menggunakan bersama cara lain, selama satu
minggu.
Samb…

• Cara memakan pil – pil pusingan 21 biji


• Mulakan makan pil pada hari ke 5 kedatangan
haid
• Setiap hari ibu perlu mengambil sebiji pil pada
masa yang ditetapkan, biasanya selepas makan
malam atau sebelum masuk tidur.
• Sekiranya ibu terlupa untuk mengambil pilnya,
awal pagi keesukkan harinya ibu perlu
mengambil sebiji dan malamnya perlu ambil
sebiji lagi untuk hari tersebut.
Samb…

• Selepas habis 21 biji, rehat 7 hari dan dalam


masa 7 hari ini pendarahan vagina (haid) akan
berlaku
• Mulakan pusingan baru pada hari ke 8 selepas
berihat. Rajah pil 21 biji
Samb…

• Pil pusingan 28 biji (21 biji kontraseptif dan 7 biji


vitamin)
• Mulakan makan pil pada hari ke 5 kedatangan
haid
• Mulakan dengan mengikut tanda anak panah di
peket pil.
• Selepas habis 21 pil kontraseptif teruskan
dengan pil vitamin, sementara itu pendarahan
vagina (haid) akan berlaku.
• Apabila habis kesemua 28 biji pil, teruskan
dengan pusingan yang baru.
Rajah pil 28 biji
Samb…

• Pil kontraseptif boleh dimakan waktu malam


atau pagi, tetapi apabila telah dimulakan ianya
mesti diteruskan mengikut waktu yang sama
setiap hari. Sekiranya terlupa :-
• Sebiji – perlu dimakan dalam masa 12 jam
• Dua biji atau lebih, sambung pil, tetapi perlu
menggunakan bersama-sama cara lain.
• Sekiranya datang haid, berhenti makan pil dan
mulakan dengan peket yang baru pada hari ke 5
kedatangan haid.
Samb…

• Tempoh penggunaan pil.


• Jarak kehamilan adalah antara 2 – 3 tahun
• Umur ibu :-
• Sehingga 35 tahun
• 35 tahun dan lebih – sekiranya enggan
menukar cara, perlu diperiksa dan diletakkan
dibawah pengawasan doktor
Samb…

• 40 tahun keatas – perlu diperiksa dengan teliti


oleh doktor, sekiranya tidak mengalami apa-
apa kontraindikasi atau kesesuaian, ibu boleh
terus mengamalkan pil sehingga berumur 45
tahun. Pemeriksaan fizikal dan ‘pap smear’
diperlukan setiap tahun
Samb…

• Kesan asmpingan
• Meloya
• Pening kepala
• Payudara terasa tegang
• Keluaran lendir yang berlebihan dari faraj
• Keluaran darah antara haid
• Keluaran darah sedikit-sedikit (spotting)
• Penambahan berat badan
• Kurang nafsu seksual
PROGESTERONE ONLY PILL
Pil ini hanya mengandungi hormone progesterone
sahaja.
Tindakannya:
Memekatkan lendir serviks dan bertindak sebagai
penghalang sperma.
Samb…

Indikasi
• Ibu-ibu yang menyusukan bayi
• ‘benign breast lump’
• Anaemia
• Varicose veins
• Sakit kepala
• Fibroids
• Dysmenorrhoea
Samb…

Kontraindikasi
• Kanser payudara
Proses kanser
• Jaundice

Cara makan
• Selepas bersalin – 6 minggu selepas kelahiran
atau hari ke 5 selepas kedatangan haid
• Makan setiap hari pada masa yang sama
• Satu pusingan 28 biji dimakan tanpa berhenti
dan seterusnya memulakan peket pusingan
yang baru
Samb…

• Kesan sampingan
• Turun darah tidak menentu
• Tiada haid
• Haid banyak dan lama
• Sakit kepala dan pening
Suntikan
Kaedah suntikan mengandungi hormone
progesterone dan ianya sangat berkesan untuk
mencegah kehamilan. Suntikan bertindak disistem
pembiakan dengan cara:-

• Menghalang pengeluaran ovum


• Menukarkan corak lendir diperingkat rahim
dimana lendir menjadi tebal, dengan ini
menghalang perjalanan benih lelaki
• Menjadikan keadaan dalam ruang rahim tidak
sesuai untuk pencantuman benih
Samb…

• Jenis suntikan
• Depo-provera 150 mgm
• Noristeral (norigest) 200 mgm
Samb…

• Indikasi
• Pesakit jiwa
• Pesakit dengan masalah perubatan seperti:-
• Urat timbul (kaki/faraj)
• Sakit thyroid
• Kencing manis
• Tekanan darah tinggi
• Tuberculosis
Samb…

• Pengamal yang tidak tahan dengan kesan


sampingan oestrogen (pil)
• Gagal dengan kaedah lain
• Sebagai cara sementara sebelum membuat
keputusan menjalani pemandulan.
Samb…

• Jadual suntikan
• Suntikan permulaan – hari ke 5 kedatangan
haid
• Hari ke 6 – 7 kedatangan haid dimana boleh
mengambil cara suntikan sekiranyan ada
haid tanpa perlu menggunakan cara kedua
• Hari ke 6 – 7 kedatangan haid dimana boleh
mengambil suntikan dan sekiranyan tiada
haid perlu menggunakan cara kedua dahulu
sehingga satu minggu.
Samb…

• Bagi ibu yang menyusukan bayi – 6 minggu


selepas bersalin
• Ibu-ibu yang tidak menyusu – 4 minggu
selepas bersalin
• Ibu-ibu yang mengalami keguguran – dalam
masa 1 minggu dimana keguguran tersebut
hendaklah disahkan sempurna oleh doktor
• Suntikan seterusnya setiap 60 hari.
Samb…

• Kesan sampingan
• Gangguan pusingan haid – samada tiada
haid atau haid yang tidak teratur
• Penambahan berat badan
• Meloya
• Pening / sakit kepala
SUSUK NORPLANT (norplant implant)

• Hanya mengandungi hormone progesterone


sahaja
• Mengandungi 6 kapsul kecil dipasang di bawah
kulit tangan melalui pembedahan kecil
• Dapat mencegah kehamilan selama 5 tahun
• Kesuburan akan kembali selepas pengeluaran
susuk.
Samb…

Kontraindikasi
• Penyakit hepar – barah hepar
• Keturunan yang mengalami perdarahan yang
tidak menentu
• Kanser payudara
• Berat badan melebihi 70 kg.

Jadual kemasukan susuk


• Selepas bersalin – 6 minggu
• Ibu-ibu lain – hari ke 5 kedatangan haid.
Samb…

Kesan sampingan
• ‘amenorrhoea’ (tiada kedatangan haid)
• Sakit kepala
• Keputihan dari faraj
• Rambut luruh
• Penambahan berat badan
Faedah mengguna kaedah hormonal
• Mencegah kehamilan
• Mencegah kanser ovari
• Mencegah kanser endometrium
KAEDAH KEKAL- PEMBEDAHAN
PEMANDULAN

Kaedah ini boleh dilakukan kepada perempuan


atau lelaki
• Bilateral tubal ligation
Pembedahan pemandulan adalah cara kekal
yang dilakukan dengan mengikat kedua-dua
salor fallop, dengan cara ini, telur perempuan
dihalang dari turun melalui saluran fallop untuk
bertemu dengan sperma lelaki
Samb…

• Indikasi
• telah mempunyai saiz keluarga yang cukup
dari segi jumlah anak dan jantina yang
dikehendaki
• Atas sebab-sebab kesihatan – sakit jantung,
sakit mental atau telah melalui 3
pembedahan caeserian
• Jenis pembedahan
• Mini – laparotomy
• Laparoscopy
Cara tersebut mudah dilakukan & selamat
Samb…

Pengendalian ibu sebelum pembedahan


• Kaunseling – pasangan dirujuk kepada doktor /
jururawat terlatih untuk sesi kaunseling
• Pemeriksaan fizikal – untuk menilai tahap
kesihatan ibu
• Keizinan pemandulan – menandatangani surat
keizinan pemandulan oleh pasangan suami
isteri.
Samb…

Pengendalian selepas pembedahan laparotomy


• Lawatan susulan –
selepas 1 minggu buka jahitan
6 minggu – Pap smear
3 bulan, 6 bulan dan setahun sekali, untuk
melakukan pemeriksaan lanjutan.
• Kaunseling – persetujuan boleh dilakukan
selepas mendapat haid yang pertama selepas
pembedahan
• Kesan pembedahan – pembedahan ini tidak
mengganggu persetubuhan dan haid akan datang
seperti biasa.
Samb…

Pemandulan lelaki
• Merupakan cara merancang keluarga yang
kekal dimana saluran-saluran yang membawa
benih lelaki dari buah zakar ke kantung zakar di
potong dan hujungnya diikat.
• Bila saluran-saluran ini dihalang, benih lelaki
tidak bercampur dengan air mani, jadi air mani
yang dipancut ke dalam faraj semasa
persetubuhan tidak mengandungi sperma.
• Ia merupakan kaedah yang selesa dan tiada
kesan sampingan kecuali terdapat kekusutan
Samb…

• Pembedahan yang mudah dilakukan oleh doktor


dan ianya mengambil masa cuma 10 -15 minit
sahaja.
• Persetubuhan hanya boleh dilakukan selepas
luka sembuh, iaitu lebih kurang 7 hari selepas
pembedahan. Selepas pembedahan air mani
masih mengandungi benih lelaki.
• Air mani tidak mengandungi benih lelaki hanya
selepas 15 kali pancutan air mani dan diikuti
dengan ujian benih lelaki
Samb…

• Pancutan boleh dibuat samada dengan


mastubasi (melancap) atau hubungan kelamin.
Jika ingin mengadakan hubungan kelamin
dalam tempuh tersebut salah seorang daripada
pasangan perlu menggunakan alat pencegah
yang berkesan.
Yang dianugerahkan Allah adalah yang
diingini oleh kedua ibubapanya.
Setiap anak….
Mempunyai hak untuk menikmati
kehidupan berkeluarga yang aman dan
bahagia
Setiap anak….
Mestilah dikehendaki dan disayangi
KEPERLUAN
EKONOMI

KEPERLUAN KEPERLUAN
PELAJARAN SOSIAL

PEMBANGUNAN
KELUARGA

KEPERLUAN KEPERLUAN
KESIHATAN ROHANI
KEPERLUAN
PERUBAHAN SIKAP
& KESEDARAN
FUNGSI / TANGGONGJAWAB
JURURAWAT KESIHATAN UMUM /
JURURAWAT KESIHATAN DAN
PENOLONG JURURAWAT
FUNGSI / TUGAS JURURAWAT KESIHATAN
UMUM / JURURAWAT KESIHATAN

• Menjalankan aktiviti sesi klinik perancang


keluarga
• Memberi motivasi perancangan keluarga
kepada klien
• Membantu ibu / bapa dalam pemilihan
kaedah kontraseptif yang betul
• Melakukan pemeriksaan fizikal rutin
Samb …..

• Membekalkan kontraseptif kepada klien


• Melakukan prosedur pengambilan ‘Pap
Smear’ dan membantu kemasukan alat
dalam rahim
• Merujuk klien secara rutin / klien yang
mengalami masalah kepada doktor
• Mengekalkan dan mengemaskini rekod
bekalan dan ‘filing’
• Membuat pesanan stok kontraseptif
FUNGSI / TUGAS PENOLONG
JURURAWAT
• Membantu ibu dalam pemilihan kaedah
kontraseptif yang betul
• Melakukan pemeriksaan fizikal rutin
• Membekalkan kontraseptif kepada klien
• Membantu didalam prosedur pengambilan ‘Pap
Smear’ dan kemasukan alat dalam rahim
• Mengekalkan dan mengemaskini rekod dan
‘filing’
• Membantu semasa menjalankan aktiviti sesi
klinik perancang keluarga

You might also like