You are on page 1of 20

BIL TAJUK MUKA SURAT

1. Tajuk Kajian
2. Penghargaan
3. Pendahuluan
4. Objektif kajian
5. Kawasan kajian
6. Kaedah kajian
7. Hasil kajian
8. Rumusan
9. Lampiran

10. Rujukan
SALAM HORMAT…

Terlebih dahulu saya ingin memanjatkan syukur kehadrat ilahi kerana dengan
izinnya saya dapat menyelesaikan tugasan folio yang diamanahkan dengan sempurna.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada pihak yang telah
membantu saya menyiapkan folio ini. Antaranya,ialah:-

 Guru geografi saya ,Pn Celimah bt Ramli kerana dengan bimbingan dan nasihat
beliau telah membantu saya dalam usaha menyelesaikan folio ini.

 Kedua ibu bapa saya yang telah banyak memberi nasihat serta galakan untuk
menyelesaikan folio ini dengan sempurna .

 Rakan –rakan yang telah memberi beberapa maklumat penting bagi


memantapkan lagi folio ini.

 Dan tidak lupa kepada individu yang membantu saya secara langsung atau
tidak langsung.

1
Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran geografi, murid tingkatan 1 diwajibkan

menjalankan kerja khusus kajian geografi tempatan. Murid-murid diberi tajuk

berkenaan bentuk muka bumi dan potensinya di tempat tinggal masing-masing.

Maka, saya Muhamad Akmal Syafiq b. Muhamad Asri memilih Bandar Alor

Setar sebagai lokasi kajian memandangkan ia merupakan tempat tinggal saya pada

masa sekarang. . Kawasan ini merupakan kawasan yang membantu penduduk dalam

meningkatkan ekonomi negara.

Tempoh yang diberi bagi menyiapkan kajian ini adalah selama lapan minggu.

Saya menulis laporan kajian ini secara individu berdasarkan data dan maklumat yang

dikumpul. Hasil maklumat yang saya dapat banyak memberi manfaat kapada saya.

2
Saya menjalankan kajian geografi tempatan ini dengan tujuan untuk memenuhi
objektif berikut:

 Mengenal pasti bentuk muka bumi di sekitar kawasan Bandar Alor Setar.

 Mengetahui aktiviti penduduk yang dipengaruhi oleh bentuk muka bumi.

 Mengkaji kesan kegiatan penduduk terhadap bentuk muka bumi

 Mengkaji langkah-langkah mengatasi masalah bentuk muka bumi terutama


di kawasan Bandar Alor Setar.

 Melatih agar lebih peka terhadap kawasan sekeliling.

 Menghargai bentuk muka bumi dan alam sekitar di kawasan Bandar Alor
Setar.

 Dapat mengulangkaji pelajaran secara tidak langsung.

3
 Kawasan kajian yang saya pilih ialah Bandar Alor Setar.

Ia terletak di negeri Kedah Darul Aman iaitu selepas negeri Perak Darul Ridzuan
dan sebelum negeri Perlis Darul Takzim. Kedah juga dikenali sebagai ’Negeri
jelapang padi’ kerana tanah pamahnya yang rata dan subur. Disini juga disertakan
beberapa perkara berikut:-

 Peta Negara Malaysia

 Peta Negeri Kedah

 Peta Daerah Bandar Alor Setar (kaw.kajian)

Negeri kajian

PETA NEGERI MALAYSIA

4
Setiap negeri di Malaysia terdiri daripada beberapa daerah. Kedah juga
memiliki daerahnya tersendiri. Di antaranya adalah:-

 Kubang Pasu

 Padang Terap

 Kota Star

 Pendang

 Yan

 Sik

 Kuala muda

 Baling

 Bandar baharu

 Kulim

Baling

PETA DAERAH KEDAH

Bagi menjalankan kajian ini, saya menfokuskan kepada daerah Kota Setar. Ini
kerana Bandar Alor Setar terletak di dalam kawasan daerah Kota Setar.

5
Bandar kajian

PETA BANDAR ALOR SETAR

Pandangan darat fizikal di kawasan Kota Setar menunjukkan terdapat laluan


lebuhraya dan jalan utama ke kawasan sekitar bandar tersebut. Selain itu, terdapat
juga pembinaan sekolah, kilang dan lain-lain di Bandar Alor Setar. Bagi menfokuskan
tentang kawasan kajian yang di jalankan, saya memilih kawasan Taman Rajawali
Indah memandangkan rumah saya terletak di kawasan tersebut.

6
Taman perumahan
kajian
PETA TAMAN PERUMAHAN KAJIAN: Taman Rajawali Indah

Taman Rajawali Indah terletak di Negeri Kedah iaitu di Bandar Alor Setar. Taman
perumahan ini merupakan kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Alor Setar.
Lokasinya terletak kira-kira 5 kilometer dari pusat bandar. Jika menaiki bas
tambangnya sebanyak Rm 1 dan ia mengambil masa lebih kurang 10 minit jika tiada
kesesakkan untuk sampai ke lokasi kajian. Taman perumahan ini juga terletak
berdekatan dengan Masjid Al-Bukhary dan Pasaraya besar Giant. Terdapat pelbagai
kemudahan yang disediakan termasuklah pondok telefon, bekalan elektrik dan air.

Keluasan Taman Rajawali Indah ini ialah 314056.8 meter persegi. Kawasan
taman ini merupakan kawasan tanah pamah dan berbukit. Kawasan ini merupakan
bekas sawah padi.

Selain daripada itu, penduduk di Taman Rajawali Indah terdiri daripada berbilang
kaum seperti kaum Melayu, Cina, India dan sebagainya. Dari segi kaum, penduduk di
kawasan taman perumahan ini majoritinya terdiri daripada kaum Melayu.
Dianggarkan jumlah penduduk di kawasan ini adalah sebanyak 100 orang penduduk.
Mereka bekerja sebagai kakitangan kerajaan dan swasta.

7
Di dalam proses menyiapkan kajian ini, saya telah menggunakan beberapa kaedah
kajian supaya kajian yang dijalankan lebih berkesan. Diantara kaedah yang telah
digunakan adalah:-

1) Pemerhatian:

Menjalankan kaedah pemerhatian selama dua hari terhadap kawasan kajian


seperti papan tanda yang terdapat di sekitar Bandar Alor Setar

2) Soal Selidik:

Temuramah secara perseorangan dengan penduduk di Bandar Alor Setar bagi


mendapatkan maklumat kajian.

3) Rujukan:

Menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti Internet, buku dan majalah


yang terdapat di perpustakaan awam Alor Setar.

Menggunakan bahan dari media massa seperti television dan radio bagi
mengumpul maklumat tambahan berkenaan kawasan kajian.

4) Perbincangan:

Mengadakan perbincangan berkumpulan bersama rakan-rakan bagi


mendapatkan maklumat tambahan berkenaan kawasan kajian.

Menjalankan perbincangan bersama ahli keluarga terutamanya ayah saya bagi


memantapkan maklumat yang telah dikumpul.

8
Bentuk muka bumi dan potensinya di kawasan Taman Rajawali Indah

Tanah di kawasan perumahan ini terdiri daripada kawasan tanah pamah, dan
berbukit. Tanah pamah amat sesuai untuk pelbagai jenis ekonomi seperti
petempatan penduduk dan pembinaan kilang. Kawasan tanah rata menjadikan kos
untuk membina rumah adalah rendah. Kebanyakkan rumah terdiri daripada rumah
kos rendah dan mampu dimiliki. Maka, kawasan perumahan ini telah menyediakan
banyak laluan jalan raya dan kemudahan sosial.

9
Aktiviti Penduduk

Setelah menjalankan kajian terhadap aktiviti penduduk di kawasan perumahan


ini, saya mendapati kebanyakkan daripada mereka adalah pekerja kilang. Ini kerana
kawasan pengilangan berdekatan dengan kawasan tempat tinggal mereka.

Kilang

Selain itu, terdapat juga sebahagian daripada penduduk bekerja di sektor


kerajaan contohnya seperti doktor, jururawat, guru, kerani dan pegawai. Ada juga
yang bekerja secara sendiri iaitu membuka perniagaan di kedai ataupun membuka
gerai makanan.

10
Kedai perniagaan

Gerai makanan

11
Kesan daripada Aktiviti Penduduk

Kesan yang timbul daripada aktiviti penduduk adalah:

a) Pencemaran udara/ bau

b) Hujan asid

c) Pencemaran air

12
d) Kepupusan kehidupan flora dan fauna akibat penerbangan pokok

13
Punca-punca Masalah

Antara punca-punca masalah yang timbul adalah:

Selain itu, pembuangan sampah merata-rata juga mengakibatkan berlakunya


pencemaran bau yang kurang menyenangkan para penduduk di kawasan ini.

Pembinaan sistem perparitan yang tidak sempurna mewujudkan celahan-


celahan di longkang. Ini menyebabkan air mengalir keluar daripada longkang
yang terletak ditepi cerun .Aliran air menyebabkan berlakunya hakisan tanah.

Selain itu, hakisan tanah berlaku kerana struktur tanah yang tidak kukuh
kerana terletak di tepi cerun tanpa sebarang pengikat. Hakisan yang berlaku
adalah berpunca daripada ketiadaan tanaman tutup bumi atau tanaman
menjalar di sekitar longkang dan tepi cerun bukit.

14
Langkah Mengatasi Masalah

Antara langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini adalah:

 Menanam batu-batu kelikir di kawasan tanah yang strukturnya kurang kukuh


atau tidak kukuh bagi mengelakkan hakisan air yang mengalir.

 Menanam tanaman tutup bumi atau tumbuhan menjalar di sekitar kawasan


terdedah terutamanya di kawasan cerun bukit dan sekeliling longkang. Ini
dapat mengurangkan hakisan dan kelajuan air hujan.

 Membaiki atau menyediakan sistem perparitan yang lebih padu dan kukuh
untuk mengelakkan air keluar daripada celahan longkang dan mengelakkan
parit tersumbat.

 Mengadakan Kempen Pendidikan Alam Sekitar. Kempen ini bertujuan untuk


mewujudkan kesedaran kepada penduduk akan kepentingan alam sekitar.

 Selain itu, penguatkuasaan undang-undang juga perlu dilakukan. Ini perlu


untuk mengawal dan melindungi alam sekitar daripada terancam. Di samping
itu, ini dapat mewujudkan rasa tanggungjawab terhadap alam sekitar.

15
Kesimpulannya, saya berasa bangga menjadikan warganegara Malaysia kerana
negara kita dianugerahi bentuk muka bumi yang mempunyai pelbagai sumber alam.
Setelah membuat kajian ini saya dapat merasai dan menghayati kepentingan
ekonomi yang dijalankan bagi pembagunan Negara. Selain itu, saya juga mengetahui
kegiatan ekonomi di kawasan setempat yang mana memberi sumbangan kepada
Negara. Akhir kata, saya berharap kawasan yang saya duduki akan lebih maju dan
pesat pada masa hadapan. Saya amat berbangga kerana dapat hidup dalam kawasan
ini dengan bentuk muka bumi yang seimbang dan penduduk yang prihatin terhadap
kawasan sekeliling.

16
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA BALING

17
KEDAH DARUL AMAN

Borang soal selidik /temubual

NAMA :

JANTINA : LELAKI PEREMPUAN

KAUM : MELAYU

CINA

INDIA

LAIN-LAIN

JENIS PEKERJAAN:-

JENIS PEKERJAAN TANDAKAN NAMAKAN

KERAJAAN

SWASTA

SENDIRI

18
1) www.googlemaps.com

2) Majlis Bandaraya Alor Setar ,Kedah.

3) Ahli Keluarga

4) Kementerian Pelajaran Malaysia,2002(GeografiTingkatan 1,Kuala


, Lumpur Aura Production Sdn Bhd.

19

You might also like