You are on page 1of 16

KESELAMATAN AM

PUNCA KEMALANGAN
Kebanyakan kemalangan yang berlaku berpunca
daripada kegagalan mematuhi peraturan yang telah
ditetapkan di bengkel. Kemalangan bukan sahaja
mengakibatkan kecederaan atau kematian, malah
akan rnenyebabkan kerugian harta benda.

Terdapat tiga punca utama kemalangan :

a)Kecuaian manusia
b)Keadaan tempat kerja
c)Keadaan mesin dan peralatan
A) Kecuaian Manusia
Kecuaian merupakan faktor yang boleh menyebabkan kemalangan.

Antara kecuaian yang boleh berlakunya kemalangan dan langkah


pencegahan.

Punca Kemalangan Langkah Pencegahan


Tidak memberikan tumpuan Menumpukan perhatian
terhadap kerja yang terhadap kerja yang sedang
dilakukan. dilakukan.
Tidak membuat perancangan Merancang terlebih dahulu
yang betul sebelum kerja yang akan dilaksanakan.
melaksanakan sesuatu kerja.
Tidak mempunyai Mempelajari cara
pengetahuan yang mencukupi mengendalikan peralatan atau
tentang cara-cara mesin.
mengendalikan peralatan atau
mesin.
Punca Kemalangan Langkah Pencegahan

Tidak mematuhi peraturan Mematuhi peraturan


bengkel dan tanda amaran keselamatan ketika berada di
Keselamatan yang ditetapkan. bengkel.

Tidak menggunakan peralatan Menggunakan peralatan


mengikut kegunaan sebenar mengikut kegunaan sebenar
alatan tersebut. peralatan tersebut.

Tidak mematuhi prosedur Mengendalikan peralatan


penggunaan peralatan dan mesin dan mesin mengikut prosedur
yang ditetapkan.
b) Keadaan tempat kerja
Suasana tempat kerja juga boleh menyebabkan kemalangan

Punca Kemalangan Langkah Pencegahan


Keadaan lantai yang kotor. Lantai hendaklah
dibersihkan sebaik sahaja
selesai bekerja.
Keadaan Iantai licin kerana Lantai hendaklah sentiasa
berlaku tumpahan bahan cecair dalam keadaan kering.
seperti air atau minyak.
Peralatan, bahan dan serpihan Susun peralatan yang tidak
ogam dibiarkan berselerak di digunakan. Buang serpihan logam
lantai. di tempat yang dikhaskan
Punca Kemalangan Langkah Pencegahan

Kawasan kerja yang terhad, Kawasan kerja mestilah


tiada ruang untuk bergerak mempunyai susun atur yang
dengan selesa baik dan laluan berjalan
tidak dihalang

Keadaan persekitaran tidak Sistem pengalihudaraan dan


mempunyai pengalihudaraan dan pencahayaan peru berfungsi
pencahayaan yang baik dengan baik.

Kawasan kerja yang teralu Pakai palam ton telinga jika


bising. suasana kerja terlalu bising.
c) Keadaan mesin dan peralatan
Keadaan mesin dan peralatan yang boleh menyebabkan kemalangan

Punca Kemalangan Langkah Pencegahan


Bahagian mesin yang Pastikan penghadang keselamatan
bergerak tidak dilindungi pada mesin tidak ditanggalkan.
penghadang keselarnatan. Ketatkan skru penghadang
keselamatan jika longgar.

Mesin tidak disenggarakan Setiap mesin hendaklah


dengan baik. disenggarakan secara berkala.

Kedudukan mesin tidak Mesin perlu disusun dengan


teratur. teratur.
Punca Kemalangan Langkah Pencegahan

Menggunakan mesin yang tidak Pastikan mesin yang


memenuhi piawaian keselamatan digunakan memenuhi
yang ditetapkan. piawaian keselamatan yang
ditetapkan.

Kerosakan pada peralatan atau Pastikan peralatan yang rosak atau


kebocoran litar elektrik. kebocoran bar elektrik dibaiki segera.

Menggunakan alat yang rosak. Pastikan alat yang digunakan


Contohnya menggunakan pahat sentiasa berkeadaan baik.
berkepala cendawan.
Jenis Kemalangan di Bengkel
A. Renjatan elektrik
Renjatan elektrik ialah keadaan tubuh manusia yang terkena arus
elektrik. Antara langkah keselamatan yang perlu diambil bagi mengatasi
renjatan elektrik ialah:

Memastikan semua pendawaian dibumikan, suis keselamatan dan


suis kecemasan berfungsi dengan baik serta diperiksa secara
berkala. Langkah ini perlu dilakukan kerana kadar voltan yang
dibekalkan terlalu tinggi, iaitu 240 V atau 415 V

Memastikan wayar atau kabel yang bocor diganti atau dibalut


dengan penebat.

Memastikan kawasan kerja mengimpal sentiasa kering.

Mernakai sarung tangan kulit yang kering apabila melakukan


kerja mengimpal arka.
B. Kebakaran
Antara langkah keselarnatan yang perlu diambil mengelakkan
berlakunya kebakaran di bengkel ialah:

Jauhkan baban mudah terbakar seperti petrol, pencair (thinner),


cat, turpentin dan silinder gas asetilena dan kawasan mengimpal

Beritahu penyelia sekiranya berlaku litar pintas, peralatan rosak


atau kebocoran pendawaian.

Pastikan kedudukan alat pernadam api diletakkan di tempat yang


dikenal pasti serta mudah diambil.

Pastikan peralatan pencegahan kebakaran seperti hos bantu mula,


penggera api dan alat pemadam api sentiasa dalam keadaan yang
boleh digunakan. Seperti rajah di bawah:
penggera api hos bantu mula

C. Radiasi daripada kimpalan

Sinar infrarnerah dan sinar ultraungu yang terhasil daripada sinaran arka
boleh rnenyebabkan kulit terbakar dan mata berasa sakit. Radiasi
daripada kimpalan boleh diatasi dengan memakai dan menggunakan
peralatan mengimpal yang lengkap
D. Wasap beracun

Kerja mengimpal dan pemotongan oksiasetilena akan menghasilkan gas


atau wasap beracun, terutamanya apabila mengimpal atau memotong
besi galvani, tembaga, loyang dan plumbum. Langkah keselamatan yang
perlu diambil sekiranya berlaku wasap heracun ialah:

1. Memakai topeng penapis pernafasan apabila melakukan kerja


mengimpal di tempat yang tidak rnernpunyai sistern pengalihudaraan
yang baik.

2. Memastikan stesen mengimpal mempunyai sistem


pengalihudaraan yang baik. Penggunaan penyedut asap
merupakan kaedah terbaik untuk mengatasi masalah mi.
E. Kecederaan diri

Bekerja di bengkel mendedahkan anda kepada risiko kecederaan seperti


luka dan melecur. Walau bagaimanapun, masalah kecederaan dapat
dikurangkan sekiranya anda mengamalkan tatakerja yang baik dan
mernatuhi segala peraturan keselamatan bengkel yang telah ditetapkan.
Pertolongan Cemas
Rawatan awal boleh dilakukan jika berlaku kecederaan atau renjatan elektrik
sebelum bantuan dan rawatan perubatan daripada pegawai perubatan bertauliah
diberikan. Anda perlu mengetahui teknik untuk membantu mangsa yang tercedera
akibat kemalangan semasa bekerja di bengkel. Jika berlaku kecederaan teruk, anda
perlu bertenang dan jangan panik. Langkah awal yang boleh dilakukan ialah:

Putuskan bekalan elektrik serta-merta dengan menekan butang


kecemasan.

Selamatkan mangsa daripada punca bahaya.

Kenal pasti bentuk kecederaan. Periksa mangsa untuk menilai


tahap kecederaan agar mudah diberi rawatan yang sepatutnya.

Berikan bantuan pernafasan jika perlu.


Kotak pertolongan cemas
Kotak pertolongan cemas seperti dalam rajah dibawah perlu
dilengkapi ubat-ubatan dan diletakkan di tempat yang boleh dilihat dan
mudah diambil apabila diperlukan. Senarai ubat-ubatan yang perlu ada di
dalam kotak pertolongan cemas dan kegunaannya.

Jenis Ubat` Kegunaan Kaedah Penggunaan


Cecair akriflavina Merawat luka bahagian luar Sapu di tempat luka

Krim antiseptik Merawat luka kecil Sapu di tempat luka


Eusol/spirit Merawat luka/kudis Cuci di bahagian luka/kudis

Pembersih mata (eye wash Mengatasi keletihan mata Cuci mata

Titis mata (eye drop) Menyegarkan mata Titiskan ke dalam mata


Serbuk kalsium karbonat Merawat luka kecil Sapu di tempat luka
Plaster Merawat luka kecil Tampal di tempat luka
Tablet antasid Merawat gastrik Telan
Perribalut krep (crepe) Merawat luka/melecur Balut di bahagian
luka/cedera
Kapas penyerap Mencuci luka Tekap di tempat luka
Pencegahan Kebakaran
Kebakaran boleh rnenyebabkan kecederaan, kehilangan nyawa dan
kerugian harta benda. Oleh itu, anda perlu rnengetahui beberapa .alat
pemadam api yang dapat rnencegah kebakaran daripada merebak
Jenis Pemadam Api Kegunaan Kaedah Penggunaan

Kelas A:- Jenis air Memadam kebakaran yang 1.Cabut pin keselamatan
melibatkan bahan pepejal pada tuas.
seperti kayu, kain dan 2.Halakan muncung ke
kertas pangkal api kertas.
3.Tekan tuil. Air akan
menyembur keluar.

Kelas B: Memadam kebakaran yang 1.Cabut pin keselamatan


Jenis Buih m&ibatkan bahan cecair pada tuas.
dan gas mudah terbakar 2.Halakan muncung ke
seperti minyak, cat, pangkal api.
varnis, gas ash dan gas 3.Tekan tuil. Lapisan buih
asetilena. akan mehimpah dan
memenuhi permukaan
bahan yang terbakar.
Jenis Pemadam Api Kegunaan Kaedah Penggunaan

Kelas C: Memadam kebakaran 1. Cabut pin keselamatan


Jenis Karbon Dioksida yang berpunca pada tuas.
daripada arus elektrik 2. Halakan muncung ke
seperti papan pangkal api.
transtormer, peralatan 3. Tekan tuil. Gas
kuasa elektrik, gas dan termampat dalam
wap. sihinder akan keluar
sendiri.

Kelas D: Memadam kebakaran 1. Cabut pin kesetamatan


Jenis Serbuk yang mehibatkan pada tuas.
Kering bahan logam dan 2. Halakan muncung ke
bukan logam seperti pangkal api.
kalium, magnesium, 3. Tekan tuil. Serbuk
natrium, titanium dan kering akan terkeluar
kebakaran yang boleh sendiri.
dipadamkan oleh
pemadam api kelas A.
B dan C.

You might also like