P. 1
Tesis

Tesis

|Views: 6,394|Likes:
Published by yangshah

More info:

Published by: yangshah on Oct 26, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

04/14/2015

pdf

text

original

PSZ 19:16 (Pind.

1/97) UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS ♦
JUDUL: TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN. SESI PENGAJIAN : 2005/2007 Saya : WONG HUEY LING
Mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. 2. 3. 4. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. **Sila tandakan ( / ) SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972) (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TERHAD

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh, ________________________ (TANDATANGAN PENULIS)
Alamat Tetap 12 JALAN RAHMAT 5, TAMAN SRI RAHMAT, 83700 YONG PENG, JOHOR. PROF.MADYA DR.MOHAMED NAJIB B. ABDUL GHAFAR Nama Penyelia

_________________________
(TANDATANGAN PENYELIA)

Tarikh: 06 NOVEMBER 2007

Tarikh:………………………

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. ♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

Pengesahan Penyelia

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan & Pentadbiran)”.

Tandatangan Nama Penyelia

: :

………………………………… PROF. MADYA DR. MOHAMED NAJIB BIN ABDUL GHAFAR

Tarikh

:

…………………………………

ii

TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN

WONG HUEY LING

Laporan Projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat penganugerahan ijazah Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran)

Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia

NOVEMBER 2007

iii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : Nama Penulis : Tarikh :

………………………………. WONG HUEY LING 06 NOVEMBER 2007

iv

Untuk semua yang dikasihi: suami dan anak yang menjadi sumber utama kegembiraan dan kebahagian dalam perjalanan hidup serta ibu bapa, ibu dan bapa mertua yang diingati selalu.

Terima kasih yang tiada penghujungnya di atas sokongan dan pengertian kalian.

Semoga kejayaan sentiasa akan menjadi milik kita bersama.

v

PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan penghargaan yang tulus ikhlas khas kepada Prof. Madya Dr. Mohamed Najib Abdul Ghafar selaku penyelia kajian di atas bimbingan, nasihat, tunjuk ajar dan dorongon sehingga kajian ini dapat disiapkan.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua pensyarah Universiti Teknologi Malaysia, teristimewa untuk Prof. Dr. Abu Bakar Hj. Hashim, Dr. Hamdan Said, Prof. Madya Dr. Hussein Mahmood, Prof. Madya Hazil Abd. Hamid, En. Hassan Hushin, Prof. Madya Syed Mohamed Shafeq Syed Mansor, Dr. Norhani Bakri, Prof. Madya Dr. Hj. Abdul Hafidz Hj. Omar, Prof. Madya Dr. Hj. Shaharom Noordin, Dr. Hj. Mohd. Anuar Abdul Rahman, dan Dr. Yusof Boon yang telah mencurah ilmu tanpa mengira penat lelah. Saya juga ingin meragkamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Dr. M. Al-Muzammil Mohd. Yassin, selaku penyelaras program atas segala bantuan dan sokongan yang diberikan sepanjang program pengajian dijalankan.

Penghargaan dan terima kasih juga diucapkan kepada semua pengetua, guruguru dan pelajar-pelajar sekolah menengah yang terlibat atas sokongan dan kerjasama sehingga kajian ini berjaya disiapkan.

Akhirnya, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama mengikuti kursus Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) Universiti Teknologi Malaysia di atas segala bantuan, dorongan, humor dan cerita yang telah menjadi rangsangan kepada saya sepanjang tempoh program pengajian ini.

vi

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan bagi meninjau tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan di enam buah sekolah menengah daerah Batu Pahat. Objektif kajian adalah untuk mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum yang merangkumi tiga bidang iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform dengan pembentukan lima dimensi daya kepimpinan iaitu yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah dan kepuasan menjalankan tugas. Alat kajian yang digunakan ialah satu set soal selidik berstruktur dan sampel kajian terdiri daripada 300 pelajar tingkatan empat. Analisis Pekali Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk menguji hipotesis. Keputusan analisis korelasi menunjukkan tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mempunyai hubungan yang signifikan dengan pembentukan daya kepimpinan. Pada bahagian akhir, dicatatkan cadangan-cadangan sebagai bahan rujukan kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurus sekolah, guru penasihat kokurikulum, dan guru kaunseling bagi meningkatkan kualiti pengurusan kokurikulum di sekolah. Pengurusan kokurikulum yang efektif akan menarik pelajar melibatkan diri dengan aktif dan seterusnya membantu kepada pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar yang juga merupakan pemimpin akan datang masyarakat.

vii

ABSTRACT

The primary intent of this study is to investigate the relationship between the involvement level of students in co-curricular activities and the formation of leadership ability in six secondary schools in Batu Pahat district. The study focus on relationship between student involvement in three formally structured co-curricular fields, sports and games, society and club, and uniform unit with the formation of five dimensions of leadership abilities including self-confidence, responsibility of doing duties, decision making capability, problem solving capability, dan satisfaction in doing duties. The study used a structured questionnaire as the research instrument and the population group consisted of 300 form four students. Pearson Correlation Coefficient ( r ) analysis is used to test the hypotheses. The result of the correlation analysis revealed that the student involvement level in co-curricular activities and the formation of leadership abilities had a significant relationship. At the last section, were recorded the suggestions which would act as references to the Ministry of Education, school aministrators and advisers of co-curricular management in secondary schools. The effective co-curricular management will attract students’ interest to participate actively and hence assist to the formation of leadership ability among the students and future leaders of society.

viii

KANDUNGAN

BAB

PERKARA

MUKA SURAT

HALAMAN JUDUL HALAMAN PENGAKUAN HALAMAN DEDIKASI HALAMAN PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN

i ii iii iv v vi vii xi xii xiii

BAB I

PENDAHULUAN

1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8

Pengenalan Latar Belakang Masalah Pernyataan Masalah Objektif Kajian Hipotesis Kajian Kepentingan Kajian Skop Dan Batasan Kajian Definisi Istilah Kajian 1.8.1 1.8.2 1.8.3 Tahap Penglibatan Aktiviti Kokurikulum Daya Kepimimpinan

1 2 5 5 6 7 8 10 10 11 12 17

1.9

Kerangka Konsep

ix

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1 2.2

Pengenalan Latar Belakang Pendidikan Kokurikulum 2.2.1 2.2.2 2.2.3 2.2.4 2.2.5 Konsep Aktiviti Kokurikulum Matlamat Aktiviti Kokurikulum Objektif Aktiviti Kokurikulum Kepentingan Aktiviti Kokurikulum Strategi dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

19 19 20 21 22 23

24 25 25 28 30

2.3

Kepimpinan 2.3.1 2.3.2 Konsep Kepimpinan Kepimpinan Pelajar

2.4

Kajian-Kajian Bahan Berkaitan 2.4.1 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Luar Negara 2.4.2 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Dalam Negara

30

33

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 3.6 3.7

Pengenalan Rekabentuk Kajian Populasi Dan Sampel Kajian Instrumen Kajian Kajian Rintis Analisis Data Takwim Kajian

38 38 41 42 43 44 46

x BAB IV ANALISIS DATA

4.1 4.2 4.3

Pengenalan Latar Belakang Responden Analisis Inferensi Kolerasi 4.3.1 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri 4.3.2 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab Menjalankan Tugas 4.3.3 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan Membuat Keputusan 4.3.4 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan Menyelesaikan Masalah 4.3.5 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan Menjalankan tugas 4.3.6 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan

47 47 49

49

50

51

53

54

55

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1 5.2

Pengenalan Perbincangan Dapatan Kajian 5.2.1 5.2.2 Ciri Demografi Responden Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri 5.2.3 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan

57 57 58

58

xi Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab Menjalankan Tugas 5.2.4 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan Membuat Keputusan 5.2.5 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan Menyelesaikan masalah 5.2.6 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan Menjalankan tugas 5.2.7 Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan 5.3 5.4 5.5 5.6 Rumusan Dapatan Kajian Cadangan Tindakan Cadangan Untuk Kajian Lanjutan Kesimpulan 64 66 66 68 69 63 62 61 59

RUJUKAN LAMPIRAN

71 77

xii

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL

TAJUK

MUKA SURAT

3.1 3.2 3.3 3.4 3.5 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5

Item-Item Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum Item-Item Daya Kepimpinan Kaedah Penganalisisan Data Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Dua Pembolehubah Takwim Kajian Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaum Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri

43 43 45 45 46 48 48 48 49

50

4.6

Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab Menjalankan Tugas 51

4.7

Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan Membuat Keputusan 52

4.8

Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan Menyelesaikan Masalah 53

4.9

Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan Menjalankan Tugas 54

4.10

Analisis Korelasi Hubungan Tahap Penglibatan Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan 55

xiii

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH

TAJUK

MUKA SURAT

1.1

Hubungan Yang Wujud Antara Pembolehubah Bebas Dan Pembolehubah Bersandar 17 21 39

2.1 3.1

Hubungan Di Antara Kurikulum Dan Kokurikulum Reka Bentuk Kajian

xiv

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN

TAJUK

MUKA SURAT

A B C

Borang Soal Selidik Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian

77 87 90

BAB I

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Kepimpinan dapat dijelaskan sebagai satu proses mempengaruhi ke atas kumpulan dalam situasi dan masa yang khusus yang dapat merangsang ahli-ahli untuk berusaha secara rela hati bagi mencapai matlamat bersama. Kepimpinan yang cekap dan berkesan boleh menentukan maju mundurnya sesebuah organisasi (Gribben, 1972).

Pemimpin adalah individu yang berwibawa, berketerampilan, berdaya tahan dan berkarisma. Proses membentuk dan melahirkan pemimpin yang terbaik memerlukan masa yang panjang. Pemimpin yang hebat sekarang ini tidak dilahirkan sebagai pemimpin secara semulajadi, sebaliknya dibentuk melalui proses pembentukan daya kepimpinan yang berterusan sejak zaman persekolahan (Azizah, 1991).

Di sekolah pelajar berpeluang menyertai aktiviti kokurikulum. Di sinilah daya kepimpinan semakin berkembang dan memerlukan pembinaan yang lebih

teratur. Ketika orang lain baru hendak mengilap daya kepimpinan, bekas pemimpin pelajar telah memacu jauh ke hadapan dalam langkahnya tersendiri. Mereka dapat menggunakan pengalaman menjadi pemimpin ketika alam persekolahan untuk terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

2

1.2

Latar Belakang Masalah

Pendidikan adalah salah satu daripada sektor yang dipertanggungjawabkan untuk menyediakan generasi masa depan. Oleh itu kualiti kehidupan rakyat dalam sesebuah negara dapat diukur melalui tahap pendidikan rakyatnya. persekolahan di Malaysia dipengaruhi oleh Akta Pelajaran 1961. Sistem Kegiatan

pendidikan di sekolah terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu kurikulum dan kokurikulum (Laporan Razak, 1956).

Falsafah Pendidikan

Kebangsaan

telah meggalurkan

keseimbangan

perkembangan pelajar dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani semasa berada di peringkat alam persekolahan. Melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan, kurikulum sekolah digubal bagi memenuhi keperluan mental, fizikal dan sosial pelajar dengan penekanan kepada aspek pengajaran dan pembelajaran formal yang melibatkan sukatan dan kandungan mata pelajaran, aktiviti kokurikulum sebagai lanjutan dari yang di atas, seperti penglibatan pelajar dalam persatuan-persatuan dan kelab mata pelajaran, sukan dan permainan dan badan-badan beruniform. Segala aktiviti yang disediakan dalam sistem pendidikan bertujuan menggalakkan perkembangan

jasmani, emosi, rohani dan intelek pelajar selain dari menggalakkan pembentukan daya kepimpinan dan sahsiah kepimpinan yang boleh membina keperibadian pelajar.

Mohd. Najib (2007) menyatakan

pendidikan seimbang

seharusnya

menekankan kepada kedua-dua aspek akademik dan aktiviti kokurikulum. Penekanan yang seimbang ini akan dapat mewujudkan satu bangsa Malaysia yang harmonis dan seimbang. Umum menerima hakikat bahawa generasi hari ini

merupakan pemimpin masa depan. Apa yang menarik untuk kita ketahui daripada kenyataan ini ialah sejauh manakah generasi muda hari ini sedar akan hakikat bahawa mereka kelak akan menjadi pemimpin dan perlu meneruskan kesinambungan tanggungjawab kepimpinan kepada masyarakat?

Ramai pelajar berpendapat aktiviti kokurikulum hanyalah merupakan satu aktiviti bebas atau aktiviti sampingan tanpa memperlihatkan matlamat dan objektif yang nyata (Faridah, 1988). Tumpuan serta keutamaan hanya diberikan kepada

3

pemburuan keputusan akademik cemerlang sahaja. Ada juga pelajar berpendapat pelajar yang aktif dalam kokurikulum akan menjejaskan kecemerlangan prestasi akademik. Walau bagaimanapun kenyataan ini telah disangkal oleh Lim (1988) dalam kajiannya yang menyatakan tidak ada hubungan yang signifikan dalam pencapaian akademik bagi pelajar yang aktif dan kurang aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Pengkaji berpendapat, walaupun ramai pelajar mengakui akan kepentingan aktiviti kokurikulum dalam pembangunan modal insan yang mempunyai kemahiran dan menghayati nilai-nilai murni seterusnya memupuk semangat menguasai kemahiran dan kompetensi, namun sebenarnya mereka kekurangan penjelasan dan penegasan yang sewajarnya dalam mengimbangi antara kepentingan akademik dengan aktiviti kokurikum.

Hasrat untuk mewujudkan satu generasi muda yang

mempunyai daya

kepimpinan yang unggul bagi mewarnai kepimpinan bangsa dan negara pada masa akan datang tidak akan tercapai (Hamzah Rahman, 1996) sekiranya penekanan yang lebih hanya diberikan kepada bidang akademik. Oleh itu pelajar-pelajar seharusnya diberikan pendidikan yang mengintegrasikan kecemerlangan kedua-dua aspek kurikulum dan kokurikulum supaya lebih ramai tenaga profesional dan separuh profesional dapat dilahirkan bagi memastikan kesinambungan kemajuan dan kemakmuran negara.

Menurut Azizah (1991), kokurikulum memberi ruang kepada

pelajar

untuk mengembangkan minat, bakat dan daya kreativiti, di samping dapat menyemai, memupuk dan menanam semangat kerjasama, bertolak ansur dan

perasaan kekitaan di kalangan pelajar. Ia juga bertujuan melatih pelajar supaya bersikap berdisiplin, berdikari, dan berkemahiran dalam sesuatu bidang yang mereka ceburi (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, 1979).

Asiah (1985) mendapati ada pihak menyuarakan kebimbangan

mereka

tentang keadaan sebenar yang berlaku di sekolah dan berpendapat fenomena penglibatan yang tidak seimbang dalam aktiviti kokurikulum di kalangan pelajar

4

berlaku kerana kegagalan pihak pengurusan sekolah melibatkan pelajar secara menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum. Ini secara langsung telah menjejaskan peluang pelajar memupuk sifat kepimpinan dan membentuk daya kepimpinan di kalangan pelajar.

Menurut Mohd. Nordin (1986), daya kepimpinan yang tumbuh dalam diri pelajar-pelajar akan mempengaruhi tahap insiatif pembelajaran pelajar. Rasa

tanggungjawab menjalankan tugas, rasa hormat menghormati antara warga sekolah dipengaruhi oleh kesedaran yang ada pada pelajar sendiri. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, sikap-sikap ini akan dapat disemai, disubur dan akhirnya dibentuk.

Berdasarkan

kepentingan di atas, ternyata kokurikulum

mempunyai

peranan dan pengaruh secara langsung atau tidak langsung di dalam pembentukan diri dan personaliti pelajar. Omardin (1996) menyatakan bahawa aktiviti

kokurikulum yang diadakan di sekolah-sekolah bertujuan melahirkan pemimpin di kalangan masyarakat pelajar untuk menjadi pengganti kepimpinan pada masa depan. Kokurikulum juga dilihat sebagai satu konsepsi, orientasi dan bayangan yang hendak dicapai melalui program pendidikan. Kokurikulum yang dirancang bukan sahaja dapat melahirkan pelajar yang berilmu malah memiliki sifat-sifat kepimpinan yang terserlah. Semua ini menunjukkan bahawa aktiviti kokurikulum diharapkan akan dapat membentuk personaliti pemimpin pada diri pelajar. Ini selaras dengan dasar Kementerian mensasarkan Pelajaran beberapa Malaysia objektif dalam yang Rancangan dicapai Malaysia Ke-9 yang dengan

boleh

berhubungan

pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar melalui aktiviti kokurikulum yang memberi peluang kepada pelajar melibatkan diri dengan aktif, meningkatkan disiplin pelajar melalui penyemaian dan pemupukan nilai dengan sikap positif dan memupuk daya kepimpinan di kalangan mereka. Secara umumnya kita menyedari bahawa daya kepimpinan dalam diri seseorang tidak wujud secara semulajadi. Menyedari realiti ini pihak berwajib telah berusaha untuk menyemai dan

menyuburkan pembentukan daya tersebut dalam aktiviti kokurikulum.

5

1.3

Pernyataan Masalah

Usaha membentuk daya kepimpinan pelajar telah dilakukan melalui aktiviti kokurikulum. Malangnya terdapat pelajar yang terpengaruh dengan pendapat yang menyatakan bahawa penyertaan dalam aktiviti kokurikulum tidak mendatangkan faedah yang banyak dan hanya membazirkan masa. Justeru itu, tidak hairanlah sekiranya hanya sebilangan kecil sahaja pelajar yang bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum berbanding dengan bilangan sebenar pelajar di sekolah (Mashitah, 1994). Penglibatan yang tidak seimbang di kalangan pelajar telah menghasilkan kumpulan pelajar yang berkeyakinan tinggi, berani berucap dan berhujah di khalayak ramai, bertanggungjawab, boleh membuat keputusan, boleh menyelesaikan masalah dan sebagainya. Sementara itu terdapat sebilangan pelajar yang tidak mempunyai ciri-ciri kepimpinan tersebut. Pengkaji berkeyakinan bahawa penglibatan dalam

aktiviti kokurikulum berupaya membentuk daya kepimpinan pelajar. Oleh yang demikian, maka lahirlah gerakan untuk membuktikan terdapat hubungan antara penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan yang efektif terhadap pelajar-pelajar sekolah menengah.

1.4

Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk melihat pembentukan daya kepimpinan pelajar dan hubungannya dengan tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum di sekolah-sekolah yang menjadi tempat kajian. Pengkaji ingin melihat bagaimana sumbangan yang dapat dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu pembentukan daya kepimpinan pelajar. Secara terperinci objektif kajian ialah:

i.

Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri.

6

ii.

Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas.

iii.

Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan.

iv.

Mengeanlpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

v.

Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

vi.

Mengenalpasti tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan.

1.5

Hipotesis Kajian

Kajian ini akan menguji beberapa hipotesis bagi melihat hubungan antara pembolehubah dengan menggunakan pernyataan hipotesis berikut:

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri.

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas.

7

Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan.

Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas. daya

Ho 6: Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.

1.6

Kepentingan Kajian

Matlamat pendidikan menyeluruh tidak dapat dicapai pengurus sekolah tidak memberi keutamaan yang

jika pengurusbagi

sewajarnya

mengimbangkan antara kepentingan aktiviti kokurikulum dengan akademik dan kurang pula menekankan tentang penglibatan menyeluruh pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Pelajar-pelajar di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Selain itu aktiviti kokurikulum juga mempunyai peranan dalam pembentukan personaliti pemimpin pada diri pelajar. Dapatan ini disokong oleh Omardin (1996) yang

menegaskan aktiviti kokurikulum yang diadakan bertujuan melahirkan pemimpin di kalangan pelajar. Berdasarkan kepada permasalahan-permasalahan yang dinyatakan terdahulu dan kepentingan yang dinyatakan di atas maka kajian tentang tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan pembentukan daya kepimpinan didapati amat penting berdasarkan rasional berikut:

8

i.

Maklumat mengenai pembentukan daya kepimpinan amat penting untuk memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar tentang kepentingan melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan antara perkembangan mental dengan perkembangan intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

ii.

Kajian ini dapat memberi maklumat kepada pihak pengurusan sekolah untuk memberi keutamaan yang sewajarnya dalam aktiviti

kokurikulum.

iii.

Dapatan kajian ini dapat dijadikan panduan kepada guru-guru penasihat kokurikulum untuk merancang atau melaksanakan aktiviti kokurikulum berdasarkan kepada objektif dan matlamat yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

iv.

Hasil kajian dapat memberi input kepada pihak Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menetapkan dasar menggalakkan

penglibatan pelajar yang menyeluruh dalam aktiviti kokurikulum.

v.

Kajian ini juga diharapkan dapat memberi sumbangan kepada penyelidikan kokurikulum mengenai dan penglibatan pelajar dalam aktiviti daya

hubungannya

dengan

pembentukan

kepimpinan. Diharapkan ia akan menjadi salah satu bahan rujukan untuk penyelidik lain yang berminat untuk membuat kajian lanjutan.

1.7

Skop Dan Batasan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan. Lima faktor tahap penglibatan telah dikaji. Faktor-faktor tersebut adalah jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, kekerapan menjalankan tugas, dan penilaian aktiviti kokurikulum. Untuk melihat pembentukan

9

daya kepimpinan di kalangan pelajar, kajian ini memfokus kepada lima dimensi daya kepimpinan iaitu dimensi yakin diri, dimensi tanggungjawab menjalankan tugas, dimensi keupayaan membuat keputusan, dimensi kebolehan menyelesaikan masalah, dan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

Dimensi yakin diri merangkumi aspek berfikiran positif, keseimbangan emosi dan rohani, iaitu berani memberi ucapan di khalayak ramai, melibatkan diri secara aktif dalam sesuatu perbincangan. Dimensi tanggungjawab menjalankan tugas melihat kerelaan pelajar menjalankan tugas dan menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. Bagi dimensi keupayaan membuat keputusan, aspek berani, bersedia untuk membuat keputusan, memberi nasihat dan peringatan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat dinilai. Dalam dimensi kebolehan menyelesaikan masalah, pelajar dinilai dari segi berfikir secara kritikal, logik, kreatif iaitu boleh mengambil tindakan yang wajar mengikut situasi.

Sementara bagi dimensi kepuasan menjalankan tugasan, aspek-aspek yang dinilai termasuklah gembira dengan kejayaan yang cemerlang, merasa amat beruntung dengan pelbagai kebaikan yang diperolehi, dan berpuas hati dengan sumbangan yang telah diberikan dalam aktiviti kokurikulum.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen yang diubahsuai daripada instrumen yang telah digunakan oleh Mashitah (1994) untuk

memperjelaskan hasil kajian.

Populasi kajian hanya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan empat di sekolah menengah di daerah Batu Pahat. Kajian ini juga terbatas kepada 300 orang responden sahaja. Tiga buah sekolah luar bandar dan tiga buah sekolah bandar di daerah Batu Pahat, Johor dipilih untuk kajian dianggap mempunyai sistem dan struktur yang sama.

Kesemua 300 orang responden dipilih secara rawak tidak kira jantina, agama, latar belakang atau kaum. Responden-responden ini juga berbeza dari segi pencapaian akademik dan mereka dianggap terlibat dalam aktiviti kokurikulum. Oleh itu hasil kajian tidak dapat menggambarkan secara menyeluruh tahap

10

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum

dan hubungannya dengan

pembentukan daya kepimpinan di sekolah-sekolah lain di daerah ini.

1.8

Definisi Istilah Kajian

1.8.1 Tahap Penglibatan

Astin (1984) mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum ialah sejauh mana interaksi fizikal dan psikologi dalam mendapatkan pengalaman kokurikulum. Dia mengakui terdapat empat unsur penting iaitu:

i.

Penglibatan dirujuk kepada penglibatan tenaga fizikal dan psikologi dalam pelbagai aktiviti yang benar-benar boleh dirumuskan.

ii.

Tanpa mengira objeknya, penglibatan berlaku berterusan. Tahap penglibatan pelajar adalah berbeza untuk setiap individu walaupun dalam aktiviti yang sama.

iii.

Tahap penglibatan mempunyai ciri kuantitatif dan kualitatif. Sejauh mana penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum boleh diukur secara kuantitatif dan kualitatif.

iv.

Banyaknya pembelajaran pelajar dan perkembangan kendiri berkaitan dengan mana-mana program kokurikulum sama ada ia sesuai dengan kuantiti dan kualiti penglibatan pelajar.

Dalam kajian ini, tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dilihat dengan menilai jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang , kekerapan menjalankan tugas dan penilaian aktiviti kokurikulum. Mashitah (1994) dalam kajiannya telah menetapkan kriteria pelajar aktif sebagai pelajar yang menjadi ahli biasa atau memegang tidak lebih daripada dua jawatan sepanjang penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikulum dari tingkatan

11

dua hingga kini sama ada dalam aktiviti sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform. Kriteria yang ditetapkan sebagai pelajar sangat aktif pula ialah pelajar yang memegang jawatan penting seperti pengerusi, ketua pasukan, setiausaha, bendahari atau ahli jawatankuasa dalam aktiviti kokurikulum. Pelajarpelajar ini mungkin memegang lebih daripada empat jawatan penting tidak kira sama ada jawatan dalam mana-mana bidang aktiviti kokurikulum.

1.8.2 Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum ertinya apa-apa aktiviti yang dirancang lanjutan daripada proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah yang memberikan murid peluang untuk menambah, mengukuh dan mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang dipelajari di bilik darjah. Ia dianggap sebagai sebahagian daripada kursus pendidikan murid di sekolah (Warta Kerajaan, 1998). Kokurikulum adalah wadah pembinaan jasmani, emosi dan rohani dengan menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan latihan, berteraskan konsep pendidikan dan pembangunan insan yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, kreativiti dan inovasi, kesetiaan kepada bangsa dan negara, dan sebagainya akan membantu murid menentukan hala tuju kehidupan masa depannya (Ramlan, 2002).

Collins (1973 dalalm Abdullah, 2004) merumuskan bahawa apa jua aktiviti selain kurikulum di sekolah-sekolah dalam konteks pembelajaran murid dianggap sebagai kokurikulum, sama ada ianya bersifat intra-mural atau ekstra-mural dan sama ada ianya di dalam pembelajaran formal atau tidak formal.

Menurut Mohd. Najib (2007), aktiviti kokurikulum

dapat membekalkan

pengalaman bagi perkembangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani pelajar. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah penting berdasarkan tanggapan bahawa semua pelajar harus mempunyai keseimbangan mental, bakat, sosial, jasmani, dan rohani.

12

Aktiviti kurikulum di sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan akan mengandungi yang berikut:

i.

penyertaan dalam sukan dan permainan;

ii.

penyertaan dalam persatuan dan kelab;

iii.

penyertaan dalam badan beruniform; dan

iv.

penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri (Peraturan-Peraturan Pendidikan, Kurikulum Kebangsaan, 1997).

Secara amnya aktiviti kokurikulum adalah merujuk kepada aktiviti yang dilakukan di luar waktu pembelajaran formal walaupun hakikatnya guru boleh menjalankan aktiviti ini dalam waktu formal.

1.8.3 Daya Kepimpinan

Daya kepimpinan bermakna kebolehan, keupayaan, kemahiran seseorang yang menjadi penggerak dan tenaga kepadanya untuk meneruskan sesuatu tugas. O’Dannel dan Wairich (1992) menyatakan daya kepimpinan adalah satu keupayaan dan kebolehan seseorang untuk mempengaruhi tingkahlaku individu lain sama ada melalui pemikiran, pelaksanaan atau tindakan. Ia adalah keupayaan sesuatu pengaruh, kaedah atau tanggapan proses dalam mempengaruhi orang ramai supaya mereka boleh berusaha secara sukarela ke arah pencapaian matlamat.

Daya kepimpinan merupakan aspek penting dalam diri seseorang. Setiap insan adalah pemimpin kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Dayadaya kepimpinan boleh dibentuk oleh individu sama ada melalui pengalaman atau dipelajari. Daya kepimpinan seseorang individu boleh dijangka dan boleh dianalisis melalui ukuran tertentu. Analisis ini boleh menjadi kayu ukur kepada daya

13

kepimpinan dan memudahkan seseorang individu membina diri dan memantapkan gaya kepimpinan individu.

Aspek kepimpinan perlu ditekankan dalam bentuk yang khusus agar pembentukan daya kepimpinan pelajar dapat diselenggarakan dengan terancang dan bermatlamat. Sifat-sifat pemimpin yang positif perlu diberikan penjelasan dan perlu dipupuk agar sebati dengan kehendak pelajar itu sendiri. Daya kepimpinan yang merangkumi aspek seperti yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan tugas perlu diberikan kepada pelajar-pelajar melalui aktiviti kokurikulum demi

membangunkan potensi pelajar secara menyeluruh.

Daya kepimpinan dalam kajian ini dilihat daripada lima aspek iaitu:

i.

Yakin diri

Menurut Kamus Dewan (2005), yakin diri ialah betul-betul percaya tentang kemampuan sendiri. Konsep kendiri merujuk kepada tanggapan seseorang terhadap dirinya sebagai individu asing yang memiliki satu set ciri-ciri yang unik ataupun istimewa. Ia membawa maksud bagaimana seseorang individu itu berpendapat dan

menganggap dirinya. Pembinaan konsep kendiri yang positif akan mengarahkan seseorang ke arah yang lebih cerah dan bersikap berkeyainan diri (Azizi et al, 2005).

Keyakinan diri adalah unsur penting bagi kejayaan dalam kepimpinan (Ainon, 2005). Keyakinan diri datang daripada

kejayaan. Dengan cara mencari lebih banyak kejayaan , seseorang pemimpin akan berasa tambah yakin dari waktu ke waktu. Kejayaan penting kerana ia menyebabkan bermulanya lingkaran kejayaan yang seterusnya akan meningkatkan lagi keyakinan diri. Seorang

pemimpin yang mempunyai sifat yakin diri tidak akan merasa takut apabila perlu membuat sesuatu tindakan atau keputusan.

14

Yakin diri dalam kajian ini merujuk kepada berfikiran positif, keseimbangan emosi dan rohani, dan berani dalam sesuatu perbincangan.

ii.

Tanggungjawab menjalankan tugas

Menurut

Kamus

Dewan

(2005),

tanggungjawab

ialah

kewajipan yang dipikul oleh seseorang; segala yang wajib ditanggung. Kewajipan biasanya dihasilkan melalui tindakan

individu atau kumpulan bersama-sama dengan organisasi dan amalanamalan masyarakat yang menjelaskan tindakan-tindakan tersebut sebagai kewajipan. Kewajipan merupakan tindakan semulajadi hanya bila seseorang mempunyai perasaan tanggungjawab. Seseorang

pemimpin bertanggungjawab menjalankan tugasnya untuk mencapai matlamat organisasinya.

Sifat bertanggungjawab akan sentiasa mendorong seseorang pemimpin mementingkan tugas yang telah diamanahkan kepadanya. Seseorang pemimpin yang bertanggungjawab akan sentiasa berusaha menjalankan tugasnya dengan sempurna walaupun terpaksa

mengorbankan kepentingan sendiri.

Tanggungjawab menjalankan tugas dalam kajian ini merujuk kepada menjalankan tugas dengan bertanggungjawab dan rela tanpa mementingkan diri sendiri.

iii.

Keupayaan membuat keputusan

Keputusan didefinisikan sebagai tindakan arah tertentu, terpilih dari pelbagai alternatif yang terdapat dan ia menyediakan jalan untuk membentuk tindakan bagi menyelesaikan masalah. Menurut Luthans (1977), membuat keputusan boleh dianggap sebagai satu proses membuat pilihan antara beberapa alternatif. Campbell et al (1983) pula mengatakan membuat keputusan ialah memilih antara

15

cara-cara bergerak ke arah pencapaian sesuatu matlamat. Sebarang keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin mempunyai kesankesan yang sangat luas dan mendalam ke atas mereka yang berada di bawah kepimpinannya.

Membuat keputusan merupakan segala pemikiran dan tindakan yang membawa kepada satu pemilihan termasuk pemilihan itu sendiri atau pembuatan keputusan dapat ditinjau sebagai satu aktiviti. Membuat keputusan merupakan pendekatan yang sistematik terhadap sesuatu masalah yang dihadapi. Untuk membuat keputusan yang tepat seseorang pemimpin memerlukan banyak maklumat yang relevan dan tepat (Fauzan, 1997).

Abdullah et al (2005) menyatakan salah satu tugas pemimpin yang paling penting ialah membuat keputusan. Pemimpin yang berkebolehan membuat keputusan-keputusan yang baik adalah juga pemimpin yang berkesan.

Keupayaan membuat keputusan dalam kajian ini merujuk kepada berani, bersedia untuk membuat keputusan, memberi nasihat dan peringatan dan bertanggungjawab terhadap keputusan yang telah dibuat.

iv.

Kebolehan menyelesaikan masalah

Ab. Aziz (2003) berpendapat masalah adalah cabaran dan peluang bagi mempertingkatkan diri seorang pemimpin.

Menyelesaikan masalah melibatkan usaha-usaha yang diambil oleh pemimpin untuk merapatkan jurang perbezaan yang terdapat sama ada antara ahli, kumpulan atau organisasi dan juga masalah yang timbul semasa berhubungan dengan organisasi lain.

16

Kebolehan menyelesaikan masalah adalah daya kepimpinan yang penting dalam menentukan pencapaian matlamat aktiviti atau organisasi. Apabila ditimpa masalah dan kesukaran, seseorang

pemimpin akan mengenalpasti masalah dan menyelesaikan masalah secara logik dan kritis. Setiap kali seseorang pemimpin berjaya

menyelesaikan masalah, potensi pemimpin akan meningkat. Dalam masa yang sama, pengalaman akan bertambah dan keyakinan diri juga akan meningkat.

Kebolehan menyelesaikan masalah dalam kajian ini merujuk kepada kebolehan berfikir secara kritikal, logik dan kreatif, iaitu boleh mengambil tindakan yang wajar mengikut situasi.

v.

Kepuasan menjalankan tugas

Mengikut Schultz & Schultz (1994), kepuasan menjalankan tugas merujuk kepada perasaan dan sikap seseorang sama ada positif atau negatif terhadap kerjayanya. Perasaan dan sikap ini berkait dengan faktor dalaman dan faktor luaran. Faktor dalaman

termasuklah umur, kesihatan, pengalaman bekerja, kestabilan emosi, dan status sosial. Sementara faktor luaran termasuklah persekitaran kerja, beban tugas, hubungan dan kerjasama rakan sekerja.

Kepuasan menjalankan tugas akan memberi kesan terhadap prestasi kerja pemimpin yang sudah tentu akan mempengaruhi tahap pencapaian prestasi organisasi secara keseluruhannya. Pemimpin

yang mempunyai kepuasan menjalankan tugas akan lebih produktif dan sebaliknya.

Kepuasan menjalankan tugas dalam kajian ini merujuk kepada suatu keselesaan dan kegembiraan dalam menjalankan tugas yang diamanahkan. Keselesaan dan kegembiraan ini lahir seiring dengan kejayaan dan pencapaian matlamat yang positif dan memuaskan, dan sekaligus melahirkan pemimpin yang tekun dan produktif.

17

1.9

Kerangka Konsep

Kajian ini bertujuan untuk melihat tahap penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan. Pengkaji ingin memperjelaskan bagaimana sumbangan yang dapat

dihasilkan melalui penglibatan dalam aktiviti kokurikulum, iaitu sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform membantu pembentukan lima dimensi daya kepimpinan di kalangan pelajar sekolah menengah.

Kerangka konsep ini diubahsuaikan berasaskan kepada kajian yang telah dijalankan oleh Mashitah (1994) dan diperjelaskan seperti dalam Rajah 1.1 di bawah:

Pembolehubah Bebas

Pembolehubah Bersandar

Tahap Penglibatan Dalam Aktiviti Kokurikulum • • • • • Jumlah masa melibatkan diri Jumlah aktiviti yang disertai Jumlah jawatan yang dipegang

Pembentukan Daya Kepimpinan • • • •

Yakin diri Tanggungjawab menjalankan tugas Keupayaan membuat keputusan Kebolehan menyelesaikan masalah Kepuasan menjalankan tugas

Kekerapan menjalankan tugas Penilaian aktiviti kokurikulum •

Rajah 1.1: Hubungan Yang Wujud Antara Pembolehubah Bebas Dan Pembolehubah Bersandar

18

Pembolehubah bebas iaitu tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum merangkumi aspek dengan menilai jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, menjalankan tugas dan penilaian aktiviti kokurikulum. kekerapan

Pembolehubah bersandar merupakan lima dimensi daya kepimpinan iaitu yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah dan kepuasan menjalankan tugas.

19

BAB II

SOROTAN PENULISAN

2.1

Pengenalan

Bab ini mengandungi tiga bahagian iaitu huraian latar belakang pendidikan kokurikulum yang merangkumi konsep, matlamat, objektif, kepentingan serta strategi dan pelaksannan. Selain itu termasuklah huraian mengenai kepimpinan yang merangkumi konsep kepimpinan dan kepimpinan pelajar serta sorotan penulisan lalu yang berkaitan dengan kajian ini.

2.2

Latar Belakang Pendidikan Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum merupakan satu landasan yang diharap dapat menyeimbangkan di antara pencapaian akademik dan pembangunan kemahiran generik dalam diri pelajar di sekolah. Aktiviti kokurikulum adalah jelmaan dari ciriciri ilmu dan nilai yang terdapat dalam kurikulum. Apa yang dipupuk bukan sahaja menekankan keseimbangan ciri-ciri ilmu dengan nilai rohani dan kemanusiaan, tetapi juga keseimbangan antara ciri-ciri formal akademik dalam kurikulum dengan ciri-ciri tidak formal menerusi aktiviti kokurikulum. Aktiviti dan isi kandungan kokurikulum, pengajaran dan pembelajaran kokurikulum dilaksanakan sama ada melalui sukan dan permainan, persatuan dan kelab, badan beruniform, dan penyertaan dalam aktiviti-aktiviti lain sebagaimana ditentukan oleh Menteri

20

(Peraturan-Peraturan Pendidikan Kurikulum Kebangsaan, 1997). Sebagai sebahagian daripada Kurikulum Kebangsaan, maka pelaksanaan kokurikulum di sekolah adalah wajib (Akta Pendidikan 1996).

2.2.1 Konsep Aktiviti Kokurikulum

Kokurikulum adalah sebahagian daripada kurikulum sekolah, dan setiap murid harus melibatkan diri. Aktiviti ini boleh dijalankan di dalam dan di luar bilik darjah, mengikut kesesuaian sesuatu aktiviti. Dengan andaian bahawa murid-murid tidak mendapat pengalaman tertentu di bilik darjah, maka aktiviti kokurikulum dapat menyediakan pelbagai pengetahuan dan pengalaman untuk perkembangan mental, minat, bakat, jasmani, rohani dan pembentukan nilai-nilai estetika serta sosial yang positif. Ramlan (2002) pula berpendapat, kokurikulum adalah aktiviti pembelajaran tidak formal yang berteraskan keperluan pelajar mengalami sendiri aktiviti-aktiviti kependidikan dalam keadaan sebenar.

Sebagai satu bidang pendidikan, penglibatan semua murid dan anggota masyarakat adalah perlu, berasaskan kepada anggapan bahawa:

i.

Semua murid harus mempunyai keseimbangan antara perkembangan mental (akademik) dengan perkembangan sahsiah yang bersepadu (sosial, jasmani dan rohani).

ii.

Semua murid mempunyai minat dan bakat yang boleh dikembangkan.

iii.

Semua murid boleh dididik, dan boleh pula mendidik diri sendiri dan rakan sebaya.

iv.

Sekolah bertanggungjawab melahirkan murid-murid untuk keperluan masyarakat dan negara.

21

v.

Masyarakat turut bertanggungjawab memainkan peranan mendidik murid-murid.

Alim Abu (1997) berpendapat, kini aktiviti kokurikulum telah diterima sebagai sebahagian kurikulum sekolah kerana kokurikulum adalah saling cakupmencakupi, kait mengait, kukuh-mengukuh dan lengkap-melengkapi dalam sistem pendidikan. Konsep ini diperjelaskan seperti dalam Rajah 2.1 di bawah:

Kurikulum Sekolah (Akademik)

Kurikulum Akademik

Kokurikulum

Kokurikulum

Rajah 2.1: Hubungan Di Antara Kurikulum Dan Kokurikulum Sumber: Alim Abu (1997)

2.2.2 Matlamat Aktiviti Kokurikulum

Matlamat utama aktiviti kokurikulum adalah Falsafah Pendidikan Kebangsaan

untuk

merealisasikan

dan akhirnya akan dapat membantu kejayaan

Wawasan 2020 (Wan Mohd. Zahid, 1994). Matlamat aktiviti kokurikulum yang dikehendaki ialah penyertaan setiap orang pelajar yang belajar di sekolah kerajaan atau bantuan kerajaan. Setiap pelajar hendaklah mengambil bahagian sekurangkurangnya dalam salah satu aktiviti sukan atau permainan, satu aktiviti persatuan atau kelab, dan satu aktiviti pasukan badan beruniform. Sementara itu Surat

Pekeliling Ikhtisas Bil 1/1985 telah memberi penekanan kepada peningkatan penyertaan pelajar-pelajar dalam aktiviti kokurikulum hendaklah diusahakan untuk

22

memperkembangkan lagi kesejahteraan dan ketangkasan jasmani, ketenangan dan kematangan emosi, keluhuran rohani, dan kecemerlangan dan ketrampilan intelek.

2.2.3 Objektif Aktiviti Kokurikulum

Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan (2002) telah menggariskan sepuluh objektif yang hendak dicapai dalam aktiviti kokurikulum di sekolah seperti berikut:

i.

Menyemai kesedaran murid-murid terhadap agama dan kepercayaan kepada Tuhan.

ii.

Menyeimbangkan

antara

perkembangan

mental

dengan

perkembangan rohani, jasmani dan emosi murid-murid.

iii.

Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid dalam sekolah dan di antara sekolah.

iv.

Membina dan meningkatkan minat dan bakat murid-murid dalam aktiviti yang diceburi.

v.

Membina dan meningkatkan kerjasama dan sumbangan hubungan dua hala antara sekolah dan masyarakat.

vi.

Mewujudkan budaya sekolah yang menarik dan menggembirakan.

vii.

Mewujudkan sekolah berwatak.

viii.

Menyediakan murid untuk mengikuti program khidmat negara.

ix.

Mengukuhkan integrasi nasional.

23

Merujuk kepada objektif aktiviti kokurikulum di atas, dapat disimpulkan bahawa aktiviti kokurikulum dapat menyediakan peluang kepada pelajar memperkembangkan tahap kognitif, afektif dan psikomotor pelajar dan aktiviti ini adalah saling lengkap-melengkapi antara kurikulum dan kokurikulum untuk mencapai matlamat pendidikan yang terancang dan sempurna.

2.2.4 Kepentingan Aktiviti Kokurikulum

Aktiviti kokurikulum adalah penting untuk menyemai, memupuk dan menanamkan perasaan kekitaan atau pun esprit de corps di antara pelajar-pelajar pelbagai kaum yang mempunyai latar belakang dan cara hidup yang berlainan. Ia juga bertujuan melatih pelajar-pelajar supaya bersikap bertanggungjawap. Aktiviti ini juga boleh melatih mereka berdisiplin, berdikari dan berkemahiran dalam sesuatu lapangan yang mereka sertai (Laporan Jawatankuasa Kabinet, 1979).

Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1985 pula menggariskan peranan dan tanggungjawab utama sekolah bukan hanya semata-mata menyampaikan ilmu pengetahuan dan memupuk kemahiran-kemahiran tertentu kepada pelajar-pelajar, bahkan juga bagi melahirkan pelajar-pelajar yang dapat memberi sumbangan ke arah hidup yang harmonis, bersatu padu, bertoleransi, berdisiplin, dan mempunyai sahsiah yang baik, iaitu yang mempunyai sikap serta menghayati nilai-nilai hidup berasaskan prinsip-prinsip Rukunegara.

Ketua Pengarah Pendidikan Dato Dr. Abdul Shukor (1999) pula menyatakan Kementerian Pendidikan Malaysia telah membuat keputusan dan menetapkan syarat pemilihan pelajar ke tingkatan satu di Sekolah Berasrama Penuh bermula

kemasukan tahun 2000, memberi penekanan utama kepada penglibatan dan pencapaian pelajar dalam aspek kepimpinan, sukan dan kokurikulum di samping mengekalkan syarat kecemerlangan akademik.

Daripada perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa sesuai dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Kementerian Pendidikan Malaysia ingin

24

menegaskan bahawa pelajar-pelajar di sekolah perlu diberi ruang untuk mengembangkan potensi mereka secara menyeluruh dan bersepadu agar mereka menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui aktiviti kokurikulum, maka potensi individu termasuk daya kepimpinan dapat dibentuk.

2.2.5 Strategi Dan Pelaksanaan Aktiviti Kokurikulum

Untuk mencapai objektif pendidikan kokurikulum , berikut adalah strategi dan pelaksanaannya:

i.

Memberi wajaran yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum supaya kurikulum dan kokurikulum boleh saling melengkapi dalam proses pendidikan di sekolah.

ii.

Menambahkan bilangan pasukan badan beruniform, persatuan dan kelab, kelab sukan dan permainan serta mempelbagaikan aktiviti tersebut, dengan tujuan memberi peluang kepada semua murid melibatkan diri dengan aktif secara individu atau kumpulan.

iii.

Melibatkan murid daripada semua kaum dalam semua aktiviti kokurikulum yang sesuai untuk tujuan pemupukan perpaduan.

iv.

Melibatkan murid dan pihak sekolah dalam aktiviti khidmat masyarakat.

v.

Melibatkan Jawatankuasa Bimbingan Murid Sekolah (JBMS), Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG), guru-guru dan muridmurid dalam perancangan dan pelaksanaan aktiviti kokurikulum.

vi.

Merekod dan menilai kemajuan aktiviti kokurikulum yang dijalankan.

25

vii.

Menganjur dan mengelola pertandingan yang melibatkan semua murid.

viii.

Menyelia dan menilai aktiviti secara sistematik dan berterusan.

ix.

Memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada semua pihak, dari semasa ke semasa.

x.

Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum.

xi.

Merancang dengan teliti aktiviti kokurikulum bagi mencapai objektif yang dikehendaki.

Dalam usaha ke arah kecemerlangan pelaksanaan kokurikulum, pihak pengurus sekolah iaitu pengetua, guru penolong kanan kokurikulum, guru penolong kanan hal ehwal murid, dan guru penasihat aktiviti kokurikulum seharusnya memainkan peranan yang lebih positif supaya penglibatan pelajar dalam kokurikulum adalah secara menyeluruh, dengan itu prestasi pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan meningkat dan seterusnya menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan seimbang dalam perkembangan sahsiah.

2.3 Kepimpinan 2.3.1 Konsep Kepimpinan

Pada

asasnya,

kepimpinan

adalah

satu

fenomena

proses

manusia

menggunakan kemahiran akal fikiran dan potensinya. Ia melibatkan keupayaan, kebolehan, kebijaksanaan seseorang untuk memerintah, mengarah, mendorong atau mempengaruhi.

26

Razali (1996) menyatakan kepimpinan mempunyai pokok pengertian sebagai sifat, kemampuan, proses atau konsep yang dimiliki oleh seseorang sedemikian rupa sehingga diikuti, dipatuhi, dihormati dan disayangi oleh orang lain dan orang lain itu bersedia dengan penuh keikhlasan melakukan perbuatan atau kegiatan yang dikehendaki oleh seseorang tersebut. Menurut Gordon (1955), kepimpinan dapat dilihat sebagai proses interaksi di antara individu dengan kumpulan, atau secara khususnya di antara individu dengan keseluruhan ahli-ahli yang menganggotai kumpulan. Setiap orang yang terlibat dalam proses interaksi ini boleh dianggap memegang watak-watak tertentu yang berbeza di antara satu dengan yang lain. Asas yang membezakan tadi ialah pengaruh, iaitu pemimpin mempengaruhi dan pengikut mematuhi atau akur.

Hollander (1978) menegaskan kepimpinan adalah satu proses pengaruh mempengaruhi di antara pemimpin dengan pengikut. Walaupun pemimpin

mempunyai kuasa tetapi kekuatan pengaruh lebih penting. Jadi kepimpinan bukan setakat tanggungjawab pemimpin tetapi memerlukan usaha sama daripada pengikutpengikutnya. Dalam mempengaruhi pengikut ini, seseorang pemimpin pelajar itu mesti mempunyai kebolehan, tarikan atau keupayaan yang menyebabkan orang lain boleh patuh dan mengikut apa juga tutur kata, perlakuan dan tindak tanduknya. Menurut Fulmer (1983), kepimpinan melibatkan kedua-dua keupayaan atau

kekuatan menyakinkan orang lain bagi bekerja keras ke arah sesuatu matlamat, kemahiran atau kebolehan untuk membantu mereka mencapainya. Kedua-dua ciri kepimpinan ini boleh diperolehi dengan adanya penglibatan pelajar dalam aktiviti yang boleh menjurus mereka kepada kemahiran khususnya di sekolah melalui aktiviti kokurikulum.

Berdasarkan kepada beberapa definisi yang telah diberikan di atas, Razali (1996) telah merumuskan konsep kepimpinan seperti yang berikut:

i.

Kepimpinan wujud dalam apa jua aktiviti yang disusun secara rapi dan sistematik. Ia juga berkait secara langsung dan tidak langsung dengan keseluruhan aktiviti dalam organisasi.

ii.

Kepimpinan mempunyai pertalian yang rapat dengan kuasa.

27

iii.

Fungsi kepimpinan mengandungi tugas-tugas menetapkan matlamat dan menyusun, mengarah serta menyelaras usaha-usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

iv.

Kepimpinan merupakan satu proses mempengaruhi kerana tanpa pengaruh, maka tidak wujud konsep kepimpinan. Ia adalah satu

proses berterusan, bukan hanya dilaksanakan atau diamalkan apabila keadaan terdesak, atau apabila krisis timbul.

v.

Setiap keadaan memerlukan corak atau kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang bersesuaian untuk sesuatu keadaan, mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Jadi kepimpinan adalah fungsi terkhusus, bukan bersifat umum.

vi.

Sesiapa pun tidak boleh memaksa orang lain membuat sesuatu yang mereka tidak berminat terhadapnya. Kepimpinan berkait rapat

dengan pengaruh yang bergantung kuat kepada keupayaan memujuk. Oleh itu mendorong pengikut untuk berusaha ke arah pencapaian matlamat organisasi adalah ciri utama dalam proses kepimpinan.

vii.

Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.

Aziz et al (1995) menyatakan untuk melahirkan kepimpinan ada lima adunan utama iaitu :

i.

Boleh dipercayai.

ii.

Mempunyai wawasan yang merangsang pengikut.

iii.

Penghubung yang bijaksana dan berkarisma.

iv.

Penyebar kesungguhan yang tinggi.

28

v.

Pembina budaya.

Daripada perbincangan di atas, jelaslah menunjukkan pemimpin seharusnya menjalankan fungsi-fungsi berikut:

i.

Sentiasa

memperkuatkan

diri

(pemerwajaan),

iaitu

ia

akan

menggabungkan ciri-ciri individu yang baik (kekuatan-kekuatan yang baik).

ii.

Memberikan fokus perincian pelaksanaan bagi mencapai visi.

iii.

Cuba melihat atau mengenalpasti punca sesuatu masalah dan mengakui tentang tanggungjawab ahli-ahli di bawahnya.

iv.

Menggerakkan ahli-ahli untuk penambahbaikan yang berterusan. Sentiasa berusaha menghidupkan matlamatnya.

v.

Membina pembangunan interpersonal yang kuat antara ahli-ahli.

vi.

Sentiasa membuka peluang untuk mendengar kritik dan pandangan yang membina.

vii.

Membina dan mengekalkan sikap yang progresif di kalangan ahliahlinya.

viii.

Melatih ahli-ahlinya dan mengambil tanggungjawab atas apa yang berlaku.

2.3.2 Kepimpinan Pelajar

Di

sekolah, ada pelajar yang berlagak sebagai pemimpin dengan

29

menunjukkan kemampuan merancang, melaksanakan dan mengambil keputusan berkaitan aktiviti yang dilakukan bersama-sama rakan sebaya. Itulah tanda pelajar itu ada daya terpendam yang perlu dicungkil dan disuburkan. Daya itu perlu

dikembangkan lagi kepada aktiviti mendatangkan kebaikan. Selain membentuk daya kepimpinan, aktiviti berkumpulan dapat meningkatkan kemampuan berkomunikasi, kerjasama dan membina ketahanan minda dan fizikal yang dapat membantu pelajar menjadi lebih cergas dan bijak.

Jaafar (1997) mengatakan kepimpinan ialah aktiviti mempengaruhi individu supaya berusaha secara sukarela untuk mencapai objektif kumpulan atau sesuatu tujuan tertentu yang ingin dicapai atau diselesaikan melibatkan pertalian antara beberapa orang dan melibatkan penggunaan pengaruh oleh pemimpin kepada orang yang dipimpin. Kepimpinan yang berkesan bukan sahaja akan memberikan

kebaikan, kesejahteraan dan keharmonian kepada semua ahli atau pengikut, malah menentukan kestabilan organisasi dan kejayaan pencapaian matlamatnya.

Ibrahim (1997) menyatakan kepimpinan bertujuan mengekalkan kebahagiaan dan kestabilan masyarakat keseluruhannya kerana remaja yang terpimpin akan berupaya menentukan survivalnya. Remaja sekolah perlu dipimpin atas banyak sebab terutamanya dilihat dari segi perkembangan intelek , rohani, emosi , dan jasmani seperti berikut:

i.

Seorang remaja sekolah belum mempunyai ilmu yang cukup untuk menjamin kehidupan masa depannya. Oleh itu, pelajar mesti

dipimpin untuk mendapatkan seberapa banyak ilmu dalam pelbagai aspek asas membina kehidupannya.

ii.

Seseorang remaja sekolah itu belum boleh dikatakan mempunyai kemantangan sepenuhnya sama ada dari aspek rohani atau jasmaninya. Ini kerana pengalaman hidup mereka belum cukup luas bagi membolehkan mereka berdepan dengan dunia yang penuh dengan cabaran seperti alam pekerjaan, alam rumah tangga dan alam kemasyarakatan. Justeru itu pelajar perlu diberi bimbingan dan

panduan sewajarnya bagi memperlengkapkan diri bagi menempuh

30

cabaran dan halangan yang mendatang dalam kehidupan mereka kelak.

iii.

Pelajar sekolah juga belum mampu berdikari sepenuhnya dan masih bergantung kepada orang lain untuk memenuhi keperluan asas, kasih sayang dan nasihat. Bimbingan dan tunjuk ajar dari segi rohani dan jasmani membantu pelajar untuk berdikari.

Dalam menempuh kehidupan yang serba mencabar, para pelajar sudah sewajarnya didedahkan dengan seberapa banyak ilmu berguna supaya mereka bijak menggunakan ilmu yang dipelajari untuk berdepan dengan situasi semasa. Kebolehan pelajar menguasai ilmu sebanyak mungkin, proses mematangkan diri dari aspek rohani dan jasmani serta keupayaan berdikari hanya boleh diperolehi melalui pendidikan yang diberi melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Melalui aktiviti dan penglibatan aktiviti ini, maka pelajar berpeluang mendisiplinkan diri semasa proses mengaplikasikan kemahiran dan memperkembangkan bakat dijalankan, seterusnya membantu membentuk daya kepimpinan diri mereka (Abu Bakar, 1991).

2.4

Kajian-Kajian Bahan Berkatian

Pengkaji mengambil kira kajian lalu sama ada pernah dijalankan di dalam atau di luar negara dengan melihat secara langsung hubungan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Hubungan dibentuk dengan mengambil kira tahap penglibatan sebagai satu komponen penting dalam aktiviti kokurikulum dan seterusnya memberi kesan kepada pembentukan daya kepimpinan pelajar.

2.4.1 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Luar Negara

Smith (1993) telah membuat penyelidikan mengenai hubungan antara

31

penglibatan dalam aktiviti kokurikulum dengan pembangunan pelajar. Hasil penyelidikan telah menunjukkan terdapat hubungan yang positif antara tahap penglibatan dengan kematangan kemahiran interpersonal dan pencapaian akademik.

Dalam kajian yang telah dijalankan oleh Matros (1981 dalam Ishak 1998) mengenai sikap pelajar terhadap aktiviti kokurikulum mendapati pelajar kolej yang dipilih memberikan respon dari segi sikap mereka terhadap pembiayaan perkhidmatan kokurikulum. Mereka berpendapat perkhidmatan kokurikulum juga mempunyai kepentingan yang sama dengan perkhidmatan-perkhidmatan yang diberikan di kolej dan juga ada kaitan dengan keupayaan membayar yuran kolej. Kedua-dua kajian berusaha untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan pelajar tidak menyertai aktiviti kokurikulum secara aktif. Pelajar yang dikaji telah

memberikan beberapa pembolehubah penyebab seperti kurang berminat, aktiviti tidak dapat memberikan keseronokan dan ketidakmampuan penjaga membiayai perbelanjaan aktiviti sebagai sebab penglibatan mereka dalam aktiviti kokurikilum adalah tidak memuaskan.

Burton (1981) pula menjalankan satu penyelidikan tentang kriteria mengapa seseorang itu memilih untuk melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti kokurikulum. Beliau menggunakan nilai personaliti dan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum di samping pembolehubah data demografi terpilih untuk mengenal pasti sebab-sebab mereka ingin turut serta atau tidak mahu turut serta dalam aktiviti kokurikulum. Keputusan kajian mendapati bahawa terdapat perubahan dari segi tahap atau kadar turut serta pelajar dalam kokurikulum semasa mereka berada di peringkat sekolah menengah, peringkat kolej atau universiti. Kajian yang dijalankan juga mendapati pelajar tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum setelah mereka meninggalkan alam persekolahan. Sesetengah pelajar yang

mengambil bahagian di sekolah menengah adalah semata-mata untuk mendapatkan sijil sahaja.

Bucher (1983) telah membuat satu kajian terhadap 200 pelajar perempuan mengenai pandangan mereka terhadap aktiviti kokurikulum dan mendapati pelajar tersebut bersetuju tentang manfaat yang diperolehi daripada aktiviti kokurikulum terutamanya dari segi perkembangan jasmani dan juga menyumbang kepada

32

perkembangan sahsiah yang positif. Apa yang jelas ialah penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sama ada secara aktif atau pasif membolehkan pelajar mempelajari sesuatu perkara dengan penemuan dan memperolehi pengalaman sendiri serta bebas menentukan cara bagaimana mencapai matlamat pembelajaran. Pelajar yang ingin menjadi pemimpin juga boleh mengambil bahagian dengan menjalankan tugas-tugas tertentu dalam aktiviti yang disertainya. Dengan penglibatan ini, secara tidak langsung pelajar akan memperolehi kemahiran tentang sikap, tindak tanduk, pengetahuan dan sebagainya dalam bidang kepimpinan dan bukan sekadar tahu tentang teori-teori kepimpinan ( Shahril et al, 1992).

Kajian yang dilakukan di atas jelas menunjukkan bahawa keupayaan pelajar untuk memimpin boleh dilatih. Salah satu caranya ialah melalui kebiasaan dalam menjalankan tugas sebagai anggota pemimpin dalam aktiviti kokurikulum yang dianggotainya. Sperling (1942 dalam Mashitah 1994), telah membandingkan ciriciri personaliti penuntut-penuntut kolej dari aspek tahap perwakilan mereka dalam bidang sukan. Dapatan kajiannya memperlihatkan adanya perbezaan yang ketara antara ciri-ciri personaliti yang dimiliki di kalangan atlet dan bukan atlet. Kajian mendapati atlet yang telah bergiat selama lima musim menunjukkan penyesuaian yang lebih baik berbanding dengan atlet yang terlibat dalam jangkamasa yang lebih singkat. Mereka yang menjadi ahli atlet juga menunjukkan penyesuaian yang lebih baik daripada mereka yang bukan atlet dalam hal-hal yang melibatkan kesihatan, perkembangan fizikal, aktiviti sosial dan permainan, perhubungan sosial, psikologi, perhubungan peribadi psikologi, pekerjaan atau jawatan yang disandang dan hal-hal pendidikan pada masa yang akan datang. Jelas di sini, kebiasaan-kebiasaan dan latihan dalam bidang sukan yang dialami dalam tempoh yang agak panjang serta berulang kali membantu memupuk disiplin yang kuat pada diri mereka. Disiplin yang kuat ini merupakan asas yang utama ke arah pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar.

Muller dan Reznik (1965) dalam kajiannya telah menggariskan kebaikan yang diperolehi oleh seseorang pelajar yang bergiat dalam aktiviti kokurikulum sukan dan permainan. Kajiannya menunjukkan bahawa sukan mampu mematangkan fikiran dan mental serta emosi pelajar. Hendal (1993) menjelaskan penglibatan pelajar dalam bidang sukan ( bola keranjang ) berjaya memberi sumbangan kepada

33

pembentukan diri pelajar sebagai pemimpin. Ini kerana pelajar-pelajar yang terlibat dalam bidang sukan secara tidak langsung dapat mempelajari karektor jurulatih dari segi bagaimana mereka mengendalikan pemain-pemain supaya mereka patuh kepada disiplin yang ketat, peraturan dan latihan untuk mencapai kejayaan. Pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi pelajar membantu membentuk daya kepimpinan di kalangan pelajar. Jelasnya, pelajar yang aktif dalam sukan akan menjadi seorang yang lebih mengerti akan konsep kejayaan dan kegagalan (Quinn, 1992). Bagi mereka yang aktif dalam aktiviti sukan dapat menerima hakikat sesuatu kejayaan itu sebagai satu kepuasan setelah mereka melakukan sesuatu aktiviti dalam bentuk yang dirancang dengan baik dan sistematik. Sesuatu kegagalan daripada usaha yang

dilakukan tidak akan memberikan kesan emosi yang mendalam sebaliknya akan dianggap sebagai satu simbol untuknya terus berusaha memperbaiki kelemahan diri dan mencapai kejayaan. Semangat berjuang dan tidak mudah berputus asa ini

tentunya amat penting kepada pembentukan daya kepimpinan pada diri pelajar untuk menjadi seorang pemimpin.

2.4.2 Kajian-Kajian Bahan Berkaitan Dalam Negara

Kajian yang dilakukan oleh Mohamad Nor (1982) terhadap pelajar sekolah menengah dan kolej dengan menggunakan ujian personaliti mendapati aktiviti kokurikulum berupaya membantu pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar seperti membentuk pelajar yang berkeyakinan dalam pergaulan sosial, agresif, dominan dan bersifat pemimpin, mempunyai status sosial yang tinggi, merupakan pesaing yang lebih kuat dan tahan lasak, kurang bersikap memaksa, dan berdaya tahan tinggi terhadap aktiviti yang melibatkan kekuatan fizikal. Seseorang pemimpin itu perlu mempunyai daya tahan, daya saing yang kuat serta tahan lasak kepada setiap cabaran dan halangan yang mendatang kerana dengan adanya sifat-sifat ini, maka seseorang pemimpin itu tidak mudah berputus asa atau lemah semangat apabila mengalami kegagalan. Semuanya ini tidak boleh dibentuk dengan sendirinya tanpa latihan yang berterusan pada diri pelajar. Justeru itu penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum difikirkan turut menyumbang ke arah pembentukan daya kepimpinan pelajar.

34

Dalam

melihat

sejauh

mana

keberkesanan

rancangan

kokurikulum

mempengaruhi kualiti kepimpinan, Salmah (1993) telah membuat kajian di Universiti Sains Malaysia dan mendapati rancangan kokurikulum di institusi pengajian tinggi banyak memberi manfaat kepada pelajar. Penglibatan dalam

aktiviti kokurikulum boleh melatih pelajar-pelajar menjadi seorang pemimpin yang berkaliber, boleh mengawal diri dalam keadaan tertekan, berupaya membentuk warganegara yang sejahtera, rasa berjaya dan rasa termilik. Beliau juga mendapati melalui aktiviti kokurikulum berjaya melahirkan pemimpin yang lebih

mengutamakan pandangan dan perasaan ahli-ahli sebelum melaksanakan sesuatu rancangan yang melibatkan rakan sebaya atau masyarakat luar. Jelasnya penglibatan dalam kokurikulum akan memupuk sifat-sifat kepimpinan di kalangan pelajar dengan sifat tidak mementingkan diri sendiri tetapi sebaliknya lebih mengambil kira pandangan orang lain dalam membuat keputusan atau tindakan supaya matlamt yang ingin dicapai menjadi lebih berkesan.

Adnan (1988)

mendapati ada perbezaan dalam pembentukan personaliti

remaja antara yang aktif dan tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum ( persatuan dan kelab). Pelajar yang aktif menunjukkan hubungan yang positif dengan personaliti. Perbezaan yang wujud itu tidak menghairankan kerana aktiviti yang dilaksanakan dalam persatuan mempunyai hubungan dengan daya kepimpinan seseorang dalam sesebuah organisasi. Aktiviti yang dirancang dengan sistematik dengan bimbingan guru penasihat dapat memberikan keyakinan kepada pelajar dalam interaksi sesama rakan sebaya, kepatuhan kepada disiplin persatuan, mengendalikan mesyuarat, mengarah dan memberikan keyakinan kepada pelajar dalam interaksi sesama rakan sebaya, kepatuhan kepada disiplin persatuan, mengendalikan mesyuarat, mengarah dan membimbing rakan dan sebagainya. Penglibatan yang aktif dalam persatuan akan dapat melahirkan individu yang tinggi perasaan harga diri, kepercayaan pada diri dan pergaulan yang luas. Ini semua akan dapat mengubah diri pelajar daripada pemalu kepada ada keyakinan diri, berani bercakap, berbincang dan perkara-perkara positif yang lain. Pui (1996) turut menyokong kenyataan ini dengan menyatakan penglibatan pelajar dalam pertandingan pidato atau perbahasan dapat mencungkil dan mengembangkan bakat berpidato di kalangan pelajar. Kebolehan pelajar dalam

35

berpidato dan berbahas dalam memperkatakan sesuatu isu tentunya menjadi aset penting dalam membentuk diri mereka sebagai pemimpin pada suatu masa kelak.

Kajian yang telah dijalankan oleh Adnan (1988) tentang penglibatan pelajar dalam sukan walaupun mendapati tidak ada perbezaan pembentukan personaliti yang ketara antara pelajar yang aktif dalam sukan dengan yang tidak, namun beliau tetap berpendapat aktiviti sukan memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan personaliti pelajar terutamanya dari segi pembentukan daya cergas, sihat, kuat dan lebih menarik. Semuanya tidak akan dapat dicapai sekiranya pelajar tidak

mempunyai disiplin diri yang kuat semasa menjalani latihan. Kesempurnaan fizikal dan disiplin yang teguh berupaya meningkatkan paras keyakinan harga diri, sikap bertanggungjawab, mampu berinteraksi sosial secara lebih baik dengan rakan sebaya dan seterusnya menyumbang kepada pembentukan daya kepimpinan pelajar. Salmah (1993) juga menyatakan pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum khususnya aktiviti kepimpinan masyarakat mempunyai aspirasi yang tinggi untuk melanjutkan pelajaran dengan persepsi yang cemerlang. Kenyataan ini telah di

disokong oleh kajian yang telah dijalankan oleh Kuek (1990) yang merumuskan wujudnya perkaitan yang positif di antara penglibatan pelajar dalam kokurikulum dengan pembentukan aspirasi dan daya kepimpinan pelajar.

Kajian oleh Lim (1982) yang menggunakan ujian The California Psychological Inventory untuk mengkaji tret-tret psikologi pelajar di sebuah sekolah menengah telah memperjelaskan kebaikan penglibatan pelajar dalam aktivti kokurikulum. Hasil kajian tersebut menunjukkan aktiviti kokurikulum membantu seseorang pelajar memiliki kualiti kepimpinan, harga diri, kurang keraguan, kurang membangkang, kematangan bersosialisasi dan keupayaan kecerdasan yang tinggi.

Kajian Atan (1992) turut menyokong kepentingan penglibatan pelajar dalam sukan. Menurut beliau, dengan mengamalkan kegiatan sukan seseorang pelajar

dapat mendidik dan menghayati nilai-nilai mulia di samping dapat memupuk nilai kepimpinan dalam diri mereka. Melalui aktiviti sukan pelajar menjadi lebih

bertanggungjawab terhadap diri dan masyarakat, lebih mudah bertoleransi, bersikap positif dan mengamalkan sikap setia kawan, berdaya tahan bagi menghadapi cabaran hidup pada masa kini dan akan datang. Dengan bersukan juga, pelajar lebih peka

36

terhadap kepentingan bersosial serta berkemampuan untuk menyingkirkan rasa rendah diri. Interaksi yang luas juga akan dapat membawa pelajar kepada

perkongsian pengalaman dan membendung diri dari sebarang gejala yang kurang sihat demi kepentingan masyarakat dan negara.

Ngajikin et al (2006) dalam satu kajian yang dijalankan ke atas pelajar Universiti Teknologi Malaysia menunjukkan kebanyakan pelajar Melayu dan pelajar bukan Melayu yang terlibat aktif dalam aktiviti kokurikulum memberi nilai tambah ijazah dan alam pekerjaan turut mempunyai pencapaian CPA tinggi. Rata-rata pelajar sedar akan faedah yang diperolehi daripada aktiviti-aktiviti kokurikulum dapat membantu mereka membina kendiri bagi menghadapi alam pekerjaan.

Kajian-kajian yang dikemukakan oleh pengkaji di atas sebenarnya bukanlah merupakan satu kesimpulan yang menyeluruh tentang pengaruh penglibatan seseorang pelajar. Oleh itu pengkaji memikirkan mampu membantu melahirkan golongan pelajar yang berupaya menjadi pemimpin berkualiti selaras dengan aspirasi negara yang ingin menghasilkan seberapa ramai pemimpin yang boleh . Pemimpinpemimpin yang diharapkan adalah matang pemikiran, sihat fizikal, dan merupakan warganegara bersahsiah mulia. Hasrat dan aspirasi negara akan tercapai kerana aktiviti kokurikulum mampu menghasilkan pelajar yang sihat dan positif dalam suasana yang lebih teratur, terkawal, bermakna, riang dan menyeronokkan (Abu Bakar, 1991). Abu Bakar (1991) juga menyatakan bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum akan membolehkan mereka memahami, merasai dan mempersiapkan diri mereka dengan alam dewasa. Ini kerana aktiviti kokurikulum dilihat sebagai aktiviti pelajar boleh menimba pengalaman dari segi nilai dan norma kehidupan bermasyarakat di sekolah sebelum mereka berdepan dengan masyarakat sebenar yang penuh dengan cabaran dan pancaroba kehidupan.

Aktiviti kokurikulum juga dapat membantu membentuk persekitaran sekolah yang kondusif, menyeronokkan dan mampu menarik minat pelajar untuk datang ke sekolah. Ia juga berupaya memupuk rasa cinta dan taat pelajar kepada aktiviti kokurikulum yang dirancang dengan jayanya dan seterusnya akan memberi kesan positif ke arah pembentukan personaliti seseorang pelajar dengan kualiti daya kepimpinan yang tinggi. Ini selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Lim (1982)

37

yang menyatakan bahawa personaliti pelajar yang baik merupakan personaliti yang diperlukan dalam diri setiap pemimpin yang cuba dilahirkan di sekolah. Pengkaji berpendapat, untuk menjadi seorang pemimpin yang berpersonaliti, berjaya atau berkualiti, seseorang pelajar itu mesti melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang juga berkualiti.

Menyedari hakikat inilah, maka pengkaji meneruskan kajian-kajian oleh pengkaji terdahulu untuk memperlihatkan bagaimana pentingnya aktiviti

kokurikulum dalam melahirkan pelajar sebagai pemimpin melalui penglibatan mereka sama ada dalam bidang sukan dan permainan, bidang persatauan dan kelab dan bidang badan beruniform. Aktiviti dalam ketiga-ketiga bidang kokurikulum ini dapat melatih pelajar patuh kepada disiplin, bekerjasama, kebolehan mengarahkan orang lain, boleh mengendalikan mesyuarat, menguruskan kewangan, membina

semangat gigih, dan daya saing serta bijak mengatur strategi bagi mencapai kemenangan dalam sesuatu pertandingan. Ketua pasukan dalam sukan dan ketua komander dalam

permainan, pengerusi dalam persatuan dan kelab, dan

pasukan badan beruniform secara tersendiri dilatih untuk membimbing anggota di bawahnya ke arah pencapaian matlamat tertentu. Oleh yang demikian, penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum sedikit sebanyak memberikan sumbangan kepada pembinaan pelajar dengan unsur-unsur pembentukan kepimpinan yang akan memberikan nafas baru dan kekuatan dalaman.

38

BAB III

METODOLOGI KAJIAN

3.1

Pengenalan

Bab ini akan membincangkan tentang reka bentuk kajian, pembolehubah kajian, responden yang dipilih sebagai sampel, instrumen yang digunakan dan kaedah pengumpulan dan penganalisisan data. Perkara-perkara tersebut akan dijadikan asas dan panduan dalam menjalankan kajian agar ia tidak menyimpang dari tujuan kajian serta dapat mencari penyelesaian bagi permasalahan kajian sebagaimana yang telah ditetapkan dalam Bab I.

3.2

Rekabentuk Kajian

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu penyelidikan yang berbentuk deskriptif menggunakan soal selidik. Menurut Mohd. Najib (2003), penyelidikan jenis ini bermatlamat untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku. Semasa menjalankan kajian, pengkaji menggunakan borang soal selidik

dengan harapan dapat mengumpulkan maklumat dengan cepat dan mendapat gambaran yang mendalam tentang permasalah kajian. Responden hanya perlu Dengan

menyatakan keadaan sebenar berpandukan soalan yang disediakan.

menggunakan statistk lanjutan korelasi, pengkaji boleh melihat hubungan dan kaitan yang mungkin wujud di antara pembolehubah-pembolehubah yang dikenalpasti.

39

Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah menggunakan Model Rekabentuk Kajian Mohd. Najib (2003) seperti Rajah 3.1 di bawah:

Rajah 3.1: Reka Bentuk Kajian Sumber: Mohd. Najib (2003)

40

Bagi memastikan kajian ini berjalan dengan baik dan lancar, pengkaji telah terlebih dahulu mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak yang berwajib sebelum mengedarkan soal selidik kepada pelajar-pelajar yang terbabit.

i.

Peringkat Memohon Kebenaran

Sebelum kajian dijalankan pengkaji telah mendapatkan kebenaran daripada pihak-pihak berikut :

(a) Pengarah

Bahagian

Perancangan

dan

Penyelidikan

Dasar

Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

(b) Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

(c) Pengetua sekolah-sekolah yang terlibat.

ii.

Peringkat Menjalankan Kajian Dan Pengumpulan Data

Sebelum mengedarkan soal selidik kepada responden, pengkaji terlebih dahulu memohon keizinan daripada Pengetua sekolah. Pada masa yang sama pengkaji telah menerangkan tujuan kajian kepada pengetua, guru penolong kanan 1, penolong kanan hal ehwal murid, dan guru kaunseling sekolah berkenaan secara berasingan. Penerangan tentang objektif kajian ini dijalankan dan cara-cara menjawab soal selidik telah diberikan kepada guru kaunseling dan pengkaji telah memberikan jaminan bahawa semua maklumat yang diberikan akan dirahsiakan serta hanya digunakan untuk tujuan akademik sahaja.

Seterusnya soal selidik telah diedarkan kepada responden melalui guru kaunseling. Guru kaunseling telah masuk ke kelaskelas tertentu mengikut kelapangan masanya dan meminta para responden mengisi borang soal selidik dalam tempoh masa yang telah ditetapkan. Sebelum responden menjawab soal selidik, Guru-guru

41

kaunseling telah menerangkan tujuan menjawab soal selidik ini, mengingatkan responden kepentingan menjawab soal selidik dengan lengkap dan tepat, serta memberitahu responden bahawa segala maklumat yang diberikan adalah dirahsiakan.

Pengkaji memberi tempoh seminggu kepada guru kaunseling agar segala maklumat yang diperlukan dapat dipenuhi oleh pelajar. Semua borang soal selidik yang telah dilengkapkan kemudiannya dimasukkan ke dalam sampul surat yang disediakan. Borang-borang itu seterusnya dikumpulkan lalu dilabelkan satu kod bernombor dan dianalisis bagi mendapatkan data mentah sebelum diuji secara statistik untuk menguji hipotesis dan menjawab soalan-soalan kajian.

3.3

Populasi Dan Sampel Kajian

Populasi kajian terdiri daripada pelajar-pelajar tingkatan empat sekolah menengah. Walau bagaimanapun persampelan hanya melibatkan seramai 50 orang pelajar setiap sekolah dan jumlah keseluruhan seramai 300 orang pelajar. Kesemua yang menjadi sampel kajian ini adalah dipilih secara rawak. Di dalam penetapan sampel kajian, penyelidik memilih tiga buah sekolah menengah luar bandar dan tiga buah sekolah menengah bandar di daerah Batu Pahat, Johor.

Faktor-faktor yang diambil kira di dalam pemilihan pelajar sebagai sampel kajian adalah seperti berikut:

i.

Pelajar-pelajar ini lebih

memahami kerana mereka telah lama

melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum sejak tingkatan satu atau tingkatan peralihan.

ii.

Aktiviti kokurikulum yang terlibat dianggap menyeluruh bagi pelajarpelajar ini.

42

iii.

Pelajar-pelajar ini boleh memahami soal selidik kajian dengan baik.

3.4

Instrumen Kajian

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat tahap penglibatan pelajar dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan di kalangan pelajar tingkatan empat di daerah Batu Pahat. Pengkaji menggunakan soal selidik untuk tujuan mengumpulkan data kuantitatif responden. Menurut Mohd. Najib (2003) instrumen berbentuk soal selidik mudah ditadbir setelah dibina dengan baik dan data senang diproses untuk dianalisis. Mengikut Mohd. Majid (1998) pula, soal selidik merupakan alat ukur yang digunakan di dalam penyelidikan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.

Instrumen kajian yang dijalankan terbahagi kepada tiga bahagian iaitu Bahagian A mengandungi 4 item tentang maklumat responden. Bahagian B mengandungi 15 item yang mengukur tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum. Bahagian C pula terdiri daripada 20 item yang menilai daya

kepimpinan responden di tempat kajian.

Bahagian A dalam soal selidik merupakan soalan-soalan berkaitan dengan demografi responden iaitu sekolah, jantina, umur, dan kaum. Bahagian B merupakan soalan-soalan berkaitan dengan tahap penglibatan dalam bidang sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform merangkumi jumlah masa melibatkan diri, jumlah aktiviti yang disertai, jumlah jawatan yang dipegang, kekerapan menjalankan tugas, dan penilaian dalam ketiga-tiga bidang aktiviti kokurikulum tersebut. Bahagian C pula merupakan soalan-soalan berkaitan dengan daya kepimpinan pelajar mencakupi daya kepimpinan dimensi yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan tugas.

Bahagian B dan C terdiri daripada 35 item berskala lima mata yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang tahap penglibatan pelajar dalam

43

kokurikulum dan dimensi-dimensi daya kepimpinan. Setiap item yang dijawab dalam bahagian B diberikan skor mengikut kadar A (5), B (4), C (3), D (2), dan E (1). Jadual 3.1 menunjukkan taburan item-item Bahagian B mengikut dimensi kajian. Jadual 3.1 : Item-Item Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum Tahap Penglibatan Pelajar Jumlah masa melibatkan diri Jumlah aktiviti yang disertai Jumlah jawatan yang dipegang Kekerapan menjalankan tugas Penilaian aktiviti kokurikulum Nombor item 1,2,3 4,5,6 7,8,9 10,11,12 13,14,15 Jumlah Item 3 3 3 3 3

Bahagian C terdiri daripada 20 item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat tentang daya kepimpinan pelajar. Item-item dalam bahagian ini dirujuk daripada kajian Mashitah (1994) tentang daya kepimpinan. Setiap item yang dijawab diberikan skor mengikut kadar A (5), B (4), C (3), D (2), dan E (1). Jadual 3.2 menunjukkan taburan item-item Bahagian C mengikut dimensi kajian.

Jadual 3.2: Item-Item Daya Kepimpinan Daya Kepimpinan Yakin diri Tanggungjawab menjalankan tugas Keupayaan membuat keputusan Kebolehan menyelesaikan masalah Kepuasan menjalankan tugas No. Item 16,17,18,35 19,20,27,29 31,32,33,34 23,24,25,30 21,22,26,28 Jumlah Item 4 4 4 4 4

3.5

Kajian Rintis

Menurut Polit et al (2001) kajian rintis merujuk kepada versi kajian kecil atau percubaan yang dilakukan sebagai persediaan untuk kajian yang lebih besar atau utama. Tujuan utama kajian rintis adalah untuk menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen (Mohd. Najib, 2003). Kajian rintis juga merupakan praujian untuk mencuba instrumen kajian khusus. Kelebihan kajian rintis adalah dapat membantu pengkaji memperoleh petunjuk awal tentang item-item yang mungkin tidak tepat atau gagal (Baker,1994).

44

Pengkaji telah melakukan kajian rintis pada 28 Ogos 2007 untuk menguji kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik tersebut. Seramai 15 orang pelajar tingkatan empat di sebuah sekolah yang lain yang tidak terlibat dalam kajian dijadikan responden kajian rintis ini.

Dalam kajian ini, objektif kajian rintis adalah untuk memastikan kesahan dan kebolehpercayaan item-item dari segi ketepatan, kesesuaian istilah dan struktur ayat supaya tidak timbul kekeliruan dan salah tafsir. Selain itu, pengkaji ingin menguji sama ada item-item yang dikemukakan itu adalah berkaitan dengan pengetahuan dan pengalaman pelajar. Pengkaji juga ingin mengetahui jangka masa yang digunakan oleh responden untuk menjawab semua item dalam soal selidik. Responden diminta menjawab semua item dan seterusnya memberi ulasan dan pandangan mereka

terhadap soal selidik tersebut. Pandangan dan ulasan mereka dijadikan panduan dalam memperbaiki soal selidik kajian ini.

Borang soal selidik yang telah diisi lengkap oleh responden telah dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For The Social Sciences Version 11.5. Dapatan analisis menunjukkan keseluruhan nilai-nilai alpha untuk semua item dalam soal selidik ialah 0.9679. Menurut Mohd. Majid (1998), nilai kebolehpercayaan yang sesuai digunakan dalam penyelidikan bagi sesuatu alat ukur ialah yang mempunyai nilai yang lebih daripada 0.60. Oleh kerana nilai alpha yang diperolehi adalah melebihi 0.60 maka ia sesuai digunakan bagi tujuan kajian ini.

3.6

Analisis Data

Pemprosesan data melibatkan beberapa langkah iaitu menyimpan data, memberi kod, mengasingkan data, membuat pengiraan dan menganalisis data (Cates, 1983). Semua borang soal selidik yang mengandungi jawapan telah dikumpulkan dan dikodkan. Penyemakan ke atas soal selidik telah dilakukan bagi memastikan setiap jawapan adalah lengkap dan mengikut prosedur yang ditetapkan. Struktur data dalam kajian ini adalah berbentuk senarai dan datanya adalah berbentuk kuantitatif yang melibatkan latar belakang responden, tahap penglibatan responden

45

dan daya kepimpinan responden. Data-data telah diukur dalam bentuk nombor sahih mengikut ukuran skala lima mata ke atas setiap pemboleubah.

Penganalisisan data untuk kajian ini dilakukan dengan Statistical Package For The Social Sciences Version 11.5.

menggunakan

Untuk menentukan

hubungan antara pembolehubah-pembolehubah, ujian korelasi telah dijalankan. Pekali korelasi digunakan bagi menunjukkan hubungan antara pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar. Pekali ini dilihat dari segi hubungan positif atau negatif antara pembolehubah-pembolehubah tersebut. Kaedah penganalisisan data yang digunakan seperti Jadual 3.3 di bawah. Jadual 3.3 : Kaedah Penganalisisan Data Bahagian A B&C Jenis Analisis Alat Pengukuran Latar belakang responden Frekuensi, peratusan Tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti Korelasi Pearson kokurikulum dengan daya kepemimpinan

Bagi melihat hubungan antara dua pembolehubah iaitu tahap penglibatan pelajar dalam kokurikulum dan daya kepimpinan, ujian Korelasi Pearson digunakan untuk menentukan kesignifikanannya pada aras 0.01 dan melihat kekuatan antara dua pembolehubah. Tahap hubungan kekuatan kolerasi dibuat berdasarkan skala Alias (1977) seperti Jadual 3.4 di bawah. Skala ini pernah juga digunakan oleh pengkajipengkaji lain seperti Lau (2000) dan Mohd. Rosli (2000). Jadual 3.4 : Anggaran Kekuatan Perhubungan Antara Dua Pembolehubah Pekali Korelasi 0.00-0.20 0.21-0.40 0.41-0.60 0.61-0.80 0.81-1.00 Kekuatan Sangat rendah dan boleh diabaikan Rendah Sederhana Tinggi Sangat tinggi Sumber : Alias (1997)

46

3.7

Takwim Kajian

Pengkaji ingin memastikan prosedur kajian dijalankan dengan betul, baik dan lancar, oleh itu takwim kajian seperti Jadual 3.5 berikut telah digunakan.

Jadual 3.5 : Takwim Kajian Tarikh Jun Julai Julai - Ogos Tindakan Membina cadangan dan sorotan penulisan Memohon kebenaran daripada pihak-pihak tertentu Mengubahsuai soal selidik dan melaksanakan kajian rintis Ogos September September-Oktober Jun - Oktober November Menganalisis data dan ubahsuai soal selidik Melaksanakan kajian sebenar Menganalisis dan mentafsirkan data Menulis laporan kajian Menghantar laporan kajian

Pada peringkat permulaan kajian, pengkaji membina cadangan kajian, membuat sorotan penulisan serta memohon kebenaran daripada pihak-pihak tertentu. Selepas itu pengkaji mengubahsuai soal selidik dan melaksanakan kajian rintis. Langkah seterusnya ialah menganalisis data kajian rintis dan ubahsuai soal selidik. Pada pertengahan September, pengkaji melaksanakan kajian sebenar di enam buah sekolah menengah di daerah Batu Pahat dengan bantuan guru-guru kaunseling sekolah. Selepas soal selidik dikumpul data dianalisis dan ditafsirkan. Pada

peringkat akhir kajian, pengkaji menulis laporan kajian sepanjang Oktober dan akhirnya laporan kajian telah disiapkan dan boleh dihantar pada November 2007.

47

BAB IV

ANALISIS DATA

4.1

Pengenalan

Bab ini akan menjelaskan hasil dapatan yang diperolehi daripada kajian yang telah dijalankan. Hasil dapatan kajian ini dibahagikan kepada dua bahagian

mengikut aspek-aspek yang telah dipilih iaitu latar belakang responden dan analisis inferensi korelasi yang merangkumi hubungan di antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan kelima-lima dimensi daya kepimpinan.

4.2

Latar Belakang Responden

Responden kajian adalah terdiri daripada 300 orang pelajar tingkatan empat. Latar belakang responden termasuklah aspek-aspek jantina, umur, kaum, dan sama ada dari sekolah bandar atau luar bandar.

Jadual 4.1 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan

responden

mengikut jantina. Daripada 300 orang responden kajian ini, bilangan pelajar perempuan adalah lebih ramai iaitu 157 orang (52.3 %) berbanding dengan bilangan pelajar lelaki yang seramai 143 orang (47.7 %).

48

Jadual 4.1: Jantina Lelaki Perempuan Jumlah

Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Jantina Bilangan Peratus 143 157 300 47.7 52.3 100

Jadual 4.2 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut umur. Sebilangan besar responden iaitu seramai 209 orang adalah berumur 16 tahun (69.7 %) dan responden yang berumur 17 hanyalah 91 orang (30.3 %). Pelajarpelajar yang berumur 17 ini merupakan mereka yang pernah belajar di tingkatan peralihan. Jadual 4.2: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Umur Umur 16 tahun 17 tahun Jumlah Bilangan 209 91 300 Peratus 69.7 30.3 100

Jadual 4.3 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut kaum. Jumlah pelajar Melayu ialah 130 orang ( 43.3 %) manakala pelajar Cina seramai 142 orang (47.4 %) dan pelajar India hanya seramai 28 orang (9.3 % ). Jadual 4.3: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Kaum Kaum Melayu Cina India Jumlah Bilangan 130 142 28 300 Peratus 43.3 47.4 9.3 100

49

Jadual 4.4 menunjukkan taburan bilangan dan peratusan responden mengikut sekolah. Bilangan responden dari sekolah luar bandar dan bandar adalah sama banyak iaitu 150 orang masing-masing telah dipilih untuk kajian ini. Jadual 4.4: Taburan Bilangan Dan Peratusan Responden Mengikut Sekolah Sekolah Luar Bandar Bandar Jumlah Bilangan 150 150 300 Peratus 50.0 50.0 100

4.3

Analisis Inferensi Korelasi

Analisis inferensi korelasi dijalankan untuk mengenal pasti hubungan di antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Kaedah statistik yang digunakan ialah Korelasi Pearson, keputusan kajian dilaporkan berdasarkan hipotesis-hipotesis nol.

4.3.1 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini dapat menjawab hipotesis nol yang pertama iaitu:

Ho 1 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri.

50

Jadual 4.5 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri. Jadual 4.5: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum ( pekali korelasi) Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri
** signifikan pada aras 0.01

Korelasi Pearson Signifikan (2 hujung)

0.59** 0.00

N= 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara tahap penglibatan dengan dimensi yakin diri adalah positif dan sederhana dengan pekali korelasinya 0.59. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri.

4.3.2 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab Menjalankan Tugas

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini dapat menjawab hipotesis nol yang kedua iaitu:

51

Ho 2 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas.

Jadual 4.6 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas. Jadual 4.6: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab Menjalankan Tugas Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti

Kokurikulum ( pekali korelasi) Daya Kepimpinan Dimensi Korelasi Pearson Tanggungjawab Menjalankan Tugas
** signifikan pada aras 0.01 N = 300

0.48** 0.00

Signifikan ( 2 hujung)

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara tahap penglibatan dengan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas adalah positif dan sederhana dengan pekali korelasinya 0.48. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas adalah ditolak. Ini

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas.

4.3.3 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan Membuat Keputusan

52

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. ini dapat menjawab hipotesis nol yang ketiga iaitu:

Ujian

Ho 3 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan.

Jadual 4.7 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan. Jadual 4.7: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan Membuat Keputusan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum ( pekali korelasi) Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan Membuat Keputusan
** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Korelasi Pearson Signifikan ( 2 hujung)

0.50** 0.00

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara tahap penglibatan dengan dimensi keupayaan membuat keputusan adalah positif dan sederhana dengan pekali korelasinya 0.50. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan.

53

4.3.4 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan Menyelesaikan Masalah

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini dapat menjawab hipotesis nol yang keempat iaitu:

Ho 4 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Jadual 4.8 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Jadual 4.8: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan Menyelesaikan Masalah Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum (pekali korelasi) Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan Menyelesaikan Masalah
** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Korelasi Pearson Signifikan ( 2 hujung)

0.60** 0.00

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara tahap penglibatan dengan dimensi kebolehan menyelesaikan adalah positif dan sederhana dengan pekali korelasinya 0.60. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

54

kokurikulum

dengan

pembentukan

daya

kepimpinan

dimensi

kebolehan

menyelesaikan masalah.

4.3.5 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan Menjalankan Tugas

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini dapat menjawab hipotesis nol yang kelima iaitu:

Ho 5 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

Jadual 4.9 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas. Jadual 4.9: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan Menjalankan Tugas Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum ( pekali korelasi) Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan Menjalankan Tugas
** signifikan pada aras 0.01 N = 300

Korelasi Pearson Signifikan (2 hujung)

0.59** 0.00

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara tahap penglibatan dengan dimensi kepuasan menjalankan tugas adalah positif dan sederhana dengan pekali korelasinya 0.59. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang

55

menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas adalah ditolak. Ini menunjukkan bahawa terdapat

hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas.

4.3.6 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan

Ujian Korelasi Pearson ( r ) digunakan untuk melihat hubungan ini. Ujian ini dapat menjawab hipotesis nol yang keenam iaitu:

Ho 6 : Tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.

Jadual 4.10 menunjukkan hubungan korelasi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Jadual 4.10: Analisis Korelasi Hubungan Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum ( pekali korelasi) Daya Kepimpinan Korelasi Pearson Signifikan (2 hujung) 0.70** 0.00

** signifikan pada aras 0.01

N = 300

Daripada jadual di atas dapat dilihat bahawa kekuatan perhubungan antara tahap penglibatan dengan daya kepimpinan adalah positif dan tinggi dengan pekali

56

korelasinya 0.70. Nilai p yang dicatatkan iaitu 0.00 adalah lebih rendah daripada aras signifikan yang ditetapkan iaitu 0.01. Hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan adalah ditolak. Ini

menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.

57

BAB V

PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Dalam kajian

ini,

pengkaji menggunakan

statistik

inferensi untuk

menghuraikan perhubungan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Bab ini merupakan rumusan daripada dapatan yang secara langsung akan menghuraikan tentang dapatan kajian, cadangan tindakan dan hadapan. kajian lanjutan yang sesuai untuk penyelidikan masa

5.2

Perbincangan Dapatan Kajian

Setiap dapatan kajian yang diperolehi akan diperbincangkan melalui Bab V. Dalam bab ini, perbincangkan berdasarkan kepada enam hipotesis nol yang dinyatakan pengkaji berkaitan hubungan di antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan.

58

5.2.1 Ciri Demografi Responden

Seramai 300 orang pelajar tingkatan empat yang menjadi responden kajian ini terdiri daripada pelbagai latar belakang jantina, umur dan kaum. Dari segi jantina responden lelaki adalah 47.7% dan perempuan 52.3%. Nisbah responden dari segi umur sangat besar, iaitu 69.7% adalah pelajar berumur 16 berbanding dengan pelajar berumur 17 iaitu 30.3%. Nisbah responden dari segi kaum, 43.3% adalah pelajar Melayu, pelajar Cina 47.4% dan pelajar India 9.3%. Nisabah responden bagi

sekolah luar bandar dan bandar adalah sama iaitu 50% setiap satu.

5.2.2 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Yakin Diri

Dapatan kajian daripada Jadual 4.5 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri.Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi yakin diri ditolak.

Adnan (1988) menyatakan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum mempunyai kesan yang besar kepada pembentukan daya kepimpinan yakin diri. Heim et al (1993) pula menyatakan penglibatan pelajar dalam persatuan dan kelab seperti ucapan umum, syarahan, dan bahas boleh mendorong pelajar menjadi pemimpin kerana satu ciri yang ada pada pemimpin ialah berkeyakinan untuk bercakap. Kebolehan memberi ucapan umum, berpidato atau berbahas dengan

lancar merupakan ciri penting untuk menjadi seorang pemimpin (Hamzah, 1996).

59

Kapp (1979) dalam kajian yang berkaitan dengan penglibatan pelajar dalam kokurikulum dengan faedahnya telah membuat kenyataan seperti berikut:

I found that these involved students tended to have more confidence in their leadership ability, their thinking ability, and their ability to get along with people.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan dimensi yakin diri. Pengkaji berpendapat, seseorang pemimpin hendaklah yakin kepada diri sendiri. Yakin kepada diri sendiri ialah yakin kepada kebolehan yang ada, yakin kepada segala keputusan dan tindakan yang telah dibuat untuk kumpulan dan apa yang lebih penting ialah yakin kepada kepimpinan sendiri. Dengan demikian seseorang ketua dapat menjalankan tugasnya tanpa keraguan. Ketua yang tiada keyakinan terhadap diri sendiri tidak akan mempunyai kekuatan dalaman untuk memimpin orang lain.

5.2.3 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Tanggungjawab Menjalankan Tugas

Kuputusan kajian daripada Jadual 4.6 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas ditolak.

Kamaruddin (1989) berpendapat pendidikan kokurikulum yang diterapkan dalam sistem pendidikan di negara ini mempunyai matlamat utama iaitu memupuk perkembangan personaliti pelajar secara menyeluruh dan seimbang, khasnya

60

daripada aspek mental, fizikal, sosial, moral, kerohaniannya, dengan harapan pelajar menjadi warganegara yang bertanggunjawab, berdisiplin, berdikari dan

berkemahiran. Di samping itu, ia juga dapat memupuk dan melatih kualiti-kualiti kepimpinan dalam diri pelajar.

Melalui aktiviti kokurikulum, pelajar didedahkan dengan pelbagai ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, pelajar juga dididik untuk mencapai kejayaan dalam bidang kokurikulum. Sebagai contoh, aktiviti badan beruniform seperti

Pasukan Kadet Polis, Pasukan Pengakap, Pasukan Pancaragam, Pergerakan Pandu Puteri, dan Persatuan Bulan Sabit Merah dan sebagainya menyediakan ruang untuk pelajar mencapai keseimbangan kejayaan dalam kurikulum. Melaui aktiviti

kokurikulum, pelajar dididik dan diberi kesedaran pentingnya cemerlang untuk menunaikan tanggungjawab menjalankan tugas (Padilah, 2000). Selain daripada pemupukan sikap bertanggungjawab menjalankan tugas, pelajar juga digarap dengan banyak aktiviti dalam kumpulan untuk menjayakan sesuatu projek.

Seseorang pemimpin mempunyai tanggungjawab yang nyata. Pertama ialah bagi menentukan tercapainya matlamat aktiviti kokurikulum dan keduanya bagi menentukan keselamatan kumpulan ketika aktiviti kokurikulum sedang dijalankan. Jika suatu projek kumpulan, ekspedesi misalnya, gagal mencapai matlamat atau objektif yang digariskan, maka ini adalah disebabkan oleh kelemahan pemimpin itu. Begitu jugalah halnya sesuatu aktiviti itu selalu sahaja ditimpa keadaan yang tidak diingini.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan dimensi tanggungjawab menjalankan tugas. Pengkaji berpendapat, bagi

menguruskan aktiviti kokurikulum ketua hendaklah melakukan banyak tugas, atau fungsi tertentu. Bagi menghasilkan pengurusan yang berkesan, maka tugas-tugas tersebut hendaklah dijalankan dengan bersungguh-sungguh oleh ketua yang bertanggungjawab.

61

5.2.4 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Keupayaan Membuat Keputusan

Hasil kajian seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.7 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang

menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan ditolak.

Dapatan kajian ini seiring dengan kajian oleh Salmah (1993) yang menyatakan penglibatan dalam aktiviti kokurikulum membolehkan pelajar berjaya dilatih menjadi pemimpin yang berupaya mengawal diri dalam keadaan yang tertekan dan berkeupayaan membuat keputusan. Sebarang keputusan yang dibuat oleh seseorang pemimpin mempunyai kesan-kesan yang sangat luas dan mendalam ke atas mereka yang berada di bawah kepimpinannya.

Heim et al (1993) menyatakan pelajar mula belajar membuat keputusan pada peringkat sekolah dan apabila mereka menjadi lebih dewasa, ia akan muncul sebagai seorang pemimpin yang berkeupayaan membuat keputusan ssecara tekal. Aspek ketekalan dalam membuat keputusan amat penting supaya pengikut akan dapat mengekalkan motivasi yang lebih tinggi dan memberikan ketaatan kepada pemimpin. Kamaruddin (1989) pula menyatakan hikmat yang diperolehi oleh pelajar daripada penglibatan aktiviti kokurikulum termasuklah dapat memupuk kualiti

kepimpinan yang bersifat intelektual, kreatif, memupuk kemahiran membuat keputusan, memupuk semangat berjiwa besar dan berproduktif. Kajian oleh Lim (1982) untuk mengkaji tret-tret psikologi pelajar di sebuah sekolah menengah juga

memperjelaskan kebaikan penglibatan pelajar dalam aktivti kokurikulum. Hasil kajian tersebut menunjukkan aktiviti kokurikulum membantu seseorang pelajar

62

memiliki kualiti kepimpinan seperti

kurang keraguan, kurang membangkang,

kematangan bersosialisasi dan keupayaan kecerdasan yang tinggi.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan. Pengkaji berpendapat, daya kepimpinan dimensi keupayaan membuat keputusan ini membolehkan seseorang pelajar yang menjadi ketua memimpin kumpulan dalam apa keadaan sekali pun. Pemimpin yang berkeupayaan membuat keputusan dapat menganalisis sesuatu keadaan serta dapat memisahkan antara perkara-perkara yang penting dengan yang tidak. Dengan itu pemimpin tersebut dapat menghasilkan pendapat atau rumusan yang bernas lagi berkesan. Keputusan dan arahan pemimpin yang berkeupayaan membuat keputusan akan dipatuhi tanpa keraguan dan kelewatan.

5.2.5 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kebolehan Menyelesaikan Masalah

Jadual 4.8 menunjukkan

dapatan kajian hubungan di antara tahap

penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Dapatan kajian

menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah ditolak.

Dapatan ini menyokong kajian yang telah dijalankan oleh Chebator (1995) yang mendapati pelajar yang menyertai aktiviti kokurikulum semasa kedua-dua zaman persekolahan menengah dan kolej mempunyai skor min yang tinggi dalam dimensi kebolehan menyelesaikan masalah jika dibandingkan dengan pelajar yang

63

tidak menyertai aktiviti kokurikulum semasa kedua-dua zaman persekolahan tersebut. Sementara itu, pelajar yang hanya menyertai dalam aktiviti kokurikulum semasa zaman persekolahan menengah juga mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan pelajar yang tidak menyertai sama ada zaman persekolahan menengah atau kolej.

Kajian oleh Mashitah (1994) menunjukkan memang wujud perhubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan dimensi kebolehan menyelesaikan masalah. Pengkaji berpendapat, seseorang

pemimpin yang boleh mengenalpasti dan menyelesaikan masalah secara logik dan kritis akan menggalakkan kemajuan dalam kumpulan yang dipimpininya. Seorang pemimpin yang berkebolehan menyelesaikan masalah adalah peka terhadap apa yang berlaku di sekitarnya. Dengan demikian ia dapat bertindak bagi kebaikan kumpulan.

5.2.6 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan Dimensi Kepuasan Menjalankan Tugas

Keputusan kajian berdasarkan Jadual 4.9 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kekuatan sederhana antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas ditolak.

64

Dapatan ini menyokong

kajian yang telah dilakukan oleh Ryan (1989).

Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan data daripada 1985 Cooperative Institutional Research Project Follow Up Survey mendapati tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sukan dan permainan mempunyai hubungan positif dan tinggi dengan pembentukan daya kepimpinan terutamanya kepuasan menjalankan tugas.

Dapatan kajian juga seiring dengan kajian yang dijalankan oleh Chebator (1995). Dalam kajian beliau, kesimpulan telah dibuat seperti berikut:

…participation in co-curricular activities leads to students who are generally more satisfied in their duties, more academically successful, more selfconfident, and more socially in control than their uninvolved peers.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan dimensi kepuasan menjalankan tugas. Mengikut Ab.Aziz (2003), pemimpin yang mempunyai kepuasan menjalankan tugas yang tinggi akan mempunyai sikap yang positif terhadap tugas dan sebaliknya. Pengkaji berpendapat, seseorang pemimpin yang mempunyai kepuasan menjalankan tugas yang tinggi akan melahirkan semangat gigih, rajin bekerja dan berdedikasi. Dengan adanya kepuasan menjalankan tugas, seseorang pemimpin akan memimpin kumpulan dengan lebih baik.

5.2.7 Hubungan Di Antara Tahap Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Dengan Pembentukan Daya Kepimpinan

Hasil kajian berdasarkan Jadual 4.10 menunjukkan terdapat hubungan yang signifikan dan kekuatan tinggi antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Dapatan ini membolehkan hipotesis nol yang menyatakan tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan ditolak. Di sini, dapat dikatakan bahawa responden yang mempunyai tahap penglibatan yang tinggi memang mempunyai daya kepimpinan yang tinggi.

65

Menurut Teng (1984), di dalam bukunya Pendidikan Jasmani dan Kesihatan menerangkan bahawa pelajar-pelajar yang mengikuti aktiviti kokurikulum akan mewarisi sifat-sifat seperti ada sifat kepimpinan, bersemangat kesukanan, bersifat toleransi, kesabaran, timbangrasa, hormat menghormati, mempunyai kesedaran nilai masyarakat dan daya tahan diri.

Dapatan ini seiring dengan Mashitah (1994) yang mengatakan penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum membantu membentuk daya kepimpinan seperti yakin diri, bertanggungjawab menjalankan tugas, berkeupayaan membuat keputusan, berkebolehan menyelesaikan masalah, dan mempunyai kepuasan menjalankan tugas. Padilah (2000) pula menyatakan aktiviti kokurikulum dapat membantu pelajar menyemai benih-benih sifat kepimpinan secara lebih efektif. Semua ini jelas

menunjukkan aktiviti kokurikulum dapat menawarkan pelbagai pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang mengandungi unsur-unsur intelek, disiplin kendiri, kepimpinan, dan akan membantu pelajar menentukan hala tuju kehidupan masa depannya.

Ibrahim (1995) menegaskan pelajar yang mempunyai tahap penglibatan yang tinggi dalam aktiviti kokurikulum adalah merupakan pelajar yang mempunyai kesedaran kendiri mengenai kekuatan dan kompetensi kepimpinan seperti yakin diri, amanah, jujur, tegas, rajin, sensitif serta memiliki kemahiran berkomunikasi.

Kesimpulannya pengkaji mendapati pelajar yang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum memang dapat membantu membentuk daya kepimpinan dimensi yakin diri, tanggungjawab menjalankan tugas, keupayaan membuat keputusan, kebolehan menyelesaikan masalah, dan kepuasan menjalankan tugas. Pengkaji berpendapat, di sekolah pelajar berpeluang melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum yang merangkumi sukan dan permainan, persatuan dan kelab, dan badan beruniform, di sinilah daya kepimpinan dapat dibentuk dan semakin berkembang. Semua ini memerlukan perancangan dan pembangunan pendidikan kokurikulum yang teratur.

66

5.3

Rumusan Dapatan Kajian

Secara keseluruhannya dapatan kajian telah menunjukkan memang wujud perhubungan antara tahap penglibatan pelajar sekolah menengah dalam aktiviti

kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Hubungan yang terbentuk pada kadar kekuatan positif dan tinggi dengan nilai korelasinya 0.70, dan signifikan pada aras 0.01. Dapatan kajian telah banyak menyokong hasil-hasil kajian lepas yang menyatakan tahap penglibatan pelajar di sekolah menengah dalam aktiviti kokurikulum dapat membantu pembentukan daya kepimpinan. Justeru itu,

sewajarnya pihak pengurusan sekolah menggunakan segala sumber yang ada secara maksimum, mempertingkatkan lagi usaha ke arah pengurusan kokurikulum yang lebih mantap dan berkesan bagi memastikan penglibatan pelajar akan dapat memberikan pelbagai manfaat terutamanya pembentukan daya kepimpinan pelajar.

5.4

Cadangan Tindakan Berdasarkan dapatan, perbincangan dan rumusan daripada kajian yang boleh

dijalankan,

pengkaji

berpendapat

antara

cadangan-cadangan

yang

diketengahkan kepada beberapa pihak termasuklah pihak Kementerian Pelajaran pendidikan kokurikulum, sebagai guru penentu dasar, dan pihak pelajar pengetua, bagi guru-guru penasihat pendidikan

kaunseling,

memastikan

kokurikulum dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan ke arah pembentukan daya kepimpinan pelajar.

i.

Fungsi

Kementerian

Pelajaran

Malaysia

amat

penting

bagi

memastikan garis panduan pelaksanaan pendidikan kokurikulum diikuti oleh pihak sekolah. Ini secara langsung akan membolehkan penglibatan pelajar adalah pada tahap maksimum. Dengan itu barulah pendidikan kokurikulum difikirkan dapat memberi peluang kepada semua pelajar untuk mengembangkan kreativiti dan membantu mempertingkat dan membentuk daya kepimpinan. Kementerian Pelajaran Malaysia seharusnya memandang jauh ke hadapan dan

67

merancang dengan lebih positif bagi memastikan aktiviti kokurikulum yang diadakan mendapat sambutan pelajar sepenuhnya.

ii.

Dapatan kajian menunjukkan terdapat hubungan positif yang kuat antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Dapatan ini memang seiring dengan objektif pendidikan kokurikulum iaitu memberi latihan kepimpinan yang boleh membina keperibadian pelajar dan menambah

pengetahuan dan pengalaman baru yang berguna. Pihak pengurus sekolah terutamanya pengetua, guru penolong kanan kokurikulum, guru penolong kanan satu, dan guru penolong kanan hal ehwal pelajar harus membuat pengurusan dan pembahagian tugas dalam organisasi sekolah supaya kewibaan setiap ahli petugas dapat ditentukan. Pihak pengurus sekolah mestilah memastikan pelaksanaan aktiviti

dilakukan mengikut penjadualan yang terancang dan sistematik dengan pembahagian tugas yang seimbang di antara guru-guru. Ketidakseimbangan pembahagian tugas akan menyebabkan

kurangnya komitmen mereka dan menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan guru.

iii.

Guru-guru penasihat aktiviti kokurikum perlu diberikan pendedahan tentang kepentingan dan fungsi pengurusan kokurikulum di sekolah sepanjang masa. Ini adalah kerana minat dan sikap terhadap sesuatu bidang termasuk pengurusan menentukan tahap pencapaian dalam bidang-bidang tertentu. Sebagai pemimpin dan pengurus aktiviti

kokurikulum, guru penasihat seharusnya perlu berusaha untuk memperolehi kompetensi dalam pengurusan dan pengendalian pendidikan kokurikulum kerana merekalah yang akan menyampaikan kemahiran, ilmu pengetahuan, idea dan nasihat semasa aktiviti kokurikulum. Selain itu, guru penasihatlah yang sentiasa menyelami minat, kecenderungan dan bakat yang terpendam dalam muridnya. Semasa mengendalikan aktiviti kokurikulum, guru penasihat

hendaklah berusaha untuk meningkatkan daya kreativiti dan merancang aktiviti yang dapat menarik minat pelajar. Dalam

68

pengurusan kokurikulum, guru-guru penasihat perlu memastikan jawatan penting tidak dipegang oleh orang yang sama untuk memberi ruang kepada lebih ramai pelajar supaya potensi mereka terutamanya daya kepimpinan dapat dikembangkan.

iv.

Guru kaunseling seharusnya memainkan peranan yang lebih proaktif dalam pemberian pendedahan kepentingan dan faedah menyertai aktiviti kokurikulum kepada pelajar. Guru kaunseling juga

bertanggunjawab untuk menerangkan segala faedah yang boleh diperolehi daripada penglibatan dalam kokurikulum supaya pelajar mendapat kefahaman yang jelas tentangnya.

v.

Pelajar harus menginsafi bahawa penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum bukan sahaja berfungsi memperkukuhkan dan

mengamalkan pengetahuan yang diperoleh daripada mata pelajaran akademik, ia juga membantu dalam pembentukan daya kepimpinan. Pengkaji berpendapat, tahap penglibatan dalam aktiviti kokurikulum tidak boleh dilihat ringan sahaja oleh pelajar kerana ia akan mempengaruhi pembentukan daya kepimpinan yang merupakan kekuatan dan kemampuan untuk menghadapi suasana dan realiti alam pekerjaan serta cabaran-cabaran persekitaran.

5.5

Cadangan Untuk Kajian Lanjutan

Daya kepimpinan pelajar merupakan bidang yang amat luas dan kompleks. Terdapat banyak lagi aspek dan pembolehubah yang dapat dijadikan bahan kajian. Antara kajian lanjutan yang wajar dijalankan adalah seperti berikut:

i.

Kajian lanjutan haruslah dijalankan pada skop yang lebih luas umpamanya kajian dijalankan untuk semua daerah di Negeri Johor bagi mendapat gambaran yang lebih menyeluruh.

69

ii.

Pengkaji yang berminat untuk mengkaji tentang tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dan hubungannya dengan pembentukan daya kepimpinan bolehlah menggunakan aspek penilaian yang tersendiri mengikut pertimbangan masing-masing. Ini adalah kerana dimensi daya kepimpinan tidak dihadkan kepada dimensi-dimensi dalam kajian ini.

iii.

Kajian

tentang bidang

dalam kokurikulum sama ada sukan dan

permainan, persatuan dan kelab, atau badan beruniform paling diminati oleh pelajar boleh dijalankan. Kajian ini penting dalam memastikan tahap penglibatan pelajar dalam kokurikulum itu benarbenar tinggi dan bukan sekadar menjadi ahli yang ingin mendapat penilaian kokurikulum gred minimum sahaja.

iv.

Kajian mengenai sebab-sebab mengapa pelajar mempunyai tahap penglibatan yang rendah dalam aktiviti kokurikulum juga boleh dijalankan. Kajian ini diharap dapat mencari punca pelajar tidak aktif dalam aktiviti kokurikulum dan membolehkan pihak-pihak tertentu seperti Kementerian Pelajaran Malaysia, pengurus sekolah dan guru penasihat kokurikulum mencari penyelesaian terhadap masalah dan seterusnya menolong pencapaian matlamat pendidikan menyeluruh di kalangan pelajar.

5.6

Kesimpulan

Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah untuk mewujudkan suatu bangsa bercorak Malaysia yang bersatu padu dan dihormati. Hasrat ini akan dapat dicapai jika generasi muda sekarang dapat diberi pendidikan yang seimbang dan sempurna. Pendidikan yang seimbang dan sempurna sentiasa memberi penekanan kepada kedua-dua aspek iaitu akademik dan aktiviti kokurikulum. Ini bermakna seseorang murid itu diberi pendidikan yang menyeluruh merangkumi aspek intelek,

70

rohani, emosi, dan jasmani. Penekanan pendidikan kokurikulum di sekolah-sekolah adalah sesuai dengan masa dan keperluan pendidikan di negara kita.

Di samping itu, matlamat Pembangunan Modal Insan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 memberi fokus kepada pemupukan semangat menguasai ilmu pengetahuan, kemahiran dan kompetensi serta membina disiplin diri di kalangan pelajar. Salah satu kemahiran dan kompetensi ialah daya kepimpinan. Ini menunjukkan daya kepimpinan merupakan aspek penting dalam diri seseorang pelajar.

Ciri-ciri kepimpinan boleh diterapkan kepada pelajar sama ada melalui pengalaman atau dipelajari. Oleh itu, aspek kepimpinan perlu ditekankan dalam bentuk yang khusus seperti melalui aktiviti kokurikulum yang terancang dan bermatlamat. Sifat-sifat pemimpin yang positif perlu diberikan penjelasan dan perlu dipupuk agar sebati dengan potensi pelajar.

Merujuk kepada dapatan kajian dapatlah dibuat kesimpulan bahawa memang terdapat hubungan yang positif di antara tahap penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dengan pembentukan daya kepimpinan. Pendidikan kokurikulum

seharusnya diberikan perhatian yang lebih kerana penglibatan pelajar yang menyeluruh di samping pengurusan yang cekap dan berkesan dapat memastikan objektif dan matlamat yang ditetapkan tercapai. Ini akan menyumbang kepada pemantapan kompetensi dan prestasi pelajar seperti berketrampilan, mempunyai sifat kepimpinan dan jati diri. Ini secara langsung akan menyumbang kepada usaha melahirkan generasi pemimpin yang mencapai kesejahteraan diri serta dapat memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

71

RUJUKAN

Ab. Aziz Yusof (2003). “Gelagat Organisasi: Teori, Isu dan Aplikasi.” Petaling Jaya: Prentice Hall Pearson Malaysia Sdn.Bhd.

Abdullah Hassan, & Ainon Mohd. (2005). “Bakat Dan Kemahiran Mempimpin.” Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abdullah Sani Yahaya (2004). “Mengurus Sekolah.” Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Abu Bakar Nordin (1991). “Kurikulum Perspektif dan Pelaksanaan.” Kuala Lumpur: Pustaka Antara.

Adnan Sharif (1988). “Pengaruh Jantina, Jenis Sekolah dan Kegiatan Kokurikulum Terhadap Personaliti Remaja Yang Terbentuk Oleh Rakan Sebaya. Kajian Kes Di Antara Sekolah Asrama Penuh Dengan Sekolah Biasa Di Daerah Hilir Perak.” Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ainon Mohammad (2005). “Kejayaan Dari Dalam.” Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd.

Alias Baba ( 1977). “Statistik Penyelidikan Dalam Pendidikan Dan Sains Sosial.” Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Alim Abu Rahim (1997). “Pengurusan Kokurikulum.” Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd.

Asiah Abu Samah (1985). “Kokurikulum Dalam Pendidikan Di Malaysia. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Mengenai Kokurikulum.” Jitra: Universiti Utara Malaysia.

Astin, A.(1984). “Student Involvement:A Developmental Theory For Higher Education.” Journal Of College Student Personnel. July.

72

Atan Hussien (1992). “Keberkesanan Aktiviti Kokurikulum (Sukan) Di Tiga Buah Politeknik.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Aziz Zakaria, Wan Fatimah Mohamad, & Quek Bong Cheang (1995). “Indikator Kepimpinan Cemerlang: Satu Analisis Pengurusan.” Jurnal Pengurusan Institut Aminuddin Baki. 05 (01): 14-26.

Azizah Nordin (1991). “Kokurikulum dan Sumbangannya Terhadap Perkembangan Diri Individu Secara Menyeluruh.” Jurnal Pendidikan Guru. 7: 33-42.

Azizi Yahaya, Jaafar Sidek Latif, Shahrin Hashim, & Yusof Boon (2005). “Psikologi Sosial:Alam Remaja.” Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn.Bhd. Baker, T. L. (1994). “Doing Social Research.” 2nd Edition. New York: Mc Graw-Hill Inc.

Bass, B. M. (1985). “From Transactional To Transformational Leadership :Learning To Share The Vision.” New York: Organizational Dynamic.

Bucher, C. A. (1983). “Administration of Physical Education and Athletic.” St. Louis:The C. V. Mosdy Company.

Burton, M. D. (1981). “Indentifying Potential Participants For College Extracurricular Activities.” Journal Of College Student. 15 (3): 251 - 254

Campbell, R.F., Corbally, J.E., & Nystrand, R.O. (1983) “Introduction to Educational Administration” 6th Edition. Massachusetts: Allyn and Bacon, Inc.

Cates, W.M. (1983). “A Practical Guide To Educational Research.” New Jersey: Prentice Hall Inc.

Chebator, P. J. (1995). “Involvement And Student Outcomes: The Student Development Effects Of Co-Curricular Programs.” Dissertation of Ph.D. Boston: Boston College.

73

Faridah Karim (1985). “Pendidikan Kurikulum: Satu Panduan.” Kertas Kerja Dibentangkan Pada Seminar Kebangsaan Mengenai Kokurikulum. Jitra: Universiti Utara Malaysia .

Faridah Karim (1988). “Peranan Kokurikulum Di Sekolah: Satu Perspektif Baru Suara Pendidik.” Jurnal Pendidikan. Bil.4. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Fauzan Sukimi (1997). “Gaya Memubat Keputusan Seorang Pengurus.”Jurnal Pendidik Pejabat Pendidikan Daerah Batu Pahat. Jil.1. Sept.1997.

Fulmer, R.M. (1993). “Practicle Human Relation.” New York: Free Press.

Gordon, T. (1955). “Group-Centered Leadership.” New York: Houghton Mifflin.

Gribben, J. J. (1972). “Effective Managerial Leadership.” New York: American Management Association. Hamzah Rahman Soriat (1996). “Pendidikan Kepimpinan.” Jurnal Guru. 8: 525 – 530.

Heim, P., & Chapman, E.N. (1993). “Belajar Memimpin.” Johor Bahru: Penerbitan Pelangi Sdn.Bhd.

Hendal, R.M. (1993). “The Contributions of Intercollegiate Athletic Participation On Student Leadership Development (Student-Atheletes).” Dissertation Abstracts.Winconsin: The University of Winconsin.

Hollander, E.P. (1978). “Leardership Dynamics.” New York: Free Press.

Hussien Mahmood (1993). “Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah.” Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ibrahim Ahmad Bajunid (1995) . “Amalan Dan Cabaran Pengurusan Pendidikan Di Malaysia, Satu Tinjauan Kritikal.” Jurnal Pengurusan Pendidikan IAB. 5 (01): 1-15.

Ibrahim Mamat (1997). “Kepimpinan Sekolah: Teori Untuk Praktis.” Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

74

Ibrahim Saad (1986). “Isu Pendidikan Di Malaysia.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ishak Md. Nor (1998). “Penyertaan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum Di Sekolah Menengah Johor Bahru.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Jaafar Muhamad (1997). “Kelakuan Organisasi.” Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Kamaruddin Kachar (1989). “Strategi Pentadbiran Pendidikan.” Kuala Lumpur: Teks Publishing Sdn.Bhd.

Kamus Dewan (2005). Edisi Baru. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kapp, G. J. (1979). “Extracurricular Activities : Who Participates And What Are The Benefits.” Dissertation Abstracts International. Los Angeles: University Of California in Los Angeles.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1987). “Falsafah Pendidikan Negara.” Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia (1979). “Laporan Jawatankuasa Mengkaji Dasar Pelajaran.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kuek, Sook Seem (1990). “Kajian Mengenai Pertalian Antara Penglibatan Pelajar Dalam Kokurikulum Dengan Perkembangan Personaliti Murid.” Kajian Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Lau, Ki Chuan (2000). “Tinjauan Amalan Faktor-Faktor Pengurusan Sekolah Berkesan Dalam Menentukan Tahap Pengurusan Sekolah Di Sebuah Sekolah Menengah Dalam Daerah Batu Pahat, Johor.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Lim, Jee (1982). “Penglibatan Pelajar Dalam Aktiviti Kokurikulum dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik : Satu Kajian Kes Di Sekolah Di Bandar Kajang.” Latihan Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia .

Luthans, F. L. (1977). “Organizational Behaviour.” New York: Mc Graw-Hill Book Co.

75

Mashitah Hj. Ghazali (1994). “Kegiatan Kokurikulum Di sekolah Membantu Membina Daya Kepimpinan Di Kalangan Pelajar Menengah Atas Kolej Sultan Abdul Hamid.” Tesis Sarjana. Jitra: Universiti Utara Malaysia.

Mohamad Nor Che Noh (1982). “A Study On The Effect Of Participation In Sport And Some Social Psychological Variables On Adjusments And Academic Achievement.” Kajian Ilmiah. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd. Majid Konting (1998). “Kaedah Penyelidikan Pendidikan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2003). “Reka Bentuk Tinjauan Soal Selidik Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Najib Abdul Ghafar (2007). “ Intervensi Pembangunan Organisasi Pendidikan.” Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd. Nordin Hj. Mohd. Nasir (1986). “Kegiatan Kokurikulum Di sekolah Membantu Menyemai Dan Menyuburkan Daya Kepimpinan Di kalangan Pelajar: Satu Kajian Kes Di SMK Raja Muda, Kuala Kangsar, Perak.” Kajian Ilmiah. Kuala Lumpur : Maktab Perguruan Ilmu Khas.

Mohd. Rosli Mohd. Othman (2000). “Hubungan Kepimpinan Instruksional Dengan Iklim Sekolah.” Tesis Sarjana. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

Mueller, P., & Reznik, J.W. (1965). “Intramural Recreation Sport. Programming and Administration.” USA: John Wiley and Son Inc.

Ngajikin, N.H., Murad N.A., & Esa M.R.M. (2006). “Kesan Aktiviti Kelab Dan Persatuan Pelajar Universiti Teknologi Malaysia Ke Atas Pencapaian Akademik.” Kajian Ilmiah. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia.

O’Dannel, K.H., & Wairich, H. (1992). “Pengurusan.” Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Terjemahan Mohd. Salmi Mohd. Soned dan Siti Nazdrah Sheikh Omar.

Omardin Ashari (1996). “Pengurusan Sekolah: Suatu Pandangan Lengkap.” Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

76

Padilah Shahran (2000). “Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang.” Jurnal Bestari Koleksi Guru Johor.

Polit, D. F., Beck, C. T., & Hungler, B.P. (2001). “Essential of Nursing Research: Methods, Appraisal and Utilization.” 5th Edition. Philadelphia: Lippincott Williams & Wilkins.

Pui, Tiong Gee (1996). “Komponen Baru Kurikulum dan Kokurikulum Mata Pelajaran Bahasa Melayu dan Sastera - Satu Cadangan Awal.” Jurnal Guru. 8: 531-537.

Quinn, P. (1992). “Student Leadership In Physical Education.” Dissertation Abstracts. Alberta: University of Alberta.

Razali Mat Zin (1996). “Kepimpinan Dalam Pengurusan.” Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ryan, F. (1989). “Participation In Intercollegiate Athletics: Affective Outcomes.” Journal Of College Student Development, 30: 122-128.

Salmah Hj.Ayob (1993). “Keberkesanan Perancangan Kokurikulum.” Kajian Penyelidikan. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Smith, J.S. (1993). “The Relationship Between Involvement In Extracurricular Activities And The Psychososial Development Of Universiti Students.” College Student Affairs Journal. 13 (1): 79-84.

Schultz, D.P., & Schultz, S.E. (1994). “Psychology and Work Today.” New York: Macmillan Publishing Company.

Wan Mohd. Zahid Mohd. Nordin (1994). “Wawasan Pendidikan Agenda Pengisian.” Kuala Lumpur: Cahaya Pantai Publishing.

77

Lampiran A
Borang Soal Selidik

78

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Soal selidik ini digunakan untuk melihat TAHAP PENGLIBATAN PELAJAR DI SEKOLAH MENENGAH DALAM AKTIVITI KOKURIKULUM DAN HUBUNGANNYA DENGAN PEMBENTUKAN DAYA KEPIMPINAN

Salam sejahtera, Soal selidik ini mengandungi tiga bahagian iaitu bahagian A, B dan C. Anda telah dipilih sebagai responden untuk mengambil bahagian dalam kajian ini. Saya sangat berbesar hati memohon kerjasama daripada anda untuk mengisi soal selidik ini. Semoga anda dapat menjawab dengan jujur dan ikhlas. Segala maklumat yang anda berikan adalah dirahsiakan dan hanya digunakan untuk tujuan keperluan kursus yang pengkaji wajib penuhi. Kerjasama dan masa anda amatlah saya hargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. SELAMAT MENJAWAB & TERIMA KASIH Pengkaji: …………………………………… WONG HUEY LING Sarjana Pendidikan (Pengurusan dan Pentadbiran) Universiti Teknologi Malaysia

79

Bahagian A : Latar belakang responden Arahan : Tandakan ( √ ) dalam petak yang disediakan di sebelah jawapan yang anda pilih . 1. 2. Sekolah: SMK________________________________ Jantina: Lelaki Perempuan 3. Umur: 16 17

4.

Kaum: Melayu Cina India Lain-Lain

Bahagian B : Bahagian B mengandungi 15 item. Bulatkan satu jawapan sahaja yang anda fikirkan sesuai dengan penglibatan anda dalam aktiviti kokurikulum di sekolah sama ada A, B, C, D, dan E. 1. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti sukan dan permainan ialah: A lebih daripada 4 jam B antara 3-4 jam C antara 2-3 jam D antara 1-2 jam E kurang daripada 1 jam 2. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti persatuan dan kelab ialah: A lebih daripada 4jam B antara 3-4 jam C antara 2-3 jam D antara 1-2 jam E kurang daripada 1 jam 3. Jumlah masa dalam tempoh seminggu saya melibatkan diri dalam aktiviti badan beruniform ialah: A lebih daripada 4 jam B antara 3-4 jam C antara 2-3 jam D antara 1-2 jam E kurang daripada 1 jam

80

4. Jumlah jenis sukan dan permainan yang saya anggotai sepanjang tahun ini ialah: A 4 jenis atau lebih B 3 jenis C 2 jenis D 1 jenis E tiada penglibatan 5. Jumlah jenis persatuan dan kelab yang saya anggotai sepanjang tahun ini ialah: A 4 jenis atau lebih B 3 jenis C 2 jenis D 1 jenis E tiada penglibatan 6. Jumlah jenis badan beruniform yang saya terlibat secara langsung dalam tahun ini ialah: A 4 jenis atau lebih B 3 jenis C 2 jenis D 1 jenis E tidak terlibat 7. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti sukan dan permainan yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini, saya pernah memegang… A lebih daripada 4 jawatan B 3 jawatan C 2 jawatan D 1 jawatan E tiada pernah memegang apa-apa jawatan 8. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti persatuan dan kelab yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini, saya pernah memegang… A lebih daripada 4 jawatan B 3 jawatan C 2 jawatan D 1 jawatan E tiada pernah memegang apa-apa jawatan

81

9. Dalam pelantikan memegang jawatan penting (seperti Pengerusi/Naib Pengerusi/ Setiausaha/Bendahari/Ahli-ahli Jawatankuasa) dalam aktiviti badan beruniform yang saya ceburi semenjak dari tingkatan 2 hingga kini, saya pernah memegang… A lebih daripada 4 jawatan B 3 jawatan C 2 jawatan D 1 jawatan E tiada pernah memegang apa-apa jawatan 10. Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti sukan dan permainan dalam seminggu adalah: A selalu B kadang-kadang C jarang D mengikut keadaan E tiada langsung 11. Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti persatuan dan kelab dalam seminggu adalah: A selalu B kadang-kadang C jarang D mengikut keadaan E tiada langsung 12.Kekerapan saya menjalankan tugas untuk aktiviti badan beruniform dalam seminggu adalah: A selalu B kadang-kadang C jarang D mengikut keadaan E tiada langsung 13.Dalam penilaian aktiviti sukan dan permainan yang lepas, saya … A sangat aktif (memperolehi Gred A) B aktif (memperolehi Gred B) C sederhana aktif (memperolehi Gred C) D tidak aktif (memperolehi Gred D) E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E) 14.Dalam penilaian aktiviti persatuan dan kelab yang lepas, saya … A sangat aktif (memperolehi Gred A) B aktif (memperolehi Gred B) C sederhana aktif (memperolehi Gred C) D tidak aktif (memperolehi Gred D) E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E)

82

15. Dalam penilaian aktiviti badan beruniform yang lepas, saya … A sangat aktif (memperolehi Gred A) B aktif (memperolehi Gred B) C sederhana aktif (memperolehi Gred C) D tidak aktif (memperolehi Gred D) E sangat tidak aktif (memperolehi Gred E) Bahagian C : Bahagian C mengandungi 20 item. Setiap item diikuti oleh lima pilihan jawapan. Anda hanya dikehendaki memilih satu jawapan sahaja yang dirasakan bersesuaian dengan anda dalam aktiviti kokurikulum. Bulatkan jawapan anda sama ada A,B,C,D, dan E. 16. Sekiranya saya diminta untuk memberikan ucapan di khalayak ramai, saya… A menerimanya dengan perasaan yakin dan berani B kurang yakin tetapi berani C rasa tidak tentu arah dan risau D menolak dengan memberikan pelbagai alasan E mencari alasan untuk keluar dari majlis tersebut 17. Dalam satu tajuk perbualan yang sedang hangat diperkatakan, reaksi saya ialah: A akan melibatkan diri secara paling aktif B melibatkan diri secara aktif C mengambil bahagian sekadarnya D akan turut serta apabila diminta memberikan pandangan E akan mendiamkan diri walaupun mempunyai hujah-hujah untuk dikemukakan 18. Untuk membentuk personaliti sebagai seorang pemimpin, saya… A mencontohi para pemimpin yang berjaya B mencontohi para guru C mencontohi rakan-rakan pemimpin yang lain D memupuk bakat semulajadi saya E tidak pernah berfikir ke arah itu. 19. Sebagai pemimpin aktiviti kokurikulum, saya… A pasti akan berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain B cuba berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain C mungkin berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain D tidak perlu berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain E tidak akan berusaha bekerja lebih baik daripada ahli lain 20. Sebagai pemimpin aktiviti kokurikulum, jika ahli jawatankuasa menghadapi masalah dalam menjalankan tugas, saya… A akan memberi bantuan dengan sepenuhnya B akan memberi bantuan jika ada masa C akan memberi nasihat sahaja D akan merujuknya kepada guru penasihat E tidak akan mengambil apa-apa tindakan

83

21. Apabila saya berjaya mendapat kejayaan yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum yang saya sertai, saya rasa… A gembira dan ingin meningkatkan kejayaan B gembira dan cuba mengekalkan apa yang telah dicapai C rasa kegembiraan yang sederhana sahaja D rasa biasa sahaja E tiada rasa apa-apa 22. Apabila saya banyak melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum, saya rasa… A amat beruntung dengan pelbagai kebaikan yang diperolehi B mendapat kebaikan C kebaikan yang dirasai sederhana sahaja D seperti biasa sahaja E tidak mendapat apa-apa faedah 23. Anda sedang membaca minit mesyuarat dan mendapati terdapat kesilapan dalam minit mesyuarat tersebut, anda… A akan membuat catatan di atas kesilapan dan meminta setiausaha membuat pembetulan B meminta setiausaha membuat pembetulan C membuat pembetulan sendiri D menegur setiausaha atas kesilapannya E tidak risau langsung 24. Apabila terdapat ahli yang tidak memberikan tumpuan dalam sesuatu aktiviti yang dilakukan, tindakan yang saya akan lakukan ialah… A menegur dan memberikan ingatan B menunjukkan rasa kurang senang terhadap sikapnya C memandangnya dengan perhatian yang kita tidak menyukai tindakannya D tidak menghiraukannya E terpaksa menunjukkan muka yang manis kerana takut dibenci 25. Apabila terdapat ahli yang tidak menepati masa untuk menghadiri aktiviti kokurikulum, tindakan saya ialah… A menegurnya supaya menepati masa B bertolak ansur terhadap sikapnya C bertindak marah kerana kelalaiannya itu D membuat laporan kepada guru penasihat E tidak mengambil apa-apa tindakan kerana sifat manusia memang begitu

84

26. Dari segi kepuasan dalam memberikan sumbangan kepada aktiviti kokurikulum yang saya harapkan selama ini, saya rasa… A mendapat kepuasan yang amat tinggi berbanding dengan apa yang diharapkan B mendapat kepuasan yang setimpal dengan apa yang diharapkan C mendapat sebahagian sahaja kepuasan daripada apa yang dijangkakan D mendapat terlalu sedikit kepuasan E tidak mendapat apa-apa kepuasan langsung 27. Saya menjalankan tugas semasa aktiviti kokurikulum dengan… A penuh rela hati dan rasa bertanggungjawab B rasa bertanggungjawab C hanya separuh hati sahaja menjalankannya kerana sebab tertentu D merasakan tugasan itu terpaksa dijalankan E penuh dendam untuk mengajar pihak tertentu yang membebankan tugasan itu kepada saya 28. Setelah selesai menjalankan tugas aktiviti kokurikulum, perasaan saya… A amat puas hati B senang hati kerana kerja telah selesai C jarang mendapat kepuasan kerana tugas itu dijalankan tanpa keikhlasan D rasa terlepas daripada bebanan E berasa marah dan tidak mahu lagi dibebani tugas pada masa-masa akan datang 29. Apabila diberikan tugas penting dalam aktiviti kokurikulum, tindakan saya ialah… A menerimanya dengan penuh kerelaan B menerimanya kerana rasa tanggungjawab C sedia bertanggungjawab dan berfikir terlebih dahulu tentang faedahnya D tidak mengambil kisah E cuba mencari helah untuk diberikan tugas itu 30. Semasa aktiviti kokurikulum dijalankan, seorang ahli memberitahu bahawa salah seorang ahli selalu mencari jalan supaya anda tidak dipercayai oleh ahli-ahli dan guru penasihat . Tindakan yang akan anda ambil… A menyaisat kenyataan tersebut untuk mengetahui sama ada ia benar atau tidak B berbicara dengannya untuk mengetahui mengapa ia bertindak sedemikian C menasihatkan kepada orang yang memberitahu saya supaya jangan suka mengambil tahu akan hal rang lain D menunjukkan reaksi kepada orang kanan saya itu yang saya mulai mencurigainya E berusaha menyingkirkan pembantu kanan daripada jawatannya

85

31. Anda mendapat tahu bahawa seorang ahli jawatankuasa anda telah berkelakuan tidak baik. Walau bagaimanapun ini tidak menjejaskan kerjanya. Kenyataan yang manakah di bawah ini menggambarkan tindakan anda… A saya akan berbincang dengannya secara baik dan memberitahunya bahawa apa yang dilakukannya ada kalanya menjejaskan tugasnya B saya akan memaksa dia menceritakan semua yang berlaku dan mengaku tidak akan mengulanginya lagi C saya akan menunjukkan kepadanya secara terang-terang bahawa saya tidak menyukai kelakuannya D saya akan menghentikannya pada masa itu juga E saya tidak akan mempedulikannya selagi ia tidak menjejaskan kerja 32. Seorang ahli jawatankuasa yang baru dilantik menunjukkan yang ia faham dengan tugasnya dan mulai menyukainya. Tetapi dengan tiba-tiba dia meminta kebenaran untuk keluar daripada aktiviti kokurikulum dan menyertai aktiviti kokurikulum yang lain. Tindakan yang akan saya ambil… A cuba mencari punca dan memberi nasihat supaya dia tidak bertindak sedemikian B mengesyaki dia tidak puas hati dengan faedah yang diperolehi daripada persatuan C memikirkan yang dia benar-benar tidak sukakan tugasan yang telah dipertanggungjawabkan kepadanya D terus menyokong permohonannya itu kerana berpendapat tidak berguna menyimpan ahli yang tidak bersemangat berkhidmat kepada persatuan E memarahinya dengan mengungkit segala pengetahuan dan kemahiran yang telah diajarkan kepadanya 33. Seorang ahli jawatankuasa anda tidak sefaham dengan ahli jawatankuasa lain. Anda cuba untuk berbaik-baik dengannya walaupun anda kurang senang untuk berbuat demikian. Malangnya ahli jawatankuasa itu telah bertindak memberitahu guru penasihat tentang perkara-perkara yang kurang baik tentang diri anda. Pendapat anda terhadap rakan tersebut ialah… A kasihan kepada rakan tersebut kerana mungkin perasaannya terganggu hingga dia gagal untuk mewujudkan hubungan yang harmoni dengan orang lain B menerima hakikat apabila kita berbuat baik dengan orang lain, orang itu akan menyakiti hati kita pula C sikap buruknya itu perlu dihebohkan kepada pengetahuan umum untuk kewaspadaan bersama D perlu diaibkan untuk menyedarkan dirinya E saya akan berusaha menggagalkan rancangannya dan berusaha membalas dendam di atas sifat buruknya itu

86

34. Seorang ahli telah dianugerahkan sebagai peserta terbaik pertandingan. Cara yang dipilih untuk menyatakan penghargaan anda ialah… A memujikan ketika diadakan perjumpaan dengan semua ahli B melekatkan nota memujikan di papan kenyataan C memujikan dalam perbualan peribadi D mengutip derma daripada ahli-ahli untuk memberikan penghargaan E memberikan hadiah penghargaan secara peribadi 35. Anda mempunyai seorang pembantu baru yang berkebolehan dan daripada tindak tanduknya, anda merasakan dia memikirkan bahawa anda tidak berkebolehan sebagai seorang ketua. Suatu hari anda mengetahui yang ia meminta nasihat daripada orang lain yang lebih tinggi jawatan daripada anda membincangkan masalah dalam tugasan aktiviti kokurikulum yang dihadapi. Anda akan… A menyedarkannya bahawa dia telah melakukan suatu kesalahan dan memberi amaran supaya ia tidak mengulangi kesalahan yang serupa B buktikan kepadanya bahawa anda benar-benar mampu menyelianya berdasarkan kepada pengalaman dan prestasi anda C berbincang masalah tersebut dengan pihak atasan D menarik perhatian ahli-ahli supaya bertindak tidak menyukainya E memecatnya dengan serta merta

SOAL SELIDIK TAMAT TERIMA KASIH

87

Lampiran B
Surat Kebenaran Untuk Menjalankan Kajian Daripada Bahagian Perancangan Dan Penyelidikan Dasar Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia

88

89

90

Lampiran C
Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian

91

Senarai Sekolah-Sekolah Terlibat Dalam Kajian

1. 2. 3. 4. 5. 6.

Sekolah Menengah Kebangsaan Banang Jaya Sekolah Menengah Munshi Sulaiman Sekolah Menengah Jalan Kolam Air Sekolah Menengah Yong Peng Sekolah Menengah Datuk Menteri Sekolah Menengah Dato’ Seth

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->