You are on page 1of 3

“Antologi Seuntai Kata untuk

Dirasa”
Tajuk:-Cerpen Tina
Sinopsis
• Cerpen ini mengisahkan seorang remaja lelaki bernama Haidi. Dia
mempunyai seorang adik perempuan bernama Sutina(ringkasnya
Tina). Namun begitu adik yang sangat disayanginya itu telah
meninggal dunia ketika kecil kerana menghidap sakit jantung.
Kehilangan Tina begitu dirasainya.
• Kenangan suka duka bersama Tina muncul kembali dalam ingatan
Haidi apabila dia bersua dengan seorang pelajar perempuan
bernama Kursiah yang mirip wajah dan perwatakan Tina di sekolah
barunya. Setelah beberapa kali berusaha untuk bertemu muka
dengan Kursiah, akhirnya Haidi dapat juga berbual dengan Kursiah
walaupun tidak mendapat layanan yang mesra sewaktu rehat di
kantin sekolah.
• Pada hari sukan, Haidi dapat bertemu dan berbual sekali lagi dengan
Kursiah yang kebetulan satu rumah sukan dengannya. Kursiah
merupakan pelari jarak jauh. Haidi sangat gembira kerana Kursiah
mula melayannya. Dia membayangkan adiknya Tina kalau masih
hidup tentulah sebaya Kursiah juga. Haidi sempat mencabar Kursiah
dengan hadiah RM5.00 jika berjaya menjadi johan dan disambut baik
oleh Kursiah.
• Kursiah akhirnya berjaya menjadi johan, membuatkan Haidi berasa
sangat gembira dan teringatkan adiknya Tina. Namun begitu Haidi
terkejut dan tiba-tiba menjadi tidak bermaya apabila melihat Kursiah
diusung di atas tandu dengan muka yang biru. Haidi meraung dan
menjerit supaya Kursiah segera dihantar ke hospital. Dia tidak mahu
kejadian yang menimpa adik kesayangannya, Tina terjadi kepada
Kursiah pula. Dalam keadaan lemah itu Haidi berdoa agar Kursiah
tidak mati dan dapat menjadi pengganti adiknya, Tina.

You might also like