Professional Documents
Culture Documents
Penggunaan Internet ini akan membuatkan seseorang itu leka dan lalai
dalam menjalankan tanggungjawab dan tugas yang lain. Sebagai contoh,
ketika kita sedang melayari Internet, sudah tentu kita akan menumpukan
sepenuh perhatian dan tidak mahu diganggu oleh orang lain dan jika kita
diganggu, ini pasti mengundang kemarahan. Hal ini menunjukkan tanda-
tanda awal kerengganga hubungan kekeluargaan akan berlaku. Di samping
itu, kita juga akan terperap di dalam bilik kerana begitu asyik dengan Internet.
Jika ibu bapa kita memanggil untuk makan atau melakukan sesuatu kerja
misalnya, semestinya kita menolak dan seterusnya mengansingkan diri
daripada ahli-ahli keluarga yang lain. Persefahaman dan kebahagian yang
telah dipupuk dahulu akan akan terhapus sama sekali.
Selain itu bagi mereka yang gemar ke kafe-kafe atau ke pusat Internet
kerana ketiadaan Internet di rumah pasti akan keluar dan meninggalkan
keluarga mereka sendirian. Kadangkala ada juga golongan sebegini yang
pulang sehingga lewat malam. Jadi bilakah ketikanya mereka akan
meluangkan masa untuk bersama keluarga? Lebih malang lagi apabila
golongan ini terusa memarahi ibu bapa yang memberi nasihat kerana
berpendapat ibu bapa tidak memahami jiwa mereka.