You are on page 1of 42

BAB 3

PERJUANGAN MENCAPAI
KEMERDEKAAN
Pengenalan
 Perjuangan kemerdekaan berkembang di Tanah Melayu serta
Sabah dan Sarawak ekoran kebangkitan nasionalisme di kalangan
rakyat dalam pelbagai aspek keagamaan, sosial, ekonomi dan
politik.
 Semangat nasionalisme ditunjukkan melalui akhbar dan persatuan.
 Malayan Union diperkenalkan oleh British mendapat tentangan
dari orang Melayu dan diikuti oleh penubuhan Persekutuan Tanah
Melayu (PTM).
 Kemunculan parti politik seperti UMNO, MCA, MIC dan Parti
Perikatan sehinggalah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos
1957.
 Selepas merdeka, wujud cadangan Pembentukan Malaysia, faktor
pembentukan dan tentangan oleh pelbagai pihak.
 Akhir sekali peristiwa Singapura keluar dari Malaysia pada Ogos
1965.
Faktor-faktor Kebangkitan Nasionalisme Di Tanah Melayu
Faktor Luaran
 Gerakan pemulihan Islam di Mesir
- gerakan dipelopori oleh Syeikh Muhammad Abduh. Perjuangan
berkonsepkan pemulihan Islam oleh gerakan reformis Islam.
- tokoh tempatan terpengaruh gerakan spt Syed Al-Hadi dan
Sheikh Tahir Jalaluddin.
 Pengaruh gerakan Turki Muda
- gerakan yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attartuk di Turki
 Perang Russia-Jepun
- Pada tahun 1904-05 , Jepun berjaya mengalahkan Russia
dalam perang Rusia -Jepun
 Pengaruh dari Indonesia
- kemuculan Syarikat Dagang Islam (Sarekat Islam) pengaruhi
nasionalisme Melayu spt Syed Sheikh al-Hadi dari kaum Muda.
- kemunculan Parti Nasional Indonesia (PNI) pimpinan Sukarno.
Faktor Dalaman
 Agama Islam
 Bahasa dan Kesusateraan
 Kewartawanan
 Sistem Pendidikan dan kebangkitan golongan Intelektual

Kebangkitan Semangat Nasionalisme Mengikut Kaum


Nasionalisme Melayu
 Tiga peringkat perkembangan nasionalisme Melayu :

1) Tahap keagamaan (1906-1926)


2) Tahap sosial dan ekonomi (1926-1938)
3) Tahap politik (mulai 1938)
Tiga Golongan Utama Nasionalisme Melayu

Berpendidikan Islam Berpendidikan Melayu

Berpendidikan Inggeris
a) Tahap Keagamaan
- dipengaruhi oleh Gerakan Reformis Islam dari Timur
Tengah (Mesir dan Turki).
- gerakan telah mempengaruhi pemimpin spt Sheikh
Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al-Hadi. Mereka
gelar sebagi kaum Muda.
Terbitkan majalah seperti Al-Iman, Al-Ikhwan dan
Saudara.
- Mereka kritik pentadbiran British, galakkan tubuh
persatuan, dasar liberal dalam pendidikan agama,
kebebasan wanita dan pemodenan.
- Kaum Muda mendapat tentangan dari kaum Tua
yang terdiri dari golongan elit Melayu tradisional dan
ulama.
Tahap Sosio-ekonomi
 Golongan ini bersifat sekular dan tumpuan kepada
kedudukan sosio-ekonomi orang Melayu .
 Dipelopori oleh golongan berpendidikan Melayu dari
Maktab Perguruan Sultan Idris 1922 dan sebahagian
golongan elit Melayu berpendidikan Inggeris.
 Perjuangan melahirkan kesatuan2 spt Kesatuan Melayu
Singapura 1926 untuk memastikan org Melayu tidak
ketinggalan faedah pemodenan dari kerajaan.
 Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM) 1934 untuk
perjuang pemulihan sosio-ekonomi org Melayu.
Tahap Politik
 Perjuangan berkonsepkan politik lahir di klangan Melayu
ekoran tekanan drpd bangsa lain dan isu pengagihan
kuasa pada tahun 1920-an.
 Wujud persatuan-persatuan pada setiap negeri .
Golongan radikal telah menubuhkan Kesatuan Melayu
Muda (KMM) pada tahun 1938 dgn memperjuangkan
kemerdekaan T Melayu dan penyatuan dgn Indonesia-
(Indonesia Raya / Melayu Raya).
 KMM kurang mendapat sokongan kerana terlalu radikal
dgn penyatuan dengan Indonesia.
Tokoh Golongan Intelektual Melayu
1. Syed Syeikh Al-Hadi 2. Ahmad Boestaman

3. Ishak Hj Muhammad (Pak sako) 4. Mohd Eunos Abdullah


Nasionalisme Cina
 Perjuangan nasionalisme Cina bertumpu kpd pergolakan
politik di Negara China. Kesedaran bermula sejak
Perang China-Jepun 1894-1895.
 Faktor-faktor kemunculan nasionalisme Cina di Tanah
Melayu :
a) Gerakan Pembaharuan 100 hari 1898 di negara
China.
b) Pengaruh parti Koumintang
c) Pengaruh Parti Komunis Malaya
d) Pengaruh Gerakan Revolusi China 1911
e) Pengaruh Perang China-Jepun
Nasionalisme India
 Sebelum Perang Dunia Kedua, perjuangan politik orang India
di Tanah Melayu lebih tertumpu kpd pergolakan politik di
India. Hanya selepas Perang beri tumpuan kpd poltik di
Tanah Melayu.
 Pada peringkat wal tertumpu kpd pertubuhan bercorak sosial
dan kebajikan serta melindungi kepentingan orang India.
Contoh Persatuan India Taiping (1906). Kemudian tubuh
CIAM (Central Indian Association of Malaya) Okt 1936
bercorak politik.
 Antara faktor pencetus nasionalisme di kalangan orang
India kpd perkembangan Gerakan Kebangsaan di India
dipelopori oleh Mahatma Gandhi. Beliau tubuhkan Parti
Kongres dan peroleh kemerdekaan pada tahun 1947 telah
menyemarakkan semangat nasionalisme di Tanah Melayu.
Perjuangan dan Idea-idea Semangat Kebangsaan Melalui Akhbar
atau Majalah
Akhbar/Mjlh Tahun Pengasas Fokus

Al-Imam 22 Jul Syed Syeikh Wadah idea kaum Muda


1906 Al-Hadi di ttg pembaharuan dan
Singapura bimbingan org Melayu
bangkit dari kemunduran

Al-Ikhwan 16 Sep Syed Syeikh Majalah bercorak islah


1926 Al-Hadi di Pulau Islamiah ttg isu
Pinang kemunduran bangsa dan
kebebasan wanita dari
kaum Muda
Saudara 29 Sep Syed Syeikh Akhbar mingguan ttg
1928 Al-Hadi di Pulau persoalan agama dan
Pinang majukan diri orang
Melayu
Neracha 15 Feb Hj Abas Mohd Bercorak keagamaan
1911 Taha di Singapura dan berita dari Timur
Tengah- semangat
Pan-Islam

Majlis 17 Dis Abd Rahim Kajai Perjuang semangat


1931 di KL kebangsaan org
Melayu

Warta 1 Jan 1930 Dato’Onn Jaafar Beri kesedaran kpd


Malaya di Singapura org Melayu dan
kecam dasar2
Inggeris
Utusan Nov 1907- Abd Rahim Akhbar sbg lambang
Melayu 1922 Kajai perpaduan Melayu
di Singapura dan bela kepentingan
org Melayu.

Warta - - Akhbar yang


Sarawak bangkitkan semangat
kebangsaan di
kalangan msyrkt
Melayu Sarawak
Pengasuh 11 Julai Majlis Agama - Bertujuan
1918 Islam dan menentang
Istiadat Melayu perjuangan kaum
Kelantan Muda.
- Tentang hukum-
hakam dan panduan
agama.
Utusan Melayu Akhbar Majlis
Gerakan Berorganisasi Menentang Penjajah
 Kaedah ini lebih bersistem kerana melalui persatuan yang
ditubuhkan. Contoh :
a) Kesatuan Melayu Singapura (KMS),
b) Persaudaraan Sahabat Pena(PASPAM),
c) Kesatuan Melayu Muda (KMM)
Kesatuan Melayu Singapura(KMS)
 Pada tahun 1926, golongan Melayu Singapura berpendidikan
Inggeris menubuhkan parti separa politik. Diasaskan oleh
Mohammad Eunos Abdullah.
 Antara perjuangan KMS :
a) baiki kedudukan sosio-ekonomi org Melayu dan
memupuk kesedaran politik.
b) perantara antara orang Melayu dgn Brirish. Pada tahun
1937, cawangan KMS dibuka di Melaka dan Pulau
Pinang.
Persaudaraan Sahabat Pena (PASPAM)
 PASPAM ditubuhkan oleh golongan berpendidikan Melayu
tahun 1934. Bertujuan memperbaiki kedudukan sosioekonomi
org Melayu. Sebuah pertubuhan kesusasasteraan pro-kaum
Muda.
 Tokoh utama ialah Syed Alwi, S.M. Zainal dan Sheikh
Abdullah Al-Maghribi.
Persatuan Melayu Perak
 Ditubuhkan 18 Dis 1937 di Ipoh
 Keahlian seramai 104 orang. Pemimpin utama - Wan Mohd
Nur bin Wan Nasir.
 Tujuan utama persatuan :

- tinggikan taraf ekonomi dan pendidikan rakyat.


- pelihara kepentingan org Melayu dlm pentadbiran negara.
Persatuan Melayu Selangor (PMS)
 Ditubuhkan 5 Jun 1938. Pengasas dan pemimpin utama ialah
Tengku Ismail bin Tengku Mohd Yasin, Raja Bot bin Raja
Yahya dan Raja Yaacob bin Raja Alang.
 Bergerak secara terbuka sbg pertubuhan politik. Tujuan :
- desak kerajaan British supaya menambahkan bilangan
pegawai Melayu dlm perkhidmatan kerajaan
- desak kerajaan tambah peluang pelajaran utk pelajar
Melayu melanjutkan pelajaran
- cadang kpd kerajaan hentikan penghijrahan orang asing
ke Tanah Melayu.
Persatuan Melayu Pahang
 Ditubuhkan pada Mac 1938 di bawah pimpinan Tengku
Muhammad bin Sultan Ahmad.
 Bertujuan memperjuangkan kemajuan orang Melayu dan
salur masalah mereka kpd kerajaan British.
Persatuan Melayu Negeri Sembilan
 Ditubuhkan pada 9 September 1938. Pemimpin utama –
Tengku Mohamed Nasir. Bertujuan menjaga dan
memajukan kepentingan orang Melayu.
Persatuan Melayu Kelantan
 Ditubuhkan pada 20 April 1939, pemimpin utama- Nik
Mohamamad Saleh bin Umar. Keanggotaan kpd
golongan atasan dan Inggeris sahaja.
 Bertujuan untuk menyatukan anak-anak Melayu-
tinggikan taraf hidup mereka.
Kesatuan Melayu Muda (KMM)
 Ditubuhkan Ogos 1938 oleh golongan nasionalis radikal
berpendidikan Melayu. Pemimpin utama ialah Ibrahim
bin Yaakob, Ishak Hj Mohammad dan Ahmad
Boestaman.
 Ahli dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Sekolah
Pertanian Serdang dan Sekolah Teknikal K.Lumpur.
 Matlamat utama KMM :

a) perjuangkan kemerdekaan bagi Tanah Melayu.


b) menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia
(Indonesia Raya atau Melayu Raya)
 Kelemahan KMM:
- idea KMM terlalu radikal dan tidak diterima oleh orang
Melayu (idea satukan Indonesia dgn Tanah Melayu)
- bersifat anti-birokrasi dan tidak disokong oleh glgn
feudal Melayu.
- masalah kewangan dan kekurangan kemahiran.
 Terbit akhbar spt Warta Malaya dan Majlis.
 Pemimpin KMM ditangkap oleh British kerana
perjuangan radikal dan dibebaskan oleh Jepun. KMM
tetap diharamkan oleh British.
Pembentukan Malayan Union dan Reaksi Rakyat
Terhadapnya Kesatuan Malaya (Malayan Union)
 British telah menubuhkan British Military Administration

(BMA) pada September 1945 selepas Jepun menyerah


kalah di Tanah Melayu. British mahu menukar pentadbiran
BMA ke Malayan Union.
 10 Oktober 1945, Sir Harold MacMichael telah datang ke
Tanah Melayu untuk mengemukakan Kertas Putih
menandakan kesediaan Inggeris untuk melaksanakan
Malayan Union
 Beliau menjadi wakil Inggeris untuk mendapatkan
tandatangan persetujuan sultan-sultan Melayu sebagai
persetujuan untuk menyerahkan kuasa politik mereka
kepada pihak British.
Matlamat Inggeris
1. Memelihara kepentingan Inggeris di Tanah Melayu
2. Membentuk pentadbiran yang sistematik dan seragam
3. Menjimatkan kos pentadbiran di Tanah Melayu
4. Menyediakan TM ke arah kemerdekaan sendiri
Ciri-ciri Malayan Union (MU)
 Terdiri daripada semua negeri Melayu termasuk Melaka dan
Pulau Pinang (kecuali Singapura yang dikekalkan sebagai
tanah jajahan Inggeris) diletakkan di bawah satu pemerintahan
pusat
 Kuasa pemerintahan mutlak adalah di tangan Gabenor British
yang dilantik dan berpusat di Kuala Lumpur
 Kuasa raja-raja Melayu dihapuskan kecuali dalam hal ehwal
Islam. Mereka hanya menjadi raja Kehormat dan anggota satu
Majlis penasihat yang dipengerusikan oleh Gabenor
 Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan tetapi tertakluk kepada
pengawalan kerajaan pusat
 Kerakyatan boleh didapati melalui cara-cara berikut :
i) Lahir di negeri-negeri Malayan Union dan Singapura
ii) Menetap antara 10-15 tahun di Malayan Union
iii)Menetap selama 5 tahun di Singapura
iv)Rakyat British tetapi tidak hilang kerakyatan British
v) Orang yang mengangkat sumpah taat-setia kepada
Malayan Union.
Tentangan terhadap Malayan Union
Punca penentangan Orang Melayu:
a) Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu
b) Pemberian kerakyatan yang mudah dan bebas kepada
kaum bukan Melayu
c) Hak keistimewaan orang Melayu dan peribumi akan
terhapus
d) Sikap wakil Inggeris iaitu Sir Harold MacMichael yang
mengugut
raja-raja Melayu untuk mendapatkan tandatangan
 Pada peringkat awal orang Melayu menunjukkan rasa tidak
puashati melalui akhbar Majlis dan Utusan Melayu.
 Dato Onn Jaafar telah mengadakan Persidangan bersama
41 buah pertubuhan Melayu di Kelab Sultan Sulaiman di
K.Lumpur pada 1 - 4 Mac 1946.
Para Perwakilan 'Kongres Pertama Melayu' dari Singapura
dan Tanah Melayu bergambar beramai-ramai di perkarangan
Kelab Sultan Sulaiman di kampung Baru pd 1- 4 Mac 1946.
 Pada 11 Mei 1946,Pertubuhan Kebangsaan Melayu
Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan secara rasmi di Johor
Bahru. Dato Onn Jaafar sbg Presiden pertama.
 Walaupun mendapat tentangan, Malayan Union tetap
dilancarkan pada 1 April 1946 dan Sir Edward Gent
sbg Gabenor pertama.
 Akhirnya MU dibubarkan kerana mendapat tentangan
daripada masyarakat tempatan khasnya org Melayu. MU
digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
1948.
Penentangan Orang Melayu Terhadap Malayan Union
Penentangan Orang Melayu terhadap Malayan Union
PERSEKUTUAN TANAH MELAYU
 Tentangan yang hebat dari pelbagai pihak mendorong
Inggeris tubuhkan PTM. Pada 1 Februari 1948, British
menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu.
 Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu
a) 9 buah negeri dalam Persekutuan kecuali Singapura
b) Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British dan dibantu oleh
dua Majlis Undangan Persekutuan dan Mesyuarat
Kerajaan Persekutuan.
c) Sultan diberi semula hak dan kuasa ke atas negeri
masing2 dan mpunyai kuasa memerintah tetapi atas
nasihat dua majlis :
- Majlis Mesyt Kerajaan Negeri dan Undangan Negeri
d) Syarat kewarnegaraan diketatkan
e) Orang Melayu diberi hak keistimewaan
Parti Politik Utama di Tanah Melayu
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO)
 Ditubuhkan pd 11 Mei 1946 oleh Dato Onn Jaafar sbg
presiden pertama.
 Matlamat : - penentangan terhadap Malayan Union dan
- satupadukan org Melayu dan pertahankan
kedudukan hak istimewa org Melayu.
 1948, dijadikan parti politik .
 Perlembagaan UMNO diluluskan pada 29 Mei 1946.
 Dua badan - Perikatan Pemuda dan Kaum Ibu UMNO
Kongres India Malaya (MIC)
 Ditubuhkan pada 8 Ogos 1946.
 Presiden pertama Tun Sambanthan
 Tujuan penubuhan
a) memupuk dan pelihara kepentingan politik, ekonomi
dan sosial orang India di Tanah Melayu
b) perjuang kepentingan politik
c) wakil kaum India kpd British
 Tahun April 1955, masuk Parti Perikatan.
Persatuan Cina Malaysia (MCA)
 Ditubuhkan apada 27 Feb 1949. Idea oleh Leong Yew
Koh.
 Presiden pertama - Tan Cheng Lock
 Dua matlamat:

a) lindungi hak dan kepentingan org Cina


b) pelihara keharmonian kaum
 Tahun 1952, bergabung dengan UMNO menjadi Parti
Perikatan.
Parti Perikatan
 Pilihanraya Majlis Perbandaran Kuala Lumpur 1952,
MCA dan UMNO bekerjasama menjadi Parti Perikatan
dan menang pilihanraya tersebut.
 Formula tersebut sbg asas Perikatan di seluruh Tanah
Melayu. MIC menyertai Perikatan tahun 1955.
 Parti Perikatan memenangi 51 kerusi drpd 52 kerusi ,
1 kerusi oleh PAS dalam Pilihanraya Umum
Persekutuan Tanah Melayu tahun 1955.
Parti-parti lain di Tanah Melayu
 Kemunculan parti PAS, Hizbul Muslimin, Parti
Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Independence of
Malaya Party (IMP)/ Parti Negara dan Parti Komunis
Malaya (PKM)
 Antara pemimpin seperti Dr. Burhanudin Al-Helmi,
Ahmad Boestaman, Chin Peng.
Rundingan Kemerdekaan
 Jan 1956, rombongan Tunku Abd Rahman ke London untuk
membuat rundingan menuntut kemerdekaan. Anggota terdiri
dari 4 org Raja dan 4 orang wakil parti Perikatan.
 Hasil rundingan, 8 Feb 1956 Perjanjian London ditandatangani
dgn menetapkan kemerdekaan TM pada 31 Ogos 1957.
 Satu suruhanjaya Perlembagaan baru Tanah Melayu
dinamakan Suruhanjaya Reid. Diketuai oleh Lord Reid.
 Ciri Perlembagaan Tanah Melayu ;
a) YDPA sebgai ketua agama
b) Ketua kerajaan - PM
c) Parlimen dibentuk - Dewan Negara dan Rakyat
d) Syarat kewarnegaraan diketatkan
e) Bahasa Melayu sbg bhs Kebangsaan
f) Agama Islam - agama rasmi persekutuan tp kebebasan
agama dibenarkan.
KEMERDEKAAN PERLEMBAGAAN BARU T/M
31 0GOS 1957 27 OGOS 1957

SURUHANJAYA REID
JUN-OKT 1956

PILIHANRAYA PERSEKUTUAN
27 JULAI 1955

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


1 FEB 1948

MALAYAN UNION
1 APRIL 1946
 Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Tunku Abd Rahman sbg Perdana Menteri pertama dan Yamtuan
Besar N Sembilan- Tuanku Abd Rahman (YDPA pertama)
MERDEKA !!!!!!
Tokoh Kemerdekaan Tanah Melayu
Tunku Abd Rahman Tun Sambanthan

Dato Onn Jaafar Tun Tan Cheng Lock


Rombongan Tunku Abdul Rahman ke London
Tunku Abdul Rahman announcing the date of
independence in his rousing speech on Feb 20, 1956,
in Malacca (Padang Bandar Hilir)
Sambutan kemerdekaan Tanah Melayu 1957

You might also like