You are on page 1of 5

cerita Ya’juj & Ma’juj dikurung dalam tembok ghaib sangat menarik.

Namun pendapat ini tidak masuk akal apabila dibandingkan kisah


dalam Al-Quran, yang menceritakan tembok diperbuat “manusia”
daripada “ketul besi” dan “tembaga cair”. Kaum yang “meminta
membuat tembok” pula manusia. Ada mana-mana manusia pelik
yang meminta membuat tembok ghaib? Bagaimana pula manusia
membantu mendapatkan ketul besi dan tembaga cair yang ghaib?

"Cerita mengenai sejarah Yakjuj dan Makjuj tertera dalam al-Quran


menerusi surah al-Kahfi, ayat ke-92 hingga 98 manakala
kebangkitan mereka dinyatakan dalam surah an-Anbiya, ayat ke 96
dan 97", katanyaAllah berfirman menerusi ayat surah al-KAHFI ITU:

"Kemudian dia(Zulkarnain) menempuh suatu jalan(yang lain lagi).


Hingga apabila dia sampai antara dua gunung, dia mendapati
dihadapan kedua-dua gunung itu suatu kaum yang hampir tidak
mengerti pembicaraan."Mereka berkata:"Hai
Zulkarnain,sesungguhnya Yakjuj dan Makjuj itu orang yang
membuat kerosakan di muka bumi, maka dapatkah kami
memberikan sesuatu pembayaran kepadamu, supaya kamu
membuat dinding antara mereka?'"Zulkarnain berkata: "Apa yang
dikuasakan Tuhanku kepadaku terhadapanya adalah lebih baik,
maka tolonglah aku dengan kekuatan(manusia dan peralatan), agar
aku membuatkan dinding antara kamu dan mereka.

Berilah aku potongan-potongan besi'."Hingga apabila besi itu sudah


sama rata dengan kedua-dua(puncak)gunung itu, berkatalah
Zulkarnain: 'Tiuplah(api itu). Hingga apabila besi itu sudah
menjadi(merah seperti) api, dia pun berkata: 'Berilah aku
tembaga(yang mendidih) agar aku tuangkan ke atas besi panas
itu."Maka mereka tidak dapat mendakinya dan mereka tidak dapat
melubanginya. Zulkarnain berkata: 'Ini (dinding) adalah rahmat
daripada Tuhanku, maka apabila sudah datang janji
Tuhanku(kiamat), Dia akan menjadikannya hancur luluh dan janji
Tuhanku itu adalah benar".

Dalam ayat surah an-Anbiya pula, Allah berfirman: "Hingga apabila


dibukakan (tembok) Yakjuj dan Makjuj, dan mereka turun dengan
cepat dari seluruh tempat yang tinggi. Dan sudah dekatlah
kedatangan janji yang benar(kiamat) maka tiba-tiba terbeliaklah
mata orang kafir(Merekaberkata): 'Aduhai celakalah kami,
sesungguhnya kami adalah dalam kelalaian mengenai ini, bahkan
kami adalah orang yang zalim"

"Hadis riwayat Imam Ahmad pula menerangkan ciri fizikal Yakjuj


dan Makjuj yang antara lain bermuka bulat dan kulit kekuningan
seperti wajah kebanyakan penduduk Asia Tengah.

Tembok menyekat kaum Ya’juj & Ma’juj telah lama terbuka apabila
orang Yahudi kembali ke Bait al-Maqdis (Jerusalem) dan membentuk
negara Israel pada tahun 1948. Allah swt telah memberi keterangan
di bawah bagi menjelaskan kepulangan Yahudi ke Bait al-Maqdis:—

“Penduduk” dimaksudkan ialah orang Yahudi, “negeri” adalah Bait


al-Maqdis, “Ya’juj & Ma’juj” adalah Yahudi (Khazar), dan “meluru
turun dari tiap-tiap tempat yang tinggi” bermaksud Ya’juj & Ma’juj
menguasai dan menjajah keseluruhan aspek kuasa-kuasa
pemerintahan dunia.
Allah swt malahan menyatakan “mustahil” bagi orang Yahudi untuk
pulang ke Bait al-Maqdis, kecuali setelah tembok menyekat Ya’juj &
Ma’juj terbuka dan mereka telah berkuasa. Orang Yahudi telah lama
pulang ke negeri Bait al-Maqdis dan membentuk negara Israel pada
tahun 1948. Oleh itu apakah penjelasan kepulangan mereka ke Bait
al-Maqdis?

Ini bermaksud tembok telah terbuka dan Ya’juj & Ma’juj telah lama
menguasai pemerintahan. Orang Yahudi dikembalikan melalui
agenda puak Khazar, iaitu Yahudi Zionis yang menguasai dunia hari
ini dan digambarkan di dalam Surah al-Kahfi sebagai kaum Ya’juj &
Ma’juj. Mereka malahan boleh dianggap menguasai dunia hari ini
kerana tiada negara yang mampu menghalang mereka daripada
menghancurkan Palestine.

Fakta kedua menyokong dakwaan tembok Ya’juj & Ma’juj telah lama
terbuka ialah berdasarkan keterangan Allah swt di bawah:
“…Maka mereka… tidak dapat menebuknya…”; al-Kahfi:97

Ayat menyatakan mereka tidak dapat “menebuk” tembok tersebut.


Beribu-ribu tahun Allah swt memelihara tembok tersebut, dan tiada
satu makhluk pun di seluruh alam ini mampu “menebuk” tembok
kecuali dengan keizinan Allah swt, iaitu apabila Allah swt
mengizinkan Ya’juj dan Ma’juj dilepaskan.
Sebaliknya telah disebutkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Shahih
Muslim bahawa Nabi saw bersabda:
“Telah mulai terbuka hari ini dari dinding Ya’juj dan Ma’juj sebesar
(lubang) ini.” Rasulullah membuat lingkaran dengan dua jarinya, ibu
jari dan jari telunjuk. (HR. Al-Bukhari dari Zainab bintu Jahsyin
radhiyallahu ‘anha).

Apakah maksud hadis apabila dibaca bersama ayat 97 surah al-Kahfi


yang menyatakan Ya’juj & Ma’juj “tidak dapat menebuknya”? Ini
membuktikan Allah swt telah melepaskan mereka kerana fakta
tembok berlubang membuktikan mereka telah berjaya menebuk
tembok. Tembok tidak akan berlubang jika tidak boleh ditebuk!

Oleh itu fakta tembok berlubang membuktikan Ya’juj & Ma’juj


dilepaskan semasa zaman kehidupan Rasulullah saw di Madinah,
iaitu selepas Allah swt menukarkan kiblah ke arah Kabbah pada
Rejab 2 AH (624 AD). Meraka yang masih berpegang Ya’juj & Ma’juj
dilepaskan selepas Dajjal akan terus menerus menunggu
sehinggalah bumi ini hancur dan kiamat, dan Ya’juj & Ma’juj tetap
tidak kunjung tiba. Sepatutnya mereka memikirkan kembali
kepercayaan mereka yang bercanggah dengan Al-Quran dan
bertanya diri sendiri jawapan bagi persoalan di bawah:

(a) penjelasan kepulangan orang Yahudi ke Bait al-Maqdis dan


membentuk negara Israel pada tahun 1948 (al-Anbiyaa’:95-96), dan
(b) Rasulullah saw menyatakan tembok telah berlubang, iaitu telah
berjaya ditebuk (al-Kahfi:97).
(c) Kenapa terdapat ketepatan fakta yang sempurna
menghubungkan Al-Quran dengan sejarah Yahudi Khazar? Sedarilah
tipu daya itu teorinya tidak tetap dan sentiasa berubah-ubah,
manakala kebenaran itu sebenarnya lebih terang dan tetap tidak
berubah-ubah.

You might also like