You are on page 1of 18

PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

KULIAH OLEH :
W.D. NORDIN
JABATAN ILMU PENDIDIKAN
INSTITUT PERGURUAN DARULAMAN
06000, JITRA, KEDAH

1
PENGERTIAN PSIKOLOGI

Berasal dari perkataan Greek :


Psyche - jiwa
Logos - kajian tentang sesuatu

C.M. Charles
Psikologi ialah kajian tentang tingkah laku

N.L. Munn
Psikologi sebagai kajian saintifik tentang
tingkah laku manusia.

2
Crow dan Crow
-Psikologi sebagai kajian tingkah laku dan
perhubungan manusia.
-tindak balas pengaruh batin
-pengaruh persekitaran
(manusia, benda dan situasi)
-cara individu / kelompok manusia bertindak
balas terhadap rangsangan dari alam sekitar
mengikut umur yg berlainan

Davidoff
Psikologi sbg kajian saintifik tentang tingkah laku
manusia dan haiwan secara nyata (overt) atau
selindung (covert)
3
Overt ialah kajian tingkah laku yg dapat diperhati,
dinilai atau diukur (cth; cara berjalan,bercakap)

Covert ialah kajian keperluan, emosi, naluri,


motivasi, kecerdasan dsb.

Fantino
Kajian saintifik tentang aktiviti mental (mimpi,
pemikiran, ingatan dan tekanan)

4
• Oleh itu, psikologi boleh ditakrifkan
sebagai satu kajian mengenai jiwa
manusia.
• Secara lebih terperinci, ia adalah kajian
mengenai tingkah laku manusia serta
faktor-faktor yang mempengaruhi tingkah
laku manusia.
• Juga boleh ditakrifkan sebagai satu
pengajian saintifik mengenai minda
manusia dan bagaimana minda manusia
mempengaruhi tingkah laku manusia
dalam sesuatu situasi.
5
• Secara keseluruhan, kepentingan psikologi
ialah ianya merupakan penyelidi-kan
saintifik yang mengkaji prinsip-prinsip asas
mengenai pembelajaran dan tingkah laku
di kalangan manusia.
• Oleh itu, dengan mempelajari psikologi,
seorang itu akan menjadi manusia yang
lebih baik dan juga dapat memahami
manusia lain dengan lebih tepat.

6
• KONSEP PENDIDIKAN

• Pendidikan ialah satu proses pemerolehan dan


perbincangan pelbagai idea.
• Pendidikan dapat memajukan kehidupan
manusia.
• Pendidikan dapat membentuk personaliti dan
minda manusia dengan menyampaikan prinsip-
prinsip, nilai-nilai dan sikap yang betul.
• Pendidikan adalah satu keperluan dan bukan
satu lagi kehendak untuk umat manusia.

7
• Kepentingan Psikologi Pendidikan Dalam
Proses Pengajaran dan Pembelajaran

• Psikologi pendidikan merupakan satu disiplin akademik yang


menggabungkan bidang pendidikan dan bidang psikologi.
• Mempunyai beberapa kepentingan dalam proses pengajaran
dan pembelajaran.

• (a) Memahami Tingkah Laku Pelajar

• Satu kepentingan psikologi pendidikan ialah untuk guru


memahami tingkahlaku murid-muridnya
• Guru boleh menggunakan semua ilmu psikologi pendidikan
yang dipelajarinya untuk mentafsirkan tingkah laku murid-
murid.
• Dengan pengetahuan ini, beliau juga dapat meramalkan
tingkah laku negatif yang murid-muridnya mungkin
tunjukkan dalam bilik darjah. 8
• (b) Mengetahui Bahawa Terdapat Teori
dan Prinsip-Prinsip Psikologi Untuk
Mengendalikan Semua Aspek Pengajaran
dan Pembelajaran

• Guru juga boleh merujuk kepada teori serta


prinsip-prinsip psikologi pendidikan yang dia
telah pelajari untuk mengendalikan proses
pengajaran dan pembelajaran.
• Beliau juga boleh mengaplikasikan prinsip-
prinsip psikologi seperti motivasi, pengamatan,
penanggapan, pemindahan pembelajaran untuk
meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan
pembelajaran dalam bilik darjah.
9
• (c) Menyedari Bahawa Murid Adalah
Individu Yang Berbeza dan Unik

• Seorang guru yang mempunyai pengetahuan


psikologi pendidikan sedar bahawa setiap murid
adalah seorang individu yang unik dan
mempunyai personaliti serta latar belakang
keluarga dan sosio ekonomi yang berbeza.
• Oleh itu, adalah amat penting untuk guru
mempelbagaikan strategi pengajaran kaedah
serta teknik pengajarannya untuk memenuhi
keperluan murid-murid yang berlainan ini.

10
(d) Menjalankan Kajian Tindakan

• Seorang guru yang mengetahui tentang


psikologi pendidikan dapat menjalankan kajian
tindakan terhadap tingkah laku murid-muridnya.
• Guru dapat menggunakan ilmu pengetahuan
yang dia telah pelajari dalam psikologi
pendidikan untuk membaiki dan meningkatkan
amalan-amalan pengajaran dan pembelajaran
bilik darjah.
• Melalui kaedah pemerhatian dalam kajian
tindakan, guru boleh mengubah tingkah laku
murid-murid yang negatif supaya menjadi
tingkah laku yang positif.

11
• (e) Mengetahui Tentang Naluri dan
Keperluan Pelajar

• Pengetahuan tentang psikologi pendidikan


mendedahkan guru tentang konsep naluri
dan keperluan setiap orang murid.
• Oleh itu, dengan mengaplikasikan
pengetahuan psikologi pendidikan, guru
boleh mengambil langkah-langkah yang
tertentu untuk memastikan yang dia dapat
memenuhi semua keperluan murid-
muridnya dalam bilik darjah. 12
• Bagaimanakah guru boleh mengaplikasikan
pengetahuan tentang psikologi untuk
memahami tingkah laku murid-muridnya.

• (a) Memahami Wujudnya Perbezaan Individu


• Di Kalangan Murid.

• Dengan pengetahuan psikologi, guru boleh


memahami bahawa terdapat perbezaan individu di
kalangan murid-muridnya.
• Guru akan sedar bahawa setiap murid adalah unik
dan terdapat ketidaksamaan antara murid-murid
samada daripada sifat-sifat kognitif, emosi, fizikal,
budaya, sosial, personaliti dan lain-lain aspek.
13
• Kesan daripada perbezaan individu ini ialah ada
murid yang belajar dengan lebih cepat
berbanding dengan murid yang lain.

• Selain daripada itu, ada murid yang dapat


menyelesaikan masalah akademik dan sosial
dengan lebih cepat daripada murid lain.
• Oleh itu, guru perlu mengambil langkah-langkah
spesifik untuk menangani masalah perbezaan
individu ini.

14
• (b) Membantu Murid Membentuk Konsep
Kendiri Positif
• Guru juga boleh mengaplikasikan pengetahuan tentang
psikologi dengan memahami bahawa dia boleh
membantu murid-murid membentuk dan meningkatkan
konsep kendiri murid-muridnya.
• Guru mesti memahami yang penyesuaian murid yang
berjaya di sekolah akan menghasilkan konsep kemdiri
yang positif manakala kegagalan untuk membuat
penyesuaian akan menghasilkan konsep kendiri yang
negatif.
• Justeru , guru mesti sering memberi pujian untuk setiap
pencapaial yang ditunjukkan oleh murid-muridnya.
Beliau juga mesti menunjukkan kasih sayang dan
memberikan perhatian kepada murid-muridnya.
15
• (c) Memahami Keperluan Murid

• Guru juga boleh mengaplikasi pengetahuan


tentang psikologi dengan memahami bahawa
murid mempunyai pelbagai jenis keperluan.
• Sebagai seorang guru yang sensitif dan peka
dengan teori-teori psikologi, guru perlu
memahami keperiuan keselamatan, keperluan
kasih sayang serta keperluan penghargaan kendiri
murid-murid.
• Hanya jika keperluan-keperluan asas dan
sekunder murid-murid dipenuhi baru mereka akan
berusaha untuk mencapai keperluan
penyempurnaan kendiri. Ini akan menolong
mereka untuk mencapai potensi optima di sekolah
16
• (d) Meramal Tingkah Laku Murid
• Dengan pengetahuan psikologi, guru boleh meramal
tingkah laku yang mungkin ditunjukkan oleh murid-
muridnya di dalam bilik darjah.
• Pengetahuan teori-teori psikologi membantu guru
memahami masalah disiplin murid yang pelbagai seperti
masalah ingin mendapat perhatian, kuasa atau
keinginan untuk membalas dendam terhadap guru.
• Oleh itu, guru dapat meramal jenis-jenis salah laku yang
mungkin ditunjukkan oleh murid-murid di dalam bilik
darjah.
• Justeru , guru dapat mengambil langkah-langkah yang
tersusun dan sistematik untuk mengubah tingkah laku
negatif murid kepada tingkah laku yang positif

17
• Tamat
• Terima Kasih

18

You might also like