You are on page 1of 16

SENARAI KANDUNGAN

Muka surat

A) Peta Minda

 Perlembagaan
 Konsep Perlembagaan
 Unsur-unsur Perlembagaan

B) Carta garis masa sejarah penggubalan perlembagaan


sehingga penubuhan Malaysia

C) Laporan lengkap berkaitan ciri-ciri utama dalam setiap peringkat


ke arah penggubalan perlembagaan sehingga penubuhan
Malaysia

D) Kepentingan perlembagaan dalam konteks pembinaan


sesebuah negara bangsa

 Integrasi
 Nasionaliti
 Nasionalisme
 Partiotisme
 Demokrasi

Pelaksanaannya melalui
 Wawasan 2020
 Islam Hadhari
 Konsep 1 Malaysia

E) Bibliografi
DEFINISI

Kamus dewan - undang-


undang atau peraturan
negeri, dasar pemerintah KONSEP (*)
negeri

PERLEMBAGAA
PERLEMBAGAA
NN

JENIS-JENIS

 Bertulis
UNSUR –UNSUR (*) Bentuk perlembagaan yang dikumpul dan
disusun dalam satu dokumen.
Contoh: Perlembagaan Malaysia

 Tidak Bertulis
Semua prinsip perlembagaan
yang tidak terkumpul dalam satu dokumen
seperti undang-undang adat.
Contoh: Adat temenggung

(*) diterangkan pada muka surat seterusnya


KONSEP
PERLEMBAGAAN

Kumpulan peraturan atau undang-undang sama


ada bertulis atau tidak bertulis. Menentukan
SHAMSUL organisasi kerajaan, pembahagian kuasa antara
AMRI pelbagai badan kerajaan dan prinsip-prinsip
umum dalam melaksanakan kuasa tersebut.

Surat catatan atau surat cara yang


mengandungi semua undang-undang
TUN tertinggi yang difikirkan mustahak bagi
SALLEH mewujudkan sebuah negara yang moden.

ABAS

Satu dokumen yang mengandungi semua


susunan peraturan dan undang-undang dasar
RUSLAN yang dianggap penting bagi pemerintahan dan
pentadbiran sesebuah negara. Perlembagaan ini
ZAINUDDUI berperanan dalam menentukan bidang kuasa
pemerintahan, bentuk sesebuah kerajaaan dan
N hak-hak rakyat.

Catatan yang penting dalam menyatakan


kedaulatan dan kewujudan sesebuah negara
yang merangkumi organisasi pentadbiran dan
kemasyarakatan. Perlembagaan tersebut perlulah
terpelihara dari pengubahsuaian, menjamin
SALMAH keselamatan masyarakat dalam negara dan luar
negara. Pembentukan Perlembagaan juga
HUSSAIN berlaku kerana terjadinya perjanjian antara satu
bangsa dengan bangsa yang lain atau sesebuah
masyarakat dalam negara dengan masyarakat
antarabangsa.
BAHASA
BAHASAMELAYU
MELAYU AGAMA
AGAMAISLAM
ISLAM
••Bahasa
BahasaMelayu
Melayuadalah
adalahbahasa
bahasa ••Perkara
kebangsaan yang mesti digunakan
kebangsaan yang mesti digunakan Perkara3(1),
3(1),agama
agamaIslam
Islamadalah
adalah
agama rasmi Persekutuan.
untuk
untukmaksud-maksud
maksud-maksudrasmi agama rasmi Persekutuan.
rasmi ••Agama
••Tiada larangan menggunakan
Tiada larangan menggunakan Agamalain
lainboleh
bolehdiamalkan
diamalkan
dengan
atau denganaman
amandandandamai.
ataumengajar
mengajaratau
ataubelajar
belajarbahasa damai.
bahasa ••Setiap
Setiap orang mempunyaihak
lain. orang mempunyai
lain. hak
untuk menganut dan
untuk menganut dan
mengamalkan
mengamalkanagama.
agama.

UNSUR – UNSUR
UNSUR – UNSUR
PERLEMBAGAAN
PERLEMBAGAAN
KEDUDUKAN
INSTITUSI KEDUDUKANISTIMEWA
ISTIMEWAORANG
ORANG
INSTITUSIBERAJA
BERAJA MELAYU,
MELAYU, BUMIPUTERA SABAH&&
BUMIPUTERA SABAH
SARAWAK
••Raja SARAWAK
Rajaberkuasa
berkuasamutlak
mutlak
•Dibantu
•Dibantuoleh
olehpembesar-
pembesar- ••Jawatan
Jawatandalam
dalamperkhidmatan
perkhidmatanawam,
awam,
pembesar
pembesaryangyangdilantik
dilantik biasiswa, pendidikan, perniagaan,
biasiswa, pendidikan, perniagaan,
sebelum penjajahan kemudahan
sebelum penjajahan
British. kemudahankhas.khas.
••Tanah
Tanah rizab orangMelayu
rizab orang
British. Melayudilindungi
dilindungi
daripada
daripada diselenggara oleh orangbukan
diselenggara oleh orang bukan
Melayu.
Melayu.
••Kemasukan
Kemasukanperkhidmatan
perkhidmatanorang
orangMelayu
Melayu
kekedalam Rejimen Askar Melayu.
dalam Rejimen Askar Melayu.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
SEHINGGA PENUBUHAN MALAYSIA

Malayan Union (1946)

Persekutuan Tanah Melayu (1948)

Sistem Ahli (1951)

Laporan Perlembagaan (1954)

Pilihanraya Umum
Pertama (1955)

Suruhanjaya Reid (1956)

Penggubalan Perlembagaan Tanah


Melayu Merdeka (1957)

Kemerdekaan Tanah Melayu (1957)

Suruhanjaya Cobbold (1962)

Perlembagaan Malaysia (1962)

Penubuhan Malaysia (1963)


LAPORAN LENGKAP BERKAITAN CIRI-CIRI UTAMA DALAM SETIAP PERINGKAT
KE ARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN SEHINGGA PENUBUHAN
MALAYSIA

PENGENALAN

Merdeka! Merdeka! Merdeka!. Laungan keramat itulah yang kerap kita dengari
bila menjelangnya tanggal 31 Ogos pada setiap tahun. Pada tarikh bersejarah ini,
setiap lapisan masyarakat dari pelbagai kaum tidak melepaskan peluang untuk
meraikan sambutan yang gilang gemilang ini dengan gembira dan meriahnya. Semua
kemeriahan sambutan ini diharap bukan hanya tinggal sebagai sambutan perayaan
sahaja. Sebagai warga Malaysia yang merdeka, kesedaran mengenai sejarah dan
kepentingan mengekalkan kemerdekaan negara amatlah penting dan perlu dipupuk
serta ditanam dalam seluruh jiwa generasi Malaysia. Lantaran itu marilah sama-sama
mengimbas kembali sejarah yang telah menjadikan perjalanan kehidupan kita aman
dan damai sehingga hari ini serta setiap perjuangan anak bangsa yang tidak pernah
kenal erti jemu dan mengalah.
Sejarah awal pentadbiran di Tanah Melayu telah dikuasai oleh pihak Kerajaan
British yang telah banyak memainkan peranan sekaligus memonopoli Tanah Melayu.
Para pentadbir British ini amat cekap dan berkesan dari segi tindakan dan perancangan
dalam merencanakan pelbagai dasar dan corak pentadbiran untuk mengekalkan kuasa
mereka. Pelbagai cubaan dan rancangan telah dilaksanakan untuk melumpuhkan
pucuk pimpinan yang diterajui oleh orang Melayu. Dengan usaha yang gigih akhirnya
mereka berjaya menguasai Tanah Melayu yang diserah secara rela oleh raja-raja
Melayu melalui umpanan dan ganjaran. Faktor campuran tangan pihak British adalah
disebabkan beberapa perkara antaranya faktor ekonomi, kebimbangan British terhadap
campur tangan pihak lain, ketidakstabilan politik dan keselamatan di Tanah Melayu.
Selain itu, terdapat juga permintaan daripada pembesar Melayu agar British dapat
membantu dalam menamatkan pertempuran dan pertumpahan darah seterusnya
mewujudkan ketenteraman dan kedamaian. Campur tangan pihak British ini telah
meninggalkan beberapa kesan antaranya kesan sosio – ekonomi dan politik di Tanah
Melayu.
Kejayaan British dalam menakluki Asia telah mendorong Jepun untuk membina
kemajuan mereka. Persaingan sengit berlaku selepas tercetusnya Perang Dunia Kedua
di mana tentera Jepun telah meluaskan serangannya dan menguasai beberapa
bahagian termasuklah Tanah Melayu. Kesannya, pemerintahan tertinggi Tanah Melayu
telah diambil alih oleh Ketua Gabenor Jepun. Raja Melayu sekadar lambang, dan kuasa
mereka hanya terhad ke atas agama Islam sahaja. Pendudukan Jepun ini telah
menimbulkan kesedaran nasionalisme yang lebih mendalam di kalangan orang Melayu.
Kemenangan mereka ini menaikkan semangat pejuang Melayu untuk membebaskan
tanah air dari jajahan. Dengan semangat ini lalu tertubuhlah beberapa persatuan seperti
Kesatuan Melayu Muda (KMM), PETA, KRIS dan sebagainya. Kesedaran dan
keinsafan pemimpin dan rakyat Melayu semakin memuncak dengan kezaliman yang
dilakukan oleh pihak Jepun. Pada Ogos 1945 bandar Hiroshima dan Nagasaki telah
hancur akibat bom atom daripada tentera Amerika Syarikat. Seterusnya pada 13 Ogos
1945, bandar Tokyo pula telah diserang dengan hebat oleh tentera yang sama. Ini
menyebabkan tentera Jepun secara rasminya menyerah kalah pada tanggal 2
September 1945.
Kesannya, pada 1 April 1946, British telah mengisytiharkan Malayan Union yang
diketuai oleh Sir Edward Gent sebagai gabenor yang pertama. Namun pengisytiharan
tersebut ditentang hebat oleh orang Melayu. Antara sebab-sebab penentangannya ialah
kerana MacMicheal menggunakan paksaan terhadap Raja-raja Melayu dan raja-raja
hanya dijadikan ‘boneka’ setelah kehilangan daulat dan kuasa. Soal kerakyatan pula
telah disamatarafkan dan menyebabkan orang Melayu kehilangan pelbagai hak sebagai
bumiputera. Lantaran itu, satu perancangan yang lebih kemas dan tersusun yang tidak
pernah terlihat sebelum ini telah berlaku. Pada tahun 1946, merupakan titik permulaan
perjuangan yang menampakkan semangat perpaduan yang lebih jitu di kalangan orang
Melayu. Ini terbukti pada Kongres Melayu yang pertama dimana, kongres tersebut telah
menghimpunkan 41 buah pertubuhan bangsa Melayu dengan kata sepakat telah
dicapai iaitu untuk menentang habis-habisan gagasan Malayan Union. Selain itu,
kongres tersebut bertujuan untuk menetapkan satu penubuhan politik yang terdiri
daripada orang Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR).
Dalam Kongres Melayu ketiga pula yang telah diadakan di Istana Besar, Johor Bharu
pada 11 – 12 Mei 1946, maka secara rasminya tertubuhlah PEKEMBAR atau lebih
dikenali sebagai UMNO (United Malays National Organisation) yang dipimpin oleh Dato’
Onn bin Jaafar sebagai Yang Dipertua UMNO yang pertama. Antara rentetan-rentetan
gerakan yang dianjurkan oleh UMNO ialah pemulauan majlis perlantikan Gabenor
Malayan Union sehingga akhirnya berjaya membawa kepada pemansuhan Malayan
Union pada tahun tersebut. Pada 24 dan 25 Mac 1951, dalam Mesyuarat Perwakilan
UMNO, UMNO telah mengubah dasar perjuangannya yang bercogankan ‘Hidup
Melayu’ kepada ‘Merdeka’. Seterusnya, satu persidangan agung tergempar UMNO
telah diadakan di Melaka pada 18 April 1954 bagi merangka strategi untuk proses
rundingan kemerdekaan di London. Dengan sokongan dan semangat yang menjulang
tinggi, Tunku Abdul Rahman bersama rombongan UMNO – MCA berlepas ke London
pada 21 April 1954 untuk menuntut kemerdekaan daripada British.

PERISTIWA-PERISTIWA PENTING DALAM USAHA PENUBUHAN PERSEKUTUAN


MALAYSIA

Melihatkan kesungguhan orang Melayu dalam menentang habis-habisan


Kerajaan British akhirnya pada Julai 1946, British mula bertolak ansur melalui
penubuhan satu jawatankuasa kerja yang terdiri dari wakil-wakil UMNO, wakil raja-raja
negeri Melayu dan wakil kerajaan British. Tujuan penubuhan jawatankuasa tersebut
adalah untuk menggubal satu perlembagaan yang baharu dan ianya telah dipersetujui
melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948. Perjanjian ini telah dimeterai di
King House pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, negeri-negeri Melayu Pulau
Pinang dan Melaka menjadi Tanah Perlindungan British manakala Singapura tetap
menjadi tanah jajahan mereka. Manakala Kuasa Tertinggi British adalah di bawah
Pesuruhjaya Tinggi yang dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Dewan
Perundangan. Melalui perjanjian ini syarat-syarat kewarganegaraan diperketatkan dan
hak istimewa orang Melayu dipelihara. Akibatnya wujud ketidakpuashatian di antara
kaum yang menyebabkan satu perjumpaan telah diadakan di rumah Dato’ Onn dengan
dihadiri Tan Cheng Lock, Thivai Singam (mewakili MIC), Malcolm McDonald, Ronald
Braddel dan pemimpin-pemimpin lain. Perjumpaan ini bersetuju menubuhkan satu
jawatankuasa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum pada
Januari 1948.
Pada 1951 pula, satu sistem baru telah diperkenalkan yang dinamakan sebagai
Sistem Ahli. Beberapa perubahan telah diwujudkan dan 7 jabatan diserahkan oleh
pihak British kepada pemimpin tempatan manakala tiga portfolio yang lain dikekalkan.
Jabatan – jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri,
Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan,
Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara
yang dilantik ialah Dato’ Onn bin Jaafar bagi mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam
Negeri, Hau Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan manakala Thuraisingam mengetuai
Jabatan Pelajaran. Kesemua jabatan ini diletakkan di bawah kawalan Ahli Majlis
Undangan Persekutuan. Penubuhan sistem ini bertujuan untuk memberi latihan kepada
pemimpin tempatan memerintah negara sendiri secara demokrasi. Dalam usaha ini,
satu Pilihanraya Majlis Tempatan yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur pada
Februari 1952. Dalam pilihan raya ini, Parti Perikatan iaitu gabungan UMNO dan MCA
berjaya memenangi sembilan daripada dua belas kerusi yang dipertandingkan. Parti
IMP (Independent Malayan Party) pimpinan Dato’ Onn menang sebuah kerusi dan
calon bebas menang dua kerusi. Ketika itu Pesuruhjaya Tinggi Templer telah menerima
cadangan Parti Perikatan untuk melantik beberapa ahli UMNO dan MCA supaya
menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan. Melalui cadangan tersebut, satu rang
undang-undang berkenaan Laporan Perlembagaan 1954 mengenai Persekutuan
Tanah Melayu untuk mengadakan pilihanraya telah diluluskan dan Pilihanraya Umum
ini telah dilaksanakan pada 27 Julai 1955. Dalam pilihanraya ini, Parti Perikatan telah
memenangi 51 daripada 52 kerusi yang dipertandingkan. Parti PAS memenangi sebuah
kerusi manakala Parti Negara mengalami kekalahan teruk. Hasil daripada kemenangan
besar Parti Perikatan dalam pilihanraya umum tersebut, Tunku Abdul Rahman telah
dilantik menjadi Ketua Menteri bagi Tanah Melayu.
Dalam usaha untuk mencapai kemerdekaan, satu suruhanjaya telah ditubuhkan
dengan tujuan untuk menggubal satu perlembagaan bagi Tanah Melayu. Suruhanjaya
ini telah dinamakan sebagai Suruhanjaya Reid sempena nama pengerusinya iaitu Lord
William Reid. Suruhanjaya ini dianggotai oleh pakar-pakar perlembagaan dari negara-
negara Komanwel. Hasilnya, beberapa pendapat, pandangan dan memorandum telah
diterima daripada semua lapisan rakyat sehingga terbentuknya sebuah perlembagaan
Tanah Melayu yang merdeka. Syor-syor dalam suruhanjaya ini menyentuh lima perkara
iaitu kedudukan Sultan, parlimen, bahasa, agama dan hak orang Melayu. Kerajaan
Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka akan diketuai oleh seorang Sultan. Di
samping itu, sistem kerajaan bersekutu yang sedia ada akan diteruskan dengan adanya
kerajaan pusat dan kerajaan negeri. Raja-Raja Melayu pula akan terus kekal sebagai
ketua bagi negeri masing-masing manakala Melaka dan Pulau Pinang akan terus
bergabung di dalam Persekutuan dan diketuai oleh seorang Yang Di Pertua (Gabenor).
Sistem pentadbiran kerajaan adalah bercorak demokrasi dan Ahli Parlimen akan dipilih
melalui pilihanraya umum untuk mewakili rakyat serta mengawal pentadbiran kerajaan.
Selain daripada itu, Suruhanjaya Reid mencadangkan supaya bahasa Cina dan bahasa
Tamil digunakan dalam Parlimen dan Dewan Negeri. Cadangan ini telah ditolak, tetapi
membenarkan orang Cina dan orang India menggunakan bahasa masing-masing
sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah manakala agama Islam tetap
diterima sebagai agama rasmi Persekutuan. Terdapat juga beberapa cadangan yang
dipinda antaranya mengenai hak istimewa orang Melayu di mana hak keistimewaan ini
mesti dipertimbangkan semula dari semasa ke semasa di atas arahan Yang Di Pertuan
Agong. Persetujuan menerima pindaan tersebut membuktikan bahawa masyarakat di
Tanah Melayu mempunyai semangat bertolak ansur yang kuat dan utuh di kalangan
rakyat pelbagai kaum.

Rentetan daripada itu, pada Januari 1956 Tunku Abdul Rahman telah mengetuai
satu rombongan ke London untuk berunding dengan Kerajaan British bagi
Penggubalan Perlembagaan Tanah Melayu Merdeka. Rundingan ini dipengerusikan
oleh Lord Lennox Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British dan satu persetujuan telah
dicapai mengenai tarikh kemerdekaan Tanah Melayu. Namun orang Melayu terpaksa
berkorban memberi taraf kewarganegaraan secara longgar kepada bukan Melayu. Hasil
daripada perundingan tersebut, pada 5 Ogos 1957 wakil kerajaan British dan Sultan-
sultan menandatangani Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu yang mengisytiharkan
Kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Di mana Tanah Melayu telah
menjadi sebuah negara yang berdaulat, mengamalkan konsep demokrasi berparlimen
dan raja berperlembagaan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Perdana
Menteri yang pertama. Upacara sambutannya telah diadakan di Stadium Merdeka
dengan laungan ‘merdeka’ sebanyak tujuh kali.
Selepas beberapa tahun mencapai kemerdekaan, pada 27 Mei 1961 Tunku
Abdul Rahman telah menggagaskan penubuhan negara Malaysia yang terdiri daripada
Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei, Sarawak dan Sabah. Ia bertujuan untuk
menyekat pengaruh komunis, mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan
ekonomi dan mempercepat proses kemerdekaan terhadap Singapura, Brunei, Sarawak
dan Sabah. Singapura menyambut baik idea tersebut manakala Brunei enggan
menyertainya. Manakala Sarawak dan Sabah yang mulanya menolak cadangan
tersebut akhirnya telah bersetuju apabila diberi jaminan mengenai pemerintahan
sendiri. Kesannya, pada 17 Januari 1962 satu suruhanjaya dikenali sebagai
Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan bagi meninjau pandangan penduduk negeri-
negeri tersebut. Suruhanjaya itu dipengerusikan oleh Lord Cobbold dan dianggotai oleh
dua wakil Kerajaan British, Sir Anthonv Abell dan Sir David Watherston, sementara
wakil Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu pula terdiri dari Datuk Wong Pow Nee dan
Encik Mohamed Ghazali Shafie manakala Mr. H. Harris bertindak selaku Setiausaha.
Pada 18 April 1962, laporan lengkap mengenainya telah disiapkan dan diserahkan
kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Keputusannya, 1/3 rakyat
Sabah dan Sarawak menyokong kuat Malaysia, 1/3 menyokong dengan syarat dan 1/3
ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia.
Kesannya, wujud sebuah Perlembagaan Malaysia untuk memberi jaminan hak
keistimewaan terhadap Sabah dan Sarawak setelah memasuki Malaysia. Syor-syor
Perlembagaan tersebut meliputi nama persekutuan baru ialah Malaysia, perlembagaan
Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia, kedudukan istimewa kaum
pribumi Sabah dan Sarawak akan dijamin, Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua
Negeri sendiri dan penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat
dalam perkhidmatan awam secepat mungkin. Selain daripada pemberian hak-hak
istimewa tersebut, dasar pendidikan, agama, imigresan, perwakilan Parlimen,
kedudukan Bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di
Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing. Bahasa
Melayu juga dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan tetapi Sabah dan Sarawak
dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN
masing-masing membuat keputusan. Pada 1 Ogos 1962, hampir kesemua syor-syor
tersebut diterima oleh British di mana Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963.
Oleh itu, Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka
Perlembagaan Malaysia.
Tunku Abdul Rahman merupakan tokoh yang terpenting di dalam penubuhan
negara Malaysia kerana beliau merupakan individu yang bertanggungjawab
mengusulkan cadangan untuk membentuk sebuah persekutuan yang lebih luas
merangkumi Persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada
langkah pertama yang bermula pada 1961. Pada tahun 1962, pilihanraya telah
diadakan buat pertama kalinya di Brunei dan Sabah. Walaubagaimanapun, tentangan
yang berterusan daripada Filipina dan Indonesia telah menyebabkan Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu menghantar satu misi ke Borneo pada tahun 1963 yang turut
melaporkan bahawa pandangan awam di mana rata-rata menyokong penubuhan
Malaysia. Selepas melalui segala cabaran akhirnya Malaysia secara rasmi telah
dibentuk pada 16 September 1963 di mana terdiri daripada Persekutuan Malaya,
Sabah, Sarawak dan Singapura, manakala Brunei pula telah menolak. Pengisytiharan
tersebut dibuat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Upacara membaca deklarasi
penubuhan Malaysia itu telah dilakukan di hadapan Yang Di Pertuan Agong, Raja-Raja
Melayu, Gabenor-Gabenor Pulau Pinang, Melaka, Singapura, dan Sabah. Turut serta
dalam upacara itu ialah tiga orang pemimpin dari tiga buah negeri yang baru di dalam
Persekutuan Malaysia iaitu En. Lee Kuan Yew, En. Donald Stephens dan En. Stephen
Kalong Ningkan. Namun pada tahun 1965, Singapura telah dikeluarkan dari Malaysia
dan membentuk sebuah kerajaan sendiri yang merdeka.
KEPENTINGAN PERLEMBAGAAN DALAM KONTEKS PEMBINAAN SESEBUAH
NEGARA BANGSA

Pembinaan negara bangsa sering kali menjadi matlamat utama yang hendak
dicapai oleh sesebuah negara terutamanya negara yang didiami oleh masyarakat
pelbagai kaum. Keupayaan membina sebuah negara bangsa dilihat sebagi kemuncak
kejayaan sebuah Negara, pentadbiran dan penduduknya. Aspek-aspek yang boleh
mempengaruhi pembinaan negara bangsa ini telah dipersetujui melalui perbincangan
dimana terdapat lima perkara yang perlu diambil kira dalam pembinaan sesebuah
negara bangsa iaitu integrasi, nasionaliti, nasionalisme, patriotisme dan demokrasi.
Integrasi menurut kamus dewan membawa maksud penggabungan atau
pergabungan dua atau beberapa kaum (unsur, bahagian, dan lain-lain) menjadi satu
kesatuan; penyatuan, manakala berintegrasi pula membawa maksud bergabung,
berpadu. Integrasi nasional merupakan satu titik yang penting dalam proses pembinaan
satu negara bangsa bagi negara majmuk seperti Malaysia. Semenjak penubuhan
Malaysia lebih 45 tahun yang lalu sehinggalah kini, pelbagai isu yang berkaitan dengan
integrasi nasional masih lagi hangat diperkatakan antaranya ialah bagaimana untuk
menyatupadukan rakyat jelata dari segi psikologi, wilayah-wilayah yang terpisah oleh
faktor geografi dan mempunyai latar belakang kebudayaan dan sosio-ekonomi yang
berbeza. Melalui integrasi, masyarakat dapat mengelakkan timbulnya perasaan
perkauman atau kenegerian atau apa jua fahaman kebangsaan yang sempit.
Nasionaliti pula secara mudahnya boleh diertikan sebagai kewarganegaraan,
contohnya kita merupakan warganegara Malaysia. Ia juga merupakan elemen yang
penting dalam mempamerkan identiti sesebuah negara bangsa seperti kad pengenalan
yang sama pada semua warganegara. Melaluinya, akan wujud sifat setia, sayang dan
sanggup berkorban untuk negara. Oleh itu, melalui nasionaliti faktor kebersamaan dan
perasaan berkongsi milik dalam hal seperti budaya kebangsaan, sistem politik dan
bahasa boleh menjadi faktor penyatuan rakyat.
Nasionalisme membawa ideologi yang menegaskan penemuan semula dan
pengekalan identiti kebudayaan sendiri iaitu satu proses kesedaran yang dialami oleh
sesuatu bangsa terhadap entiti kebangsaannya yang berasingan dari entiti lain.
Nasionalisme juga secara mudahnya boleh dimaksudkan sebagai perasaan cinta
kepada tanah leluhur. Perasaan ini boleh dilahirkan menerusi tindakan seperti
penentangan terhadap penjajah atau boleh juga dilahirkan dengan sentimen
kebangsaan seperti menyanyikan lagu kebangsaan iaitu “Negaraku” atau menaikkan
bendera negara. Pada zaman dahulu lagi semangat ini telah tertanam dalam diri rakyat
iaitu semasa zaman pemerintahan British. Manakala patriotisme pula adalah kesetiaan
teragung yang terdapat di dalam diri rakyat yang bersedia berkorban nyawa untuk
tanah air yang dicintai. Sebagai generasi hari ini kita harus tahu tentang kepentingan
nilai patriotisme. Menerusi faktor patriotisme, bangsa akan menjadi kuat dan mampu
berjuang membangunkan bangsa daripada mengalami kemunduran dan penindasan.
Ini kerana hanya bangsa yang kuat sahaja yang akan berjaya dalam menghadapi
cabaran abad ke- 21. Demokrasi pula ialah satu bentuk kerajaan di mana kuasa
menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat.
Malaysia merupakan negara bersistem pemerintahan demokrasi kerana rakyat bebas
dalam meluahkan pendapat dan mempunyai hak dalam memilih. Ini kerana peranan
demokrasi juga adalah untuk mewujudkan keutuhan pentadbiran yang direstui rakyat
secara keseluruhannya. Negara bangsa hanya wujud apabila adanya kefahaman
mendalam berkenaan demokrasi. Penerimaan setiap hakikat yang dilahirkan oleh
proses demokrasi ialah keyakinan terhadap suatu ideologi yang akan memastikan
terhindarnya sebarang kegawatan politik. Ini akan mewujudkan keamanan dengan
tiadanya proses politik lain yang negatif seperti demonstrasi atau kudeta.

PELAKSANAANNYA MELALUI WAWASAN 2020, ISLAM HADHARI DAN KONSEP


1 MALAYSIA

Wawasan 2020 adalah rangka tindakan konkrit gagasan Tun Dr. Mahathir
Mohamad untuk Malaysia melangkah ke hadapan bagi mencapai matlamat sebagai
sebuah negara maju dari segala segi seperti ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan
kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia boleh menjadi sebuah negara yang
bersatu padu dengan masyarakat Malaysia mempunyai rasa keyakinan diri, ditunjangi
oleh nilai-nilai moral dan etika yang kukuh, menikmati kehidupan dalam sebuah
masyarakat yang demokrasi, liberal lagi bertolak ansur, berbudi, adil dan saksama
ekonominya, progresif, makmur dan sepenuhnya menguasai ekonomi yang mampu
bersaing, dinamis, tangkas serta mempunyai daya ketahanan. Dalam membentuk
Wawasan 2020, terdapat 9 cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat Malaysia. Cabaran
ini perlu ditangani bersama agar ia lebih mudah diselesaikan.
Semasa pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pula, beliau telah
memperkenalkan satu konsep iaitu konsep Islam Hadhari. Islam Hadhari telah
memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan
peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus
kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,
pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Selain
daripada itu, konsep Islam Hadhari juga adalah untuk mempertingkatkan mutu
kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem
kewangan yang dinamik, pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat
yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta
bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari menegaskan
beberapa prinsip dalam memastikan pencapaian sepuluh prinsip utama iaitu keimanan
dan ketakwaan kepada ILAHI, kerajaan adil dan beramanah, rakyat berjiwa merdeka,
penguasaan ilmu pengetahuan, pembangunan ekonomi seimbang dan komprehensif,
kehidupan berkualiti, pembelaan hak kumpulan minoriti dan wanita, keutuhan budaya
dan moral, pemeliharaan alam semula jadi dan kekuatan pertahanan.
Sesuai dengan rakyat Malaysia yang berbilang kaum, Perdana Menteri kita YAB
Dato Seri Najib Tun Abdul Razak telah memperkenalkan satu konsep iaitu konsep 1
Malaysia. Rakyat di tuntut melahirkan tindakan yang melepasi tembok kepentingan
etnik dan kaum. Konsep ini bertetapan dengan suasana dan cita rasa rakyat dan juga
selari dengan apa yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Prisip-Prinsip
Rukun Negara. 1 Malaysia ini juga sangat selari dipraktikkan kerana rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum dan agama dan mereka perlu menganggap diri
mereka sebagai bangsa Malaysia yang berfikir dan bertindak ke arah mencapai satu
matlamat. Sejajar dengan ini, perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini
perlu diperkukuhkan lagi bagi mewujudkan suasana negara yang lebih aman, maju,
selamat dan makmur serta membawa aspirasi untuk memperbaiki hubungan kaum bagi
memastikan rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Dengan slogan
‘Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’, konsep ini telah membawa lapan nilai-
nilai murni iaitu budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan,
kesetiaan, meritokrasi, pendidikan dan integriti yang boleh membantu dalam membina
sesuatu negara bangsa.

You might also like