You are on page 1of 2

Peranan dan Sumbangan : Tun Dr Mahathir bin Mohamad

Penglibatannya secara aktif dalam politik bermula pada tahun 1964 apabila Tun Dr
Mahathir bin Mohamad dipilih sebagai ahli Parlimen Kota Setar setelah
memenangi kerusi kawasan Kota Setar Selatan di atas tiket Perikatan dan mula
menempa nama di kalangan masyarakat. Namun dalam pilihan raya umum
berikutnya pada tahun 1969 Tun Dr Mahathir bin Mohamad tewas di kawasan
yang sama kepada calon PAS. Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan antara
golongan muda yang paling lantang mengkritik pucuk kepimpinan UMNO di
bawah Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj terutamanya
selepas trajedi 13 Mei 1969 . Ini akhirnya membawa kepada pemecatan Tun Dr
Mahathir bin Mohamad dari UMNO pada tahun 1969.
Semenjak terbuang, Tun Dr Mahathir bin Mohamad menjadi `pemberontak' dalam
buangan dan menghasilkan buku ` The Malay Dilemma' yang telah diharamkan
pada masa itu. Dalam buku itu, Tun Dr Mahathir bin Mohamad banyak membidas
sikap fatalisme masyarakat Melayu yang menyalahkan takdir dan menerima
kekalahan dengan pasif. Apabila Allahyaraham Tun Abdul Razak menjadi
Presiden UMNO pada tahun 1972, Tun Dr Mahathir bin Mohamad kembali aktif
dalam UMNO dan mendapat sambutan yang popular. Kekalahan dan kekecewaan
dalam bidang politik tidak pernah mematahkan semangat beliau. Malah
mempengaruhi beliau untuk lebih agresif dalam memperjuangkan isu-isu orang
Melayu. Populariti Tun Dr Mahathir bin Mohamad jelas apabila beliau memenangi
kerusi ahli Majlis Tertinggi UMNO dengan undi tertinggi pada 1972 dan
seterusnya sebagai senator pada tahun 1973.
Oleh kerana minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan, Tun Dr Mahathir
bin Mohamad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Pendidikan Tinggi yang pertama
pada tahun 1968, Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Tinggi pada 1972, Member of
the University Court and University of Malaya Council, dan Chairman of the
National University Council pada 1974.
Sebagai calon Barisan Nasional di Kubang Pasu, Kedah Tun Dr Mahathir bin
Mohamad menang tanpa bertanding dalam tahun 1974. Pada 6 Oktober 1974, Tun
Dr Mahathir bin Mohamad dilantik sebagai Menteri Pelajaran di dalam kabinet
Allahyaraham Tun Abdul Razak. Tindakan pertama beliau adalah melaksanakan
Akta Universiti dan Kolej 1974 dengan meletakkan pentadbiran universiti di
bawah Kementerian Pelajaran. Pada bulan Jun 1975, Tun Dr Mahathir bin
Mohamad menjadi Naib Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri kepada
Allahyaraham Tun Abdul Razak. Pada masa itu, beliau juga masih memegang
portfolio Kementerian Pelajaran. Dalam satu rombakan kabinet, beliau ditukarkan
menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian. Apabila Allahyaraham Tun
Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab kesihatan, Tun Dr Mahathir bin
Mohamad mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri yang keempat pada 18
Julai 1981. Dalam tahun yang sama Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa
bertanding sebagai Presiden UMNO.
Tugas pertama Tun Dr Mahathir bin Mohamad adalah membersihkan dan
meninggikan taraf perkhidmatan kerajaan dengan melancarkan kempen Bersih,
Cekap dan Amanah. Pengenalan sistem `punch-card' di kalangan pegawai-pegawai
kerajaan benar-benar membuka mata masyarakat. Rakyat diberi keutamaan. Tun
Dr Mahathir bin Mohamad mendorong rakyat untuk `Pandang ke Timur' untuk
mencapai kemajuan dari segi pendidikan, teknologi serta cara berfikir. Malaysia
mula menjadi perhatian dunia dengan seorang pemimpin yang berani menyuarakan
pendapat walaupun bertentangan dengan pemimpin-pemimpin negara Barat.
Dalam pilihanraya parti 1987, Tun Dr Mahathir bin Mohamad mengalahkan
lawannya untuk mengekalkan jawatan Presiden dan pada tahun 1990 dan 1993,
sekali lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamad menang tanpa bertanding sebagai
Presiden parti. Di bawah pentadbiran Datuk Seri Dr Mahathir bin Mohamad, parti
memerintah Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Umum berturut-turut pada
tahun 1982, 1986, 1990, 1995 dan 1999.

You might also like