You are on page 1of 21

ISI KANDUNGAN

Penghargaan 2

Soalan tugasan 3

Pengenalan 4

Definisi ayat 4

Binaan ayat 5

Subjek dan predikat 5

Pola ayat 5

Bahagian A 7

Frasa 7

Petikan “Bahasa Kebangsaan di India Kecil” 10

Analisis ayat 11

Bahagian B 13

Binaan lima ayat baharu 14

Analisis bentuk ayat baharu 15

Bibliografi 23
Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah izin-Nya, saya dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna.

Saya ini mengucapkan jutaan terima kasih yang juga penghargaan khusus buat Pn.
Normaizam Bt. Abd Hamid kerana segala tunjuk ajar serta membimbing saya
dalam menyiapkan tugasan ini.

Tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan PISMK -OUM
Pengajian Melayu yang banyak membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini.
Penghargaan juga kepada orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam
menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali, penghargaan istimewa buat ibu bapa saya yang banyak memberi
galakan dan sokongan agar memastikan saya berjaya dalam pelajaran.

Semoga mereka semua mendapat balasan yang setimpal daripada Yang Maha Esa.

Sekian, terima kasih.

2
Soalan Tugasan

Frasa mempunyai tugas-tugas yang tertentu dalam pembinaan ayat. Oleh sebab itu,
frasa hanya wujud dalam ayat. Sekiranya sesuatu kata atau rangkaian kata-kata itu
tidak wujud dalam ayat, kata atau kat-kata itu tidak boleh disebut sebagai frasa
kerana tidak mendukung apa-apa tugas.

a) Berdasarkan kenyataan di atas, ambil SATU petikan atau perenggan yang


panjangnya kira-kira 150 patah kat daripada Majalah Pelita Bahasa keluaran
Jun 2009, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang
ditemukan dalam petikan.

b) Seterusnya , baca dan fahamkan sepuluh contoh ayat dasar di bawah ini.
i. Abang saya guru di Sekolah Menengah Tengku Bariah.
ii. Encik Badri penguasa kastam di Johor Bharu.
iii. Kakak sulung saya ke Kuala Kedah semalam.
iv. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan.
v. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam.
vi. Gaya pemuda tersebut seperti bintang filem hari ini.
vii. Ketiga-tiga orang adik saya bersolat subuh pada pagi tadi.
viii. Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok.
ix. Nizal sedang menulis laporan.
x. Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu.

Anda dikehendaki memilih lima ayar dasar daripada senarai di atas. Bagi setiap ayat
dasar yang anda pilih itu, terbitkan lima ayat baharu yang tergolong dalam ayat
tunggal (ayat transformasi satu dasar).

Bincangkan bahagian frasa yang menjadi subjek, predikat dan objek (jika ada) serta
kedudukannya dalam gatra ayat serta ciri-ciri tambahan yang lain bagi 5 jenis ayat
tunggal (ayat transformasi satu dasar) yang anda bina itu.

3
Pengenalan

Menurut Nik Safiah Karim (2008), sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu
bahasa yang mengkaji bentuk, struktur, dan binaan atau konstruksi ayat.. sintaksis
juga dikenali sebagai kajian tentang hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari
kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk
membentuk ayat dalam sesuatu bahasa.

 Bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat.

 Melibatkan kajian tentang bentuk, struktur dan binaan ayat serta hukum atau
rumus tatabahasa mengenai cara-cara penggabungan ayat.

 Selain itu, kajian sintaksis juga melibatkan aspek perbezaan binaan ayat
melalui jenis-jenis ayat dan ragam ayat.

AYAT
KLAUSA
FRASA
KATA

Definisi ayat :

 Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap.

 Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan beberapa


perkataan yang pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan,
serta mengandungi intonasi yang sempurna.

4
Binaan ayat

 Setiap pembentukan ayat dalam sesuatu bahasa dikenali sebagai satu


binaan atau konstruksi.

 Sesuatu binaan ayat itu bukan sekadar gabungan atau rentetan bentuk kata
yang sewenang-wenangnya tetapi terbentuk daripada susunan beberapa unit-
unit kecil rangkaian kata yang dalam ilmu bahasa dikenali sebagai unsur atau
konstituen.

 Binaan ayat mengandungi subjek dan predikat

Subjek dan predikat

 Subjek ialah konstituen, sama ada terdiri daripada satu perkataan atau
beberapa perkataan, yang bersifat frasa nama dan menjadi unsur yang
diterangkan.

 Predikat ialah kumpulan perkatan yang tergolong dalam satu frasa dan
menjadi unsur yang menerangkan subjek.

 Dalam kebanyakan bahasa, subjek setiap ayat hanyalah terdiri daripada


frasa nama. Ayat berikut salah dari segi binaan subjeknya.

 Predikat sesuatu ayat tunggal dapat dibina daripada unsur-unsur frasa nama,
frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.

Pola ayat dasar

 Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan
semua ayat lain dalam sesuatu bahasa.

 Walaupun terdapat berbagai-bagai jenis ayat dari segi binaan dan


susunannya, asas binaannya terdiri daripada beberapa pola tertentu, yang
disebut pola ayat dasar sesuatu bahasa.

5
 Daripada pola itulah terbit ayat yang lain , sama ada ayat tunggal atau ayat
majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif atau ayat pasif dan
sebagainya.

 Dalam bahasa Melayu, pola ayat dasar boleh dibahagikan kepada empat
jenis dengan berpandu kepada jenis-jenis binaan subjek dan predikatnya.

Pola Ayat Dasar

Frasa Nama (FN) Frasa Nama (FN)

Frasa Nama (FN) Frasa Kerja (FK)


Frasa Nama (FN) Frasa Adjektif (FA)

Frasa Nama (FN) Frasa Sendi Nama (FSN)

Contoh pola ayat dasar

Pola Subjek Predikat


Pola 1 (frasa nama) (frasa nama)
Ahmad guru

Pola 2 (frasa nama) (frasa kerja)


Padi menguning

Pola 3 (frasa nama) (frasa adjektif)


Kanak-kanak nakal

Pola4 (frasa nama) (frasa sendi nama)


Pejabatnya di atas

6
Bahagian A

Berdasarkan kenyataan di atas, ambil SATU petikan atau perenggan yang


panjangnya kira-kira 150 patah kat daripada Majalah Pelita Bahasa keluaran Jun
2009, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang ditemukan
dalam petikan.

Frasa

Menurut Azahar Bahari (2009), frasa berpontensi untuk berkembang dan diperluas.
Meskipun ada ketikanya, frasa boleh sahaja terdiri daripada satu perkataan. Tetapi
frasa dapat diperkembang menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau
lebih.

Sebagai contohnya, Kambing.

FRASA NAMA
Kambing
Seekor kambing
Seekor kambing jantan
Seekor anak kambing jantan

Manakala menurut Asraf (2008), frasa ialah sepatah kata atau lebih daripada
sepatah kata yang dapat bertugas sebagai subjek atau predikat atau objek dalam
sesuatu ayat. Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis frasa iaitu Frasa Nama
(FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif (FA), dan Frasa Sendi (FS).

7
Melalui buku-buku tatabahasa lama frasa adalah suatu bentuk bahasa yang terdiri
daripada dua patah perkataan atau lebih. Oleh sebab itulah frasa diberi istilah
rangkai kata dengan pengertian bahawa frasa itu merupakan suatu rangkaian
beberapa patah kata.

Tetapi berdasarkan konsep sekarang, ada frasa yang boleh terdiri daripada sepatah
kata saja dengan tugasnya sebagai subjek, atau predikat, atau objek, dan ada pula
tidak boleh terdiri daripada dua patah kata sekurang-kurangnya. Apabila frasa terdiri
daripada beberapa patah kata, maka kesempurnaan bentuknya sebagai unit bahasa
gramatis bergantung pada susunan letak kata-kata yang menganggotai kelompok
frasa itu menurut kelasnya masing-masing.

Bagi Abdullah Hassan (2008), frasa didefinisikan sebagai satu unsur yang menjadi
sebahagian daripada ayat. Ia dapat terdiri daripada satu perkataan atau pun
sekumpulan perkataan yang digabungkan menurut rumus tatabahasa Melayu bagi
membawa makna.

Jika dahulu, Pendeta Z’aba memanggilnya rangkai kata, dan mesti terbina daripada
dua perkataan atau lebih. Tetapi, sebenarnya satu perkataan pun boleh menjadi
frasa.

Contohnya, Rumah

Struktur Frasa

Satu Perkataan Banyak Perkataan

Yang pentingnya, setiap frasa mesti mempunyai inti. Inti itulah yang sebenarnya
membina struktur frasa. Sekiranya frasa itu terdiri daripada satu perkataan, maka
perkataan yang menjadi frasa. Kemudian inti itu dapat diberi penerangan menjadi
lebih luas. Frasa satu perkataan boleh dijadikan seperti rajah di bawah.

1. Tiga buah rumah besar itu

8
Analisis

Rumah Rumah besar

(kn inti) (kn inti + adj)

tiga buah rumah besar tiga buah rumah besar itu

(kn bil + kn penj + kn inti + adj) (kn bil + kn penj + kn inti + adj + kgn tunj)

Menurut Nik Safiah Karim (2008) dalam buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga,
frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpontesi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa boleh hanya mengandungi
subjek atau predikat sahaja. Susunan tatabahasa frasa boleh menjadi konstituen
kepada klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri.

Sebagai contohnya,

i. Burung merpati terbang melayang.


ii. Anak kecil itu sedang tidur.
iii. Di dalam gua itu tersimpan harta karun.

(tulisan condong merujuk pada susunan perkataan)

Frasa juga difahami sebagai binaan daripada satu perkataan yang mempunyai
potensi untuk menjadi unit yang mengandungi dua perkataan atau lebih. Misalnya,
bentuk kata buku ialah frasa kerana bentuk tersebut boleh diperluas menjadi sebuah
buku, buku laporan, sebuah buku laporan, dan sebagainya

Frasa
Buku
Sebuah buku
Buku laporan
Sebuah buku laporan

Kesimpulan

9
Melalui definisi beberapa tokoh linguistik, dapat saya rumuskan bahawa frasa
merupakan satu unit kata yang berpotensi dikembangkan atau diperluas
menjadi dua atau lebih perkataan yang bermakna.

Berdasarkan kenyataan di atas, ambil SATU petikan atau perenggan yang


panjangnya kira-kira 150 patah kata daripada Majalah Pelita Bahasa keluaran Jun
2009, bincangkan tugas frasa tersebut dalam pembinaan tiga ayat yang ditemukan
dalam petikan.

Bahasa Kebangsaan di India Kecil

“ Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najib’s Corner kerana
Perdana Menteri singgah di situ dalam lawatanya ke kawasan itu. Restoran tersebut
terletak di kawasan yang akan dibangunkan dengan nama Little India ( istilah yang
digunakan oleh seorang wakil rakyat ) keranan terdapat banyak orang keturunan
India di situ. Kedua-dua peristiwa itu mendapat liputan media massa tempatan
kerana kehadiran pemimpin tertinggi negara.

Yang begitu mendukacitakan ialah bahasa kebangsaan tidak digunakan untuk


menamai kedua-dua buah tempat itu walaupun wakil rakyat dan pengusaha restoran
itu diyakini mampu menggunakan bahasa tersebut kerana mereka rakyat Malaysia.
Apakah salahnya jika digunakan nama Sudut Najib dan India Kecil, misalnya? Jika
ada Little India ( dan Chinatown), tidak mustahil akan wujud Arfican Colony,
Myanmar Village dan yang seumpamanya yang tidak menggunakan bahasa
kebangsaan.”

Sumber : Pelita Bahasa Keluaran Julai 2009

10
Berdasarkan petikan di atas, saya telah memilih 3 ayat dan menukar ayat
tersebut kepada bentuk biasa. Antara ayat-ayatnya ialah:

1. Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najib’s Corner.


2. Restoran itu terletak di kawasan Little India.
3. Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai tempat itu.

Tugas Frasa Dalam Ayat

Binaan ayat dasar dalam bahasa Melayu terdiri dua konstituen utama, iaitu sebagai
subjek dan predikat. Berdasarkan pola ayat di bawah, frasa nama berfungsi sebagai
subjek bagi semua pola ayat. Frasa nama juga boleh berfungsi sebagai predikat
dalam pola FN + FN sahaja. Terdapat empat (4) pola binaan ayat dasar iaitu :

FN + FN

FN + FK

FN + FA

FN + FSN

Berdasarkan semua ayat tersebut, saya telah ditugaskan untuk membincangkan


fungsi dan tugas frasa dalam ayat tersebut.

1. Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut sebagai Najib’s Corner.

Bagi ayat yang pertama, ini merupakan contoh pola ayat FN + FK.

Pemilik restoran itu merupakan subjek frasa nama, manakala menamai sudut
tersebut sebagai Najid’s Corner ialah predikat frasa kerja. Hal ini kerana (menamai)
merupakan kata kerja yang membawa maksud menamakan sesuatu.

Subjek Frasa Nama Predikat Frasa Kerja


Kata Kerja Keterangan
Pemilik restoran itu menamai sudut tersebut

11
sebagai Najib’s
Corner

2. Restoran itu terletak di kawasan Little India.

Bagi ayat yang kedua pula, ini merupakan contoh pola ayat FN + FSN.

Restoran itu merupakan subjek frasa nama, manakala terletak di kawasan Little
India ialah predikat frasa keterangan. Hal ini kerana (di) merupakan kata sendi
nama yang menerangkan sesuatu tempat.

Subjek Frasa Nama Predikat


Frasa Kerja Frasa Keterangan
Sendi Nama Frasa Nama
Restoran itu terletak di kawasan Little
India.

3. Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai tempat itu.

Bagi ayat yang ketiga pula, ini merupakan contoh pola ayat FN + FSN.

Bahasa Kebangsaa merupakan subjek frasa nama, manakala tidak digunakan untuk
menamai tempat itu ialah predikat frasa keterangan. Hal ini kerana (untuk)
merupakan kata sendi nama yang menerangkan tujuan sesuatu.

Subjek Frasa Nama Predikat


Frasa Kerja Frasa Keterangan
Sendi Nama Frasa Nama
Bahasa Kebangsaan tidak digunakan untuk menamai
tempat itu.

12
Bahagian B (Soalan Tugasan)

Seterusnya , baca dan fahamkan sepuluh contoh ayat dasar di bawah ini.

xi. Abang saya guru di Sekolah Menengah Tengku Bariah.


xii. Encik Badri penguasa kastam di Johor Bharu.
xiii. Kakak sulung saya ke Kuala Kedah semalam.
xiv. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan.
xv. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam.
xvi. Gaya pemuda tersebut seperti bintang filem hari ini.
xvii. Ketiga-tiga orang adik saya bersolat subuh pada pagi tadi.
xviii. Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok.
xix. Nizal sedang menulis laporan.
xx. Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu.

Anda dikehendaki memilih lima ayar dasar daripada senarai di atas. Bagi setiap ayat
dasar yang anda pilih itu, terbitkan lima ayat baharu yang tergolong dalam ayat
tunggal (ayat transformasi satu dasar).

Bincangkan bahagian frasa yang menjadi subjek, predikat dan objek (jika ada) serta
kedudukannya dalam gatra ayat serta ciri-ciri tambahan yang lain bagi 5 jenis ayat
tunggal (ayat transformasi satu dasar) yang anda bina itu.

13
Berdasarkan 10 ayat tersebut, saya telah memilih 5 ayat untuk ditukarkan
kepada bentuk ayat baharu (ayat transformasi satu dasar).

1. Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu.

Perhimpunan itu akan disertai oleh Puan Mariani.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

2. Nizal sedang menulis laporan.

Laporan sedang ditulis oleh Nizal.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.

3. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam.

Pucat sungguh muka Puan Hamidah semalam.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan
frasa adjektif.

4. Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok.

Tidur pekerja-pekerja itu di bawah pokok.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan
frasa kerja.

5. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan.

Dari Kampung Sitiawan lima orang budak itu.

14
Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan
frasa sendi nama.

Analisis bentuk ayat yang telah dibina dengan menjelaskan tugas frasa
sebagai subjek, predikat, objek (jika berkaitan) dan kedudukan frasa dalam
gatra ayat tersebut.

1. Puan Mariani akan menyertai perhimpunan itu.

Perhimpunan itu akan disertai oleh Puan Mariani.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku melalui proses
transformasi pasif.

Ayat 1 ialah ayat aktif; subjek frasa nama ialah Puan Mariani dan objeknya,
perhimpunan itu. Sebaliknya dalam ayat pula ialah ayat yang telah dipasifkan,
yang menyebabkan frasa nama perhimpunan itu yang berfungsi sebagai objek
dalam ayat aktif dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif,
sementara subjek asal, iaitu Puan Mariani dalam ayat 1 telah berpindah kepada
kedudukan selepas kata kerja. Manakala imbuhan kata kerja juga berubah iaitu me-
digantikan dengan di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Puan
Mariani.

Penyusunan semula daripada ragam ayat aktif kepada ragam ayat pasif dijelaskan
melalui rajah pohon seperti berikut :

a)
akan
Ayat aktif

transformasi pasif

b)
akan

Ayat pasif

15
2. Nizal sedang menulis laporan.

Laporan sedang ditulis oleh Nizal.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan semula frasa nama sebagai subjek.
Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek boleh berlaku melalui proses
transformasi pasif.

Ayat 2 ialah ayat aktif; subjek frasa nama ialah Nizal dan objeknya, laporan.
Sebaliknya dalam ayat pula ialah ayat yang telah dipasifkan, yang
menyebabkan frasa nama laporan yang berfungsi sebagai objek dalam ayat aktif
dikedepankan untuk menjadi subjek yang baharu kepada ayat pasif, sementara
subjek asal, iaitu Nizal dalam ayat 2 telah berpindah kepada kedudukan selepas
kata kerja. Manakala imbuhan kata kerja juga berubah iaitu me- digantikan dengan
di- dan kata sendi nama oleh mendahului frasa nama Nizal.

Penyusunan semula daripada ragam ayat aktif kepada ragam ayat pasif dijelaskan
melalui rajah pohon seperti berikut :

a)

sedang

Ayat aktif

transformasi pasif

b)

sedang
Ayat pasif

16
3. Muka Puan Hamidah sungguh pucat semalam.

Pucat sungguh muka Puan Hamidah semalam.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan
frasa adjektif.

Dalam proses ini, frasa adjektif yang berfungsi sebagai predikat diletakkan di
bahagian hadapan ayat manakala subjek pula di bahagian belakang. Bahagian yang
dikedepankan ialah kata adjektif sahaja.

Dalam ayat 3, ayat tersebut merupakan susunan ayat biasa; subjek ialah Muka
Puan Hamidah dan predikat ialah sungguh pucat semalam. Sebaliknya dalam ayat
pula ialah ayat yang telah disongsangkan, yang menyebabkan pendepanan frasa
adjektif dengan kata adjektif pucat sungguh yang berfungsi sebagai predikat dalam
susunan ayat biasa dikedepankan kepada ayat songsang, sementara subjek asal,
iaitu Muka Puan Hamidah dalam ayat 3 telah berpindah kebelakang predikat
tersebut. Kata penguat bebas sungguh boleh berada sama ada di hadapan atau di
belakang kata adjektif. Perkataan semalam merupakan penerang kata nama bagi
ayat tersebut. Perkataan semalam tidak berubah dan dikekalkan di akhir ayat.

Proses penyusunan ayat biasa ke ayat songsang melalui pendepanan frasa adjektif
dijelaskan melalui rajah pohon seperti berikut :

a)

sungguh
Ayat biasa

transformasi songsang frasa adjektif

b)

Pucat

17
Ayat songsang frasa adjektif

4. Pekerja-pekerja itu tidur di bawah pokok.

Tidur pekerja-pekerja itu di bawah pokok.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan
frasa kerja.

Dalam proses ini, frasa kerja sahaja yang mengalami proses pendepanan. Frasa
kerja itu termasuklah kata kerja sahaja, kata kerja dengan objek atau kata bantu
dengan kata kerja.

Dalam ayat 4, ayat tersebut merupakan susunan ayat biasa; subjek ialah Pekerja-
pekerja itu dan predikat ialah tidur di bawah pokok. Sebaliknya dalam ayat
pula ialah ayat yang telah disongsangkan, yang menyebabkan pendepanan frasa
kerja dengan kata kerja tidur yang berfungsi sebagai predikat dalam susunan ayat
biasa dikedepankan susunan ayat songsang, sementara subjek asal, iaitu Pekerja-
pekerja itu dalam ayat 4 telah berpindah kebelakang predikat tersebut. Manakala
predikat keterangan di bawah pokok diletakkan di belakang.

Proses penyusunan ayat biasa ke ayat songsang melalui pendepanan frasa kerja
dijelaskan melalui rajah pohon seperti berikut :

a)

tidur
Ayat biasa

transformasi songsang frasa kerja

b)

Tidur

Ayat songsang frasa kerja

18
5. Lima orang budak itu dari Kampung Sitiawan.

Dari Kampung Sitiawan lima orang budak itu.

Bentuk ayat tersebut ialah proses penyusunan ayat songsang melalui pendepanan
frasa sendi nama.

Dalam proses ini, frasa dialihkan ke bahagian hadapan iaitu mendahului subjek.
Proses ini terbahagi kepada dua iaitu frasa sendi nama sebagai predikat dan frasa
sendi nama sebagai keterangan dalam predikat.

Dalam ayat 5, ayat tersebut merupakan susunan ayat biasa; subjek ialah Lima
budak itu dan predikat ialah dari Kampung Sitiawan. Sebaliknya dalam ayat
pula ialah ayat yang telah disongsangkan, yang menyebabkan pendepanan frasa
sendi nama dengan kata sendi nama dari yang berfungsi sebagai predikat dalam
susunan ayat biasa dikedepankan kepada susunan ayat songsang, sementara
subjek asal, iaitu Lima budak itu dalam ayat 5 telah berpindah kebelakang predikat
tersebut.

Proses penyusunan ayat biasa ke ayat songsang melalui pendepanan frasa sendi
nama dijelaskan melalui rajah pohon seperti berikut :

a)

dari
Ayat biasa

transformasi songsang frasa sendi nama


b)

Dari

Ayat songsang frasa sendi nama

19
Bibliografi

Asraf (2008) Petunjuk Tatabahasa Bahasa Melayu, Kota Damansara: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Nik Safiah et. al (2008) Tatabahasa Dewan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Abdullah Hassan (2008) Tatabahasa Pedagogi, Kuala Lumpur: Publishing Sdn. Bhd.

Azahari Bahari (2009) HBML 4703. Sintaksis Bahasa Melayu. Selangor: Meteor Doc.
Sdn. Bhd.

Internet

http://www.tutor.com.my/stpm/sintaksis/Sintaksis.htm

http://openlibrary.org/b/OL2017413M/Sintaksis_bahasa_Melayu

http://mindabahasa.wordpress.com/category/sintaksis/

20
http://www.scribd.com/doc/8063956/week-7-sintaksis

21

You might also like