P. 1
esei edu

esei edu

|Views: 4,760|Likes:
Published by aesha89

More info:

Published by: aesha89 on Oct 29, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/27/2013

pdf

text

original

G

Falsafah Pendidikan Guru, Hubungannya dengan Pemikiran dan Amalan Profesionalisme Keguruan
Nama Siti Aishah binti Abdul Latiff No. Matrik D 20081032348 Program AT16

Kursus: Perkembangan Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar

Kod Kursus: EDU 3012 Nama Pensyarah: Pn. Norila Md. Salleh Tarikh Serahan: 2 Februari 2009

1

Isi kandungan
Bil. 1.0 2.0 Pengenalan Pemikiran dan Amalan Profesionalisme Keguruan 2.1 Pemikiran Profesional Guru 2.2 Amalan Profesional Guru 3.0 4.0 5.0 Syarat-syarat dan Kepentingan Profesionalisme Etika Profesional Guru Penutup Bibliografi Lampiran Isi Kandungan Muka Surat 1 2 3-8 8-11 12-14 15-19 20 ii iii

1.0

Pendahuluan

2

Falsafah pendidikan sangat penting dalam membantu pembentukan personaliti seorang guru. Falsafah pendidikan memberikan perspektif makro untuk sistem dan bidang pendidikan, kerana setiap komponen tidak dilihat secara berasingan tetapi ditinjau di segi pertalian di antara komponen-komponen yang membentuk kesuluruhan (Sufean Hussin, 2004). Justeru itu, sekiranya sistem pendidikan tidak mencapai apa yang telah digariskan dalam hasrat pendidikan, maka falsafah pendidikan mampu dijadikan sebagai perspektif mikro bagi mengkaji sebarang halangan dan masalah bagi membetulkan sesuatu atau beberapa komponen tersebut. Profesion bermaksud pekerjaan yang memerlukan didikan yang tinggi dan latihan yang khusus seperti dalam bidang perubatan, senibina dan perguruan. Profesionalisme pula dapat ditakrifkan sebagai “tingkahlaku, kemahiran atau kualiti yang dapat menunjukkan bahawa seseorang itu mempunyai pengalaman dan standard yang tinggi yang boleh diharapkan daripada ahli sesuatu profesion itu”. Manakala keguruan pula membawa maksud tugas dan tanggungjawab (kerjaya) sebagai guru (Kamus Pelajar, 1997). Dari pandangan sebagai seorang guru, amalan dan pemikiran profesionalisme keguruan adalah sangat berkaitan dengan Falsafah Pendidikan Guru (FPG) kerana falsafah tersebut dijadikan sebagai garis panduan ke arah pembentukan seorang guru yang bersedia menjunjung aspirasi negara dalam usaha membentuk masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin. Falsafah pendidikan guru adalah bersifat realisme-pragmatisme kerana lebih menekankan aspek modenisasi individu dan budaya hidup masyarakat. Maka boleh disimpulkan bahawa falsafah pendidikan guru tidak menghayati fahaman pemikiran dan aspirasi dalam falsafah pendidikan negara kerana gagasan tanggapan falsafah pendidikan guru tidak memegang teras yang sama. Falsafah pendididikan guru lebih bersifat realistik dan praktis dalam konteks pembangunan masyarakat (Sufean Hussin, 2004).

2.0

Pemikiran dan Amalan Profesionalisme Keguruan

3

Secara umumnya, pemikiran bermaksud ”cara atau hal memikirkan sesuatu” manakala amalan pula bermaksud ”perbuatan yang baik-baik atau perbuatan yang biasa dilakukan” (Kamus Pelajar, 1997). Pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan membawa maksud cara berfikir serta perbuatan yang biasa dilakukan oleh seseorang guru sama ada di dalam mahupun di luar bilik darjah. Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama dalam proses penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Di dalam era globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar. Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa sehingga ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Guru merupakan penggerak utama dalam pembentukan modal insan yang telah digariskan dalam aspirasi membina negara bangsa seperti yang telah disampaikan oleh Dato’ Haji Alimuddin bin Haji Mohd. Dom dalam ucapannya semasa Persidangan Kebangsaan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) iaitu, “Dalam Rancangan Malaysia Ke Sembilan, Kerajaan telah memperkenalkan rangka kerja pelaksanaan baru yang dinamakan Misi Nasional dengan tujuan menjamin pencapaian wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang iaitu satu jangka masa yang tidak panjang. Lima teras utama Misi Nasional ini adalah (a) meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai lebih tinggi, (b) meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi negara serta memupuk minda kelas pertama, (c) menangani masalah ketidakseimbangan sosioekonomi yang berterusan secara membina dan produktif, (d) meningkatkan tahap dan kemampanan kualiti hidup, dan (e) mengukuhkan keupayaan institusi dan pelaksanaan.” Justeru itu, dapat kita lihat dengan sangat jelas di sini bahawa Misi Nasional sangat memberi penekanan kepada pembangunan modal insan sebagai pendekatan utama bagi melonjakkan Malaysia ke status negara maju. Peranan pendidikan adalah amat penting dalam menjayakan kelima-lima teras Misi Nasional terutama sekali Teras 2 dan Teras 3. Justeru kerana itu, PIPP telah menggariskan Pembangunan Modal Insan sebagai teras kedua.

4

2.1

Pemikiran Profesional Guru

Yang Berhormat Dato’ Sri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pelajaran Malaysia, dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bertarikh 3 April 2006 menyatakan bahawa salah satu dasar yang telah ditetapkan oleh KPM untuk dilaksanakan dalam RMK9 ialah Memartabatkan Profesion Keguruan. Sebagai penjana masyarakat berilmu dan bertamadun, martabat guru sememangnya wajar untuk ditingkatkan ke tahap yang tinggi berbanding profesion lain. Usaha kerajaan ke arah itu bukanlah sesuatu yang baru dalam pendidikan negara. Apa yang dilakukan oleh kerajaan dalam RMK9 itu merupakan kesinambungan daripada usaha-usaha pemimpin terdahulu dengan beberapa penambahbaikan dan peruntukan yang lebih jelas sesuai dengan keperluannya yang semakin mendesak dalam era globalisasi yang menuntut guru agar berperanan dengan lebih luas lagi. Menurut Dr. Jamil Adimin (2006), profesion keguruan dapat ditingkatkan

martabatnya melalui proses pentaksiran. Istilah profesion keguruan (teaching profession) bermaksud bidang pekerjaan yang berkaitan dengan pemindahan dan pembinaan ilmu, seni, kemahiran dan nilai kepada seseorang dengan cara kuliah, tunjuk ajar, teladan, nasihat, indoktrinasi, amali, bekerja bersama, berhujah dan berdiskusi sehingga terpahat di minda, pekerti dan perlakuan orang itu terhadap perkara yang dikehendaki (Pendidik, 2006). Pengertian ini jelas menunjukkan bahawa profesion keguruan bukan sekadar pekerjaan yang berkaitan dengan proses pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran tertentu sahaja. Sebaliknya, profesion keguruan adalah lebih luas dan mencabar berbanding profesion lain. Seorang guru seharusnya sedar bahawa apa yang perlu mereka bina dalam diri para pelajar bukan semata-mata ilmu, pengetahuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang malahan nilai, pekerti mulia, jati diri sebuah negara bertamadun dan keupayaan mental, fizikal, spiritual dan sosial. Menurut Shimon Peres, Perdana Menteri Israel, pendidikan moden hendaklah mengajar murid-murid tiga perkara iaitu pembelajaran berterusan; bekerja dengan orang yang berbeza-beza tetapi boleh hidup; dan membangun serta menyumbang dalam keadaan yang serba berubah (Jamil Adimin, 2006). Sekiranya inilah yang dituntut oleh pendidikan moden, profesion keguruan nyata jauh lebih luas daripada sekadar memenuhi objektif, matlamat dan kandungan kurikulum kebangsaan seperti yang tercatat dalam Ministry of Education Malaysia (1982).

5

Tanggungjawab mengkaji semula makna, skop, tujuan dan keberkesanan profesion keguruan pastinya terletak di bahu pemimpin pendidikan dan pembuat polisi sesebuah negara. Walau bagaimanapun, guru yang mencintai profesion keguruan pasti ingin agar kehadirannya dalam masyarakat dan sistem pendidikan di negara ini membawa makna. Justeru itu, guru juga dituntut untuk sama-sama berfikir bagaimana profesion keguruan dapat diberi erti yang lebih luas daripada yang sedia ada. Proses memartabatkan profesion perguruan bukan suatu proses yang mudah tetapi memerlukan komitmen yang tinggi daripada semua pihak dalam masyarakat. Proses ini bukan sahaja merupakan keperluan tempatan (local trend) malahan juga merupakan kecenderungan global (global trend). Keperluan tempatan dalam hal ini dapat dilihat daripada wawasan negara untuk mencapai negara maju menjelang tahun 2020 dengan sembilan cabaran di mana sebahagian besarnya boleh dipacu melalui sistem pendidikan. Selain itu, keperluan tempatan untuk memartabatkan profesion keguruan juga boleh dilihat dari aspek pengajaran, pentaksiran dan pembelajaran yang memerlukan perubahan selaras dengan kehendak masyarakat majmuk yang rata-ratanya mahukan pendidikan kebangsaan yang berkualiti setaraf dengan standard antarabangsa. Hal ini dapat dilihat dalam masyarakat sekarang di mana banyaknya sekolah dan institusi swasta yang menawarkan pendidikan bermutu untuk menarik masuk lebih ramai anak-anak tempatan dan antarabangsa. Manakala kecenderungan antarabangsa mutakhir ini juga ke arah meletakkan profesion keguruan pada kedudukan yang tinggi dalam masyarakat. Sebagai contoh, kedudukan guru bersama polis dan jururawat adalah sama di mana golongan ini merupakan penerima gaji yang tinggi mengatasi profesion lain dalam perkhidmatan awam mereka. Dalam hal ini, Malaysia tidak ketinggalan dalam usaha menawarkan banyak insentif dalam bentuk kenaikan pangkat, skim gaji yang menarik dan imbuhan gaji. Profesion keguruan merupakan profesion yang amat penting, dipandang tinggi dan berperanan penting dalam masyarakat. Dengan kedudukan dan peranan yang penting itu, jangkaan masyarakat terhadap guru juga amat tinggi. oleh masyarakat. Apabila sedikit kesilapan yang dilakukan oleh guru, perkara tersebut akan dipandang sangat serius atau besar implikasinya Hal ini menyebabkan cabaran profesion keguruan juga amat besar. Pandangan dan jangkaan masyarakat terhadap guru berubah-ubah mengikut tahap umur, latar belakang, sosio-ekonomi dan budaya seseorang. Sebagai contoh, apabila ditanya kepada pelajar sekolah menengah, mereka akan menjawab, ” Saya suka guru yang wangi” dan ”Saya suka guru yang berpakaian kemas”. Oleh itu, jelaslah ditunjukkan di sini

6

bahawa guru sering dipandang dan diambil teladan oleh murid malahan mereka juga sering memandang tinggi terhadap guru terutamanya guru yang sering mengambil berat terhadap diri mereka. Selain itu, banyak kajian lain yang telah dilakukan berhubung jangkaan umum terhadap ciri-ciri guru yang baik antaranya ialah guru yang baik mestilah mempunyai minat yang mendalam (enthusiasm), sentiasa bersedia, suka berjenaka (humour), adil (fairness), mampu melayan murid secara individu dan memeriksa kerja murid tanpa bertangguh. Tugas mendidik bukanlah suatu perkara yang mudah dan boleh dianggap remeh oleh guru mahupun masyarakat. Hal ini demikian kerana, pelbagai cabaran dan masalah dihadapi oleh guru mutakhir ini, lebih-lebih lagi dalam era ledakan informasi dan globalisasi. Hal ini sekaligus menuntut guru agar lebih peka dengan segala perubahan yang berlaku di sekelilingnya dan juga di luar lingkungannya. Tuntutan ke atas guru untuk melaksanakan dan mengambil tanggungjawab tidak terhad kepada proses pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dalam bilik darjah semata-mata. Sebaliknya, guru diberi amanah dan tanggungjawab untuk memupuk individu murid sebagai modal insan cemerlang yang mampu menjadi aset kepada pembangunan dan kemajuan negara. Perkara ini sekaligus menuntut guru mempertingkatkan tahap profesionalisme mereka dalam mengenal pasti masalah, mengumpul maklumat, menganalisis dan menilai maklumat sebelum dapat menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapi. Menyimpul hasrat Dato’ Seri Hishammuddin melalui empat strategi utama beliau untuk memartabatkan profesion keguruan, iaitu melalui penekanan terhadap aspek pemilihan guru, usaha pemantapan karier keguruan, usaha penambahbaikan persekitaran kerja guru dan akhir sekali usaha meningkatkan rasa bangga dan keyakinan diri guru serta mengembalikan penghormatan masyarakat terhadap profesion keguruan. Dato’ Seri Hishammuddin sangat menekankan kepentingan untuk memilih calon guru yang bukan sahaja mempunyai kecemerlangan akademik dan sahsiah, malah memiliki ciri keguruan, mempunyai kesungguhan untuk menjadi seorang guru, bangga dengan profesion tersebut serta meyakini kebolehan diri untuk memikul amanah mendidik generasi muda. Selain itu, beliau turut menekankan agar bakal guru mempunyai penglibatan dalam aktiviti kokurikulum sesuai dengan penekanan negara terhadap pendidikan yang holistik. Mutakhir ini, kerajaan telah mengambil satu langkah bijak dengan mengetatkan lagi syaratsyarat pengambilan calon guru untuk mengikuti program pengajian agar kualiti guru terjamin. Hal ini sememangnya perlu kerana masyarakat sememangnya mahu orang yang

7

berjiwa guru dan benar-benar berminat menjadi guru dipilih, bukan mereka yang memilih profesion ini sebagai pilihan terakhir akibat tidak layak untuk mengikuti kursus lain yang diminati. Sehubungan dengan itu, kewibawaan profesion perguruan akan dapat dipertahankan pada tahap yang tinggi. Walau bagaimanapun, tata laku ’sumbang’ guru sering kali dipaparkan di media massa hari ini. Profesion keguruan dikatakan semakin tenat dan amat membimbangkan. Guru dikatakan sedang menghadapi tekanan tugas yang amat berat. Seringkali didedahkan dalam media massa bahawa guru tidak cergas, guru merokok, guru kerap datang lewat ke sekolah dan guru yang suka mengambil kesempatan terhadap murid sama ada merogol atau mencabul pelajar mereka. Perkara seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam dunia perguruan kerana guru seharusnya menjadi contoh terbaik kepada para pelajarnya. Justeru itu, langkah mengetatkan lagi syarat-syarat pengambilan untuk menjadi guru dengan mewajibkan mereka menghadapi ujian personaliti serta menghadiri temuduga adalah suatu langkah bijak yang harus dilestarikan supaya profesion ini tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Guru merupakan penggerak dan penyebar kurikulum. Kurikulum merupakan nadi utama pendidikan. Kurikulum merangkumi pelbagai aktiviti yang dilaksanakan di sekolah bertujuan mencapai matlamat pendidikan yang ditentukan. Dalam konteks Malaysia, Falsafah Pendidikan Kebangsaan mengariskan aspek penting membimbing pembelajaran pelajar ke arah memaksimakan potensi diri masing-masing. Kurikulum juga dilihat sebagai hasrat, pelan atau preskripsi mengenai ‘apa’ diingini berlaku di sekolah. Dalam bentuk pemahaman yang mudah, kurikulum menghubungkan antara hasrat dengan realiti (Salleh Abd. Rashid, 2003). Faktor utama yang menjadi penentu kepada penyebaran kurikulum ialah ideologi atau pengetahuan penyebar (guru). Ideologi boleh difahami sebagai premis nilai tentang perkara-perkara yang membawa kepada penggubalan pendidikan. Ini mencerminkan tentang perkara yang bernilai atau bermanfaat dipelajari oleh pelajar di sekolah. Dua konsep penting yang berkaitan dengan ideologi ialah nilai dan kepercayaan. Urutan daripada ini ialah bagaimana guru menyebarkan kurikulum yang dihasratkan ini bersulam dengan ideologi iaitu nilai dan kepercayaan yang tersedia dalam pemikiran para guru itu sendiri.

8

Kepercayaan diri guru merupakan satu set tingkah laku yang merancang dan memandu jenis-jenis tingkah laku guru kerana tingkah laku mengesahkan kepercayaan diri. Maka, pegangan kepercayaan dan nilai guru mempengaruhi pengajaran guru berdasarkan pemikiran yang difikirkan akan memberi manfaat kepada pelajar. Orientasi nilai kepercayaan ini mempengaruhi pengajaran guru terhadap pelajarnya di dalam kelas. Sikap guru terhadap kurikulum dan pengajaran menentukan kejayaan atau kegagalan penyebaran sesuatu kurikulum. Pegangan sikap akan menentukan jumlah usaha, ketekunan dan keputusan guru sama ada kurikulum dianjurkan bakal terlaksana atau tidak. Guru perlu mempunyai lokus kawalan diri yang positif terhadap kurikulum dan pengajaran kerana guru ini akan berinisiatif tinggi dan berperanan sebagai ‘pengusaha’ terbaik dalam menterjemahkan pengajaran untuk menyebarkan kurikulum. Secara umumnya, terdapat tiga jenis kurikulum iaitu kurikulum yang dihasratkan, kurikulum yang beroperasi dan kurikulum yang dipelajari. nilai yang cuba diterapkan. Kurikulum yang dihasratkan adalah bersifat ideologi manakala kurikulum yang beroperasi adalah meliputi kemahiran dan Manakala, kurikulum yang dipelajari ialah perkara yang Dalam hal ini, ternyata bahawa diperoleh hasil daripada kurikulum yang beroperasi.

kurikulum yang beroperasi sangat berpengaruh terhadap kurikulum yang lain. Guru telah diberi mandat yang bertindak sebagai ’jurutera’ untuk membina dan membentuk pemikiran pelajar hasil daripada pancaran pemikiran profesional guru itu sendiri. kurikulum? Terdapat empat elemen profesionalisme profesion yang besar iaitu persediaan profesional, sikap profesional, pembangunan kerjaya profesional dan pemikiran yang profesional. Pemikiran merupakan proses dalaman mental yang dapat difahami melalui perlakuan seseorang. Pemikiran guru merupakan faktor penting dalam menentukan variasi pendidikan dan sangat berpengaruh dalam menghasilkan suasana semasa sesi pembelajaran. Perkara ini melibatkan bagaimana seseorang guru itu mengumpul, mengorganisasi, menginterprestasi dan menilai maklumat sebelum disebarkan. Menurut Prof. Dr. Madya Salleh Abdul Rashid (2003), semasa aktiviti ini, kraf seorang guru, pengetahuan profesional, kemahiran ‘in-action’ dan refleksi banyak digunakan. Aktiviti ini merupakan resipi terpenting kepada peranan guru bagi menentukan ‘apa’ yang difikir guru dengan ‘apa’ yang dilaksanakan serta memahami penerimaan dan penolakan kurikulum Walau bagaimanapun, sejauh manakah tahap profesionalisme guru dalam mengoperasikan

9

terhadap pelajar. Pengukuran tentang pemikiran guru ini boleh dikesan hasil interaksi tiga perlakuan utama yang saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain, iaitu tingkah laku guru, tingkah laku pelajar dan pencapaian pelajar (Salleh Abd. Rashid, 2003). 2.2 Amalan Profesional Guru

Amalan profesionalisme keguruan melibatkan usaha, pengajaran dan cara sesuatu pengajaran disampaikan oleh guru. Seorang guru yang profesional mempunyai nilai, norma dan etika perkhidmatan yang profesional berdasarkan kepada tonggak dua belas iaitu menghargai masa, ketekunan, keseronokan bekerja, kesederhanaan, ketinggian peribadi, sifat baik hati, pengaruh teladan, kewajipan menjalankan tugas, kebijaksaanaan, kesabaran, meningkatkan bakat serta mencipta sesuatu yang baru (INTAN, 1992). Setiap guru seharusnya mempunyai sikap menghargai masa supaya setiap pekerjaan mahupun perancangan yang sudah direncanakan dapat disiapkan dengan sebaiknya serta mencapai objektif yang sebenar kerana masa yang berlalu tidak akan berulang lagi. Walau bagaimanapun, pengajaran yang ingin disampaikan kepada pelajar seharusnya bukan sekadar untuk memenuhi silibus yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah. Sebaliknya, guru perlu menyampaikannnya dengan niat untuk menyebarkan ilmu kepada pelajar supaya pelajaran mudah diterima dan difahami oleh pelajar. Di samping itu, seseorang guru seharusnya memiliki sifat tekun dan bersederhana dalam melakukan sesuatu. Bersederhana dalam konteks ini bukanlah bermaksud guru tersebut adalah lemah tetapi kesederhanaan tersebut mampu menjadi aset yang paling berharga sekiranya ditambah dengan ketekunan dalam melakukan sebarang kerja. Selain itu, guru juga perlu mempunyai kesabaran dan kebijaksanaan yang tinggi kerana guru pada zaman kini menghadapi situasi yang lebih sukar berbanding guru pada zaman dahulu. Hal ini demikian kerana, kebanyakan pelajar sekarang sudah pandai melawan dan tidak menghormati guru. Justeru itu, guru perlulah bijak dalam menghadapi pelajar yang nakal dan suka melawan dengan penuh berhemah dan bersabar. Sabar adalah senjata yang sangat penting dalam situasi ini supaya profesion sebagai seorang guru tidak tercalar dan tidak dipandang rendah oleh masyarakat. Sesungguhnya Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, ”Sabar itu adalah sebahagian daripada iman”. sikapnya terhadap pelajar dan masyarakat. Oleh itu, amatlah perlu bagi seseorang guru supaya mempunyai sifat sabar kerana sifat tersebut merupakan cermin

10

Selain itu, guru yang baik dan profesional sentiasa mengamalkan sikap baik hati dan tidak berat sebelah terhadap para pelajar. Pelajar-pelajar tidak dibeza-bezakan sama ada cemerlang atau lemah dalam kurikulum mahupun kokurikulum. menjadi teladan yang terbaik di hadapan mereka. Malahan, guru tersebut sentiasa mempunyai sifat terbuka dan berfikir untuk kebaikan para pelajarnya serta mampu Guru yang profesional juga akan menjalankan kewajipannya dengan ikhlas serta sentiasa mempunyai idea yang bernas dan baru supaya pembelajaran yang ingin disampaikan kepada para pelajarnya lebih berkesan dan mampu dipraktikkan oleh mereka dan bukan secara sambil lewa seperti ’melepaskan batuk di tangga’. Seperti mana profesion lain, profesion perguruan juga memerlukan perancangan dan pengurusan sumber tenaga yang kemas, tersusun dan sistematik sama ada dari segi perancangan mahupun pelaksanaannya. Bagi menghasilkan tenaga dan sumber yang berkualiti, sudah tentu profesion perguruan perlu mengambil kira beberapa aspek penting dalam perancangan tenaga dan sumbernya yang merangkumi empat kategori iaitu perancangan strategik, penentuan kualiti perkhidmatan, penentuan kualiti proses dan penentuan kualiti tenaga manusia (Dr. Mohd. Rais, 1991). Walau bagaimanapun, selain daripada empat aspek penting tersebut, terdapat beberapa cara atau pendekatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan produktiviti guru seperti melalui penggunaan senarai semakan kualiti untuk menilai kesedaran setiap anggota sesebuah organisasi berkenaan terhadap asas-asas kualiti dan pengurusannya. Kepuasan kerja merupakan suatu aspek penting dalam kehidupan seseorang guru. Kepuasan kerja melibatkan interaksi antara pekerja dengan pekerjaannya di samping keadaan emosi yang menyeronokkan hasil daripada tafsiran seseorang terhadap pekerjaannya sebagai menyenangkan dan berjaya (Rorzali Salleh, 1999). Kepuasaan bekerja sangat penting supaya seseorang guru menjalankan pekerjaannya dengan ikhlas sama ada dalam kerja-kerja menyediakan bahan pengajaran atau pengurusan bilik darjah. Menurut Mahatma Gandhi, ”Work done spontaneously and joyfully is never oppressive” yang bermaksud pekerjaan yang dilakukan secara spontan dan penuh kegembiraan tidak akan mendatangkan keletihan. Justeru itu, perasaan ini amat perlu diterapkan dalam diri setiap guru agar mereka dapat membiasakan diri dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberikan.

11

Guru yang berkesan dan kaya dengan pengalaman seharusnya menganggap ketidakupayaan seseorang murid sebagai ’peluang’ kepada diri sendiri untuk mempraktikkan segala bidang ilmu yang telah dipelajari semasa di institusi pendidikan atau di universiti. Salah satu bidang ilmu dalam pedagogi yang diajarkan kepada guru-guru ialah amalan reflektif. Amalan reflektif berbeza dengan amalan refleksif. Hakikat ini harus diperjelas kerana amalan reflektif melibatkan pemikiran yang mendalam dan penilaian yang kritis sedangkan refleksif hanya tindakan spontan dan semula jadi hasil daripada reaksi kepada sesuatu kejadian. Melalui amalan reflektif, seorang guru bukan sahaja dapat memanfaatkannya untuk membantu murid-muridnya meminati pelajaran, malah mengelakkan mereka daripada keciciran ilmu dalam kalangan murid sehingga menyebabkan mereka tidak lagi mahu bersaing dengan rakan-rakan yang lebih cemerlang dan sentiasa berasa rendah diri yang lama-kelamaan akan menyebabkan mereka menjadi kelompok murid yang gagal atau lemah dalam pelajaran. Guru reflektif pastinya tidak akan mengabaikan potensi muridnya sebaliknya membantu muridnya membuat refleksi agar situasi ’menang-menang’ dapat diperoleh. ditingkatkan. Tugas mendidik atau ’memanusiakan manusia’ bukanlah kerja mudah kerana mengajar turut dianggap sebagai ’seni’. Justeru, guru-guru seharusnya bersedia menerima segala cabaran di sekolah dan menghadapinya sebagai pengalaman berharga dan seterusnya memperoleh kepuasan diri. Menurut Combs (1982), ”Learning always involve two things, exposure to new information or experience and the personal discovery of what it means. Any information will affect a person’s behavior only in the degree to which he or she has discovered personal meaning of that information.” Oleh itu, tidak menjadi rahsia lagi, kepuasan bekerja ialah perencah kecemerlangan. Justeru, dalam konteks perguruan, amalan reflektif haruslah disebarluaskan, dimanfaatkan dan dipraktikkan oleh guru-guru kerana keberkesanannya tidak diragui lagi, malahan amalan reflektif wajib diajarkan kepada guru-guru pelatih sebagai persediaan apabila ditempatkan di sekolah-sekolah nanti. Sekiranya situasi ini dapat diwujudkan, prestasi sesebuah sekolah dapat

12

Di antara ciri-ciri guru reflektif ialah sentiasa berfikir tentang tujuan, isi kandungan dan tindakan dalam konteks pengajaran, sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baharu hasil daripada pengalaman yang pernah dilalui, berusaha memperbetul sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan melaksanakan pengajarannya, boleh menghubungkait apa-apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan harian, sentiasa melihat sesuatu isu atau masalah dari pelbagai perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik serta sentiasa mempelajari daripada apa yang telah dilakukan agar memberi makna kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat dan negara. Manakala, amalan refleksi dapat memperkaya diri dan merangsang amalan profesional. Ia bertindak sebagai forum untuk membuat keputusan yang mengakibatkan tindakan tentang konteks pengajaran. Refleksi yang dikemukakan oleh Dewey (1933) menjadi batu asas dalam mengkaji proses kognitif guru semasa membuat keputusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Perkembangan refleksi memerlukan perkembangan sikap dan kebolehan seperti keterbukaan, kerelaan untuk menerima tanggungjawab untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan (Boon Pong Ying, 2003). Amalan refleksi mampu memberi peluang kepada guru untuk menganalisis diri serta menyedari tentang kekuatan dan kelemahan diri. Dengan ini, guru dapat membaiki diri serta mengubah cara pembelajaran mereka supaya pelajaran dapat disampaikan kepada pelajar dengan lebih efektif dan berkesan. Walau bagaimanapun, kedua-dua reflektif dan refleksi ke atas tindakan dapat membantu guru berkembang diri dalam bidang profesionalnya kerana kedua-dua aspek ini adalah sangat penting dalam pembentukan profesionalisme keguruan kerana kedua-dua aspek ini adalah saling bertindak serta mempunyai hubungan dan kesinambungan dalam mengekalkan serta membentuk peribadi profesional dalam diri setiap guru.

13

3.0

Syarat-syarat dan Kepentingan Profesionalisme “As teachers we must believe in change, we must know it is possible, or we wouldn’t be teaching – because education is a constant process of change. Every single time you “teach” something to someone, it is ingested, something is done with it, and new human being emerges.” (Leo Buscaglia) Ungkapan di atas menggambarkan betapa pentingnya peranan guru sebagai

penyampai ilmu dan kemahiran kepada pelajar-pelajar dan mencorak kehidupan mereka. Guru sering diibaratkan sebagai lilin yang mampu memberikan sinar dalam kehidupan pelajar di samping membantu mencorak kehidupan mereka. Namun, sebagai guru, kita seharusnya peka terhadap perubahan yang berlaku dalam pendidikan. Guru sebagaimana ditakrif oleh Iman Al-Ghazali sebagai seseorang yang menyampaikan sesuatu yang baik, positif, kreatif atau membina kepada seseorang yang berkemampuan tanpa mengira peringkat umur walau terpaksa melalui dengan pelbagai cara dan kaedah sekali pun tanpa mengharapkan sebarang ganjaran (Hamid Fahmy Zarkasyi, 1990). Seorang guru sangat berperanan besar dalam merealisasikan perlaksanaan kurikulum di sekolah. profesionalisme Sebagai seorang guru, terdapat beberapa elemen penting yang memerlukan penghayatan sebagai syarat dalam keguruan

melaksanakan kurikulum di sekolah. Elemen-elemen ini boleh dikesan terjemahan daripada kepercayaan, nilai dan sikap guru sewaktu menyebarkan kurikulum dalam pengajaran di bilik darjah. Hal ini disahkan lagi tertakluk kepada kekangan dan peluang yang tersedia semasa guru-guru ini berusaha menterjemah kurikulum di bilik darjah. Ternyata guru-guru masa kini perlu mempunyai secukupnya elemen dan kefahaman tentang profesionalisme keguruan terhadap kurikulum dan pengajaran di bilik darjah. Hal ini bertujuan agar kekangan dapat dikurangkan dan peluang dapat digunakan bagi memaksimakan pengajaran, mengembangkan potensi insan sekaligus meningkatkan tahap profesionalisme keguruan itu sendiri (Salleh Abdul Rashid, 2003). Fenomena hari ini jelas menunjukkan bahawa pelbagai institusi awam dan swasta sama ada di dalam mahupun di luar negara, telah melahirkan ’lambakan’ guru saban tahun ke dalam pasaran. Namun, persoalannya sekarang, adakah lambakan guru yang dihasilkan tersebut mampu mendokong aspirasi negara dalam usaha untuk melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang sama ada dari segi jasmani, emosi, rohani

14

mahupun

intelek?

Adakah

guru-guru

yang

dipasarkan

ini

benar-benar

bersedia

mengharungi profesion ini? Persoalan ini perlu dijawab sendiri oleh individu yang bakal bergelar guru kerana profesion perguruan hari ini sangat memerlukan tahap profesional yang tinggi untuk memastikan seseorang guru itu benar-benar berwibawa. Pencapaian yang cemerlang bagi seseorang guru tidak boleh dijadikan sebagai kayu ukur tahap profesionalnya. Justeru itu, adalah perlu bagi seseorang guru itu supaya sentiasa bersedia dan mempersiapkan diri menghadapi profesion yang mencabar ini dengan baik. Menurut Prof. Dr. Madya Salleh Abdul Rashid (2003) lagi, beliau menyatakan bahawa adalah sangat penting pada hari ini untuk melahirkan tenaga kerja yang mempunyai keupayaan pemikiran yang kritikal dan bereflektif tinggi supaya ahli profesional yang bebas dari kongkongan dan cara ’tradisi’ dalam mengidentifikasi serta menyelesaikan masalah dapat dilahirkan. Beliau turut mengemukakan pendapat dalam penulisannya bahawa terdapat dua komponen penting dalam pemikiran diri iaitu keupayaan untuk membezakan antara membuat refleksi secara sedar dengan pengenalan antara nilai yang berbeza. Dua komponen tersebut mampu membantu guru dalam membuat refleksi yang adil dan seimbang dengan mudah tanpa mengutamakan kepentingan pemikiran sendiri. Oleh itu, pemikiran guru mampu mempengaruhi dan menentukan sejauh mana kurikulum yang dihasratkan dapat dilaksana kerana perkara ini adalah berkaitan dengan kepercayaan, pemikiran, pertimbangan, pengetahuan dan keputusan guru. Selain itu, pelbagai interaksi yang berlaku dalam proses pelaksanaan kurikulum tersebut akan menjelaskan jurang yang wujud jangkaan sebenar guru terhadap pelajar dan amalan pengajaran yang sebenar. Memahami pemikiran guru mampu meningkatkan kefahaman tentang penerimaan dan penolakan guru terhadap sesuatu inovasi dan menggambarkan kesediaan guru dalam mengadaptasi kurikulum dalam persekitaran pendidikan yang wujud di sekitar guru. Hal ini sekaligus mampu membaiki serta meningkatkan lagi tahap profesionalisme keguruan. Pengajaran yang disampaikan oleh guru dengan hanya berdasarkan kefahaman konsep guru semata-mata adalah sangat ’merbahaya’ dan seringkali mendapat kegagalan atau penerimaan yang ’songsang’ oleh penerima. Oleh itu, penyebaran ilmu kurikulum melalui pemikiran guru harus cuba menghampiri konteks keperluan konsep pengajaran dan pembelajaran yang mampu mewujudkan hasrat paradigma progresif, khususnya mengenai apa yang dihasratkan dengan ruang lingkup pemikiran guru tentang pendidikan, konsep teori dan amalan serta organisasi sekolah dengan masyarakat.

15

Individu yang terlibat dalam sesuatu profesion seharusnya bersikap profesional dalam setiap hal yang berkaitan profesionnya. Individu tersebut seharusnya bijak mengasingkan perkara yang tidak berkaitan daripada profesionnya supaya perkara tersebut tidak akan mengganggu gugat tahap profesionalismenya. Profesionalisme sangat penting dalam setiap profesion terutamanya profesion keguruan kerana profesion ini sering dipandang dan dinilai oleh masyarakat. Selain itu, tahap profesionalisme seseorang guru sangat berkait rapat dengan mutu pendidikan dari beberapa segi, seperti sikap dan nilai guru dalam pengajarannya sebagai contoh, akan mempengaruhi minat, sikap dan nilai pelajarnya malahan, pendekatan yang digunakan juga mampu mempengaruhi tingkah laku, tahap penerimaan dan kefahaman pelajar dalam pembelajaran. Di samping itu, menurut Sufean Hussin (2004), mutu pendidikan negara juga berkait rapat dengan keberkesanan dalam menggunakan sumber pengajaran secukupnya yang turut mampu mempengaruhi minat, kefahaman, penyertaan dan pencapaian pelajar dalam pembelajaran. Mutu pendidikan juga adalah berhubung dengan personaliti guru yang akan menentukan iklim pembelajaran pelajar. Keberkesanan dalam profesion perguruan adalah berkait rapat dengan keupayaan dan usaha guru yang gigih bagi menyempurnakan terhadap pelajar, sekolah serta masyarakat. pengajaran, penggunaan kaedah Di antara tumpuan keberkesanan dalam bagaimana mewujudkan suasana profesion ini ialah sejauh mana berkesannya penggunaan sesuatu sumber dan teknologi pengajaran, pembelajaran yang sihat dan kondusif dalam bilik darjah serta penerapan nilai-nilai murni di kalangan pelajar. Mutu perguruan pada pandangan masyarakat adalah berbeza-beza mengikut tempat dan suasana. Teori dan praktis perguruan haruslah seimbang dengan dengan pengetahuan-pengetahuan sampingan yang sesuai untuk bakal guru seperti kepimpinan, pentadbiran pelajaran, sukan dan aktiviti kemasyarakatan yang perlu dititikberatkan. Seorang guru yang profesional menjalankan tugas dan tanggungjawabnya bukan secara rutin, sebaliknya setiap situasi atau masalah baru diselesaikan dengan cara yang tersendiri.

16

4.0

Etika Profesional Guru

Etika adalah suatu konsep yang sangat penting dalam kehidupan dan semua jenis profesion, khususnya perguruan kerana etika mengandungi nilai dan makna untuk sesuatu profesion. Fungsi etika ialah untuk mengembangkan faktor manusia dan kemanusiaan Daripada perspektif falsafah, etika biasanya dikaitkan dalam setiap bidang kehidupan.

dengan nilai, moral dan estetika (Tajul Ariffin Noordin, 2007). Berdasarkan pengertian di atas, guru yang beretika akan sentiasa mengamalkan tingkah laku yang baik, mematuhi peraturan kerja dan menjalani kehidupan dengan budaya hidup yang sihat dan harmoni. Manakala, menurut Sufean Hussin (2004), peraturan ialah etika peradaban dalam bertingkah laku. Peraturan yang diinstitusikan dan yang didaulatkan menjadi undangundang, sementara yang lain menjadi adat istiadat atau norma implisit tetapi diketahui oleh sebilangan besar ahli masyarakat. Individu yang tidak mematuhi norma atau melanggar peraturan yang ditetapkan biasanya dikenakan hukuman agar tingkah lakunya normatif (Sufean Hussin, 2004). Dari perspektif Islam pula, etika bermaksud tingkah laku Oleh itu, maksud etika berasaskan Al-Quran dan ketakwaan kepada Allah S.W.T.

profesional di sini ialah semua garis panduan yang bertujuan meningkatkan tahap kualiti, produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan dan peradaban, peranan nilai, serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. Merujuk kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK), kekuatan dalaman untuk pembinaan etika keguruan boleh dimulakan dengan kekuatan potensi rohani yang membawa maksud potensi rohani dihayati dalam potensi intelek, emosi dan jasmani. Kekuatan dalaman boleh ditingkatkan menerusi peningkatan kepercayaan kepada Tuhan yang merupakan antara ciri fitrah insaniah (Tajul Ariffin Noordin, 2007). Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan akan memberi kekuatan kepada guru dalam melaksanakan tugasnya sebagai ibadah atas prinsip ehsan. Kekuatan dalaman ini dapat memurnikan lagi etika keguruan ke arah melahirkan perkhidmatan yang berkualiti kerana apabila potensi rohani ditambah dengan amalan etika keguruan, perkhidmatan keguruan akan menjadi lebih berkualiti. Perkara inilah yang dihasratkan dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010.

17

Menurut Sufean Hussin (2004) lagi, prestij atau martabat profesion perguruan dipercayai dapat dipelihara melalui beberapa amalan seperti seorang guru tidaklah harus bertingkah laku buruk sehingga boleh mencemarkan sifat profesionnya dan yang akan menyebabkan hilang kepercayaan orang ramai terhadap profesion perguruan serta dia haruslah menumpukan perhatian terhadap keperluan tiap-tiap muridnya (Sufean Hussin, 2004). Selain itu, dalam semua hubungan dan tugas seseorang guru hendaklah menjalankannya dengan jujur di samping bersedia untuk bertugas sebagai ‘pengganti ibu bapa’ dalam usaha membentuk tingkah laku murid-murid ke arah matlamat-matlamat yang diterima oleh masyarakat. Setiap guru mempunyai tanggungjawab terhadap pelajar, rakan sejawat dan profesion perguruan, masyarakat dan negara serta tanggungjawab terhadap ibu bapa pelajar. Seorang guru bertanggungjawab terhadap pelajar dalam mengutamakan kebajikan dan keselamatan serta bersikap adil terhadap setiap orang pelajarnya. Tanggungjawab guru terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan pula ialah saling membantu rakan sejawat terutamanya mereka yang baru dalam profesion perguruan serta mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di samping tidak melibatkan diri dengan kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan sebagai seorang guru. Manakala, tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara ialah menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara di samping memupuk dalam diri sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang taat setia, bertanggungjawab dan berguna. Tanggungjawab terhadap ibu bapa pula ialah menghormati tanggungjawab mereka terhadap anak-anak mereka serta memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka. Guru perlu memiliki kod etikanya sendiri demi memartabatkan profesion perguruan. Kod etika dianggap penting kerana kod etika menyediakan garis panduan bagaimana bertingkah laku dalam profesion perguruan. untuk dirujuk dan diamalkan oleh guru. Oleh itu, kod etika tersebut adalah sesuai Selain itu, Kod Etika Perguruan menyatakan

dengan jelas tentang tanggungjawab guru terhadap pemegang amanah dalam bidang pendidikan. Guru lebih faham dan jelas tentang tanggungjawab mereka atau dengan

18

perkataan lain etika keguruan bermaksud tugas hakiki guru yang menekankan dua amanah penting iaitu konsep ibadah dan pembangunan insan. Di samping itu, kandungan yang dinyatakan dalam Kod Etika Perguruan di negara ini menunjukkan perbezaan tertentu berbanding kod etika di negara lain. Justeru itu, guru dapat melihat keunikan etika yang diamalkan sama ada di negara ini ataupun di negara lain. Kod Etika juga adalah dalam bentuk dokumen sekaligus membantu usaha untuk menyemak semula kod ini dapat dilakukan kerana kecemerlangan sesuatu profesion boleh dilihat menerusi sejauh mana kod etikanya boleh dipertahankan dan dikuatkuasakan. Selain itu, secara umumnya, menerusi kod etika, guru dapat meningkatkan lagi imej profesion perguruan secara hitam putih dan rasmi. Keadaan ini dapat membuka mata masyarakat untuk menghayati tanggungjawab guru yang luas dan berat dan menyokong guru dalam mencapai matlamat pendidikan dan negara. Di samping itu, etika kerja merupakan nilainilai yang penting dalam sesebuah organisasi. Pengamalan etika dapat mengekal, dan memelihara kepercayaan yang diberi dalam menjalankan tugas, serta memupuk tanggungjawab bersama dan mengeratkan perhubungan antara ahli dalam organisasi (INTAN, 1992). Oleh yang demikian, adalah penting setiap guru di Malaysia wajib memahami kod etika perguruan sebagai landasan dan arah pandu dalam membangunkan sebuah negara bangsa. Pembinaan Negara Bangsa amat penting bagi sebuah negara yang berbilang kaum dan agama seperti Malaysia. Keupayaan membina Negara Bangsa bergantung kepada perkongsian nilai serta semangat patriotisme. Ia menjadi semakin penting lebih-lebih lagi dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai, budaya dan kepercayaan dari pelbagai negara. Pembinaan negara bangsa bermaksud pembangunan sesuatu masyarakat dalam sesebuah negara. Negara berbilang kaum dan agama pula bermaksud sesebuah kerajaan yang mempunyai penduduk yang terdiri daripada berbagai-bagai suku bangsa dan kepercayaan. Manakala perkongsian nilai memberi maksud hidup bersamasama dalam suatu sifat ketinggian pemikiran kemasyarakatan. Semangat patriotisme pula merujuk kepada perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air. Keseluruhannya, frasa tersebut bermaksud pembangunan sesebuah masyarakat yang terdiri daripada berbagaibagai suku bangsa, hidup bersama-sama dalam suatu ketinggian sifat serta perasaan cinta yang kuat terhadap tanah air bagi memajukan negara Malaysia yang tercinta.

19

Teras strategik PIPP yang pertama ialah membina Negara Bangsa. Dalam usaha itu, kementerian berhasrat untuk membangunkan warganegara daripada awal persekolahan dengan ciri glokal, patriotik dan cintakan negara serta menyanjung dan menjunjung warisan budaya dan kesenian bangsa. Perkataan glokal yang digunakan di sini adalah gabungan antara dua perkataan iaitu global dan lokal. Global bermaksud antarabangsa, internasional dan menjangkau seluruh dunia. Lokal adalah nasional, tempatan, dalam negara kita ini. Masyarakat glokal yang kita impikan dan hasratkan ialah masyarakat yang berakar nasional dan berakal internasional. Jelas sekali teras strategik PIPP yang pertama adalah usaha menyemai dan memperkukuhkan semangat patriotisme dan sayangkan tanah air. Pembinaan negara bangsa adalah satu elemen yang amat penting dalam kejayaan negara. Fokus kementerian dalam membina negara bangsa mencakupi usaha seperti memperkasakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, memantapkan perpaduan dan integrasi nasional, memupuk kecintaan terhadap seni, warisan dan budaya bangsa. Akhir sekali ialah memupuk kefahaman yang jelas terhadap pendekatan Islam Hadhari dalam membentuk pemikiran dan kehidupan. Ternyata semua tanggungjawab bagi mencapai kejayaan objektif PIPP yang pertama ini tergalas di bahu seorang guru. Tentunya guru-guru perlu mempunyai semangat yang luar biasa di samping mempunyai ciri-ciri dalaman keperibadian yang unggul sebelum mendidik keperibadian anak murid bagi pembinaan sebuah negara bangsa. Peranan dan tanggungjawab guru sememangnya memberi impak yang besar dan mendalam dalam diri setiap individu. Dari kecil hinggalah menjawat jawatan yang hebat, semua itu adalah hasil ajaran dan didikan guru di sekolah. Walupun begitu, dunia hari ini semakin maju dan bergerak pantas seiring dengan era ledakan maklumat ini, guru tidak terkecuali merasai tempiasnya. Peranan dan tanggungjawab yang digalas oleh guru semakin mencabar seiring kehendak kerajaan dan PIPP nya yang kita sedia maklum. FPK (Falsafah Pendidikan Kebangsaan), Rukun Negara, Wawasan 2020, PIPP (Pelan Induk Pembangunan Pendidikan) dan Misi Nasionalnya, semuanya menekankan faktor kepercayaan kepada Tuhan atau dengan kata lain pendekatan dari segi agama haruslah menjadi perkara yang ‘ first and foremost’ dalam diri seorang individu yang bergelar guru.

20

Semua ibu bapa mengharapkan sekolah dan guru dapat meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. Perkara ini menjadi lebih penting dan kritikal dalam kehidupan pada era globalisasi kini. Hal ini bermaksud, kehidupan yang terlalu bersifat materialistik, teknologi, kemewahan dan hiburan boleh menjejaskan keinginan manusia kepada Tuhan. Dalam keadaan kekosongan inilah guru boleh membina kekuatan dalaman iaitu kerohanian menerusi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Kerohanian yang mantap dan suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keharmonian dan keseimbangan potensi rohani, intelek, emosi dan jasmani akan menyubur dan meningkatkan kepercayaan pelajar kepada Tuhan. membangunkan insan. Di antara matlamat pendidikan pada masa kini ialah untuk mendidik pelajar supaya memilih dan mengamalkan tingkah laku yang baik. Malangnya, hari ini kita berhadapan dengan tingkah laku pelajar yang cukup negatif seperti tingkah laku ganas dan jenayah di sekolah dan dalam masyarakat. Kenapa perkara seperti ini boleh berlaku? Sebagai jawapannya, mungkin kerana kita gagal membina konsep fitrah atau adalah tabii pelajar tersebut menjadi liar dan ganas sehingga mereka memilih tingkah laku negatif dan tidak normal. Jika perkara seperti ini terus dibiarkan, tingkah laku ini akan berkekalan dari alam pelajar dan persekolahan hinggalah ke alam dewasa dan kehidupan. Oleh itu, adalah menjadi tugas guru untuk memastikan suasana pengajaran dan pembelajaran sentiasa memelihara dan menyuburkan fitrah atau tabii pelajar supaya harmoni dan sihat. Fitrah atau tabii murni inilah akan membina tingkah laku normal. Inilah etika guru yang diharapkan. Sekali lagi, tugas ini hanya akan berjaya dilaksanakan sekiranya guru merealisasikan amanah ibadah dan pembangunan insan dalam menjalankan tugas pengajaran dan pembelajaran. Pembinaan kekuatan dalaman ini mudah dilaksanakan jika guru menjalankan tugasnya sebagai ibadah dengan matlamat

21

5.0

Penutup

Jatuh bangun institusi sosial seperti sekolah terletak di tangan guru, bukannya orang lain. Di tangan warga pendidiklah tergenggam segala permasalahan pendidikan sejak sekian lama, dan di pundak guru jugalah disandarkan harapan untuk mewarnakan dunia pendidikan. Bagi mencapai agenda negara, pendidikan menjadi wahana utama. Pelajar di semua peringkat perlu dididik dengan sempurna. Dalam hal ini, warga pendidik adalah golongan di barisan paling hadapan dalam usaha membina generasi masa depan Malaysia yang cemerlang, gemilang dan terbilang seperti kata Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika melancarkan Pelan Tindakan Pembangunan Pendidikan 2006-2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya pada 16 Januari 2007: “Di tangan warga pendidik hari ini kita serahkan untuk melahirkan generasi cemerlang, yakni generasi celik minda dan mempunyai kekuatan mental bagi menghadapi cabaran lebih kompetitif pada masa depan....” (Berita Harian, 17 Januari 2007) Seorang guru juga haruslah mempunyai ciri-ciri personal, ciri interpersonal, ciri profesional, ciri intelektual yang baik, berkemahiran dalam pengurusan, kreatif dan inovatif, menguasai ilmu pedagogi, dapat mengaplikasikan teori kepada amalan dan mengamalkan pembelajaran ilmu sepanjang hayat. Walau bagaimanapun, tanggungjawab mendidik

bukan terletak di pundak guru semata-mata sebaliknya setiap individu masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing supaya pembinaan negara bangsa lebih sistematik dan mencapai objektifnya. Justeru, dalam usaha untuk mencapai wawasan membina negara bangsa, semua pihak harus bersatu padu dan bekerjasama. Dalam perkara ini, Falsafah Pendidikan Guru (rujuk lampiran) merupakan garis panduan utama yang boleh dijadikan rujukan oleh guru sebagai satu kod etika yang mampu memberikan pemikiran dan amalan profesionalisme keguruan yang mantap dan stabil. Oleh itu, setiap guru seharusnya mempunyai kesedaran serta semangat yang tinggi bagi memartabatkan profesion perguruan pada tahap yang tinggi dan sepatutnya di mata masyarakat. Sebagai konklusinya, pendidikan memainkan peranan yang sangat penting dalam melahirkan pelajar dengan ciri-ciri individu dan masyarakat bangsa Malaysia.

22

Bibliografi Abdullah Ahmad Badawi (2007, Januari 17). Berfikir di Luar Kotak. Berita Harian. Boon Pong Ying (2003). Amalan Reflektif ke Arah Peningkatan Profesionalisme Diri Guru. Diperoleh pada Januari 27, 2009 daripada http://72.14.235.132/search? q=cache:7Gv43mBmIA0J:apps.emoe.gov.my/ipba/ResearchPaper/journal/ article11.pdf+pemikiran+dan+amalan+profesionalisme+keguruan&hl=en&ct=clnk&cd =3&gl=my&client=firefox-a Combs, A.W. (1982). A Personal Approach to Teaching Beliefs That Make a Difference. Boston: Allyn and Bacon. Dewan Bahasa dan Pustaka (1997). Kamus Pelajar (Cetakan Ketiga Belas). Kuala Lumpur: Konsortium Dewan Edar (M) Sdn. Bhd. Hamid Fahmy Zarkasyi (1990). Pemikiran Al Ghazali tentang pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Jamil Adimin (2006) . Memartabatkan Profesion Keguruan Melalui Pentaksiran. Pendidik, 22. Mohd. Rais bin Abdul Karim (1991). Pengurusan Tenaga dan Sumber dalam Meningkatkan Produktiviti Guru. Dalam Jurnal Pengurusan Pendidikan 1(6), 10-18. Rorzali Salleh (1999). Kepuasan Kerja di Kalangan Pensyarah Maktab Perguruan. Dalam Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPDA, 2(12), 23-36. Salleh Abd. Rashid (2003). Pemikiran Profesional Keguruan Terhadap Kurikulum dan Pengajaran. Diperoleh pada Januari 27, 2009 daripada http://72.14.235.132/search? q=cache:m27PBaXE1aEJ:www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/seminarpapers/2003/s allehUMSkk.pdf+pemikiran+dan+amalan+profesionalisme+keguruan&hl=en&ct=clnk &cd=1&gl=my&client=firefox-a Sufean Hussin (2004). Sejarah, Sistem & Falsafah Pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Tajul Ariffin Noordin (2007, Disember). Etika Keguruan dari Perspektif Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Pendidik, 60. Tonggak Dua Belas (1992). Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara Malaysia (INTAN). Ucapan Utama Seminar “Memartabatkan Profesion Keguruan dalam Mengangkasakan Aspirasi Negara Bangsa” (2008). Diperoleh pada Januari 27, 2009 daripada http://72.14.235.132/search? q=cache:7EeyvhB6C9oJ:www.ipti.edu.my/pipp/P2_Aspirasi%2520Membina %2520Negara%2520Bangsa/Kertas%2520kerja %2520utana_seminarPIPP180508.doc+profesion+keguruan+dalam+pembinaan+ne gara+bangsa&hl=en&ct=clnk&cd=1&gl=my&client=firefox-a

23

24

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->