You are on page 1of 12

1

PERSEMBAHAN PENTAS KOIR

1.0 PENGENALAN

Koir adalah sebuah ensembel muzik para penyanyi yang menyanyi beramai-ramai. Ia bukan


sebuah kumpulan penyanyi solo yang bersaing antara satu sama lain, malah sebagai sekumpulan
penyanyi yang membentuk nyanyian berharmoni. Perkataan "ensembel" berasal dari bahasa
Perancis yang bermaksud "bersama-sama."

Kelab koir ialah sebuah kumpulan nyanyian yang terdiri daripada 45 orang atau lebih.
Koir ditubuhkan disekolah hasil daripada permintaan pelajar-pelajar. Guru-guru akan menjemput
orang luar bagi mengajar pelajar-pelajar sekiranya guru penasihat tersebut. Kebiasaanya koir
juga diajar oleh senior daripada sekolah tersebut yang menjadi kumpulan mahir. Apabila sesuatu
kumpulan baru ditubuhkan maka kumpulan baru ini akan membuat persembahan disekolah dan
akan menggantikan kumpulan mahir atau senior mereka.

Dari segi istilahnya, koir adalah sebuah kumpulan muzikal vokal yang menyanyi
beramai-ramai yang membentuk satu nyanyian yang harmoni. Walaupun bukan penyanyi solo
yang baik, namun dalam kumpulan koir, ahli-ahli ini mampu untuk menghasilkan gabungan
suara yang berharmoni, mantap dan merdu.

Koir sebagai rekreasi atau kesenggangan amat sesuai sebagai pilihan aktiviti kokurikulum
di sekolah-sekolah terutama dalam keadaan wujudnya gejala sosial khususnya di kalangan
generasi muda. Koir dapat memberi penekanan ke arah pembentukan kualiti diri dan sahsiah
pelajar merangkumi aspek perasaan, kreativiti, nilai sosialisasi, esteika dan etika. Di samping
sebagai pendorong yang berfungsi sebagai penggerak minda untuk memikir dengan lebih ke arah
peningkatan diri, penglibatan dalam aktiviti koir memerlukan komitmen dan disiplin diri yang
tinggi.Aktiviti koir ini juga dapat mencungkil bakat pelajar yang sekaligus membina keyakinan
kental dalam diri.

Koir dalam bentuk pertandingan atau pun persembahan, merupakan aktiviti yang popular
dijalankan di sekolah-sekolah berbanding dengan lain-lain aktiviti muzik. Ini adalah kerana
aktiviti koir tidak memerlukan perbelanjaan yang besar dari segi peralatan muzik dan juga lebih
mudah mendapatkan penyertaan pelajar di samping keperluan masa latihan yang agak singkat.
2

2.0 STRUKTUR PERSEMBAHAN KOIR

Nyanyian kumpulan koir kebiasaannya diketuai oleh seorang pemimpin koir atau juga lebih
dikenali sebagai konduktor muzik(sama seperti orkestra). Konduktor-konduktor untuk koir 
kadang-kala dipanggil pengarah koral,  pemimpin korus, atau pemimpin koir, terutamanya
kepada koir-koir yang bersekutu dengan sesebuah orkestra.

Kebanyakan kumpulan koir mengandungi empat bahagian, namun jumlah bahagian


sebenar adalah tidak terhad. Selain daripada empat bahagian, bilangan bahagian kumpulan
nyanyian di dalam satu-satu persembahan koir yang paling biasa adalah tiga, lima, enam dan
lapan.

Kumpulan-kumpulan koir boleh menyanyi dengan atau tanpa iringan alat-alat muzik. 
Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella.  Instrumen iringan secara
praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra
penuh; untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan walaupun pada awalnya instrumen
lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau untuk tujuan raptai muzikal acapella.
3

3.0 KATEGORI MENGIKUT LINGKUNGAN SUARA

Biasanya dalam koir ini terdapat empat kumpulan suara. Tapi boleh jadi lebih dari itu. Tingkat-
tingkat suara yang lazim adalah seperti soprano dan alto (wanita), manakala tenor dan bes pula
adalah untuk lelaki. Bagi kumpulan koir kanak-kanak biasanya hanya ada dua gabungan suara
iaitu alto dan soprano kerana suara kanak-kanak lelaki lebih kurang suara kanak-kanak
perempuan. suara ahli kumpulan akan duji terlebih dahulu bagi menentukan dimana kedudukan
suara mereka samaada soprano, alto, tenor mahupun bes. Kemudian, barulah skor lagu diedarkan
berdasarkan kepada kumpulan suara masing-masing.

Suara soprano kebiasaannya mempunyai lingkungan suara dari "C tengah" (C4) hingga
ke "A atas" (A5) untuk muzik koir. Perkataan "soprano" secara umumnya merujuk
kepada penyanyi yang bersuara tertinggi dalam lingkungan suara wanita. Dalam nyanyian 4
penyanyi koir berharmoni, penyanyi soprano adalah penyanyi bersuara tertinggi yang
kebiasaannya membentuk melodi muzik nyanyian. Namun terdapat juga soprano yang boleh
menyanyi lebih tinggi atau rendah dari lingkungan suara kebiasaannya.

Manakala alto pula kebiasaanya meliputi di antara G di bawah C tengah hingga ke E


sepuluh di bawah C tengah (G3-E5). Ini merupakan lingkungan suara terendah bagi wanita.
Dalam kumpulan 4 penyanyi  koir, suara penyanyi alto adalah yang ke-2 tertinggi. Nota alto pada
asalnya ditulis dalam “klef alto” tetapi kini ditulis dalam “klef trebal”.
Walaupun lelaki dan wanita boleh menyanyi di dalam lingkungan suara penyanyi alto, namun
istilah ini lebih kerap ditujukan untuk penyanyi wanita . Istilah "kontralto" adalah istilah spesifik
untuk merujuk kepada penyanyi alto wanita yang berlawanan dengan penyanyi alto lelaki atau
instrumen muzik atau klef. Tetapi, dalam koir setiap tingkat suara ni mempunyai peranan
masing-masing dalam meharmonikan sesuatu persembahan nyanyian.

Di dalam nyanyian 4 penyanyi koir, penyanyi tenor ialah yang bersuara kedua rendah, di


atas suara penyanyi bes dan di bawah suarapenyanyi soprano dan penyanyi alto. Lingkungan
suara seorang penyanyi tenor koir biasanya tidak sehebat suara penyanyi tenor opera. Sesetengah
nyanyian koir tidak memerlukan penyanyi tenornya menggunakan keseluruhan tenaga kuasa
4

suara tenor, walaupun sesetengah koir tetap memerlukan tenor untuk menyanyikan nada B3 ke
atas sehingga G4.

Di masa kini dan juga sebelumnya, banyak kumpulan nyanyian koir menghadapi


kesukaran mendapat penyanyi yang memiliki suara seorang tenor. Ini adalah kerana ia amatlah
sukar untuk lelaki dewasa sebenarnya memiliki suara tinggi yang unik untuk digelar tenor.
Kebanyakan lelaki dewasa lebih gemar menyanyikan lagu untuk bahagian bes atau bariton. Oleh
sebab itu, kerapkali penyanyi lelaki yang tidak memiliki suara tenor dilantik untuk memegang
bahagian tersebut walaupun suara mereka tidak sampai ke tahap lingkungan suara seorang tenor.
Apabila perkara sebegini wujud dalam sesetengah kumpulan koir,
kebiasaanya penyanyi alto disuruh menyanyikan bahagian tenor walaupun sesetengah alto yang
dipilih juga mempunyai lingkungan suara yang tidak cukup tinggi.

Bes ialah suara lelaki yang menyanyi di dalam lingkungan suara yang paling dalam dan


rendah di dalam suara manusia. lingkungan suara penyanyi bes kebiasaannya adalah dari F2
hingga ke E4 tetapi boleh menjadi seluas Eb2 hingga F4. Suara penyanyi bes berubah dari suara
dada hingga ke pertengahan suara di sekitar A3 atau Ab3 di bawah pertengahan C dan berubah
kepada daftar suara utama pada sekitar D4 atau C#4 di atas pertengahan C. Suara rendah
penyanyi bes adalah kekuatan mereka manakala suara tinggi ialah kelemahan mereka.

Nyanyian koir dikategorikan menurut lingkungan suara seperti berikut:-

 Koir campuran (mengandungi suara penyanyi lelaki dan wanita) - jenis ini adalah corak


kumpulan koir yang paling kerap dibuat, mengandungi penyanyi-
penyanyi soprano, alto, tenor dan bes yang dikenali dengan nama singkat sebagaiSATB.
Jika suara-suara ini dibahagi kepada dua bahagian, nama pendek yang digunakan
ialah SSAATTBB, manakalaSATBSATB jika kumpulan koir tersebut terbahagi kepada dua
separa bebas empat bahagian koir. Sekiranya suarabariton digunakan, istilah pendek yang
digunakan adalah SATBarB.
5

 Koir lelaki - menggunakan istilah pendek SATB yang serupa dengan koir campuran


namun “S” merujuk kepadasoprano kanak-kanak lelaki manakala alto dinyanyikan
oleh lelaki dewasa dengan penggunaan falseto, kerap juga dipanggil
sebagai kauntertenor. Format ini adalah amat biasa digunakan di dalam koir
katedral British.

 Koir wanita - mengandungi suara soprano dan alto sahaja, menggunakan


singkatan SSAA atau SSA

 Koir kanak-kanak - sering dibuat dalam dua bahagian SA (soprano; alto) atau tiga


bahagian SSA atau kadang-kala mengandungi lebih banyak suara.

Lingkungan suara mengikut nota paparan keyboard

Soprano

Alto

Tenor

Bes
6

4.0 LATAR BELAKANG PENUBUHAN KUMPULAN KOIR

Perancangan membentuk sebuah kumpulan koir seharusnya dilakukan secara bersistematik agar
segala yang dirancang dapat dilaksanakan hingga tercapai objektif. Ia bertujuan mengelak
daripada timbulnya masalah-masalah yang boleh membantutkan perancangan yang telah dibuat.
Terdapat beberapa pekara yang perlu diberi perhatian khusus dalam menentukan kejayaannya,
antaranya ialah :

1. Saiz kumpulan
2. Jenis Kumpulan 2, 3, atau 4 suara
3. Jumlah atau bilangan penyanyi
4. Pemuzik Iringan
5. Alat Muzik Iringan
6. Keupayaan Guru.
7. Tempat Latihan
8. Jadual Latihan
9. Surat menyurat
10. Skor atau gubahan-gubahan lagu.

Kesemua faktor yang disebutkan diatas akan memudahkan lagi prosedur yang seterusnya
dan membolehkan segala urusan berjalan dengan lancar. Prosedur berikutnya ialah:

 Menentukan tarikh uji bakat

Penentuan tarikh untuk uji bakat perlu dirancang dengan teliti agar setiap pelajar yang
berminat berpeluang menjalankannya. Proses ini akan dapat membantu mendapatkan
pelajar yang terbaik dikalangan pelajar.

 Melaksanakan uji bakat

Melaksanakan uji bakat bertujuan mendapatkan pelajar-pelajar yang berpotesi dalam


nyanyian koir.dalam hal ini guru perlu ingat jumlah penyanyi yang diperlukan dalam
setiap kumpulan. Jumlah penyanyi akan mempengaruhi bunyi yang dihasilkan nanti. Ia
akan memudahkan proses keseimbangan bunyi sesebuah kumpulan koir. Guru-guru juga
7

perlu ingat bahawa uji bakat ini bertujuan mencari penyanyi secara kumpulan bukan
secara solo.

Penyanyi yang telah terbina identiti dan cara nyanyian tersendiri lebih sesuai untuk
nyanyian solo , Walaubagaimanapun mereka boleh diasuh untuk bernyanyi secara kumpulan.
‘Warm up’ perlu dijalankan sebelum uji bakat dilaksanakan agar pelajar telah betul-betul
bersedia. Menguji bakat perlu dilakukan mengikut beberapa turutan bagi mempastikan pekara-
pekara berikut;

 Tempo
Menyanyi dengan tempo yang tepat amat penting dalam sesebuah kumpulan ensembel .
Terdapat aktiviti-aktiviti yang dapat membantu mengesan tempo pelajar antaranya ialah;
Meminta pelajar menepuk tangan mengikut tempo lagu yang dimainkan atau
dinyanyikan.
Tepuk tangan sama dengan guru dan sebagainya.

 Renj
Menentukan renj yang tepat bertujuan membahagikan pelajar berdasarkan jenis suara
saperti suara soprano, alto ,tenor dan bes. Antara aktiviti yang dilaksanakan ialah dengan
meminta pelajar menyanyi not terendah dan tertinggi yang termampu. Tetapi ia dapat
dilakukan secara lebih sistematik menggunakan alat muzik saperti kibod/piano/gitar
misalnya: mainkan satu nada sederhana dan minta pelajar tersebut turut . Proses ini
dilakukan dengan menaikkan not atau turunkan not ikut turutan bagi mendapatkan not
tertinggi dan terendah yang boleh dicapai oleh setiap individu . Proses ini memudahkan
guru menentukan jenis suara serta kumpulan yang sesuai dengan setiap individu.

 Tone Suara
Tone kualiti setiap individu berbeza-beza dan iaperlu disesuaikan dengan kumpulan
kumpulan tertentu agar kesannya lebih menyerlah. Suara yang tidak terkawal bunyinya
misalnya terlalau tajam, atau gemersik perlu dielakkan kerana ia akan merosakkan
keseluruhan ensembel. Suaranya akan selalu tertonjol menyebabkan imbangan bunyi
8

sukar dilakukan.Pastikan penyanyi yang dipilih mempunyai suara yang dapat diadun
secara kumpulan.

 Irama
Kemahiran dalam irama dapat memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
terutamanya dalam lagu yang mempunyai pelbagai corak irama. Sesetengah pelajar sukar
menyanyikan bahagian-bahagian irama ‘up beat’ atau sinkopasi .Ini akan membantutkan
proses pengajaran dan pembelajaran . Oleh itu para guru disarankan menguji kebolehan
pelajar dalam irama yang pelbagai dan pastikan ia dilakukan dengan betul serta menepati
tempo yang diberi. Aktiviti yang selalu dilakukan ialah guru menyedikan beberapa jenis
pola irama yang pelbagai termasuk yang mempunyai sinkopasi . Guru menepuk irama-
irama tersebut dan meminta pelajar mengikutnya. Pelajar yang berjaya mengikutinya
dengan irama serta tempo yang betul dianggap berjaya dan layak menyertai kumpulan
tersebut. Bagi pelajar yang mempunyai latarbelakang muzik serta telah menguasai corak
irama bolehlah menjalankan aktiviti yang lebih mencabar iaitu guru memaikan satu corak
irama asas dan meminta pelajar memaikan satu corak irama lain dalam waktu yang sama.
Gabungan corak irama ini akan menghasilkan satu corak irama baru jika dimainkan
dengan betul.

 Ketepatan Pic

Ketepatan pic sangat penting dalam menghasilkan sebarang bentuk ensembel yang
berkualiti. Ia juga tidak terkecuali bagi sebuah kumpulan koir. Lapisan suara hanya dapat
dilakukan jika setiap pelajar mempunyai ketepatan pic. Pic yang lemah akan
menyebabkan harmoni yang tidak tepat , lemah serta tidak bertenaga malah menyukarkan
proses nyanyian secara harmoni. Dalam konteks ini guru perlu mempastikan setiap
pelajar yang terpilih mempunyai ketepatan pic. Ketepatan pic dapat dinilai atau diuji
melalui beberapa aktiviti mudah saperti meminta pelajar menyanyikan balik melodi yang
dimainkan atau dinyanyikan . Pelajar yang dapat mernyanyikan balik melodi yang
dimainkan dikira mempunyai ketepatan pic yan baik, Namun guru-guru perlulah
memainkan melodi-melodi yang bersesuaian dengan renj suara individu tersebut. Antara
9

aktiviti yang dijalankan ialah menyanyikan arppegio,skel serta melodi-melodi pendek


yang dimainkan dalam pelbagai nada yang bersesuaian dengan suara setiap individu.

4.1 Pembahagian Kepada Kumpulan S.A.T.B

Pembahagian kepada kumpulan dilakukan berdasarkan jumlah atau saiz kumpulan yang telah
dirancangkan. Dalam konteks ini kumpulan yang dirancangkan berjumlah 40 orang.
Pemberatannya ialah 13penyanyi bes, 10 penyanyi tenor, 10 penyanyi Alto dan 7 penyanyi
sopranao.Pemberatan ini diambil setelah mengambilkira kekuatan bunyi yang diperlukan.
Penetapan kumpulan ini dibahagikan berdasarkan renj suara yang dimiliki oleh individu dengan
berdasarkan renj saperti berikut;

1. Soprano

2. Alto

3. Tenor

4. Bes

Menyanyi mengikut kumpulan S, A, T, B. dimulakan dengan kumpulan soprano dan


diikuti oleh alto, tenor dan bes. Melodi biasanya dinyanyikan oleh soprano atau alto namun
kadangkala semua menyanyi secara unison jadi adalah lebih baik rujuk pada skor dan pastikan
kumpulan yang menyanyikan bahagian melodi didahulukan.

Dalam konteks ini saya telah memilih lagu yang dimulakan dengan semua kumpulan
menyanyi secara unison pada keseluruhan rangkap pertama. Oleh itu pengajaran dimulakan
dengan turutan berikut;

1. Menyanyikan baris demi baris beserta latih tubi sehingga lengkap satu rangkap.(tanpa
iringan) Melodi dimainkan piano sebagai panduan.
2. Menyanyi keseluruhan rangkap pertama.(dengan iringan)
3. Melatihtubi bahagian-bahagian yang bermasalah dan membina keyakinan diri.
10

4. Peneguhan dilakukan dengan meminta pelajar menyanyikan keseluruhan rangkap lagu


dengan iringan piano.
5. Pembetulan dilakukan secara serta-merta bukan menunggu sehingga keseluruhan rangkap
tamat. Proses ini dilakukan sahingga pelajar dapat menyanyikannya dengan baik.

5.0 KESERAGAMAN KOIR

 Permulaan dan tamat (attack and released)

Permulaan nyanyian pada setiap not perlu diselaraskan dengan setiap individu dan setiap
kumpulan . Begitu juga dengan cara menamatkan setiap not yang dinyanyikan.
Kesemuanya perlu diselaraskan agar wujud persembahan sebagai satu kumpulan dan
bukan bersifat individualistik.

 Menentukan aras dinamik

Pemimpin koir dapat mendengar keseluruhan ensembel dengan baik kerana


kedudukannya didepan dan berhadapan dengan kumpulannya. Penentuan aras dinamik
bertujuan memberikan impak serta keseimbangan bunyi keseluruhan koir.

 Pakaian

Pakaian kumpulan koir yang seragam akan mempamerkan identiti serta kerjasama yang
telah terbina. Namun apa yang penting ialah ia bersesuaian dengan acara serta tatacara
dan etika persembahan. Pastikan pakaian tersebut tidak menyumbang kepada gangguan–
gangguan seperti berlaku pakaian terlalu ketat sehingga mengganggu kelancaran
pernafasan. Tidak selesa dengan potongan/fesyen yang kurang sesuai/mendedahkan aurat
menyebabkan penyanyi kurang konsentrasi dan berkemungkinan hilang keyakinan diri.

 Gaya persembahan

Persembahan koir tidak memerlukan gerakan yang banyak dan agrasif tetapi memadai
dengan menunjukkan mimik muka yang bersesuaian dengan lirik serta interpretasi lagu
11

yang dinyanyikan. Pergerakkan yang keterlaluan hanya akan menghilangkan konsentrasi


penyanyi dan penonton. Gaya persembahan seharusnya tertumpu kepada elemen-elemen
muzik saperti harmoni, pic, dinamik, interpretasi , sebutan dan sebagainya.

6.0 KESIMPULAN

Melalui perancangan yang telah dibuat dengan teratur dan teliti, sebuah kumpulan koir akan
dapat dihasilkan dengan berkesan dan berkualiti. Malah sistem penjadualan dan sikap yang tegas
dalam mengendalikan kumpulan perlu diambil berat agar ahli kumpulan koir tidak mengambil
kesempatan atau sambil lewa menjalani sesi latihan. Sikap kesungguhan mengendalikan latihan
akan menarik keyakinan dan semangat kepada ahli kumpulan koir menjalani latihan dengan baik.

Cara mengendalikan latihan dengan mengadakan ‘warm-up’ vokal dan tubuh turut
menarik minat serta perangsang kepada ahli koir. Aktiviti-aktiviti tersebut kelihatan tidak begitu
penting tetapi ia sebenarnya amat penting kerana ia boleh memberi persediaan fizikal yang
berkesan dalam nyanyian di samping membantu menggalakkan ahli menyertainya kerana sesi
tersebut adalah sungguh menarik seperti suatu permainan atau hiburan. Contohnya senaman
ringan dari segi fizikal, pemanasan suara yang mempunyai pelbagai aktiviti boleh dijalankan
seperti ‘bubbling’, ‘humming’, dan cara latihan suara yang menggunakan pelbagai teknik yang
menarik lagi berkesan.

Kemesraan dan cara layanan terhadap ahli koir juga perlu diberi tumpuan untuk menarik
mereka menjalani latihan dengan bersungguh-sungguh. Latihan yang betul dan berkesan penting
kepada ahli koir. Selang antara hari latihan tidaklah terlalu lama dan ahli koir perlu mengadakan
sesi latihan sepanjang masa sehingga hari pertandingan. Perhatian yang kurang akan
menyebabkan kumpulan koir menjadi lemah dan kurang komitmen. Jurulatih dan pelajar mesti
ada kesungguhan yang kuat untuk memenangi sebarang acara atau pertandingan itu. Pujian atau
motivasi perlu diberikan oleh jurulatih sebagai perangsang dan dorongan dalam menambahkan
kekuatan semangat mereka menyanyi dengan berkesan.
12

RUJUKAN

Internet:

http://ms.wikipedia.org/wiki/Koir

http://nashamus.blogspot.com/2008/05/latarbelakang-kumpulan-koir.html

You might also like