P. 1
kepelbagaian pelajar di sekolah

kepelbagaian pelajar di sekolah

3.0

|Views: 17,067|Likes:
Published by azela

More info:

Published by: azela on Oct 30, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOCX, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

08/11/2013

pdf

text

original

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

1

KEPELBAGAIAN, GAYA PEMBELARAN DAN BUDAYA 1.0 Pengenalan Para pendidik tidak percaya semua pelajar itu adalah sama dan setiap pelajar mempunyai cara pembelajaran yang berbeza-beza antara satu sama lain. Malahan juga pengalaman guru di dalam kelas setiap hari membuktikan akan hal ini. Selain itu juga, teori-teori yang diterima dengan baik diperjelaskan melalui penyelidikan yang meluas dan berdasarkan kepada dokumen yang menggambarkan akan perbezaan pembelajaran setiap pelajar. Kebanyakkan para pendidik kini hanya boleh bercakap tentang perbezaan pengajaran, sama ada dari segi gaya pembelajaran, gaya kognitif, jenis psikologikal, atau tahap kepintaran pelajar. Namun ia juga perlu meniliti akan pendekatan yang dibawa oleh setiap pelajar, bakat serta minat mereka ke dalam situasi pembelajaran. Sebagai guru, ia perlu tahu bahawa setiap individu pelajar itu mempunyai budaya, latar belakang keluarga, dan tahap sosioekonomi yang berbeza-beza yang mana ia sedikit sebanyak memberi kesan kepada pembelajaran mereka. Dalam konteks kepelbagaian ini, di mana pertumbuhan dan perkembangan seseorang pelajar itu mempunyai kesan yang sangat kuat dalam menyusuri arus pembelajaran mereka. Ia juga adalah satu imapak yang sangat penting kepada pelajar untuk mencapai kejayaan daripada hasil pembelajaran mereka di sekolah. Oleh yang demikian pemahaman yang mendalam akan kepelbagaian pelajar kepada yang wujud sekarang bukan hanya dilihat dari segi tahap pembelajaran mereka bahkan juga pemerhatian yang teliti perlu diberikan budaya, etnik, bangsa, agama, latar belakang keluarga, sosioekonomi dan terutama sekali kepada gaya pembelajaran setiap daripada mereka dengan menitikberatkan kepada minat, bakat, pengalaman

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

2

serta kemahiran yang diperolehi dalam membantu pelajar mencapai hasil pembelajaran. Kepelbagaian yang wujud antara pelajar perlu dikaji difahami dengan sebaiknya dalam membantu untuk memahami gaya pembelajaran dan di selitkan dengan latar belakang budaya setiap orang pelajar dalam menentukan strategi pengajaran yang lebih berkesan. Hal ini adalah kerana ia saling berkait rapat antara satu sama lain untuk pembelajaran pelajar. 2.0 Kepelbagaian, Keseragaman dan Amalan Di Sekolah Meskipun pengiktirafan terhadap kepentingan perbezaan di antara setiap pelajar, keseragaman tetap menguasai setiap amalan di sekolah. Lebih daripada 50 tahun yang lalu, National Cantor mengamati bahawa “secara umumnya elemen dalam masyarakat dan sekolah tinggi serta di peringkat kolej, membuat penyeimbangan ke atas aktiviti-aktiviti yang dijalankan dengan menggunakan cara pembelajaran yang sesuai yang mana ia adalah bagi mengahasilkan keseragaman untuk semua pelajar”. Dalam 50 tahun ini, terlalu sedikit perubahan yang dilakukan. Kebanyakkan sekolah masih berfungsi sebagai seolah-olah semua pelajar adalah sama. Pelajar-pelajar masih menggunakan buku teks yang sama dan bahan pembelajaran yang sama. Mereka bekerja pada langkah yang sama berdasarkan kepada kuantiti bahan pengajaran yang sama. Bahkan juga mereka belajar mengikut kurikulum yang sama serta isi kandungan dalam jadual waktu yang sama. Manakala guru-guru pula bercakap kepada seuruh sekumpulan pelajar dengan menyampaikan maklumat yang sama pada waktu yang sama kepada setiap pelajar. Dan sudah tentu sekolah juga menggunakan ujianujian yang sama dalam mengukur dan menilai tahap kejayaan dan hasil pembelajaran. Sesungguhnya perkara seperti ini adalah salah kerana ia hanya menitik beratkan akan kesamaan dari semua sudut dan perkara tanpa memperlihatkan kepelbagaian pelajar yang wujud dalam sesebuah sekolah

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

3

khususnya kepelbagaian pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Tidak dapat dinafikan bahawa guru diberi tugas serta tanggungjawab untuk mendidik sejumlah besar manusia. Oleh itu kecekapan dan keseragaman adalah alasan yang digunakan dalam proses kesamaan dalam semua sudut baik dari segi kurikulum, isi kandungan, buku teks, maklumat, teknik dan sebagainya. Ini merupakan satu perspektif yang realistik tetapi apa yang lebih penting sekarang adalah kepercayaan kepada kepelbagaian dengan amalan di sekolah dengan mengatasi keseimbangan antara keseragaman dan kepelbagaian amalan di sekolah. Pada masa ini sekolah amat menitikberatkan keseragaman lebih daripada kepelbagaian. Satu keseimbangan yang tepat harus di cari dan di tentukan melalui pemerhatian terhadap kepercayaan yang mana wujudnya kepelbagaian dalam sekolah. Oleh itu teori-teori dan penyelidikan yang meluas perlu memutuskan apakah keseragaman yang perlu di berikan kepada setiap orang pelajar dan guru perlu berusaha dalam mempraktikkan apa yang mereka rasa sesuai dalam menyeragamkan pelajar yang pelbagai. Dari satu sudut, ketidakseimbangan yang wujud kini mudah untuk difahami. Persamaan adalah lebih mudah untuk di sesuaikan daripada perbezaan, dan amalam pendidikan sering di bangunkan secara langsung dalam menggalakkan pendidikan yang sama rata untuk semua pelajar. Oleh itu terdapat beberapa antara model nilai-nilai pengajaran pendidikan yang yang sesuai konsisten dalam dan menyeimbangkan

kepelbagaian manusia. Terlalu menitikberatkan akan kepelbagaian tidak bermakna ia terlalu meletakkan kepercayaan yang jelas dan nilai yang kuat. Ini merupakan sesuatu yang mutlak dalam dunia pendidikan. Yang mana kepelbagaian dalam ruang lingkup pendidikan perlu difahami dengan sebaiknya kerana ia sememangnya suatu perkara yang wujud dan tidak boleh lari daripadanya. Kelebihan yang terdapat pada pelajar adalah hasil daripada guru yang

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

4

cemerlang dan satu pengalaman yang menarik. Oleh itu setiap pelajar dan guru perlu saling hormat meghormati antara satu sama lain dan pelajar perlu di beri peluang dan kesempatan berdasarkan keupayaan diri mereka untuk mencapai kejayaan. Cabaran yang wujud dalam memahami situasi ini adalah untuk mengenalpasti apakah persamaan dan perbezaan yang seharusnya terdapat di sekolah-sekolah. Satu standard keseragaman yang sesuai diwujudkan tetapi bukan untuk pempiawaian. Apa yang penting untuk di tentukan adalah: ✔ Apakah keputusan yang dijangkakan untuk semua pelajar? ✔ Apakah pengalaman yang perlu diperolehi oleh setiap orang pelajar? ✔ Adakah kurikulum harus diseragamkan? ✔ Bagaimana para pendidik boleh bergerak ke arah satu misi secara bersama dengan mengambil kira akan kepelbagaian? Persolan-persoalan ini tidak memerlukan kepada jawapan yang ringkas mahupun mudah. Tetapi kita perlu meneroka bagi menampung perbezaanperbezaan individu yang wujud di dalam bilik darjah dan untuk memberikan peluang yang terbaik kepada semua pelajar bagi mencapai kejayaan. Oleh yang demikian untuk memahami dan menyelaraskan proses pengajaran dan pembelajaran dalam amalan di sekolah yang lebih afektif berdasarkan kepada situasi kepelbagaian pelajar yang wujud dalam dunia pendidikan sekarang adalah melalui pemahaman terhadap perbezaan individu iaitu latar belakang tentang kepelbagaian pelajar dan gaya pengajaran guru serta gaya pembelajaran pelajar itu sendiri. Secara keseluruhannya masalah ini akan dapat di atasi dan ditangani.

3.0 Aspek-Aspek Perbezaan Individu atau Kepelbagaian Pelajar Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

5

seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Menurut Khairul Yusri (2007), perbezaam individu bermaksud variasi atau ketidaksamaan individu daripada norma kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku, sosial atau bakat dan aspek – aspek yang lain mungkin terdapat sesama individu dalam sesuatu kumpulan. Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya walaupun kembar seiras. Oleh itu guruguru harus memahami perkara ini di kalangan murid-murid kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. 3.1 Aspek-aspek Perbezaan Individu 1. Jantina 2. Fizikal 3. Kecerdasan otak 4. Bangsa dan bahasa 5. Personaliti/sahsiah 6. Kesihatan 7. Sosial 8. Emosi 9. Kesihatan/penyakit 10.Lokasi tempat tinggal 11.Kecerdasan 12.Aspirasi/motivasi 13.Status sosio-ekonomi 14.Sistem nilai/norma 15.Gaya kognitif atau gaya belajar 16.Budaya dan world view a) Jantina

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

6

Masyarakat Malaysia menganggap bahawa golongan lelaki mesti berani dan dianggap sebagai ketua keluarga serta meletakkan harapan yangg tinggi berbanding lelaki. Di sekolah pelajar lelaki lebih nakal dan kurang berdisiplin, manakala pelajar perempuan lebih rajin dan berdisiplin serta berjaya dalam pelajaran. Aktiviti pengajaran harus disesuaikan dgn perkembangan jantina. Tahap perkembangan fizikal, kognitif, emosi dan sosial golongan lelaki adalah lambat 2 tahun daripada perempuan sebelum akil baligh. Selepas akil baligh perkembangan mereka hampir sama. Maccoby dan Jacklin (1974) menyatakan bahawa kecergasan lisan pelajar perempuan lebih baik daripa pelajar lelaki, manakala pelajar lelaki lebih kepada kecerdasan ruang. b) Fizikal Sheldon (1942) mengkategori temperamen kpd 3 kategori. i) Endomorf (bertubuh bulat) Suka bergaul, relaks dan mementingkan diri sendiri tetapi mudah perasaan. ii) Mesomorf (tubuh badan otot yg kuat) – Bersifat asertif, agresif, bertenaga, kuat bersukan tetapi ada tanda boleh terlibat akt delinkuen. iii) Ektomorf (kurus dan tinggi) – Bersifat bimbang, suka bersendirian, pendiam dan mudah diserang penyakit skizofrenia. a) Personaliti Personaliti adalah merupakan pola pemikiran, perasaan dan tindakan seseorang individu yang relatif unik dan stabil. Personaliti menerangkan sesorang sebagai individu iaitu bagaimana seseorang itu berbeza dengan individu lain serta apakah pola tingkahlaku yang diserang tekanan

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

7

tipikal mengenai seseorang itu. Personaliti juga melambangkan ciri-ciri keperibadian seseorang (gaya bercakap, tingkahlaku, gaya berfikir, gaya bertindak dan gaya bekerja). Carl Jung membahagikan personaliti kepada ekstrovert, introvert dan ambivert. b) Bahasa/Bangsa Dalam sesebuah negara berlaku percampuran pelbagai etnik dan bangsa akibat daripada migrasi termasuklah dengan negara Malaysia yang mempunyai masyarakat yang pelbagai bangsa dan etnik. Seperti kaum Cina, India, Melayu, Kadazan dan sebagainya yang mempunyai budaya yang tersendiri serta bahasa yang berlainan mengikut kaum.
c)

Gaya Kognisi dan Gaya Belajar Gaya kognisi adalah cara individu mempersepsi maklumat. Gaya belajar adalah persekitaran pembelajaran yg digemari oleh pelajar. Witkin (1940) membahagikan gaya kognisi kpd 2 jenis, iaitu gaya kognisi belajar bebas medan dan gaya belajar bersandar medan. Parry (1984) dan Shipman (1985) membahagikan gaya belajar kpd 24 dimensi tentang kajian literatur gaya belajar iaitu inventori MyerBriggs Type Indicator (MBTI). • Ekstrovert lawan introvert • Deria lawan gerak hati • Pemikiran lawan perasaan • Mengadili lawan mengamati

d) Kesihatan Sebahagian besar pelajar dalam kelas terdiri daripada murid yangg sihat, riang, cerdas dan normal. Pelajar yangg tidak sihat adalah pelajar yang lemah dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti di luar bilik darjah. Ada juga murid yang kurang sihat dan berpenyakit. Kanak-kanak cacat pendengaran, penglihatan, bisu,

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

8

sengau, gagap dan dyslekxia boleh diperbetulkan dengan penggunaan alat teknologi dan rawatan doktor. e) Lokasi Tempat Tinggal Lokasi tempat tinggal setiap individu itu adalah berbeza antara satu sama lain. lokasi tempat tinggal boleh dibahagikan kepada dua iaitu tempat tinggal di kawasan bandar dan luar bandar seperti kampung dan sebagainya. Persekitaran antara keduanya tidak sama dan jauh berbeza antara satu sama lain berdasarkan kepada keadaannya. f) Emosi Aspek – aspek emosi ialah ketenteraman dan penyesuaian emosi, kebolehan menanggung kekecewaan dan kesabaran serta mengawal emosi. Emosi seseorang itu seperti gembira, duka, suka, marah, benci, cinta, kasih sayang, takut dan sebagainya. g) Mental Perbezaan mental dapat dilihat dari segi pengetahuan sedia ada pada murid, pengalaman, latar belakang, kebolehan akal ( imaginasi dan penaakulan ), keupayaan belajar, kebolehan bertindak, kebolehan meninjau ke hadapan dan kebolehan menggunakan bahasa. h) Tingkah laku Perbezaan tingkah laku boleh diperhatikan dari aspek pergaulan, perhubungan, tingkah laku berinteraksi ( bahasa dan gaya ), unsur – unsur kebudayaan seperti pakaian, sikap dan ketegasan bertindak, kebolehan bertanggungjawab dan bekerjasama. i) Sosial Perbezaan individu dari aspek sosial boleh dilihat berdasarkan kelas sosial, latar belakang, kebudayaan, sejarah dan status ekonomi. Aspek ini mempengaruhi kehidupan semua kanak –kanak sejak dilahirkan.

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

9

3.2

Implikasi

Perbezaan

Individu

Kepada

Pengajaran

dan

Pembelajaran 1. Kesediaan belajar

Oleh kerana murid-murid di dalam kelas mempunyai pelbagai tahap kecerdasan yang berbeza, ini bermakna kesediaan belajar mereka juga berbeza. Perkara ini perlu diberi pertimbangan oleh guru, terutama muridmurid yang lambat. Sekiranya guru mengabaikan mereka, mereka akan terus ketinggalan dan berkemungkinan akan menjadi murid tercicir.

Individu yang berbeza menyebabkan kesediaan belajar yang berbeza. Oleh itu pelajar-pelajar yang sama umur tidak semestinya berada di peringkat kesediaan belajar yang sama. Perbezaan disebabkan oleh kadar kematangan, kecerdasan, latar belakang keluarga dan pengalaman pembelajaran. Fahaman guru terhadap perbezaan kesediaan belajar membolehkan guru melayani murid secara individu atau kumpulan mengikut kaedah yang berbeza.

2.Objektif Pengajaran dan Pembelajaran

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

10

Dalam merangka objektif pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan murid. Guru juga harus menyediakan latihan atau aktiviti yang sesuai dengan kumpulan yang berbeza keupayaan supaya murid yang lambat tidak terus tertinggal dan murid yang pandai tidak merasa bosan.

3.Tingkahlaku Menggangu Pembelajaran – Tingkah laku seseorang berbeza dengan seseorang yang lain. Tingkah laku ini mempunyai perkaitan yang rapat dengan personaliti mereka. Mungkin sukar untuk mengubah personaliti, tetapi seseorang guru itu boleh mengubah sikap murid – muridnya. Pelajar-pelajar yang bermasalah dalam pembelajaran sering

mempamerkan tingkahlaku yang akan mengganggu perhatian orang lain semasa P&P. Contohnya bising, agresif,vandalisme dan lain-lain. Ada juga murid yang proaktif seperti ingin membuat sesuatu yang belum disuruh, suka bertanya mengenai sesuatu yang belum diajar dan lainlain.Ini dipanggil mengganggu yang positif. 4. Perbezaan Gaya Belajar Perbezaan individu juga mempengaruhi gaya murid-murid belajar. Ada yang suka belajar berkumpulan. 5. Mental secara sambil mendengar muzik , ada yang suka dan ada juga secara visual, ada yang suka belajar secara individu

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

11

Kebolehan mental ( kecerdasan ) seseorang itu berbeza antara seseorang dengan seorang yang lain. Ada murid yang mempunyai kekuatan daya ingatan, tetapi lemah dalam kreativiti, begitu juga sebaliknya. Kekurangan dalam sesuatu bidang tidak bermakna mereka akan kecewa dalam kehidupan. Sejarah telah membuktikan orang yang mempunyai kecerdasan tinggi tidak semestinya berjaya di dalam mengendalikan kehidupan seharian. Tugas guru ialah mencungkil potensi pelajar dalam bidang– bidang tertentu.

6. Persepsi – Setiap pelajar mempunyai sikap dan pandangan yang berbeza terhadap pembelajaran. Guru hendaklah mengenal pasti murid yang mempunyai persepsi yang negatif terhadap pembelajaran. Setelah itu beri mereka motivasi agar mereka mrngubah daripada berpandangan atau bersikap negatif terhadap pelajaran kepada sikap positif.

7. Nilai – Setiap pelajar mempunyai nilai yang berbeza berdasarkan

perbezaan individu dan latar belakang kehidupan mereka. Tugas guru ialah mengubah pelajar agar mempunyai nilai yang baik terhadap pelajaran.

4.0 Gaya Pembelajaran Pelajar

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

12

Pembelajaran merupakan suatu usaha berterusan yang dilakukan oleh setiap insan untuk menguasai ilmu, nilai dan kemahiran. Pembelajaran itu sendiri adalah satu fungsi berkombinasi 'multi-faceted experience'. Pengalaman yang pelbagai rupa dan bentuk dialami melalui rangsangan luaran dan dalaman. Rangsanganrangsangan ini mengakibatkan pengamatan atau persepsi tertentu pada insan yang menerimanya. Berdasarkan persepsi tersebut individu berkenaan akan memproses segala maklumat yang diterimanya. Ada yang berpendapat bahawa maklumat baru ini diproses dan diasimilasikan dengan maklumat atau ilmu yang sedia ada pada insan tersebut, Lantaran sebelum itu, menjadikannya dan ilmu baru yang termantap. dan Pada pandangan mereka, ini merupakan sebahagian daripada pembelajaran. persepsi pemprosesan rangsangan informasi merupakan inti pembelajaran manusia. Cara dan gaya bagaimana seseorang membuat persepsi dan

memproses informasi merupakan salah satu isu penting kepada para pendidik. Sekiranya, penyampaian rangsangan itu serasi dengan cara dan gaya sipelajar, maka, persepsi dan pemprosesan rangsangan akan jadi lebih mantap dan berkesan. Implikasi ini agak penting bagi pengagajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Jesteru itu, kita harus memahami konsep gaya pembelajaran dan pelbagai kecerdasan sebelum melihat salah satu `strategi' berkesan yang memberi ruang dan melayan pelbagai gaya pembelajaran dan kecerdasan.

Gaya pembelajaran pelajar yang perlu diketahui oleh guru:

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

13

1. Guru harus tahu bahawa pelajar mempunyai gaya pembelajaran yang berbeza dan sebab itulah tiada satu kaedah mengajar yang terbaik untuk semua pelajar. 2. Jadi, guru harus menggunakan berbagai-bagai kaedah atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar yang berbeza dalam gaya pembelajaran itu dapat belajar dengan berkesan dan menguasai hasil pembelajaran. 3. Pada asasnya, terdapat tiga gaya pembelajaran iaitu:
a. Pelajar visual: (Pelajar dalam golongan ini suka belajar dengan

melihat) i. Huruf atau perkataan ii. Benda, gambar atau gambar rajah iii. Demostrasi, tindakan atau lakonan
a. Pelajar audio: (Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar dengan

mendengar atau bercakap seperti) i. Mendengar cerita, penerangan, syarahan, huraian olehguru atau pelajar lain ii. Menerangkan, berbual, memberi pendapatnya, bercerita atau menghuraikan
c. Pelajar kinestetik: (Pelajar dalam kumpulan ini suka belajar

dengan membuat atau melakukan sesuatu) seperti: i. Menulis atau melukis sesuatu ii. Membuat latihan, kerja amali, eksperimen, lakonan,

simulasi, atau projek Interaksi sosial menangani isu-isu berkaitan dengan cara bagaimana pelajar berinteraksi semasa proses pembelajaran. Reichmann dan Grasha (1974) telah menyarankan beberapa jenis pelajar bersaskan kepada cara

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

14

mereka gemar belajar. Antaranya adalah, pelajar yang ingin belajar secara bersendirian, kolaboratif, penyertaan dan kompetitif. Dunn & Dunn (1978) mengkategori gaya pembelajaran kepada 18 kategori berdasarkan unsurunsur asas yang kemudiannya diklasifikasikan kepada lima perkara sahaja berdasarkan rangsangan (stimuli) iaitu:
1) Alam sekitar

(cerah -kelab; bunyi seperti muzik - sunyi; formal - tidak formal; panas - sejuk) 2) Emosi ( berstruktur – tidak berstruktur; bermotivasi tinggi - tidak bermotivasi) 3) Sosiologi ( Ingin belajar bersendirian - dalam pasangan/kumpulan)
4) Fizikal

(auditori; visual;

tactual mobiliti tinggi - kurang bermobiliti) dan

Psikologi (impulsif - reflektif; global -analitik). Sekiranya, ditinjau secara kritikal pelbagai gaya pembelajaran ini, kita dapat merumuskan bahawa setiap orang manusia mungkin mempunyai lebih daripada satu atau dua jenis gaya pembelajaran. Fungsi gaya pembelajaran ini juga mungkin berbeza mengikut masa, alam sekitar, isu pembelajaran serta juga beberapa ciri mental, fisikal dan psikologi orang yang berkenaan. Dan mungkin juga, seseorang itu, lebih cenderung kepada satu atau beberapa gaya pembelajaran tertentu sahaja. Gaya pembelajaran seseorang itu mungkin juga bersifat dinamis. Ia boleh dikembangkan dan maka boleh berubah (Guild, 1994). Gaya pembelajaran merujuk kepada ciri istimewa kepunyaan

seseorang pelajar untuk memperlihat, berinteraksi, dan bergerak balas dalam suatu suasana pembelajaran (Keefe, 1979). Seseorang pelajar mula belajar dari masa dia dilahirkan tetapi cara belajarnya adalah dipengaruhi

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

15

oleh faktor-faktor seperti sosia-ekonomi dan budaya keluarga, emosi, dan alam fizikal di persekitarannya. Atas perbezaan faktor-faktor tersebut, gaya pembelajaran seseorang pelajar mungkin berbeza daripada gaya pembelajaran pelajar yang lain. Dapatan-dapatan kajian telah menunjukkan bahawa terdapat pelajar yang lebih cenderung kepada pembelajaran melalui penglihatan dan pendengaran, terdapat juga pelajar yang lebih selesa dengan pembelajaran melalui bahan manipulatif atau reflektif; ada juga pelajar yang suka belajar dalam kumpulan dan ada juga pelajar yang lebih selesa belajar secara perseorangan (Felder, 1996). Walaupun seseorang pelajar dikatakan bertanggungjawab terhadap pembelajarannya sendiri, tetapi guru juga memainkan peranan yang penting sebagai penggalak dan pemudahcara melalui pelbagai strategi pengajaran yang digunakan. Antara strategi-strategi ini, terdapat strategi yang berpusatkan guru seperti syarahan dan demonstrasi dan terdapat juga strategi yang berpusatkan pelajar seperti main peranan, simulasi dan pengajaran reflektif (Freiberg, 1996). Hasil daripada kepelbagaian gaya pembelajaran di kalangan pelajar dan kepelbagaian strategi pengajaran di kalangan guru, salah-padanan gaya pembelajaran pelajar dan strategi pengajaran guru mungkin berlaku. Ini mungkin boleh menyebabkan pelajar menjadi bosan dan tidak mengambil perhatian dalam pembelajaran semasa guru mengajar dan seterusnya tidak mencapai prestasi yang diingini. Sebaliknya, guru yang berhadapan dengan murid yang tidak berminat dalam pembelajaran akan kehilangan azam untuk mengajar (Felder, 1993). Untuk mengelakkan kesalah-padanan tersebut, guru-guru harus mengenal pasti dan memahami gaya pembelajaran pelajar supaya strategi pengajaran yang sesuai digunakan untuk memenuhi kehendak pelajar dalam proses pembelajaran. Pelbagai model gaya pembelajaran telah dicadang oleh para

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

16

pendidik dan satu daripada model-model ini ialah Model Gaya Pembelajaran Felder Silverman.

5.0 Peranan Guru Dalam Menghadapi Perbezaan Individu Dan Gaya Pembelajaran Pelajar Guru harus mempunyai stail pengajarannya yang bitara akan menguruskan sesi interaksinya itu. Guru itu mungkin mengelompokkan murid atau mengagihagihkan murid-muridnya mengikut kesukaan mereka. Guru mengadakan pelbagai tugas (tasks) yang diberikan kepada mereka. Ada pula pelbagai cara dan alat bagi guru memperdengarkan cerita. Ada pelbagai teknik untuk meminta murid memperihalkan cerita. Ada pelbagai teknik pula untuk membolehkan murid-murid “be the story”. Di sinilah terletaknya stail pengajaran guru iaitu bagaimana guru menguruskan sesuatu situasi dan media pembelajaran ke arah pembelajaran yang menyeronokkan dengan mengambilkira pelbagai gaya pembelajaran pelajarpelajarnya. Untuk menghadapi perbezaan di kalangan murid di dalam kelas, antara perkara-perkara yang boleh dibuat oleh guru ialah: 1. Kaedah Kumpulan 2. Pengayaan dan pemulihan 3. Pengajaran terancang 4. Pembelajaran Koperatif 5. Pengajaran dan Pembelajaran individu 6. Mempelbagaikan bentuk penilaian 7. Mempelbagaikan Strategi Pengajaran dan Pembelajaran 8. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar 9. Peneguhan Positif
10. Pengagihan tugas mengikut minat dan keupayaan

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

17

Golongan guru yang inovatif, kreatif, prihatin, dan optimistik harus meneroka sebanyak mungkin gaya pembelajaran murid-muridnya. Satu cara untuk meneroka adalah dengan mencuba. Kita tidak menafikan banyak kesulitan yang akan dialami pada peringkat awal. Sebagai guru yang hendak mengubah stail pengajarannya, apakah salahnya kalau guru mencuba sesuatu interaksi pembelajaran yang benar-benar berasaskan gaya pembelajaran murid? Rugikah kalau guru sanggup pula mencuba sesi-sesi interaksi pembelajaran berasaskan akal? Kita seharusnya berupaya menjadi guru yang tidak memberi jawapan tetapi mendidik murid-murid untuk mempersoalkan soalan dan jawapan. Untuk itu, kita harus membina insan murid yang menguasai kemahiran-kemahiran belajar dan berfikir dengan mengikut gaya, cara, dan rentak pembelajaran murid-murid. Sebenarnya semua tuntutan perubahan dalam interaksi di bilik darjah itu terserah kepada stail pengajaran masing-masing. Apabila guru kurang menghiraukan perkara-perkara seperti ini

ternyata guru kurang peka kepada gaya pembelajaran murid dan akibatnya mereka mungkin jadi guru yang menjejaskan minda murid-murid. Kata Pancella J. Raths (1971): “As of late, more and more investigators of teaching are beginning to realize that poor teachers have been inflicting intellectual injury upon students too.” Pernyataan Pancella mungkin masih boleh diterima pakai pada hari ini kerana apabila guru-guru masa kini tidak memberi tumpuan kepada gaya pembelajaran murid-murid, maka ini merupakan sekatan kepada perkembangan pembelajaran murid-murid. Tidakkah ini merupakan satu “intellectual injury”? Guru yang sedar mengenai kepentingan gaya

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

18

pembelajaran murid dan mahukan kejayaan dan perkembangan dalam pembelajaran murid-muridnya harus boleh menjadi fasilitator yang boleh menghakiskan mitos “Saya tak boleh, cikgu” dan “Saya tak tahu, cikgu”.

6.0 Hubungan Gaya Pembelajaran Pelajar dengan Gaya Pengajaran Guru Umumnya kaedah pengajaran bermaksud tindakan-tindakan yang guru lakukan dalam mengendalikan proses pengajaran dan pembelajaran. Guruguru terlatih adalah bijak memilih dan menggunakan kaedah yang paling sesuai bagi membantu pelajar-pelajar dan diri mereka dalam usaha mencapai objektif pengajaran yang telah dirancangkan. Pemilihan sesuatu kaedah atau strategi haruslah berasaskan kepada kriteria tertentu seperti gaya pembelajaran pelajar, tajuk pengajaran, jenis pengetahuan atau kemahiran yang hendak disampaikan, tahap pencapaian pelajar, persekitaran pembelajaran, nilai dan sikap yang ingin dipupuk Konsep yang berkaitan dengan “kepelbagaian pelajar”, “pengajaran berpusatkan murid”, dan “strategi pengajaran bersepadu” tentulah tidak asing lagi kepada golongan guru. Bidang psikologi pendidikan yang dipelajari di maktab-maktab perguruan dari dahulu sehingga sekarang pun masih mengutamakan pengetahuan guru mengenai kepelbagaian pelajar. Begitu juga dalam bidang ilmu pedagogi. Guru-guru mempelajari pelbagai strategi dan model pengajaran yang boleh memenuhi minat, keperluan, dan perbezaan pelajar. Walaupun latihan perguruan sedemikian dijalankan, namun apabila guru berdepan dengan situasi sebenar mendidik 35 hingga 55 murid pada sesuatu waktu dan dalam situasi saiz bilik darjah yang kurang kondusif, sesak dan sempit, para guru berkemungkinan besar kurang dapat memberi pertimbangan terhadap kepelbagaian pelajar dan segala strategi yang

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

19

disarankan dan yang telah dipraktikkan. Kesannya, guru akan menampilkan stail pengajarannya yang mungkin berbalik kepada penggunaan kaedah pengajaran terus secara kelas daripada strategi pengajaran berpusatkan murid. Sebagai guru, kadang kala kita tertanya-tanya mengapa sesetengah pelajar kita mudah menerima apa yang kita ajari, dan mengapa yang lainya tidak. Kita juga tertanya-tanya mengapa prestasi sebilangan pelajar tidak sebaik yang lain walaupun mereka mendapat input yang sama dari kita. Memahami gaya pembelajaran dan mengakui hakikat bahawa setiap pelajar mempunyai gaya tersendiri dalam mempelajari sesuatu boleh membantu kita memahami isu ini. Ada guru yang jarang sekali mengakui dan memahami bahawa pelajar yang dapat belajar paling berkesan melalui kaedah mendengar biasanya akan bereaksi kurang yakin terhadap komen, soalan dan pembetulan di atas draf penulisannya, walaupun komen dan sebagainya itu relevan kerana maklumat sedemikian lebih sesuai bagi pelajar visual. Guru sedemikian tidak menyedari bahawa dalam kelas penulisan, kefahaman pelajar auditori lebih tinggi apabila diberi input dalam bentuk lisan berbanding dalam bentuk cetak (Kinsella, 1995). Dalam pengajaran dan pembelajaran, satu persoalan pokok haruslah ditanya iaitu adakah guru memahami gaya pembelajaran pelajar-pelajar mereka yang berbeza? Guru disarankan melakukan perubahan dalam gaya pengajaran mereka di bilik darjah supaya disesuaikan dengan gaya pembelajaran pelajar tetapi amalan para pendidik masih lagi tidak berubah. Sementara itu, guru didesak untuk menggalakkan inisiatif pelajar dan memberinya peluang untuk menyumbang dalam pembelajaran diri . Guru sering meluahkan kekecewaan atas sikap pasif pelajar menerima pengajaran mereka tanpa memikirkan bahawa pelajar juga mungkin kecewa dengan gaya pengajaran guru. Raiff (1992) menyatakan, memahami gaya pembelajaran seseorang pelajar dengan cara yang terbaik akan membantu guru mengurangkan kekecewaannya dan kekecewaan pelajar tersebut.

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

20

Dalam konteks memahami sifat pelajar, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana seseorang pelajar belajar dan cara belajar yang digemarinya. Gaya pembelajaran juga dianggap sebagai strategi pengajaran kerana pemahaman mengenai gaya pembelajaran konteks seseorang dan pelajar memberikan pembelajaran. Mengikut Wan Zahid (1993), perlaksanaan Kurikulum (KBSR) dan Kurikulum (KBSM) ini membawa kepada perubahan penekanan daripada pendekatan tradisional kepada pendekatan baru dalam proses pembelajaran disekolah, dimana beliau menegaskan bahawa pembelajaran yang tertumpu kepada pelajar (child centered) mesti diamalkan dan sebaliknya mengurangkan atau menghapuskan pembelajaran yang tertumpu kepada guru (teacher centered). Dalam pembelajaran individu, Ingham (1992) dan Wan Zahid (1993) mengesyorkan agar para guru, pelajar dan ibubapa memahami stail pembelajaran pelajar dan menganggap perbezaan yang ada pada diri seseorang pelajar itu merupakan satu keistimewaan dan mereka dapat menggunakan keistimewaan itu secara berkesan dalam pembelajaran mereka. Satu perancangan yang teliti dan sistematis amat diperlukan memandangkan stail belajar individu merupakan satu aspek yang begitu penting dalam pendidikan masa kini dan akan datang. Apabila kaedah, sumber dan program dipadan-suaikan dengan stail belajar pelajar, maka pencapaian akademik dan sikap pelajar akan meningkat. Gaya belajar seseorang adalah berbeza antara satu dengan lain tanpa mengambil kira umur, status sosioekonomi atau IQ. Selari dengan pendapat tersebut Wan Zahid (1993) menyarankan agar pengajaran dan pembelajaran disesuaikan dengan stail gaya belajar individu. Menurut kenyataan Dr. Fong Chan Onn Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia dalam Berita Harian 16 April 1996, beliau menegaskan kemudahan maklumat tentang kognisi kandungan

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

21

infrastruktur adalah penting bagi guru dalam melaksanakan pengajaran dan memudahkan para pelajar menyesuaikan aktiviti pembelajaran mereka sebagaimana yang dikehendaki oleh KBSM dengan lebih baik dan berkesan. Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Tuan Haji Ahmad Mohd. Said dalam Berita Harian 3hb September 1998 , menyatakan guru bukanlah semata-mata perlu memiliki ilmu pengetahuan terkini malah lebih daripada itu guru-guru perlu memahami dan menyelami kehendak pelajar termasuk dalam proses pengajaran dan pembelajaran pelajar , dengan ini segala tugas guru boleh dilaksanakan dengan lebih mudah dan berkesan. Boleh dan dapatkah seorang guru memahami dan menyelami kesemua kehendak pelajar-pelajarnya yang ramai? Bagaimana? Laporan Penilaian Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) yang dibuat oleh para pensyarah maktab-maktab perguruan di Malaysia mendapati sebilangan besar guru-guru tetap dan kekal mengamalkan gaya pengajaran sehala “chalk and talk “. Kenyataan di atas disokong Jemaah Nazir Sekolah (1992) yang menjelaskan bahawa guru masih kekal dengan peranan lama mereka sebagai pengajar. Sementara itu guru-guru masih membahaskan aktiviti pengajaran dan pembelajaran ke arah peperiksaan semata-mata (Mohd Majid Konteng, 1997). Peperiksaan semata-mata dan kurang menumpukan kepada pengajaran yang disesuaikan gaya pembelajaran pelajar ini menyebabkan kemerosotan dalam pencapaian akademik matapelajaran tertentu dan merupakan satu faktor menyebabkan matapelajaran itu tidak diminati. Secara realistik, adalah mustahil bagi guru untuk menyesuaikan atau memadankan gaya pengajaran mereka dengan gaya pembelajaran individu kesemua pelajar. Justeru, bagi pelajar juga mereka harus belajar menyesuaikan gaya pembelajaran mereka dengan gaya pengajaran guru sebab sebagaimana pelajar memasuki bilik darjah dengan membawa

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

22

berbagai gaya pembelajaran, begitu juga guru dengan membawa gaya pengajaran yang pelbagai.

7.0 Kaedah Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Berkesan Abd. Rahim bin Abd. Rashid (1998), seorang tokoh pendidikan merumuskan kaedah pengajaran guru dan pembelajaran pelajar dalam matapelajaran yang berkesan perlu mempunyai ciri-ciri seperti berikut: i) Guru perlu menyesuaikan pelajar dengan kaedah lebih pengajaran dengan soal gaya minat,

pembelajaran

menekankan

intelektual, kreativiti, sikap, penghayatan dan apresiasi sesuatu matapelajaran dalam kehidupan pelajar. ii) Proses pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran yang melibatkan guru-guru dan pelajar perlu kepada cara pembelajaran dengan menggunakan alat bantuan terkini seperti penggunaan komputer, software atau internet. iii) Pelajar-pelajar perlu didedahkan atau diberi bimbingan melalui gaya pembelajaran dengan cara pengumpulan data atau maklumat dan cara satu bahan itu disusun atau dianalisis.. iv) Bagi menguatkan ingatan dan tidak mudah luput apa yang dipelajari, gaya pembelajaran dalam sesuatu metepelajaran seharusnya sentiasa mengaplikasikan apa yang dipelajari kepada situasi baru adalah amat perlu dilakukan oleh pelajar. v) Kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam sesuatu matapelajaran perlu menarik minat dan mencabar kebolehan pelajar. Kriteria ini amat

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

23

penting menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bersifat inovatif dan kreatif untuk mengembangkan minda kritis dan kreatif pelajar. Manakala, kaedah dan metodologi pengajaran yang bersifat `spoon feed’, induktif dan khutbah yang hanya menentingkan supaya murid menerima sahaja apa yang disogok oleh guru telah tidak lagi sesuai dengan pembaharuan kurikulum dan perubahan budaya belajar dan budaya mengajar pada era perkembangan informasi maklumat yang berlaku dalam masyarakat moden .

8.0 Budaya Dan Kepelbagaian Pelajar Apabila berbicara tentang budaya pastinya akan diselitkan dengan etnik, agama, jantina sosioekonomi serta latar belakang keluarga. Aspek-aspek ini adalah saling berkait antara satu sama lain bagi menggambarkan akan kepelbagaian yang wujud di antara pelajar di dalam sesebuah bilik darjah. Guru perlu fahami latar belakang keluarga pelajar, keadaannya ketika di dalam kelas, sedang belajar, ketika bersama kawan-kawan dan guru, penampilannya, gaya percakapannya dan ketika keseorangan. Perkara ini boleh diselidik melalui guru-guru, rakan-rakan, ibubapa, orang yang rapat dengannya. Komunikasi yang baik dengan pelajar membantu guru dalam

mendapatkan maklumat berkaitan diri mereka yang membolehkan guru untuk membantu setiap pelajarnya berjaya di sekolah dan pemahaman yang mendalam akan proses pembelajaran itu perlu menyediakan satu rangka kerja untuk kurikulum dan pengajaran berdasarkan kepelbagaian pelajar yang wujud. Sepertimana yang kita semua sudah sedia maklum bahawa budaya dan gaya pembelajaran merupakan dua hubungan yang sangat penting

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

24

dalam memahami kepelbagaian pelajar dalam memberikan pengajaran yang lebih berkesan dalam membantu pelajar untuk mencapai kejayaan dalam pembelajaran mereka, walaupun ia perlu di sulusuri dengan berhati-hati. Perhubungan nilai-nilai budaya ini dan pendekatan pembelajaran serta pengalaman di dalam kelas adalah satu hubungkait untuk pelajar berjaya bukan sahaja dari segi akademik, bahkan juga dari segi sosial dan emosi.

8.1 Definisi Budaya Masa Kini Budaya (culture) bermaksud cara hidup manusia yang merupakan satu proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Perkara ini dapat dilihat melalui etimologi perkataan “budaya” yang bermaksud ” budi + daya ” yakni budi sebagai aspek dalaman manusia yang meliputi akal dan nilai, manakala daya sebagai aspek lahiriah manusia yang meliputi usaha dan hasilan. Maka pada kesimpulannya, budaya boleh difahamkan sebagai segala penghasilan masyarakat manusia dalam pelbagai bentuk sama ada yang dapat dilihat atau tidak. Konsep budaya merupakan satu konsep yang penting untuk membandingkan perbezaan antara suatu masyarakat dengan suatu masyarakat yang lain. Antara ciri-ciri Budaya ialah: 1. Budaya merupakan pengkongsian suatu masyarakat 2. Budaya tidak dapat berpisah dengan bahasa. 3. Budaya diperolehi melalui proses pembelajaran.

8.2 Kepelbagaian Budaya Di Malaysia Malaysia ialah sebuah negara berbilang kaum yang hidup dalam keadaan aman dan damai. Tiga kaum yang utama di Malaysia

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

25

ialah Melayu, Cina dan India. Melayu merupakan kaum terbesar dengan membentuk 54% daripada populasi Malaysia. Melayu adalah satu kaum yang beragama Islam, berbahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Kaum Melayu mempunyai pengaruh yang penting dalam arena politik di Malaysia. Cina pula mewakili 25% daripada penduduk Malaysia dan tinggal di bandar-bandar besar di pantai barat semenanjung. Kebanyakkan kaum Cina beragama Buddha, Taoisme dan kristian serta berbahasa Mandarin, Hokkien, Hakka, Kantonis atau Teochew dan lebih dominan dalam bidang ekonomi. India pula membentuk 7.5% daripada populasi. Kebanyakkannya beragama Hindu, bertutur Tamil, Malayalam dan Hindi. Selain itu terdapat juga kaum Sikh, Serani atau Eurasian dan kaum bumiputera lain. Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi Malaysia, tetapi Bahasa Inggeris digunakan secara meluas. Kaum Bumiputera yang terbesar di Sarawak ialah Iban dengan 600,000 orang. Mereka tinggal di rumah panjang, dan menetap di sepanjang Sungai Rajang dan Sungai Lupar. Orang Bidayuh pula seramai 170,000 oarng tinggal di barat daya Sarawak. Orang Asli (140,000) tinggal di Semenanjung Malaysia. Dahulunya mereka merupakan pengumpul hasil hutan, hidup berpindah-randah, dan bercucuk tanam, tetapi kini sudah diserap ke dalam kehidupan moden Malaysia. Walaubagaimanapun, mereka kekal sebagai kumpulan etnik yang kumpulan etnik sistem ekonomi mereka hutan tanpa perlu mempunyai yang lain. tidak yang pendapatan bergantung terendah ini kepada berbanding disebabkan wang tunai, Kemungkinannya

contohnya makanan dan rumah sebahagiannya dihasilkan dari keluaran dibeli. Bagaimanapun pihak kerajaan menawarkan peluang pelajaran yang samarata dan ada di antara mereka kini menjawat jawatan profesional seperti doktor. Penduduk Melayu, Cina dan pelbagai kaum etnik yang lain telah hidup bersama sejak beberapa generasi yang lalu. Pelbagai budaya yang berbeza ini telah saling mempengaruhi antara satu sama lain, menghasilkan

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

26

gabungan negara ini.

budaya

Malaysia

yang

unik.Kepelbagaian

kaum

ini

juga

mengundang kepada kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di

Kurikulum sekolah yang dibentuk dalam sistem pendidikan di negara kita adalah berorientasikan Malaysia bagi tujuan memupuk nilai-nilai kemalaysian. Namun ini bukanlah bermaksud untuk menolak atau menidakkan budaya sesuatu kaum dengan wujudnya nilai kemalaysiaan ini. Kurikulum ini dibentuk sebagai alat untuk menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini. Kurikulum yang terdapat dalam sistem pendidikan juga menerapkan dan mengintergrasikan nilai-nilai murni yang telah diterima oleh masyarakat di Malaysia. Malahan nilai-nilai murni yang dipilih secara khusus adalah mengikut pelbagai budaya kaum dan bangsa di Malaysia ini. Maka dengan adanya keseragamanan nilai bagi semua murid di sekolah yang berorientasikan budaya Malaysia, maka dijangka akan dapat atau struktur yang sama bagi kefahaman budaya masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan juga fahaman. Pendidikan sebagai asas intergrasi juga bergantung kepada

pemupukan nilai-nilai dan langkahlangkah penyebaran dan pembudayaan yang dilakukan oleh guru semasa pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Malah dengan adanya penerapan nilai maka akan terbentuklah generasi yang mempunyai nilai-nilai yang sama melalui satu bahasa dan satu pembudayaan. Justeru, sekolah sebagai sebuah institusi memainkan peranan yang penting dalam menerapkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.

9.0 Pendidikan Untuk Semua dalam Konteks Kepelbagaian Pelajar Di Malaysia

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

27

Negara Malaysia melalui Wawasan 2020 , Falsafah Pendidikan Negara dan PIPP 2006-2010 menegaskan betapa pentingnya merapatkan jurang pencapaian diantara pelajar-pelajar berdasarkan pelbagai latarbelakang. Malaysia mencapai kedudukan ke 45 antara 129 negara dunia mengamalkan prinsip Pendidikan untuk Semua. Malaysia tentunya kehadapan dalam memperjuangkan Aspirasi Pendidikan untuk Semua.Walau bagaimanapun Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan bahawa masih terdapat 125,000 pelajar Malaysia yang tiada di sekolah. Ini mungkin berkaitan dengan perbezaan bandar -luarbandar atau pendapatan ibubapa yang berbeza. Dengan demikian perlulah ada tindakan sosial dan aktiviti ekonomi yang boleh membantu ibubapa dan seterusnya mencapai matlamat dan hasrat Pendidikan untuk Semua. Teras ketiga dalam PIPP adalah merapatkan jurang pendidikan,yang merangkumi jurang antara bandar dan luar bandar jurang antara yang miskin dan dengan yang kaya; jurang digital dan jurang di antara mereka normal dengan mereka yang berkeperluan khas agar tidak ada sebarang golongan yang tercicir dari arus pembangunan negara.Sejajar dengan dasar pendemokrasian pendidikan, semua murid perlu mendapat akses kepada pendidikan yang berkualiti tanpa mengira kaum dan lokasi tempat tinggal mereka. Hasrat ini hendaklah dicapai di bawah Rancangan Malaysia ke 9 yang telah memberi fokus kepada pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan perlu diberi perhatian serius kerana menjelang Malaysia menjadi negara maju, kita tidak mahu ada lagidi kalangan kita sebagai penumpang. Prinsip memakmurkan negara dan penduduknya akan memberi impak kepada peningkatan pelajaran dan merapatkan jurang pendidikan. Kalau di lihat keadaan di Malaysia sendiri terdapatnya kepelbagaian pelajar dari segi budaya, bangsa, agama, sosioekonomi dan sebagainya. Dalam merapatkan jurang pendidikan ini, tidak dapat dibafikan bahawa pendidikan bagi semua kaum selain pribumi sudah melangkah ke arah itu,

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

28

tetapi yang menjadi persoalannya adalah kepada kaum pribumi yang agak terpinggir. Aspek lain yang perlu ditekankan ialah PEDAGOGI PRIBUMI iaitu merujuk kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kumpulan etnik seperti Orang Asli dan lain-lain kaum di Sabah dan Sarawak perlu dilihat daripada aspek sosio-budaya dan sistem nilai masyarakat berkenaan. Perkara ini perlu diambil kira agar ilmu dan kemahiran yang disampaikan akan mudah diterima dan memberi makna kepada murid-murid Orang Asli dan pribumi. Sebagai langkah memantapkan usaha ini, para pendidik wajar menjalankan kajian dan penyelidikan khusus mengenai pendidikan kaum pribumi ini supaya teori dan amalan pedagogi yang dikemukakan releven dan menepati dengan keperluan masyarakat tersebut.

10.0 Cabaran Guru Dalam Menguruskan Bilik Darjah Yang Pelbagai Budaya Dan Gaya Pembelajaran

Tugas menguruskan bilik darjah merupakan satu cabaran besar bagi seorang guru. Pelbagai kekangan dan permasalahan akan wujud dalam bilik darjah, kebiasaannya guru berhadapan dengan dua cabaran yang besar iaitu kerenah murid yang dating dari pelbagai budaya dan memastikan gaya pengajaran yang di sampaikan sesuai dengan gaya pembelajaran pelajar. Pengurusan bilik darjah yang berkesan merupakan satu faktor utama dalam menentukan keberkesanan proses pembelajaran dan pengajaran di dalam bilik darjah dengan menjadikan pelajar sebagai subjek utama. Guru yang bijak dalam pengurusan sesebuah bilik darjah yang di dalamnya terdapat pelbagai ragam serta gaya pembelejaran pelajar iaitu haruslah memahami dan mengenalpasti dan mengakji latar belakang social pelajarnya supaya keberkesanan dalam pengurusan bilik darjah dapat di capai dengan jayanya dalam melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya.

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

29

Guru yg memahami pembelajaran dan perbezaan budaya akan berusaha bersungguh-sungguh dalam menangani cabaran yang wujud dalam bilik darjah. Pelajar merupakan asset utama yang boleh dikategorikan sebagai pelanggan bagi setiap guru dalam bilik darjah. Golongan ini akan sentiasa bersama setiap kali proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dalam bilik darjah. Perlakuan mereka perlu dibentuk melalui pendidikan dan asuhan yang terbaik dengan memahami latar belakang indentiti diri mereka tidak kira dari segi budaya, etnik, usia, jantina, sosio ekonomi, stail pembelajaran dan sebagainya. Yang pastinya dalam sesebuah bilik darjah itu tidak akan lari daripada cabaran kepelbagaian pelajar yang wujud di dalamnya. Apa yang penting adalah guru perlu memahami bahawa terdapat perbezaan antara individu pelajar atau kumpulan pelajar dengan yang lain yang mendesak guru untuk menggunakan kemahiran yang optimum dalam pengurusan bilik darjah. Malah adalah penting bagi guru memahami tingkah laku dan budaya pelajar terlebih dahulu supaya sebarang tindakan dapat dilakukan mengikut kaedah yang betul dan tepat. Guru yang bercita-cita untuk menjadi pengurus bilik darjah yang berkesan perlu memahami perasaan dan kehendak hati nurani para pelajar dalam melahirkan stail pembelajaran mereka berdasarkan kepada tahap dan juga minat mereka sendiri. Pembelajaran yang bermakna di dalam bilik darjah apabila guru melibatkan proses memahami, berfikir, berbincang, membuat pertimbangan dan menganalisis bagi mengembangakan minda pelajar. Selain itu juga prinsip umum pembelajaran ialah meningkatkan dan mengekalakan tahap kejayaan di samping member ruang dan peluang untuk pelajar mengatasi kelemahan mereka atanpa membiarkan kegagalan berterusan. Pembelajaran perlu lebih realistic dan mampu mencabar kebolehan pelajar bagi mengembangkan potensi mereka pada masa akan datang.

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

30

Isu

kepadatan

bilik

darjah

di

Malaysia

yang

terlalu

sesak

mengakibatkan kadar tahap pembelajaran pelajar kian merosot. Oleh yang demikian cabaran guru dalam memahami setiap pelajarnya kian menjadi sukar. Apabila tumpuan yang sepenuhnya tidak dapat diberikan dengan kepadatan pelajar dalam sesebuah bilik darjah, ia akan mendatangkan kesan kepada pelajar. Bahkan juga guru sendiri akan menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran yang dirancnag tidak menacapai matlamat yang diinginkan. Dengan bilangan pelajar yang melebihi tahap maksima, kawalan kelas akan terabai kerana guru tidak mungkin dapat mengawal dan member perhatian terhadap bilangan pelajar yang ramai. Disamping itu juga, guru tidak dapat mengenalpasti mana pelajar yang pandai dan sebaliknya kerana jumlah pelajar yang terlalu ramai dalam satu kelas. Oleh yang demikian, guru tidak dapat memberikan perhatian kepada pelajar yang lemah di dalam kelas tersebut. Inilah cabaran kini dalam dunia pendidikan yang mana lahirnya kepadatan pelajar yang pelbagai latar belakang manjadi sukar kepada para guru menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Oleh yang demikianlah, isu ini merupakkan satu cabaran dan tanggungjawab yang perlu dipikul oleh para pendidik untuk melahirkan dan membantu pelajar mencapai kejayaan yang diimpikan.

11.0 Panduan Untuk Proses Pengajaran Pelajar Pelbagai Budaya Terdapat 13 panduan untuk menolong menyatukan bangsa, etnik, budaya dan bahasa didalam kurikulum sekolah dan proses pengajaran dan pembelajaran secara efektif melalui persekitaran pelbagai budaya di sekolah: 1. Sebagai seorang guru, mereka perlu membuat kepelbagaian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru juga perlu mempunyai pengetahuan, sikap yang baik, dan

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

31

kemahiran apabila mengajar. Dengan adanya pengetahuan yang mendalam mereka dapat mengajar dengan lebih mendalam tentang sesuatu kaum, bangsa, budaya sesuatu kumpulan tersebut. Guru-guru juga boleh menambah pengetahuan mereka melalui bukubuku contohnya buku daripada Gary Howard (1999), yang bertajuk “ We Can’t Teach What We Don’t Know: White Teachers, Multiratial School”
2. Guru perlu mengetahuai pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu etnik. Contohnya

di Malaysia, guru perlu mengetahui bagaimana kedatangan sesuatu kaum di Malaysia seperti cina, India dan mahupun Melayu atau kaum-kaum lain yang berkaitan dengan sejarah, latar belakang, budaya, cara hidup kaum tersebut. Selaian itu juga sebagai guru adalah lebih baik sekiranya ia memahami setiap budaya pelajar yang wujud di dalam sesebuah sekolah supaya ia dapat menyatukan pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah bilik darjah dan mengelakkan berlakunya perkauman di dalam bilik darjah. Walaupun seseorang pelajar itu lain agama atau kaum tetapi guru perlu memberikan perhatian yang sama rata buat semua pelajarnya tanpa mengira latar belakang.
3. Guru juga perlu sensitif dengan tabiat dan perangai bangsa sendiri dan penyataan yang

dinyatakan dalam kelas. Mereka perlu menjaga sensitiviti sesuatu kaum contohnya menyatakan hitam seperti orang India.Hal ini akan membuatkan orang India akan memprotes dan perpaduan kaum akan musnah. Guru yang cemerlang melahirkan pelajar yang juga cemerlang apabila ia melahirkan nilai-nilai kasih sayang dan nilai moral yang baik dalam diri pelajar. Guru adalah “role model” kepada semua pelajar dan segala apa yang dilakukan itu adalah diperhatikan oleh para pelajar.
4. Pastikan bilik darjah membawa imej yang positif kepada pelbagai kumpulan etnik.

Contohnya: membuat poster, kalendar yang menunjukkan bangsa, etnik dan agama. Selain itu juga proses pengajaran yang dan pembelajaran budaya dan juga latar menggalakkan pelajar-pelajar pelbagai

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

32

belakang

belajar

dan

bekerja

bersama

melalui

pembelajaran

berkumpulan. Gabungkan pelajar-pelajar yang pelbagai budaya di dalam sesebuah kumpulan. 5. Guru perlu sensitif dengan bangsa dan tabiat etnik pelajar dan jangan menilai pelajar melalui luaran sahaja. Contohnya, melalui penyelidikan mereka menyangka kanak-kanak tidak mengenali warna. Sebagai seorang guru kita tidak boleh bersikap begitu dan tidak mempedulikan bangsa dan kaum yang berbeza. Kita seharusnya memberi tindak balas yang positif dan sentiasa berfikiran positif.
6. Guru juga perlu bijaksana dalam membuat pilihan dan alat bantu mengajar. Alat bantu

mengajar tersebut mestilah jelas dan membuatkan pelajar mudah faham. Contohnya jika ingin mengajar tajuk bangsa yang ada di Malaysia, guru mestilah pandai untuk memilih bahan yang dapat menarik pelajar untuk belajar dan membuatkan mereka mudah untuk mengingati. Contohnya seperti menunjukkan gambar dan lain-lain lagi dengan menitikbertakan kesamarataan antara semuanya. 7. Mendalami budaya dan warisan etnik sendiri. Sebagai seorang guru, kita mestilah mendalami budaya etnik sendiri. Dengan kelebihan yang ada, kita boleh menceritakan kepada pelajar kelebihan-kelebihan etnik kita dan akan dapat menambah pengetahuan mereka.
8. Mengetahui sensitiviti setiap etnik dengan lebih mendalam untuk mencapai objektif

pengajaran. Contohnya bagi orang cina mereka menganggap membawa sesetengah perkara adalah membawa sial dalam diri mereka. Maka sebagai seorang guru kita mestilah mengetahui sensitiviti mereka. 9. Sensitif dengan tahap perkembangan pelajar apabila terlibat dengan aktiviti bangsa, etnik, budaya dan bahasa. Guru juga hendaklah mengetahui tahap setiap pelajar. Contohnya dalam sesebuah kelas, tahap untuk semua pelajar berbeza-beza. Ada sesetengah pelajar lemah dalam matapelajaran tertentu, sebagai seorang guru kita hendaklah mengenal pasti tahap semua pelajar.

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

33

10. Tonjolkan pelajar kamu sebagai pemenang. Kebanyakkan pelajar mempunyai pencapaian

yang baik dalam bidang akademik dan kurikulum. Sebagai seorang guru kita mestilah sentiasa memberi sokongan dan tunjuk ajar kepada pelajar. Dengan sokongan yang diberikan oleh guru, pelajar dapat meningkatkan prestasi mereka dalam matapelajaran dan dapat meningkatkan nama sekolah. 11. Guru memainkan peranan yang penting dalam kejayaan pelajar. Setiap ibu bapa menginginkan anak mereka Berjaya dalam akademik, walaupun mereka tidak berpendidikan tinggi. Naman mereka cuba juga untuk mendapatkan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka. 12. Gunakan teknik belajar bekerjasama dan kerja berkumpulan untuk memperkenalkan bangsa dan integrasi kaum di dalam sekolah dan kelas. Contohnya di sekolah menengah kebangsaan pelajar pelbagai kaum diletakkan di dalam satu kelas untuk mewujudkan semangat perpaduan antara kaum. Dengan adanya aktiviti kerja berkumpulan, mereka dapat mengenali dengan lebih dekat lagi rakan-rakan mereka yang dari pelbagai kaum. 13. Semua aktiviti di sekolah mestilah melibatkan pelbagai bangsa, agama dan etnik. Contohnya jika ada hari usahawan, semua kaum mestilah melibatkan diri dan saling bekerjasama diantara satu dengan yang lain. Dengan kerjasama dari semua bangsa, agama dan etnik, maka dapat merapatkan hubungan diantara semua pelajar. Maka perpaduan kaum dapat dibentuk dengan begitu erat dikalangan semua kaum.

12.0 Kesimpulan Pengetahuan mengenai latar belakang pelajar serta budaya dan gaya pembelajaran mereka sedikit sebanyak membantu guru dalam menyediakan proses pengajaran dan pembelajaran pembelajaran yang yang berkesan pelbagai. kepada setiap pelajarnya dan menarik kesungguhan serta usaha mereka mencipta pengalaman-pengalaman Kepelbagaian pengajaran yang sesuai dengan tahap serta gaya pembelajaran pelajar akan

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

34

memberikan faedah kepada semua pelajar tanpa mengira kepelbagaian yang wujud di dalam sesebuah bilik darjah. Dengan kata lain, meningkatkan metodologi pengajaran dan amalan bagi pelajar-pelajar tertentu akan menghasilkan pembaikan pengajaran untuk semua. Seorang guru yang menggunakan kemahiran-kemahiran yang

berkesan dan cara pengajaran yang kreatif akan menarik minat dan memberikan peluang kepada semua pelajar-pelajarnya untuk mecapai kejayaan dalam pembelajaran. Guru yang cemerlang adalah guru yang berjaya memahami kehendak pelajar-pelajarnya dengan mendalami latar belakang serta budaya setiap pelajar-pelajarnya supaya ia dapat menyediakan proses pengajaran yang memberikan kesamarataan kepada semua pelajar. Guru-guru ini perlu tahu bahawa untuk memberikan pengajaran yang berkesan, mereka harus menunjukkan nilai-nilai budaya baik dan memahami gaya pembelajaran setiap daripada mereka. Oleh yang demikian itu, mereka edikit sebanyak akan terus tertarik untuk mengetahui dan mendalami latar belakang tentang pelajar-pelajarnya. Secara tuntasnya, sebagai seorang guru tugasnya bukan sahaja mendidik dan melaksanakan tanggungjawab menyampaikan ilmu pengetahuan kepada pelajar tetapi ia mempunyai satu tugas yang besar dalam memahami dunia pendidikan yang sebanar terutama pengurusannya di dalam sesebuah bilik darjah yang mana pada suasana kini pelajar yang wujud adalah datang dari pelbagai latar budaya antaranya adalah usia, jantina, bangsa, agama, etnik, personaliti, bahasa, status ekonomi kelurga, kesihatan, lokasi tempat tinggal, emosi, fizikal, tingkah laku dan sosial. Secara umunya untuk menjadi guru yang cemerlang cabaran-cabaran seperti ini tidak dapat tidak perlu hadapinya dalam membatu serta melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya. Selain itu juga guru bukan hanya ditugaskan dengan perkara-perkara ini bahkan juga untuk menjadikan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran menjadi efektif adalah dengan memahami gaya pembelajaran setiap pelajar-pelajarnya.

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

35

Seperti yang sudah sedia maklum bahawa setiap pelajar mempunyai tahap penguasaan dan gaya pembelajaran yang pelbagai. Ada juga pelajar yang pasif daan ada juga palajar yang aktif tetapi penilaian ini shaja tidak cukup dalam menggambarkan proses pembelajaran yang efektif kerana pelajar mempunyai pelabagai ragam kehidupan dan tingkah laku. Gurulah orang yang memainkan peranan yang sangat penting dalam menarik serta menjadikan harapan dan impian mereka tercapai. Dari segi pelajar yang pelbagai budaya, guru perlu meikirkan cara yang tersendiri dalam memeberikan kesamarataan pembelajaran yang selari untuk semua pelajar-pelajarnya tanpa mengira budaya. Di negara Malaysia sendiri mempunyai budaya masyarakat yang pelbagai dan majmuk. Oleh yang demikian guru harus memahami pelajar-pelajarnya. Melayu, cina mahupun india mempunyai tahap kefahaman dan stail pembelajaran yang berbeza-beza anatara satu sama lain. Secara kesimpulannya, keplabagaian pelajar, gaya pembelajaran, dan budaya meruapakan 3 aspek penting serta secara tidaka lensung menjadi cabaran utama dalam menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Guru perlu kreatif serta peka dengan ketiga-tiga aspek perubahan ini kerana ia akan berubah dari zaman ke zaman mengikur peredaran masa.guru yang berjaya merealisasikan perkara-perkara ini meruapakan guru yang berkesan dan cemerlang. Kepekaan guru terhadap kepelbagaian ini adalah sangat penting dalam dunia pendidikan. Apa jua cabaran yang mendatang, inilah dunia pendidikan yang ssebenar dalam menyatukan kepelbagaian pelajar yang pelbagai budaya.

13.1 RUJUKAN Kame’enui, Ej. 2002. Effective Teaching Strategies That Accommodate Diverse Learners. New Jersey: Merril Prentice-Hal

GGGB 3223 KEPELBAGAIAN PELAJAR DAN PERBEZAAN PENGAJARAN

36

Lee Shok Mee. 1991. Asas Pendidikan Psikologi Dalam Bilik Darjah. Kula Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn Bhd. Hasan Mohd Ali. 1996. Strategi Belajar Yang Berkesan. Kula Lumpur: Utusan Publication & Distrubutors Sdn Bhd http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya_Malaysia http://www.scribd.com/doc/8004852/Perbezaan-Individu http://www.smkbp.com/attachments/Pengurusan%20Bilik%20Darjah.pdf http://www.scribd.com/doc/18329879/Gaya-PembelajaranAssignmentIndividu http://rohaty-education.blogspot.com/2009/07/pendidikan-untuk-semua-dankepelbagaian.html

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->