You are on page 1of 5

KERTAS KERJA:

CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM KLINIK USAHAWAN


BERSAMA AGENSI KERAJAAN DAN INSTITUSI
KEWANGAN MIKRO KREDIT DI MELAKA SENTRAL

BERMULA:
8 OKTOBER 2009

ANJURAN :
PUSAT KHIDMAT PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA
(PKPKS)

DENGAN KERJASAMA:
MAJLIS TINDAKAN EKONOMI & SOSIAL BUMIPUTERA
BAHAGIAN PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA
PERBADANAN KEMAJUAN NEGERI MELAKA (PKNM)
BANK PERUSAHAAN KECIL & SEDERHANA (SME BANK)
MAJLIS AMANAH RAKYAT
YAYASAN TEKUN NASIONAL
BANK RAKYAT MALAYSIA BERHAD
AMANAH IKHTIAR MALAYSIA
CADANGAN MENGADAKAN PROGRAM KLOINIK USAHAWAN BERSAMA
AGENSI KERAJAAN DAN INSTITUSI KEWANGAN DI MELAKA SENTRAL

1.0 TUJUAN

Kertas kerja ini bertujuan untuk mengemukan cadangan mengadakan


program sesi Klinik Usahawan bersama agensi kerajaan dan institusi
kewangan di Melaka Sentral secara bulanan.

2.0 LATARBELAKANG

2.1 Pusat Khidmat PKS telah menjalankan program khidmat nasihat


dan rundingcara ini dengan jayanya di bangunan World Youth
Foundation. Agensi kerajaan yang terlibat didalam program ini
adalah Majlis Amanah Rakyat, Yayasan TEKUN Nasional, SME
Bank, SMIDEC, MIDF dan UTeM.

2.2 Program ini telah terhenti sementara oleh kerana perpindahan


pejabat PKPKS ke Aras 1, Menara MITC. Ruang pejabat ini
didapati kurang sesuai dijadikan tempat rundingcara kerana tidak
mesra kepada orang ramai untuk datang.

2.3 Didapati Melaka Sentral mempuyai tempat yang ideal untuk


diadakan Klinik Usahawan.
3.0 OBJEKTIF PROGRAM

3.1 Memberikan khidmat nasihat kepada usahawan mengenai


bantuan-bantuan perniagaan dan pembiayaan kewangan.

3.2 Memberikan khidmat nasihat dan tatacara mengisi borang


permohonan pembiayaan, bantuan dan geran kepada usahawan.

3.3 Memberikan khidmat menguruskan permohonan pembiayaan


kepada usahawan.

4.0 KAEDAH PENGENDALIAN

4.1 PKPKS akan mengaturkan jemputan kepada agensi-agensi dan


institusi kewangan yang terlibat.

4.2 PKPKS akan membuat hebahan umum dan promosi untuk menarik
orang ramai ke program tersebut.

4.3 Program akan bermula dari 10.00 pagi sehingga 5.00 petang.

4.4 Beikut adalah cadangan jadul sesi rundingcara yang akan


diadakan.
5.0 AGENSI KERAJAAN DAN INSTITUSI KEWANGAN YANG BOLEH
DILUBATKAN
5.1 Agensi Kerajaan
5.1.1 SME Corp Malaysia
5.1.2 Majlis Amanah Rakyat
5.1.3 TEKUN Nasional
5.1.4 Amanah Ikhtiar Malaysia
5.1.5 Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)
5.1.6 Pusat Khidmat PKS Melaka

5.2 Insitusi Kewangan


5.2.1 Bank Perusahaan Kecil & Serderhana (SME Bank)
5.2.2 Bank Kerjasama Rakyat Berhad
5.2.3 Bank Simpanan Nasional
5.2.4 Ambank Berhad

6.0 PENYERTAAN

6.1 Usahawan yang ingin mendapatkan bantuan kewangan


6.2 Peniaga baru yang ingin mendapatkan bantuan kewangan
6.3 Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat

7.0 PROMOSI

7.1 Iklan di Melaka Hari Ini


7.2 Siaran di Radio Melaka FM
7.3 Risalah dan Poster
8.0 PENGANJUR

PKPKS akan menganjurkan dan menjadi urusetia program ini dan


mengendalikan rekod serta kehadiran perundingcara.

9.0 TEMPAT

9.1 Setelah membuat kajian PKPKS mendapati Melaka Sentral adalah


tempat yang paling sesuai untuk dijalankan program rundingcara
kerana faktor-faktor berikut :

9.1.1 Tempat tumpuan orang ramai


9.1.2 Ramai peniaga beroperasi situ
9.1.3 Ruang legar yang luas untuk menempatkan pameran.

10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

Banting dan risalah = RM 500.00

11.0 KESIMPULAN

Adalah diharapkan supaya program ini dapat membantu meningkatkan


lagi kadar kesedaran orang ramai tentang peluang-peluang yang
disediakan oleh kerajaan untuk membangunkan usahawan bagi memberi
pembiayaan kewangan dan bantuan-bantuan lain bagi perniagaan
mereka.

You might also like