You are on page 1of 8

Majlis Pelancaran Pakaian Seragam Baru JPAM

Tanggal 13 September 2009, Jabatan Pertahanan


Awam Malaysia (JPAM) sekali lagi melakar sejarah
apabila melancarkan pakaian seragam yang baru ,
menunjukkan peningkatan yang setanding dengan
agensi pertahanan awam antarabangsa. Pakaian
seragam asal berwarna kelabu kehijauan telah
ditukarkan kepada warna biru,
melambangkan kemegahan
serta kesiapsiagaan JPAM dalam menangani apa jua
cabaran. Warna pakaian seragam baru JPAM ini,
adalah selaras dengan warna uniform International
Civil Defence Organisation (ICDO) yang turut
digunakan di Singapura, Ireland, United Kingdom dan
New Zealand. Ianya tidak menyerupai pakaian
seragam agensi lain dan mudah dikenali kerana masih
mengekalkan aksesori yang sedia ada seperti
beret, mufla, jambul dan kemeja dalam
berwarna oren, tanda pangkat pegawai
berwarna emas dan tali pinggang Belt 70
berwarna hitam.

Majlis yang berlangsung pada jam 2.30


petang di Akademi Latihan Pertahanan Awam ini, telah dirasmikan oleh Y.B.
Dato` Seri Hishamuddin bin Tun Hussein,
Menteri Dalam Negeri. Turut hadir, Y.B.
Datuk Wira Abu Seman bin Yusop ,
Timbalan Menteri Dalam Negeri, Y.Bhg
.Dato' Sri Mahmood b. Adam, Ketua
Setiausaha KDN, Y.Bhg Dato' Haji Abdul
Halim Abdul Hamid , Ketua Pengarah JPAM
serta dua Timbalan Ketua Setiausaha KDN . Majlis ini ternyata istimewa kerana
turut dihadiri oleh Pengurusan Tertinggi Kementerian Dalam Negeri yang lain.

Majlis dimulai dengan tabik hormat


oleh perbarisan kehormat JPAM, diikuti
ucapan pelancaran uniform baru oleh
Y.B. Dato` Seri Menteri Dalam Negeri.
Dalam majlis tersebut, Y.B. Dato` Seri turut
menyaksikan satu demonstrasi uniform
baru oleh pegawai dan anggota JPAM
Kuala Lumpur. Turut mengisi majlis pelancaran, perbarisan pasukan khas
pertahanan awam (PASPA) beruniform baru, memberi penghormatan terakhir
kepada uniform yang lama. Y.Bhg. Dato` Ketua Pengarah kemudiannya
mengiringi Y.Bhg. Dato` Seri ke sidang media.

Menurut Y.Bhg Dato` Ketua Pengarah, perubahan pakaian seragam ini


dapat mengurangkan kekeliruan orang ramai yang beranggapan bahawa
JPAM adalah juga sebahagian atau cabang pasukan tentera. Selain itu, ianya
dapat memberi rangsangan dan anjakan paradigma kepada imej JPAM untuk
bersaing serta meningkatkan kemampuan secara global setara dengan agensi
sama di seluruh dunia.

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

 
 

You might also like