P. 1
SUMBANGAN PENTADBIRAN JEPUN DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

SUMBANGAN PENTADBIRAN JEPUN DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

|Views: 1,911|Likes:
Published by samsualam halim
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

SOALAN 7

BINCANGKAN SUMBANGAN PENTADBIRAN JEPUN DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU.

PENGENALAN
Imperialisme Jepun dapat dilihat semenjak abad ke-19 lagi, apabila Jepun mempunyai hasrat untuk membuat gerakan bagi mengusai Asia Tenggara yang dikenali sebagai “Nanshin” iaitu Gerakan ke Selatan. Bagi mecapai matlamat tersebut Jepun telah menubuhkan Suruhanjaya Laut Selatan di bawah Kementerian Luar Negara Jepun itu sendiri. Kemungkinan dengan

tertubuhnya S
AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

SOALAN 7

BINCANGKAN SUMBANGAN PENTADBIRAN JEPUN DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU.

PENGENALAN
Imperialisme Jepun dapat dilihat semenjak abad ke-19 lagi, apabila Jepun mempunyai hasrat untuk membuat gerakan bagi mengusai Asia Tenggara yang dikenali sebagai “Nanshin” iaitu Gerakan ke Selatan. Bagi mecapai matlamat tersebut Jepun telah menubuhkan Suruhanjaya Laut Selatan di bawah Kementerian Luar Negara Jepun itu sendiri. Kemungkinan dengan

tertubuhnya S

More info:

Published by: samsualam halim on Oct 31, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

01/30/2013

pdf

text

original

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

SOALAN 7

BINCANGKAN SUMBANGAN PENTADBIRAN JEPUN DALAM PERKEMBANGAN NASIONALISME DI TANAH MELAYU.

PENGENALAN
Imperialisme Jepun dapat dilihat semenjak abad ke-19 lagi, apabila Jepun mempunyai hasrat untuk membuat gerakan bagi mengusai Asia Tenggara yang dikenali sebagai “Nanshin” iaitu Gerakan ke Selatan. Bagi mecapai matlamat tersebut Jepun telah menubuhkan Suruhanjaya Laut Selatan di bawah Kementerian Luar Negara Jepun itu sendiri. Kemungkinan dengan

tertubuhnya Suruhanjaya tersebut telah membuatkan ketenteraan Jepun semakin kukuh. Hal ini dapat dibuktikan apabila pada tahun 1894- 1895 pihak Jepun telah berjaya mengalahkan Negara China dan seterunya Rusia pada tahun (1904- 1905).1 Kejayaan yang dikecapi oleh tentera Jepun ini telah menyebabkan kedudukan mereka semakin kukuh dan mengakibatkan Jepun semakin agresif di Asia bagi memperjuangkan dasar imperialismenya. Oleh sebab itu juga kedudukan tentera Jepun semakin diambil serius oleh pihak Jepun yang memerintah. Setiap tahun belanjawan ketenteraan yang dikeluarkan oleh pemerintah Jepun semakin meningkat iaitu mencapai 11 900 juta yen antara tahun 1938-1942. Hal ini bertujuan untuk mempergiatkan lagi ketenteraan Jepun bagi mendapatkan kepentingan ekonominya yang semakin berkembang maju. Oleh itu, tentera Jepun mengambil langkah untuk menjayakan imperialisme di Asia bagi meluaskan tanah jajahan terutamanya di Asia Tenggara. Hal ini kerana pada tahun 1930 Jepun telah mengalami kemelesetan ekonomi akibat sekatan ekonomi yang dibuat oleh kuasa barat yang pada ketika itu mengawal pasaran dan kemasukan bahan mentah yang diperlukan oleh
1

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Hlm. 276.

1

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

perindustrian Jepun. Dengan sekatan yang dibuat oleh kuasa barat tersebut Jepun akhirnya ingin meluaskan pengaruhnya di Asia Tenggara kerana beranggapan bahawa kawasan tersebut sememangnya mempunyai kekayaan yang tersendiri seperti minyak, getah, bijih timah dan bahan-bahan mentah yang lain agar dapat mengukuhkan kembali ekonomi yang melanda Jepun.2 Perang Dunia Kedua telah bermula di Benua Eropah pada 3 September 1939, apabila negara Jerman di bawah kepimpinan Hitler telah melancarkan serangan ke atas Poland. Sebelum itu pada 1936, Jerman (di bawah kepimpinan Hitler), Itali (Mussolini) dan Jepun (General Tojo) telah membentuk satu pakatan yang dikenali sebagai kuasa Paksi. Dalam pakatan tersebut Itali dan Jerman akan menguasai Eropah dan Afrika, manakala Jepun akan menakluki benua Asia. Terdapat juga satu lagi pakatan yang menjadi peranan dalam berlakunya Perang Dunia kedua iaitu yang dikenali sebagai Kuasa Berikat. Kuasa Berikat ini terdiri daripada pihak British , perancis, Amerika Syarikat dan sekutu-sekutunya yang membuat pakatan bersama termasuk negeri Cina Kebangsaan. Pakatan kuasa paksi pula telah menggunakan pelbagai teknik untuk mengusai bahagian-bahagian yang termasuk dalam perancangan meraka bagi bertujuan mendapatkan kepentingan yang berganda dalam penguasaan Kuasa Paksi di Asia. Terutamanya menewaskan Kuasa Berikat kerana pada masa itu kebanyakkannya di Asia dikuasai oleh kuasa tersebut. Salah satunya teknik yang digunakan oleh Pihak Jepun iaitu cuba berpura- pura untuk berbuat baik dengan Amerika Syarikat. Jepun telah menghantar utusan ke Amerikat Syarikat untuk membuat rundingan bersama dengan Amerika Syraikat. Tetapi malangnya, rundingan tersebut tidak dapat mencari kata putus yang muktamat bersama. Hal ini dibuat adalah kerana berkemungkinan Pihak Jepun ingin hanya menggunakannya untuk mengaburi pandangan pihak Amerika Syarikat. Hal ini supaya Amerika Syarikat menyangka bahawa Jepun benar-benar ingin berbaik dengan Amerika Syarikat yang telah
2

Ibid. Hlm. 277.

2

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

membuat rundingan di Washington. Tetapi, tanggapan Amerika Syarikat tersebut telah hancur apabila pihak Jepun telah melancarkan serangan secara mengejut tanpa mengisytiharkan perang terlebih dahulu. Serangan tersebut dilancarkan di kawasan yang terdiri daripada pelbagai tempat iaitu Pear Harbour di Pulau Hawai, Hong Kong, Filipina dan Tanah Melayu, termasuk Singapura. Serangan tersebut adalah dilancarkan dalam masa yang sama iaitu pada tahun 8 Disember 1941 dan pada hari berikutnya barula Jepun mengisytiharkan perang ke atas Amerika Syarikat dan Britain.3

PENDUDUKAN JEPUN DI TANAH MELAYU
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 apabila tentera Jepun telah mendarat di bahagian utara Semenanjung Tanah Melayu iaitu di Kota Bharu, kelatan dan ada juga tentera Jepun yang mendarat di Pattani dan Singgora yang terletak di pantai timur selatan Siam.4 Pada masa itu, British menafsirkan serangan tentera Jepun yang akan dilancarkan keatas Tanah Melayu adalah di bahagian pintu masuk daripada Singapura. Oleh itu, kelengkapan perang British untuk mempertahankan Tanah Melayu kebanyakannya tertumpu di Singapura,

tetapi ramalan yang dibuat tersebut telah disalah tafsirkan.5 Dua hari kemudian selepas pendaratan tersebut, pada tahun 10 Disember 1941 tentera Jepun telah menyerang dua buah kapal perang angkatan tentera laut British yang mempunyai kelengkapan yang canggih di pangkalan laut singapura yang telah digerakan ke pantai barat dan ingin belayar ke utara Semenanjung Tanah Melayu bagi menambahkan kekuatan dan menangkis serangan tentera
3

Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara. Hlm. 21-23. Haji Buyong Bin Adil.(1982). Sejarah Terengganu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 197

4

5

Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara. Hlm. 23

3

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Jepun yang bermula daripada utara Tanah Melayu. Tetapi malangnya, angkatan perang keduaduanya yang bergelar Prince of Wales dan Repulse itu telah berjaya dimusnahkan oleh tentera Jepun dengan cara mengebom kedua- dua kapal perang tersebut yang berdekatan dengan luar pantai kuantan. Dengan penenggelaman kedua-dua kapal tersebut telah menimbulkan kesan kepada British iaitu telah melemahkan kekuatan tentera British dan telah mengakibatkan kepada kemaraan tentera Jepun untuk terus berjuang bagi menguasai Tanah Melayu dengan mudah.6 Sekitar bulan Februari 1942, pertahanan British di sepanjang Selat Johor bertambah lemah akibat serangan tenterea Jepun. Hal ini telah memberi peluang kepada tentera Jepun untuk menyeberangi selat itu dan mendarat di pantai barat laut Singapura. Angkatan tentera udara British di Tengah, Kranji dan Seletar ditawan. Kedua-dua pihak telah bertempur di kawasan Bukit Timah. Akan tetapi, bahagian utara dan tengah Singapura sudah jatuh ke tangan tentera Jepun. Pada 15 Februari 1942, iaitu selama 70 hari bertempur. Akhirnya, tentera British di Singapura telah menyerah kalah kepada Jeneral Tomoyuki Yamashita, Komander Tentera Jepun yang dikenali sebagai "Harimau Malaya". Tentera British diwakili oleh Jeneral A.E. Percival. Jeneral Percival tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa menyerah kalah dan telah menandatangani surat perjanjian pada pukul 8.30 malam disebuah syarikat Motokar Ford di Jalan Bukit Timah, Singapura. Surat perjanjian tersebut mempunyai syarat- syarat yang telah dipersepakati oleh kedua- dua belah pihak pada tahun 15 Februari 1942. Hal ini kerana pasukan tentera British telah mengalami kekurangan peralatan seperti peluru dan ubat bedil. Tambahan pula, bekalan makanan dan air semakin berkurangan. Bilangan askar Jepun juga melebihi bilangan askar British.7 Selain itu, kekalahan British di Tanah Melayu di tangan Jepun adalah
6

Haji Buyong Bin Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 359

7

Haji Buyong Bin Adil. (1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 321.

4

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

disebabkan akibat serangan yang dilakukan oleh Jepun secara mengejut dan diluar dugaan British.8 Oleh itu, British mudah ditewaskan. Serangan tentera Jepun ke atas Tanah Melayu adalah merupakan sebahagian daripada rancangan Jepun yang mempunyai cita-cita untuk menubuhkan “Pemerintahan Baharu Asia Timur Raya”. Pemerintahan ini adalah merupakan suatu kawasan yang disatukan yang berpusat di Negara Jepun, China dan Manchuku. Kawasan yang termasuk dalam rancangan Jepun tersebut adalah terdiri daripada pulau-pulau dalam kekuasaan Jepun, Indo-China Perancis, Thailand, Tanah Melayu, Borneo, Hindia Timur Belanda, Australia, New Zealand dan kemungkinan juga Negara India. Kawasan-kawasan ini Jepun telah menganggap sebagai lingkungan

kesemakmuran, iaitu satu kawasan yang mempunyai kekuatan dari segi ekonomi yang boleh begerak sendiri dibawah pimpinan politik Negara Jepun.9

SISTEM PENTADBIRAN JEPUN DI TANAH MELAYU Sistem Politik
Ketika pendudukan Jepun, pentadbiran negara dikuasai sepenuhnya oleh Jepun. Jepun telah mentadbir dan menguasai Tanah Melayu adalah bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 15 Ogos 1945 yang mempunyai pelbagai senario dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu

8

Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors.Hlm. 236.

9

Zainal Abidin B. ABD. Wahid. (1972). Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 112. .

5

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

iaitu penuh dengan kucar-kacir, kepahitan dan kesengsaraan.10 Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di Singapura. Sementara itu, Singapura pula telah dikenali sebagai Syonan dan diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Dari segi pentadbiran , wilayah pentadbiran tentera telah menggabungkan NNS, NMB NMTB dan Sumatera. NNS dan negeri-negeri Tanah Melayu diletakkan di bawah seorang Gabenor Jepun dan manakala, Singapura pula ditadbirkan sebagai tanah jajahan yang diletakkan di bawah seorang Datuk Bandar yang digelar sebagai Mayor. Sementara negeri Perlis, Kedah, kelantan , dan Terengganu diletakkan di bawah pemerintahan Siam pada Ogos 1943 sehingga 16 Ogos 1945.11 Hal ini bertujuan untuk membalas jasa pemerintah Thai kerana telah membantu Jepun dalam peperangan untuk memasuki Tanah Melayu dengan mudah. Selain itu, kemungkinan juga dapat mengurangkan beban terhadap pelaksanaan pentadbiran yang akan dijalankan oleh pemerintahan ketenteraan Jepun. Bagi memastikan agar tidak berlaku pemberontakan sebuah pasukan tentera telah dibentuk iaitu pasukan polis tentera yang dikenali sebagai ‘kempetai’. Ditubuhkan untuk mengambil tugas anggota polis British. Kempetai merupakan pasukan polis tentera Jepun yang menjaga kepentingan pentadbiran Jepun. Ada anggota pasukan ini yang bertindak dengan kejam dan ganas.12 Sebuah mahkamah tentera ditubuhkan untuk membicarakan kes politik. Bagi mendapatkan sokongan rakyat, kedudukan raja-raja Melayu telah dikekalkan dan dijadikan penasihat berhubung dengan hal-ehwal agama.13 Mereka dijanjikan elaun sepertimana sebelum
10

Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors.Hlm. 238. Barbara, Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. (1989). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya : MacMillan. Hlm. 288. Haji Buyong Adil.(1982). Sejarah Terengganu. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 198. Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara.

11

12

13

6

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

perang, walaupun bayaran tersebut tidak pernah dibuat sepenuhnya. Satu Majlis Penasihat Negeri telah ditubuhkan dengan keanggotaannya terdiri daripada wakil semua kaum. Sultan hanya dilantik sebagai Timbalan Pengerusi atau penasihat kepada Residen Jepun yang menjadi pengerusi. Bagi mendapatkan sokongan penduduk Tanah Melayu, pelbagai pertubuhan kebajikan bagi kaum berlainan ditubuhkan tetapi tidak mendapat sokongan. Bagi memastikan agar Tanah Melayu terputus hubungan luar khususnya maklumat dari siaran radio pihak Berikat, Kerajaan Jepun pada Ogos 1942 telah membuat keputusan untuk mengharamkan simpanan ataupun penggunaan radio gelombang pendek. Pada September 1943, filem-filem kepunyaan musuh Jepun telah diharamkan penayangannya di Tanah Melayu. Pada tahun 1944, muzik pihak musuh telah diharamkan daripada dimainkan atau disimpan dan tempat hiburan.14 Dalam usaha untuk memastikan orang Melayu memberi sokongan kepada pemerintah Jepun, tentera Jepun telah membebaskan tahanan politik yang ditahan semasa pemerintahan British dan telah kembali menghidupkan pertubuhan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob. Walaupun begitu, pihak Jepun telah mengharamkan KMM pada 1942 kerana gerakan ini mula menunjukkan sikap penentangan terhadap pemerintah Jepun.15

Ekonomi
Pada pemerintahan Jepun, ekonomi Tanah Melayu juga turut berubah iaitu ekonomi bebas kepada ekonomi sara diri dan telah menjalankan dasar tutup pintu di Tanah Melayu. Hal ini
Hlm. 28.
14

Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors. Hlm. 239. Abdullah Zakaria bin Ghazali & Zainal Abidin Borhan. (1994). Johor Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia. Hlm. 223-225.

15

7

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

kerana Jepun ingin menjadikan ekonomi Tanah Melayu bergantung semata-mata kepada pengeluaran terutamanya dalam pembekalan makanan dan tidak menggalakkan eksport, sebaliknya menggalakkan industri-industri ringan yang menghasilkan barangan keperluan Negara Jepun. Terdapat permit-permit perniagaan yang dikeluarkan oleh pentadbiran tentera Jepun bagi memastikan syarikat-syarikat berpuas hati dengan urusan perniagaan yang dibuat oleh Jepun. Oleh itu, pengurusan perusahan dan perniagaan diserahkan kepada kaisha yang dikenali sebagai syarikat dan kumiai yang dikenali sebagai persatuan perniagaan.
16

Perusahan-

perusahan yang di buat di Tanah Melayu adalah untuk menghasilkan barangan gentian yang dapat diimport seperti minyak masak, sabun, gula, tayar, kertas, tali dan benang. Disamping itu, Jepun juga telah memaksa rakyat menanam tanam-tanaman makanan seperti ubi kayu, keledek dan keladi untuk mengatasi masalah kekurangan sumber makanan. Pada masa pentadbiran Jepun ianya lebih mudah dikenali sebagai ‘Zaman Ubi Kayu’.17 Hal ini kerana pada masa itu ubi kayu merupakan makanan yang utama bagi menggantikan beras yang semakin berkurangan. Kemungkinan besar yang mengakibatkan makanan beras semakin berkurangan adalah disebabkan tindakan pentadbiran Jepun itu sendiri yang telah memberikan sebahagian besar Negeri-negeri Utara kepada Siam yang sememangnya mempunyai tanah yang rata dan subur sesuai dengan penanaman padi. Oleh itu, berkemungkinan tanah yang subur untuk menanam padi telah berkurangan dan mengakibatkan penduduk hanya menanam ubi kayu sebagai makanan harian. Selain itu, perusahan bijih timah dan getah turut mengalami nasib yang sama apabila British telah memusnahkan peralatan lombong dan logi pemprosesan getah semasa berundur ke

16

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Hlm. 284. Ibid. Hlm. 284.

17

8

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Singapura bagi mengelakkan ianya jatuh ke tangan Jepun.18 Tindakan British ini dikenali sebagai dasar ‘bumi hangus’.19 Berkemungkinan British tidak mahu hasil kegiatan yang mereka usahakan selama ini di Tanah Melayu, terutamanya bijih timah dan getah yang merupakan penyumbang ekonomi yang terpenting sekali bagi ekonomi British. Oleh itu, British terpaksa memusnahkannya agar kegiatan tersebut tidak memberi faedah langsung kepada pentadbiran Jepun yang akan mentadbir Tanah Melayu akibat kekalahan British ditangan tentera Jepun. Dalam masa yang sama, pihak Jepun juga telah memperkenalkan mata wang sendiri kemungkinan bagi memudahkan pengurusan jual-beli. Tetapi apa yang berlaku pengeluaran wang kertas yang dicetak telah melebihi keperluan akibat tanpa kawalan yang ketat. Oleh yang sedemikian telah berlakunya inflasi yang cukup ketara iaitu semasa dua bulan pentadbiran Jepun, sebanyak 65 juta sahaja wang jepun berada dalam pasaran tempatan dan diguna pakai. Tetapi pada bulan Februari 1943 telah meningkat iaitu dianggarkan terdapat 285 juta wang kertas yang berada di pasaran.20 Oleh itu, harga barang-barang telah melambung tinggi dan nilai mata wang Jepun telah jatuh. Hal ini telah menambah lagi kerumitan dalam kehidupan masyarakat tempatan bagi mendapatkan keperluan-keperluan barangan yang berguna kepada mereka seperti beras.

18

Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shafie. (1994). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara. Hlm. 77. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Hlm. 284.

19

20

Ibid. Hlm. 284.

9

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Gambar 1.*

Gambar 2.* ( sumber: http://radzami.blogspot.com/2009/01/duit-jepun-pokok-pisang-dengan-siri-no.html).21

Hal yang paling buruk sekali dalam pentadbiran Jepun adalah menggunakan buruh-buruh paksa untuk memenuhi kepentingan ekonomi. Hal ini dapat dilihat yang paling teruk semasa melaksanakan pembinaan jalan kereta api maut di Burma yang dianggarkan sebanyak 73 502 orang yang dikenali sebagai romusha yang dipaksa dan tanpa diberi upah. Jika sesiapa yang tidak mematuhi arahan tersebut akan diambil tindakan yang keras oleh polis tentera iaitu kempetai.22 Akibatnya beratus-ratus orang telah terkorban dalam pembinaan jalan kereta api maut tersebut. Apa yang dilaksanakan oleh pentadbiran Jepun dalam ekonomi Tanah Melayu ini
21
Radzami. (2009, January 21). Duit Jepun Pokok Pisang. Diperolehi October 17, 2009, dari http://radzami.blogspot.com/2009/01/duit-jepun-pokok-pisang-dengan-siri-no.html. * Contoh duit Jepun, pokok pisang dengan siri no MA 680597, 10 Dollars bersaiz (159 x 77 mm). . Digunakan di Tanah Melayu semasa pendudukan Jepun. Ibid. Hlm. 285.

22

10

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

cukup jelas bahawa pentadbiran Jepun hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata sahaja dan sehinggakan memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan masyarakat tempatan.

Sosial
Manakala, dasar pentadbiran Jepun dalam aspek sosial pula dapat dilihat bahawa pentadbirannya sangat memilih perkauman. Pentadbiran Jepun telah memberi layanan yang berbeza kepada setiap kaum. Dimana dapat dilihat masyarakat Melayu dan India dilayan dengan baik bagi mereka yang bersefahaman dengan pihak Jepun. Tetapi, ada juga yang dilayan dengan kejam bagi masyarakat ini. Layanan Jepun terhadap masyarakat Cina di Tanah Melayu adalah sebaliknya iaitu telah dilayan dengan teruk sekali.23 Hal ini kerana kebanyakkan masyarakat Cina adalah anti-Jepun dan Jepun mengetahui juga bahawa masyarakat Cina ini telah membantu perjuangan Nasionalis China semasa China menentang Jepun pada tahun 1937 dengan memberi sumbagan ‘moral’ dan ‘material’ yang banyak kepada kerajaan Chungking yang dibawah pimpinan Jen. Chiang Kai Shek. Masyarakat Cina sering menjadi mangsa kesengsaraan dan buruan pihak Jepun kerana mudah dikenali akibat ditubuh mereka sering ada tanda-tanda yang dikenali sebagai ‘tatoo’.
24

oleh itu, ramai orang Cina telah lari ke dalam hutan untuk

mengelakkan penyeksaan, kebuluran dan kezaliman Jepun dan menyertai tentera MPAJA.25 Pada masa yang sama, ramai orang Melayu yang bekerja dengan tentera Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dengan MPAJA,

23

Ibid. Hlm. 285-286. Abdullah Zakaria bin Ghazali & Zainal Abidin Borhan. (1994). Johor Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia. Hlm. 227. Ibid. hlm. 227.

24

25

11

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah dan telah menutup sekolah-sekolah Inggeris. Penggunaan Bahasa Jepun dalam pendidikan di Tanah Melayu ini merupakan salah satu kaedah yang digunakan oleh Jepun untuk menjepunkan mayarakat Tanah Melayu. Selain itu, Jepun menginginkan masyarakat Tanah Melayu supaya mempunyai semangat yang tinggi. Dengan itu Jepun telah melatih pemuda-pemuda tempatan menerusi sekolah khas yang dikenali sebagai koakurenjo di Singapura dan Melaka. Melalui latihan yang diberikan tersebut Jepun cuba menyemai ‘seishin’ iaitu semangat pemuda berkemungkinan agar pemuda-pemuda tempatan lebih setia dengan Jepun. Di masa yang sama Jepun juga menggalakkan rakyat tempatan menyertai persatuan-persatuan yang diwujudkan bagi membina semangat kejiranan seperti Epposho dan Hudasho. Di samping menyemai semagat kejiranan ia juga dapat memudahkan pengawalan rakyat tempatan dan dapat mewujudkan hubungan yang harmoni antara Jepun dengan rakyat tempatan.26 Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah merebak tidak seperti mana pentadbiran British yang teratur dan menjaga kepentingan kesihatan rakyat

tempatan. Terutamanya penyakit tropika semakin merebak yang tidak ada tindakan yang diambil oleh Jepun untuk rakyat tempatan tetapi lebih menumpuhkan perhatian kepada kesihatan tentera Jepun sahaja. Dalam kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan taraf kesihatan penduduk di
26

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Hlm. 286-287.

12

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Tanah Melayu.27 Selain itu, hal ini dapat menunjukkan bahawa sikap Jepun yang tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusian kerana hanya ingin menumpang kesenangan dan telah menindas rakyat tempatan dengan penuh kejam bagi menjaga kepentingan Jepun sahaja terutamanya dalam setiap aspek pentadbiranya tidak kira politik, ekonomi dan sosial. Walau bagaimanapun, kesan penyadbirannya sebegini telah menyumbangkan dan meningkatkan semangat nasionalisme dalam diri rakyat tempatan secara tidak langsung bagi menentang penjajah.

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu telah berakhir apabila Amerika telah menggugurkan bom atom ke Bandar Hiroshima pada 6 Ogos 1945 dan di bandar Nagasaki pada 9 Ogos 1945 yang telah mengakibatkan banyak bangunan yang hancur dan ramai rakyat Jepun yang telah terkorban dalam serangan yang telah dibuat oleh Amerika secara tidak disangka-sangka. Maharaja Jepun iaitu Tenno Heika telah membuat satu surat mengisytiharkan menyerah kalah kepada Amerika dan sekutu-sekutunya. Akhirnya, pada 15 Ogos 1945 telah membuat pengakuan dan menyebarkan kekalahan Jepun ke seluruh dunia dengan tiada bersyarat. Tetapi tandatangan telah dibuat pada 2 September 1945 yang ditandatangan oleh wakil Maharaja Jepun dengan pemerintah tertinggi angkatan perang Amerika disebuah kapal yang bergelar Missouri yang berhampiran dengan Teluk Tokyo.28 Oleh yang sedemikian dapat dilihat bahawa Jepun telah mentadbir dan menguasai Tanah Melayu adalah bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 15

27

Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors. Hlm. 238-239.

28

Haji Buyong Adil. (1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 322.

13

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

Ogos 1945 yang mempunyai pelbagai senario dalam kehidupan masyarakat semasa pentadbiran Jepun tersebut.

SUMBANGAN PENTABIRAN JEPUN NASIONALISME DI TANAH MELAYU

DALAM

PERKEMBANGAN

Sumbangan pentadbiran Jepun dalam meningkatkan perkembangan nasionalisme di Tanah Melayu pada mulanya dapat dilihat semasa bermulanya serangan Jepun ke atas Tanah Melayu itu sendiri. Dimana Jepun telah menggunakan propaganda iaitu telah melaungkan selogan ‘Asia untuk orang Asia’ bagi menarik perhatihan rakyat Tanah Melayu untuk menyokong Jepun bagi membebaskan Asia Tenggara daripada terus dikuasai oleh barat terutamanya British. Propaganda yang digunakan ini dapat memberikan kesan dalam menyemai sikap antiimperialisme Barat dalam kalangan rakyat tempatan.29 Dengan kekalahan British di tangan Jepun telah membuktikan bahawa orang Asia mampu untuk bangkit dan meningkatkan lagi semangat nasionalisme rakyat

29

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Hlm. 277.

14

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

tempatan.30 Oleh itu, pandangan rakyat tempatan di Tanah Melayu terhadap British telah berubah dan inginkan kebebasan atas bantuan Jepun. Dengan kedatangan Jepun ini telah memberi kesan terhadap menaikkan semangat rakyat tempatan secara tidak langsung. Seterusnya, semasa pentadbiran Jepun telah bermula pada tahun 1942 dasar pemerintahan Jepun adalah dasar ketenteraan. Oleh itu, Jepun telah menubuhkan beberapa pasukan pertahanan tempatan yang telah memberi peluang kepada rakyat Tanah Melayu untuk mempelajari pelbagai ilmu dalam ketenteraan. Antara pasukan yang telah ditubuhkan ialah Jeikedan, Tonariguni, Heiho, Giyugun dan PETA iaitu Pembelah Tanah Air. Kebanyakan ahlinya adalah terdiri daripada bekas Kesatuan Melayu Muda dan pasukan ini dibawah tanggungjawab Ibrahim

Yaakob yang diberi pangkat sebagai Lt. Kolonel.31 Dalam pertubahan persatuan-persatuan ini dapat diambil bahawa telah memberi pendedahan kepada semangat kebangsaan. Umumnya telah mendedahkan semangat mempertahankan negara sehingga titisan darah yang terakhir. Semangat seishin ini merupakan aspek terpenting dalam perjuangan tentera Jepun menikmati kemenangan.32 Melalui PETA telah dapat meningkatkan kesedaran dalam mempertahankan negara dan mengenal erti kemerdekaan yang sebenar. Hal ini nyata apabila Jepun mengundurkan diri. Disamping itu, dalam sistem pendidikan semasa pentadbiran Jepun turut memberikan peluang kepada orang-orang Melayu menerima semangat kebangsaan. Melalui sistem pendidikan yang menggalakkan penduduk tempatan untuk mencari ilmu yang pelbagai telah meningkatkan

30

Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors. Hlm. 236. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Hlm. 287. Ibid. Hlm. 286.

31

32

15

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

ilmu pengetahuan rakyat tempatan jika dibandingakan dengan sistem pendidikan yang telah diperkenalkan semasa pentadbiran British di Tanah Melayu. Orang-orang Melayu tidak diajar secara akademik, tetapi hanya dalam bidang kemahiran dan mendedahkan orang-orang Melayu kepada ilmu pengetahuan.33 Melalui kegiatan ini, ia sebenarnya menambahkan intelek Melayu yang akhirnya dapat digunakan untuk mencetuskan semangat dan kesedaran nasionalisme. Selain daripada faktor-faktor yang dinyatakan, kesengsaraan yang dialami oleh orang-orang Melayu dalam kehidupan seharian dan penipuan yang dilakukan Jepun telah mendorong orang-orang Melayu bangun untuk mengwujudkan organisasi anti-Jepun. Oleh itu, telah wujud askar-askar wataniah dan Force 136. Pasukan ini telah menjalankan ketenteraan secara gerila bagi menentang pentadbiran Jepun dengan bantuan dan sokongan British.34 Hal ini menunjukkan bahawa semangat nasionalissme telah berkembang dalam diri rakyat tempatan untuk menentang Jepun. pasukan ini akhirnya telah menjadi tulang belakang kepada askar Melayu setelah negara mencapai kemerdekaan. Manakala, dapat dilihat juga pada kaum-kaum yang lain dalam perkembangan nasionalisme akibat kesan pentadbiran Jepun yang telah dijalankan di Tanah Melayu. Terutamanya kaun Cina dan India yang mempunyai cara tersendiri mengikut keadaan dan layanan Jepun terhadap kaum-kaum tersebut dalam perkembangan nasionalisme semasa Jepun. Kaum India pada masa pentadbiran Jepun lebih kurang layanan yang telah diberikan kepada kaum Melayu. Jepun telah mempengaruhi cara nasionalisme kaum India agar lebih menumpukan kepada Negara asal mereka iaitu India yang masih dalam naungan British. Jepun telah mengadakan hubungan dengan pemimpin-pemimpin yang berada dalam buangan dan telah
33

Abdullah Zakaria Ghazali & Zainal Abidin Borhan. (1994). Johor Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia. Hlm. 222. Haji Buyong Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 360.

34

16

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

membantu menubuhkan Tentera Nasional (INI) dan Liga Kemerdekaan India (IIL).35 Penubuhanpenubuhan yang telah ditubuhkan ini adalah dibawah pimpinan Subhas Chandra Bose. 36 Hal ini dilakukan oleh Jepun berkemungkinan untuk mengurangkan rasa benci kaum India terhadap Jepun. Oleh itu, Jepun telah menaikkn semangat kebangsaan India agar tertumpu di India sahaja. Dengan itu dapat dilihat sebah sedikit wujudnya perkembangan nasionalisme dalam pentadbiran Jepun terhadap kaum India walaupun semangat kebangsaan meraka tertumpu di Negara asal mereka atas pengaruh Jepun. Meskipun begitu, keadaan yang tidak tenteram di Tanah Melayu berkemungkinan terdapat juga segelintir kaum India yang menentang Jepun di Tanah Melayu. Masyarakat Cina yang ada di Tanah Melayu sememangnya telah mengalami nasib yang malang tidak sama dengan kaum Melayu dan India. Mereka sangat dianti oleh Jepun akibat sokongan mereka terhadap peperangan yang berlaku antara Jepun dengan China pada tahun 1937. Oleh itu, kaum cina telah dilayan dengan teruk dan kejam. Layanan yang tidak baik ini telah mengakibatkan mereka lari masuk hutan dan membuat satu gerakan bersenjata dengan cara serangan gerila yang mendapat sokongan daripda pihak British pula. Oleh kerana Jepun telah menggunakan semangat kebangsaan bagi mendapatkan sokongan kaum Melayu dan India. Parti Komunis Malaya (PKM) telah menubuhkan Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) yang kebanyakan di sertai oleh kaum cina sendiri. MPAJA telah diberikan latihan oleh Sekolah Latihan Khas 101 di bawah pimpinan colonel J.M Gavin dan F. Spencer Chapman bagi menentang Jepun.37 Oleh itu, semangat nasionalisme kaum cina telah tercetus akibat pentadbiran

35

Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Hlm. 285. Ibid. Hlm. 288. Ibid. Hlm. 288.

36

37

17

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

dan layanan yang buruk Jepun terhadap mereka. Akibatnya kaum cina telah menunjukkan kebangkitan dalam memperjuangkan rasa ketidakpuasan mereka terhadap Jepun dalam gerakangerakan yang dibuat secara gerila.

KESIMPULAN
Jepun telah mentadbir dan menguasai Tanah Melayu adalah bermula dari 15 Februari 1942 sehingga 15 Ogos 1945. Semasa pentadbiran Jepun dapat dilihat telah mengamalkan dasar pemerintah secara ketenteraan dan telah banyak mengubah dasar pentadbiran tidak kira dalam aspek politik, sosial dan juga ekonomi. pentadbiran Jepun ini telah banyak mendatangkan kesan terhadap penduduk sama ada kesan positif atau negatif. Oleh itu, pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada perkembagan semangat nasionalisme rakyat Tanah Melayu secara tidak langsung. Kehidupan masyarakat dalam era pentadbiran Jepun telah menyedarkan rakyat tempatan supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan selepas kekalahan Jepun.

18

AEEA1101: SEJARAH MALAYSIA

BIBLIOGRAFI Abdullah Zakaria Ghazali & Zainal Abidin Borhan. (1994). Johor Dahulu dan Sekarang. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia. Barbara, Watson Andaya & Leonard Y. Andaya. (1989). Sejarah Malaysia. Petaling Jaya : MacMillan. Haji Buyong Adil. (1972). Sejarah Pahang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Buyong Adil. (1971). Sejarah Johor. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Haji Buyong Adil.(1982). Sejarah Terengganu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibrahim Mahmood. (1981). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara. Lotfi Ismail. (1983). Sejarah Malaysia 1400 – 1963. Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors. Mohamad Idris Saleh, Che Su Mustaffa & Fuziah Shafie. (1994). Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. Kuala Lumpur : Penerbit Pustaka Antara. Mohd. Isa Othman. (2002). Sejarah Malaysia (1800- 1963). Kuala Lumpur : Utusan Publications dan Distributors Sdn Bhd. Radzami. (2009, January 21). Duit Jepun Pokok Pisang. Diperolehi October 17, 2009, dari http://radzami.blogspot.com/2009/01/duit-jepun-pokok-pisang-dengan-siri-no.html. Zainal Abidin B. ABD. Wahid. (1972). Sejarah Malaysia Sa-pintas Lalu. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
19

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->