You are on page 1of 22

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/1

SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

OBJEKTIF AM

Un it

Memahami konsep sistem litar pengguna, sistem perlindungan, kabel dan aksesori
dalam pemasangan elektrik.

OBJEKTIF KHUSUS

Di akhir unit ini anda dapat :  Menerangkan unit kawalan pengguna 1 fasa dan 3
fasa.  Mentakrifkan maksud litar kecil akhir (kuasa dan lampu).  Menyatakan
jenis–jenis aksesori dalam pemasangan  Menerangkan jenis-jenis kabel dalam
pemasangan  Menjelaskan sistem penebatan dan perlindungan di dalam kabel
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/2

INPUT

4.0

LITAR PENGGUNA Ianya berada di antara talian pengagihan dengan beban pengguna.
Litar utama pemasangan pengguna mengandungi unit kawalan dan perlindungan yang
berfungsi melindungi dari arus lebihan seperti litar pintas dan beban lampau dan
kebocoran arus ke bumi bagi mengelakkan dari terkena kejutan elektrik. 4.0.1 Litar
Kawalan Turutan Pengguna Ia berfungsi sebagai alat pengawalan dan perlindungan
yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri dari alat-alat
pengasingan dan pensuisan, alat perlindungan arus lebihan dan perlindungan arus
bocor ke bumi. Komponen-komponen tersebut adalah seperti yang ditunjukan oleh
Rajah 4.1 di bawah:

kWj

Rajah 4.1: Pemasangan Litar Kawalan Turutan

1. Fius pemutus dan perangkai neutral - sebagai pelindung arus lebihan dan
menghadkan arus pengguna. 2. Meter kWj - mengukur jumlah tenaga yang telah
digunakan untuk menetapkan kadar bayaran tarif. 3. Suis utama - sebagai pengasing
litar dan perlindungan arus lebihan 4. Pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus
- alat pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar. 5.
Papan agihan - pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan.
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/3

4.0.2 Litar Akhir Litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk
membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.Tujuan pembahagian
litar utama ke litar akhir ialah ; a) Untuk mengelakkan bahaya apabila berlaku
kerosakan, iaitu dengan memastikan bahawa arus kerosakan yang akan mengendalikan
sistem perlindungan itu tidak melebihi daripada sepatutnya. b) Untuk memastikan
bahawa bahagian-bahagian dalam pemasangan boleh diputuskan bekalan bagi tujuan
pemeriksaan, pengujian atau kerja-kerja membaiki tanpa mengganggu litar lain. c)
Untuk mengelakkan kerosakan yang berlaku pada sesuatu litar itu merebak ke litar
yang lain. 4.0.3 Permintaan maksima Permintaan maksima ialah arus terbesar yang
perlu dialirkan ke dalam litar, suis dan alat perlindungan pada sesuatu masa.
Ianya boleh di tentukan daripada permintaan arus keseluruhan bagi semua punca
perkakas elektrik dalam litar. 4.0.4 Litar akhir bagi soket alur keluar Ia boleh
di bahagikan kepada beberapa jenis iaitu: a) Litar jejari litar yang di sambungkan
kepada soket alur keluar dan berakhir pada soket alur keluar yang di hujung
sekali. b) Litar gelang litar yang di sambungkan kepada beberapa soket alur keluar
dan berakhir pada punca masukannya di papan fius agihan. c) Sulur merupakan satu
cabang kabel yang di sambungkan pada litar jejari dan litar gelang. 4.0.5 Litar
akhir lampu Biasanya diagihkan untuk bekalan ke punca lampu filamen atau lampu
discas. Beban lain juga disambungkan dari litar lampu seperti kipas siling dengan
syarat arus beban penuh kurang daripada yang ditetapkan. Pengalir kabel litar
akhir lampu yang diagihkan dari papan fius agihan akan berakhir di terminal siling
ros atau pemegang lampu. Litar akhir alat pegun Litar akhir alat pegun(tetap) yang
berkadar lebih daripada 3 kW tidak boleh disambungkan ke soket alur keluar. Ini
bermakna litar akhir yang berasingan perlu dipasang untuk beban tersebut.

4.0.6
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/4

4.1

AKSESORI PEMASANGAN DAN PERALATAN PERLINDUNGAN Terdapat beberapa alat tambah


(aksesori) dalam pemasangan elektrik. Antara yang paling banyak digunakan adalah
palam 3 pin, soket alur keluar dan suis. Ada juga aksesori digunakan untuk tujuan
perlindungan daripada kerosakan yang disebabkan litas pintas atau arus bocor.
4.1.1 Suis Suis adalah suatu alat mekanikal yang digunakan untuk memutus dan
menyambung bekalan kepada peralatan elektrik. Terdapat banyak jenis suis
diantaranya ialah suis togol, suis satu hala, suis satu kutub dua hala, suis
siling dan lain-lain.

Rajah 4.2 : Suis

4.1.2

Soket alur keluar dan palam . Alat ini diperlukan untuk menyambungkan bekalan
kepada peralatan elektrik mudah alih. Soket alur keluar mempuyai dua atau tiga
alur terminal manakala palam pula merupakan bahagian yang boleh digerakkan yang
mempunyai dua atau tiga pin untuk dimasukkan ke dalam soket alur keluar. Saiz
piawai bagi peralatan tersebut adalah 2A, 5A, 15A dan 30A.

Rajah 4.3 : Contoh Soket Alur Keluar Dan Palam


SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/5

4.1.3

Perlindungan Arus Lebihan. Arus lebihan ialah nilai arus tinggi mengalir dalam
sesuatu litar dan lebih daripada kadar maksima yang dibenarkan. Ianya mungkin
disebabkan oleh satu daripada perkara berikut ;
a)

Lebihan arus beban – yang disebabkan oleh beban lampau(penambahan beban lebih
daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus beban naik secara mengejut
pada peringkat permulaan penghidupan) Litar pintas - berlaku apabila pengalir fasa
dan pengalir neutral bersentuhan. Ini menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan
sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang lama untuk memutuskan litar,
kebakaran akan berlaku.

b)

4.14

Faktor pemilihan jenis-jenis perlindungan arus lebihan a) b) c) d) e) Jenis beban


Keupayaan unit perlindungan Suhu sekeliling Alat khas Harga
Awas!! Beban lebihan menyebab kan arus

4.1.5

Jenis-jenis alat perlindungan a) Fius b) Pemutus litar Jenis-jenis fius a) Fius


boleh dawai semula b) Fius katrij c) Fius kapasiti pemutus tinggi (hrc)
Jadual 4.1 : Perbezaan antara Talian Atas dan Kabel Bawah Tanah

4.1.6

Talian Atas 1. Didirikan di kawasan luar bandar 2. Menggunakan tiang kayu, besi
dan konkrit 3. Pengalir talian adalah tidak berpenebat 4. Penyelenggaraannya
adalah mudah 5. Kos pembinaannya murah 4.1.7 Fius Boleh Dawai Semula

Kabel Bawah Tanah Kawasan bandar dan rumah pangsa Menggunakan kabel berpenebat
yang ditanam dan tahan kerosakan mekanikal Pengalir yang digunakan berpenebat
Penyelenggaraannya adalah rumit Kos pembinaannya tinggi

Ia digunakan pada pemasangan pengguna domestik atau untuk arus beban yang rendah
di perindustrian ciri-ciri :
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/6

a) terdiri dari dawai elemen yang disambungkan dalam satu penghubung fius yang
boleh dikeluarkan dari tapak fius. b) Dawai elemen fius diperbuat dari aloi iaitu
campuran timah dan plumbum atau dari kuprum tulin. c) Ia boleh ditukar ganti
sekiranya elemen itu putus. d) Arus nominal bergantung kepada saiz dawai elemen
fius. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.2.
Jadual 4.2 : Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula.

Kebaikan 1. Dawai elemen fius murah 2. Senang ditukar ganti

Keburukan Menghasilkan arka dan mengeluarkan bunyi yang kuat Kemungkinan silap
mengganti saiz elemen fius

4.1.8

Fius Katrij Fius Katrij digunakan dalam palam 3 pin bagi perkakasan elektrik. Ia
boleh dianggap sebagai fius tambahan kepada fius dalam papan agihan. Ciri-ciri ;
a) Terdiri dari satu tiub yang diperbuat dari kaca atau seramik atau tembikar. b)
Arus nominal fius adalah 0.15A, 0.25A, 0.5A, 0.75A,1A, 2A, 3 A, 5A dan 13A. c)
Faktor fiusan diantara 1.5 hingga 1.75 kali. d) Kebaikan dan keburukan fius jenis
ini adalah seperti jadual 4.3
Jadual 4.3 : Kebaikan dan keburukan fius katrij

Kebaikan 1. Kadar arus nominal diketahui dengan tepat 2. Kapasiti pemutus tidak
merosot 3. Mempunyai kod warna untuk kadaran saiz yang tertentu. 4. Dapat
mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat.

Keburukan 1. Jika elemen fius putus, keseluruhan fius tidak boleh digunakan. 2.
Pemegang fius hanya sesuai dengan saiz kartrij yang tertentu.

4.1.9

Fius Kapasiti Pemutus Tinggi


SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/7

Fius ini digunakan pada tempat atau beban yang memerlukan kadar kapasiti pemutusan
yang tinggi. Ia mempunyai arus nominal yang besar dan mampu menanggung arus beban
yang tinggi. Ciri-ciri ; a) Terdiri dari satu tuib seramik dengan penutup
hujungnya yang diperbuat dari logam. b) Dawai elemen fius diperbuat dari jenis
jalur perak dan disokong oleh silikon serta diselaputi oleh serbuk mineral. c)
Mempunyai elemen penunjuk dan serbuk penanda. d) Faktor fiusan diantara 1.0 hingga
1.25 kali. e) Kebaikan dan keburukan fius jenis ini adalah seperti jadual 4.4.
Jadual 4.4 : Kebaikan dan keburukan fius pemutus tinggi

Kebaikan 1. Dapat mengelakkan terjadinya arka dan bunyi yang kuat. 2. Dapat
mengawal arus yang tinggi. 3. Kapasiti pemutusan yang tinggi. 4. Mempunyai tanda
pemutusan. - Paling mahal.

Keburukan

- Mengambil masa untuk menggantikan fius yang baru. - Hanya sesuai dengan
penghubung fius dan tapak fius yang tertentu. - Sukar didapati.

4.1.10 Istilah-istilah yang berkaitan dengan fius ;


a)

Elemen fius- adalah pengalir dengan pelbagai saiz yang akan cair apabila arus yang
berlebihan mengalir melaluinya yang tidak terhad dengan tidak memanaskan pengalir
kabel atau mencairkan elemen fius.

b) Arus nominal - arus maksima yang boleh melalui kabel atau fius pada jangka masa

c)

Arus fiusan - arus minima yang boleh mencairkan elemen fius.

d) Faktor fiusan - nisbah arus fiusan dengan kadaran arus.

4.1.11 Pemutus Litar Ia merupakan peralatan mekanikal yang digunakan untuk membuka
dan menutup litar dalam keadaan biasa (untuk tujuan penyelenggaraan) dan juga
dalam keadaan litar pintas. Bila berlaku litar pintas ia akan terpelantik secara
automatik.
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/8

AKTIVITI 4A
1.1 Takrifkan:a) litar pengguna b) litar kawalan turutan c) litar akhir 1.2
Lukiskan gambar rajah berlabel satu litar kawalan utama 1.3 Nyatakan fungsi
peralatan pemasangan yang berikut a) fius pemutus b) meter kWj c) papan agihan 1.4
Senaraikan 2(DUA) kebaikan dan 2(DUA) keburukan fius boleh dawai semula. 4.5
Apakah yang dimaksudkan dengan litar pintas?

Semoga Berjaya !!
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/9

MAKLUM BALAS 4A
4.1 a. Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan
beban pengguna b. litar kawalan turutan adalah berfungsi sebagai alat pengawalan
dan perlindungan yang terdapat pada litar utama pemasangan pengguna. Ia terdiri
dari alat-alat pengasingan dan penyuisan, alat perlindungan arus lebihan dan
perlindungan arus bocor ke bumi tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik.
4.2 Rajah litar kawalan turutan

c. Llitar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk membekalkan

kWj

4.3 a. Fius pemutus- sebagai pelindung arus lebihan dan menghadkan arus pengguna
b. Meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan untuk menetapkan kadar
c. bayaran tarif. d. Papan agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus
lebihan 4.4 Kebaikan dan keburukan fius boleh dawai semula Kebaikan Dawai elemen
fius murah Senang ditukar ganti 4.5 Keburukan Menghasilkan arka dan mengeluarkan
bunyi yang kuat Kemungkinan silap mengganti saiz elemen fius

Litar pintas - berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini
menyebabkan pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil
masa yang lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/10

INPUT

4.2

KABEL Pengalir yang berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang
membentuk suatu litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik. Kabel
berupaya : a) mengalirkan arus elektrik dari bekalan kuasa ke dalam peralatan-
peralatan elektrik atau mesin elektrik dengan selamat. b) menghalang berlakunya
denyutan daya gerak elektrik apabila tersentuh padanya. 4.2.1 Binaan

Pada amnya ia mengandungi beberapa bahagian/lapisan seperti Rajah 4.4 di bawah.


4.2.1.1 Pengalir/Teras a) Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang
diperbuat dari aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi.
b) Pemilihan kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang
rendah, mudah di bentuk dan mudah untuk proses pemetrian. c) Ia berbentuk lembaran
dawai supaya mudah dilenturkan. Contoh ukuran kabel, 7/1.04 mm 7= 7 lembar 1.04
mm= garispusat setiap lembar pengalir luas keratan rentas keseluruhan pengalir

6.0 mm2

4.2.1.2 Penebat. Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang
arus keluar. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas isian minyak, varnish
cambric, vulcanised bitumen, PVC dan getah.
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/11

4.2.1.3 Pelindung mekanikal. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk


mengelakkan kerosakan mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang
penggunaannya. Di antara bahan yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah,
pita keluli (steel tape) atau galvanizes steel wire, salutan plumbum/kuprum dan
konduit atau sesalur.

3 2 1

Rajah 4.4 : Gambar rajah binaan kabel .

4.2.2

Teras Kabel Jenis-jenis teras kabel yang biasa digunakan dalam pemasangan
ditunjukkan dalam Rajah 4.5.

1. Teras tunggal

2. Kabel 2 teras

3. Kabel 3 teras

4. Kabel teras berbilang.

Rajah 4.5 : Jenis-jenis teras kabel


SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/12

4.2.3

Syarat-Syarat Pemilihan Kabel Untuk menghantar tenaga elektrik dengan selamat,


ekonomikal, beberapa syarat/peraturan perlu diambil kira: a) Mempunyai saiz
pengalir yang berpatutan supaya tidak berlaku kepanasan dan susutan voltan dalam
had yang ditetapkan. b) Mempunyai penebat yang sempurna dan selamat. c) Kabel
mestilah mempunyai kestabilan dari segi fizikal pada keseluruhannya. d) Mempunyai
perlindungan mekanikal untuk mengelakkan daripada kerosakan yang teruk e)
Penggunaan kabel mestilah mengikut had/kelas tertentu sesuai dengan nilai voltan
yang digunakan.

4.2.4

Faktor Pemilihan Jenis Kabel a) b) c) d) e) f) g) Tempat hendak digunakan/keadaan


sekeliling Jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan Jangka masa ketahanan yang
dikehendaki Kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi Perbelanjaan yang dianggarkan
Rupabentuk Mampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan yang keterlaluan.

4.2.5

Kord Dan Kabel Boleh Lentur Ia merupakan suatu jenis kabel yang mempunyai lembaran
pengalir yang banyak dan halus. Ia lebih mudah dilenturkan berbanding dengan kabel
biasa. Jadual 4.5 adalah perbandingan di antara kord dan kabel boleh lentur.
Jadual 4.5 : Perbandingan kord dan kabel boleh lentur

Kord boleh lentur 1. Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi kord ialah 4.0
mm2 atau kurang 2. Disambung di antara siling ros dan pemegang lampu anting-anting
3. Disambungkan antara plug atau palam dan alat-alat mudah alih

Kabel boleh lentur Luas keratan rentas keseluruhan pengalir bagi kabel ialah lebih
4.0 mm2 Disambungkan untuk kadaran beban yang lebih besar Disambungkan di antara
palam dan alat-alat tetap
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/13

Nama kabel adalah bergantung kepada; a) Perlindungan mekanikalnya b) Penebatan


yang digunakan c) Teras pengalir kabel tersebut 4.2.6 Jenis-Jenis Kord Dan Kabel
Boleh Lentur 1. Penebat PVC kembar selari

penebat 2. Penebat PVC kembar berpintal

pengalir

3. Penebat PVC beranyam iii


i ii

iv

i. ii. iii. iv.

pengalir salut PVC anyaman benang salut PVC

Rajah 4.6 Jenis-Jenis Kord dan Kabel Boleh Lentur.


SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/14

4.2.7

Fungsi Kabel dan Pengenalan Warna


Jadual 4.6 : Pengenalan warna kabel

FUNGSI KABEL Pengalir perlindungan Pengalir litar satu fasa Fasa R bagi litar 3
fasa Fasa Y bagi litar 3 fasa Fasa B bagi litar 3 fasa Positif bagi litar 2, 3
dawai arus terus (a.t) Negatif bagi litar 2 dawai arus terus (a.t) Negatif bagi
litar 3 dawai arus terus (a.t) Dawai tengah bagi litar 3 dawai (a.t)

PENGENALAN WARNA Hijau dan kuning Merah atau kuning atau biru Merah Kuning Biru
Merah Hitam Biru Hitam

Jadual 4.7 : Kabel Yang Digunakan Oleh TNB

JENIS PVC INSULATED -Single core -Twin core -Multicore PAPER INSULATED -Single
core -Belted -Screened OIL FILLED -3 Core self contained -Single core self
contained XLPE -Aerial cable -Single core -XLPE 3 core

VOLTAN LV LV LV

6.6kV, 11kV, 22kV,33kV LV, 6.6kV, 11kV 22kV, 33kV

22kV, 33kV, 132kV 132kV 11kV, 33kV{SAXKA) 11kV, 22kV,33kV,132kV 11kV


SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/15
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/16

AKTIVITI 4B

4.6

Berikan takrifan istilah yang berikut :i. Kabel ii. iii. penebat kabel iv.

Pengalir kabel Pelindung mekanikal

4.7
4.8

Lakarkan dan labelkan rajah binaan kabel penebatan PVC. Nyatakan DUA faktor utama
yang perlu difikirkan sebelum membuat pemilihan saiz kabel. Berikan TIGA sebab
mengapa pengalir kabel biasanya diperbuat dari kuprum.

4.9

4.10Tukarkan saiz kabel 7/2.14mm dalam bentuk luas keratan rentas. Tunjukkan
pengiraan anda.

Semak jawapan anda pada maklum balas di sebelah.


SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/17

MAKLUM BALAS 4B
4.6 i. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu litar pada beban dalam sistem
pemasangan elektrik ii. Berfugsi membawa bekalan elektrik iii. Penebat adalah
bahan yang mempunyai rintangan yang tinggi bagi menghalang arus mengalir keluar
iv. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan
mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya 4 4.7 1 2 3

1. 2. 3. 4.

pengalir salut PVC anyaman benang salut PVC

4.8 Faktor pemilihan saiz kabel i. suhu/kepanasan ii. tahap voltan 4.9 Pemilihan
kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah, mudah di
bentuk dan mudah untuk proses pematerian(soldering) 4.10 d= 7 x 2.14mm A= π d2 =
π(7 x 2.14)2 =
4 4

176.24 mm2
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/18

Penilaian Kendiri
Untuk mengukur prestasi, anda mestilah menjawab semua soalan penilaian kendiri ini
untuk dinilai oleh pensyarah anda

1. Takrifkan:i. ii. iii. litar pengguna litar akhir kabel

2. Lukiskan gambar rajah satu litar kawalan turutan serta nyatakan fungsi bagi
setiap komponen dalam litar tersebut. 1. Berikan sebab-sebab berlakunya arus
lebihan 2. Senaraikan kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi 3.
Lukiskan binaan utama kabel serta nyatakan fungsi bagi setiap binaan tersebut. 4.
Nyatakan 2(DUA) kegunaan kord boleh lentur. 5. Nyatakan 4 (EMPAT) faktor pemilihan
jenis kabel.

SELAMAT MENCUBA
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/19

MAKLUM BALAS KENDIRI

1 ( i). Litar pengguna adalah litar yang berada di antara talian pengagihan dengan
beban pengguna ii. litar akhir ialah litar yang keluar dari papan agihan untuk
membekalkan tenaga elektrik terus kepada peralatan elektrik. iii. Pengalir yang
berpenebat dikenali sebagai kabel. Ia adalah suatu bahan yang membentuk suatu
litar pada beban dalam sistem pemasangan elektrik

2.
kWj

1. fius pemutus dan perangkai neutral- sebagai pelindung arus lebihan dan
menghadkan arus pengguna 2. meter kWj- mengukur jumlah tenaga yang telah digunakan
untuk menetapkan kadar bayaran tarif. 3 suis utama- sebagai pengasing litar dan
perlindungan arus lebihan 4. pemutus litar bocor ke bumi kendalian arus- alat
pelindung kepada kebocoran arus ke bumi dan sebagai pengasing litar. 5. papan
agihan- pengagih litar kecil akhir dan pelindung arus lebihan. 3. Sebab-sebab arus
lebihan berlaku ialah ; i. lebihan arus beban – yang disebabkan oleh beban
lampau(penambahan beban lebih daripada yang dibenarkan) atau permulaan beban (arus
beban naik secara mengejut pada peringkat permulaan penghidupan) ii. litar pintas-
berlaku apabila pengalir fasa dan pengalir neutral bersentuhan. Ini menyebabkan
pengalir kabel menjadi panas dan sekiranya alat perlindungan mengambil masa yang
lama untuk memutuskan litar, kebakaran akan berlaku.
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/20

4.

Kebaikan dan keburukan fius kapasiti pemutus tinggi; Kebaikan 1. Dapat mengelakkan
terjadinya arka dan bunyi yang kuat Keburukan Paling mahal

2. Dapat mengawal arus yang tinggi 3. Kapasiti pemutusan yang tinggi

Mengambil masa untuk menggantikan fius yang baru Hanya sesuai dengan penghubung
fius dan tapak fius yang tertentu Sukar didapati

4. Mempunyai tanda pemutusan 5.

Komponen utama binaan sebuah kabel adalah seperti rajah

3 2 1

1. Pengalir/Teras Semua kabel mempunyai satu atau lebih teras yang diperbuat dari
aluminium atau kuprum yang mempunyai nilai pengaliran yang tinggi. Pemilihan
kuprum sebagai pengalir kerana ia mempunyai nilai rintangan yang rendah, mudah di
bentuk dan mudah untuk proses pematerian. Ia berbentuk lembaran dawai supaya mudah
dilenturkan. 2. Penebat. Penebat mestilah mempunyai rintangan yang tinggi bagi
menghalang arus mengalir keluar. Jenis-jenis penebat yang digunakan ialah kertas
isian minyak, varnish cambric, vulcanised bitumen, PVC dan getah. 3. Pelindung
mekanikal. Bahan yang digunakan disekeliling penebat untuk mengelakkan kerosakan
mekanikal pada kabel semasa pemasangan atau sepanjang penggunaannya. Di antara
bahan yang digunakan ialah, salutan PVC, salutan getah, pita keluli (steel tape)
atau galvanizes steel wire, salutan plumbum/kuprum dan konduit atau sesalur.
SISTEM PEMASANGAN ELEKTRIK

E1063/UNIT4/21

6.

Dua kegunaan kod boleh lentur ; i. Disambung di antara siling ros dan pemegang
lampu anting-anting. ii. Disambungkan antara plugatau palam dan alat-alat mudah
alih Faktor pemilihan jenis kabel i. tempat hendak digunakan/keadaan sekeliling
ii. jenis pendawaian/jenis beban yang digunakan iii. jangka masa ketahanan yang
dikehendaki iv. kemungkinan kerosakan yang akan dihadapi v. perbelanjaan yang
dianggarkan vi. rupabentuk vii. lampu yang membawa arus maksima tanpa pemanasan
yang keterlaluan.

7.

BOLEH TERUSKAN KE UNIT 5

You might also like