You are on page 1of 17

Bandar dan proses

pembandaran

-Takrif.
-Jenis-jenis bandar.
-Faktor-faktor pembandaran.
-Peranan bandar dalam
pembangunan.
Takrif bandar
 Bandar menurut Marcus & Detwyler (1985),
menyatakan bahawa terdapat 3 definisi utama:
 Pertamanya bandar adalah suatu unit politik, suatu
petempatan yang didiami oleh sejumlah penduduk
atau suatu kelompok rumah kediaman atau lain-lain
struktur atau kadangkala ia juga dilihat hanya dari
segi penghuninya saja.
 Sebagai contohnya mengikut Bangsa-Bangsa
Bersatu (Demographic Yearbook) 1968-1969
menyatakan bahawa di Malaysia sesuatu kawasan
boleh dianggap bandar bila penduduknya berjumlah
10,000 orang atau lebih.
Takrif bandar
 Keduanya bandar adalah satu gabungan
antara tempat dengan penghuninya.
 Di sini bandar ditakrifkan untuk meliputi
keseluruhan elemen semulajadi, sosial dan
buatan manusia yang terkelompok dalam
kawasan yang mempunyai ramai
penduduk; penduduknya mempunyai
kebudayaan yang tinggi termasuklah dalam
berbagai-bagai kemahiran tetapi tidak
dapat menghasilkan tenaga yang
mencukupi.
Takrif bandar
 Ketiganya dari segi fungsi ia boleh
dianggap sebagai satu ekosistem
terbuka yang mengembangkan
kebudayaan bandar melalui
pertukaran bahan dan tenaga.
 Di sini, dengan adanya sistem
pengangkutan yang baik, kawasan
pedalaman dapat menyediakan
sumber-sumber yang diperlukan
oleh bandar (pekerja) dan pekerja
pula dapat menyerap beberapa hasil
dari bandar.
Takrif pembandaran

 PEMBANDARAN
“Satu proses perubahan
masyarakat, stuktur ekonomi &
fizikal dalam satu kawasan
asalnya bersifat desa kepada
bandar”.
Pembandaran
 Proses pembandaran mampu
dikenal pasti:
i. Pertumbuhan/perkembangan
bandar-pertambahan jumlah
penduduk.
ii. Migrasi desa-bandar.
iii. Perluasan dan perkembangan
guna tanah bandar.
iv. Kemudahan-kemudahan sosial
dan kemudahan infrastuktur.
Peranan bandar
 Secara umumnya terdapat 5 fungsi
bandar:
i. Penyediaan persekitaran / suasana yang
sentiasa berubah.
ii. Sebarkan idea pembangunan, inovasi,
teknologi dan maklumat.
iii. Penyebaran pembangunan .
iv. Melahirkan golongan / kelas menengah
yang mudah menerima anjakan
perubahan.
v. Sediakan keadaan sesuai bagi
perkembangan ekonomi moden.
Fungsi (i) bandar
 ”Dari segi perumahan, bandar-bandar di
Malaysia komited untuk menyediakan
rumah yang cukup untuk penghuninya.
Penglibatan pihak swasta dalam
menyediakan rumah-rumah adalah
cerminan imej kerjasama yang baik
yang wujud antara pihak kerajaan
dengan swasta. Bandar-bandar di
Malaysia juga komited untuk
menyelesaikan masalah setinggan
dengan sasaran setinggan sifar
menjelang tahun 2005 di seluruh negara
dan tahun 2000 bagi Kuala Lumpur.”
Jenis-jenis bandar

Bandar

Bandar raya

Metropolis

Megalopolis
Latih tubi

 Senaraikan 6 ciri mengenai


salah satu jenis bandar yang
anda tahu mengikut kumpulan
masing-masing
Faktor-faktor pembandaran

 Semua kawasan sentiasa melalui


proses urbanisasi. Apa yang
membezakan ialah faktor-faktor
yang mempengaruhi di sesebuah
kawasan memungkinkan perubahan
mampu dicapai secara cepat atau
sebaliknya.
 Di Malaysia terdapat beberapa
faktor yang membawakan kepada
penjana urbanisasi bandar.
Faktor-faktor pembandaran

 Di antaranya ialah:
1. Kemajuan industri
memproses sumber-sumber
semula jadi.
2. Pertambahan penduduk
bandar secara semula jadi.
3. Pembinaan kilang selepas era
1970-an melalui DEB.
Peranan bandar dalam
pembangunan
 Bandar memainkan peranan yang
penting dalam Revolusi
Perusahaan.
 Kini di Malaysia misalnya
bandar(ibu negeri) memainkan
peranan penting dalam
pembangunan berbanding bandar
kecil di sekitarnya.
 Misalnya Kota Kinabalu lebih
dominan berbanding Tawau dan
Sandakan.
Peranan bandar dalam
pembangunan
 Umumnya terdapat 5 peranan
bandar dalam menjana
pembangunan :
1) Pemasaran.
2) Pekerjaan.
3) Pemodenan.
4) Kemudahan perkhidmatan.
5) Pembauran inovasi.
Kemudahan perkhidmatan

 Kemudahan perkhidmatan
pengangkutan
Peta Rangkaian Transit Aliran
Ringan Kuala Lumpur
Latih tubi

 Bincangkan 2 peranan bandar


dalam pembangunan sesebuah
negara. Sila gunakan contoh
yang relevan.

You might also like