You are on page 1of 13

1.

0 Pengenalan

Rencana yang dikaji ini bertajuk ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ ditulis oleh Darina Osman
dan Anizon Hussin. Analisis teks dilakukan berdasarkan strategi diksi, strategi naratif,
strategi skema dan majaz, pemilihan kata sendi nama, penggunaan ayat dalam teks
dan perenggan utama serta jenis-jenisnya.

1.1 Strategi Diksi

Menurut Kamus Dewan Edisi keempat (2007: 351), diksi merujuk kepada pemilihan dan
penggunaan kata yang tepat dan berkesan untuk mengungkapkan idea (peristiwa dll)
secara bertulis atau lisan.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir (2007: 119) dalam Komsas dan
Tatabahasa Melayu: Teras Pegangan Guru, diksi bermaksud pemilihan, penyusunan
dan penggunaan kata-kata khusus yang puitis dalam percakapan atau penulisan. Diksi
yang sesuai dan baik dinilai daripada aspek ketepatan, kejelasan, kemunasabahan dan
keunikannya dalam penggunaan.

Terdapat dua aspek penting dalam diksi iaitu strategi mikro dan strategi makro.
Alam, dialek, budaya, hidupan, lokasi, panggilan, tumbuhan dan seranah merupakan
contoh pewarnaan setempat dalam strategi mikro. Manakala, strategi makro lebih
merujuk kepada linguistik seperti kata pinjaman, arkaik (ungkapan yang sudah lazim
tidak digunakan lagi), penegas kolokial, singkatan, majmuk dan ibadah.

Dalam rencana yang dikaji ini, penggunaan strategi makro iaitu kata pinjaman
yang ketara. Banyak istilah saintifik dalam bahasa Inggeris diperkenal untuk
menerangkan sesuatu pil khayal. Antaranya pil Ecstacy, pil Progesterex, pil Rohypnol,
Serotonin (sejenis bahan kimia), Benzodiazepines (Valium, Librium dan Xanax),
Roofies, Roachies, The Forget Pill, Circles, Rope dan Ruffies.

1
Selain itu, penggunaan kata majmuk dapat dilihat dalam rencana ini. Analisis
kata majmuk merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam strategi makro. Menurut
Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2009: 48), kata majmuk ialah bentuk kata yang wujud
apabila dua kata dasar atau lebih dirangkaikan menjadi satu kesatuan sintaksis yang
membawa makna tertentu. Daripada penjelasan di atas, dapat dirumuskan bahawa kata
majmuk merupakan dua atau lebih kata yang digabungkan dan membawa makna
baharu yang berbeza dengan maksud asal. Contoh kata majmuk yang terdapat dalam
rencana ini ialah mengenal pasti, penyalahgunaan dan bertanggungjawab. Manakala
penggunaan singkatan dalam rencana ini ialah menggunakan perkataan ‘tak’ yang
asalnya daripada ‘tidak’.

Jenis dalam ayat juga tergolong dalam strategi diksi (makro) iaitu
membincangkan persoalan linguistik. Contohnya ayat penyata dan ayat tanya dalam
rencana ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ ini.

Ayat penyata juga disebut ayat berita, ayat keterangan, ayat maklumat atau ayat
pernyataan. Ayat penyata ialah ayat yang diujarkan dengan maksud menyatakan
sesuatu. Ayat ini digunakan oleh penutur atau penulis untuk mengatakan atau
memberikan maklumat kepada pendengar dan pembaca. Ayat ini diujarkan tanpa
mengharapkan jawapan atau gerak balas.

Contoh dalam rencana ini ialah, “Penggunaan pil khayal khususnya ecstacy
dikatakan boleh membawa maut. Pil ini boleh menyebabkan kerosakan yang teruk
pada otak, sistem saraf, jantung dan hati serta boleh membawa maut”.

Selain itu, penggunaan ayat tanya juga digunakan dalam penulisan rencana ini.
Ayat tanya merupakan ayat yang digunakan untuk meminta maklumat atau untuk
mendapatkan jawapan. Jawapan daripada sesuatu pertanyaan bukan sahaja dapat
dinyatakan dengan mengiyakan atau menidakkan, malah dapat berupa penjelasan.

2
Contohnya, “Pernahkah kamu mendengar tentang ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’?
Tidak lama dulu, akhbar tempatan pernah menyiarkan tentang kewujudan pil khayal
yang dikenali sebagai ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’ yang kini menjadi pilihan popular di
kalangan lelaki kaki disko...”.

Contoh kedua, “Kiasnya, umpama membeli sehelai baju, kenapa kita memilih
warna merah atau biru? Tentunya kerana itu adalah pilihan kita dan kita rasa puas hati
dengan apa yang dipilih”

Contoh ketiga, “Jika sudah tahu dadah itu memusnahkan bukan sahaja fizikal,
tetapi juga masa depan mereka, kenapa diteruskan?”

Dalam strategi mikro pula, terdapat beberapa lokasi yang dinyatakan melalui
rencana ini. Contohnya, University di Baltimore, Amerika Syarikat dan Shah Alam.
Contoh panggilan pula ialah ‘pil rogol’ dan ‘pil dating’, ‘Ibu Syaitan’ iaitu gelaran bagi pil
khayal dan juga pengkid (seorang wanita yang berpenampilan seperti lelaki).

1.2 Strategi Naratif

Kamus Dewan Edisi keempat (2007: 1070) mendefinisikan naratif sebagai satu cerita
atau kisah tentang peristiwa, pengalaman dll yang mengisahkan sesuatu.

Strategi naratif yang digunakan dalam rencana ini ialah jenis laporan. Hal ini
dapat dilihat pada pendahuluan rencana ini yang menyatakan kesan pengambilan
dadah. Contohnya, “Kajian perubatan mendapaati kegilaan mengambil pil khayal,
khususnya ecstacy di kalangan remaja hari ini sebenarnya boleh mengakibatkan
kemusnahan pada sel otak. Kajian oleh Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika
Syarikat mendapati dadah itu berupaya merosakkan saraf yang berakhir di bahagian
otak yang bertindak mengeluarkan serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidur,
ingatan, kemahuan, sakit dan seks. Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan
lebih banyak kehilangan penghantar serotonin.”.

3
Satu contoh lagi yang melihat bahawa rencana ini menggunakan strategi laporan
iaitu, “Menurut Pegawai Penyiasat Narkotik Daerah Shah Alam, Chief Inspektor
Mohamed Salim Gulam Mohammad, pil Ecstacy biasanya digunakan oleh remaja yang
gemar mengunjungi pusat-pusat hiburan seperti disko, bagi yang menggunakan pil ini,
biasanya dia akan bercakap berlebihan, bertindak balas kepada muzik yang kuat
dengan menggoyangkan badan/kepala, kelihatan resah/cemas, panas baran, kerap
minum air kerana suhu badan panas dan berpeluh”.

Seterusnya, strategi naratif yang digunakan dalam rencana ini ialah soalan-
jawapan. Contohnya, “Pernahkah kamu mendengar tentang ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’?
Tidak lama dulu, akhbar tempatan pernah menyiarkan tentang kewujudan pil khayal
yang dikenali sebagai ‘pil rogol’ atau ‘pil dating’ yang kini menjadi pilihan popular di
kalangan lelaki kaki disko atau kasanova untuk menjerat gadis sebelum memperkosa
mereka”.

Strategi percontohan juga digunakan dalam rencana ini. Contohnya, “Kesan


penggunaan pil itu akan menaikkan tekanan darah, mengurangkan daya ingatan, letih,
pening, keliru dan gangguan sakit dalaman”.

Selain itu, strategi naratif jenis pengkelasan juga digunakan untuk menerangkan
kelas pil-pil yang telah dinyatakan. Contohnya, “Pil ‘Rohypnol’ ini juga digunakan
bersama dadah lain seperti heroin, kokain dan alkohol. Pil ini tergolong dalam
kumpulan ubat yang dikenali sebagai ‘benzodiazepines’ yang termasuk Valium, Librium
dan Xanax”.

Strategi naratif jenis proses iaitu menceritakan satu persatu dinyatakan seperti,
“Sejenis pil khayal yang dikenali sebagai ‘Ibu Syaitan’ yang digunakan untuk
memperdayakan gadis sebelum memperkosa mereka juga dikatakan boleh
menyebabkan kemandulan pada si mangsa. Pil mudah larut yang dikenali sebagai
‘progesterex’ ini secara saintifiknya digunakan untuk mengawal kehamilan binatang
peliharaan. Pil ini sering digunakan bersama dengan sejenis pil lain yang dikenali
sebagai pil ‘Rohypnol’ (sejenis ubat bius), yang juga turut dikenali sebagai ‘dadah

4
perogol’. Apabila kedua pil itu dilarutkan di dalam air, ia boleh mengkhayalkan mangsa
dalam tempoh yang lama”.

Strategi sebab-akibat juga dapat dilihat dalam rencana ini. Contohnya,


“Sehingga tahun 2005, sebanyak 343 orang dikenal pasti menagih ecstacy. Sementara
itu 52 orang disahkan sebagai penagih berulang. Walaupun peratusannya rendah
berbanding dengan jenis dadah yang lain tetapi bagi sesiapa yang memiliki lima hingga
30 gram boleh dikenakan penjara dua hingga lima tahun dan tiga hingga sembilan
sebatan, dan pemilikan melebihi 30 gram boleh membawa penjara lima tahun hingga
seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan. Bagi pemilikan melebihi 50
gram, dianggap mengedar dadah berbahaya dan hukuman mati mandatori”.

1.3 Strategi Skema dan Majaz


Terdapat beberapa jenis strategi yang boleh dilihat dalam strategi skema dan majaz.
Strategi skema mempunyai lima jenis skema iaitu skema seimbang, skema perulangan,
skema pengguguran, skema ragaman dan skema hiperbaton. Manakala majaz pula
terdiri daripada majaz pertautan, majaz perbandingan, majaz ragaman, majaz
pertentangan dan majaz Melayu.

1.3.1 Isokolon
Isokolon tergolong dalam skema seimbang. Isokolon merupakan pengulangan frasa-
frasa dalam kepanjangan yang sama dan lazimnya berstruktur sejajar.
Dalam rencana ini, terdapat penggunaan Isokolon yang dapat dilihat melalui
perenggan pertama. Contohnya, “Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan
lebih banyak kehilangan penghantar serotonin”.

1.3.2 Epanalepsis
5
Epanalepsis pula tergolong dalam skema perulangan yang mambawa makna
pengulangan kata atau frasa yang menghasilkan kesan makna nada dan bunyi yang
puitis atau pelbagai. Epanalepsis bermaksud pengulangan kata pada akhir sesuatu
klausa yang telah terdapat pada awal klausa. Contoh dalam rencana ini ialah, “ Oleh itu,
awas! Ketika keluar, jangan sekali-kali meninggalkan minuman kamu sewenang-
wenangnya tanpa diawasi oleh orang yang benar-benar dipercayai”.

1.3.3 Aliterasi
Aliterasi juga tergolong dalam kumpulan skema perulangan. Aliterasi merupakan
sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi konsonan yang sama pada awal kata dan
yang berturutan waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa tradisional, prosa
moden sama ada kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri Nik Ab. Kadir, 2007a: 10
dan 2007b: 96). Contohnya dalan rencana ini ialah, pucuk pangkalnya terpulang pada
remaja sendiri.

1.3.4 Asonansi
Asonansi merupakan sejenis gaya bahasa pengulangan bunyi vokal yang sama pada
setiap baris atau pada setiap ayat yang biasanya secara berturutan supaya
memperoleh kesan tertentu waima dalam puisi tradisional, puisi moden, prosa
tradisional, prosa moden sama ada kreatif atau bukan kreatif (Nik Hassan Basri Nik Ab.
Kadir, 2007: 40). Contohnya, “Walaupun penggunaannya bukan baru, namun bagi
remaja inilah cara terbaru untuk meredakan tekanan daripada sebarang masalah”.

1.3.5 Ekslamasi

6
Ekslamasi merupakan salah satu strategi yang terdapat dalam majaz atau juga disebut
sebagai Tropes. Konsep ekslamasi ialah menggunakan kata seru bagi menegaskan
maksudnya.
Dalam menganalisis rencana ini, terdapat penggunaan ekslamasi yang ketara.
Tajuk rencana ‘Awas! Akibat Pil Khayal’ sudah menunjukkan penggunaan ekslamasi
untuk menegaskan perkataan ‘awas’. Contohnya:
i. Yang menakutkan, kesan jangka panjang, mangsa mungkin tidak boleh
mengandung!
ii. Tapi, buang tanggapan itu!
iii. Oleh itu, awas!
iv. Mengapa perlu mencuba sesuatu yang mereka sendiri tahu akan bahayanya dan
jika mahu mencubanya juga, merekapun sebenarnya tahu akibatnya!

1.4 Pemilihan Kata Sendi Nama

Pemilihan kata sendi nama yang tepat merupakan satu elemen yang penting dalam
penggunaan kosa kata. Kata sendi ialah perkataan yang letaknya di hadapan frasa
nama. Antara kata sendi nama yang lazim digunakan dalam bahasa Melayu ialah di, ke,
dari, daripada, kepada, pada, antara dan banyak lagi.
Semasa menganalisis rencana ini, terdapat beberapa sedikit kesilapan dalam
pemilihan kata sendi nama. rencana ini banyak menggunakan ‘di kalangan’ sedangkan
kata sendi ‘di’ digunakan untuk menyatakan tempat. Maka, penggunaan ‘di kalangan’
haruslah digantikan ‘dalam kalangan’.
Selain itu, terdapat ayat yang menggunakan perkataan ‘dari sudut kesihatan’.
Kata sendi ‘dari’ bertugas sebagai untuk menyatakan masa atau waktu. Maka
penggunaan ‘dari’ dalam konteks ayat di atas adalah tidak sesuai. Oleh itu, untuk
menyatakan ayat tersebut, kata sendi ‘dari’ mestilah digantikan dengan ‘daripada’
menjadi ‘daripada sudut kesihatan’.
1.5 Penggunaan Ayat Dalam Teks

7
Penggunaan ayat yang berkesan amat penting dalam penulisan. Hanya dengan ayat
yang berkesan buah fikiran atau informasi dapat disampaikan kepada pembaca dengan
jelas dan tepat. Ayat yang berkesan mempunyai ciri-ciri seperti yang berikut:
 Kesatuan dan kepaduan ayat
 Kesejajaran bentuk dalam ayat
 Kepelbagaian ayat
 Penekanan dalam ayat
 Logik dalam berbahasa
 Kehematan dalam ayat
 Kemurnian dalam ayat

Terdapat tiga ciri yang dikenal pasti terdapat dalam rencana ini iaitu logik dalam
berbahasa, kehematan dalam ayat dan kemurnian dalam ayat.

1.5.1 Logik Dalam Berbahasa


Logik tidak sahaja bermaksud ‘dapat diterima akal’ atau ‘rasional’ tetapi juga proses
berfikir yang sistematik dalam membuat penaakulan. Asas berfikir logik melihat
hubungan sesuatu perkara atau konsep dan menyimpulkan hubungan antara perkara
atau konsep dan menyimpulkan hubungan antara perkara atau konsep tersebut secara
teratur supaya idea yang dinyatakan tidak bercanggah. Daya hujah yang baik dan logik
berkaitan langsung dengan pengolahan dan pembinaan ayat yang padu dan jelas.
Dalam menganalisis rencana ini, terdapat gagasan yang tidak logik. Contohnya,
“Di Amerika Syarikat, meskipun pil ‘Rohypnol’ ini diharamkan namun ia masih boleh
didapati dilebih 60 negara untuk merawat beberapa masalah tidur dan masalah sakit
jiwa yang serius. Pil ini mudah memerangkap mangsa kerana ia cepat larut tanpa
meninggalkan sebarang tanda warna”.

1.5.2 Kehematan Dalam Ayat


Unsur penting lain yang perlu dilihat dalam pembinaan ayat yang berkesan ialah
kehematan. Kehematan dalam ayat bermaksud cermat dan tepat dalam penggunaan
8
kata, iaitu tidak menokok tambah kata atau frasa yang membazir, berlebih-lebihan
dalam ungkapan atau menggunakan kata sifat yang tidak jelas maksudnya.
Contoh yang boleh dilihat dalam rencana ini ialah, “Usah hancurkan masa depan
kamu dengan ‘kesilapan kecil’ yang mungkin tidak pernah kamu duga selama ini...”.
Ayat di atas merupakan contoh ayat kabur kerana pengarang tidak menjelaskan secara
terperinci maksud ‘kesilapan kecil’.

1.5.3 Kemurnian Dalam Ayat


Kemurnian dalam ayat bermaksud menjaga keaslian struktur ayat bahasa Melayu dan
mengelakkan terserapnya pengaruh sintaksis bahasa Inggeris atau bahasa Arab di
dalamnya. Contoh penyerapan sintaksis bahasa Inggeris dalam rencana ‘Awas! Akibat
Pil Khayal’ ini ialah “...apa yang penting kini ialah melaksanakan mekanisme tertentu
untuk menyelesaikan permasalah yang berlaku...”. Penggunaan ‘apa’ dalam ayat
bahasa Melayu merupakan pengaruh daripada bahasa Inggeris.

1.6 Perenggan Utama dan Jenis-jenisnya

Analisis seterusnya membincangkan perenggan utama dan jenis perenggan yang telah
digunakan dalam rencana ini.

1.6.1 Perenggan Permulaan


Isi perenggan permulaan bertujuan mengutarakan aspek pokok perbincangan dalam
karangan. Sebagai bahagian yang mengawali sesebuah karangan, perenggan
permulaan haruslah berfungsi untuk menarik minat pembaca dan mengemukakan
pokok perbincangan. Perenggan permulaan boleh dibina dengan bentuk-bentuk berikut:
 Kutipan, peribahasa, anekdot.
 Pendapat atau pernyataan seseorang tokoh.
 Menyatakan maksud dan tujuan penulisan.
9
 Mengemukakan pertanyaan.
 Catatan peribadi.

Terdapat lima jenis teknik perenggan permulaan yang boleh digunakan.


Antaranya, teknik Kontrak Masa, teknik Penglibatan Pembaca, teknik Kenyataan Luar
Dugaan, teknik Ungkapan dan Falsafah dan teknik Pertanyaan.
Dalam rencana ini, pengarang menggunakan salah satu teknik seperti yang
dinyatakan di atas iaitu teknik kenyataan luar dugaan. Contohnya, “Kajian perubatan
mendapati kegilaan mengambil pil khayal, khususnya ecstacy di kalangan remaja hari
ini sebenarnya boleh mengakibatkan kemusnahan pada sel otak. Kajian oleh Johns
Hopkins University di Baltimore, Amerika Syarikat, mendapati dadah itu berupaya
merosakkan saraf yang berkahir di bahagian otak yang bertindak mengeluarkan
serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidu, ingatan, kemahuan, sakit dan seks.
Lebih banyak digunakan mengakibatkan lebih banyak kehilangan penghantar
serotonin”.

1.6.2 Perenggan Pengembang


Perenggan pengembang bertujuan menjelaskan pokok perbincangan yang sebelumnya
telah dinyatakan dalam perenggan permulaan. Terdapat beberapa fungsi perenggan
pengembang dalam sesebuah teks. Antaranya ialah mengemukakan inti persoalan,
memberi ilustrasi dan contoh, menjelaskan hal yang akan dibicarakan pada perenggan
berikutnya, meringkaskan isi perenggan sebelumnya dan mempersiapkan dasar atau
landasan bagi kesimpulan.
Dalam rencana yang dikaji ini, berlaku pengembangan. Pengarang memberikan
ilustrasi dan contoh pil khayal serta menerangkan bahaya pengambilan pil khayal.
Pengarang juga menyatakan hukuman yang akan diterima kepada sesiapa yang
memiliki pil-pil khayal seperti pil ecstacy.

1.6.3 Perenggan Penutup


10
Perenggan penutup merupakan kesimpulan bagi seluruh isi karangan. Perenggan ini
juga merupakan pernyataan kembali maksud panulis dengan mengejapkan kefahaman
pembaca. Perenggan akhir tidak seharusnya terlalu panjang, pernyataannya dapat
mencerminkan seluruh isi karangan dan dapat memberi kesan yang mendalam kepada
pembaca.
Dalam rencana ini, cara penulisan perenggan penutup memenuhi ciri-ciri yang
dinyatakan di atas. Penutupnya tidak terlalu panjang dan memberi kesan yang
mendalam kepada pembaca. Contohnya, “Pucuk pangkalnya terpulang pada remaja
sendiri. Muhasabahlah diri kamu bahawa kamu masih muda belia, masih punya masa
yang panjang yang harus dimanfaatkan. Jika sudah menderita atau kesakitan kesan
pengambilan pil dadah itu, ia tidak berguna lagi”.

1.7 Ayat Tesis


Ayat atau pernyataan tesis paling penting dalam penting dalam penulisan karangan
atau teks seumpama, dan jumlahnya hanya satu. Biasanya ayat tesisi wujud pada
bahagian awal perenggan. Ayat tesis menjadi panduan pembaca untuk mengesan hala
tuju karangan yang ditatap. Dengan membaca pernyataan tesis, pembaca mampu
memahami isi keseluruhan karangan. Ayat tesis mempunyai dua fungsi utama, iaitu
menyatakan idea utama karangan dan membantu penyusunan karangan.

Ayat tesis yang betul mempunyai ciri-ciri seperti ayat lengkap tetapi bukan
berbentuk ayat tanya, pendapat penulis termasuk dalam pernyataan tesis, pernyataan
tesis “menyempitkan” topik yang umum dan satu idea dinyatakan dalam pernyataan
tesis. Contoh dalam rencana ini ialah, “Kajian perubatan mendapati kegilaan
mengambil ecstacy di kalangan remaja hari ini sebenarnya boleh mengakibatkan
kemusnahan pada sel otak. Kajian oleh Johns Hopkins University di Baltimore, Amerika
Syarikat mendapati dadah itu berupaya merosakkan saraf yang berakhir di bahagian
otak yang bertindak mengeluarkan serotonin, iaitu bahan kimia yang mengawal tidur,

11
ingatan, kemahuan, sakit dan seks. Lebih banyak dadah itu digunakan mengakibatkan
lebih banyak kehilangan penghantar serotonin”.

1.8 Ayat Topik


Ayat topik atau ayat fokus mengorganisasi merupakan isi atau gagasan utama yang
menjadi tema seluruh perenggan serta memangu pengembangan idea bagi menyokong
tesis karangan. Terdapat beberapa perenggan utama dalam ayat topik iaitu:
1. Ayat penyangga utama iaitu ayat yang mengembangkan gagasan dalam ayat
topik dan merujuk ayat topik secara langsung.
2. Ayat penyangga kecil iaitu ayat yang menyediakan keterangan lanjut tentang
ayat topik dan merujuk penyangga utama secara langsung.
3. Ayat kesimpulan iaitu ayat terakhir yang menutup perenggan sebelum beralih
kepada perenggan seterusnya.

Contoh yang boleh dilihat dalam rencana ini ialah, “Penggunaan pil khayal,
khususnya ecstacy dikatakan boleh membawa maut. Pil ini boleh menyebabkan
kerosakan yang teruk pada otak, sistem saraf, jantung dan hati serta boleh
mengakibatkan maut. Walaupun penggunaannya bukan baru, namun bagi remaja inilah
cara terbaru untuk meredakan tekanan daripada sebarang masalah”.

Ayat pertama seperti yang dinyatakan di atas merupakan contoh ayat topik iaitu
menjadi ayat penyangga utama. Kemudian ayat tersebut dikembangkan dengan
memberi penjelasan yang lebih terperinci tentang kesan-kesan akibat pengambilan pil
khayal tersebut.

2.0 Kesimpulan

Kesimpulannya, semasa menganalisis teks ini dapat dilihat penggunaan dan


kepelbagaian ayat yang gramatis dan tidak gramatis. Penggunaan diksi, strategi naratif
12
malah jenis perenggan haruslah dititikberatkan untuk menghasilkan teks seperti
rencana dengan lebih berkesan dan menarik.

13

You might also like