P. 1
TAMADUN CINA

TAMADUN CINA

|Views: 4,025|Likes:
Published by nazrin_mohdnadzri
titas
titas

More info:

Categories:Types, School Work
Published by: nazrin_mohdnadzri on Nov 02, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as PPT, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

07/05/2014

pdf

text

original

TAMADUN CINA

DISEDIAKAN OLEH; SAG 2009/10

Persekitaran Geografi budaya Cina.
• Faktor Geografi memain peranan yang penting dalam pembentukan bangsanya • Pembentukan tamadun Cina banyak bergantung pada persekitaran dalaman seperti zaman Xia Shang Zhou. • Bangsa Xia, Shang dan Sou mengadakan aktiviti kehidupan mereka di wilayah ’Zhong Yuan’ dan Barat Laut. • Di sebelah selatan terdapat rintangan bukit-bukit, • Di sebelah utara terdapat padang pasir yang luas dan di sebelah barat terdapat tanah curam.

Kerangka masyarakat budaya Cina
• Masyarakat Cina dibentuk oleh bangsa Jia Zu dan keluarga. • Ia dilengkapi dengan sempurnanya sistem Zong Fa dengan hubungan darah dalam mengawal kerangka keluarga dan sistem bangsa. • Jia Zu dan Zong Zu ada sesetengahnya akan menjadi hamba dalam sistem itu. Sistem ini dibahagi kepada Da Zong dengan Xiao Zong seperti dalam prinsip Wu Lun (5 perhubungan). • Pada zaman selepas Chun Qiu sistem Zhong Fa menuju ke arah keruntuhan. • Aliran Konfusianisme telah membentuk satu sistem pengajian Ren.

Ekonomi Pertanian mempengaruhi terhadap budaya Cina
• Susunlapis masyarakat Cina dibahagi kepada 4 peringkat iaitu kaum pelajar, kaum tani, kaum pekerja dan kaum pedagang. • Dalam budaya Cina, setiap dinasti dalam mentadbir negara menganggap rakyat sebagai paling asas iaitu memberi perhatian tentang keadaan rakyat dan menyelesaikan persoalan kehidupan rakyat. • Cina merupakan negara pertanian yang besar dan pertanian merupakan asas dalam pembangunan negara.

Konsep warisan falsafah Cina
Konsep Ren
– Takrif : Ren membawa maksud kemanusiaan, kasih sayang. Ren sebagai kesedaran akhlak, kod nama untuk seluruh akhlak Takrif : Li membawa pengertian tatasusila; sistem masyarakat; peraturan pelakuan perhubungan di antara manusia dengan manusia; untuk membezakan order susun lapis masyarakat; sebagai kerangka pentadbiran negara; lambang adat istiadat corak kehidupan status yang berbeza Takrif : Pelakuan yang paling tinggi tidak melebihi atau mengurangi dari segi akhlak; jalan pertengahan untuk mengimbangkan dan mengharmonikan segala perkara sebagai asas konsep jati diri; menekankan kepercayaan akhlak, keikhlasan dan kejujuran diri; prinsip membangun diri, prinsip perhubungan sosial, prinsip menjadi manusia. Ia merupakan satu kesedaran dan keinsafan dalam pembentukan akhlak

Konsep Li

Konsep Zhong Yong

Konsep Zong
– Takrif : Taat dan setia; tidak berbelah bahagi; apa yang kita ingin dirikan untuk diri kita, kita dirikan juga untuk orang lain; melakukan sesuatu kerja sedaya upaya dengan memenuhi tanggungjawab diri sendiri.

Konsep Shu
– Takrif : Kemaafan; apa yang kita tidak ingin orang lain lakukan terhadap diri kita, kita jangan lakukan terhadap orang lain

Konsep Yi
– Takrif : Kewajaran; keadilan; perkara yang sepatut kita lakukan

Konsep Chiu Ting dan Chiu Zhou
• • • • • Perkataan Ting merupakan lambang kuasa raja dan peralatan penting negara. Sekiranya Ting berada negara wujud, sekiranya Ting berpindah tangan maka negara lenyap. Pembesar-pembesar (Chu Hou) tidak boleh memiliki Ting dan juga tidak boleh bertanya berat/ringan atau besar/kecilnya Ting. Pembuatan Ting bermula pada dinasti Xia sebagai peralatan negara yang penting. Konsep Chiu (sembilan) merupakan satu angka yang paling disanjung tinggi dalam masyarakat purba cina dan angka ini bersama dengan angka lima, panggilan untuk sembilan lima adalah untuk menunjukan kemuliaan dan kehormatan pada kuasa raja. Konsep Wu Fan (lima arah) mudah berkembang kepada Chiu Fan (sembilan arah). Wu Fan adalah dimaksudkan timur, barat, selatan, utara, dan tengah. Chui Fan pula selain dari timur, barat, selatan, utara, dan tengah ditambah dengan empat bahagian lagi.

• •

Sejarah
• Sungai Kuning merupakan pusat pertumbuhan tamadun cina di utara dan Chang Jiang merupakan pusat pertumbuhan tamadun cina di selatan. • Kebudayaan Yangshao merupakan tamadun yang paling awal di provisi Shaanxi. • Kebudayaan Longshan bertempat di provisi Shandung dan peradaban zaman gangsa terletak di provisi Jiangxi.

Tamadun Dinasti Xia • Sejarah tamadun cina yang paling penting adalah sejarah bangsa Han. • Panggilan orang Han atau bangsa Han bermula pada dinasti Han, Panggilan orang cina hanya dengan gelaran Xia atau Hua Xia. Tamadun Dinasti Shang • Dinasti Shang merupakan Dinasti kedua negara cina. Dinasti ini merupakan dinasti perampasan kuasa. Tamadun Dinasti Zhou Tamadun Chun Qiu: keruntuhan adab dan muzik (peradaban). Tamadun Zhang Guo

Bangsa
• Bangsa Cina adalah digabungkan oleh lima kaum besar dipanggil dengan nama Zhong Hua Min Zu (bangsa Tionghua). • Pada peringkat awal, bangsa Cina dikenali dengan nama Bangsa Hua Xia kemudian bertukar nama kepada bangsa Han dan bangsa Tang pada Dinasti Tang. • Bangsa Cina mempunyai banyak kumpulan minoriti bertaburan di seluruh negara cina. Konsep Min Zu (Bangsa) • Konsep Min Zu (bangsa) lebih dirujukkan kepada penjenisan bangsa Cina, bangsa HuaXia, Han, Tang dan Hui kerana pembentukan bangsa Cina berlandas kepada 5 kumpulan suku bangsa.

Konsep Bangsa Tionghua • Konsep bangsa Tionghua pula dirujukkan kepada bahasa Han dan budaya yang diciptakan oleh bangsa Han.

Bahasa
• • • • • • • Bahasa Cina adalah merupakan panggilan pada Hanyu (Bahasa Han) dan kemudian berkembang dengan bahasa baku Beijing sebagai bahasa kebangsaannya. Bahasa Cina juga dikenali dengan panggilan bahasa Mandarin. Bahasa Cina terbahagi kepada bahasa lisan dan bahasa tulis. Bahasa lisan terbahagi kepada puluhan dialek yang berbeza-beza. Bahasa tulis Cina merupakan bahasa kebangsaannya yang menyatukan seluruh rakyat Cina yang bertutur dengan dialek yang berbeza. Bahasa Cina dipanggil juga bahasa Han yang menunjukkan maksud pada perkataan. Kaedah pembentukan bahasa cina berdasarkan pada Liu Shu iaitu Xiang Xing (bentuk imej) seperti perkataan Jit (matahari).

• Bahasa kuno cina mempunyai sejarah yang panjang sejak dinasti Shang lagi sudah terbentuk tulisan pada Jia Ku Wen (tulisan atas tulang kura-kura dan binatang), kemudian berkembang kepada Chin Wen (tulisan diatas logam). • Kaedah pembentukan huruf cina, kerangka huruf-huruf cina dan bentuk penulisan, perkataan cina kebanyakkannya merupakan perkataan gabungan bentuk dan bunyi bersumber pada imej bentuk perkataan itu.

Masyarakat dan Budaya
Sistem masyarakat • Sistem masyarakat merupakan lanjutan kepada sistem kekeluargaan. Dalam sistem masyarakat, tradisi mengutamakan order sosial dan lima perhubungan etika Sistem kekeluargaan • Ia menekankan kuasa bapa sebagai pusat dalam sistem kekeluargaan. • Nilai sistem Sangkang (hubungan raja dengan pembesar, ayah dengan anak dan suami dengan isteri), • Wu Chang (merupakan nilai-nilai seperti Ren; kemanusian, Yi; kewajaran/keadilan, Li; tatasusila/kesopanan, Zhi; kebijaksanaan, Xin; kepercayaan/amanah)

Pelbagai Agama dalam Tamadun Cina
Agama Buddha dan Falsafahnya • Semenjak agama Buddha dari India di bawa masuk ke China dari dinasti Han sampai ke dinasti Tan, • Orang Cina telah meresapkan falsafah agama Buddha menjadi corak Cina. • Agama Buddha yang penting terbahagi kepada aliran Tian Tai Zong, Wei Si Xong, Hua Yuan Zong dan Zen Du Zong. • Agama Buddha telah menggunakan kaedah penafian untuk menyelesaikan segala persoalan di dunia • Ia berjuang untuk kebebasan dan pelepasan dari derita.

Asas pemikiran agama Buddha terbahagi kepada empat iaitu : 1. Teori Si Ti • Dalil yang sebenar iaitu dukacita, pengumpulan, kemusnahan dan prinsip. 2. Teori sebab-akibat • Agama Buddha menganggap jutawan benda di dunia berasal dari kosong dan kelahirannya adalah saling bergantung dan sebab-akibat. 3. Teori balasan • Agama Buddha menganjurkan teori baik dibalas baik, jahat dibalas jahat. Konsep balasan itu terbahagi kepada balasan pada dunia kini dan balasan pada dunia akan datang.

4. Teori 3 kaedah • Segala makhluk di dunia ini saling berubah dan tidak kekal selama-lamanya, segala makhluk lahir kerana sebab-akibat, tidak ada sifat yang tersendiri. Falsfah agama Buddha adalah untuk membebaskan cengkaman naluri supaya manusia dapat membatasi keinginan nafsunya.

Agama Dao dan falsafahnya
• Agama Dao merupakan agama yang sedia ada dalam warisan China. • Ia menganggap Lao Zi sebagai ketua agamanya dan diperdewakan Lao Zi dan Zhuang Zi. • Mereka memuja dewa dewi dan mencari kaedah untuk hidup lama. • Mereka menganggap Dao sebagai daerah yang paling tinggi dari kalangan agama rakyat. • Sejarah tertubuhnya agama Dao ini mempunyai masa yang panjang sejak dari Han Timor dan dinasti Wei Jen selatan dan utara. • Agama Dao berkembang dengan pesatnya. Pada zaman Sue Tang merupakan zaman kegemilangannya

• • • • •

Konsep Dao merupakan asas kepercayaan agama Dao. Ia merupakan akar umbi segala kejadian, permulaan langit dan bumi yang dibentuk oleh lima elemen, melahirkan imej-imej jutaan benda dan punca kepada segala makhluk. Agama Dao menganggap Dao melahirkan nafas, nafas melahirkan segala benda. Dao melahirkan satu, satu melahirkan dua, dua melahirkan tiga, tiga melahirkan jutaan benda’. Ini merupakan tafsiran agama Dao terhadap punca segala makhluk. Satu membawa pengertian kasih sayang, dua membawa pengertian jimat cermat, tiga membawa pengertian tidak berani berlumbalumba. Teori agama Dao merupakan gabungan Konfusianisme dan Daoisme. Mereka juga menganjurkan pemupukan akhlak untuk mencapai usia yang panjang tidak lain tidak bukan iaitu mempelajari Dao, melakukan kebaikan, tidak meminum arak, tidak mengambil harta benda orang dan tidak melakukan perkara yang jahat. Ini semua merupakan intisari pemikiran kata larangan untuk mencapai akhlak agama Dao.

Agama Islam dan Falsafahnya
• Cina Muslim telah menggunakan kategori konsep Konfusianisme untuk mentafsirkan kitab-kitab ajaran agama Islam dibawah kerangka pengajian tauhid dan memberi pengertian Teologi. Falsafah pemikiran agama Islam China merupakan hasil gabungan budaya pemikiran Konfusianisme dengan agama Islam. Kita boleh tinjau dari beberapa aspek seperti di bawah iaitu Konsep Zhen Yi (Kebenaran Yang Satu). Teori Pengenalan : Mengkaji benda untuk mencapai ilmu Pandangan Takdir

• • •

Pandangan semesta dan nilai-nilai
• 1. • • • • Empat aliran falsafah iaitu Konfusianisme, Mosime, Daoisme dan Legalis merupakan ukuran sistem konsep nilai yang paling mempunyai pengaruh dan teoritikal Teori nilai akhlak Konfusianisme Konfusius merupakan pengasas dalam aliran Konfusianisme. Beliau adalah orang yang memperkembangkan dan mewarisi pandangan nilai akhlak dan budaya peradaban serta muzik pada zaman Zhou Barat. Ideologinya dikembangkan pada akhir zaman Chun qiu sampailah ke zaman Zhang Guo oleh Konfusius, Mengzi dan Xunzi. Konsep nilai mereka mempunyai kesamaan iaitu nilai aliran Konfusianisme berlandas kepada akhlak Ren Yi (kemanusiaan dan keadilan).

2. Teori nilai kepentingan Moisme
• Moti merupakan pengasas kepada aliran Moisme. • Beliau telah memetik sesetengah konsep nilai dari Konfusius seperti nilai Yi. • Dia mengemukakan tafsiran baru tentang konsep Yi iaitu mempunyai makna kepentingan. Yi boleh menguntungkan manusia, oleh sebab itu, dia menyatakan Yi itu adalah kepentingan. • Beliau mengemukakan pandangan nilai, saling menukar kasih sayang, saling menukar kepentingan, untuk menerangkan pandangan nilainya yang mengutamakan Yi dan mengutamakan kepentingan. • Beliau mengemukakan pemilihan nilai yang paling tinggi adalah untuk berjasa dan untuk kepentingan rakyat.

3. Teori nilai natural Daoisme
• • • • • • • Laozi dan Zhuangzi merupakan wakil aliran Daoisme Mereka telah mengambil perhatian terhadap masyarakat dan kehidupan manusia. Mereka telah mengemukakan sistem konsep dan nilai iaitu, naturalisme dan Wuwei (tanpa kegiatan). Daoisme menganggap pemilihan nilai yang paling tinggi dalam masyarakat dan kehidupan manusia adalah terletak pada naturalisme dengan tanpa bergiat. Konsep naturalisme dan Wuwei ini membawa satu sikap terhadap dunia tidak diganggugugat dan tidak mempunyai kehendak peribadi. Segala-galanya mengikut kudarat alam, tidak menekankan keadaan survival diri sendiri, bebas dengan sebebas-bebasnya pada daerah kerohanian. Konsep natural membawa erti tanpa keperluan peribadi, tanpa perlakuan yang gila, tidak memaksa, semuanya mengikut proses dan keadaan alam semulajadi.

4. Teori nilai kuasa aliran Legalis
• • • • • • • • • Aliran Legalis merupakan wakil pemikiran kuasa kebangkitan di zaman Chunqiu dan Zhang Guo. Aliran Legalis merupakan aliran yang menekankan kepada kuasa undang-undang dan kaedah. Aliran Legalis menganggap, sifat manusia adalah buruk. Perubahan masyarakat menyebabkan perubahan prinsip, Meganggap konsep nilai berkembang mengikut zaman dan juga berubah mengikut perubahan sejarah. Aliran Legalis membicarakan nilai kuasa raja iaitu raja, autoriti, perundangan dan kaedah. Raja merupakan nilai yang paling tinggi dalam kalangan manusia Kuasa adalah alat dan modal untuk mentadbirkan seluruh alam dan mentadbir pembesar-pembesar dan rakyat Sistem perundangan merupakan perkara yang paling berharga dalam mentadbirkan masyarakat

Pencapaian dalam pelbagai bidang
Kesusasteraan 1. Puisi: • Shi Jing (sastera realiti di utara) dan Chucu (sastera romantik di selatan) 2. Prosa: • Fu merupakan bentuk prosa dinasti Han 3. Drama: • Dinasti Yuan, merupakan zaman keemasan drama. Tokoh utama adalah seperti Guan Han Qing dan Wang Shi Fu 4. Fiksyen: • Dinasti Ming dan Qing merupakan zaman keemasan fiksyen • Sanguo Yanyi (roman tiga negara) • Honglou Meng (mimpi lonteng merah) 5. Kesenian • Muzik Klasik, Kaligrafi, Seni lukis, Seni pembinaan.

Sains dan Teknologi Cina
• Keistimewaan Sains dan teknologi cina lama menekankan pada dua aspek iaitu sifat kegunaan dan pandangan keseluruhan. • Kejayaan seperti catatan rekod kajian cuaca, pengukuran bentuk langit, kaedah takwim. • Dalam aspek teori Yin Yang (merupakan satu pandangan pembentukkan kuasa alam yang bertentangan ia melalui proses pertentangan pergabungan dan peruabahan) dan Wu Xing (lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah). • Teori Yin Yang dan Wu Xing merupakan asas falsafah dalam perkembangan sains dan teknologi cina, ilmu perubatan anatomi dan ilmu menjaga kesihatan.

Teori Yin Yang
• Teori Yin Yang merupakan percanggahan pertentangan dari dua aspek positif dan negatif sesuatu benda. Ia juga saling bergantung di antara satu sama lain dan ia juga saling melenyap dan menghidup antara satu sama lain

Konsep Wu Xing
• • Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah. Konsep ini saling mengawal dan saling mengatasi antara satu sama lain seperti api dengan air Wu Xing terdiri daripada lima elemen iaitu logam, kayu, air, api dan tanah. Konsep ini saling mengawal dan saling mengatasi antara satu sama lain seperti api dengan air

• •

ISTILAH-ISTILAH DALAM TAMADUN CINA
• Ren : kasih sayang, kemanusiaan, cinta, prinsip hubungan manusia dengan manusia. • Yi : kewajaran, keadilan dan perkara yang sepatut kita lakukan. • Li : peradaban, kesopanan, tatasusila, budi pekerti, peraturan perlakuan akhlak • Zhi : kebijaksanaan • Xin : kepercayaan dan amanah • Xiao : berbakti, mendengar perintah kedua orang tua • Zhong : ketaatan, patuh, tidak berbelah bagi • Shu : kemaafan • Tian : Hu han, alam langit,

• Dao : prinsip peraturan, jalan, pegangan, kaedah, • Tian Dao : kudrat alam, peraturan alam, perjalanan alam • Ren Dao : jalan manusia, prinsip manusia, pegangan manusia, peraturan manusia • Tian Ming : takdir, nasib • Wu Wei : mengurangkan kegiatan, tanpa bertindak, naturalisme • He : harmoni, bersama • Shang Tong : mengutamakan kesamaan. • Yin Yang : Konsep Positif dan Negatif • Wu Xing : 5 elemen (api, air, tanah, logam, kayu )

Tamat

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->