You are on page 1of 24

TAMADUN INDIA

DISEDIAKAN OLEH;
SAG 2009/10
Pengenalan
• Tamdun India sukar dikesan, namun
tamadun ini tetap mempunyai satu sejarah
yang panjang dan berlangsung sehingga
hari ini
• Tamadun India bersifat dinamik dan dapat
menyesuaikan diri dengan setiap zaman
yang berkembang maju itu.
Konsep dan Takrif

• Keunggulan Tamadun India kerana mengandungi beberapa agama


seperti Hindu, Islam, Buddha, Jaina dan Sikh
• Tamadun ini unik kerana perkembangannya meliputi banyak aspek
seperti agama, spirituilisme, falsafah, matematik, ekonomi, fizik, seni,
budaya, astronomi dan sebagainya
• Tamadun ini dianggap tertua di dalam dunia, ia masih sangat relevan
bukan sahaja kepada penduduk India malah kepada manusia sejaga
• Kedatangannya ke rantau Asia Tenggara dan Persekutuan Tanah
Melayu berlaku dalam beberapa fasa;
i. Pada awalnya mereka datang sebagai pahlawan semasa
pemerintahan Raja Chola di India.
ii. Peringkat kedua ialah kedatangan sebagai pedagang khususnya
selepas pembukaan Melaka yang menjadi pusat perniagaan di rantau
ini
iii. Fasa ketiga mereka dibawa masuk sebagai buruh untuk bekerja di
sektor perladangan dan lain-lain bidang tertentu.
Wilayah
Terbahagi kepada dua wilayah iaitu India Utara dan India
Selatan.
Tamadun Indo-Arya
• Penduduk-penduduk di India Utara dikenali sebagai
masyarakat Indo-Arya.
• Bahasa Sanskrit menjadi bahasa utama
• Berpegang kuat pada empat buah Veda iaitu Rig, Yajur,
Sama dan Atharva
Tamadun Dravida
• Rakyat di India Selatan pula dikenali sebagai masyarakat
Dravida. Bahasa Tamil menjadi asas untuk semua bahasa
Dravida
• Kepercayaan, pemikiran, berasaskan kepada Saivisme dan
Vaisanavisme.
Sejarah, Kerajaan dan Pentadbiran

Zaman Prasejarah (10 000 S.M. – 1000 S.M.)


• Zaman Batu Awal (Paleolitik), Zaman Batu Pertengahan
(Mesolitik) dan Zaman Batu Baru (Neolitik).
Zaman Protosejarah (3000 S.M. – 1500 S.M.)
• Zaman ini bermula di Lembah Sungai Indus.
• zaman ini dianggap tertua dan terpenting kerana
pencapaiannya dalam bidang ekonomi dan kebudayaan
• Kehidupan di bandar secara tersusun dan sistem
saluran dan bekalan air diadakan.
ZAMAN AWAL
i. Zaman Vedik (1500 S.M. - 1000 S.M)
• Menyaksikan kedatangan masyarakat Arya dari Asia Tengah.
Mereka berjaya menjadi penduduk tetap di India dan berinteraksi
dengan masyarakat tempatan. Pergaulan ini melahirkan satu
masyarakat yang dikenali sebagai Indo-Arya.
• Orang-orang Arya menghalau masyarakat Dravida yang
dahulunya menetap di kawasan tersebut ke selatan dan dengan
itu keruntuhan Tamadun Indus mula berlaku.
ii. Zaman Empayar Maurya (326 S.M. -185 S.M.)
• Memberi sumbangan yang baik terutamanya dalam bidang
agama seperti Buddhisme dan Jainisme
• Dua orang tokoh yang masyhur dalam Empayar Maurya ialah
Chandragupta Maurya dan Asoka
• Menghasilkan kitab yang bernama Arthasastra karya Kautilya
yang sehingga hari menjadi pengaruh kuat dalam soal-soal
pemerintahan.
iii. Zaman Empayar Gupta (280-550 T.M)
• Dikenali juga sebagai zaman klasik kerana perkembangan kesusasteraan
Hindu khususnya dalam seni bina kuil.
• Dua karya iaitu Sakunthala dan Kama Sutra dihasilkan pada zaman ini.
iv. Zaman Sangam (300 S.M. – 300 T.M)
• Tiga buah kerajaan yang terkenal iaitu Chera, Chola dan Pandya
v. Zaman Gelap (250 T.M.- 600 T.M)
• Memperlihatkan pemerintahan oleh raja-raja Kalabhra yang
datang dari Utara India. Mereka berjaya menundukkan raja-raja
Chera, Chola dan Pandya untuk memerintah Negara Tamil.
• Mereka menjadi penaung bagi agama Buddha dan Jaina
Sumbangannya;
• Empat kelas sosial iaitu Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra
diperkenalkan.
• Sistem Arya mempengaruhi kehidupan orang-orang Tamil khususya
dalam upacara perkahwinan.
Zaman Pallava (600 T.M. - 900 T.M.)
• Kerajaan Pallava menggantikan pemerintahan
Kalabhra
Zaman Chola (900 T.M. – 1350 T.M)
• Merupakan zaman yang paling subur dalam
sejarah negara Tamil.
• Memperlihatkan zaman gemilangan kerajaan ini
kerana pada masa itulah mereka melancarkan
serangan-serangan luar dan memperluaskan
sayap ke Dataran Ganga, Myanmar dan Sri
Lanka.
Zaman Pertengahan
i. Islam dan Dinasti Mughal (1526 T.M. – 1857 T.M.)
• Islam dan pengaruhnya yang begitu berkesan di bahagian
India Utara.
• Pada abad ke-11 sudah wujud beberapa Kerajaan Islam.
Bermula dengan Dinasti Subaktigin, Kerajaan Ghori, Kerajaan
Khilji dan berakhir dengan Kerajaan Mughal,
• Kerajaan Mughal merupakan kuasa dominan selama 400
tahun di India. Kerajaan ini diperintah oleh raja-raja yang
hebat seperti Babur, Humayun, Akbar, Jahangir, Shah Jahan
dan Aurangzeb.
ii. Kerajaan Vijayanagar (1350 T.M. – 1750 T.M.)
•  Kerajaan Viyayanagar mula menakluki kawasan Tamil Nadu
di selatan.
Zaman Eropah (1750 T.M. – 1947
T.M.)
• Bemula dengan Portugis menjejak kaki di Goa dan selepas
itu, Inggeris masuk ke India dan akhirnya mengambil alih
pentadbiran negara India secara keseluruhan.
• Inggeris memerintah India bagi satu tempoh yang panjang
dan menghadapi pelbagai tentangan daripada orang
tempatan.
• Sumbangan:
• Inggeris menyebarkan agama Kristian
• Banyak karya diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris.
• Bentuk prosa diperkenalkan.
• Muzik dan drama mendapat perhatian orang ramai. Genra
seperti novel dan cerpen mula digunakan.
MASYARAKAT DAN BUDAYA
Sistem Keluarga
• Dibahagikan kepada masyarakat Indo-Arya (utara)dan
masyarakat Dravida(selatan).
• Terdapat susunlapis masyarakat mengikut Veda yang diistilahkan
sebagai Ashrama dharma. Ianya adalah empat peringkat
kehidupan
i. Brahmacarya
• meliputi individu yang berusia sehingga 24 tahun.
• Tahap ini menentukan seseorang itu menerima ilmu
pengetahuan di samping mendisiplinkan diri dalam usaha
menempuh kehidupan selanjutnya.
ii. Grahasta
• Kehidupan berumah tangga
• Melaksanakan tanggungjawabnya kepada keluarga.
• Melahirkan anak-anak yang baik budi
• Peringkat ini menjadi nadi bagi tiga tahap lain.
iii. Vanaprasta
• Memohon seseorang itu mengalih
pandangan kepada unsur-unsur kerohanian
dan keduniaan.
• Mereka digalak menjadi pertapa dan
bermeditasi.
iv. Sannyasa.
• seseorang itu tidak mempunyai perkaitan
dengan hal-hal duniawi tetapi
menyebarluaskan idea dan pengetahuan
tentang kehidupan suci
Sistem Kasta
• Empat kasta yang utama ialah Brahmin(pendidik),
Ksatriya(pemerintah), Vaisya(peniaga) dan Sudra(pekerja).
• Sebenarnya agama Hindu tidak mendukung konsep ini dan
beberapa tokoh telah menolak kehadirannya dalam agama.
Bahasa dan Kesusasteraan
• Dua bahasa utama ialah bahasa Sanskrit dan bahasa Dravida.
• Bahasa Sanskrit digunakan oleh kumpulan Indo-Arya,
digunakan dalam penulisan kitab-kitab Veda
• Bahasa Dravida merangkumi beberapa bahasa yang penting
di bahagian Selatan India.
• Bahasa-bahasa Tamil, Telugu, Malayalam dan Kannada
dianggap penting dan bahasa Tamil dianggap sebagai bahasa
tertua.
Agama Hindu
• Agama Hindu atau Hinduisme merupakan satu cara
hidup.
• Agama Hindu sering disebut dengan istilah Sanatana
dharma yang bermaksud agama yang kekal abadi.
• Hinduisme berbeza dengan agama lain kerana tiada
pengasas dan tarikh bermulanya agama ini juga tidak
diketahui.
• Agama Hindu dibahagi kepada enam mazhab
mengikut Tuhan yang disembah,
• Siva(Saivisme), Vishnu(Vaisnavisme), Sakti(Sakta),
Muruga(Kaumaram), Ganesha(Ganapatiyam),
Surya(Sauram)
• Ia juga mengandungi amalan yang bersifat
kepercayaan kepada kelahiran semula
• Dalam Hinduisme terdapat lima prinsip yang utama.
• (i) Kewujudan Tuhan yang tunggal,
• (ii) Manusia itu suci,
• (iii) Perpaudan melalui percintaan,
• (iv) harmoni agama dan
• (v) pengetahuan tentang sungai yang suci, kitab yang
suci dan mantra yang suci.
• Sepuluh disiplin yang bersifat universal ialah kejujuran
(satya), kesederhanaan (ahimsa), tidak berzina
(brahmacharya), tidak merompak (Asteya), kesucian
(aparigraha), kebersihan (shaucha), kepuasan
(santosh), mengaji kitab (swadhyaya) dan penjimatan
(Tapas).
Agama Buddha
• Buddhisme berkembang bebas daripada pengaruh Veda.
• Agama ini diasaskan oleh Siddhartha Gautama.
• Matlamat Buddhisme ialah mengatasi samsara ataupun roda
kelahiran semula.
• Seseorang harus mengikis karma dengan menjauhi diri daripada
perbuatan jahat.
• Terdapat dua bahagian dalam ajaran ini iaitu;
a. Empat Kebenaran Mulia
i. Penderitaan itu universal (duhkha)
Ii Ada punca segala penderitaan (duhkha samudaya)
iii. Penderitaan itu boleh diatasi (duhkha nirodha)
iv. Ada cara untuk mengatasi penderitaan (duhkha nirodha marga)
b. Lapan Jalan Mulia. Pandangan yang betul (Kefahaman), Aspirasi
yang betul (Cita-Cita), Pertuturan yang betul (Komunikasi),
Kelakuan yang betul (Aksi), Kehidupan yang betul (Sara Hidup),
Usaha yang betul (Daya Usaha), Minda yang betul (Mental),
Konsentrasi yang betul (Meditasi)
Agama Sikh
• diasaskan oleh Guru Nanak dan sembilan orang Guru
Sikh termaktub dalam Sri Guru Granth Sahib Ji
• Mesej Guru Nanak dalam ajarannya menyentuh kod
moral (morality) dan kerohanian (spirituality) serta
semangat kemanusiaan (humanity) tanpa mengira
latar belakang agama, bangsa dan gender dalam
masyarakat.
• Guru Nanak mengasaskan agama Sikh dengan
berpandukan sekiranya hendak mendekati
(menyayangi) Tuhan maka haruslah kita mempunyai
perasaan sayang antara satu sama lain dalam
sesebuah masyarakat.
•  
• Agama Sikh merupakan agama monoteisme dan kepercayaan
utama ialah mengenai kewujudan ketuhanan yang Satu,
• Iaitu bersifat nirankar (tidak berbentuk/formless), abadi, amat
berkuasa dan manusia tidak dapat menghuraikannya.
• Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan wujud di mana-mana jua
dan Tuhan sajalah yang mempunyai segala sifat kesempurnaan.
• Penganut Sikh menyebut nama Tuhan dengan perkataan
Waheguru bermakna “Tuhan yang menakjubkan”. Guru Nanak
menekankan konsep persaudaraan sesama manusia
• Kepercayaan Agma Sikh
• Kepercayaan kepada Tuhan yang Satu
• Kepercayaan kepada Guru
• Kepercayaan kepada Sri Guru Granth Sahib Ji
• Kepercayaan kepada kebebasan
• Kepercayaan kepada sistem demokrasi
Aliran Falsafah
• Istilah Falsafah India merujuk kepada
beberapa tradisi pemikiran falsafah yang
berakar umbi di India termasuk Falsafah
Hindu, Falsafah Buddha dan Falsafah
Jaina.
Pandangan Semesta dan Nilai-nilai
i. Sifat Penerimaan
• Negara India bukan sahaja menyaksikan tiga zaman
malah menerima pentadbiran Hindu, Muslim dan
Inggeris.
• Penghijrahan penduduk berlaku yang menyebabkan
muculnya unsur-unsur budaya, tradisi, agama,
falsafah, bahasa, idea dan sebagainya.
• Memang berlaku perbezaan- kebaikan dan keburukan,
toleransi dan kefanatikan, perpaduan dan perpecahan,
kesetiaan dan ketidaksetiaan, kerjasama dan
individualism, keadilan dan ketidakadilan.
• Tetapi perbezaan hendaklah digunakan untuk
mewujudkan perpaduan seperti kata “perpaduan
dalam kepelbagaian”.
ii. Sifat Toleransi
– Dasar pendidikan Inggeris diperkenalkan oleh penjajah Inggeris.
Walaupun ianya bertentangan dengan pendidikan tempatan,
namun orang-orang India menerima dengan sikap terbuka
kerana ilmu yang terkandung di dalamnya.
– Kebanyakan ahli-ahli pendidik menganggap mempelajari lebih
dari satu bahasa akan membawa manfaat kepada rakyat.
– Negara India mempunyai rakyat yang bertutur menggunakan
bahasa berdasarkan negeri masing-masing. Mereka sanggup
mempraktikkan sikap kebebasan berbahasa.
– Unsur kedaerahan sangat kuat di Negara India. Bahasa,
agama, kedudukan geografi semuanya membezakan rakyat.
Tetapi sikap toleransi dan sifat hormat-menghormati telah
menyatupadukan mereka.
Nilai-nilai
• i) Ajaran Bhagavadgita dan isi kandungan karya
Tirukkural mengutarakan nilai-nilai hidup yang penting.
Segala perilaku manusia yang bercorak norma-norma
hidup diterangkan secara terperinci dalam teks-teks ini.

• (ii) Empat nilai iaitu Dharma, Artha, Kama dan Moksha
perlu didukung oleh setiap orang Hindu. Nilai-nilai ini
hendaklah diamalkan dalam pemikiran, pertuturan dan
kegiatan setiap masa.
• (iii) Dua lagi nilai yang sangat bermakna ialah karma
(perbuatan) dan ahimsa (kesederhanaan).
Pencapaian dalam pelbagai bidang
• Seni halus
• Seni Bina
• Seni Ukir
• Sains
• Matematik
• Astronomi
• Fizik
• Kimia & Logam
• Perubatan
TAMAT

You might also like