You are on page 1of 6

Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik

utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut
Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW
sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan
terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini
memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu,
almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.

Spesifikasi Empangan Kenyir

Bahagian kekal empangan adalah seperti berikut:

 Empangan utama

Tinggi 150m dari tapak ke puncak. Panjang 800 m dari hujung ke hujung. Isipadu
15.20 juta meter padu.

Aras puncak ialah 155 m atas aras laut. Aras air maksima ialah 153 m. Aras operasi
adalah 145 m maksima dan 120 m minima.

Takungan : luas permukaan pada 145m ialah 370 km persegi, dan kawasan tadahan ialah
2,600 km persegi. Isipadu takungan ialah 13,600 juta meter padu.

 Tandop – 4 petak.
 Alur limpah – luahan 7,000 meter padu sesaat.
 Terowong jana – 4 terowong dengan x.x m bukaan rentang, dan panjang xxx m setiap
satu.
 Rumah janakuasa
o Di atas tanah, 4 tingkat berukuran.

o 4 set janakuasa merangkumi 4 turbin jenis Francis dengan bersaiz 100 MW


sebuah, 4 janakuasa bersaiz 120 MVA sebuah dan 4 pembolehubah bersaiz 120
MVA sebuah.

Hidroelektrik merupakan elektrik yang dijana oleh hidrokuasa. Kini kuasa hidroelektrik
membekal kira-kira 715,000 MWe atau 19% daripada kuasa elektrik sedunia (16% pada tahun
2003), lebih daripada 63% jumlah kuasa elektrik yang diperolehi daripada sumber yang boleh
diperbaharui pada tahun 2005.[1]
Walaupun penjana hidroelektrik yang besar menjana kebanyakan kuasa hidroelektrik di dunia,
skema hidro kecil juga popular terutamanya di China, yang mempunyai lebih daripada 50%
daripada kapasiti hidro kecil di dunia.[1]

Tidak dapat dinafikan lagi air merupakan keperluan asas dalam kehidupan. Dengan pertambahan
jumlah penduduk dari semasa ke semasa, penggunaan air juga turut meningkat. Oleh yang
demikian, bagi menampung keperluan air, kerajaan telah membina empangan. Empangan
merupakan suatu pembinaan yang melibatkan pewujudan jasad air dalaman yang besar. Pada
tahun 1949, lebih kurang 5000 buah empangan telah dibina di seluruh dunia. Pada akhir abad ke
20 pula, terdapat lebih daripada 45,000 buah empangan di seluruh dunia telah dibina bertujuan
untuk membantu komuniti dan ekonomi dalam aspek kawalan banjir, makanan, peluang
pekerjaan, pembangunan bandar serta pembangunan industri dan domestik. (World Commission
on Dams, 2000).

Di kawasan Penampang dan Kota Kinabalu, Sabah, empangan Babagon terbukti dapat menolong
penduduk pada waktu mereka mengalami masalah kemarau panjang seperti yang berlaku pada
awal tahun 1997. dengan adanya empangan itu, penduduk di kawasan tersebut tidak kehabisan
air walaupun bekalan terpaksa dicatu. Pembinaan empangan bukan sahaja berfungsi untuk
mengawal banjir, membentuk dan membekalkan air, malahan turut memainkan peranan dalam
penghasilan sumber hidroelektrik (Ismail Sahid, 1985). Di Mesir, Empangan Aswan telah dibina
bagi membolehkan petani menanam tanaman dua atau tiga kali setahun dan pada masa yang
sama ia membekalkan kuasa hidroelektrik untuk masyarakat Mesir (Mader, 1995). Selain
daripada itu, pembinaan empangan juga secara tidak langsung mewujudkan pelbagai aktiviti
rekreasi seperti memancing, ski air dan bersiar-siar dengan bot contohnya di Tasik Kenyir,
Terengganu dan Tasik Pedu, Kedah.

Di sebalik faedah-faedah yang diperolehi hasil daripada pembinaan empangan, ianya turut
memberikan kesan buruk kepada ekosistem termasuk hidupan liar, kepelbagaian tumbuhan,
manusia dan ekonomi setempat. Pembinaan empangan secara umumnya akan menyebabkan
kawasan tadahan menjadi semakin berkurangan, hidupan liar di daratan dan organisma air
musnah sama sekali, aliran air mengalami perubahan secara mendadak, sifat kimia dan fizikal
serta kualiti air berubah, habitat sungai berubah menjadi habitat tasik, ikan air tawar dan
organisma akuatik yang lain berpindah tempat, juga habitat dan ekologi sistem yang baru wujud.
Laporan Suruhanjaya Empangan Sedunia (World Commission on Dams) yang diterbitkan pada
November 2000 telah menyatakan dengan jelas bahawa habitat di hilir sesebuah empangan itu
seringkali mengalami perubahan-perubahan tertentu yang akan mencipta persekitaran yang
menggalakkan pembiakkan spesies-spesies luar dan ini seterusnya dapat menjejaskan populasi
spesies-spesies asal sesebuah sungai tersebut.

Menurut laporan tersebut lagi, ekosistem yang telah berubah boleh menjadi tidak stabil,
menjejaskan sumber-sumber ikan yang menjadi rezeki para nelayan dan membiakkan agen-agen
penyakit yang berbahaya kepada manusia dan spesies lain. Seterusnya, sungai tersebut tidak akan
dapat menyokong masyarakat serta aktiviti budaya dan ekonomi yang wujud di hilir yang telah
menjadi sebahagian sejarahnya. Perubahan habitat ini boleh menyebabkan akibat-akibat yang
sangat buruk kepada penduduk yang bergantung kepada sungai yang telah diempang untuk
kehidupan seharian mereka. Aktiviti penebangan dan pembersihan hutan untuk tujuan
pembinaan empangan telah menyebabkan isipadu air di kawasan tadahan air menjadi semakin
berkurangan. Antara lain, aktiviti penyahutanan turut menyebabkan berlakunya hakisan tanah
dan kawasan tersebut lebih terdedah kepada sinaran matahari. Kesannya suhu sekitaran, suhu
tanah dan suhu permukaan air bertambah. Contoh, Sungai Orange-Vaal di Afrika Selatan, impak
pembinaan 24 empangan di sepanjang sungai (2300km) tersebut telah meningkatkan suhu
sebanyak 63% (World Commission on Dams, 2000). Perubahan suhu sekitaran sebenarnya
meyumbang kepada faktor yang menyebabkan perubahan ekosistem kawasan tersebut

Dalam kerja-kerja pembinaan empangan, pembukaan jalan baru diperlukan bagi mengangkut
bahan-bahan mentah, komponen mesin dan pekerja ke tapak projek. Hakisan tanah, pencemaran
udara dan pencemaran air turut berlaku akibat aktiviti keluar masuk kenderaan dan pembangunan
yang dijalankan di sekitar kawasan pembinaan empangan. Walaupun negara ini memiliki Taman
Negara dan kawasan hutan rimba yang masih luas tetapi dengan dicerobohinya tempat tinggal
hidupan liar bagi pembangunan empangan, maka tak hairan sekiranya terdapat hidupan liar
merayau-rayau ke kawasan pertanian untuk mencari makan. Kemusnahan hutan ini
menyebabkan tempat tinggal hidupan liar menjadi semakin sempit dan kekurangan bahan-bahan
makanan juga menyebabkan banyak hidupan liar mati kebuluran.

Kebisingan dan kesan pencemaran semasa pembinaan empangan, jalan raya dan penebangan
hutan telah mengganggu hidupan sekitaran. Ini mengakibatkan penghijrahan hidupan sekitaran
ke kawasan-kawasan lain. Sebahagian besar habitat bagi haiwan liar seperti gajah, seladang dan
lain-lain lagi turut hilang sebagaimana yang telah diperhatikan berlaku semasa pembinaan
Empangan Tasik Kenyir . Empangan Kenyir juga telah menenggelam sebahagian kecil Taman
Negara. Jelas disini bahawa bukan sahaja haiwan yang menerima akibat, malahan juga tumbuhan
yang hidup di kawasan-kawasan Taman Negara dan kawasan sekitarnya. Dalam kita cuba
memelihara keaslian Taman Negara daripada sebarang gangguan, kejadian ini merupakan satu
titik permulaan kemusnahan Taman Negara pada masa hadapan.

Empangan Kenyir atau Stesen Kuasa Sultan Mahmud adalah sebuah empangan hidroelektrik
utama di Terengganu. Ia terletak merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut
Kuala Terengganu. Binaan ini menghasilkan sebuah tasik yang besar dikenali Tasik Kenyir.

Stesen janakuasa ini adalah stesen hidroelektrik, dengan 4 turbin dengan keupayaan 100 MW
sebuah, berjumlah 400 MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan
terjamin adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GWh.

Pembinaan dimulakan pada tahun 1978 dan disiapkan pada tahun 1986. Empangan ini
memulakan operasi pada tahun 1987 dan dirasmikan pada 1988 oleh sultan Terengganu,
almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah.
Empangan Kenyir adalah sebuah empangan hidroelektrik utama di Kuala Terengganu. Ia terletak
merentasi Sungai Terengganu lebih kurang 50 km ke barat laut Kuala Terengganu. Binaan ini
menghasilkan sebuah tasik besar iaitu Tasik Kenyir.

Stesenjanakuasa ini adalah stesen janakuasa elektrik dengan 4 turbin dengan keupayaan 100MW
sebuah, berjumlah 400MW. Stesen ini dikendalikan oleh Tenaga Nasional Berhad. Keupayaan terjamin
adalah 165 MW dan janaan tenaga tahunan adalah 1,600 GHh.

STESEN JANA KUASA HIDRO

Stesen jana kuasa hidroelektrik menggunkan tenaga kinetic air untuk memusingkan tubin jana kusa.
Komponen utama di stesen jana kuasa hidroelektri ialah empangan (dam), tasik buatan (reservoir),pintu
kawaln (control gate), salur masuk (intake), pintu air (penstock), turbin (turine), saluran keluar
(outflow), janakuasa (generator), pengubah (transformer), powerhouse dan talian penghantar (power
lines).

1. EMPANGAN
Empangan dibina bagi menyimpan air untuk mendapatkan tekanan gravity bagi memusingkan
turbin. Struktur empangan yang dibina mempunyai ketebalan dibahagian dasar empangan bagi
menahan daya tekanan air yang besar di bahagian dasar empangan.

2. TASIK BUATAN
Apabila empangan dibina maka wujud tasik buatan. Air dari tasik buatan ini dinamakan tasik
buatan. Air dari tasik buatan ini dinamakan tenaga keupayaan gravity. Oleh sebab kedudukan
aras tasik lebih tinggi maka tenaga keupayaan gravity ini berupaya memusingkan turbin jana
kuasa yang terletak didasar empangan. Tasik buatan terbesar di Malaysia ialah Tasik Kenyir yang
menempatkan Empangan Kenyir.

3. PINTU KAWALAN SALURAN MASUK (INTAKE AND THE CONTROL GATE)


Pintu kawalan salur masuk terletak di bahagian empangan mengawal kemasukan air. Apabila
pintu dibuka air akan masuk dengan menuju ke turbin janakuasa.

4. JANAKUASA ( GENERATION)
Janakuasa terdiri daripada empat asas utama iaitu shaft , excitor, rotor dan stator. Apabila
turbin berpusing yang disebabkan oleh aliran air dari empangan, excitor akan menghantar arus
elektrik ke rotor. Rotor adalah electromagnet sesiri yang besar yang berputar dalam gegelung
dawai tembaga yang dinamakan stator. Kesan dari pusingan rotor ini menyebabkan aruhan
electromagnet terhasil dan menghasilkan arus elektrik AU.
5. PENGUBAH (TRANSFORMER)
Pengubah meninggikan voltan AU yang dihasilkan oleh janakuasa hidroelektrik. Seterusnya
voltan AU yang tinggi dihantar keluar melalui talian penghantaran ke Stesen Grid Nasional.

6. SALURAN KELUAR (OUTFLOW)


Seterusnya air keluar dari turbin dialirkan keluar ke sungai.

SISTEM PENGHANTARAN

System penghantaran merupakan satu proses penghantaran tenaga elektrik bermula dari jana
kuasa elektrik hinggalah ke punca pencawang voltan tinggi. Sesebuah stesen janakuasa elektrik
akan menghasilkan voltan janaan 11kV. Kemudian voltan janakuasa elektrik ini akan di
tingkatkan dengan menggunakan pengubah peninggi ke nilai 66kV, 132kV, 275kV dan 400kV.
Tujuan peninggian voltan janaan adalah untuk:

1. Mendapatkan nilai voltan bekalan yang stabil kepada pengguna, walaupun telah berlaku
susut voltan yang banyak.
2. Mengurangkan kos perbelanjaan (saiz pengalir yang kec il).

Jaringan antara stesen-stesen jana kuasa yang menjana tenaga elektrik dengan pengagihan
tenaga elektrik kepada pengguna dinamakan grid nasional. Grid Nasional merupakan jaringan
talian penghantaran elektrik yang menghubungkan janaan, penghantaran pembahagian dan
pengunaan elektrik di Malaysia. Jaringan talian ini di miliki dan dikendalikan oleh Tenaga
Nasional Berhad. Lebih 240 stesen pencawang di Semenajung Malaysia dihubungkan oleh
jaringan ini melalui talian 132kV, 275kV, dan 500kV. Tenaga elektrik yang dijana oleh penjana
elektrik seperti Tenaga Nasional dan penjana bebas dimuatkan ke jaringan ini untuk dihantar
kepada pengguna di seluruh Negara. Grid Nasional ini juga menghubungkan kepada grid elektrik
Thailand yang dikendalikan oleh Lembaga Elektrik Thailand (EGAT) dan juga grid elektrik
Singapura yang dikendalikan oleh Singapore Power. Berikut kaedah penghantaran tenaga
elektrik melalui:
a) TALIAN ATAS DAN KABEL BAWAH TANAH
Talian atas menggunakan dawai aluminium alloi tanpa penebat. Ia murah dan ringan
berbanding tembaga yang berat dan mahal. Saiz pengalir bermula dari 12mm² ke 750mm².
Disebabkan talian atas tidak berpenebat maka ciri-ciri keselamatan dititikberatkan dalam
pemasangannya. Tenaga elektrik juga boleh dihantar melalui kabel bawah tanah dan juga
kabel dasar laut. Lazimnya ini dilakukan di kawasan yang mempunyai pendudk yang ramai,
halangan sungai dan juga muka bentuk bumi yang perlu dikekalkan.
b) SISTEM PENGHANTARAN KAEDAH JEJARI
Kaedah ini menyambungkan pengubah (transformer) peninggi secara jejari . lazimnya
digunakn pada suatu kawasan yang memerlukan bekalan tenaga elektrik yang rendah.
c) SISTEM PENGHANTARAN KAEDAH GELANG
Kaedah ini menyambungkan semua pengubah peninggi dalam bentuk gelang. Sambungan
gelang ini hanya dibuat pada bahagian lilitan sekunder disambungkan ke pengubah
penurun.
d) SISTEM GRID NASIONAL
System Grid Nasional ialah satu system yang digunakan untuk menyambungkan stesen-
stesen janakuasa elektrik yang besar.

SISTEM PENGAGIHAN

Merupakan [eringkat terakhir dalam proses pengagihan tenaga elektrik yang bermula dari
pencawang voltan tinggi hingga ke punca pemasangan pengguna. Voltan dari pencawang tinggi
diagihkan kepada pengguna mengikut keperluan. Bagi industry berat voltan maksimum adalah
11kV. Industry kecil, sekolah dan pejabat memerlukam bekalan voltan sebanyak 415V. bagi
rumah pula, kebiasaannya menggunakan voltan bekalan 240V.

Terdapat dua system bekalan tenaga elektrik iaitu system fasa tunggal dan system tiga fasa:

a) Sistem fasa tunggal


System fasa tunggal 240V dibekalkan untuk rumah kediaman. Bekalan ini membolehkan
pengguna menggunakan peralatan dan perkakasan elktrik seperti sterika, peti sejuk, TV dan
sebagainya digunakan dengan selamat.
b) System tiga fasa
System ini menghasilkan voltan 415V untuk kegunaan industry. Voltan ini diperolehi
daripada pengubah perendah di substesen. Pengubah menggunakan sambungan cara Delta-
Delta atau Delta-Bintang antara gelung utama dengan gelung kedua pengubah substesen .
Untuk mengelakkan kekeliruan antara tiga fasa satu kod warna pada kabel pendawaian
diperkenalkan mengikut Negara.

You might also like