You are on page 1of 17

DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Disediakan oleh: FUSION FORWARD

Ibrahim bin Md. Ariff


Ananthy a/p Retnam
Shahnaz Rakhmat
Norhayati bt. Yusof
Chan Kar Weng
Dharmeziyana bt. Daud
Sumali bin Marman
Zahira bt. Mohd. Radzi
Nur Fariha bt. Jailani
Noraini bt. Razali
SOALAN BAHAGIAN II
3. Dasar Pembangunan Nasional
mengekalkan strategi asas Dasar Ekonomi
Baru. Walau bagaimanapun, ia
mengandungi beberapa dimensi bagi
membasmi kemiskinan dan menyusun
semula masyarakat. Nyatakan dimensi-
dimensi yang dimaksudkan itu.
PENGENALAN DASAR
PEMBANGUNAN NASIONAL (DPN)
1. Menggantikan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990).
2. Dilancarkan pada 17 Jun 1991 oleh bekas
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
3. Tempoh pelaksanaan dari tahun 1991-2000.
4. Objektif utama: Melahirkan perpaduan di
kalangan masyarakat, mewujudkan kestabilan
sosial dan politik, pembangunan ekonomi yang
berterusan.
DIMENSI-DIMENSI BARU BAGI MEMBASMI
KEMISKINAN DAN MENYUSUN SEMULA
MASYARAKAT

1. Pembasmian Kemiskinan.
2. Pembangunan sebuah Masyarakat
Perdagangan dan Perindustrian
Bumiputera (MPPB).
3. Penglibatan Sektor Swasta.
4. Pembangunan Sumber Manusia.
1. PEMBASMIAN KEMISKINAN
1. Sasaran: Golongan termiskin dan
kemiskinan mutlak.
2. Berpendapatan 50% atau kurang daripada
pendapatan Garis Kemiskinan.
3. Masih berperanan mengurangkan
kemiskinan relatif.
4. Memberi perhatian kepada golongan
minoriti seperti Orang Asli dan kaum
Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
2. PEMBANGUNAN SEBUAH MASYARAKAT
PERDAGANGAN DAN PERINDUSTRIAN
BUMIPUTERA (MPPB)
1. Penekanan kepada pewujudan guna
tenaga dan pembangunan pesat.
2. Tumpuan kepada penyertaan golongan
Bumiputera dalam sektor moden seperti
pembuatan dan perkhidmatan.
3. Memberi pendedahan terhadap teknologi
moden kepada golongan Bumiputera agar
lebih berdaya saing.
3. PENGLIBATAN SEKTOR SWASTA
1. Digalakkan melibatkan diri secara aktif dan
agresif di dalam projek pembangunan negara.
2. Mewujudkan peluang-peluang yang lebih luas
untuk sektor ini berkembang melalui permajuan
sistem perladangan secara komersial .
3. Sektor swasta digalakkan memberi latihan
perindustrian untuk meningkatkan kemahiran
teknikal dan daya cipta tenaga buruh
4. PEMBANGUNAN SUMBER
MANUSIA
1. Tujuan: Mencapai pertumbuhan ekonomi dengan
pengagihan yang saksama dan meningkatkan
produktiviti.
2. Pembangunan tenaga buruh luar bandar supaya
memasuki pasaran buruh yang berorientasikan
teknologi.
3. Memastikan bekalan tenaga mahir mencukupi
selaras dengan pembangunan.
4. Penempatan sumber manusia yang sepadan
dengan bidang kepakaran masing-masing.
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Bagi mendukung dan menyokong
pelaksanaan dimensi-dimensi baru di
dalam DPN, kerajaan telah mengatur
beberapa strategi agar pelaksanaannya
berjalan lancar.
2. Antaranya ialah:
STRATEGI PELAKSANAAN
1. Keseimbangan Pembangunan
- Memastikan pembangunan yang seimbang bagi
sektor utama ekonomi untuk membolehkan
pertumbuhan menjadi lebih samarata dan
membantu di antara satu sama lain.
- Sektor industri berat, peranan swasta dan
pelabur asing dapat mengimbangkan dan
menggalakkan pertumbuhan pembangunan
ekonomi.
STRATEGI PELAKSANAAN
2. Keseimbangan Sosio-ekonomi
- DPN menggalakkan perkongsian faedah
yang diperolehi dari pertumbuhan ekonomi
secara lebih saksama.
- Meningkatkan penyertaan Bumiputera ke
peringkat jawatan tinggi dalam sektor
swasta dan menggalakkan penyertaan
bukan Bumiputera dalam sektor awam
pada peringkat pertengahan dan tinggi.
STRATEGI PELAKSANAAN
3. Integrasi Kaum
- DPN menggalakkan dan memperkukuhkan
integrasi nasional dengan mengurangkan
jurang yang luas.
- Garis pemisahan pembangunan ekonomi
antara negeri dan antara kawasan bandar
dan luar bandar dikurangkan dan
seterusnya dihapuskan.
STRATEGI PELAKSANAAN
4. Tenaga Mahir
- DPN memajukan sumber manusia dan
mewujudkan tenaga kerja yang mahir,
berdisiplin dan produktif.
- Menyusun semula guna tenaga dan
mewujudkan sumber manusia mahir
dengan membina lebih banyak pusat-pusat
latihan teknikal.
STRATEGI PELAKSANAAN
5. Pendidikan Sains Dan Teknologi
- Meningkatkan budaya sains dan teknologi
di kalangan masyarakat majmuk di
Malaysia.
- Menggalakkan lebih banyak R&D.
- Aspek penekanan pendidikan dan latihan
diutamakan sebelum bantuan diberikan.
STRATEGI PELAKSANAAN

6. Alam Sekitar
- DPN memastikan dalam mencapai
pembangunan ekonomi ke arah negara
maju, perhatian yang sewajarnya
diberikan kepada pemeliharaan alam
sekitar dan ekologi.
- Dalam jangka masa panjang
pembangunan ekonomi haruslah selari
dengan penjagaan alam sekitar.
Kesimpulannya, dimensi-dimensi baru
yang diwujudkan di bawah Dasar
Pembangunan Nasional bukan sahaja
bertujuan membangunkan dan
memajukan ekonomi negara dan
meningkatkan taraf sosial masyarakat,
tetapi juga membina sebuah bangsa
Malaysia yang bersatu-padu dan berdaya
saing menjelang Wawasan 2020.
SEKIAN, TERIMA KASIH.

You might also like