You are on page 1of 37

TEMA 3 : SISTEM ATMOSFERA

UNSUR-UNSUR CUACA DAN IKLIM, SINARAN DAN


BAHANGAN SERTA BAJET HABA

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


1
Konsep Cuaca dan Iklim

Cuaca merujuk kepada fenomena harian yang


sentiasa berubah mengikut tempat dan masa.
Contohnya, cuaca tempat A mungkin tidak sama dengan
tempat B walaupun jaraknya hanya beberapa kilometer.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Iklim merujuk kepada purata unsur-unsur cuaca
seperti suhu, hujan, kelembapan udara dalam tempoh
35 tahun meliputi skala yang luas seperti sebuah negara
atau rantau/wilayah.

2
Unsur-unsur cuaca

1. Suhu

Darjah kepanasan udara di sesuatu tempat.


Darjah kepanasan datang dari sinaran matahari
atau bahangan matahari. Cthnya, sinar ultra unggu,
sinar infra red, sinar gamma, sinar X.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Sinar infra red yg paling banyak membawa tenaga
haba.
Apabila tenaga haba bertambah, maka udara akan
menjadi panas dan indeks suhu akan meningkat.
Indeks suhu di ukur dalam unit darjah selsius
menggunakan termometer Six.

3
Unsur-unsur cuaca

2. Kerpasan

Merangkumi hujan, salji, hujan batu dan hujan


beku.
Unsur yang paling penting ialah hujan yang terjadi
akibat proses pemeluwapan dan kondensasi.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Akibat sejatan wap air akan naik ke atmosfera dan
bercantum antara satu sama lain dengan bantuan
nukleus kondensasi seperti garam galian dan bahan
pencemar udara membentuk awan.
Turun dalam bentuk hujan apabila awan mencapai
tahap tepu.
Hujan disukat menggunakan alat tolok hujan dan
dinyatakan dalam unit milimeter.

4
Unsur-unsur cuaca

3. Kelembapan udara

Merujuk kepada jumlah wap air yang terdapat


dalam udara.
Terbahagi kepada dua:
a) Kelembapan mutlak – ialah kandungan wap air

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


yang sebenarnya terdapat dalam udara pada satu masa.
Dinyatakan dalam unit gram semeter padu (gm/m3)
b) Kelembapan bandingan – ialah nisbah jumlah
wap air yang sebenarnya terdapat dalam udara
berbanding dengan jumlah wap air yang boleh
ditampung oleh udara berkenaan dlm keadaan suhu
tertentu dinyatakan dlm bentuk peratus.
Diukur menggunakan alat higrometer putar yang
mengandungi termometer bebuli kering dan
termometer bebuli basah.

5
Unsur-unsur cuaca

4. Awan

Merupakan titisan air yang sangat halus yang


berdiameter antara 0.02 mm hingga 0.06 mm serta
terapung di udara.
Terbentuk akibat penyejukan udara di bawah takat

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


beku yang menyebabkan air terpeluwap di
atmosfera.
Berdasarkan ketinggian dan lokasi awan terbahagi
kepada 4:
a) Awan tinggi – 6100 m – 12 000 m seperti awan
sirus, sirostratus dan sirokulumulus.
b) Awan Pertengahan – 1200 m – 6100 m seperti
awan altostratus, altokumulus.
c) Awan rendah – 0 – 1200 m seperti awan
stratokumulus, stratus, nimbostratus.
d) Awan tegak – had dasar 180 m seperti awan
kumulus dan kumulonimbus.
6
Unsur-unsur cuaca

5. Tekanan udara

tekanan yang dihasilkan oleh atmosfera


terhadap permukaan bumi.
Pada paras laut tekanan udara normal ialah kira-
kira 1.03 kg/cm2 bagi setiap permukaan yang

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


terdedah kepadanya.
berubah mengikut ketinggian.
udara semakin berkurangan apabila ketinggian
bertambah dan beratnya juga berkurangan.
Disukat dgn menggunakan alat barometer aneroid
dlm unit milibar (mb). 1000 mb = 760 mm.

7
Unsur-unsur cuaca

6. Angin

adalah udara yang bergerak secara mendatar.


bertiup dari kws tekanan udara tinggi ke kws
tekanan udara rendah.
arah tiupan merujuk kepada arah dari mana angin

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


itu bertiup dan ditunjukkan oleh penunjuk arah angin.
halaju angin diukur menggunakan alat
anemometer.
kesan halaju angin boleh dilihat dengan
menggunakan skala angin Beufort.

8
Sinaran dan Bahangan

Bahangan Suria/Matahari

tenaga paling utama menggerak dan meneruskan


semua proses di atmosfera dan permukaan bumi.
tenaga matahari datangnya daripada
perubahan hidrogen kepada helium yang berlaku dalam

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


teras matahari.
tenaga ini dihantar terus ke bumi dalam bentuk
gelombang eletromagnet atau tenaga sinaran.
gelombang yang dikeluarkan oleh matahari adalah
gelombang pendek (0.2 – 0.4 mikron).
komponen utama bahangan matahari yang sampai
ke bumi ialah sinar infra red (50%), sinar cahaya (41%),
sinar x dan sinar gamma (9%).

9
Sinaran dan Bahangan

Perubahan Tenaga matahari bila memasuki atmosfera.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


10
Sinaran dan Bahangan

Bahangan Bumi

Bumi menyerap bahangan matahari pada waktu


siang dan akan membebaskan bahangannya pada waktu
malam.
Pembebasan bahangan bumi berlaku dalam bentuk

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


gelombang panjang.
Bahangan yang dibebaskan pada waktu malam ini
akan diserap oleh lapisan atmosfera .
Penyerap utama bahangan bumi ialah wap air, karbon
dioksida, gas ozon dan awan.
Kehilangan maksimum bahangan bumi berlaku ketika
langit cerah, tidak berawan dan ketika kelembapan udara
adalah rendah.

11
Bajet Tenaga dan Imbangan Haba Dalam Sistem Bumi-
Atmosfera
Konsep Bajet Tenaga dan Imbangan Haba

Barry & Chorley (1977), bajet haba ialah cara-cara


nilai sinaran matahari itu digunakan.

Sinaran matahari yang memasuki atmosfera bumi

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


akan diserap, diserak, dipantul oleh pelbagai juzuk
dan unsur dalam atmosfera.

Imbangan haba merujuk kepada keseimbangan


yang berlaku antara jumlah bahangan matahari yang
masuk ke sistem bumi-atmosfera dengan bahangan bumi
yang dibebaskan semula ke angkasa.

12
Proses dalam Imbangan haba:

1.Proses Serakan

Partikel-partikel akan menyerakan bahangan matahari


secara mendatar apabila bahangan tersebut dipancar
kepadanya.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Darjah serakan bergantung kepada saiz partikel yang
terlibat berbanding dengan jarak gelombang bahangan
suria.

Partikel menyerakan sinaran matahari melalui 2 cara.

a) Serakan Rayleigh

b) Serakan Mei

13
A) Serakan Rayleigh

Jika saiz partikel lebih kecil berbanding dengan jarak


gelombang.

Menyebabkan langit berwarna biru pada siang hari.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


B) Serakan Mie

Jika saiz partikel sama besar dengan jarak


gelombang.

Menyebabkan langit berwarna kemerahan.

14
2. Proses Serapan

Dilakukan oleh partikel di atmosfera dan stratosfera


seperti wap air, karbon dioksida dan ozon.

Gas-gas ini cenderung untuk memilih jenis-jenis


gelombang suria yang hendak diserap dan
keupayaannya menyerap bergantung kepada jarak-jarak

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


gelombang (dinamakan serapan terpilih).

Daripada 100% sinaran suria, 36% akan


dibalikan/albedo oleh sistem bumi-atmosfera. 64% akan
dipancarkan ke bumi.

Daripada 64% pula akan diserap 2% oleh ozon khasnya


sinar ultra ungu.

62% akan melepasi ozon dan akan diserap oleh wap


air, habuk, debu, karbon dioksida dan juga awan
sebanyak 15%. Hanya 47% akan sampai ke permukaan
bumi. 15
3. Proses balikan/pantulan

Bahangan matahari apabila terkena partikel akan


dipantulkan semula ke angkasa secara menegak
(vertikal).

Proses balikan banyak dilakukan oleh partikel


berwarna cerah seperti manik hujan, titisan air dalam

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


awan, hablur ais dalam awan yang tinggi.

Proses pantulan mempengaruhi keamatan cahaya


contohnya jika kadar pantulan tinggi langit kelihatan
gelap.

Elemen utama membalikkan sinar suria ialah awan.


Semakin tebal awan semakin tinggi kadar pembalikan.

16
4. Proses Albedo

Albedo ditakrifkan sebagai darjah keputihan atau


kecerahan sesuatu permukaan bumi.

Semakin cerah sesuatu permukaan maka semakin


tinggi jumlah sinaran matahari yang akan dipantulkan.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Albedo sebenarnya nisbah antara cahaya yang
dipantulkan dengan cahaya yang diterima oleh
permukaan bumi.

Nilai albedo berbeza antara tempat bergantung kepada


sifat permukaan bumi di kawasan berkenaan.

17
Taburan Tenaga Sinaran Global:

Taburan suhu secara mendatar

Taburan suria mengikut kawasan atau ruang


dipermukaan bumi.

Jumlah sinaran suria yang diterima oleh permukaan

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


bumi bergantung kepada empat faktor berikut;

Ouput suria
Jarak Permukaan bumi dari matahari
Sudut zenith matahari
Tempoh siang dan malam

18
Taburan Tenaga Sinaran Global:

Taburan suhu secara mendatar

1. Ouput Suria

kadar pengeluaran tenaga elektromagnet oleh


matahari.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


kadar pengeluaran tenaga ditentukan oleh proses
penukaran hidrogen kepada helium.

jika terdapat banyak hidrogen ditukar kepada helium


maka suhu permukaan matahari menjadi panas dan
tenaga elektromagnet yang terhasil untuk dihantar ke
bumi juga menjadi tinggi.

19
Taburan Tenaga Sinaran Global:

Taburan suhu secara mendatar

2. Jarak permukaan bumi dari matahari.

antara tenpat di permukaan bumi mempunyai jarak


yang berbeza dari matahari.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


kawasan khatulistiwa merupakan kawasan paling
dekat dengan matahari berbanding dengan kawasan
artik.

oleh itu kawasan khatulistiwa akan menerima jumlah


sinaran yang lebih banyak.

20
Taburan Tenaga Sinaran Global:

Taburan suhu secara mendatar

3. Sudut Zenith matahari

sudut zenith ialah sudut yang dikira dari garisan


tegak di atas kepala seseorang.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


jika matahari tepat di atas kepala maka nilai sudut
zenithnya ialah 0o dan penerimaan sinaran matahari
ialah 100%.

Sekiranya matahari berada di ufuk nilai sudut


o
zenithnya 90 dan penerimaan sinaran matahari adalah
paling minimum.

21
Taburan Tenaga Sinaran Global:

Taburan suhu secara mendatar: ketidak seimbangan


mengikut ruang.

4. Tempoh siang dan malam

kawasan yang mengalami waktu siang yang lebih

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


panjang maka ia akan menerima lebih banyak dan
lebih lama sinaran matahari berbanding dengan
kawasan yang lebih pendek waktu siangnya.

22
Taburan Tenaga Sinaran Global:

Taburan suhu mengikut kawasan adalah tidak sama.


Perbezaan taburan suhu mengikut kawasan adalah
disebabkan oleh faktor berikut;

a) Perbezaan latitud

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


perbezaan penerimaan tenaga matahari disebabkan
sifat bumi itu sendiri yg berbentuk sfera.

kesannya latitud di tengah glob seperti khatulistiwa


adalah lebih dekat dgn matahari dan menerima sinaran
matahari yg byk , di bulatan artik jauh dari matahari
menerima sedikit sinaran .

23
perbezaan latitud juga mempengaruhi sudut tuju
sinaran matahari. Di khatulistiwa pancaran bersudut
tepat mana kala di kutub bersudut condong , jadi
keamatan tenaga matahari tinggi di khatulistiwa.

Kawasan khatulistiwa dipanggil “kawasan sumber

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


haba” (imbangan tenaga positif) manakala kawasan
kutub dipanggil “kawasan benam haba” (imbangan
tenaga negati).

24
b) Perbezaan litupan awan

Mengikut Maury (1958), kws yang menerima jumlah


tenaga suria yg paling tinggi bukannya terletak di
khatulistiwa tetapi berada di gurun panas.

Ini krn kws gurun mempunyai litupan awan yg nipis


berbanding dengan khatulistiwa.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Litupan awan berfungsi mengurangkan jumlah
pancaran matahari ke bumi melalui proses serakan,
serapan dan balikan. Cthnya awan kumulonimbus
memerangkap hampir 75% drp sinaran matahari.

25
c) Perbezaan ciri permukaan bumi

Perbezaan muka bumi mempengaruhi albedo.

Permukaan bumi yang gelap seperti jalan bertar


akan menyerap bahangan matahari dengan banyak
berbanding dengan kawasan salji yang lebih banyak
membalikkan bahangan matahari.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Menyerap bahangan Membalikan bahangan

26
d) Jarak dari laut

Antara kws tengah benua dgn kws yg berhampiran


laut atau kepulauan mempunyai nilai suhu yang
berbeza.

Kws tengah benua lebih panas berbanding kws


kepulauan pada waktu siang, sebaliknya pada waktu

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


malam kws tengah benua lebih sejuk berbanding kws
kepulauan.

Ini disebabkan batuan di tengah benua lebih cepat


menyerap haba berbanding air laut pada siang hari dan
cepat kehilangan haba pada waktu malam berbanding
air laut yang bukan pengalir haba yang baik.

27
e) Arus lautan

Terdapat dua jenis arus lautan iaitu arus lautan


panas dan arus lautan sejuk.

Arus lautan panas akan meninggikan suhu di kws


pantai dilaluinya. Contoh Arus panas Benguela di
Afrika.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Arus lautan sejuk akan merendahkan suhu di kws
pantai dilalulinya. Contoh Arus sejuk Labrador di
Amerika Utara.

28
f) Kehadiran bahan pencemar udara

Kawasan yg mempunyai kadar pencemaran udara yg


tinggi adalah lebih panas berbanding kws yg
mempunyai udara bersih.

Ini kerana bahan-bahan pencemar udara seperti


karbon dioksida, karbon monoksida, sulfur dioksida

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


dan hidro-karbon bertindak membenarkan bahangan
matahari melepasinya tetapi menghalang pembebasan
keluar bahangan bumi ke angkasa.

Akibatnya bahangan bumi terperangkap dlm ruang


atmosfera menyebabkan nilai suhu sekitar khususnya
pada waktu malam adalah tinggi dan fenomena ini
dinamakan kesan ‘rumah hijau’.

29
PEMINDAHAN HABA SECARA MENDATAR

Kws Tropika khususnya kws khatulistiwa merupakan


kws sumber haba dunia.

Haba yg berlebihan ini perlu disebarkan ke kws lain


untuk mewujudkan keseimbangan haba dunia.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Mekanisme menyebarkan haba ini adalah melalui
pengangkutan haba secara mendatar.

Proses pemindahan haba secara mendatar berlaku


melalui atmosfera dan lautan.

30
PEMINDAHAN HABA SECARA MENDATAR

Proses pengangkutan haba secara mendatar dari


kws khatulistiwa ke kutub berlaku melalui medium
atmosfera dan lautan.

Melalui atmosfera ia dikenali sebagai “alir lintang

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


haba” kerana ia melibatkan pergerakan angin. Tenaga
yg terlibat di sini ialah haba pendam.

Pengangkutan melalui medium lautan pula dilakukan


oleh arus lautan yang melibatkan tenaga haba rasa.

Di lapisan atmosfera ini terdapat satyu zon tekanan


tinggi di khatulistiwa dan satu zon tekanan rendah di
kutib utara dan selatan.

31
PEMINDAHAN HABA SECARA MENDATAR

Kesannya haba akan mengalir melalui arus udara jet


dari atmosfera khatulistiwa menuju ke dua-dua kutub.

Pemindahan haba melalui lautan pula dilakukan oleh


arus panas yg mengalir di permukaan laut dari kws

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


khatulistiwa ke kutub dan arus sejuk yang mengalir di
dasar lautan dari kutub ke khatulistiwa.

Dengan ini imbangan haba bumi dapat dikekalkan


dalam jangka masa panjang.

Kadar pengangkutan haba berbeza mengikut latitud.


Pengangkutan haba secara maksimum berlaku di
latitud 35o hingga latitud 45o di hemisfera utara dan
selatan.

32
TABURAN SUHU SECARA MENEGAK

Merujuk kpd taburan suhu mengikut ketinggian muka


bumi. Taburan suhu ini ditentukan oleh proses
pemindahan haba oleh pergerakan udara menegak.

Pergerakan udara menegak dipengaruhi oleh jenis-

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


jenis sistem tekanan.

Kws tekanan tinggi dikaitkan dengan dengan


penurunan suhu, manakala kws tekanan rendah
dikaitkan dengan peningkatan suhu.

Proses Pengangkutan secara menegak berlangsung


dalam tiga keadaan iaitu pengangkutan oleh arus
perolakan, pengangkutan oleh wap air yang tersejat ke
udara yg melibatkan haba pendam dan pengangkutan
oleh udara panas dipermukaan bumi.

33
TABURAN SUHU SECARA MENEGAK

Pengangkutan oleh arus perolakan berlaku di


kawasan antara khatulistiwa dan garis lintang tengah.

Pergerakan sel Hadley amat pesat di zon tropika


dan semakin kurang di kws iklim sederhana dan
hampir tiada langsung di kws kutub.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


34
TABURAN SUHU SECARA MENEGAK

Pengangkutan oleh wap-wap air melibatkan haba


pendam yang diperolehi dari matahari semasa proses
sejat-peluhan tumbuhan dan sejatan air permukaan.

Bagi setiap gram air yang tersejat pada suhu 0o C


maka sejumlah 600 kalori tenaga haba pendam akan

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


diserap bersamanya.
o
Bagi setiap gram air yang tersejat pada suhu 100 C
pula sejumlah 540 kalori haba pendam akan diserap
bersama wap air.

35
TABURAN SUHU SECARA MENEGAK

pada umumnya semakin tinggi sesuatu tempat itu


maka suhu akan jatuh.

keadaan ini berlaku kepada lapisan bawah atmosfera


hingga ke takat 8 kilometer dari permukaan bumi.

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Secara purata kadar pengurangan tersebut adalah
0.65o C bagi setiap 100 meter kenaikan. Kadar ini
dinamakan kadar ‘Tukaran Normal’.

Antara sebab lapisan atmosfera bawah mempuyai


suhu yang tinggi ialah lebih banyak wap air , zarah-
zarah air, habuk dan partikel terampai yang menyerapa
bahangan berbanding dengan lapisan atas atmosfera.

36
TABURAN SUHU SECARA MENEGAK

Fenomena Olak suhu

suatu fenomena dimana suhu semakin meningkat


apabila ketinggian bertambah.

Olah suhu terbahagi dua:

nsnj © geo 942/1 - Tema Sistem Atmosfera


Olak suhu permukaan – berlaku hampir dengan
permukaan bumi, pada waktu malam akibat
penyerapan bahangan bumi oleh lapisan bawah
atmosfera.

Olak suhu atas permukaan – berlaku di atmosfera


atas, hasil pertembungan dua jisim udara yang
panas dan yang sejuk.

SEKIAN, TQ
37

You might also like