You are on page 1of 14

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

UBM 1022 BAHASA MELAYU PROFESIONAL


IMPAK RANCANGAN REALITI TELEVISYEN
KHATIJAH BTE ARIS
D20071030385
AT41 PENDIDIKAN MORAL
SEMESTER 1
KUMPULAN (W)
ENCIK ARIFF BIN MOHAMAD
ariff@upsi.edu.my
PENGHARGAAN

Assalamualaikum Wr.Wb.t dan salam sejahtera...

Alhamdulillah dan syukur ke hadrat Illahi, kerana dengan limpah kurniaNya


dapatlah saya menyempurnakan satu tugasan yang buat pertama kalinya saya bergelar
sebagai seorang mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
pensyarah saya iaitu Encik Ariff bin Mohamad. Kerana beliaulah saya dapat
menyempurnakan tugasan esei yang bertajuk “Impak Program Realiti Televisyen” ini.
Tanpa bimbingan dan kerjasama dari beliau tidaklah saya dapat menyempurnakan esei ini
serta menghantarnya pada masa yang telah ditetapkan.

Sebagai seseorang yang bergelar mahasiswa-mahasiswi ,amanah dan


tanggungjawab yang dipikul ini haruslah dijaga demi kepentingan diri, keluarga,
masyarakat dan Negara tercinta. Justeru, dengan selesainya tugas saya dalam
menyempurnakan esei ini, segala amanah dan tanggungjawab yang telah diberi telah pun
saya jalankan sepanjang saya berada di semester satu ini.

Tambahan pula dorongan dari pihak lain juga telah menberikan saya satu tekanan
untuk menyempunakan esei tersebut. Dengan itu saya sekali lagi ingin mengucapkan
ribuan terima kasih kepada pihak yang terlibat dalam menyempurnakan esei yang
berbentuk ilmiah ini.

Akhir kata saya berharap sesiapa yang membaca esei ini dapat memberi satu
kesedaran betapa program realiti televisyen ini lebih terdorong kepada keburukan dari
kebaikkan. Jadi , renung-renungkan dan selamat beramal...

Sekian Wassalam..

1
Rancangan televisyen realiti
Pengenalan
Rancangan televisyen realiti ialah satu genre rancangan televisyen yang

mempersembahkan situasi dramatik atau humor yang dikatakan tidak berskirp,

merakamkan peristiwa sebenar, dan menampilkan orang biasa dan bukannya pelakon

profesional. Meskipun genre ini telah lama wujud dalam pelbagai bentuk sejak tahun-

tahun awal televisyen, istilah "televisyen realiti" paling kerap digunakan untuk merujuk

kepada rancangan-rancangan yang disiarkan sejak tahun 2000.Dokumentari dan

rancangan bukan fiksyen seperti berita dan rancangan sukan biasanya tidak dikelaskan

sebagai rancangan realiti.

Rancangan televisyen realiti meliputi pelbagai bentuk rancangan, sama ada

rancangan permainan yang menyerupai rancangan yang kegilaan dan merendahkan

maruah yang sering diterbitkan di Jepun pada 1980-an dan 1990-an (contohnya, Gaki no

tsukai), mahupun hasil yang bertumpukan pengawasan atau pengintaian seperti Big

Brother.

Istilah "televisyen realiti" pernah dikritik sebagai istilah yang kurang sesuai bagi

rancangan-rancangan yang dimaksudkannya. Rancangan sedemikian sering

menggambarkan bentuk realiti yang diubah suai dan banyak dipengaruh anasir luaran,

yang mana para peserta diletakkan di lokasi yang eksotik atau situasi laur biasa, dan

kadang-kala dilatih untuk berlakon dalam cara-cara tertentu oleh pengendali luar skrin,

dan peristiwa-peristiwa dalam skrin dimanipulasi melalui suntingan dan teknik pasca

penerbitan yang lain.

2
Salah satu contoh ketara ialah program realiti terbitan negara luar yang formatnya

hampir sama dengan La Academia sebuah program televisyen popular di luar negara. Ia

bukan sahaja begitu diminati oleh penonton di negara tersebut malah di Kepulauan

Melayu tidak terkecuali penonton di negara ini. Walaupun program tersebut merupakan

terbitan negara luar tetapi rasanya tidak salah jika kita membicarakannya kerana

kesannya juga turut membabitkan masyarakat negara ini disebabkan siarannya begitu

meluas di negara ini. Tidak hairanlah pengaruh dan kesan program tersebut tidak kurang

hebatnya dirasakan di negara ini.

Pada pendapat saya istilah ‘realiti’ disini bermaksud membantu seseorang

individu yang ingin mencapai cita-cita mereka selama ini disamping bakat yang telah

sedia ada pada diri mereka itu menjadi satu kenyataan. Rancangan seperti ini bukan

sahaja memberikan kesan yang sangat mendalam kepada masyarakat, malah kita tidak

dapat menganalisis kesannya kepada dunia yang sedang membangun ini kelak. Sebagai

mana yang saya maksudkan disini adalah dimana rancangan realiti ini akan mengubah

corak pemikiran manusia yang selama ini tidak pernah puas dengan kehidupan mereka.

Hal ini bukan bermaksud saya anti dengan rancangan seperti ini malah jika kita

dapat menyedari bahawa kesanya terhadap manusia sangat mendalam. Kita ambil sahaja

contoh yang lebih dekat iaitu ahli keluarga kita sendiri yang sebahagiannya mengemari

rancangan seperti ini lebih-lebih lagi jika rancangan itu sudah bermula masing-masing

asyik menonton dan adakalanya menangis tatkala artis kegemaran mereka tersingkir dari

program tersebut bagaikan tiada motif mereka bertindak sedemikian.

3
Kesan Rancangan Realiti Televisyen
Keburukan
Ada sesetengah pihak beranggapan bahawa rancangan seperti ini adalah sebagai

sindrom hiburan murahan dimana stesen televisyen awam dan swasta berlumba-lumba

untuk menyiarkan program realiti televisyen bercorak hiburan interaktif yang berakar

umbi dari barat. Program ini dikenali dengan pelbagai nama seperti Akademi Fantasia ,

Malaysian Idol , Audition , Mencari Cinta dan sebagainya. Manakala generasi muda

pula berlumba-lumba untuk menyertai program ini kerana mereka menganggap ia boleh

merealisasikan impian mereka untuk bergelar penghibur. Mereka sebenarnya tidak

menyedari bahawa perkara-perkara seperti ini bukan sahaja dapat merealisasikan impian

mereka malah akan melalaikan.

Terlalu ramai anak muda di negara ini yang hanyut dalam budaya hedonisme.

Pergaulan bebas serta keruntuhan akhlak generasi muda juga amat ketara dan

membimbangkan. Kebanyakkan mereka semua ini terpengaruh dengan budaya barat yang

acap kali dibuat-buat oleh para peserta dalam rancangan realiti seperti mana aksi peserta

berpeluk-pelukan antara lelaki dan perempuan apabila acara penyingkiran bermula.

Mereka bagaikan tiada akal fikiran untuk memikirkan tentang batas-batas pergaulan

antara yang bukan muhrim.

Di negara kita saja misalnya, sepanjang musim program berkenaan, para peminat

terlalu 'asyik' memperkatakan mengenai pelajar (penyanyi) mana yang akan kekal dan

siapa yang akan tersingkir. Mereka menjadi penyokong kuat kepada pelajar pujaan

mereka. Topik ini akan bertambah 'hangat' menjelang ke peringkat penghujung

4
pertandingan bagi menentukan finalis untuk mencari juara. Kita dapati tumpuan para

peminat terlalu diberikan kepada program tersebut sehingga mendominasi isu-isu

kemasyarakatan dan kenegaraan yang lebih penting dan bermanfaat.

Di rumah bersama keluarga, di pejabat bersama rakan, di majlis-majlis atau di

kedai-kedai kopi, para peminat 'tegar' tidak habis-habis memperkata atau memberikan

komen mereka, seperti juri bertauliah sahaja layaknya. Siaran program ini sentiasa

ditunggu oleh sebilangan orang, ia mesti diikuti, tidak boleh 'miss'. Jika 'miss' semacam

satu kerugian kepada mereka. Akan berkumpullah mereka sekeluarga tidak terkecuali

'ayah atau ibu', setia menatap peti televisyen hingga ke akhir program.

Keadaan menjadi 'parah', apabila sampai ke peringkat ramai yang tidak datang

menghadiri kenduri atau majlis-majlis seperti malam berbedak pengantin dan

seumpamanya semata-mata untuk menonton program tersebut. Sekarang, 'tuan punya'

majlis sudah semacam faham, mereka tidak akan mengadakan atau membatalkan sahaja

hasrat mengadakan kenduri atau majlis pada malam program itu disiarkan. Terdapat juga

majlis yang agak 'lengang' disebabkan sebilangan besar jemputan 'terpaku' di rumah

bersama keluarga menyaksikan program yang mereka minati itu.

Ditambah pula bab 'pembaziran' wang melalui undian secara perkhidmatan

pesanan ringkas (SMS) penonton. Tahun lepas penonton di negara ini dibenarkan

mengundi pelajar (penyanyi) yang mereka minati. Wang mencurah bagaikan air kerana

keghairahan untuk 'memenangkan' penyanyi pujaan mereka. Dalam keadaan tertentu,

mungkin sahaja kita tidak 'semurah' itu menghulurkan wang kepada anak-anak sendiri

5
yang memerlukannya. Ada kalanya kita juga agak 'lokek' menghulurkan sumbangan

derma atau membantu kegiatan-kegiatan yang berkebajikan.

Di sebalik kekayaan mereka dalam mencurahkan wang untuk mengundi penyanyi

pujaan mereka supaya tidak terkeluar dari program tersebut, syarikat-syarikat

telekomunikasi melonjak keriangan kerana mereka dapat mengaut begitu banyak

keuntungan dan faedah dari undian tersebut. Cuba anda bayangkan jika satu SMS yang

dihantar dicas dengan harga RM0.50 sahaja, syarikat tersebut mendapat keuntungan

yang besar. Hal ini demikian kerana, bukan seorang sahaja yang mengundi, malah

beribu-ribu rakyat yang ghairah untuk mengundi peserta kesayangan mereka supaya tidak

terkeluar dari program tersebut bahkan mereka tidak sedar bahawa ia langsung tidak

memberikan satu faedah pun ke atas mereka. Dimanakah kotak pemikiran mereka pada

masa itu? yang dapat menilai hanyalah dari individu yang terbabit.

Selain pembaziran wang penonton, kemenangan seseorang artis juga boleh

dipertikaikan kerana undi SMS lebih besar dari undi juri bertauliah.Apakah tidak akan

berlaku unsur 'bias' dalam pengundian SMS. Sudah semestinya keluarga penyanyi, rakan-

rakan, penduduk semukim atau senegeri dengan penyanyi tersebut pasti akan mengundi

penyanyi berkenaan.

Mungkin pula suatu masa nanti secara langsung atau tidak langsung akan timbul

pula, unsur-unsur semacam 'rasuah' semata-mata untuk memenangkan seseorang

penyanyi. Mungkin juga seorang penyanyi dari keluarga kaya akan sanggup

memperuntukkan ratusan atau jutaan ringgit kepada orang ramai supaya mengundi

(melalui SMS) bagi memastikan kemenangan anak mereka. Seperti yang dapat kita ikuti

6
di negara jiran, sekarang sudah ada sokongan 'kedaerahan atau kenegerian' secara besar-

besaran dengan menggunakan peruntukan yang agak besar semata-mata untuk

memenangkan penyanyi dari kawasan-kawasan berkenaan.

Tambahan pula, mengenai program bebentuk realiti ini, di sana khabarnya juga

sudah ada pihak-pihak yang sanggup menyediakan 'skrin' televisyen yang besar di

kawasan lapang untuk mengumpulkan penyokong sambil memberikan kesempatan

kepada penduduk setempat beramai-ramai memberikan sokongan kepada penyanyi

berkenaan. Perkara-perkara yang disebutkan di atas tidak menjurus kepada

perkembangan yang sihat dalam masyarakat terutama golongan remaja sebagai aset

negara yang diharapkan menjadi pewaris kepimpinan di masa hadapan.

Rata-rata para pemimpin, cendekiawan, budayawan dan tokoh-tokoh agama

menyifatkan program-program realiti televisyen berkenaan tidak menjurus kepada

pembinaan minda. Ia lebih mengarah kepada hiburan berbanding pembentukan akhlak,

keperibadian, kepimpinan dan wawasan yang perlu dititikberatkan dalam masyarakat.

Malahan terdapat juga di antara peminat yang berasa marah, sedih atau kesal jika

penyanyi kesayangan mereka tercicir untuk mara ke pertandingan berikutnya. Sebaliknya

mereka hanya akan bersikap 'selamba' sahaja apabila mengetahui anak-anak gagal dalam

peperiksaan sekolah.

Apa yang dikhuatirkan di sini, dengan adanya program televisyen berbentuk

realiti, masyarakat akan 'terlena' atau lebih terdorong kepada hiburan dari memikirkan

perkara-perkara yang boleh mempertajam pemikiran dan meningkatkan ilmu

pengetahuan untuk memajukan diri, keluarga, bangsa dan negara. Kebanyakan

7
berpendapat program-program televisyen berbentuk realiti yang boleh mendatangkan

kesan negatif kepada masyarakat terutama golongan remaja hendaklah dihentikan atau

dibuat pemantauan sewajarnya.

Kebaikan
Pada masa yang sama ada juga pihak berpendapat bahawa oleh kerana program-

program televisyen berbentuk realiti merupakan 'trend' yang cukup diminati maka ia

boleh diteruskan tetapi format dan perisiannya hendaklah dijurus kepada sesuatau yang

lebih mendatangkan manfaat kepada masyarakat untuk jangka masa panjang. Hal ini

demikian kerana , program hiburan ini bertujuan untuk mencungkil dan mengetengahkan

bakat para penyanyi yang diasuh dengan menyertai pertandingan. Pencungkilan bakat di

bidang nyanyian memang telah lama dilakukan melalui pelbagai format melalui

pertandingan pentas atau radio dan televisyen.

Bezanya program realiti yang dimaksudkan ini, dengan format dan

pengolahannya yang begitu rupa benar-benar 'memukau dan menjiwai' hati nurani para

penonton sehingga ke peringkat 'mengkhayalkan'. Adakah mungkin ia disebabkan oleh

kelunakan suara, penampilan dan interaksi pelajar-pelajar (penyanyi) yang begitu hebat

ketika membuat persembahan yang membuatkan penonton begitu 'terpukau'.Tidak salah

jika kita hendak berhibur, asalkan ia tidak keterlaluan dari kotak pemikiran dan jiwa kita

sendiri bak kata sesetengah pihak pandai-pandailah untuk kita menilai sesuatu sama ada

ianya mendatangkan kebaikan mahupun keburukan ke atas diri sendiri.

8
Walaupun rancangan realiti ini kebanyakkan lebih terdorong kepada kesan

negatif, ia bukan bermaksud kesemuanya negatif tetapi ada juga kesan positifnya. Salah

satunya program seperti ini juga boleh menaikkan nama negara ke persada dunia dengan

mewakilkan artis-artis yang berkebolehan menyertai pertandingan vokal antarabangsa.

Kita ambil sahaja contoh artis seperti Siti Nurhaliza yang telah sedia gah dengan

penampilan dan bakat yang semujadi ada pada dirinya. Walaupun dirinya dulu juga lahir

dari salah sebuah program realiti, dan memegang watak yang amat kecil pada masa itu,

sekarang kehidupannya jauh berbeza. Selain itu,beliau juga telah menaikkan imej negara

dengan mengadakan satu persembahan konsert di Royal Albert Hall London. Di dalam

konsert tersebut Siti Nurhaliza sekaligus memperkenalkan tarian tradisi negara,iaitu

zapin, kepada para penonton luar negara.

Pada masa yang sama, ada juga rancangan realiti yang berbentuk agama dan

akidah islamiah iaitu seperti program Akedemi al-Quran yang mendatangkan banyak

manfaat kepada manusia . Rancangan seperti ini perlu diterapkan lagi dalam minda

remaja zaman sekarang kerana mereka hanya mahukan hiburan semata-mata bahkan

ianya tidak mendatang apa-apa faedah pun pada diri mereka. Sepatutnya mereka perlu

dilatih dari kecil agar dapat menseimbangkan antara keberkatan didunia dan diakhirat

serta dapat menilai kebaikan dan keburukan sesuatu perkara. Hal ini demikian kerana

yang mendapat kesenangan adalah diri mereka sekaligus ibubapa juga turut berasa

senang dengan sikap anak mereka.

9
KESIMPULAN

Seperti yang dikatakan pada awal artikel ini, kita berada di era langit terbuka dan

kecanggihan teknologi komunikasi. Kita mungkin boleh mengawal program-program

yang diterbitkan oleh stesen-stesen televisyen tempatan tetapi terlalu sukar menghalang

penonton untuk mengikuti siaran stesen luar negara.

Dalam keadaan ini, kita kembali kepada penekanan terhadap ajaran agama dan

pembentukan jati diri dalam masyarakat. Hanya dengan adanya akhlak yang kukuh,

disiplin diri yang tinggi, mengamalkan adat resam, tatasusila dan budaya murni dan

kematangan berfikir sahaja masyarakat akan dapat menghadapi segala macam pengaruh

dan gejala negatif yang melanda masyarakat ketika ini. Dalam menghadapi senario yang

ada sambil menilai pro dan kontra, kebaikan dan keburukan program-program seperti itu

maka masyarakat seharusnya memilih kepada sesuatu yang difikirkan lebih baik dan

bermanfaat.

Akhirnya 'raih manfaat, hindari perkara yang merugikan'.

10
L
A
M
P
I
R
A
N

11
Portal Persatuan Anak Kelantan Perantauan Malaysia (PERAKAN MALAYSIA) - Muafakat Membawa Berkat
Hentikan Program realiti TV - Mufti
Edisi Nasional
Posted by: jaLiey_M
Posted on : 2007/4/24 12:42:11
KUALA LUMPUR: Beberapa mufti semalam meminta pengendali stesen televisyen tempatan
menghentikan program hiburan berbentuk realiti kerana ia boleh melalaikan masyarakat
sehingga
lupa tanggungjawab akibat terlalu leka dibuai keseronokan.
Mereka sependapat program hiburan berbentuk realiti televisyen bertentangan dengan nilai dan
hukum agama dan menggalak rakyat membazir, selain menjurus ke arah berlakunya maksiat.
Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, berkata kebanjiran program realiti televisyen di negara
ini
sampai ke peringkat melalaikan masyarakat, hingga ramai tidak menghiraukan tanggungjawab
masing-masing.
“Kita dapat lihat kesan negatifnya sekarang apabila 4.9 juta rakyat yang layak mengundi, tidak
berdaftar sebagai pemilih. Mereka lupa tanggungjawab mendaftar sebagai pemilih tetapi tidak
lupa
mengundi untuk program realiti televisyen,” katanya kepada Berita Harian, semalam.
Mohd Asri berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan
kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk
kepada negara.
“Program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut
dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak
dan
bernilai murni,” katanya.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilaporkan berkata, kerajaan
memandang serius kemunculan program realiti televisyen yang berbentuk hiburan kerana ia
dikhuatiri mengancam nilai murni masyarakat Timur serta meruntuhkan akhlak.
Najib meminta pengusaha stesen televisyen tempatan tidak mengikut budaya Barat secara
membuta
tuli dan terlalu terdorong oleh pertimbangan komersial serta pasaran hingga mengabaikan etika
atau
moral.
Sementara itu, Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata program realiti televisyen
bukan
budaya Islam kerana ia bertentangan dengan hukum seperti menggalakkan pergaulan bebas
antara
lelaki dan wanita di khalayak ramai.
“Selepas 50 tahun merdeka, masyarakat kita sepatutnya sudah berjaya meraih pelbagai
pencapaian
lebih tinggi tetapi kita masih dikenali sebagai masyarakat nombor satu dalam hiburan, dadah dan
lepak.
“Kita perlu fikir perkara seperti ini dengan lebih serius,” katanya yang mahu pengusaha stesen
televisyen lebih peka terhadap usaha mewujudkan masyarakat berilmu dan mengamalkan nilai
murni
dengan mengajak mereka kembali ke pangkal jalan.
Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahab, berkata program realiti televisyen jelas
melalaikan anak muda terutama pada peringkat sekolah dan institusi pengajian tinggi (IPT)
dengan
hiburan berlebihan.
“Agama tidak menghalang kita berhibur tetapi biarlah yang menjurus ke arah menerapkan unsur
positif seperti memberi galakan kepada jati diri, kecemerlangan hidup dan bukannya memenuhi
tuntutan hawa nafsu semata-mata,” katanya.
//berita harian http://www.perakan.net.my 2007/8/13 17:12:01

12
BIBLIOGRAFI

Sahrunizam Abdul Talib (2006,OGOS). Sindrom Hiburan Murahan , Dewan


Masyarakat, m/s 4

Muhamadiyah (2006,OGOS) . Ketaksuban yang membinasakan , Dewan Masyarakat,


m/s 4

Nik Nor Akmal Nik Ramli (2006,OGOS). Mahasiswa semakin hanyut , Dewan
Masyrakat, m/s 4

JaLiey_M, Hentikan Program realiti TV – Mufti , Edisi Nasional , 2007/4/24 daripada


http://www.perakan.net.my 2007/8/13 17:12:01

13

You might also like