You are on page 1of 8

UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/1

UNIT 9 : UNIT PEMAPAR


Objektif am : Dapat mengesan masalah dan membaikpulih Unit Pemapar.

Objektif khusus : Di akhir unit ini anda dapat :


 Melukis dan melabelkan rajah blok unit pemapar
 Mengesan masalah yang dihadapi oleh unit pemapar

 Penyelenggaraan Unit Pemapar.

9.0 PENGENALAN

Unit pemapar selalu di rujuk dengan nama skrin atau paparan komputer.Ia mingkin
merupakan unit paparan monokrom atau berwarna.Bilangan warna yang boleh dipaparkan
bergantung kepada kad grafik atau RAM video (VRAM) yang dipasang pada sesebuah
komputer.

Rajah 9.0 : Unit Pemapar

Unit pemapar akan memaparkan maklumat yang terkandung didalam ingatan video (video
RAM). Maklumat ini mungkin berbentuk ASCII kod atau symbol grafik. Pengawal tiub
pancaran katod berfungsi untuk menukarkan byte di dalam ingatan video kepada bentuk
video, memberi maklumat keterangan dan isyarat pemasaan yang diperlukan. Unit pemapar
yang biasa digunakan ialah jenis PAPARAN IMBAS RASTER.
Terdapat 4 teknologi unit pemapar:
1. TSK - Tiub Sinar Katod (CRT)
- menggunakan elektron yang di tembakkan keatas layar phosporus
untuk menghasikan paparan.
2. LCD - Liquid Crystal Display
- menggunakan cairan kristal untuk menghasilkan paparan
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/2

3. LED - Light Emitting Diode


- menggunakan LED-LED kecil ( 1” x 1” mengandungi 24 LED) untuk
menghasilkan paparan.
4. GAS Plasma - menggunakan campuran gas argon dan neon.Pecahan
gas ini menghasilkan elektron pembawa arus yang
menyalakan gas.

9.1 Cara-Cara Penyambungan Unit Pemapar Dengan Komputer


Terdapat 2 cara penyambungan bagi penghantaran data dari komputer kepada unit pemapar.
I. 9 dan 15 pin penyambungan D
Isyarat video, isyarat penyegerakan pugak (VSYNC) dan isyarat penyegarakan
ufuk (HSYNC) dihantar secara berasingan ke unit pemapar.
9 pin penyambungan D – untuk monitor CGA, EGA dan Macintosh.
15 pin penyambungan D – untuk monitor VGA dan SVGA.

Rajah 9.1: Rajah Penyambungan Unit Pemapar Dengan Komputer

Maklumat Teknikal

Terminal Video Input


UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/3

Rajah 9.2 : Gambarajah D – Subminiature male connector bersama penerangan pin

II. Kabel sepaksi.


Ia menggunakan bicu RCA. Isyarat adalah isyarat rencam yang merupakan
isyarat analog yang mengandungi isyarat video, isyarat VSYNC dan HSYNC.

9.2 Jenis – Jenis Unit Pemapar


Dua jenis unit pemapar yang biasa digunakan ialah :
i. Unit pemapar Monochrome.
ii. Unit pemapar warna.

9.2.1 Unit pemapar Monochrome.


Unit pemapar ini menggunakan prinsip imbasan raster dan dapat mengeluarkan satu warna
sahaja. Warna yang dikeluarkan ini akan bergantung kepada jenis bahan berpendaflour yang
digunakan pada skrin.

9.2.2 Unit Pemapar Warna.


Binaan pada unit pemapar warna adalah seakan – akan sama dengan pemapar Monochorme,
tetapi terdapat sedikit perbezaan pada senapang electron dan juga jenis phosporus yang
digunakan. Unit pemapar warna menggunakan 3 senapang electron yang mana masing –
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/4

masing mengeluarkan electron berwarna biru, hijau, dan merah. Manakala phosporus yang
digunakan pula adalah dari jenis yang boleh mengeluarkan warna – warna biru, hijau, dan
merah. Walaupun ia menggunakan 3 bahan sahaja tetapi hasil pertindihan warna – warna
pada senapang electron dan phosporus akan menghasilkan lebih daripada 3 warna asal.

9.3 FUNGSI SETIAP BLOK SISTEM OPERASI TIUB SINAR KATOD


a) Senapang (RGB) - menghasilkan tembakan elektron-elektron yang
tertuju kepada titik-titik RGB di atas layar
phosporus.
b) Elektrod Fokus - menajamkan pancaran elektron supaya tumpuan
elektron pada layar nampak halus.
a) Elektrod Convergence - mengarahkan tembakan-tembakan elektron
tertumpu pada satu titik sahaja.
b) Yoke(gelung pemesung) - gelung-gelung elektromagnet yang
memesongkan elektron.Terdapat dua jenis
gelung:
Gelung ufuk – memesongkan elektron kekiri dan
kanan.
Gelung pugak – memesongkan elektron ke atas
dan ke bawah.
e) Masukan voltan tinggi - voltan positif tinggi yang menarik elektron 12kv
hingga 30kv.
f) Layar Phosporus - terdiri dari titik halus phosporus yang menyala
apabila terkena tembakan elektron.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/5

Rajah 9.3: Tiub Sinar Katod

9.4 Fungsi blok – blok unit pemapar.

Rajah 9.4: Gambarajah Blok Unit Pemapar

i. Penguat Video
Isyarat video akan dibesarkan dibahagian ini. Kawalan kecerahan akan
mengawal amplitud isyarat video yang keluar daripada penguat video. Isyarat
video ini akan dihantar ke katod.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/6

Pengayun pugak.
Pengayun ini berfungsi untuk mengeluarkan isyarat untuk plet pesongan
pugak. Plet ini akan memesongkan pancaran electron ke atas dan ke bawah.
Pengayun ini akan menggunakan isyarat VSYNC untuk melaraskan
keluarannya dengan bahagian penjana video. Sekiranya ini tidak
diselaraskan, gambar yang terdapat pada skrin akan bergulung.
ii. Pengayaun Ufuk.
Pengayun ini berfungsi untuk mengeluarkan isyarat plet pesongan ufuk. Plet
ini akan memesongkan pancaran electron ke kiri dan ke kanan. Ia
menggunakan isyarat HSYNC untuk menyelaraskan keluarannya dengan
bahagian penjana isyarat video. Isyarat keluaran daripada pengayun ufuk ini
juga digunakan bagi penghasilan voltan tinggi untuk anod pada skrin.
iii. Tiub sinar katod.
Bahagian ini berfungsi untuk menggunakan isyarat video, isyarat pengayun
pugak dan isyarat pengayun ufuk untuk menghasilkan imej pada skrin.
Dalam tiub sinar katod ini terdapat senapang electron untuk mengerluarkan
electron.
iv. Fokus.
Bahagian ini menentukan bahawa pancaran electron yang dikeluarkan oleh
katod adalah padat untuk mendapatkan titik yang terangdan tajam pada skrin.
Ini dapat dicapai dengan menambah bezaupaya yang lebih positif untuk
menpercepatkan pergerakan electron. Kumpulan electron ini tidak mudah
untuk terpesong apabila bergerak laju. Oleh itu, sinaran electron akan
mempunyai ketumpatan electron yang tinggi dan apabila sinaran electron ini
menghentam skrin, satu titik yang jelas dan tajam akan kelihatan.
v. Bahagian voltan tinggi.
Bahagian ini, menggunakan isyarat yang dikeluarkan oleh pengayun ufuk
dan menjanakan satu voltan arus terus yang tinggi dan positif. Voltan ini
biasanya bernilai dalam kilo volt. Voltan tinggi ini digunakan pada anod di
tiub sinar katod. Anod akan menarik kumpulan electron yang dihasilkan oleh
katod ke skrin.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/7

9.5 MENGESAN MASALAH DAN MEMBAIKPULIH UNIT PEMAPAR

Unit pemapar merupakan alat yang memaparkan keputusan-keputusan yang dihasilkan oleh
mikropemproses samada berbentuk text atau grafik. Unit pemapar untuk system komputer
mempunyai banyak persamaan dengan television. Oleh itu, cara – cara pengesanan
kerosakan pada television perlu digunakan untuk mengesan kerosakan pada unit pemapar.
Kerosakan dapat dikesan dengan analisa lakaran pada skrin.
i. Kerosakan pada pengayun pugak.
Kerosakan pada bahagian ini, akan menyebabkan isyarat pada plet pugak
tidak selaras dengan bahagian yang menghasilkan video. Kerosakan terus
pada bahagian ini menyebabkan ketiadaan isyarat plet pugak, maka
pancaran electron hanya bergerakdari kiri ke kanan sahaja. Oleh itu,
hanya satu lakaran mendatar sahaja yang terdapat pada skrin. Sekiranya
isyarat pada plet pugak ini tidak selaras denagan bahagian yang
menghasilkan video, maka gambar yang terdapat pada skrin akan
bergulung.
ii. Kerosakan pengayun ufuk.
Kerosakan pada bahagian ini, mungkin akan menyebabkan pengayun
ufuk tidak mengeluarkan isyarat untuk plet pesongan ufuk yang betul.
Kerosakan terus pada bahagian ini, akan menyebabkan ketiadaan isyarat
untuk plet pesongan ufuk. Maka pancaran electron hanya boleh
dipesongkan ke ats dan ke bawah sahaja. Oleh itu, akan terdapat satu
lakaran menegak sahaja pada skrin.
iii. Kerosakan pada tiub sinar katod.
Oleh kerana bahagian – bahagian yang terdapat pada tiub sinar katod
telah dipasang kekal, maka kerosakan pada bahagian ini tidak boleh
diperbaiki. Tiub sinar katod yang rosak perlu diganti dengan yang baru.
Antara kerosakan yang boleh terjadi ialah skrin phosporus terbakar,
pemanas untuk katod terputus, dan kerosakan pada plet – plet pesongan.
Kerosakan pada elemen pemanas atau katod akan menyebabkan pancaran
electron tidak terhasil. Oleh itu, skrin akan menjadi gelap kerana tidak
ada electron yang kena pada lapisan phosporus.
iv. Kerosakan pada fokus.
UNIT PEMAPAR E3005 /UNIT 9/8

Kerosakan pada bahagian ini, menyebabkan teks atau grafik yang


dihasilkan pada skrin tidak tajam, walaupun pelarasan fokus telah dibuat.
v. Kerosakan pada bahagian voltan tinggi.
Kerosakan pada bahagian ini, menyebabkan tidak ada voltan atau
terdapat voltan yang salah pada anod. Ini menyebabkan, electron tidak
akan tertarik ke skrin. Oleh itu, skrin akan menjadi gelap. Oleh kerana
bahagian ini, mempunyai voltan tinggi, maka pengawasan kejutan
elektrik perlu dilakukan dalam pengeseran kerosakan pada bahagian ini.

You might also like