P. 1
KERTAS KERJA KEPIMPINAN PELAJAR 2009

KERTAS KERJA KEPIMPINAN PELAJAR 2009

|Views: 4,195|Likes:
Published by MHD AMIN OMAR

More info:

Published by: MHD AMIN OMAR on Nov 05, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

02/16/2014

pdf

text

original

KERTAS KERJA PROGRAM KURSUS KEPIMPINAN KETUA UNIT BERUNIFORM , KELAB PERSATUAN DAN SUKAN PERMAINAN 2009 Bertempat

di Motel desa pada 22hb – 23hb Oktober 2009 1.0 TUJUAN 1.1 Program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pengetahuan berkaitan kepimpinan kepada pemimpin unit beruniform kelab persatuan dan sukan permainan. 2.0 LATAR BELAKANG 2.1 Ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan sekolah adalah para pelajar yang terpilih yang diberikan tanggungjawab untuk membantu pihak sekolah, terutamanya dalam hal meningkatkan pencapaian kokurikulum para pelajar ke tahap yang lebih baik, mereka dianggap ayam tambatan sekolah. 2.2 Ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga adalah pelajar , mereka memerlukan keyakianan diri untuk bertugas dengan penuh dedikasi dan berketrampilan. Bagi merealisasikannya mereka memerlukan bimbingan dan panduan. 2.3 Untuk mencapai ke tahap keyakinan diri dan kelicinan tugas mereka memerlukan bantuan pihak guru atau pihak sekolah untuk memberi motivasi dan tunjuk ajar kepada mereka. 2.4 Para ketua unit beruniform , kelab persatuan dan sukan permainan juga perlu mengetahui dengan jelas bidang tugas mereka serta mengetahui senario seluruh pelajar itu sendiri. Percambahan fikiran dan minda adalah salah satu cara yang dapat memantapkan keyakinan terhadap tugas mereka . Maka atas dasar dan tujuan tersebut kursus Kepimpinan ini sangat sesuai dilaksanakan. 2.5 Kursus ini akan mengutamakan “Pusatan Pelajar”, selain daripada ceramah, pelajar akan terlibat dalam aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno (Sesi Pembentangan ) serta penilaian. 2.6 Aktiviti taaruf, bengkel dan sidang pleno merupakan aktiviti-aktiviti pembelajaran yang melibatkan ( peserta ) secara aktif atau disebutkan sebagai " Pusatan Pelajar " . Kaedah ini dipercayai mampu menjana dan menghasilkan pelajar yang berfikiran positif, kreatif, kritis dan proaktif. 3.0 OBJEKTIF Setelah berakhirnya kursus ini, diharapkan para pelajar dapat: (1) Mengenal diri sendiri sebagai seorang pemimpin dan mengenali kawan-kawan. (2) Memanfaatkan persahabatan untuk menambahkan ilmu pengetahuan. (3) Memahami dan mampu mengendalikan perbincangan secara yang betul. (4) Mewujudkan kumpulan pemimpin yang bekerja di dalam satu pasukan.. (5) Meyakinkan diri sendiri, khususnya apabila bercakap di hadapan khalayak. (6) Memahami tugas yang diamanahkan dan bertindak secara bijak. (7) Mengetahui bahawa tugas mereka sangat penting dan diperlukan oleh pihak sekolah (8) Menyedari bahawa mereka adalah pemimpin kecil di sekolah.

4.0 MATLAMAT 4.1 Matlamat program ini adalah seperti berikut:4.1.1 Untuk memastikan para pelajar terlibat mempunyai pengetahuan dan kemahiran mengenai gaya kepimpinan dan mengamalkannya; 5.0 KUMPULAN SASAR 6.1 Kumpulan sasar untuk program ini adalah seperti berikut:6. 30 orang pelajar terdiri daripada ketua unit berniform , kelab persatuan dan sukan permainan SK Kampung Bukit ;

UNIT UNIFORM PENGAKAP TKRS PUTERI ISLAM TUNAS PUTERI KELAB /PERSATUAN BAHASA MELAYU BAHASA INGGERIS SAINS BAHASA ARAB MATEMATIK KOMPUTER CEGAH JENAYAH JUMLAH

TAHUN 5 LELAKI 3 3 3 3 3 3 -

PEREMPUA N 3 3

2 2 2 4 2 2 2 30

1 1 1 3 1 1 1 15

1 1 1 3 1 1 1 15

6.0 PROSEDUR PELAKSANAAN Penasihat: (1) Guru Besar (2) Pengerusi PIBG. (3) Penolong Kanan Kokurikulum. (4) Kaunselor.

JAWATANKUASA KURSUS. (1) Pengerusi : En. Mohd Nasir bin Mohammad ( Guru Penolong Kanan KK) (2) Naib Pengerusi : Pn. Zaitoon b. Abu bakar (3) Setiausaha : En. Mhd Amin b. Omar Ahli Jawatankuasa: (1) Pn. Norhazani bt. Taib (2) Pn. Nor Azhan Sulaiman (3) Tn. Hj. Azman bin Ahmad 7.0 PROGRAM YANG DIRANCANG Hari pertama 22h Oktober2009 ( Khamis ) 2.00 petang 2.30 petang 3.00 - 4.15 petang 4.15 – 5.00 petang 5.00 – 6.00 petang 6.00 – 7.00 malam 7.00 – 8.30 malam 8.30 – 10.00 malam 10. 00 malam - Bertolak dari sekolah - Pendaftaran/Taklimat. - Ceramah (1) ( Akhlak dan Senario Pelajar Terkini ) - Minum petang / Solat Asar - Aktiviti riadah / Teknik pertolongan cemas di air - Rehat / Makan malam - Solat maghrib / Isya / Ceramah motivasi - Ceramah / bengkel(2). Kepimpinan pelajar - Kudapan / tidur

Hari kedua 23h Oktober 2009 ( Jumaat ) 7.30 pagi -8.30 pag 8.30 – 10.00 pagi 10.00 pagi 10.30 – 12.00 tengahari - Sarapan pagi - Ceramah 2 ( Teknik dan cara menangani stress ) - Kudapan - Ceramah 3 ( Kepentingan kokurikulum dalam mencapai kecemerlangan hidup.

- Penutup / Bersurai

9. Penceramah (1) Penceramah Dalaman. 10.0 ANGGARAN PERBELANJAAN 10.Makan minum dan penginapan peserta Tambang Pengangkutan Bantuan yang diperlukan Bimbingan Kaunseling – KoKo Bimbingan

RM45.00 X 30 orang = RM 1350.00 RM28.00 X 6 orang = RM 168.00 RM 1518.00 RM 1118.00 RM 400.00 RM 1528.00

11.0 KESAN YANG DIHARAPKAN 11.1 Antara kesan yang diharapkan daripada program ini adalah seperti berikut :11.1.1 Pelajar akan dapat mempraktikkan gaya hidup sihat; 11.1.2 Pelajar terdidik tentang kepimpinan dari sejak kecil lagi. 11.1.3 Menyemai dan menanam sikap kepimpinan kepada para pelajar. 11.1.4 Mengetahui dan membudayakan nilai-nilai kepimpinan dengan berkesan untuk mencapai kecemerlangan diri dan sekolah. 12.0 KESIMPULAN Adalah diharapkan agar program ini akan dapat melahirkan pemimpin yang berkebolehan sebagai generasi pewaris akan datang.

DISEDIAKAN OLEH

DISAHKAN OLEH

……………………………… MHD AMIN BIN OMAR SETIAUSAHA KURSUS

………………………………………………… EN.MOHD NASIR BIN MOHAMMAD PENOLONG KANAN KO KURIKULUM SK Kampong bukit , Chendering. Kuala Terengganu

DILULUSKAN OLEH

............................ CHE JARAH BT CHE MAT GURU BESAR SK Kampong Bukit, Chendering.

Kuala Terengganu

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->