You are on page 1of 3

Muhamad Salleh bin Perang

Datuk Bentara Luar Johor - Datuk Mohd. Salleh bin Perang

Dato' Muhammad Salleh bin Perang (1841 - 21 Julai 1915) dengan gelarannya Dato' Bentara
Luar memegang jawatan penting dari tahun 1856 sehingga tahun 1912 dalam pentadbiran
kerajaan Johor. Tugas utama beliau adalah merancang pembangunan negeri Johor.

Isi kandungan
 1 Sumbangan
 2 Membuka Bandar Batu Pahat
 3 Bersara
 4 Meninggal Dunia
 5 Rujukan
Sumbangan
Datuk Mohd.Salleh Perang adalah birokrat Johor yang bertanggungjawab dalam bidang
pertanahan dan perladangan gambir dan lada hitam. Selaku ketua Jabatan Tanah dan Ukur
Negeri beliau telah dapat membuat peta negeri yang lengkap serta bertulisan jawi. Tindakan
pertamanya adalah pelukisan sebuah peta pembangunan negeri Johor. Peta itu menunujukkan
semua jalan dan bandar yang akan dimajukan atau dibina di seluruh negeri Johor. Ia juga
menunjukkan bentuk muka bumi dan daerah-daerah di negeri itu. Inilah peta lengkap yang
pertama sekali dilukis bagi sebuah negeri di Semenanjung Tanah Melayu.

Beliau bertanggungjawab membangunkan pusat bandar seperti Bandar Maharani (1888) dan
Bandar Penggaram (1893), beliau juga menjadi Pesuruhjaya Kerajaan bagi dua wilayah Johor itu
sebelum dipanggil semula bertugas di Johor Bahru. Datuk Bentara Luar dapatlah dikatakan
arkitek dan perancang pembangunan negeri Johor.

Kemahiran beliau berbahasa Cina dan tahu selok belok adat resam Cina membolehkan beliau
mempunyai hubungan yang rapat dengan Sistem Kangchu Cina. Beliau mengiringi Sultan
melawat negeri China dalam tahu 1880'an. Kerjaya beliau bermula dengan jawatan Pesuruhjaya
Polis Negeri, dan berakhir sebagai ahli Dewan Negeri dan juga ahli Jemaah Menteri.

Membuka Bandar Batu Pahat


Ketika itu, Batu Pahat merupakan sebuah petempatan kecil yang dibuka oleh orang-orang
kenamaan dan orang-orang besar seperti penghulu-penghulu dan ketua-ketua kampung. Batu
Pahat yang terletak di kawasan Simpang Kanan, kira-kira tujuh batu dari kuala Sungai Batu
Pahat dikenali ketika itu sebagai "Pulau Kundur".

Pada 4 November 1893, Muhamad Salleh yang tinggal di Kampung Senangar, dipanggil ke
Johor Bahru. Seminggu kemudian pada 11 November, Sultan Abu Bakar menitahkan beliau
untuk membuka Batu Pahat. Namun beliau memulakan usaha bagi membangun bandar itu dan
menyediakan kemudahan jalan serta pejabat-pejabat kerajaan, dengan sistem pentadbiran moden.

Pembukaan rasmi Batu Pahat diadakan pada 1 Januari 1894 oleh Muhamad Salleh sendiri dan
dihadiri oleh Orang-orang Kaya, penghulu-penghulu dan orang-orang kenamaan tempatan.
Bandar itu mula berkembang maju di bawah Muhamad Salleh yang menjadi wakil Raja
memerintah Batu Pahat. Beliau kemudian menjadi Pesuruhjaya Kerajaan, dan menggalakkan
orang-orang kampung membuka kebun dan membuat parit tali air. Dalam masa yang sama,
pelabur-pelabur asing mula datang membuka kebun, ladang serta berniaga di Batu Pahat.
Kebolehan Muhammad Salleh berbahasa Cina merupakan faktor yang menyebabkan beliau
disukai oleh orang Cina serta faktor yang membawa kemajuan ekonomi dan harmoni kepada
daerah ini. Kejayaan beliau dalam pentadbiran Batu Pahat diakui oleh Ungku Sulaiman bin
Daud, Pesuruhjaya Besar Johor, dalam rangka lawatan tugas Ungku di Batu Pahat pada 21
Disember 1896.
Bersara
Apabila Sultan Abu Bakar mangkat, perubahan pemerintahan telah dirasai apabila Kerajaan
British telah mula memperluaskan pengaruh mereka. Sedikit demi sedikit penasihat-penasihat di
semua Daerah di Johor dan mula memecat orang-orang Melayu yang berkebolehan dalam
pentadbiran dan pembangunan termasuk juga Dato' Luar.

Pada 3 April 1909, Dato' Luar telah menerima surat dari Dato' Seri Amar Di Raja menyuruh
beliau bersara dari jawatannya. Dalam pentadbiran Batu Pahat juga tidak dikecualikan dimana
Pegawai-pegawai Negeri telah menukepada mereka yang bijak menilai samada segala
perkhidmatan Dato' Luar itu dikira sebagai jasa atau tidak.

Sepanjang hayat Dato' Luar, beliau telah membuktikan kesetiaannya kepada Raja dan telah
membuktikan bahawa beliau mampu memperlihatkan hasil kerja yang terbaik dengan
menggunakan daya usaha sendiri. Dato' Bentara Luar duh Dato' Luar membuat penyelewengan
tetapi tidak dapat membuktikannya. Akhirnya pada 21 Mei, 1912, Dato' Luar terus bersara dan
usia beliau ketika itu adalah 71 tahun. Beliau digantikan oleh Ungku Ahmad bin Ungku
Muhamad Khalid menjadi Pesuruhjaya Kerajaan Batu Pahat. Di bawah Ungku Ahmad,
Pesuruhjaya Kerajaan Daerah berpadu dengan Penolong Penasihat British untuk menjalankan
pentadbiran.

Meninggal Dunia
Beliau telah kembali ke Rahmahtullah pada Hari Jumaat, 21 Julai 1915 (pukul 6.15 petang)
bersamaan dengan 18 Syaaban 1333 dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mahmoodiah, Johor
Bahru.

You might also like