You are on page 1of 14

Peraturan Am 

1. Jadual Kedatangan Pelajar adalah dokumen yang sangat penting dan rasmi serta akan diaudit
oleh Juru Audit JPNJ yang bertauliah.
2. Hanya guru tingkatan dan mereka yang bertanggungjawab boleh menggunakan Jadual
Kedatangan Pelajar.
3. Pelajar dilarang sama sekali memegang atau membawa atau menanda Jadual Kedatangan
Pelajar.
4. Semua butiran hendaklah ditulis dengan terang dan kemas serta hanya menggunakan pen
atau pena mata bulat yang BERDAKWAT HITAM sahaja.
5. Hari Kelepasan hendaklah ditandakan dengan garisan lurus sepanjang ruangan atau ruangan-
ruangan itu. Jika hari kelepasan itu lama, hendaklah ditulis ‘cuti’ melintang ruangan itu.
6. Tandakan Buku Jadual Kedatangan Pelajar ini dengan dakwat, jangan sekali-kali dengan
pensil, kemudiannya diikuti dengan dakwat pula di atasnya.
7. Buku Jadual Kedatangan ini hendaklah ditulis terus, yakni tidak disalin daripada kertas lain
atau seumpamanya.
8. Sebarang kesilapan hendaklah diminimumkan. Sekiranya berlaku kesilapan, potong sahaja
dan ditandatangani ( Initial ) terutamnya di bahagian penerimaan bayaran. PENGGUNAAN
PEMADAM CECAIR ADALAH DILARANG SAMA SEKALI DAN MENYALAHI PERATURAN.
9. Semua maklumat di dalam Jadual Kedatangan Pelajar mestilah tepat dan kemaskini.
10. Maklumat pada bulan Disember hendaklah dipenuhkan kecuali pada ruangan kedatangan
pelajar. Ruangan ini hendaklah dipotong ( Cross ) dari penjuru atas kanan ke penjuru bawah
kiri. Tuliskan “ CUTI AKHIR TAHUN “.
11. Jadual Kedatangan Pelajar hendaklah disimpan di tempat asal setelah digunakan.
12. Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dibawa keluar dari pejabat sekolah. Sekiranya guru
tingkatan atau mereka yang bertanggungjawab menggunakan Jadual Kedatangan perlu
membawanya keluar. Sila catatkkan pergerakan Jadual Kedatangan Pelajar di dalam Buku
Pergerakan Dokumen yang ada di pejabat dan pulangkan semula sebelum waktu rehat.
13. Sekiranya guru tingkatan tidak hadir kerana sakit atau berkursus maka tangungjawab mengisi
kehadiran pelajar akan dilaksankkan oleh Kaunselor.
14. Jadual Kedatangan Pelajar tidak boleh dipinda samasekali seperti menampal dengan kertas
lain di bahagian yang salah atau comot.

 Kulit hadapan luar Jadual Kedatangan 


1. Kulit hadapan Jadual Kedatangan hendaklah ditulis butiran lengkap mengikut ruangan yang
perlu diisikan.
2. Jika berlaku pertukaran guru tingkatan, nama guru tingkatan yang baru hendaklah ditulis, dan
nyatakan tarikh pertukaran berlaku di sebelah nama guru yang baru tersebut. Contoh , ALI BIN
AHMAD ( 22 MEI 2008)
3. Guru tingkatan yang baru hendaklah meneruskan semua kerja guru tingkatan yang lama
termasuk menyambung kerja melengkapkan butiran yang belum lengkap.
4. Kulit Jadual Kedatangan Pelajar jika disampul dengan kertas penyampul maka segala butiran
yang perlu hendaklah ditulis pada kertas penyampul tersebut.
    
Kulit hadapan dalam Jadual Kedatangan 
1. Pada kulit dalam Jadual Kedatangan perlu dilekatkan dengan :

1.1     Carta Proses Aliran Kerja Terimaan dan Pungutaan

1.2     Surat Kuasa Memunggut  yuran daripada pelajar

1.3     Surat kuasa menandatangai Buku Resit Bayaran.  

Kulit belakang dalamJadual Kedatangan 

1. Pada kulit belakang dalam perlu dilekatkan samput kocek yang mengandungi :

1.1     Surat pemberitahuan ketidak hadiran pelajar

1.2     Sijil sakit1.

3     Borang kutipan dan serahan yuran.1

.4     Borang Penghantaran Surat Amaran Ponteng1.

5     Borang Senarai Anak Yatim dan Yatim Piatu1.

6     Borang Semakkan Jadual Kedatangan1.

7     Borang Pelajar miskin.  

Menanda Kehadiran Pelajar 

1. Kedatangan pelajar hendaklah ditanda setiap hari persekolahan.


2. Buku Jadual Kedatangan Pelajar MESTILAH ditutup selewat-lewatnya satu jam sesudah waktu
belajar.
3. Sekiranya kelas-kelas tertentu terpaksa dicutikan kerana peperiksaan awam seperti PMR,
MUET dan sebagainya maka kedatangan pelajar kelas tersebut perlu dicatatkan mengikut
kedatangan pelajar pada hari sebelumnya. Kelas- kelas yang dicutikan disebabkan perkara
tersebut dikira hadir ke sekolah.

 
 Kaedah Menanda Jadual Kedatangan Pelajar 

BIL PERKARA CARA


1 Hadir/termasuk pelajar yang dicutikan semasa peperiksaan /
awam dan peristiwa lain. 
 2  Hadir lewat. (Pelajar dikira hadir ) L
  
 3  Tidak hadir tanpa kenyatan ( Ponteng ) P
  
 4  Tidak hadir kerana sakit dengan sokongan  surat dari doktor S
atau ibubapa/penjaga yang sah.   
 5  Tidak hadir kerana bersebab dengan sokongan surat C
ibubapa atau penjaga/kenyataan ibubapa atau penjaga yang   
sah
 6 Tidak hadir atau hadir tetapi terlibat dengan aktiviti K
kokurikulum ( Pelajar dikira hadir ) S
C
 7 Pelajar dikira tidak hadir sekiranya pelajar hanya hadir ke                     /
sekolah tidak lebih daripada 2 jam tanda seperti 4 atau 5
 8 Gantung sekolah G
 

Menulis Butiran Pelajar 

1. Nama pelajar, nama ibu bapa/penjaga ditulis dengan HURUF BESAR.


2. Pastikan nama dan bilangan pelajar yang diperolehi daripada penyelaras tingkatan pada awal
tahun persekolahan ( Hari pertama sesi persekolahan tahun semasa ) sepadan dengan nama
dan bilangan pelajar dalam kelas tersebut. Sekiranya kepastian telah diperolehi, barulah nama
dalam senarai tersebut dipindahkan ke Jadual Kedatangan Pelajar.
3. Susunan nama pelajar hendaklah dimulakan dahulu dengan nama pelajar lelaki Melayu diikuti
oleh nama pelajar perampuan Melayu. Diikuti oleh nama pelajar Cina lelaki dan diikuti oleh
nama pelajar Cina perempuan. Dikuti nama pelajar lelaki India dan nama pelajar perempuan
India.Sekiranya terdapat bangsa-bangsa lain dalam kelas tersebut, nama mereka akan
mengakhiri senarai susunan nama pelajar.
4. Nama pelajar hendaklah disusun mengikut hairaki abjad.
5. Nama pelajar dan ibu bapa/penjaga hendaklah ditulis mengikut ejaan seperti dalam Surat
Beranak atau Kad Pengenalan.
6. Nombor Surat Jabatan Pendidikan membenarkan seseorang pelajar/murid rakyat asing itu
belajar hendaklah dituliskan di hujung nama pelajar pada setiap bulan.
  Pelajar Baru Masuk 
1. Tuliskan nama pelajar tersebut di bahagian terakhir senarai nama pelajar perempuan. Pada
bulan berikutnya tulis nama pelajar tersebut mengikut susunan abjad dan jantinanya.
2. Butiran pelajar seperti tarikh masuk darjah, No. Kad Pengenalan, tarikh lahir, nama ibu bapa
dan sebagainya hendaklah ditulis di bilangan terakhir senarai nama pelajar dalam kelas
tersebut.
 Pelajar Berhenti Sekolah 
1. Nama pelajar tidak perlu ditulis pada bulan berikutnya. Tulis butiran maklumat murid berhenti
sekolah di muka surat ke- 2 terakhir.
2. Anjakkan senarai nama murid mengikut  abjad dan jantina sekiranya nama murid yang
berhenti adalah bukan nama murid yang terakhir dalam senarai murid.
 Nombor Bilangan Dalam Sekolah  
1. Nombor Bilangan dalam sekolah hendaklah ditulis setiap bulan mengikut yang terdaftar dalam
Buku Daftar Agung Sekolah yang terdapat di pejabat.
2. Bagi pelajar tingkatan 1 dan 6 Bawah hendaklah ditulis semua butiran dan maklumat pelajar di
dalam Buku Daftar Agung Sekolah selewat-lewatnya SATU BULAN dari tarikh murid
mendaftar. Bagi pelajar yang berpindah masuk daripada sekolah lain perlu didaftarkan dalam
masa SATU MINGGU dari tarikh pelajar itu masuk ke kelas.
3. Pelajar yang telah berhenti tetapi masuk semula kerana sebab-sebab tertentu gunakan
Nombor Bilangan Dalam Sekolah yang lama jika pelajar tersebut bersekolah semula dalam
tahun dan tingkatan yang sama .Tetapi sekiranya pelajar tersebut bersekolah semula pada
tahun dan tingkatan yang berbeza maka pelajar tersebut perlu didaftarkan semula dalam Buku
Daftar Agung Sekolah dan diberi Nombor Bilangan Dalam Sekolah yang baru.
4. Pelajar tingkatan enam rendah yang yang mendaftar masuk ke sekolah ini perlu diberikan
Nombor Bilangan Dalam sekolah yang baru walaupun pelajar ini bersekolah di sekolah ini
semasa tingkatan lima.

 Butiran-Butiran Pelajar/Murid Yang Menerima Biasiswa


1. Tuliskan maklumat pelajar yang menerima biasiswa.

1.1     Nama Biasiswa Khas/Nama Biasiswa Negeri/Lain-lain biasiswa – Pastikan coloum untuk jenis
biasiswa ini betul.

1.2     No. Rasmi – Nombor rujukan biasiswa setiap pelajar jika ada.

1.3     Catatan – Sekiranya penerima biasiswa ini berpindah/berhenti sekolah dan sebagainya.

1. Sekiranya tiada penerima biasiswa sila tuliskan perkataan pada ruangan berkaitan dengan
perkataan  ‘TIDAK BERKAITAN’
2. Sekiranya dalam permohonan, tuliskan dengan pensil ‘ DALAM PERMOHONAN.’

 Penyata Bulan Mengikut Ras


1. Lengkapkan maklumat dalam ruangan yang bermula dari ‘Tandatangan guru’ hingga ke
ruangan ‘Jumlah’ manakala ruangan ‘Catatan’ tuliskan pelajar baru masuk atau pelajar keluar
sekolah. Perlu diisi pada setiap hujung bulan. Pada ruang ‘tandatangan’ akan ditandatangai
oleh Penyemak Jadual Kedatangan Pelajar.
2. Ruangan yang bermula dari ‘ Bayaran yang dikenakan ’ sehinggalah ke ruangan ‘jumlah’ tidak
perlu di tulis apa-apa maklumat.
3.
 Bayaran Khas/ Peperiksaan Dalamaan /MSSMNJBP/MSSMJ/Peperiksaan Awam 
1. Tuliskan nama pelajar, nombor resit dan jumlah bayaran dalam ruang berkenaan mengikut
bulan-bulan pembayaran yang dibuat oleh pelajar.
2. Ruangan ‘ Jumlah ’ perlu diisikan dengan jumlah bayaran keseluruhan yang telah dijelaskan
oleh pelajar.
3. Sekiranya pelajar membuat pembayaran bayaran bukan pada bulan Januari contohnya jika
pembayaran dibuat pada bulan Mac, satu garisan panjang dari bulan Januari hingga bulan
Mac perlu dibuat.seperti contoh di bawah :-
 
Bi Nama Januari Feb Mac
l No.Resit Bayaran No.Resit Bayaran No.Resit Bayaran
1 Ali bin Abu         012345 RM50.00
2 Samad bin     0126759 RM50.00    
Jalil
3 Aik Meng     Berhenti 2 Jan 07    
Kok
4 Raju a/l         Berpindahke 4 Feb 08
Muni SM T
 
1. Sekiranya ada pelajar yang tertunggak bayaran  khas, tuliskan maklumatnya dalam ruang
      ‘  tunggakan lalu ’.5          Pelajar yang telah berhenti sekolah perlu dicatatkan seperti contoh di
atas.Pelajar ini juga perlu menjelaskan yuran terlebih dahulu sebelum sijil berhenti diserahkan kepada
mereka.6          Pelajar yang berpindah sekolah juga perlu dinyatakan dengan jelas seperti contoh di
atas. Pengiraan-pengiraan 
1. Jumlah yang tidak hadir

1.1   Bulan ini : Tuliskan jumlah hari tidak hadir pada bulan berkenaan bagi setiap pelajar mengikut lajur
berkenaan

1.2   Jumlah dari bulan-bulan sudah : Tuliskan jumlah hari tidak hadir bagi semua pelajar yang di ambil
dari ruang ‘ Hingga akhir bulan ini ‘ pada bulan sebelumnya.  Tuliskan sifar ( 0 ) bagi bulan Januari.

1.3   Hingga akhir bulan ini  : Tuliskan jumlah hasil tambah data ‘ bulan ini ’ dengan data ‘ Jumlah dari
bulan-bulan sudah ’
1.4   Jumlah tidak hadir pelajar yang telah berhenti : Hendaklah terus ditulis pada bulan terakhir pelajar
tersebut bersekolah dengan tanda ( ) diruang ‘ Hingga akhir bulan ini ’  

1. Banyak hari belajar dalam bulan-bulan sudah


2.1   Salin maklumat dari ‘Jumlah hingga akhir bulan ini’pada bulan sebelumnya ke ruang ’banyaknya
hari belajar dalam bulan-bulan sudah’ untuk bulan berkenaan.        
1. Banyak hari belajar dalam bulan ini
3.1   Tuliskan bilangan hari persekolahan pada bulan berkenaan  
1. Jumlah hingga akhir bulan ini
4.1   Tuliskan hasil tambah ‘Banyaknya hari belajar dalam bulan-bulan sudah’ dengan ‘Banyak hari
belajar dalam bulan ini’ 
1. Hitung Panjang Kedatangan
5.1   Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan ’ dengan ‘Banyak hari belajar dalam bulan ini’. Jika
bakinya lebih daripada separuh maka hendaklah dijadikan angka genap. Tiada titik perpuluhan. 
1. Peratus Kedatangan
6.1   Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan’ dengan ‘Jumlah kedatangan yang sepatutnya’ darab
dengan 100. Sehingga 1 titik perpuluhan. 
1. Hitung panjang ramai pelajar
7.1   Tuliskan hasil bahagi ‘Jumlah kedatangan yang sepatutnya ’ dengan ‘Bilangan hari belajar dalam
bulan ini’ . Jika bakinya lebih daripada separuh maka hendaklah dijadikan angka genap.Tiada titik
perpuluhan. 
1. Ramai pelajar/murid dalam daftar hujung bulan lepas
  8.1   Tuliskan bilangan pelajar yang disalin dari ruang ‘ramai pelajar dalam daftar hujung bulan lepas’
bagi bulan sebelumnya. 
1. Ramai pelajar masuk
9.1   Tuliskan bilangan pelajar baru yang  masuk ke kelas pada bulan berkenaan. Tiada titik
perpuluhan 
1. Ramai pelajar keluar
10.1            Tuliskan bilangan pelajar yang keluar dari kelas tersebut pada bulan berkenaan. Tiada titik
perpuluhan
1. Ramai pelajar dalam daftar hujung bulan lepas
11.1            Tuliskan bilangan ramai pelajar sehingga akhir bulan. Tiada titik perpuluhan 
Maklumat pada nombor 5, 6 dan 7 hendaklah ditulis pada muka surat ‘ Analisa kedatangan setahun’ 
pada muka surat  terakhir Jadual Kedatangan Pelajar
 

  Data Pelajar
  

1. Susunan nama pelajar perlu ditulis mengikut keadah yang sama seperti yang telah
diterangkan.
2. Maklumat yang perlu diisikan mengikut kolum ialah :-

2.1                 Jantina                                     -  Lelaki atau Perampuan

2.2                     Ras                                          -  Melayu, Cina atau India

2.3                     No. Pendaftaran                      -  Nombor Bilangan dalam Sekolah

2.4                     Jumlah Yuran          - Jumlah yuran yang perlu dijelaskan oleh pelajar

2.5                     Tarikh Masuk Darjah             - Tarikh hari pertama persekolahan/Hari mendaftar bagi
pelajar tingkatan enam rendah/Pelajar Baru Masuk

2.6                      No. Kad Pengenalan              

2.7                      Tarikh Lahir

2.8                      Tempat Lahir

2.9                      Bil. Sijil Beranak

2.10                  Umur pada 1 Jan.    -  Umur pelajar pada tahun semasa

2.11                  Agama

2.12                  Rumah Sukan

2.13              Nama Sekolah Akhir             - Hanya perlu diisi untuk pelajar Peralihan,tingkatan satu   
dan enam rendah.

2.14         Darjah Peralihan       - Tidak perlu diisikan

2.15         Tarikh Masuk Sekolah          -  Tidak perlu diisikan

2.16         Nama ibu bapa atau penjaga

2.17         Pekerjaan ibu bapa atau penjaga

2.18         Telefon

2.19         Alamat

2.20         Tarikh Meninggalkan Darjah               - Jika pelajar tersebut berhenti atau berpindah sekolah
perlu dicatatkan tarikhnya di ruang ini
.2.21         Sebab Meninggalkan Darjah               - Tidak perlu diisi.

2.22         No. Surat Berhenti                               - Jika pelajar tersebut berhenti sekolah ,No.
Surat  Berhenti yang dikeluarkan oleh pihak sekolah perlu dicatat.

2.23         Catatan                                                  - Anak Yatim/ Yatim Piatu/miskin. 

Analisa Kedatangan Setahun       

 1.        Lengkapkan ruangan :-

1.1      Hitung Panjang Ramai Murid/Pelajar

1.2    Hitung Panjang Kedatangan

1.3     % Kedatangan

1.4     Catatan      - Jika ada pelajar yang keluar atau masuk. Jika tiada ,tuliskan tiada.

************************************ 00 ********************************************

Ketidakhadiran Pelajar

(Tugas Guru Tingkatan / Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Guru Kelas hendaklah menyediakan surat-surat amaran kepada ibu bapa / penjaga pelajar dalam 4
salinan. Surat kosong disediakan di rak Buku Kedatangan Pelajar di pejabat sekolah.

Serah surat yang telah dilengkapkan kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling untuk dihantar secara
serahan tangan kepada penjaga.

Surat Pekeliling Prosedur – Ketidakhadiran Pelajar 

1.       Merujuk perkara di atas, tuan/puan diminta mengenalpasti sebab-sebab mengapa pelajar tidak
hadir atau enggan hadir ke sekolah. Kadang-kadang pelajar tidak hadir tanpa  pengetahuan ibu
bapa/penjaga. Justeru pihak sekolah bertanggungjawab    untuk menangani masalah ini melalui
langkah-langkah berikut:     

1.1.       Menghubungi ibu bapa/penjaga pelajar melalui telefon dengan kadar segera terutamanya yang
melibatkan pelajar yang akan menduduki peperiksaan awam. Rekodkan pengilan ini mengunakan
borang yang disediakan dalam dua salinan . Satu salinan untuk simpanan dan satu salinan lagi
serahkan kepada PK HEM. 

1.2.       Sekiranya pelajar ini tidak dapat dihubungi dengan telefon, sila maklumkan kepada pihak
kaunselor untuk tindakan selanjutnya terutamanya yang melibatkan kelas peperiksaan. 
1.3.       Memastikan semua pelajar yang tidak hadir memberikan surat doktor atau surat ibu
bapa/penjaga dengan tandatangan yang sah untuk tempoh masa pelajar itu tidak hadir. Pelajar yang
tidak hadir selama dua hari tanpa surat doktor dikehendaki membawa ibu bapa / penjaga bersama-
sama datang berjumpa dengan Pengetua (kecuali ada bukti-bukti yang nyata, ketidakhadiran pelajar itu
ada sebab-sebab munasabah yang kuat).   

1.4.       Surat Amaran Pertama hendaklah dihantar pada hari ketiga untuk pelajar yang belum datang
ke sekolah selama tiga hari, atau sebanyak sepuluh hari bukan secara berturut-turut tanpa surat. 

1.5.       Surat Amaran Kedua hendaklah dihantar  jika pelajar belum datang atau belum menghubungi
sekolah 7 hari selepas surat amaran pertama. Surat amaran kedua hendaklah dihantar juga sekiranya
pelajar tidak hadir sebanyak 20 hari bukan secara berturut-turut. 

1.6.       Surat Amaran Terakhir hendaklah dihantar melalui BERDAFTAR AKUAN PENERIMA
SEKIRANYA TIADA APA-APA KOMUNIKASI 7 hari selepas surat amaran kedua.  Sila hantar surat
juga untuk pelajar yang tidak hadir sebanyak 40 hari bukan secara berturut-turut. 

1.7.       Selepas tempoh dua minggu dari penghantaran Surat Amaran Terakhir atau selepas 20 hari
ditandai (P). Pelajar boleh dibuang sekolah. Surat untuk tujuan memberitahu ibu bapa/penjaga pelajar
telah dibuang sekolah hendaklah ditandatangani oleh Pengetua.  Pelajar tidak boleh diterima balik
selepas itu tanpa merujuk kepada Pengetua.  

2.       Prosedur dan Dokumen yang Diperlukan untuk Memberhentikan Pelajar 

2.1         Satu salinan surat amaran pertama,kedua dan akhir

2.2         Satu salinan bulan terakhir Jadual Kedatangan. (Bulan pada tempoh pembuangan pelajar
mencukupi)

2.3         Lima salinan Borang Mohon Berhenti Sekolah yang telah dilengkapkan dan  bertaip. 2.4        
Serahkan segala dokumen ini kepada PK HEM untuk diambil tindakan selanjutnya.

2.5         Surat pembuangan relajar hanya boleh ditandatangani oleh Pengetua.   

************************************  00  **************************************

 
Surat Hari Tidak Hadir Hari Tidak Hadir (Ponteng)Bukan  
(Ponteng)Berturut-turut Berturut-turut  
Amaran Pertama Pada hari ke-3 Pada hari ke-10    
Amaran Kedua 7 hari selepas Amaran 10 hari lagi selepasAmaran Pertama  
Pertama (hari ke-10) (hari ke-20)   
Amaran Terakhir 7 hari selepas Amaran 20 hari lagi selepasAmaran Kedua  
Kedua (hari ke–17) (hari ke-40)   
Buang Sekolah 14 hari selepas Amaran 20 hari selepasAmaran Terakhir
 
Terakhir (hari ke-31) (hari ke-60) 
 
Jumlah Hari Tidak 31 hari 60 hari bukan berturut-turut  
 
Hadir
 
 
 
 
 
 
 

Carta Aliran Kerja


TINDAKAN TERHADAP PELAJAR PONTENG SEKOLAH BERTERUSAN
Mula
Guru kelas mengenalpasti pelajar ponteng pada akhir waktu pertama
Guru kelas mengemukakan senarai nama
Guru kelas mengenalpasti pelajar ponteng selama 3 hari berturut-turut
tidak Hadir
Surat Amaran Pertama (selepas 3 hari tidak hadir)
Tidak Hadir
Hadir
Khidmat Nasihat
Surat Amaran Kedua (selepas 7 hari tidak hadir)
Tidak Hadir
Hadir
Khidmat Nasihat
Surat Amaran Terakhir (selepas 7 hari tidak hadir)
Hadir
Khidmat Nasihat
Tidak Hadir
Surat Buang Sekolah (selepas 14 hari tidak hadir)
Akhir
    Carta Aliran Kerja
CARTA ALIRAN KERJA PENGURUSAN DISIPLIN (AM)
Menghantar surat permohonan/surat kebenaran kepada pihak yang berkenaan
Menghantar surat jemputan penceramah dan fasilitator
Mula
Mengenalpasti pemasalahan dan kumpulan sasaran
Merancang dan menyediakan kertas kerja projek
Penyediaan keperluan dan peralatan projek/program
Kes ditutup
Buat Pembetulan kertas kerja
Bincang dan dapatkan kelulusan daripada pengetua
Penilaian Program
Mengemas tempat program
Melaksanakan program
Ya
Tidak
      
                                                                                                                                    Carta Aliran
Kerja
PENGURUSAN DISIPLIN (KES BERAT)
Siasatan
Merekod aduan kes
Buat keputusan
Mula
Menerima aduan kes
Polis/JKM
Maklum kepada Pengetua & ibu bapa
Disabitkan
 
 

  Carta Aliran Kerja


PENGURUSAN DISIPLIN (KES SEDERHANA) 
Mula
Terima laporan
Jalankan siasatan
Sediakan laporan siasatan
Timbangkan kes
Terima nasihat
Terima hukuman dan direkodkan
Rekod/fail
Tamat
Tidak
Ya
Pertuduhan dan bela diri
                                                                                                                                                        
       
 

 Carta Aliran Kerja

PENGURUSAN DISIPLIN (KES RINGAN)  

Mula
Menerima Laporan
Menjalankan siasatan
Sediakan laporan kes
Pertimbangan kes
Menerima Nasihat
Rekod/Failkan
Tamat
Tidak
Ya
 
 
 
 

SENARAI SEMAK MELENGKAPKAN


BUKU KEDATANGAN PELAJAR
 
BORANG PENYEMAKAN JADUAL KEDATANGAN PELAJAR
( ISIKAN DALAM DUA SALINAN ) 
Nama Guru Tingkatan     :……………………................……………….
Tingkatan                                  :…………………………………
Sila ambil tindakan terhadap pekara-perkara bertanda ( X )          
BIL PERKARA PRESTASI TINDAKAN YANG PERLU
DIAMBIL
  A. BAHAGIAN HADAPAN    
       
1 Butiran Muka Hadapan Jadual kedatangan    
pelajar
  1.1  Nama dan Alamat Sekolah    
  1.2  Tahun    
  1.3  Tingkatan    
  1.4  Nama Guru    
2 Butiran pelajar menerima biasiswa dan nombor    
rasmi
3 Penyata bulanan mengikut ras    
4 Bayaran Yuran/Bayaran Khas dan nombor    
resit
5 Nombor pendaftaran pelajar    
6 Nama penuh dan jantina    
7 Kedatangan harian pelajar    
  7.1    Jumlah bulan ini    
  7.2    Jumlah daripada bulan-bulan sudah    
  7.3   Jumlah hingga akhir bulan ini    
  7.4    Purata kedatangan    
  7.5    Peratus kedatangan    
  7.6    Purata ramai murid    
  7.7    Ramai murid dalam daftar    
  7.8    Ramai murid yang masuk    
  7.9    Ramai murid yang keluar    
  7.10  Banyak hari belajar dalam bulan ini    
  7.11  Banyak hari belajar dari bulan sudah    
  7.12  Jumlah pelajar daftar hujung bulan    
  7.13 Tandatangan guru    
       
       
BIL PERKARA PRESTASI TINDAKAN YANG PERLU
DIAMBIL
  B. BAHAGIAN BELAKANG    
       
1 Nombor Pendaftaran pelajar    
2 Maklumat Pelajar    
  2.1    Nama penuh pelajar    
  2.2    Bangsa dan jantina    
  2.3    Tarikh Masuk Darjah    
  2.4    Nombor kad pengenalan    
  2.5    Nombor Sijil Kelahiran    
  2.6   Tarikh lahir dan tempat lahir    
  2.7    Umur pada 1 Januari    
  2.8    Agama    
  2.9    Sekolah yang akhir    
  2.10  Rumah sukan    
  2.11  Asrama/darjah Peralihan/Melayu    
  2.12  Tarikh masuk sekolah    
  2.13  Nama ibu bapa/ pejaga    
  2.14  Alamat ibu bapa / penjaga    
  2.15  Pekerjaan ibu bapa / penjaga    
  2.16  Nombor Telefon/Hand Phone    
  2.17  Tarikh meninggalkan darjah    
  2.18  Sebab meninggalkan darjah    
  2.19  Nombor surat berhenti sekolah    
3 Analisa kedatangan pada setiap bulan dan    
analisa setahun
  
Ulasan
Penyemak : .................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................
.................................................................................................. Tandatangan
Guru Penyemak  ........................................................(                                                          
)                                   Tarikh :.............................   
Tandatangan GPK HEM  .......................................................                             Tarikh   :..........................
... 

You might also like