You are on page 1of 29

KONSEP DAN

DEFINISI
KECERGASAN
Ahli Kumpulan:
1) Changgai anak Chaing
2) Nancy anak Barang
3) Martin anak Sandin
PENGENALAN
 Perkataan kecergasan atau fitness
berkaitan rapat dengan sukan.
 Kecergasan mempunyai makna yang
pelbagai kepada orang ramai.
 Jurulatih sukan seharusnya memahami
konsep kecergasan kerana kecergasan
adalah kunci kepada kejayaan atlet.
 Kecergasan biasanya mempengaruhi
kemahiran, keyakinan dan prestasi
keseluruhan atlet.
KONSEP KECERGASAN
MENYELURUH (TOTAL FITNESS)
Menurut Haji Gapor Ahmad (2007)..
 Kecergasan adalah keupayaan dan kemampuan
melakukan sesuatu dengan sempurna.
 Melibatkan aspek fisiologikal, psikologikal dan
sosiologikal.
 Kecergasan secara total boleh digambarkan sebagai
keupayaan menjalani kehidupan sempurna serta
mampu memberi sumbangan dan perkhidmatan yang
terbaik.
 Kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi
dan sosial. Setiap satu saling bantu-membantu. Jika
satu terganggu maka yang lain akan terjejas dan
prestasi individu berkenaan akan mendapat kesan.
KONSEP KECERGASAN
MENYELURUH
(a) Kecergasan Fizikal
Kecergasan fizikal adalah keupayaan individu
untuk berfungsi secara berkesan untuk
menghadapi cabaran dalam kerja fizikal
harian dan menggunakan masa lapang
dengan lebih efektif di samping mempunyai
lebihan tenaga untuk tujuan kecemasan.
(b) Kecergasan Mental
Kecergasan mental adalah keupayaan
individu untuk berfikir dan menggunakan
maklumat untuk meningkatkan kualiti hidup
seharian dan berfungsi secara optimal.
KONSEP KECERGASAN
MENYELURUH
(c) Kecergasan Sosial
Kecergasan sosial adalah keupayaan individu untuk
berinteraksi dengan orang lain bagi mewujudkan
perhubungan yang bermakna supaya dapat
meningkatkan kualiti hidup semua pihak yang terlibat
dalam hubungan ini.
(d) Kecergasan Emosi
Kecergasaan emosi adalah keupayaan individu
menangani kehidupan harian serta perasaan kendiri
secara membina, proaktif, dan optimistik.
(e) Kecergasan Rohani
Kecergasan rohani adalah keupayaan individu untuk
membentuk satu sistem nilai dan bertindak berlandaskan
kepercayaan serta menetapkan dan melaksanakan
matlamat kehidupan yang bermakna dan konstruktif.
KONSEP KECERGASAN
MENYELURUH

SOSIAL

BERLANDASKAN
MENTAL KESIHATAN
KECERGASAN
(FITNESS) FIZIKAL
BERLANDASKAN
EMOSI PERLAKUAN

ROHANI
KONSEP KECERGASAN FIZIKAL
 Adalah keupayaan menjalankan “tugas” harian
tanpa berasa cepat lesu dan masih bertenaga
untuk berekreasi serta boleh bertindak pantas
bagi menangani kecemasan.
 Melibatkan fungsi pergerakan anggota dan organ
tubuh badan. Jika seseorang itu cergas secara
fizikal, badannya akan berfungsi dengan efisien
menjalankan sebarang tugas atau aktiviti harian
disamping mempunyai tenaga untuk beriadah dan
mengatasi kecemasan.
 Kecergasan fizikal boleh dinilai dengan cara ujian
berbentuk perlakuan atau kemampuan jasmani.
KECERGASAN
BERASASKAN
KESIHATAN
Terbahagi kepada 5 komponen :
i. Daya Tahan Kardiovaskular
ii. Kekuatan
iii. Daya Tahan Otot
iv. Kelembutan/kelenturan
v. Komposisi Badan
KECERGASAN BERASASKAN
KESIHATAN
Falls (1980)
 Kecergasan untuk kesihatan merangkumi aspek-
aspek yang   berkaitan dengan fungsi fisiologi dan
psikologi yang dipercayai memberi seseorang
individu perlindungan dari ancaman penyakit-
penyakit hipokinetik (kekurangan pergerakan)
seperti penyakit jantung, kegemukan dan berbagai-
bagai penyakit otot dan tulang.
 Kecergasan untuk prestasi pula merujuk kepada
fungsi-fungsi dan keupayaan seseorang itu yang
membolehkan beliau bertanding dalam aktiviti
sukan dengan lebih tenaga daya kuasa, kekuatan,
daya tahan, kemahiran dan sebagainya"
I. DAYA TAHAN
KARDIOVASKULAR
 Terdapat situasi di mana seseorang itu
mungkin boleh bekerja keras tetapi ia tidak
boleh bekerja untuk masa panjang. Ini
disebabkan ia tidak dapat bekalan tenaga
yang cukup. Jantung, darah dan paru-parunya
tidak efisien.
 Sekiranya darahnya dapat dibekal dengan
oksigen dengan sempurna dan jantung kuat
untuk mengepam darah itu  ke seluruh badan,
maka dikatakan individu itu mempunyai
kecergasan dan dayatahan kardiovaskular.
SAMBUNGAN…
 Dayatahan kardiovaskular merupakan
bentuk dayatahan otot khas tertinggi yang
melibatkan terutamanya jantung, saluran
darah dan paru-paru.
 Keupayaan sistem pernafasan dan sistem
pengaliran darah membekalkan sel-sel
badan dan organ-organ di dalamnya
dengan keperluan-keperluan oksigen bagi
melakukan kerja untuk jangkamasa
panjang.
SAMBUNGAN…
 Daya kadiovaskular juga dikenali sebagai
kecergasan aerobik, kuasa aerobik atau
dayatahan aerobik kerana komponen
kecergasan jasmani ini melibatkan sistem
tenaga aerobik. Kecergasan karsdiovaskular
dapat mengawal penyakit jantung dan
kegemukan.
 Bagi menentukan taraf kecergasan aerobik
seseorang ialah dengan mengambil kadar
nadi rehat. Nadi rehat yang rendah
menandakan kecergasan jantung yang baik.
II. KEKUATAN OTOT
 Manusia hidup bergerak. Pergerakan adalah hasil kucupan
otot. Bila otot kuat, maka tarikan dari kucupannya adalah
kuat dan mampulah otot itu mengatasi rintangan atau
beban yang dikenakan keatasnya.
 Kekuatan otot membolehkan manusia mengerjakan
berbagai-bagai aktiviti.Segala aktiviti ini dapat dilakukan
dengan senang.
 Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot mengatasi
rintangan bagi menghasilkan daya (kerja) ataupun jumlah
tenaga luaran yang boleh dihasilkan oleh otot. Kuasa
kontraksi otot yang maksima.
 Pada lazimnya ia diukur dengan jumlah berat yang boleh
diangkat oleh seseorang. Dinometer atau tensiometer
dapat menentukan daya yang dikeluarkan oleh kumpulan
otot.
III. DAYA TAHAN OTOT
 Daya tahan otot ialah keupayaan seseorang melakukan
kegiatan-kegiatan yang membebankan anggota-
anggota badan secara berterusan. Contohnya, pukulan
badminton  atau tenis yang berulang-ulang kali
memerlukan daya tahan otot tangan.
 Kebolehan sesuatu otot atau kumpulan otot-otot
menghasilkan daya berulang-ulang bagi suatu
jangkamasa tertentu atau otot-otot menguncup untuk
satu masa.
 Kuasa Otot - Kemampuan otot mengeluarkan daya
yang maksima dalam keadaan eksplosif  dalam
jangkamasa yang terpendek sekali.
IV. KELEMBUTAN / KELENTURAN
(FLEXIBILITY)
 Adalah keupayaan anggota badan bergerak di
sesuatu sendi tertentu melalui satu lingkungan
atau julat pergerakan yang biasa.
 Kelenturan tiap-tiap anggota tubuh adalah
spesifik kepada otot dan sendi tertentu, otot
dan sendi-sendi untuk membenarkan pergerakan
yang licin tanpa  menghadapi rintangan. Hasil
pergerakan biasanya ditentukan oleh
panjangnya otot-otot, ligamen, tendon-tendon
dan struktur sendi-sendi seseorang itu.
 Contoh : perbuatan menjangkau, melentur,
membongkok dan melentik badan.
SAMBUNGAN…
 Kelenturan otot dan anggota badan
meningkat apabila suhu badan dinaikkan
sedikit. Apabila suhu badan menurun
kemungkinan besar tubuh badan akan
kehilangan sehingga 20 peratus
kelenturannya.
 Ada tiga jenis fleksibiliti
1) Fleksibiliti aktif dinamik
2) Fleksibiliti aktif statik
3) Fleksibiliti pasif
V. KOMPOSISI BADAN
 Tiga komponen struktur asas yang ada pada badan ialah
lemak, otot-otot dan tulang-tulang. Penentuan isi
kandungan badan menunjukkan peratusan (%) lemak
badan yang dibandingkan dengan isi kandungan otot-
otot dan tulang-tulang. Lebihan peratusan lemak dalam
badan akan menimbulkan masalah kegemukan.
 Kegemukan, seperti darah tinggi dan anaemia adalah
satu simpton bukannya satu penyakit Ia boleh dikatakan
satu keadaan di mana lemak badan seseorang lelaki itu
berjumlah 20 peratus atau lebih daripada keseluruhan
berat badannya. Bagi seorang wanita pula, apabila
lemak badannya berjumlah lebih 30 peratus atau lebih
daripada keseluruhan berat badannya.
SAMBUNGAN…
 Wanita memerlukan lebih sedikit lemak badan
daripada lelaki. Bagi wanita, peratus lemak badan
yang tinggi sedikit daripada lelaki adalah untuk
meseimbangkannya dengan kadar metabolisma
basal yang lebih rendah. Wanita juga memerlukan
kurang kalori daripada lelaki. Purata kadar lemak
badan seseorang lelaki  kira-kira 12 - 15 peratus
sahaja. Bagi wanita pula ialah kira-kira 22 - 23
peratus.
 Terdapat beberapa sebab kegemukan terdiri
daripada sebab biologi, emosi, persekitaran, malas
melakukan aktiviti fizikal dan lain-lain.
 
RUMUSAN..
 untuk menjadi cergas seseorang itu mesti
mempunyai sebahagian daripada komponen
kecergasan berasaskan kesihatan/ fizikal.
Individu yang mempunyai kecergasan
berasaskan kesihatan mungkin kurang
mengalami penyakit hipokinetik seperti sakit
jantung, tekanan darah tinggi, sakit belakang
dan obesiti.
KECERGASAN
BERASASKAN
PERLAKUAN MOTOR
Terbahagi kepada 5 komponen :

i. Koordinasi
ii.Imbangan
iii.Ketangkasan
iv.Kuasa
v.Masa Tindak Balas
vi.Kelajuan / kepantasan
vii.
KECERGASAN BERASASKAN
PERLAKUAN MOTOR
 Lakuan motor bolehlah difahamkan sebagai
perlakuan yang berkaitan dengan sistem saraf,
iaitu keadaan bagaimana sistem saraf berfungsi
setelah dirangsangkan. Hasil dari lakuan ini
dapat menjadikan pelakunya berkemahiran.
 Kemahiran ialah keupayaan membuat sesuatu
dalam keadaan tepat dan sebenar. Bagi
seseorang atlit kecergasan lakuan motor
bolehlah didefinisikan sebagai mempunyai
'Kemahiran Tinggi' iaitu penggunaan tenaga
yang minima bagi menghasilkan daya (kerja)
tetapi hasilnya maksima.
I. KOORDINASI
 Ialah keberkesanan dan keseragaman yang cekap dalam
pergerakan tubuh badan seseorang individu. Ianya
melibatkan penyelarasan pergerakan kesemua anggota
badan.
 Merupakan paduan di antara berbagai-bgai kebolehan yang
disatukan bagi menghasilkan suatu pergerakan yang licin.
 Kemampuan / kebolehan menggunakan pancaindera
bersama badan dan mengaitkan dengan mental dalam
pergerakan yang sempurna sebagaimana yang dikehendaki .
 Paduan beberapa kebolehan untuk menjadikan sesuatu
kerja / lakuan itu lancar / licin atau keupayaan
menyesuaikan deria dengan otot-otot supaya memperoleh
suatu lakuan yang licin, kemas dan tepat.
II. IMBANGAN
 Kebolehan untuk mengekalkan keseimbangan apabila
pusat graviti seseorang dan dasar (tapak) menyokong
diubah.
a) Imbangan Statik - ialah kebolehan mengekalkan
keseimbangan ketika pusat gravitinya berada setempat.
b) Imbangan Dinamik - ialah kebolehan mengekalkan
keseimbangan ketika pusat graviti diubah. Juga
kebolehan mengekalkan kedudukan badan dalam
keadaan teguh semasa melakukan pergerakan atau
dalam keadaan diam.
 Cth : Perlakuan melombol dan menghambur dlm
gimnastik artistik, aksi rejaman permainan bola
tampar, badminton dan sepak takraw.
III. KETANGKASAN
 Ialah kebolehan seseorang melakukan
pergerakan-pergerakan berturutan ke suatu
arah yang berbeza seberapa cekap dan
pantas yang boleh. Kebolehan menukar
kedudukan di ruang tertentu secara kemas
dan mudah.
 Cth:
 Pergerakan tangkas mengundur ke belakang dan
maju ke depan mengejar bulu tangkis dalam
permainan badminton.
 Pergerakan tangan menumbuk/mengelak dlm
silat judo dan taekwando.
IV. MASA TINDAK BALAS
 Merupakan jangkamasa yang diambil untuk
bergerak atau bertindak dalam suatu gerakan
bagi menghasilkan perbuatan (kerja) yang
menguntungkan.
 Rangsangan dalam sukan kompetitif biasanya
wujud drpd pihak lawan seperti menumbuk dan
sukan kombatif, bola yang direjam laju oleh
pihak lawan dan pergerakan clay-pigeon bagi
acara menembak.
 Semua rangsangan memerlukan masa tindak
balas yang pantas untuk mendapatkan
ketepatan tindakan.
V. KUASA
 Kuasa adalah kombinasi kedua-dua kekuatan otot dan
kelajuan. Ianya adalah kebolehan individu melakukan suatu
pergerakan pantas (mengecut / explosive) yang kuat dalam
jangkamasa yang singkat dengan kecepatan yang tinggi.
 Ia adalah hasil kucupan otot yang kuat dalam jangkamasa
yang singkat dan merupakan gabungan antara kekuatan
otot dan kepantasan kucupan otot.
 Contoh:
 Tendangan kuat sehingga bola membolosi penjaga gol dalam
permainan bola sepak.
 Bola tampar – rejaman atau smash dilakukan dengan pergerakan
pantas sehingga bola menuju ke gelanggang lawan dengan laju
dan tajam.
 Keupayaan memecut ke garisan penamat bagi sukan lumba
basikal.
VI. KELAJUAN/KEPANTASAN
 Kelajuan adalah kemampuan menggerakkan
seluruh badan dengan cepat dari satu tempat
ke satu tempat dalam satu arah tertentu.
 Sebagai contoh, kelajuan adalah larian
memecut sejauh 30, 50, 100 dan 800 meter.
 Ujian kelajuan biasa dibuat melalui larian
100 meter.
KESIMPULAN
 Kesemua sebelas komponen kecergasan fizikal yang
berlandaskan kesihatan dan perlakuan sukan mesti
ditingkatkan melalui latihan tertentu untuk
mendapatkan kecergasan fizikal total dan
sempurna.
 Jika kita mengabaikan mana-mana komponen,
dikhuatiri ia menjadi punca kelemahan dalam
kecergasan fizikal.
 Usaha meningkatkan kecergasan fizikal
memerlukan latihan sepanjang musim. Jika latihan
tidak konsisten, kecergasan akan merosot dengan
cepat sedangkan usaha untuk meningkatkannya
memakan masa dan kegigihan.
RUJUKAN
Wee Eng Hoe (2007) , Siri Sains Sukan, Sains
Kejurulatihan, Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Haji Gapor Ahmad (2007), Kejurulatihan dan
Sains Sukan, Utusan Publications & Distributors
Sdn. Bhd.
Mohd. Ramli Nordin (1989), Pendidikan Jasmani
Untuk Kecergasan, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kementerian Pendidikan Malaysia.
ACSM Fitness Book (1992), American College of
Sports Medicine, Leisure Press Champaign,
Illinois.

You might also like