You are on page 1of 9

TEORI KECERDASAN EMOSI

Teori kecerdasan emosi adalah diperkembangkan daripada Teori Kognitif Emosi,


sebagaimana yang telah dihuraikan bahawa kecerdasan emosi merupakan integrasi elemen emosi
dengan kognitif struktur seseorang. Teori ini berlandaskan andaian bahawa emosi yang
dihasilkan adalah dipengaruhi oleh tiga faktor seperti situasi persekitaran, keadaan fisiologikal
dan proses kognitif. Bagaimanapun, proses kognitif ini merupakan faktor yang menentukan sifat
emosi seseorang. Teori ini menegaskan bahawa emosi adalah dikawal dan diadaptasikan dalam
proses kognitif yang utama.

Mengikut S.Schacter and J. Singer (1962), emosi yang dibentuk adalah berlandaskan dua
faktor yang saling berkait dan indipenden. Kedua-dua faktor ini adalah :

1. Stimulasi yang menimbulkan perubahan kognitif fisiologikal seseorang individu


merupakan faktor yang menghasilkan emosi.

2. Pentafsiran individu terhadap perubahan perasaan diri, iaitu kesedaran keadaan


emosi diri, merupakan faktor yang menentukan konotasi emosi.

Maka, emosi yang dihasilkan bukan sahaja ditentukan semata-mata oleh stimulasi luaran
dan perubahan fisiologikal dalaman, tetapi juga hasil interaksi di antara proses kognitif
membawa pengaruh besar kepada pengalaman emosi seseorang. Oleh kerana kadar
perkembangan kognitif individu adalah berbeza di antara satu sana lain, maka wujud pula
kecerdasan emosi yang berbeza. Ini bermakna setiap individu mempunyai kecerdasan emosi (EI)
dan darjah emosi (EQ) yang berbeza dengan individu lain.
KEPENTINGAN KECERDASAN EMOSI

Berikut dinyatakan secara ringkas kepentingan-kepentingan kecerdasan emosi seseorang


pelajar yang diasahkan berlandaskan lima bidang tersebut di atas.

1. Memahami Emosi Diri Sendiri


a) Kemajuan mengenal pasti dan menamakan emosi diri sendiri.
b) Lebih berupaya memahami sebab-sebab yang membangkitkan perasaan.
c) Dapat mengenal pasti perbezaan di antara perasaan dan tindakan rasional.

2. Mengurus Emosi
a) Toleransi merupakan lebih berkesan terhadap kecewa dan pengurusan emosi marahnya.
b) Masalah disiplin bilik darjah akan dikurangkan.
c) Menunjukkan perasaan marah dengan cara yang berpatutan tanpa berlawan.
d) Tingkah laku distruktif atau agresif dapat dikurangkan.
e) Peningkatan perasaan positif terhadap diri, sekolah dan keluarga.
f) Mengurus ketekanan dengan lebih berkesan.
g) Kerunsingan sosial dan kesepian dapat dikurangkan.

3. Memanfaatkan Emosi
a) Pelajar menjadi lebih bertanggungjawab.
b) Berupaya menumpukan perhatian dengan lebih teliti terhadap tugasannya.
c) Tindak balas yang lebih rasional dan berdaya.
d) Mengawal diri dengan lebih berkesan.
4. Empati : Membaca Emosi
a) Peningkatan keupayaan menerima perasaan orang lain.
b) Peningkatan empati dan sifat sensitif terhadap orang lain.
c) Sedia dan cekap mendengar kata orang lain.

5. Mengurus Hubungan
a) Kebolehan bertambah dalam daya menganalisis dan memahami hubungan antara orang.
b) Dapat menyelesaikan konflik dan merunding perselisihan dengan lebih berkesan.
c) Dapat menyelesaikan masalah hubungan dengan cara yang lebih baik.
d) Asertif yang berlebihan dan mahir dalam komunikasi.
e) Disanjungi oleh lebih ramai orang.
f) Dapat berinteraksi dengan rakannya secara lebih mesra.
g) Timbang rasanya dipertingkatkan.
h) Peningkatan kerjasama, pertolongan dan perkongsian.
i) Dapat berinteraksi secara lebih demokratik dengan orang lain.

MENGURUS EMOSI DENGAN KECERDASAN EMOSI

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap orang mudah menjadi
marah, tetapi yang perlunya ialah perasaan marah ini harus digunakan secara patutnya, dan
sesuai mengikut keadaan. Jika emosi seperti ini di luar kawalan dan dibiar teruskan, ia akan
membawa kegelisahan, kemarahan yang meluap-luap atau keresahan yang keterlaluan. Oleh itu,
emosi orang harus diurus secara berpatutan dengan kebijaksanaan menggunakan kecerdasan
emosinya.
1. Mengurus Perasaan Marah
Setiap orang memang ada sebab mengapa marah, tetapi jarang sekali sebab itu adalah
munasabah. Jika perasaan marah tidak dikawal dan meletup secara meluap-luap, ia akan
membawa akibat yang buruk, seperti lawan-melawan atau bunuh-membunuh akan
berlaku.

Oleh kerana marah dibina atas marah, maka untuk meredahkan marah, sebarang
provokasi harus dielakkan. Di samping itu, pemarah harus berusaha mengalihkan perasaan
marahnya dengan melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang diminati, misalnya mendengar lagu
yang disukai, bersiar-siar di kebun bunga, mengambil bahagian dalam permainan yang digemari,
dan sebagainya. Sebabnya, apabila seseorang yang melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang
digemari, tidak mudah bagi orang itu meneruskan marahnya. Cara tersebut bertujuan memberi
tempoh menyejuk, demi mengurangkan kadar kemarahan, membiarkan pemikiran rasionalnya
meninjau situasi dalam perspektif positif.

Mengikut kajian ahli psikologi, Tice mendapati usaha menarik diri dari perasaan marah,
seperi membaca, menonton televisyen, makan makanan yang sedap dan sebaginya dapat
mengurangkan kadar kemarahan.

Bagaimanapun, mengikut beliau, emosi marah tidak harus disembunyikan, tetapi harus
dilepaskan harus dilepaskan dengan cara yang berpatutan.

2. Menenangkan Kebimbangan
Kebimbangan merupakan pemikiran berulang-ulang ke atas sesuatu peristiwa yang
kurang baik, serta kurang keyakinan untuk memulihkannya. Bagaimanapun, tugas
kebimbangan nampaknya adalah menggerakkan pembimbing supaya mencari
penyelesaian yang berkesan, demi menghalang berlakunya sesuatu akibat buruk yang
dijangkakan. Misalnya, seorang yang bimbang akan sakit jika termakan hidangan kotor di
luar, akan berusaha menyediakan makanan diri sendiri.

Bagaimanapun, jika kebimbangan dibiarkan tanpa penyelesaiannya, ia akan


menjadi tabiat kegelisahan yang kronik. Borkovec, dalam kajiannya, mendapat beberapa
langkah yang mudah berikut untuk membantu pembimbing supaya mengawal emosi yang
tidak diingini.

Langkah pertama ialah menggunakan teknik kesedaran diri, iaitu mengenal pasti
situasi yang menimbulkan kitaran kebimbangan-kegelisahan. Dengan ini, orang yang
membimbing akan belajar menggunakan kaedah mengendur (relaxation) untuk
mengurangkan kadar kebimbangan.

Langkah kedua ialah memikir cara yang membina untuk mengatasi kebimbangan.
Ia boleh meliputi beberapa soal-jawab dan penyelesaian alternatif yang dijalankan
melalui pemikiran dan bisik-membisik dalam hati. Ini kerana kebimbangan adalah
digambarkan dalam hati-telinga dengan bahasa lisan dan bukan imej melalui mata.

Melalui soal-jawab dalam hati-telinga, pembimbing akan dibawa dalam sesuatu


keadaan relaks, yang boleh membantu otaknya menghalang isyarat kebimbangannya ke
seluruh badan. Maka, dengan kesedaran diri tentang kebimbangannya dan adanya
pelbagai penyelesaian akternatif yang ditimbangkan, kebimbangannya akan mula
diragukan, dan kadarnya beransur-ansur dikurangkan.

Untuk mencegah kebimbangan timbul semula, latihan untuk mengawal emosi ini
harus sering dijalankan.

3. Mengurus Kesedihan
Jika ditinjau secara positif, tugas kesedihan menggerakkan orang yang terlibat agar
berusaha melepaskan diri daripada kesedihan. Bagaimanapun, bukan semua kesedihan
dapat dilepaskan, terutamanya kesedihan telah sampai ke tahap yang tidak dapat
ditanggung lagi, dan dalam situasi demikian, membunuh diri merupakan jalan
penyelesaian yang dianggap paling sesuai olehnya.

Ramai orang, apabila mengalami kesedihan, berusaha melepaskan perasaan itu


dengan cara diri sendiri. Di antaranya, ada ynag gunakan cara mengurungkan diri dalam
biliknya yang senyap-sunyi. Mengikut kajiam, cara ini bukan sahaja tidak dapat
melepaskan kesedihan tersebut.

Mengikut Tice, untuk menentang kesedihan, cara yang berkesan ialah membuat
sesuatu dengan kawan atau keluaraganya, seperti mengadakan jamuan dengan mereka di
restoren atau bersama-sama melibatkan diri mereka dalam sesuatu permainan atau
menonton cerita komedi dalam hiburan awam.

Selain daripada itu, mengembirakan diri sendiri dengan makanan yang sedap,
sembahyang, membuat sesuatu yang lama dirancangkan, atau membuat perbandingan diri
dengan orang yang lebih malang, pula dapat mengurangkan kadar kesedihan yang
dialaminya.

Mengikut kajian, orang yang optimistik biasanya mempunyai kecerdasan emosi yang
tinggi. Orang tersebut boleh menggunakan kecerdasan emosi mereka untuk melepaskan
kesedihan. Mereka sentiasa kelihatan gembira, tenang dan tidak terganggu, walaupun
menghadapi masalah konflik, tekanan atau situasi yang menyedihkan.

Optimistisme, seperti harapan, adalah boleh dipelajari dan dimotivasikan. Orang yang
optimistik mempunyai sifat self-effecacy,iaitu percayakan diri mempunyai kemahiran
untuk menghadapi cabaran yang sengit.

Mengikut Albert Bandura, orang yang bersifat self-effecacy boleh belajar daripada
kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikirkan bagaimana
membaikinya, demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan membimbing atau
menyediah kerana kekalahan.
Dengan kata ringkas, belajar memandang sebarang perkara secara optimistik
merupakan cara paling berkesan untuk menentnag emosi yang kurang sihat.

CARA GURU MEMBANTU MURID MENGURUS EMOSI DIRI

1. Amalkan sikap kepimpinan demokratik


Sebagaimana yang telah dihuraikan dalam bab ini, kepimpinan guru bersifat
demokratik boleh mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosioemosi
yang sihat, mesra dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat
kepimpinan demokratik ini boleh mengurangkan suasana yang tegang dan
mengalakkan murid-murid berdamping rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk
bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Sifat kepmpinan demokratik ini juga
mendorong murid-murid berinteraksi di antara satu sama lain, dan melibatkan diri
secara aktif dalam aktiviti kumpulan.

2. Mengelolakan banyak aktiviti kumpulan


Aktiviti kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid berinteraksi di
antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhitar merancang dan menguruskan
banyak aktiviti pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan,
pertandingan atau kerja projek.

3. Menggunakan teknik menyoal


Semasa penyampaian isi pelajaran, guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk
mendapatkan tindak balas murid atau mengcungkil pendapat murid. Dengan
menggunakan kaedah menyoal, murid-murid akan dibimbing dan digalakkan
menjawab soalan-soalan guru. Melalui teknik ini, murid-murid akan melibatkan diri
secara aktif dengan memberi tindak balas, demi mewujudkan interaksi dua hala yang
sihat di antara guru dengan murid.
4. Menggunakan strategi memusatkan murid
Strategi memusatkan murid ini ialah strategi yang digunakan untuk melibatkan murid
secara aktif dalam aktiviti pembelajaran mereka. Ini bermakna kaedah menerang,
syarahan atau demonstrasi guru harus dikurangkan kepada peringkat yang minimum.
Sebaliknya, kaedah perbincangan dan kaedah penyelesaian masalah ditambahkan
kepada peringkat yang maksimum. Apabila muird-murid melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pembelajaran, interaksi di antara murid akan dibentuk secara tidak
langsung.

5. Menggunakan alat bantu mengajar


Alat bantu mengajar biasanya digunakan untuk menarik perhatian murid-murid serta
menimbulkan minat mereka untuk belajar. Apabila minat murid telah dapat
dibangkitkan, mereka akan berusaha belajar dengan melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Alat bantu mengajar merupakan suatu
media yang boleh mengaitkan perhubungan guru dengan murid-murid, dan tidak
langsung interaksi di antara mereka akan di bentuk melalui penggunaan alat bantu
mengajar yang sesuai.

6. Membantu murid bermasalah


Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam,
penakut atau pemalu, guru harus mengadakan sesi kaunseling untuk membantu
mereka mengatasi masalah peribadi, dan seterusnya menggalakkan mereka menyertai
aktiviti pembelajaran bersama dengan murid-murid yang lain. Guru harus juga
mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid
bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid
bermasalah tersebut. Cara ini akan dapat melibatkan lebih ramai murid berinteraksi di
antara satu sama lain.

KESIMPULAN

You might also like