You are on page 1of 6

Aplikasi Komputer dalam Komuniti Masyarakat

1.0 Pengenalan

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, rakyat Malaysia mula


menunjukkan penerapan gaya hidup digital dalam rutin kehidupan
masing-masing samada disedari atau sebaliknya. Fenomena ini bukan
hanya membabitkan kelompok yang mudah menerima teknologi
seperti remaja, peljar dan pekerja malah termasuk juga suri rumah
tidak terkecuali. Ini membolehkan dibuktikan apabila setiap kali
pesta jualan produk teknologi maklumat dan komunikasi (ICT)
seperti komputer dan telefon bimbit orang ramai berpusu-pusu
datang. Antara faktornya produk ICT bukan lagi barangan mewah
tetapi sudah menjadi keperluan yang mampu dimiliki.
Apa yang kiita lihat setiap kali pameran berdasarkan konsep
teknologi maklumat diadakan, kebanyakan pengeluar memperagakan
produk-produk yang berbentuk perkakasan. Namun apa yang
terselindung di sebalik perkakasan itu adalah aplikasi, perisian, atau
program yang membolehkan ia berfungsi seperti yang diingini.
Contohnya, tanpa sistem operasi (OS) sesebuah komputer tidak akan
berfungsi. Ini secara tidak langsung memaksa pengguna memahirkan
diri mereka menggunakan perisian berkenaan. Seiring dengan
kerancakan pembuatan perkakasan, pelbagai pihak egiat memajukan
perisian atau aplikasi termasuk yang percuma dan yang boleh
diakses menerusi internet.

1
2.0 Gaya Digital Melibatkan Peranti dan Aplikasi

Berikut adalah kategori perkakasan dan perisian yang sering


dikaitkan dengan gaya hidup digital masa kini.

2.1 Kategori Satu

Sedar atau tidak, kebanyakan pengguna masa kini mula


menunjukkan peralihan daripada PC desktop kepada notebook. Ini
berpunca daripada beberapa faktor, antaranya sebuah notebook kini
boleh didapati dengan harga mampu, mudah alih, dan ciri-cirinya
setanding dengan PC. Kini sebuah notebook turut dilengkapi
pemproses (CPU) berkuasa dan cip grafik terkini. Bahkan, sifat
mudah alih ini membolehkannya dibawa ke mana-mana, termasuk
mengakses internet di pusat WiFi. Namun PC yang yang dilengkapi
casis kecil dan skrin LCD masih diminati kerana reka bentuknya
yang menarik.

2.2 Kategori Dua

Satu daya tarikan penggunaan PC mahupun notebook adalah


kebolehannya mengendalikan pelbagai fail media yang meliputi data,
foto, audio, video, permainan, dan perisian. Tanpa ciri-ciri
multimedia, penggunaannya tidak menceriakan. Malah konsep
cerianya diperluaskan lagi dengan kemunculan pemain media mudah
alih yang boleh digunakan bersama PC mahupun notebook. Kini
terdapat pelbagai jenis pemain media di pasaran seperti pemain
MP3, MP4, iPod, atau peranti yang menyokong audio dan video. Apa
yang menarik, pengguna boleh mencipta fail audio serta video
dengan sendiri atau dimuat turun dari internetuntuk diisikan ke
dalam peranti ini.

2.3 Kategori Tiga

Ramai pengguna sedia maklum bahawa gajet seperti PC,


notebook, pemain media, pembantu peribadi digital (PDA), kamera
digital, dan telefon bimbit juga dilengkapi storan untuk menyimpan
data. Tetapi peranti yang direka untuk menyimpan data seperti
pemacu USB flash, storan luaran USB atau Firewire dan kad memori
flash juga makin laris di pasaran. Kini, harganya bukan menjadi
penghalang untuk memilikinya, malah semakin murah dengan
kapasiti yang semakin besar. Selain boleh diisikan dengan fail data,

2
muzik, dan video,ia boleh dimuatkan dengan pelbagai perisian
mudah alih dan percuma ke dalamnya.

2.4 Kategori Empat

Gaya hidup digital dilhat lebih bermakna jika gajet-gajet yang


dimiliki boleh digunakan untuk di bawa ke mana-mana sahaja.
Penampilan ketika menggunakannya mungkin nampak lebih bergaya
atrau ranggi di mata orang ramai. Bayangkan ketika bersantai di
kafe, anda boleh menghantar e-mel atau melayari laman web
menerusi PDA. Begitu juga ketika bersesak dalam kenderaan awam,
anda masih sempat mengirim SMS, MMS, atau video menerusi
telefon bimbit. Jika anda tidak membawa kamera digital anda masih
berpeluang merakamkan saat menarik melalui telefon bimbit atau
PDA yang dilengkapi kamera.

2.5 Kategori Lima

Tiada makna jika foto, muzik, dan video yang dimiliki hanya
terperap dalam perantinya. Bukankah lebih baik jika ia dikongsi
bersama teman dan keluarga? Ini tidak mustahil jika anda memiliki
paparan seperti monitor, LCD, atau TV. Terdapat juga rumah yang
dilengkapi set teater ataupun projektor di ruang tamunya. Dengan
adanya kemudahan seperti ini anda boleh menghubungkangajet yang
dimiliki unutk memindah kandunganya. Contohnya, foto yang
dirakam boleh ditonton menerusi TV manakala video boleh disunting
menggunakan PC untukmencipta movie sendiri sebelum disalin pada
VCD atau DVD.

2.6 Kategori Enam

Rasanya tidak lengkap jika mengenepikan komunikasi masa


kini, yang membolhkan anda terus berhubung tanpa mengira tempat.
Perhatikan di sekeliling anda, sudah terdapat kemudahan jalur lebar
(broadband), WiFi, 3G/GPRS, dan Bluetooth. Melalui
kemudahanjalur lebar contohnya, internet boleh diakses pada
kelajuan tinggi di rumah-rumah.anda juga masih boleh menikmati
kemudahan ini tetapi dalam bentuk tanpa wayar di lokasi yang
menawarkan kemudahanWiFi atau 3G/GPRS. Mereka yang memiliki
peranti yang menyokong Bluetooth boleh memindahkan fail tanpa
menggunakan kabel.

3
2.7 Kategori Tujuh

Kemunculan pelbagai aplikasi internet turut menyemarakkan


lagi gaya hidup digital. Suatu ketika dahulu internet sering
dikaitkan dengan aktiviti melayari laman web dan menggunakan e-
mel. Kini ada lebih banyak aktiviti yang berasaskan internet
antaranya memuat turun fail,membina tapak web atau blog dan
menyertai khidmat jaringan sosial. Melalui khidmat membina blog
contohnya, pengguna tidak perlu lagi bersusah payah memahirkan
diri dengan kod HTML dan perisian tertentu. Asalkan ada komputer
dengan akses internet anda boleh mencipta kandungan sendiri unutk
diisikan di dalam blog anda sebagai tatapan pengguna lain.

2.8 Kategori Lapan

Sekadar memiliki sebuah PC atau notebook barangkali tidak


lengkap bagi sesetengah orang, lebih-lebih lagi jika ia digunakan
unutk pelbagai tujuan. Selain untuk berhibur dan belajar, ia sering
digunakan untuk tugas-tugas atau aktiviti-aktiviti pejabat kecil di
rumah (SOHO), contohnya sebagai sebagai pemasar internet. Jadi,
aktiviti seperti ini biasanya memerlukan aksesori atau alatan
tambahan seperti pencetak (inkjet/laser), pembesar suara,
pengimbas, dan headset. Tambahan pula kini terdapat khidmat
telefon internet (VolP) kos rendah seperti Skype. Jadi anda mungkin
perlukan eset komunikasi yang dilengkapi mikrofon dan pembesar
suaranya.

2.9 Kategori Sembilan

Sebenarnya anda boleh melaksanakan pelbagai tugas jika sudah


memiliki sebuah PC/notebook. Seperti yang dinyatakan tadi, perisian
menjadi teras perkakasan ICT. Anda tidak wajar berbelanja untuk
memiliki pelbagai perisian komersial di pasaran. Sudah mencukupi
jika anda meluangkan sedikit untuk memuat turun pelbagai perisian
percuma dalam internet. Anda boleh menemui pelbagai kategori yang
meliputi aplikasi pejabat, pengurus foto, pemain audio/video, atau
antivirus. Malah ada perisian yang setanding fungsinya dengan
perisian komersial. Paling penting tidak takut mencubanya.

2.10 Kategori Sepuluh

4
Tunjang operasi sesebuah PC/notebook ialah sistem operasi
(OS) yang mengendalikannya. Barangkali ramai yang melonjak
kegembiraan apabila OS baru ciptaan Microsoft dan Apple
Machintosh, Windows Vista Beta 2 dan Mac OS X 10.4.6 Tiger,
akhirnya memasuki pasaran, termasuk di negara ini. Pengguna
selayaknya teruja kerana OS terbaru ini menampilkan kelainan
berbanding versi terdahulu seperti penampilan grafik dan ciri
keselamatan yang ditambah baik. Namun ini belim cukup ampuh
untuk mengugat kesetiaan penyokong OS alternatif – seperti Linux.
Jika anda sukakan kelainan, apa salahnya anda memasang Windows
dan Linux dalam sebuah PC/notebook.

3.0 Penutup

Secara keseluruhannya, gaya digital menjadi asas kepada


masyarakat hari ini. Walaubagaimanapun perkara terpenting
dalammenghayati gaya digital ini adalah sumber maklumat yang
mampu menghidupkan semangat untuk terus menjiwai gaya digital
ini. Selain berhati-hati terhadap perisian yang mampu merosak dan
memusnahkan sistem dan fail dalam PC/notebook atau perkakas lain
seperti telefon bimbit. Contohnya seperti virus dan spyware yang
kadang-kadang memasuki sistem komputer tanpa disedari.

5
4.0 Rujukan

Pelengkap gaya hidup digital pengguna ICT. (2007, March). Majalah


PC, 123, 28-29.

Majalah PC. (2007, February).

Vista vs apple. (2006, July). Pc Pro Local Edition, 86-96.

You might also like