P. 1
KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

3.0

|Views: 22,267|Likes:
Penilaian PTK DG 48
Penilaian PTK DG 48

More info:

Published by: SHAHRIR AFFANDI B. DAUD on Nov 07, 2009
Copyright:Attribution Non-commercial

Availability:

Read on Scribd mobile: iPhone, iPad and Android.
download as DOC, PDF, TXT or read online from Scribd
See more
See less

10/26/2014

pdf

text

original

No.

Kad Pengenalan Ringkasan Eksekutif

660610-04-5243

“IPGM bertanggungjawab menyediakan latihan keguruan untuk memenuhi keperluan tenaga pengajar di institusi pendidikan di seluruh negara dengan menjamin bahawa guru pemulaan yang dihasilkan berkualiti dari segi profesionalisme, kompetensi dan keberkesanan mengajar” [Datuk Hishammudin Tun Hussein, 2008]. Ini merupakan satu cabaran yang perlu digalas oleh semua tenaga pengajar di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) untuk memastikan guru berkualiti kekal berkualiti di sepanjang perkhidmatannya. Persoalannya, bagaimana? Sesungguhnya, saya yakin bahawa amalan terbaik guru untuk meningkatkan kualiti pendidikan adalah melalui pengajaran dan pembelajaran berkesan. Guru perlu berkemahiran dalam pengajaran dan pembelajaran yang merangkumi aspek perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran yang dapat menjamin kemajuan pelajar secara optimum. Sebagai pensyarah yang melatih guru permulaan, saya sentiasa melaksanakan perancangan yang sesuai, spesifik dan releven dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan. Sesungguhnya, pengurusan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran melibatkan pemilihan, penyusunan, pemanipulasian sumber untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang saya sandarkan kepada Model “Learning Pyramid” dan Teori Kecerdasan Pelbagai. Kemahiran ini sepatutnya dikuasai oleh setiap guru dalam perancangan dan perlaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya pembelajaran, berkesan penglibatan meliputi aktif kesesuaian penilaian bahan pengajaran, sumber dan murid, prestasi, pengukuran

penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintergrasikan TMK. Disamping itu guru perlu proaktif untuk melaksanakan penambahbaikan berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran melalui Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) serta Inovasi. Dalam konteks ini, guru perlu meningkatkan kualiti diri melalui kursus, seminar dan forum. IPGM kini diperkenalkan kepada Standard Guru Malaysia sebagai mekanisma jaminan kualiti. Ini menjadi pemangkin kepada transformasi guru berkualiti kekal berkualiti. Usaha mewujudkan jaringan seprofesion dan kolaborasi dengan Institusi pendidikan lain juga, pastinya melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara bertaraf dunia.

1

No. Kad Pengenalan 1.0 PENGENALAN

660610-04-5243

“… kita mempunyai peranan yang penting dalam pembentukan minda dan jiwa rakyat untuk membawa kita ke arah wawasan yang ingin kita capai”
Dato’ Sri Abdulah Ahmad Badawi PIPP2006-2010 m.s 38

Pelajar pada masa kini, mempunyai potensi yang tinggi untuk dikembangkan supaya menjadi rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara
[Falsafah Pendidikan Kebangsaan, 1988].

Natijahnya, tanggungjawab dan amanah ini terletak dipundak guru yang mengajarnya mengenal tulis baca. Bagi menjayakan wawasan ini, guru perlu profesional dan kompeten disamping mempunyai intergriti dan kredibiliti yang tinggi. Guru yang kompeten mampu mengabungjalinkan sumber pengetahuan dan

kemahirannya untuk mendidik pelajarnya supaya menjadi insan yang seimbang dan bersepadu. Justeru, guru juga hendaklah sentiasa mengemaskini pengetahuan dan menguasai kemahiran terkini, selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudah cara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar.

Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang (Muhyidin Yasin, 2009). Dapatkah guru merealisasikan peranan ini? Meneliti cabaran ini, guru perlu kreatif dan inovatif dalam sistem penyampaian P&P supaya menjadi menarik dan menyeronokan. Hal ini berupaya meningkatkan keberkesanan proses P&P yang dilaksanakan. Sesungguhnya guru perlu berusaha ke arah pembentukan warga negara yang tinggi nilai profesionalisme, taat setia, bertanggungjawab, berakhlak dan berketrampilan.

2

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Agenda ini hanya dapat dicapai melalui proses P&P yang berkesan. Sesungguhnya P&P berkesan lahirnya dari seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri (bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan, pandai menyesuaikan diri dengan situasi tertentu), [Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah, 1999]

2.0

Definisi Konsep Pengajaran Berkesan

"Orang ramai semakin kerap mempersoalkan kualiti pendidikan di sekolah, seolah-olah tidak lagi menaruh keyakinan kepada kewibawaan sekolah dalam hal ehwal mendidik, terutama apabila mendapati kelakuan murid lepasan sekolah tidak seperti yang diharapkan oleh masyarakat dan negara. Kecemerlangan pada sijil peperiksaan mereka secara realitinya tidak memperlihatkan kematangan berfikir, kepetahan berkomunikasi, ketokohan sebagai pemimpin, kemurnian tingkah laku, keupayaan mencipta dan menyumbang kepada pemajuan negara-bangsa dan global,"
(Dasar Standard Tinggi Kualiti Pendidikan, Jemaah Nazir Sekolah (2001); hlm.24)

P&P berkesan boleh ditarifkan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkualiti iaitu proses yang dapat mengembangkan potensi insan dari segi psikomotor, kognitif dan afektif ke tahap yang optimum. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah (1999) menyatakan P&P berkualiti lahirnya dari seorang guru yang berkesan iaitu guru yang memiliki ciri sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri seperti bermoral, berakhlak mulia, berketrampilan dan dapat menyesuaikan diri dengan situasi tertentu. Merujuk kepada Dasar Penyataan Standard Tinggi Kualiti Pendidikan Malaysia, (2001), proses pengajaran dan pembelajaran perlu dirancang dan dilaksanakan mengikut digariskan. Antaranya ialah:beberapa prinsip yang

3

No. Kad Pengenalan a.

660610-04-5243

pendekatan, kaedah dan teknik yang dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif;

b.

berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid;

c.

penilaian dan penambahbaikan P&P secara berterusan.

Secara ringkasnya dapatlah disimpulkan pengajaran berkesan oleh guru bukan sahaja meliputi aspek kurikulum yang diajar di dalam bilik darjah, malahan meliputi skop yang lebih luas seperti gaya kepimpinan, budaya ilmu dan berfikir, pengurusan bilik darjah, motivasi dan dorongan serta kepimpinan kurikulum di tempat kerja.

3.0

MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

“...as the most significant and costly resource in schools, teachers are central to school improvement efforts. Improving the efficiency and equity of schooling depends, in large measure, on ensuring that competent people want to work as teachers, that their teaching is of high quality, and that all students have access to high quality teaching.”
(Organization for Economic Co-operation and Development (OECD), 2005 petikan daripada PIPP 2006-2010, KPM 2007, hal. 106)

Proses P&P diberi penekanan utama dalam sistem pendidikan formal di Malaysia. Hal ini sinonim dengan P&P dalam bilik darjah yang menyediakan pendidikan komprehensif dan efektif dalam menyampaikan isi pelajaran mengikut sukatan yang dikeluarkan. Mohd Azhar, (2001) menyatakan proses P&P di sekolah melibatkan dua pihak iaitu guru dan pelajar. Justeru, pengajaran yang ideal haruslah membawa kesan penuh ke atas pembelajaran yang berlaku. Manakala, menurut Sharifah Alwiah Alsagoff (1984), pengajaran yang berkesan adalah merujuk kepada guru yang dapat membawa pelajar kepada hasil pembelajaran terakhir yang diinginkannya. Hal ini melibatkan satu corak pengajaran berstruktur dari segi organisasi bilik darjah serta mementingkan pemeringkatan isi pelajaran. Selain itu, pengajaran guru juga lebih 4

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

memusatkan kepada pelajarnya sehingga mereka tertarik untuk mengikuti aktiviti pembelajaran yang dilaksanakan. Justeru, pembentukan proses pengajaran yang berkesan mempunyai nilai yang berbeza-beza antara seorang guru dengan guru lain, namun masih bermatlamatkan kepada keberkesanan pembelajaran.

Sebagai seorang pensyarah yang bertanggung jawab melatih guru-guru permulaan, maka saya akan membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan seperti yang digariskan mengikut sistem yang diguna pakai oleh IPGM, Kampus Gaya. Sebagai seorang pensyarah Sains, saya sentiasa mengoptimumkan sumber bahan dan teknik pengajaran bagi memastikan perkhidmatan yang diberikan dapat memenuhi kepuasan pelanggan. Kepelbagaian kaedah penyampaian seperti kuliah, tutorial dan amali dipraktikkan sepenuhnya bagi membuka minda guru permulaan. Adalah menjadi cabaran besar kepada saya untuk menjadikan mata pelajaran ini diminati serta memberi kesan positif ke dalam diri pelajar. Atas kesedaran bahawa mereka bakal menjadi guru dan mendidik puluhan ribu anak murid di sekolah, saya melakukan yang terbaik bagi memastikan keberkesanan proses perkongsian ilmu. Tambahan pula, hal ini merupakan satu tanggungjawab dan amanah dari Allah s.w.t. dengan firmannya yang bermaksud “sesungguhnya kami telah menawarkan amanah (tanggungjawab) kepada langit, bumi dan gunung-ganang untuk memikulnya tetapi manusia itu banyak kesalahan dan bodoh”. (Surah Al-azab :72).

Bagi membincangkan elemen-elemen pengajaran berkesan bagi mata pelajaran yang saya ajar, model “Learning Pyramid” (National Traning Laboratoris, 2002); Teoriteori Pembelajaran dan Teori Kecerdasan Pelbagai (Gadners, 1999) digunakan sebagai asas perbincangan. Dalam menghasilkan P&P berkesan, saya percaya dan yakin bahawa setiap pelajar mempunyai tahap kecerdasan berbeza. Justeru, dengan 5

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

mempraktikan Teori Kecerdasan Pelbagai, saya dapat memberi peluang kepada setiap pelajar memahami hasil pembelajaran yang dihasratkan mengikut kebolehan mereka. Menurut teori kecerdasan pelbagai, setiap individu mempunyai kecerdasan berbeza (Gadners, 1999). Justeru, saya perlu lebih kreatif dan berupaya untuk mensintesis pengetahuan serta kemahiran dengan mengintegrasikan 9 jenis kecerdasan ini bagi menghasilkan pembelajaran yang lebih berkesan dan adil untuk semua. Maka, saya mengabungjalinkan teori pelbagai kecedasan dengan Model “Learning Pyramid” bagi meningkatkan kualiti P&P seperti pada Rajah 1 di bawah.
5%

Pasif

Auditori Visual

10%
Mendengar

20%
Membaca

30%
Audio Visual

50%
Demontrasi

Kinestatik
Perbincangan

75%

Purata memanggil semula ingatan selepas 24 jam

Aktif

90%
Amalan melalui latihan Mengajar rakan sebaya

Sumber: http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009

Rajah 1: Model “Learning Pyramid”

4.0

ELEMEN-ELEMEN PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN KE ARAH MENINGKATKAN KUALITI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN UNTUK MEMBENTUK MODAL INSAN CEMERLANG

“Guru selain memainkan peranan utama dalam mengajar dan mendidik, guru turut berada di saf hadapan untuk menyemai dan memupuk perpaduan, semangat patriotism, menyampaikan ilmu pengetahuan dan kemahiran; serta membentuk akhlak dan jati diri murid bagi melahirkan modal insan cemerlang.
(Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, Menteri Pelajaran Malaysia Perutusan Perayaan Hari Guru 2009)

6

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Bertitik tolak daripada penyataan ini, guru perlu meningkatkan kompetensinya dalam P&P di bilik darjah. Hal ini adalah penting kerana guru perlu memiliki kemahiran dan kepakaran dalam mengabungjalinkan dan menyepadukan isi pelajaran dengan agenda nasional negara. Maka, dalam proses P&P, selain saya perlu kreatif dan

inovatif dalam pengurusan bilik darjah, saya juga perlu mempertimbangkan beberapa elemen bagi membolehkan P&P yang saya laksanakan berkesan dan berkualiti.

4.1

Kesesuaian Bahan Pengajaran & Pembelajaran “…guru hendaklah sentiasa bersedia mengemaskinikan pengetahuan dan

menguasai kemahiran terkini selaras dengan peranan mereka sebagai sumber utama, pemudahcara dalam P&P, agen perubahan serta sumber inspirasi kepada pelajar”
(Datin Asariah Mior Shaharuddin, 2009)

Peranan guru kini telah beralih dari seorang penyampai maklumat kepada seorang pemudahcara dalam proses P&P. Justeru, saranan agar guru terus mengemaskini ilmu pengetahuannya adalah wajar terutamanya dalam bidang kepakarannya. Dalam usaha menangani cabaran ini, guru harus bersikap keterbukaan untuk membolehkan perubahan dan penyesuaian berlaku dalam sistem pendidikan di sekolah (Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 1993). Maka, sebagai seorang pensyarah, saya perlu peka dengan keperluan bahan pembelajaran yang akan menyokong proses pembelajaran yang akan dilaksanakan. Antara pertimbangan yang perlu dibuat adalah:

4.1.1 Kesesuaian bahan pengajaran dengan perubahan zaman Berbekalkan pengalaman sebagai seorang pendidik serta pembacaan melalui buku dan jurnal penyelidikan, saya mendapati bahan pengajaran yang digunakan perlulah mudah dibawa, fleksibel serta selfteaching. Bahan yang saya gunakan perlu tepat bagi membantu saya berkongsi maklumat dengan berkesan di samping 7

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

membolehkan saya mempraktikan gaya pembelajaran “teach other” seperti yang diutarakan melalui model Learning Pyramid di atas. Rashidi dan Abdul Razak (1998), mendapati penggunaan bahan bantu mengajar dapat merangsang minat dan tumpuan pelajar dan menjamin pemerolehan pengetahuan serta kemahiran. Penggunaan bahan pembelajaran maujud mungkin sudah tidak sesuai lagi dengan dunia pendidikan masa kini. Ledakan teknologi menuntut saya untuk lebih peka dalam menyediakan bahan pembelajaran. Dalam hal ini, saya telah memperkenalkan satu konsep bahan bantu mengajar berasaskan TMK bagi memperluaskan jaringan komunikasi tanpa batasan. Menyedari kekangan masa yang dihadapi oleh pensyarah, saya membangunkan Claroline.com, iaitu satu laman perbincangan atas talian yang membolehkan interaksi maya berlaku tanpa sempadan seperti pada Rajah 2 di bawah.

Mata pelajaran

Alamat yang dilayari Laman perbincangan INOVASI DALAM KAEDAH PERBINCANGAN KKBI JABATAN SAINS 2009 Kelas yang terlibat

Pensyarah

Aktiviti perbincangan yang disediakan

Rajah 2 : Laman perbincangan Claroline.com bagi Jabatan Sains

Kaedah ini telah banyak membantu saya berkongsi maklumat dengan pelajar dan merangsang minat mereka untuk terus menerokai ilmu. Perkara ini boleh diperhatikan melalui penilaian pelajar di akhir semester yang memberikan penilaian yang baik (min = 3.96, Lam-PT 09-03). Saya percaya, pemilihan bahan pengajaran 8

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

yang sesuai dapat membantu membuka minda pelajar untuk lebih kreatif dan bersedia dengan pelbagai inovasi yang selari dengan perubahan zaman. Seperti kata Saidina Umar Al-Khatab, “ajarlah anak kamu seperti mana zamannya”.

4.1.2 Tahap Kecerdasan Pelajar Dalam menyediakan bahan pembelajaran, saya perlu mengambil kira tahap kecerdasan murid. Penggunaan Caroline.com juga telah banyak membantu pelajar yang mempunyai kecerdasan pelbagai untuk berkolaborasi bagi mencapai matlamat pembelajaran. Bimbingan rakan sebaya berlaku secara berterusan dan pensyarah

bertindak sebagai pemudah cara yang berkesan. Dengan kreativiti yang ada ini, saya turut melengkapkan mereka melalui kombinasi kaedah pembelajaran yang lain seperti eksperimen, kerja lapangan dan sebagainya. Bahan-bahan yang disediakan menuntut mereka untuk berfikir dan bersedia untuk mencetuskan idea bagi menghadapi cabaran dalam dunia pendidikan yang sentiasa berubah. Mereka dapat memanipulasikan bahan sumber yang disediakan secara maksimum dan adil selari dengan kecerdasan pelbagai (Gadners, 1999). Abdul Rahman (1995) mendapati penggunaan bahan bantu mengajar yang sesuai dengan tahap kecedasan dapat mempertingkatkan kejayaan murid. 4.2 Sumber Pembelajaran

Dalam era globalisasi, pembinaan bahan bantu mengajar sememangnya tidak dapat lari daripada sumber pembelajaran berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) serta penyelidikan dan Pembangunan (R&D). Maka, sebagai pensyarah yang mendidik bakal guru, saya perlu kreatif dan inovatif untuk mengintergrasikan TMK serta R&D dalam P&P saya. Sumber-sumber pembelajaran berasaskan teknologi jaringan internet dan intranet seperti lahirnya konsep e-learning, distance learning dan web9

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

based education saya aplikasikan dalam P&P saya. Pembinaan Laman Web IPGM Kampus Gaya saya maksimumkan penggunaannya untuk proses P&P selain pembinaan Laman Blog saya sendiri. Hal ini membolehkan saya menjalankan interaksi secara e-learning semasa sesi ISL (Independent Self Learning) dan menaikmuat bahan pengajaran saya untuk rujukan pelajar. Saya turut menggunakan perisian

pembelajaran yang dibekalkan oleh KPM untuk pengajaran Sains dan Matematik.

Roblyer & Edwards (2000) mendapati pengguna perisian pembelajaran berbantukan komputer dapat belajar sejumlah bahan pengajaran dalam masa yang singkat berbanding dengan kaedah konvensional. Kajian sikap pelajar terhadap penggunaan Edutainment Interaktif oleh Mohd Nazri (2006) mendapati pembelajaran berbantukan komputer dapat menggalakkan pelajar bersikap lebih positif, matang dan mempunyai kendiri yang tinggi. Pelajar dikatakan merasa seronok, terhibur untuk belajar dan mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap proses pembelajaran. Oleh sebab itu, saya menekankan kepada penggunaan teknologi dalam menyediakan bahan pembelajaran supaya selari dengan keperluan zaman mereka. Ringkasnya, atas keyakinan ini, dalam usaha saya meningkatkan keberkesanan P&P, saya akan terus mengintergrasikan sumber-sumber pembelajaran berasaskan TMK dengan lain-lain sumber pembelajaran yang bersifat maujud.

4.3

Pembelajaran Aktif Murid

Dalam merancang aktiviti mengajar yang berkesan dan bermakna, guru haruslah memikirkan terlebih dahulu tentang kaedah dan teknik yang akan digunakan. Pemilihan strategi secara bijksana mampu menjamin kelicinan serta keberkesanan penyampaian sesuatu subjek atau modul (Salina & Mohd Nazri, 2007). Sesungguhnya, penggunaan teknik chalk & talk dan test &drill secara berlebihan telah dibuktikan menjadi punca 10

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

pelajar bosan dan burnt-out (Lea, 2003 & Sam 2004). Pemilihan kaedah, teknik dan strategi P&P berasaskan konsep “teach others” dan “practice by doing” seperti dalam model ‘Learning Pyramid’ menjadi sandaran saya dalam setiap perancangan aktiviti P&P. Semasa sesi P&P untuk Eksperimen Sains di makmal, saya sering menggalakan pelajar saya melalui kaedah inkuiri-penemuan serta mempraktikkan pendekatan ‘Discover Learning’ berasaskan Teori Bruner. Saya turut mengaplikasikan system ganjaran dan hukuman bagi memastikan setiap pelajar terlibat aktif dalam sesi P&P. Penglibatan pelajar yang proaktif pastinya menghasilkan pembelajaran yang bermakna.

Saya perlu peka dalam memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik yang sesuai dengan perkembangan semasa dan kebolehan pelajar. Strategi yang saya pilih perlu berpotensi merangsang pelajar belajar secara aktif, dan harus mampu membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati pelajar bagi menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Dalam ertikata lain, sesi P&P saya perlu menggarapkan tiga domain utama iaitu kognitif, psikomotor serta afektif. Saya sentiasa memberi fokus terhadap penglibatan aktif pelajar dan perkara ini dapat dipantau melalui perbincangan dalam Claroline.com yang digunakan sebagai medium berinteraksi. Kolaborasi antara rakan sebaya secara aktif dapat mempraktikan pedagogi “Teach Other” dalam mencapai kejayaan. Hal ini turut disokong oleh pendidik lain seperti Kajian Tindakan Inovasi P&P “The Apperentice” oleh Mohd. Nazri & Salina (2007) yang telah mendapati pelajar yang terlibat secara aktif telah mencapai keputusan cemerlang.

Kesimpulannya, amalan P&P yang lebih mengutamakan domain kognitif sehingga membudayakan pembelajaran yang hanya berorientasikan peperiksaan akan menyebabkan ketidakseimbangan pembentukkan modal insan. Kesannya, lahirlah 11

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

pelajar yang pasif dan rendah pencapaian disebabkan proses P&P tidak berkesan serta gagal mengadaptasikan pedagogi yang bersesuaian dengan tahap pelajar.

4.4

Penilaian Prestasi

“Ujian adalah satu cara untuk mendapatkan contoh perlakuan yang diperlihatkan oleh murid di dalam keadaan yang terkawal atau ditentukan. Maklumat yang diperoleh daripadanya akan dijadikan dasar untuk membuat penilaian atau pengadilan” (Raminah, 1991) Pengajaran berkesan sentiasa mempraktikan pengukuran dan penilaian prestasi secara berterusan sama ada terhadap pelajar ataupun pensyarah. Hal ini dilakukan untuk tujuan kepastian kualiti. Penilaian yang dilakukan bukan bertujuan untuk menghukum, tetapi sebaliknya digunakan bagi proses penambahbaikan. Kaedah ini akan dapat memastikan kualiti sistem dipertahankan seperti yang dituntut dalam MS ISO 9001:2000. Berdasarkan sistem penilaian yang sedia ada di IPGM, Kampus Gaya, saya berpeluang untuk melihat keberkesanan proses P&P yang telah dilaksanakan.

4.4.1 Penilaian Prestasi Pelajar Proses penilaian ke atas pelajar tidak dilakukan secara kertas pensel semata-mata. Penilaian secara global dilakukan melalui kombinasi kaedah penilaian seperti pemerhatian, interaksi dua hala, percambahan minda dan hasil kerja projek. Hal ini memungkinkan saya untuk menilai pelajar secara lebih adil dan tepat. Semasa sesi pengajaran, saya sentiasa menjalankan penilaian secara formatif bagi menguji kefahaman serta tahap penguasaan mereka. Saya juga berpeluang untuk mengesan pelajar yang tercicir dan membuat tindakan susulan.

Manakala dalam penilaian Kerja Kursus Berasaskan Ilmu, saya berpeluang untuk menilai mereka melalui kombinasi kaedah seperti keaktifan berinteraksi atas 12

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

talian (Claroline. com), pencerapan klinikal semasa interaksi bersemuka, penyediaan folio dan kit pembelajaran. Kombinasi pelbagai ini digunakan bagi membolehkan saya menilai pelajar secara adil mengikut kebolehan berdasarkan perbezaan individu. Akhirnya, penilaian sumatif dilaksnakan di akhir semester bagi mengredkan pelajar setelah pelbagai usaha dilakukan untuk memastikan mereka mampu menggalas tanggung jawab sebagai guru permulaan.

4.4.2 Penilaian Prestasi Pensyarah Saya juga turut membuat refleksi kendiri bagi menilai tahap prestasi diri. Perkara ini perlu dilakukan bagi memperbaiki aspek amalan sedia ada. Dalam hal ini, kekuatan dan kelemahan yang diperhatikan boleh dijadikan asas untuk membangunkan semula perancangan yang lebih berkesan. Sebagai seorang pensyarah, saya perlu berada di dunia nyata. Amalan yang sama mungkin mendapat reaksi yang berbeza dari sudut pandangan pelajar yang berbeza. Saya percaya, tidak semua perancangan yang dilakukan dapat dilaksanakan mengikut seperti yang dirancang. Amalan refleksi membolehkan saya menghimpunkan semua kekuatan dan memperbaiki semua kelemahan bagi meningkatkan kualiti pengajaran dari masa ke masa.

Amalan refleksi ini telah membantu saya memperbaiki aspek amalan. Analisis menunjukkan terdapat peningkatan dalam keberkesanan P&P terutamanya dalam usaha meningkatkan kualiti pengurusan bilik darjah, pengurusan masa serta mutu penyampaian P&P. Sesungguhnya seseorang guru yang membuat refleksi kendiri, sebenarnya melihat diri sendiri dalam konteks bilik darjah yang mereka ajar. Dalam perkataan lain, satu cara untuk saya memperbaiki proses amalan P&P adalah memantau tindakan, membina semula pentafsiran tindakan itu sebagai asas untuk penilaian prestasi pada masa depan. Hal ini menjadi asas utama yang saya amalkan 13

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

bagi meningkatkan kepuasan kendiri dengan melakukan Kajian Tindakan. Disamping itu, saya turut melaksanakan penilaian pelajar terhadap perlaksanaan aktiviti P&P [LAM-PT09-03] saya pada setiap hujung semester. Penilaian yang diberikan oleh pelajar adalah satu nilai yang paling berharga dan perlu diberikan perhatian. Beberapa penambahbaikan dalam P&P telah saya laksanakan berdasarkan komen yang diberikan oleh pelajar yang lepas. Manakala, keberkesanan penambahbaikan yang dilakukan dapat dinilai semula oleh pelajar baru. Kesannya, saya dapat

memperkemaskan lagi mutu sedia ada seperti perbincangan di bawah.

Masih terdapat aspek yang perlu ditingkatkan walaupun penambahbaikan telah dilakukan. Komen Subjektif: i. ii. iii. Aktiviti yang dijalankan tidak sesuai dengan pelajar Pensyarah mempunyai unsur humur yang baik. Seronok. Great Job. Sangat bermotivasi dan bersungguh-sungguh. Perlu dibuat refleksi semula

Dalam menangani masalah ini, saya berfikiran terbuka dan cuba menganalisis semula aktiviti yang dijalankan. Pada masa yang sama, saya perlu membuka minda pemikiran pelajar KPLI saya yang masih belum memahami keperluan mendedahkan aktiviti tersebut. Perseiaan mental perlu ditanam dalam diri mereka untuk bersedia 14

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

menjadi guru permulaan di sekolah rendah dan berhadapan dengan murid yang lemah dalam pencapaian. Oleh sebab itu, saya percaya pendapat negatif yang diutarakan boleh dibangunkan sebagai satu kekuatan untuk membentuk pembelajaran bermakna.

4.4.3 Penilaian Prestasi Institusi [Key Performance Indicator (KPI) ] Penilaian terhadap institusi juga akan dilaksanakan oleh kerajaan. Sesungguhnya perlaksanaan KPI dialu-alukan memandangkan selama ini prestasi kerja guru kurang dipantau secara spesifik. Transformasi dalam sistem Penilaian Prestasi Intitusi ini bukan semata-mata pembaharuan tetapi juga perubahan. Saya sentiasa berusaha untuk mencapai sasaran KPI bagi melonjak kecemerlangan institusi pendidikan negara ke persada dunia seperti yang digariskan dalam PIPP 2006-2010.

4.5

Pengukuran dan Penambahbaikan dalam P&P

Pemantauan, pentaksiran dan penilaian adalah tiga mekanisma jaminan kualiti bagi pengajaran seorang guru. Menyedari akan kepentingan proses pengukuran,

penambahbaikan dan tindakan susulan dalam P&P, saya melaksanakan pengukuran dan penambahbaikan mengikut prosedur MS-ISO 2008 dan seterusnya memenuhi garis panduan menjalankan pengukuran dan penilaian seperti yang disarankan oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) bagi sesuatu program yang dijalankan di IPGM.

Semasa proses P&P, saya mempelbagaikan strategi pemantauan dan pentaksiran yang berterusan untuk menilai kemajuan pelajar sepertimana yang telah ditetapkan dalam sukatan pelajaran. Tindakan serta-merta saya ambil untuk meningkatkan prestasi pelajar yang lemah bagi sesuatu topik seperti maklumbalas dengan segera kepada pelajar untuk membantu mereka membuat penilaian kendiri; mengesan kesukaran yang dialami oleh pelajar dalam sesuatu topik seterusnya 15

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

menyelesaikan kesukaran tersebut dan memperkayakan pengalaman sedia ada mereka. Saya turut menggunakan maklumbalas pemantauan, pentaksiran dan penilaian bagi menambahbaik amalan pengajaran. Pengukuran dan penambahbaikan yang saya laksanakan dalam P&P direkodkan secara sistematik mengikut prosedur kerja MS-ISO 2008. Saya membuat penulisan Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Semester serta mencatatkan markah kemajuan pelajar dalam setiap sesi pengujian dan penilaian dalam prosedur Kerja LAM-PT-09. Tindakan Susulan dan Penambahbaikan juga telah dilaksanakan mengikut prosedur MS ISO 9001:2000 untuk menambahbaik pengajaran. Atas kapasiti sebagai pensyarah, saya turut mengimplimentasikan Standard Guru Malaysia yang dikeluarkan oleh BPG yang merupakan mekanisma Jaminan Kualiti bagi guru permulaan yang saya latih.

Standard 2 yang memfokuskan kepada Pengetahuan dan Kefahaman, menjadi landasan kepada saya untuk mengaplikasikan dan seterusnya menjadi contoh kepada pelajar saya bagaimasa sesuatu instrument pengukuran dan penilaian boleh dilaksanakan dalam bilik darjah. Tambahan pula ini diperkukuhkan lagi dengan Standard 3: Kemahiran Pengajaran dan Pembelajaran. Disebabkan saya terlibat dalam melatih seorang guru permulaan, adalah menjadi tanggungjawab saya untuk mempraktik dan mengimplimentasikan kemahiran P&P seperti yang digariskan dalam Standard 3 ini. Melalui cara ini, secara tidak langsung pelajar saya mengetahui bagaimana elemen-elemen pengajaran berkesan diaplikasikan dalam bilik darjah. Penambahbaikan yang diketengahkan melalui Standard Guru Malaysia ini tidak hanya terbatas kepada guru permulaan yang saya latih, sebaliknya sebagai role model kepada pelajar, seharusnya saya turut meningkatkan kompetensi Amalan Nilai Profesionalisme di samping pengetahuan dan kefahaman serta kemahiran P&P seperti yang termaktub dalam Rajah 3: Model Standard Guru Malaysia. 16

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Rajah 3 : Model Standard Guru Malaysia 5.0 Cadangan

“Pendidik yang berdedikasi dan sentiasa bersedia menerima perubahan, adalah pemangkin kepada transformasi dalam memenuhi agenda pendidikan ke arah melahirkan modal insan yang cemerlang”
Tan Sri Muhyidin Yasin, Hari Guru 2009

Arus perkembangan semasa menuntut kepada perubahan positif para guru bagi merealisasikan proses pembentukan dan pengembangan potensi diri para pelajar. Bagi tujuan tersebut penelitian terhadap elemen-elemen pengajaran berkesan khususnya dalam bilik darjah menjadi asas pertimbangan ke arah pencapaian kecemerlangan akademikdalam pembentukan modal Insan berminda kelas pertama. Dalam usaha meningkatkan keberkesanan P&P, guru perlu mempunyai kebolehan untuk membuat perancangan, pelaksanaan, pentaksiran dan penilaian P&P, pengurusan bilik darjah dan aktiviti kokurikulum. Namun pengajaran yang berkesan bukan sekadar menghasilkan pelajar yang celik akademiknya tetapi juga guru melahirkan modal insan yang merupakan harta yang boleh disuntik nilai tambahnya, diinjak nilai inteleknya serta diperbanyak modal budayanya.” (Standard Guru Malaysia,2009). Justeru, bagi meneruskan kesinambungan warisan kecemerlangan pendidik guru ini, sewajarnya setiap guru diwajibkan untuk melaksanakan Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) melalui penulisan reflektif dan kajian tindakan Sesungguhnya guru sebagai penyelidik melalui tindakan praktik (intervensi) mereka sendiri yang bertujuan untuk 17

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

membaiki atau meningkatkan kualiti amalan masing-masing, disamping meningkatkan kefahaman mereka tentang amalan reflektif itu serta situasi di mana amalan reflektif itu dilakukan” (Jamil Ahmad, 2002) akan menghasilkan P&P berkualiti.

Pengajaran berkesan sebenarnya banyak bergantung kepada kualiti diri seorang guru. Maka, dicadangkan agar lebih banyak Latihan Pembangunan Staf serta kursus-kursus pedagogi terkini diberikan guru-guru sepanjang tempoh

perkhidmatan mereka. Ini dalam usaha melonjak kualiti guru, indikator yang perlu diberi perhatian adalah kebolehan guru menterjemahkan ilmu pengetahuan ‘practitioner’ (pengetahuan tentang subjek, tahap pencapaian murid, kesesuaian startegi P&P) dan ilmu pengetahuan profesional (analisa proses pembelajaran, rekabentuk sistem penilaian pelajar dengan cara mengaplikasikan pengetahuan berasaskan kajian) (Hiebert, et al. 2002). Justeru Latihan Dalam Perkhidmatan, Seminar dan Forum akan membantu guru meningkatkan kualiti diri guru tersebut. Usaha BPG melahirkan Standard Guru Malaysia sebagai satu garis panduan kompetensi professional yang patut dicapai oleh setiap guru perlu disusuli dengan satu sistem pemantauan berterusan terhadap semua guru permulaan yang dihasilkan ke dalam sistem pendidikan sekurang-kurangnya satu tahun pertama dalam perkhidmatan. Standard yang sama juga dapat diguna pakai kepada pendidik guru sebagai Key Performance Indicator (KPI).

IPGM juga perlu membentuk satu “Jaringan Seprofession” dalam kalangan pensyarah IPGM dan guru permulaan yang baru memulakan tugas pertama di sekolah sebagai satu usaha bimbingan berterusan, saluran perkongsian pintar serta percambahan idea antara guru permulaan dengan pensyarah-pensyarah di IPGM, Jemaah Nazir dan Jabatan Pendidikan Negeri. Secara tidak langsung, ia membentuk 18

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

satu jaringan yang kukuh ke arah keberkesanan P&P dalam bilik darjah yang seterusnya merealisasikan wawasan pendidikan. Usaha ini akhirnya akan membentuk satu kolaborasi antara pensyarah, guru lepasan IPGM dan IPT Awam yang menawarkan program Keguruan dengan institusi pendidikan luar negara. Perkongsian pintar ini pastinya akan meningkatkan lagi keberkesanan P&P melalui usahasama dan benchmarking yang dijalankan.

6.0

PENUTUP “Guru Pembina Negara bangsa, Gagah perjuangkan visi Negara Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa, Demi agama dan nusa tercinta”
Lirik Lagu Tema Hari Guru 2009

Cabaran terbesar bagi seorang guru kini adalah untuk merealisasikan hasrat “Membina Negara Bangsa”. Justeru, guru perlu meningkatkan kualiti diri agar P&P yang dilaksanakan berkesan. Pengajaran berkesan memerlukan guru yang

berkenbolehan untuk mengaplikasikan ganjaran dan hukuman bersesuaian mengikut tahap murid; mampu mengaplikasikan kepelbagaian kaedah, strategi dan teknik

pengajaran dengan berkesan dan impak akhir murid cemerlang dalm akademik dan sahsiahnya dan guru perlu mempunyai perancangan strategik dengan melaksanakan analisis SWOT atau Blue Ocean Strategy bagi mempertingkatkan keberkesanan P&P. Disamping itu, peningkatan kualiti pengajaran sangat memerlukan kajian, maka guru digalakan untuk melaksanakan Penyelidikan Tindakan, Refleksi Kendiri dan seterusnya melaksanakan inovasi dalam P&P. Pengajaran yang berkesan sangat bergantung kepada ketinggian tahap penguasaan ilmu dan kepakaran penggunaan kepelbagaian sumber oleh guru mengikut tahap kebolehan serta gaya belajar murid. Guru berkesan adalah adalah mereka yang mempunyai ilmu pengetahuan serta kritis dan kreatif.

Bibliografi: 19

No. Kad Pengenalan

660610-04-5243

Abdul Shukor Abdullah, 1999, Perutusan Hari Guru 1999, KPM, Kuala Lumpur. Alimuddin Bin Mohd Dom. 2008. Perutusan Hari Guru 2008 di Perayaan Hari Guru Kebangsaan, Kuala Lumpur. Alimuddin Bin Mohd Dom. 2009. Perutusan Hari Guru 2009 di Perayaan Hari Guru Kebangsaan, Kuala Lumpur. Anna Craft. 2000, Creativity AcrossThe Primary Curriculum, Routledge Group : London. Bahagian Pendidikan Guru, KPM, 2009, Standard Guru Malaysia, Selangor Gardner, H,1999, Multiple intelligences for the 21st century, New York : Sage. Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan. Kementerian Pelajaran Malaysia, 2008, Modal Insan Cemerlang: minda Kelas Pertama Lea, C.2003. Embedding Learning Technologies. Australian Capital Territory Mohd Azhar Abd. Hamid. 2001. Kritis dan Kreatif. Johor: UTM. Muhyidin Yasin, 2009, Perutusan Hari Guru 2009, KPM, Kuala Lumpur Muhyidin Yasin, 2009, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru 2009 Kuala Lumpur Musa Mohamad, 2002, Menteri Pelajaran Malaysia, di Perutusan Hari Guru 2002, Kuala Lumpur Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2007, Jurnal BTP jld 7: The Apperentice: P&P Ekonomi STPM, BTP Sabah. Mohd Nazri Abdul Rahman & Salina Abdullah Sangguro, 2006, Jurnal ILMIAH SPA jld 1: MyCard: Pengajaran Berlajar Sambil Bermain, JPN Sabah. Syarifah Alawiah Asagof, 1984, Falsafah Pendidikan, Heinemann Asia, Kuala Lumpur. Surat Pekeliling Iktisas Bil. 3/1987. Penyeliaan Pengajaran dan Pembelajaran Wan Zahid Mohd Noordin.1993. Wawasan Pendidikan: Agenda Pengisian, KL: Nurin Enterprise. http://www.csus.edu/indiv/m/mackj/chem1a/lecture.html dimuat turun pada 23 Oktober 2009. Huitt.W.&Hummel.J.2003.CognitiveDevelopment. Learning Pyramid, http://studyprof.com/blog/2008/05/08/the-learning-pyramid/ dimuat turun pada 23 Oktober 2009 20

You're Reading a Free Preview

Download
scribd
/*********** DO NOT ALTER ANYTHING BELOW THIS LINE ! ************/ var s_code=s.t();if(s_code)document.write(s_code)//-->